SOALAN TARGET WAWASAN 2020
CABARAN KELIMA
Soalan 1:
Cabaran kelima Wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan toleransi. Bincangkan
kepentingan cabaran Wawasan 2020 yang kelima itu dan tindakan yang boleh dilakukan oleh rakyat bagi
menangani cabaran tersebut. (3 + 2/ 2+ 3)
Pendahuluan
Cabaran kelima Wawasan 2020 adalah untuk membentuk sebuah masyarakat matang yang bersifat liberal dan
toleran. Rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing
dan pada masa yg sama, meletakkan kesetiaan mereka kpd satu negara. Cabaran ini mempunyai beberapa
kepentingan tertentu. Setiap rakyat perlu memastikan cabaran tersebut dapat ditangani dengan baik (3+ 2)
Isi Huraian Isi
Kepentingan Cabaran kelima Wawasan 2020
Menjamin keharmonian - akan melahirkan anggota masyarakat yg boleh berfiki scr raional - tdk
dan kemakmuran negara bertinak scr melulu demi kepentingan bersama - akan berfikiran luas - sentiasa
menimbangkan secara saksama setiap tindakan yg dilakukan - perselisihan
faham dpt dihindari dan sikap saling menghormati kepelbagaian kaum dpt
dipupuk
Mengukuhkan kestabilan Masyarakat Msia mengamalkan sikap toleransi - bersedia bekerja dengan
politik individu lain yg berbeza aspirasi, kehendak dan idealisme - amalan sikap
toleransi dan kematangan dlm berfikir berjaya melahirkan parti politik
gabungan pelbagai kaum spt BN - keseimbangan antara kaum dlm sesebuah
parti politik akan mewujudkan sifat persaingan scr adil - mengurangkan
konflik antara kaum
Melahirkan anggota Semua anggota masyarakat akan berfikiran terbuka utk menerima pengetahuan
baru dan idea orang lain - sentiasa bersedia utk menerima sesuatu perkara yg
masyarakat yg dpt menerima baru demi kebaikan semua pihak tanpa ada perasaan syak wasangka - sikap
mencemuh atau memaki hamun idea pihak lain terutamanya yg berbeza
pendapat orang lain ideologi dpt dihindari
Tindakan yg perlu dilakukan
Memupuk nilai liberal dan Harus mendidik diri dan ahli keluarga spy berpegang kpd nilai agama dan
toleransi moral - dpt membantu mereka agar bersikap liberal dan toleransi tanpa
mengira keturunan dan agama - setiap agama menitikberatkan keperluan
bekerjasama, bersatu padu dan menjauhi persengketaan
Meningkatkan pendidikan Harus meningkatkan pendidikan mereka - hendaklah sentiasa berusaha
melengkapkan diri dgn ilmu pengetahuan dan kemahiran tertentu agar mampu
menjadi individu yg matang, liberal dan toleransi - individu yg berpendidikan
akan bertoleransi antara kaum dan agama - menghormati kebudayaan kaum
lain dan menghargai kepelbagaian yg wujud
Mengambil ikhtibar drp Setiap anggota masyarakat perlu mengambil ikhtibar drp sejarah negara kita -
sejarah negara harus menghargai perjuangan para pemimpin yg berlainan kaum bekerjasama
utk memperjuangkan kemerdekaan negara - perlu mempelajari sejarah hitam
negara spt insiden 13 Mei 1969 yg berlaku kerana ketiadaan sikap toleransi
antara kaum pd ketika itu spy peristiwa sedemikian tdk berulang
Kesimpulan
Usaha untuk mewujudkan masyarakat yg matang, liberal dan bertoleransi ini amat penting bagi merealisasikan
Wawasan 2020 dan utk menghindari tragedi 13 Mei 1969 drp berulang. Jika masyarakat Msia telah matang,
bersikap liberal dan bertoleransi, maka tiada masalah bagi rakyat utk bekerjasama demi kemajuan negara
Page 1
SOALAN TARGET WAWASAN 2020
ISU-ISU UTAMA WW2020
ISU 1 :
“Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia”
Ciri-ciri Bangsa Malaysia yang bersatupadu:
• Setiap rakyat dengan nyata dan ikhlas menerima negara Malaysia sebagai tanahair yang tunggal dengan
kesetiaan yang tidak berbelah bagi.
• Setiap rakyat merasa komited untuk menjayakan cita-cita negara. Ini bermakna matlamat negara telah
dikongsi bersama oleh setiap rakyat.
• Setiap rakyat dengan rasa bangga mengidentifikasikan diri sebagai warga Malaysia dan tidak seagai
golongan sesuatu etinik, ras atau penghuni dari sesuatu wilayah atau daerah. Adalah amat ideal kalau
semuanya mengamalkan cara hidup atau berbudaya Malaysia dan menghapuskan ciri-ciri yang
menonjolkan pengenalan mereka sebagai berketurunan tertentu. Pendek kata mereka berjiwa Malaysia
dan berupa Malaysia. Namun walaupun masih ada ciri-ciri keturunan dan kedaerahan yang diwarisi,
mereka tidak akan membiarkannya menjaid sentimen sehingga mencetuskan persengketaan.
• Setiap rakyat berpegang kepada nilai-nilai murni yang tidak bercanggah di antara satu sama lain dan
tidak merasa perlu untuk berperang-perangan bagi menegakkan sesuatu pegangan hidup yang mungkin
berbeza dengan orang lain. Di sini tetap wujud sikap bertolak ansur demi keharmonian bersama
Soalan 2:
Pembinaan negara bangsa merupakan matlamat utama sesebuah negara. Walau bagaimanapun terdapat pelbagai
kekangan dalam usaha pembinaan negara bangsa. Jelaskan. (3 + 2/2+3)
Pengenalan:
Pembinaan negara bangsa dianggap penting dan menjadi prasyarat kepada pemodenan negara.Sekiranya
warganegara kita tidak mempunyai matlamat yang sama amat sukar untuk mencapai kemajuan sesebuah
Negara.Oleh itu segala halangan perlu diatasi bagi menjayakan pembentukannya.
IDEA HURAIAN
KEKANGAN • masyarakat kita yang berbilang bangsa sukar untuk menerima budaya dan cara
1. Masyarakat majmuk hidup bangsa lain
• mereka menganggap budaya hidup melayu tidak berkaitan dan tidak sesuai
dengan mereka.
• situasi ini menjadi penghalang wujudnya satu Negara bangsa Malaysia yang
bersatu padu harmoni dan aman.
2.Pelbagai Agama • setiap kaum di Malaysia mewakili agama yang berlainan.Melayu beragama
Islam,Cina agama Buddha,India agama Hindu,agama Kristian dll.
• Ketiga-tiga agama terbesar ini amat berbeza dari segi kepercayaan dan
amalannya.
• masing-masing menganggap agama dan kepercayaan mereka yang terbaik.
• perbezaan ini menghalang proses integrasi social antara kaum.
• seterusnya menjadi penghalang mewujudkan Negara bangsa.
3Ketidakseimbangan • penjajahan British telah mewujudkan kegiatan ekonomi berasaskan kaum.
Ekonomi • kaum Melayu,Cina dan India dibiarkan menjalankan aktiviti ekonomi yang
berlainan.
• pengasingan kegiatan ekonomi ini mewujudkan jurang dari segi social dan
jurang pendapatan yang tidak seimbang
• jurang ekonomi yang ketara ini menyebabkan tanggapan negatif dan rasa tidak
puas hati antara kaum.
• suasana sosioekonomi ini telah mengancam proses pembinaan Negara bangsa
ini.
Page 2
SOALAN TARGET WAWASAN 2020
4.Kewujudanparti politik • akibat dasar pecah dan perintah British dahulu
berasaskan • Dasar British tidak mengambil langkah menyatupadukan kaum dan tidak
langsung mengambil kira masa depan Malaysia.
kaum • selepas merdeka pun kita masih terikat dengan pemerintahan berasaskan identiti
kaum masing-masing dengan wujudnya parti UMNO,MCA, dan MIC termasuk
juga parti-parti politik berdasarkan kaum di Sabah dan Sarawak
5.Sistem pendidikan • Aliran pendidikan yang berbeza antara kaum di Malaysia menjadi menghalang
yang berasingan kepada usaha menyatupadukan rakyat berbilang kaum.
• sekolah dan pendidikan yang sepatutnya menjadi medium utama pembentukan
Negara bangsa masih gagal untuk disatukan kerana wujud
kepentingan,prasangka dan tiada unsur penerimaan dalam kalangan masyarakat
berbilang kaum dan seterusnya mengekang pembentukan Negara bangsa yang
Berjaya.
6. Semangat • merupakan antara penghalang mewujudkan Negara bangsa
Nasionalisme semakin • Mereka tidak bangga menjadi rakyat Malaysia dan tidak menunjukkan sayang
terhakis dan hormat kepada lambang Negara seperti jalur gemilang,Lagu Negara Ku dll.
• selagi rakyat Malaysia tidak mengamalkan sikap “di mana bumi dipijak ,di situ
langit dijunjung” maka pembentukan Negara bangsa sukar untuk
direalisasikan.
Penutup :
Membina sebuah Negara bangsa yang sempurna bukanlah tugas yang mudah terutamanya bagi Negara berbilang
kaum seperti Malaysia yang berlatarbelakangkan agama,budaya dan kepercayaan yang berbeza.Oleh itu setiap
warganegara hendaklah bersedia menerima dan mengiktiraf kewujudan kaum- kaum lain,kebudayaan dan
kepercayaan yang diamalkan mereka.Perlu saling hormat menghormati,bertolak ansur tanpa sebarang rasa
curiga dan prasangka terhadap kaum lain.
Jawapan: 5+0
Page 3
SOALAN TARGET WAWASAN 2020
CABARAN KEDUA WW2020
“Masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju”
Soalan 3:
Masyarakat yang berjiwa bebas merupakan antara sifat yang perlu ada pada setiap bangsa Malaysia supaya dapat
membina sebuah negara yang maju dalam pelbagai bidang. Bincangkan
Pendahuluan:
Wawasan 2020 merupakan aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Selain
masyarakat yang berjiwa bebas, terdapat beberapa ciri lain untuk mencapai matlamat tersebut.
Bil Isi/Idea Huraian
1. Berjiwa bebas ( Idea wajib ) • Jiwa yang tidak terkongkong dan terbelenggu dengan sesuatu
fahaman hingga menolak pembaharuan dan kemajuan
•Akibat dari cengkaman penjajah kita telah menyaksikan bagaimana
rakyat begitu memandang tinggi kepada dunia barat
•Penjajah telah berjaya sedikit sebanyak membunuh keyakinan rakyat
terhadap diri sendiri
•Sikap ini pernah disifatkan sebagai berjiwa hamba
•Pejuang-pejuang kemerdekaan juga terpaksa berhadapan dengan sikap
ini dan berusaha menghapuskannya sebelum rakyat bersedia
menyokong perjuangan menuntut kemerdekaan negara
2. Mempunyai fikiran dan •Ketenteraman jiwa adalah sesuatu yang amat berharga dan boleh
perasaan yang tenteram dianggap sebagai kebahagiaan.
•Seseorang amat memerlukan ketenteraman jiwa dan fikiran bagi
menghadapi pelbagai cabaran di dalam dunia moden ini
•Kita sedang menyaksikan bagaimana sesetengah masyarakat di dunia
kucar-kacir akibat pembangunan fizikal tidak disembangi dengan
pembinaan jiwa dan kekuatan rohani bagai menghadapi pelbagai
cabaran
•Ketenteraman jiwa juga berkait rapat dengan pembentukan akhlak dan
penyuburan iman supaya sentiasa tidak hilang pedoman hidup
•Ketenteraman dan ketenangan fikiran juga akan memungkinkan
pelbagai penemuan idea dan inovasi yang meningkatkan lagi taraf
kehidupan manusia
3. Gagah atau tabah •Kegagahan juga bererti ketahanan fizikal dan mental, serta kekuatan
menghadapi pelbagai dari segi kerohanian dan kejiwaan
masalah •Kekuatan jasmani dan rohani perlu diseimbangkan dengan akal dan
emosi
•Rakyat perlu mempunyai jiwa yang kuat dan tahanbagi menjamin
kekuatan negara lebih-lebih lagi ketika dunia sedang berhadapan
dengan pelbagai anasir yang negatif.
4. Memiliki keyakinan •Rakyat perlu membina kekuatan di bidang ilmu pengetahuan, ekonomi
terhadap kebolehan diri dan kejiwaan
sendiri •Dengan penguasaan ilmu, kita akan bebas untuk mengendalikan teraju
negara kita sendiri dan mampu berdiri sama tinggi dengan negara-
negara maju di dunia
•Sebaliknya, kelemahan akan menyebabkan kita terus bergantung
kepada negara lain
•Penguasaan ilmu juga akan membebaskan kita daripada pergantungan
sepanjang masa dari segi ilmu, kebolehan dan kekayaan negara-negara
maju
•Oleh itu, kita yakin terhadap kebolehan diri sendiri dan kita tidak
mudah tunduk kepada kuasa asing
Page 4
SOALAN TARGET WAWASAN 2020
5. Merasa bangga dengan apa •Dengan terbinanya masyarakat Malaysia yang gagah, kita akan
yang dicapai menguasai teknologi dan tidak ketinggalan di belakang
•Masyarakat Malaysia bergerak maju dengan penuh daya saing dan
dinamik
•Rakyat Malaysia yang berfikiran terbuka sentiasa bersedia untuk
menerima perubahan dan kemajuan
•Dapat menilai dan menyesuaikan perubahan dengan nilai hidup yang
unggul
•Merasa bangga dengan kejayaan Malaysia dan dihormati oleh rakyat
negara lain
Penutup:
Cabaran kedua ini membuktikan bahawa Wawasan 2020 tetap mementingkan aspek kerohanian, pembinaan
sikap positif dan nilai-nilai murni bagi mencapai kebahagiaan yang sebenarnya.
Jawapan:1 + 4
’
Page 5
SOALAN TARGET WAWASAN 2020
Soalan 5
Selain daripada memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada masyarakat, kualiti kehidupan masyarakat negara
maju boleh ditingkatkan melalui penyediaan kemudahan lain. Jelaskan.
Pengenalan :-
Kualiti kehidupan masyarakat yang ditingkatkan di negara kita menjadi petunjuk yang negara kita sedang
menuju ke arah negara maju . Penyediaan kemudahan yang moden dan lengkap akan dapat meningkatkan lagi
kualiti kehidupan masyarakat kita.
Bil. Idea Huraian
Idea Wajib :
1 Memperbanyakkan peluang • Kerajaan perlu menyediakan peluang pekerjaan yang banyak
pekerjaan kepada rakyat untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang
yang relevan kepada industri dalam Negara
• Penyediaan lebih banyak program yang berkaitan dengan industri
dan pekerjaan di syarikat yang menerima kontrak utama, konsesi
dan insentif kerajaan
• Memberi lebih sokongan kepada usahawan yang bakal
memulakan perniagaan, latihan, pembiayaan, dan peralatan
utama secara bersepadu
• Menubuhkan lebih banyak pusat kemahiran dan latihan serta
mempelbagaikan kursus yang berkaitan dengan alam
pekerjaan.
Penyediaan Kemudahan Lain
2 Menyediakan peluang • Menyediakan lebih banyak peluang pendidikan dan institusi
pendidikan dan latihan berkualiti pendidikan bagi rakyat untuk melanjutkan pelajaran
• Meningkatkan mutu pendidikan dan penyelidikan untuk
persaingan sihat dari segi kecekapan dan kemahiran dalam alam
pekerjaan
3 Meningkatkan kemudahan • Pembinaan jalan raya berturap yang boleh memberi faedah
infrastruktur/ prasarana dalam kepada penduduk
negara • Bekalan air yang lebih berkualiti dan berterusan, iaitu 99% di
semenanjung Malaysia, 98% di Sabah dan 95% di Sarawak
• Kemudahan bekalan elektrik diperluas untuk meliputi
penyambungan bekalan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan
Sarawak
• Penambahbaikan sistem kecekapan pengangkutan awam melalui
penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan awam Darat (SPAD)
dengan menyediakan pengangkutan awam yang
selamat
4 Meningkat tahap keselamatan • Memastikan kadar indeks jenayah berada dalam peringkat
dalam negara kawalan
• Meningkatkan rondaan dan menempatkan anggota di ‘kawasan-
kawasan panas’ serta menambah bilangan pasukan sukarelawan
atau pasukan RELA
• Memasang system televisyen litar tertutup (CCTV) di tempat-
tempat awam tertentu seperti tempat letak kereta bawah
bangunan (basement), kompleks beli-belah dan lain-lain
5 Meningkatkan tahap kesihatan • Penyediaan kemudahan kesihatan yang lebih efisien
menggunakan peralatan yang canggih dan berteknologi tinggi
• Memastikan bilangan pegawai kesihatan mencukupi dan
mempunyai kepakaran yang tinggi bagi merawat pesakit di
kawasan luar Bandar
• Kepakaran seharusnya melibatkan penyakit kronik seperti sakit
jantung agar rakyat mendapat rawatan tepat pada masa
Page 6
SOALAN TARGET WAWASAN 2020
dan penyakit dapat diubati dengan segera
• Program pemeriksaan kesihatan secara berkala ditawarkan
kepada rakyat untuk mengawal kuantiti penyakit
6 Meningkatkan persekitaran • Pembangunan lestari, iaitu pembangunan tanpa merosakkan alam
yang sihat sekitar
• Melaksanakan kempen kesedaran dengan menyediakan suasana
kehidupan yang menarik dan nyaman bagi menjalankan pelbagai
aktiviti riadah dan rekreasi
• Kawasan pinggiran sungai diindahkan sebagai taman rekreasi,
contohnya sungai Melak
7 Menyediakan rumah yang • Menyediakan perumahan lebih terancang, lengkap, selamat,
mencukupi dan selesa selesa dan kondusif seperti bekalan air, elektrik dan sistem
pembentungan yang teratur
• Tapak perumahan sesuai, berhampiran dengan tempat kerja serta
dilengkapi dengan prasarana seperti sekolah, kedai, masjid,
hospital, taman rekreasi dan prasarana lain.
• Pembinaan rumah untuk semua golongan meliputi rumah kos
rendah, sederhana dan mewah.
Kesimpulan :- Pencapaian negara maju juga bergantung kepada kualiti kehidupan yang ada pada masyarakat
kita . Keadaan kehidupan masyarakat yang sejahtera dan makmur akan membolehkan Malaysia mencapai status
negara maju .
Format jawapan : 1 +4
Soalan 6
Salah satu matlamat Wawasan 2020 ialah menjadikan Malaysia maju dalam bidang perindustrian mengikut
acuan sendiri.Oleh itu usaha perlu diambil bagi merealisasikan hasrat tersebut.Bincangkan.
Pendahuluan
Sektor perindustrian memainkan peranan penting dalam pembangunan sesebuah negara dan dapat
menyumbang kepada pendapatan dan pertumbuhan pesat ekonomi serta Keluaran Dalam Negara
Kasar(KDNK).Pelbagai usaha perlu diambil bagi mencapai hasrat tersebut.
Bil Idea Huraian
USAHA -mengubah tumpuan ekonomi daripada pertanian kepada perindustrian
1. Melalui dasar kerajaan -dasar negara tidak bergantung kepada komoditi utama semata- mata
-mengubal plan Induk Perindustrian, memberi taraf perintis,
menubuhkan zon perdagangan bebas
-industri gantian import dan industri berorietasikan eksport.
2. Menggalakkan kemasukan -kerajaan menawarkan pelbagai keistimewaan kepada pelabur asing
pelabur asing. -pemberian taraf perintis iaitu pengecualian cukai 5-10 tahun
-mewujudkan kawasan perdagangan bebas
-melengkapkan prasarana
-keselamatan terjamin.
3 Menyediakan sumber tenaga -Bekalan tenaga buruh yang mencukupi akan menjadi tarikan pelabur
kerja yang mencukupi asing
-tenaga mahir dan pakar sentiasa ditingkatkan menerusi pelbagai skim
latihan kepakaran dan pengambilan pelajar jurusan sains ke IPT
ditambah
-tahap kepakaran yang tinggi dapat meningkatkan kualiti dan
produktiviti serta meminimumkan kos pengeluaran.
Page 7
SOALAN TARGET WAWASAN 2020
4. -menjalinkan hubungan dagangan yang erat dengan negara lain
Memperluaskan pasaran -menghantar rombongan perdagangan ke luar negara dan menyertai
ekspo antarabangsa bagi mempromosi barangan Kerajaan meneroka
pasaran baru di peringkat antarabangsa.
5 Menggiatkan bidang -bidang R&D penting bagi menghasilkan inovasi baru dan
Penyelidikan dan meningkatkan kualiti produk yang dikeluarkan agar dapat bersaing
Pembangunan(R&D) dipasaran antarabangsa
-melalui penyelidikan dapat menghasilkan teknologi yang canggih
-dapat kurangkan kos dan tingkatkan produktiviti
-teknologi juga dapat di jual kepada negara-negara lain.
6 Meningkatkan kemudahan dapat mewujudkan iklim pelaburan yang menggalakan
asas dan infrastruktur -segala kemudahan infrastruktur seperti perhubungan dan
pengangkutan menjadi daya tarikan kepada pelabur
-kawasan pelaburan disediakan dengan mengambilkira segala
keperluan dan kemudahan asas.
7 Membangunkan industri -sektor industri sokongan seperti IKS menjadi pemangkin kepada
sokongan perkembangan sektor perindustrian negara.
-memberi insentif kepada IKS seperti bantuan kewangan,latihan dan
pasaran.
-mempelbagaikan asas sektor pembuatan dan perkilangan
8 Menjamin kestabilan dan -peranan kerajaan dan rakyat mengekalkan keamanan negara.
keamanan dalam negara -aktiviti ekonomi dapat berjalan lancer
-mewujud kan iklim pelaburan yang sihat
-projek pembangunan dapat dijalankan dengan lancer dan tidak
tergendala
Kesimpulan
Sektor perindustrian mampu membawa negara kita mencapai status negara maju setanding dengan negara-
negara maju yang lain.Oleh itu semua pihak haruslah bekerjasama dalam menggerakan negara kita mencapai
status negara maju dalam bidang perindustrian menjelang wawasan 2020.
Page 8
SOALAN TARGET WAWASAN 2020
-PENDEKATAN YANG DILAKASANAKAN UNTUK MENCAPAI WAWASAN
2020-
Konsep Wawasan 2020 mula diperkenalkan bertujuan menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian dan
negara maju sepenuhnya menjelang 2020 secara menyeluruh. Antara pendekatan yang harus dilakukan ialah
melalui beberapa perkara di bawah ini :
1. Pembentukan sebuah Negara Bangsa :
Negara bangsa ialah negara berdaulat yang didiami oleh satu bangsa. Negara bangsa membentuk sebuah negara
dengan rakyatnya hidup bersatu padu, berkeyakinan, harmoni, mempunyai daya saing yang tinggi dan
mempunyai semangat patriotik yang kental. Rakyatnya akan menikmati kehidupan berasaskan persamaan hak,
keadilan dan mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap sistem pemerintahan negara. Faktor-faktor yang
membawa kepada pembentukan negara bangsa ialah lingua franca, integrasi, kewarganegaraan,
patriotisme dan demokrasi. Dalam usaha pembentukan negara bangsa ini, kerajaan memfokus dan
melaksanakan strategi iaitu memperkasakan Bahasa Kebangsaan, memantapkan perpaduan negara dan integrasi
nasional, memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa serta membina jati diri dan semangat
patriotik dalam diri individu.
Pembentukan sebuah negara bangsa menjadi prasyarat kepada kemajuan negara kerana rakyatnya mempunyai
satu pemikiran terhadap satu negara dan bangsa. Tanpa penyatuan pemikiran dan kerjasama, kemajuan negara
tidak akan tercapai.
2. Membentuk negara perindustrian :
Ekonomi Malaysia melalui proses transformasi yang pesat dari sebuah negara yang dulu ekonominya
bergantung kepada sektor pertanian kepada sebuah negara yang berteraskan sektor industri yang berkembang
maju. Barangan perkilangan kini menyumbang lebih 80.0% daripada jumlah eksport negara, dengan barangan
elektrik dan komposisi industri yang terlibat, negara ini bertaraf industri maju, namun hakikatnya ekonomi
Malaysia telah melalui suatu era perindustrian yang pesat. Perkembangan sektor perindustrian kini bukan setakat
untuk memenuhi keperluan domestik semata-mata, tetapi lebih kepada usaha untuk menembusi pasaran global.
Fenomena yang sama turut berlaku dalam sektor perkhidmatan. Cabaran terbesar yang perlu dihadapi kini ialah
bagaimana cara meningkatkan keupayaan ekonomi negara dalam menghadapi era globalisasi supaya dapat terus
bersaing di pasaran antarabangsa. Dalam waktu yang sama, tingkat kebajikan penduduk terus dapat dipelihara.
Justeru, ekonomi Malaysia harus mampu memenuhi tuntutan globalisasi dan lebih bersedia menghadapi era
pascaindustri yang lebih mencabar. (Rujukan : Ishak Yussof, Nor Aini Idris dan Basri Abdul Talib. 2006.
“Ekonomi Malaysia Ke arah Pascaindustri”.)
Hal ini bukan sahaja melibatkan transformasi kehidupan berpaksikan pertanian tetapi juga melibatkan
transformasi ekonomi, sosial, kebudayaan dan teknologi. Masyarakat negara maju didokong oleh kemahiran dan
kepakaran sains dan teknologi yang tinggi serta inoivasi dan bukan sahaja mencedok dan mengubahsuai semata-
mata.
3. Keadilan ekonomi dan sosial
Mewujudkan sebuah masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi dan sosial memang suatu yang penting bagi
mewujudkan negara maju dan bersatu ke arah wawasan 2020. Hal ini kerana untuk mengelak dari wujudnya
masyarakat tercicir kerana akan berlaku salah anggap terhadap ketidakadilan bantuan untuk setiap
lapisan masyarakat dari segi pembangunan ekonomi dan sosial. Keseimbangan ini penting supaya
wawasan ke arah negara maju akan dicapai.
4. Membentuk masyarakat bermoral dan beretika tinggi :
Nilai dan masyarakat amat berkait rapat. Jika sesebuah masyarakat mengamalkan nilai baik, masyarakat tersebut
mampu hidup harmoni dan berkembang maju . Anggota dalam sesebuah masyarakat terdiri daripada individu,
keluarga, organisasi dan masyarakat itu sendiri. Etika nilai penting dalam kehidupan masyarakat kerana ia
berhubung dengan perlakuan tingkahlaku masyarakat manusia sama ada baik atau buruk. Negara dapat
berkembang maju dan pesat tanpa gangguan.
Malaysia kepada sebuah negara maju berdasarkan acuannya sendiri tanpa meniru cara dan corak negara- negara
maju yang wujud sekarang. Kemajuan yang dicita-citakan ialah kemajuan yang sempurna dan tidak hanya
diukur daripada sudut pembangunan materialistik sahaja. Oleh itu, dalam gagasan ini
Page 9
SOALAN TARGET WAWASAN 2020
kerajaan bertekad untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang sempurna berlandaskan kepada nilai- nilai moral
dan etika yang tinggi. Kehendak ini adalah bertepatan dengan cabaran ketujuh yang terkandung dalam Wawasan
2020. Cabaran ketujuh tersebut adalah membentuk sebuah masyarakat berbudi yang berbudaya penyayang,
sebuah sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri, dengan kebajikan rakyat tidak
diasaskan kepada negara mahupun individu tetapi pada sistem kekeluargaan yang kukuh lagi mantap.
Masyarakat yang sempurna seharusnya berpegang teguh kepada falsafah moral dan etika yang tinggi demi untuk
kesejahteraan dan keharmonian sesebuah negara. Menghayati dan mengamalkan falsafah moral dan etika adalah
penting kerana kemajuan daripada segi kebendaan sahaja akan menyebabkan sesebuah masyarakat dan negara
itu pincang. Penghayatan dan amalan nilai-nilai moral dan etika oleh setiap anggota masyarakat akan menjadi
penghalang dalaman kepada mereka untuk tidak menyalahgunakan kemahiran atau kelebihan yang dimiliki
untuk mengganggu hak orang lain.
5. Melahirkan modal insan kelas pertama :
Untuk mempersiapkan diri kita didalam organisasi dan misi negara ke arah negara maju menjelang 2020,
pembangunan modal insan yang bermutu tinggi menjadi salah satu keperluan. ‘Minda Kelas Pertama’ secara
mudah difahami sebagai ciri-ciri modal insan yang mampu memenuhi keperluan pembangunan individu,
keluarga, masyarakat, negara dan dunia. Ciri-ciri tersebut merangkumi aspek penguasaan ilmu yang
tinggi, sikap proaktif, kekayaan moraliti, budaya menyumbang untuk kepentingan bersama dan
pembangunan yang bersifat holistik.
Justeru, langkah kerajaan di bawah pimpinan mantan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk melahirkan
belia Minda Kelas Pertama adalah bertepatan sekali dengan misi dan visi negara untuk mencapai sasaran Negara
Dunia Pertama. Dalam konteks dunia global, modal insan bermutu tinggi satu keperluan, bukan lagi
kemewahan. Demikian antara ungkapan penting Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika membentangkan
Rancangan RMK-9. Perdana Menteri berpendapat, pembangunan modal insan dan anjakan minda dan pemikiran
warga satu cabaran terbesar. Dengan kata lain, pembangunan modal insan dalam RMK-9 turut memberi
tumpuan kepada aspek keinsanan yang terbina menerusi falsafah hidup, agama dan moral. Minda Kelas
Pertama secara mudah difahami sebagai ciri-ciri modal insan yang mampu memenuhi keperluan
pembangunan individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia. Ciri-ciri tersebut merangkumi aspek
penguasaan ilmu yang tinggi, sikap proaktif, kekayaan moraliti, budaya menyumbang untuk
kepentingan bersama dan pembangunan yang bersifat holistik.
6. Menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan antarabangsa
Sekiranya Malaysia berjaya menjadi sebuah destinasi pelaburan antarabangsa, ini akan menguntungkan untuk
menambahbaik kehidupan rakyat dan menambah dana bagi pembangunan negara dan menuju ke arah negara
maju pada tahun 2020.
Oleh itu, apa yang perlu dilakukan ialah, merancang, menggubal dan melaksanakan Dasar-dasar Perdagangan
dan Industri supaya berkembang dengan pesat ke arah Pencapaian Dasar Ekonomi Negara dan Wawasan 2020
untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Hal ini juga penting untuk menjadikan Malaysia sebagai
destinasi pelaburan terpilih dan menjadi antara negara pedagang yang paling berdaya saing pada tahun 2020.
Selain itu, promosi dan mengatur strategi daya saing global Malaysia di arena perdagangan antarabangsa dengan
mengeluarkan barangan dan perkhidmatan yang mempunyai nilai tambah yang tinggi perlu dilakukan bagi
mencapai hasrat sebagai sebuah negara maju.menjelang tahun 2020.
7. Mewujudkan persekitaran kondusif
Hal ini penting bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi negara. Dalam RMK-10, Peruntukan RMK10 bagi
infrastruktur bukan fizikal meningkat kepada 40 peratus, berbanding 21.8 peratus dalam RMK9, tumpuan
diberikan kepada program pembangunan kemahiran, aktiviti R&D dan modal teroka.
Persekitaran yang kondusif ini membolehkan rakyat Malaysia bersaing dengan negara luar dari segi persekitaran
yang menjadi elemen kejayaan Malaysia di arena antarabangsa. Kemudahan seperti premis perniagaan,
perindustrian, pengangkutan, infrastruktur dan juga kemudahan awam memberi imej positif Malaysia kepada
negara luar.
Page 10
SOALAN TARGET WAWASAN 2020
Contohnya sistem pengangkutan domestik dan antarabangsa yang maju, selamat dan mesra alam serta
berteknologi tinggi sangat penting bagi malaysia untuk mencapai misi berstatuskan negara maju. Misalnya
pelaksanaan projek mega Mass Rapid transit tinggi Malaysia menjadi ikon kepada pembangunan negara belum
cukup untuk mengecapi imej sebagai negara maju. Malaysia masih perlu membangunkan jaringan pengangkutan
tanpa sempadan sama ada domestik atau intra. Ini merupakah salah satu contoh sahaja. Banyak lagi contoh-
contoh lain yang memungkinkan Malaysia memajukan persekitaran supaya tidak mustahil untuk mencapai
status negara maju melaluui kerjasama antara pentadbir dan rakyat yang ditadbir.
Rumusan :
Dalam konteks mencapai status negara maju menjelang 2020, beberapa elemen penting seperti yang dihuraikan
tadi menjadi asas yang perlu dilaksanakan dan dicapai agar kekangan bagi mencapai hasrat tersebut tidak akan
menganggu gugat misi negara untuk ke arah bersaiang dan menempatkan diri dalam senarai negara maju dun
Page 11