SKEMA JAWAPAN STPM 2021
SOALAN 21 (BAHAGIAN C)
NEGARA AKAN MENGHADAPI PELBAGAI
KESAN NEGATIF JIKA KESTABILAN
POLITIK TERGUGAT. HURAIKAN.
Nisbah Jawapan: 5+0
Kehendak Soalan: Kesan Negatif
Idea 1: Imej negara akan terjejas
✓Keadaan rusuhan dan tunjuk perasaan rakyat
menunjukkan negara gagal mengawal pentadbiran
negara dengan baik.
✓Keadaan huru-hara mencerminkan kestabilan
politik negara tergugat dan hal ini menjatuhkan
maruah negara di peringkat antarabangsa.
Idea 2: Mengancam keselamatan
✓Ketidakstabilan politik yang berlaku akan
mengakibatkan kejadian rusuhan, mogok dan tunjuk
perasaan.
✓Hal ini boleh menjejaskan keselamatan masyarakat
awam yang ingin meneruskan kegiatan harian
mereka.
Idea 3: Kemusnahan harta benda dan
nyawa
✓Rusuhan oleh parti politik yang bertelagah akan
menyebabkan kemusnahan infrastruktur, harta
benda awam dan rakyat.
✓Politik yang tidak stabil akan mencetuskan keadaan
keganasan dan pergaduhan sehingga mengancam
nyawa dan menyebabkan kematian.
Idea 4: Kemasukan pelaburan asing
akan terjejas
✓Ketidakstabilan politik akan menjejaskan keyakinan
pelabur asing yang ingin melabur dalam negara.
✓Hal ini demikian kerana kebimbingan pelabur asing
tentang keselamatan wang yang dilabur dan hal ini
akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
Idea 5: Aktiviti perniagaan dan perusahaan
akan terjejas
✓Ketidakstabilan politik akan menjejaskan usaha
kerajaan untuk melaksanakan dan merealisasikan
dasar ekonomi untuk menuju ke arah negara maju.
✓Produktiviti, eksport dan import turut terjejas
tanpa pemantauam dan kawalan dasar kerajaan.
Idea 6: Kedaulatan negara akan terancam
✓Ketidakstabilan politik boleh menggugat keamanan
negara.
✓Musuh luar boleh mengambil kesempatan untuk
menceroboh semasa kerajaan memberi tumpuan
untuk mengamankan negara.
Perenggan Penutup:
Kesimpulannya, kestabilan politik sesebuah
negara amatlah penting untuk menjamin
keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
Semua pihak yang berkaitan harus sentiasa
berusaha ke arah mengekalkan kestabilan
politik demi pertumbuhan ekonomi dan
kedaulatan negara.
STPM 2021
SOALAN 22 (BAHAGIAN C)
PELBAGAI LANGKAH PERLU DIAMBIL
UNTUK MENGAWAL PENYALAHGUNAAN
INTERNET DI MALAYSIA. HURAIKAN.
SKEMA JAWAPAN STPM 2021
SOALAN 22 (BAHAGIAN C)
PELBAGAI LANGKAH PERLU DIAMBIL
UNTUK MENGAWAL PENYALAHGUNAAN
INTERNET DI MALAYSIA. HURAIKAN.
Nisbah Jawapan: 5+0
Kehendak Soalan: Langkah
Idea 1: Memperkasakan penguatkuasaan
undang-undang
✓PDRM perlu meningkatkan pemantauan melalui Jenayah
Siber Bukit Aman terhadap laman sosial yang semakin
berleluasa.
✓Tindakan tegas terhadap penyebar maklumat dan berita
palsu.
✓Memperkasakan Akta Keselamatan Siber dan undang-
undang sedia ada perlu dikaji semula.
Idea 2: Meningkatkan kesedaran awam
melalui kempen
✓Mengadakan kempen yang berkaitan dengan kesan
penyalahgunaan Internet seperti kempen “ Penggunaan Internet
Secara Positif ”.
✓Menerapkan pendedahan kepada masyarakat tentang hukuman
penyalahgunaan teknologi seperti akta jenayah komputer dan akta
multimedia.
✓Mengadakan ceramah motivasi yang berkaitan dengan
penyalahgunaan Internet.
Idea 3: Memainkan peranan Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia
✓Menghalang pengguna melayari laman-laman web yang tidak sesuai
untuk peringkat umur tertentu.
✓Meningkatkan tahap penapisan laman-laman yang boleh diakses
melalui perisian dan aplikasi.
✓Meningkatkan kemahiran forensik komputer untuk mengesan
penyalahgunaan komputer.
Idea 4: Mengadakan kerjasama dengan
pelbagai pihak
✓Syarikat perisian keselamatan perlu melancarkan inisiatif
kemasyarakatan keselamatan internet untuk memberi kesedaran
kepada orang awam.
✓Menyebarluaskan maklumat tentang jenayah siber kepada anggota
masyarakat melalui media cetak dan media elektronik.
Idea 5: Meningkatkan penglibatan
masyarakat
✓Orang ramai membuat aduan apabila menjadi mangsa
penyalahgunaan Internet kepada pihak berkuasa.
✓Masyarakat perlu berhati-hati dan tidak terpedaya dengan sebarang
janji manis atau hadiah yang ditawarkan melalui teknologi
maklumat dan komunikasi.
Perenggan Penutup:
Kesimpulannya, penyalahgunaan internet
harus dibendung dengan segera kerana
gejala ini mampu mencetuskan pelbagai
masalah yang dapat menggugat keselamatan
dan keharmonian negara. Oleh itu, semua
pihak haruslah memainkan peranan dan
bekerjasama untuk mengatasi masalah ini.
SELAMAT
MENGULANG KAJI &
SEMOGA BERMANFAAT
JANGAN BERPUTUS ASA SELAGI BELUM BERJAYA!