SKRIP CONTOH
KARANGAN DAN
JAWAPAN
STRUKTUR
Soalan 1
Program Bandar Selamat bukanlah satu-satunya cara bagi kerajaan
mengurangkan jenayah daripada berleluasa di negara ini. Bincangkan.
Contoh karangan 1.1
Kejadian jenayah semakin berleluasa di Negara kita sejak akhir-akhir ini. Oleh itu, kerajaan
telah melaksanakan beberapa langkah untuk mengurangkan jenayah daripada berleluasa.
Salah satu cara bagi kerajaan untuk mengurangkan jenayah daripada berleluasa ialah melalaui
Program Bandar Selamat. Program Bandar Selamat melibatkan kerjasama daripada pelbagai pihak
seperti Polis Diraja Malaysia, Rukun Tetangga dan badan sekuriti yang lain. Malah, semua penduduk
di kawasan kediaman mereka juga dipertanggungjawabkan membanteras jenayah. Dengan
penglibatan semua, Program Bandar Selamat barulah dapat dilaksanakan dengan Berjaya kerana jika
kita hanya bergantung kepada sesuatu pihak,kuasa dan tenaga tidak mampu untuk membanteras
jenayah. Oleh itu, Program Bandar Selamat merupakan cara untuk mengurangkan jenayah daripada
berleluasa.
Antara cara bagi kerajaan untuk mengurangkan jenayah daripada berleluasa di Negara kita
ialah melalui penguatkuasaan undang-undang. Undang-undang yang sedia ada perlu dikuatkuasakan
lagi kerana penjenayah amat senang mencari jalan untuk melepaskan diri dengan undang-undang
yang longgar. Sebenarnya, peraturan dan undang-undang di Negara kita ketat tetapi tidak
dikuatkuasakan oleh badan pelaksana. Jika undnag-undang ini dikuatkuasakan sepenuhnya oleh badan
pelaksana, sudah tentu jenayah yang semakin meningkat di Negara kita dapat dikurangkan.
Cara seterusnya ialah melalui pendidikan. Kerajaan haruslah memanfaatkan dan
melaksanakan Dasar Pendidikan Negara untuk mendidik rakyat supaya tidak terlibat dengan jenayah.
Jika rakyat sesebuah Negara diberi pendidikan yang baik dari kecil, sudah tentu mereka dapat
membezakan perlakuan yang sepatutnya dilakukan atau tidak kelak nanti. Dengan demikian, rakyat
yang merupakan aset Negara tidak akan melakukan jenayah secara langsungnya mengurangkan
jenayah yang akan berlaku. Maka, pendidikan oleh kerajaan amat diperlukan untuk mengurangkan
jenayah daripada berleluasa.
Selain itu, kerajaan haruslah mengurangkan jenayah melalui media massa. Surat akhbar,
televisyen, internet boleh menadi penyalur maklumat kepada kerajaan untuk membanteras jenayah.
Hal ini demikian kerana media massa merupakan alat paling sesuai untuk mendapatkan perhatian
orang ramai. Dengan penyebaran tentang kesan jenayah kepada Negara, rakyat yang menyayangi
Negara ini mesti tidak akan melakukan jenayah yang akan musnahkan tanah tercinta mereka.
Cara terakhir ialah melalui Dasar Sosial Negara untuk mengurangkan jenayah yang
berleluasa. Selari dengan Dasar Sosial Negara, pelbagai program untuk membina modal insan dan
memupuk nilai-nilai yang baik dalam diri rakyat. Dasar ini akan membantu mereka yang sesat dan
membawa mereka balik ke jalan yang betul. Secara tidak langsung akan jauh mereka daripada
jenayah. Justeru, Dasar Sosial Negara merupakan antara cara bagi kerajaan untuk mengurangkan
jenayah.
Kesimpulannya, semua pihak haruslah memainkan peranan membantu kerajaan
mengurangkan jenayah daripada berleluasa supaya masa hadapan Negara tidak terjejas.
Contoh karangan 1.2
Kes jenayah di Negara Malaysia telah bertambah dan semakin berleluasa. Inisiatif-inisiatif
perlu dilaksanakan supaya Negara dapat berkembang maju menjelang tahun 2020.
Antaranya, Program Bandar Selamat ialah usaha mengurangkan jenayah. Program ini
memberikan kesedaran kepada rakyat Malaysia. Oleh itu, mereka dapat menyedar diri supaya tidak
terlibat di dalam kes jenayah. Jenayah dapat dikurangkan dan dikawal dengan baik di Malaysia.
Selain itu, masyarakat yang beretika dan beragama. Masyarakat Malaysia perlu berfalsafah
tinggi dalam etika dan agama dengan mengamalkan agama diri sendiri dan sentiasa berkelakuan baik.
Melalui pendidikan dan fasafah yang tinggi telah menunjukkan fikiran yang matang dalam
masyarakat itu.
Di samping itu, melahirkan masyarakat penyayang, liberal dan bertolak ansur. Masyarakat
yang terdiri daripada pelbagai agama dan budaya perlu saling memahami dan bekerjasama. Dengan
ini, keamanan di negara Malaysia dapat dijamin berasaskan perpaduan rakyat Malaysia.
Usaha lain seperti jati diri yang tinggi. Jati diri menunjukkan seorang yang berfikiran matang
dan berfikiran melalui sains dan teknologi. Mereka berfikir sebelum membuat sesuatu dan supaya
perbuatan itu dapat memanfaatkan diri sendiri. Oleh itu, mereka tidak akan terlibat dalam jenayah dan
berkawan degan rakan sebaya yang buruk.
Seterusnya, melahirkan masyarakat yang perpaduan. Kempen 1 Malaysia mampu memupuk
semangat ini dalam rakyat Malaysia. Program PLKN dilaksanakan untuk member kesedaran dan
pengajaran kepada remaja yang terdiri daripada pelbagai kaum, budaya serta kepercayaan.
Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama melancarkan inisiatif-inisiatif ini supaya
jenayah dikawal.
Soalan 2
Amalan membawa anak-anak kecil untuk turut sama berniaga sehingga
larut malam merupakan satu tindakan yang kurang bijak. Bincangkan
kesan amalan ini terhadap anak-anak tersebut.
Contoh karangan 2.1
Sejak kebelakangan ini, isu tentang amalan membawa anak-anak kecil untuk turut sama
berniaga sehingga larut malam hangat digembar-gemburkan terutamanya media tempatan. Apakah
kesan amalan ini terhadap anak-anak tersebut.
Antara kesan pertama iaitu, anak-anak kurang masa untuk tidur. Anak-anak terpaksan tidur
pada larut malam disebabkan turut sama berniaga sehingga larut malam. Kekurangan masa tidur akan
menyebabkan seseorang tidak cergas sama bangun pada keesokkan hari dan akan mengantuk. Jika
anak-anak perlu ke sekolah pada keesokkan hari, mereka tidak dapat menumpu sepenuh perhatian
dalam kelas semasa guru mengajar. Anak-anak mereka akan terpinggir dalam perjalanan
pembelajaran di kelas.
Antara kesan kedua iaitu, anak-anak tidak diberikan perhatian yang sepenuhnya oleh ibu bapa
mereka. Ibu bapa mereka terpaksa menjalankan peniaga dan tidak dapat member perhatian kepada
anak mereka. Anak mereka yang akan merayau-rayau di sekitar dan berlepak. Ini akan menyebabkan
anak mereka terjebak dalam gejala negative. Contohnya, merayau-merayau, gengsterism, mencuri,
vandelisme dan lain-lain.
Antara kesan ketiga iaitu, tidak mempunyai tempat yang selesa untuk mengulang kaji. Anak-
anak mereka tidak mempunyai tempat yang selesa terpaksa mengulang kaji di persekitaran yang
bising. Anak-anak mereka tidak dapat menumpukan sepenuhh perhatian dalam mengulang kaji. Ini
juga akan menyebabkan anak-anak kurang minat mengulang kaji di perpustakaan yang bising dengan
huru-hara.
Antara kesan keempat iaitu, anak-anak mereka tidak mempunyai masa untuk menjalankan
aktiviti lain. Anak-anak mereka tidak mempunyai masa lapang untuk menjalankan aktiviti seperti
bersukan dapat menyihatkan tumbuh mereka. Anak mereka terpaksa menemani ibu bapa mereka
dalam berniaga. Mereka juga tidak akan mempunyai masa kanak-kanak yang bahagia. Contohnya,
mereka tidak akan mempunyai ingatan semasa bermain dengan kanak-kanak yang bahagia.
Antara kesan kelima iaitu, anak-anak tidak akan mempunyai masa makan yang ditetapkan.
Anak-anak mereka tidak akan makan pada masa yang ditentukan. Contohnya, masa tengah hari pada
pukul 1 dan makan petang pada pukul 6. Ini disebabkan merupakan masa yang paling ramai
pelanggan yang membeli barang dan makanan. Anak-anak mereka terpaksa menolong ibu bapa
mereka berniaga. Anak tidak dapat akan makan awal ataupun kuat setiap hari.
Kesimpulannya, pihak berkenaan dan ibu bapa harus mengetahui kesan negative amalan ini
terhadap anak-anak mereka yang akan mengganggu masa depan mereka.
Contoh karangan 2.2
Berniaga sehingga larut malam membawa anak-anak kecil merupakan tindakan yang kurang
bijak. Tedapat beberapa kesan terhadap anak-anak.
Kesan pertama ialah menjejaskan kesihatan anak-anak. Persekitaran perniagaan seringkali
terdedah kepada bunyi bising, kawasan perniagaan kotor dan sebagainya. Anak-anak akan mendapat
jangkitan kuman mahupun penyakit daripada persekitaran dan manusia yang berada di kawasan
tersebut. Hal ini kerana kita tidak mengetahui apa yang dibawa oleh seseorang itu. Perkara ini akan
menjadi lebih teruk sekiranya kawasan perniagaan merupakan kawasan yang mudah kepada
pembiakan jentik-jentik. Anak-anak boleh dijangkiti Aedes yang akan membawa kematian jika tidak
dirawat.
Kesan kedua ialah pendidikan kanak-kanak. Anak-anak yang baru sahaja memulakan sesi
persekolahan sepatutnya berada di rumah bersama keluarga dan mengulangkaji pelajaran mereka.
Namun, jika mereka turut dibawa berniaga sehungga larut malam, mereka tidak mempunyai
kesempatan untuk membaca buku oleh kerana keletihan dan mengantuk. Mereka tidak dapat merasai
untuk belajar bersama-sama ibu bapa mereka.
Kesan ketiga ialah kurang kasih sayang. Ibu bapa yang membawa anak-anak berniaga tidak
dapat menumpukan perhatiannya kepada anak-anak. Mereka terlalu sibuk melayan pelanggan dan
hanya membiarkan anak-anak mereka bersendirian. Anak-anak akan berasa terabai kerana tidak
mendapat belaian seperti mana yang anak-anak kecil lain dapat. Ibu bapa yang terlampau berusaha
mencari duit sehingga melupakan anak mereka menyebabkan kasih sayang yang sepatutnya dirasai
oleh anak-anak tidak sampai.
Kesan keempat ialah terdedah dengan bahaya kawasan perniagaan merupakan kawasan
umum yang boleh dilalui oleh sesiapa sahaja termasuklah penjenayah, penculik dan sebagainya. Ibu
bapa yang leka dengan melayan pelanggan boleh mengudnang kepada berlakunya kes penculikan dan
pemerdagangan manusia. Anak-anak tidak akan berasa selamat. Mereka perlu dijaga oleh orang yang
lebih dewasa. Perkara seperti ini akan meningkatkan kadar jenayah kepada Negara.
Kesan kelima ialah cara hidup yang tidak sihat. Anak-anak yang dibawa berniaga seringkali
berkawan dengan anak-anak peniaga lain. Mereka akan berkeliaran di kawasan perniagaan. Mereka
seperti tidak mempunyai ibu bapa yang menjaga. Semua perkara dilakukan oleh mereka sendiri
walaupun jika dilihat dari zahirnya, itu merupakan tugas orang yang lebih besar. Bukan itu sahaja,
mereka akan terdampar di tempat-tempat yang tidak elok seperti longkang, kawasan yang kotor dan
sebagainya.
Kesimpulannya, tindakan membawa anak-anak kecil turut sama berniaga sehingga lewat
malam adalah kurang bijak.
Soalan 3
Contoh jawapan 3.1
Nyatakan tiga petunjuk prestasi utama bagi menunjukkan Malaysia mencapai status negara
maju menjelang tahun 2020. [3]
a) Sumber alam yang dimanfaatkan dengan sepenuhnya.
b) Kemudahan prasarana yang moden dan mencukupi
c) Industri menjadi asas perekonomian
Contoh jawapan 3.2
Nyatakan tiga petunjuk prestasi utama bagi menunjukkan Malaysia mencapai status Negara
maju menjelang tahun 2020. [3]
(a) Sumber alam dimanfaatkan sepenuhnya
(b) Tinggi dan tingkat kualiti hidup
(c) Tinggi kesihatan ditingkatkan
Soalan 4
Contoh jawapan 4.1
Huraikan dua objektif penggubalan Rukun Negara. [4]
a) Membentuk satu sikap yang liberal terhadap kebudayaan. Ini bermaksud setiap rakyat bebas
untuk mengamalkan agama, kepercayaan dan kebudayaan masing-masing selaras dengan
Perlembagaan Negara.
b) Mencipta rakyat yang adil. Kemakmuran dan kekayaan Negara dapat diagihkan dengan adil
dinikmati oleh setiap rakyat dengan adil tanpa terdapat golongan yang terpinggir daripada
manfaat ini
Contoh jawapan 4.2
1. Huraikan dua objektif penggubalan Rukun Negara[4]
(a) Membina masyarakat masyarakat yang adil. Semua rakyat Negara tanpa mengira kaum
mendapat layanan yang sama dan dilindungi oleh undang-undang Negara.
(b) Membina masyarakat yang progresif yang menggunaan sains dan teknologi moden.
Penggunaan sains dan teknologi sebagai teras penting dalam pembangunan Negara.
Soalan 5
Contoh jawapan 5.1a
Namakan dua Rancangan Malaysia yang terdapat dalam tempoh pelaksanaan Dasar Wawasan Negara
(DWN). [2]
(i) Rancangan Malaysia ke Sembilan
(ii) Rancangan Malaysia ke lapan
Contoh jawapan 5.2a
Namakan dua Rancangan Malaysia yang terdapat dalam tempoh pelaksanaan Dasar Wawasan Negara
(DWN). [2]
(i) Rancangan Malaysia ke-9
(ii) Rancangan Malaysia ke-5
Contoh jawapan 5.1b
Berikan dua dimensi baru yang diperkenalkan dalam Dasar Wawasan Negara (DWN). [2]
(i) Memberi tumpuan kepada sektor swasta untuk melibatkan diri dalam prosese
penyusunan semula rakyat.
(ii) Memberi penekanan kepada strategi pembasmian kemiskinan dengan membasmi
kemiskinan dalam golongan termiskin (hardcore poor)
Contoh jawapan 5.2b
Berikan dua dimensi baru yang diperkenalkan dalam Dasar Wawasan Negara (DWN). [2]
(i) Membina bangsa yang berdaya tahan.
(ii) Mengekalkan pertumbuhan ekonomi.
Soalan 6
Contoh jawapan 6.1
Jelaskan dua manfaat yang diperoleh oleh rakyat melalui pelaksanaan Dasar Sosial Negara. [4]
(a) Keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi. Dengan itu, setiap rakyat
mendapat keperluan asas seperti pendidikan, hak asasi dan bantuan dengan mencukupi.
(b) Modal insan dapat dibangunkan. Nilai etika yang tinggi dapat diwujudkan dalam
kalangan rakyat dan semua rakyat berpeluang untuk meningkatkan diri bukan sahaja
dalam aspek ekonomi tetapi dalam aspek rohani dan intelek. Pembangunan rakyat yang
seimbang tercapai.