Bab 15
Ketua Negeri
Sultan ialah Ketua Negeri bagi negeri-negeri Johor,
Pahang, Kelantan, Terengganu, Selangor, Perak dan
Kedah.
Raja ialah Ketua Negeri bagi Perlis.
Yang di-Pertuan Besar ialah Ketua Negeri bagi Negeri
Sembilan.
Yang di-Pertua Negeri = Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan
Sarawak kerana negeri-negeri itu tidak beraja.
Raja/ Sultan/ Yang di-
Pertuan Besar
Dipilih mengikut Perlembagaan Negeri atau berdasarkan
perwarisan takhta kerajaan.
Saraan ditanggung oleh Kumpulan Wang Negeri
Disatukan.
Segala hasil dan wang yang diterima daripada cukai tanah,
hasil air, lesen lombong, hasil pungutan zakat, hasil hutan.
Ketua agama Islam di negeri baginda.
Komponen badan perundangan negeri tetapi tidak
mengambil bahagian dalam persidangannya.
Baginda bertindak atas nasihat Menteri Besar dan Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam memerintah negeri.
Budi Bicara
a. Melantik Menteri Besar
b. Tidak setuju permintaan untuk membubarkan DUN.
c. Membuat permintaan diadakan Mesyuarat Majlis Raja-
raja (Bincang keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan
kebesaran raja-raja atau amalan, perbuatan atau upacara
agama Islam).- mesti disokong sekurang-kurangnya oleh
2 orang anggota Majlis Raja-raja yang lain.
d. Apa-apa tugas sebagai Ketua Agama Islam / adat istiadat
Melayu
Budi Bicara
e. Melantik waris, permaisuri, Pemangku Raja atau
jemaah Pemangku Raja.
f. Menganugerahkan bintang-bintang kehormatan,
pangkat dan gelaran kemuliaan atau kebesaran
kepada orang yang berjasa.
g. Membuat peraturan tentang balai-balai diraja dan
istana.
Tugas-tugas
Melantik Menteri Besar yang semestinya
berbangsa Melayu dan beragama Islam mengikut
nasihat pemimpin parti yang menguasai majoriti kerusi
DUN.
Melantik ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
(AHLI EXCO) atas nasihat Menteri Besar.
Menjalankan tugas sebagai Ketua Agama Negeri
mengikut nasihat Majlis Agama Islam Negeri.
Merasmikan persidangan pertama setiap penggal DUN
dengan memberikan titah ucapan diraja.
Tugas-tugas
Baginda memperkenankan rang undang-undang,
pindaan undang-undang atau pindaan
Perlembagaan Negeri yang telah diluluskan oleh
DUN dalam masa 30 hari.
Melantik majistret mengikut nasihat Hakim Besar
Malaya.
Melantik Mufti dan Penghulu mengikut nasihat
Kerajaan Negeri.
Tugas-tugas
Melantik anggota Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam Negeri atas nasihat Menteri Besar.
Mempengerusikan mesyuarat Lembaga
Pengampunan Awam Negeri atas nasihat Menteri
Besar.
Berkuasa untuk mengampuni anak raja dan
permaisuri negeri lain.
Sekatan terhadap Kuasa
Tidak boleh mengampuni diri sendiri, permaisuri
sendiri dan anak-anak sendiri.
Boleh didakwa di Mahkamah Khas (Raja-raja) atas
sifat peribadi dalam kes jenayah dan kes sivil.
Untuk kes jenayah, apabila dakwaan dibuat oleh
Jabatan Peguam Negara, perlu turun takhta kerajaan
ketika perbicaraan berlangsung.
Sekiranya dijatuhi hukuman penjara sehari atau
lebih, mesti turun dari takhta kerajaan.
Sekatan terhadap Kuasa
Jika disabitkan dengan kesalahan jenayah, baginda
hanya boleh diampuni oleh Majlis Raja-raja.
Tidak boleh memegang apa-apa jawatan yang
berpendapatan.
Tidak boleh mengambil bahagian secara aktif
dalam perniagaan dan politik.
Yang di-Pertua Negeri
Dilantik oleh YdPA selepas berunding dengan Ketua
Menteri.
Mestilah warganegara melalui kuat kuasa undang-undang.
Tempoh jawatan Yang di-Pertua Negeri ialah 4 tahun tetapi
boleh dilantik semula.
Saraan YdPN ditanggung oleh Kumpulan Wang Negeri
Disatukan.
YdPN ialah komponen badan perundangan negeri
tetapi tidak mengambil bahagian dalam persidangannya.
YdPN bertindak atas nasihat Ketua Menteri dan Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam memerintah negeri.
Kumpulan Wang Negeri
Disatukan
Segala hasil dan wang yang diterima oleh Kerajaan
Negeri daripada
1. Cukai Tanah
2. Hasil air
3. Lesen lombong
4. Hasil pungutan zakat
5. Hasil hutan
Yang di-Pertua Negeri
Orang yang dilantik sebagai YdPN terdiri daripada bekas
menteri, Ketua Menteri yang telah banyak berjasa
kepada negara.
YdPN boleh bertindak mengikut budi bicara beliau
dalam menjalankan tugas-tugas yang berikut:
Melantik Ketua Menteri
Tidak menyetujui permintaan untuk membubarkan DUN
Menganugerahkan bintang-bintang kehormatan , pangkat
dan gelaran kemuliaan atau kebesaran kepada rakyat
yang berjasa
Yang di-Pertua Negeri
Boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa
dengan mengutus surat yang ditandatanganinya
kepada YdPA.
Boleh dipecat oleh YdPA setelah resolusi
pemecatannya diluluskan oleh majoriti 2/3 ahli
DUN.
Tidak tertakluk kepada Mahkamah Khas kerana
beliau bukan keturunan raja.
Yang di-Pertua Negeri
Tugas-tugas
tidak YdPN melantik Ketua Menteri yang
semestinya berbangsa Melayu dan beragama Islam
mengikut keputusan pilihan raya DUN.
YdPN melantik ahli-ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri atas nasihat Ketua Menteri.
Merasmikan persidangan DUN.
Menyetujui rang undang-undang, pindaan undang-
undang atau pindaan Perlembagaan Negeri yang
telah diluluskan oleh DUN dalam masa 30 hari.
Tugas-tugas
Melantik majistret mengikut nasihat Hakim Besar
Malaya atau Hakim Besar Sabah dan Sarawak.
Melantik Penghulu mengikut nasihat Kerajaan Negeri.
Mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan
dan mengampuni orang-orang yang disabitkan dengan
kesalahan di mahkamah awam di negeri beliau mengikut
nasihat Lembaga Pengampunan.
Sekatan terhadap Kuasa
Tidak boleh mengundi dalam Majlis Raja-raja.
Boleh didakwa di mahkamah awam atas sifat
peribadi dan rasminya.
Tidak boleh memegang apa-apa jawatan yang
berpendapatan.
Tidak boleh mengambil bahagian secara aktif
dalam perniagaan dan politik.
STPM 2019 (Soalan 19)
Nyatakan tiga persamaan fungsi Sultan dengan Yang
di-Pertua Negeri. [3m]
(a) ______________________________________________
(b) ______________________________________________
(c) ______________________________________________
JAWAPAN
STPM 2019(Soalan 19)
Nyatakan tiga persamaan fungsi Sultan dengan Yang di-
Pertua Negeri. [3m]
(a) Melantik Menteri Besar dan Ketua Menteri.
(b) Menganugerah pingat-pingat kehormatan, pangkat dan
gelaran kemuliaan kepada rakyat yang berjasa.
(c) Boleh menerima atau menolak permintaan untuk
pembubaran Dewan Undangan Negeri.
(d) Merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri.
(e) Mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengampunan
Negeri.
[Pilih mana-mana 3]
Ketua Menteri?
Menteri Besar?
Ketua Menteri: panggilan untuk
ketua eksekutif negeri-negeri yang
tidak beraja.
Menteri Besar – panggilan untuk
ketua eksekutif negeri-negeri yang
beraja.
Ketua Menteri / Menteri
Besar
Ketua Menteri / Menteri Besar merupakan ketua
eksekutif Kerajaan Negeri.
Melaksanakan kuasa eksekutif negeri yang dipegang oleh
Ketua Negeri.
Merupakan Ahli DUN mendapatkan sokongan majoriti
ahli DUN.
Dilantik oleh raja atau YdPN.
Memilih ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
yang kemudiannya akan dilantik oleh raja atau Yang di-
Pertua Negeri.
Ketua Menteri / Menteri
Besar
Mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan
jentera pentadbiran negeri.
Mengiring raja / Yang di-Pertua Negeri ke
mesyuarat Majlis Raja-raja.
Menjadi anggota Lembaga Pengampunan bagi
negeri beliau.
Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri (MMKN)
Ialah peruntukan tetap dalam Perlembagaan Negeri.
Menyerupai Kabinet di peringkat persekutuan.
Digelar Kabinet di Sabah dan Majlis Tertinggi di
Sarawak.
Biasanya mengandungi 4 hingga 12 orang ahli dari
DUN.
KABINET SARAWAK 2019
Ketua Menteri Sarawak
Ketua Menteri Sabah
Menteri Besar Selangor
Ahli-ahli
Ahli-ahli dilantik oleh raja atau YdPN.
Raja / YdPN terlebih dahulu melantik
Menteri Besar atau Ketua Menteri
daripada ahli-ahli DUN.
Raja / YdPN kemudian akan melantik
ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri yang lain atas nasihat Menteri
Besar atau Ketua Menteri.
Ahli-ahli
Ahli-ahli memegang jawatan selama diperkenankan oleh
raja atau dipersetujui oleh Yang di-Pertua Negeri tetapi
boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa.
Semenanjung Malaysia: ahli dikenali sebagai ahli Exco
(yang termasuk Menteri Besar dan Ketua Menteri).
Sabah dan Sarawak: ahli dikenali sebagai menteri.
Ahli-ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri merupakan
pembentuk dasar negeri yang tertinggi dan badan
pemerintah yang melaksanakan pentadbiran negeri.
Ahli-ahli bertanggungjawab secara kolektif kepada
DUN.
TIDAK BOLEH menjalankan pekerjaan atau
profesion asal mereka.
ADUN yang menjadi ahli Exco atau Speaker DUN
mestilah berhenti daripada profesion beliau.
Penting:
Ahli Dewan Rakyat, Dewan Negara, Undangan
Negeri boleh menjalankan profesion masing-
masing.
Tetapi, jika dilantik menjadi menteri, Speaker
Dewan Rakyat / Negara, mesti berhenti daripada
profesion.
Ahli DUN yang menjadi ahli Exco / Speaker pun
SAMA.
Mengandungi 3 orang ahli pegawai kerajaan (ex-
officio), iaitu:
1. Setiausaha Kerajaan Negeri
2. Pegawai Kewangan Negeri
3. Penasihat Undang-undang Negeri
Pelantikan ketiga-tiga orang ahli ex-officio
mesti dengan persetujuan Kerajaan
Persekutuan
Ahli Ex-Officio
1. Negeri-negeri beraja, ketiga-tiga orang ahli ex-officio
boleh mengambil bahagian dalam prosiding DUN
tetapi mereka tidak berhak untuk mengundi.
2. Pulau Pinang / Melaka, hanya Penasihat Undang-
undang Negeri tetapi beliau tidak berhak
mengundi.
3. Sabah dan Sarawak, ketiga-tiga orang ahli ex-officio
tidak berhak menghadiri persidangan DUN.
Tugas-tugas MMKN
Membuat dasar-dasar Kerajaan Negeri.
Melaksanakan kuasa eksekutif Kerajaan Negeri.
Menasihati Raja, Sultan, Yang di-Pertuan Besar atau Yang
di-Pertua Negeri dalam memerintah negeri.
Menggubal undang-undang yang disenaraikan dalam
Senarai Negeri, Perlembagaan Persekutuan untuk
diluluskan oleh DUN
Menguruskan hal-hal pertanian
Mengeluarkan lesen pembalakan serta lesen untuk
mencari galian
Bidang Pentadbiran
Kerajaan Negeri
Berasaskan Senarai Negeri dan Senarai Bersama seperti:
Agama Islam
Kewangan Negeri
Tanah
Air (Kerajaan Persekutuan kecuali Sabah dan Sarawak)
Harta karun
Lesen balak
Lesen kuari
Pertanian
Bidang Pentadbiran
Kerajaan Negeri
Menguruskan hal-hal seperti yang berikut:
a. Tanah rizab orang Melayu
b. Permit dan lesen perlombongan
c. Mendaftarkan dan menukar hak milik tanah
d. Menukar status tanah
e. Harta karun yang ditemukan
Bertanggungjawab terhadap
perkhidmatan yang berikut:
1. Menyediakan pasar
2. Memberikan lesen untuk menjalankan tempat hiburan,
rumah penginapan dan rumah lojing
3. Melaksanakan projek-projek perumahan
4. Menyediakan tanah perkuburan
5. Menyediakan perkhidmatan feri
6. Menyediakan kemudahan jalan (BUKAN lebuh raya)
7. Menyediakan bekalan air
8. Mengeluarkan lesen menangkap ikan di sungai
9. Menjalankan pentadbiran perbandaran
Jawatankuasa
Penyelarasan
Penyelarasan pentadbiran Kerajaan Negeri
dipertanggungjawabkan kepada 3 buah majlis yang berikut:
1. Majlis Tindakan Negeri
1. Menyelaraskan dan melaksanakan program Kerajaan Negeri
2. Majlis Perancangan Negeri
1. Merancang pembangunan ekonomi negeri
3. Majlis Keselamatan Negeri
1. Menyelaraskan keselamatan negeri
** Ketiga-tiga buah jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Menteri
Besar / Ketua Menteri dan dianggotai ahli-ahli Exco
Majlis-majlis ini bertujuan untuk menyelaraskan
pentadbiran hal yang berkaitan antara Kerajaan
Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.
1. Majlis Raja-raja
2. Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan
3. Majlis Tanah Negara
4. Majlis Kewangan Negara
Tujuan penubuhan majlis
penyelarasanantara kerajaan
Menjadi badan penghubung antara Kerajaan Persekutuan
dengan Kerajaan Negeri
Menjadi badan perunding berkaitan dengan isu dalm
bidangnya antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan
Negeri
Menjadi badan penyelaras untuk aktiviti dalam bidangnya
antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
STPM 2015 (Soalan 18)
(a) Nyatakan dua majlis yang ditubuhkan mengikut
peruntukan Perlembagan Persekutuan. [2m]
(b) Nyatakan dua tujuan penubuhan majlis
penyelarasan antara Kerajaan Pusat dengan
Kerajaan Negeri. [2m]
STPM 2015 (Soalan 18)
(a) Nyatakan dua majlis yang ditubuhkan mengikut peruntukan Perlembagan
Persekutuan. [2m]
1. Majlis Raja-raja
2. Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan
3. Majlis Tanah Negara
4. Majlis Kewangan Negara
(b) Nyatakan dua tujuan penubuhan majlis penyelarasan antara Kerajaan
Pusat dengan Kerajaan Negeri. [2m]
1. Menjadi badan penghubung antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan
Negeri.
2. Menjadi badan perunding berkaitan dengan isu dalm bidangnya antara
Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.
3. Menjadi badan penyelaras untuk aktiviti dalam bidangnya antara Kerajaan
Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
Sumber Kewangan
Diperoleh daripada
1. Cukai kuari dan lombong
2. Cukai hiburan
3. Cukai tanah
4. Kutipan zakat dan fitrah
5. Peruntukan, pinjaman dan royalti daripada Kerajaan
Persekutuan
6. Keuntungan yang diperoleh daripada badan tidak
berkanun negeri
7. Hasil kutipan daripada pengeluaran lesen pembalakan dan
perikanan di sungai
8. Hasil jualan harta karun
Sabah dan Sarawak
(Hasil Tambahan)
Duti eksais petroleum
Duti import kenderaan
Royalti hasil eksport negeri
Royalti bermaksud bayaran berasaskan penggunaan yang dibayar
oleh satu pihak ("pemegang lesen") kepada pihak lain ("pemberi
lesen") untuk suatu aset yang sedang digunakan,
Duti eksais bermaksud cukai yang dikenakan ke atas barang-barang
tertentu yang dimport ke Malaysia atau dikilang dalam Malaysia.
Minuman Keras.
Rokok, Tembakau dan keluaran tembakau
Kenderaan Bermotor
Playing card (Daun Terup)
Mahjong tiles.
Duti Eksais