The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-34280834, 2021-12-21 17:11:14

Kerajaan Tempatan

Kerajaan Tempatan

Kerajaan Tempatan

BAB 16

Pengenalan

 Kerajaan Tempatan atau Pihak Berkuasa Tempatan
di Wilayah-wilayah KL, Labuan dan Putrajaya
terletak di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan.

 Terletak di bawah kuasa Kerajaan Negeri.
 Merupakan peringkat kerajaan yang berasingan dan

berkuasa dalam:

 Membuat undang-undang kecil
 Mengutip cukai dan sewa
 Menubuhkan Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Tempatan

yang berada di bawah kawalannya (mempunyai autonomi
kewangan)

Autonomi bermaksud:

 Mempunya hak atau kuasa sendiri, hak mengurus
pemerintahan sendiri (tanpa penguasaan atau
pengendalian oleh pihak lain)

Akta Kerajaan Tempatan 1976

 Hanya terdapat 3 jenis:

 Dewan Bandaraya
 Majlis Perbandaran
 Majlis Daerah

 Membolehkan struktur dan organisasi Kerajaan Tempatan
diperkemas dan juga untuk membolehkan Kerajaan Tempatan

 Mentadbirkan kawasannya dengan lebih cekap
 Mengambil bahagian yang aktif dalam pembangunan
 Bertindak sebagai pihak berkuasa dalam perancangan bandar

Berapakah bilangan PBT yang terdapat di Malaysia
sekarang?

Jumlah PBT adalah sebanyak 149 buah PBT (termasuk
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), iaitu 12 buah
Dewan/Majlis Bandaraya (DB / MB), 39 buah Majlis
Perbandaran (MP) dan 98 buah Majlis Daerah (MD).
Terkini ialah Majlis Daerah Putatan dan Majlis Daerah
Pitas, Sabah.

Tujuan Penubuhan Kerajaan Tempatan

 Membantu Kerajaan Negeri dalam bidang
pentadbiran dan penggubalan undang-undang kecil.

 Undang-undang kecil dibuat oleh Kerajaan Tempatan dan
hanya sesuai untuk kegunaan tempatan.

 Menyediakan kemudahan rekreasi dan
perkhidmatan untuk penduduk setempat.

 Memberikan peluang kepada penduduk setempat
untuk mengambil bahagian dalam pengurusan
kawasan yang didiami mereka.

 Memastikan keputusan dibuat dengan cepat dan
selaras dengan keperluan penduduk setempat.

Kakitangan Kerajaan Tempatan

UNIT-UNIT PENTADBIR
Pentadbiran
Datuk Bandar, Yang Dipertua Majlis/
Perancangan Pembangunan dan Pegawai Daerah, Anggota-anggota
Penyelarasan Majlis, Setiausaha (Ketua Eksekutif),
Penyelidikan dan Nasihat Ketua dan Timbalan Ketua Pengarah
Teknikal Tingkat Tertinggi
Saluran Najis dan Perparitan
Ketua Penolong Pengarah Satu
Bahan Buangan Pepejal
Ketua Penolong Pengarah Dua

Jurutera Kesihatan Umum

Jurutera Kesihatan Umum (Saluran
Najis) dan Jurutera Kesihatan Umum
(Perparitan)

Jurutera Kesihatan Umum

Jenis Kerajaan Tempatan

Dewan Bandaraya dan Majlis Perbandaran Majlis Daerah
Majlis Bandaraya
Ditubuhkan melalui
1. Ditubuhkan melalui Ditubuhkan melalui (enakmen) undang-
undang-undang khas (enakmen) undang- undang biasa
undang biasa
2. Diluluskan oleh Majlis 1. Diketuai oleh Yang
Negara bagi Kerajaan Dipertua (Pegawai )
Tempatan
2. Dibantu oleh Majlis
3. Mesti pusat Daerah (8-12 orang
pentadbiran dan anggota)
perniagaan

1. Diketuai oleh Datuk 1. Diketuai oleh Yang
Bandar Dipertua

2. Dibantu oleh Majlis 2. Dibantu oleh Majlis
Bandaraya (24 orang Perbandaran (8-24
anggota) orang anggota)

Tempoh Tempoh Tempoh
Perkhidmatan Perkhidmatan Perkhidmatan
anggota Majlis anggota Majlis anggota Majlis
Bandaraya: 2 tahun Perbandaran: 1 tahun Daerah: 1 tahun

Bilangan penduduk: Bilangan Penduduk: Bilangan Penduduk:
Lebih 500 000 orang Lebih 150 000 orang Kurang daripada 150 000
orang
Sumber kewangan:
Melebihi RM 100 juta Sumber Kewangan : Sumber Kewangan:
setahun Melebihi RM 20 juta Kurang daripada RM 20
setahun juta setahun
Contoh:
1. Dewan Bandaraya Contoh: Contoh:
1. Majlis Perbandaran 1. Majlis Daerah Raub
Kuala Lumpur 2. Majlis Daerah Kampar
2. Majlis Bandaraya Petaling Jaya 3. Majlis Daerah
2. Pulau Pinang
Johor Baru 3. Batu Pahat Segamat
3. Ipoh 4. Kuala Terengganu
4. Kota Kinabalu
5. Putrajaya

KERAJAAN TEMPATAN DI SARAWAK

 Dewan Bandaraya Kuching Utara
 Majlis Bandaraya Kuching Selatan
 Majlis Bandaraya Miri
 Majlis Perbandaran Padawan
 Majlis Perbandaran Sibu
 Lembaga Kemajuan Bintulu
 Majlis Daerah Bau
 Majlis Daerah Betong
 Majlis Daerah Dalat & Mukah
 Majlis Daerah Kanowit
 Majlis Daerah Kapit
 Majlis Daerah Lawas

KERAJAAN TEMPATAN DI SARAWAK

 Majlis Daerah Luar Bandar Sibu
 Majlis Daerah Lubok Antu
 Majlis Daerah Maradong & Julau
 Majlis Daerah Lundu
 Majlis Daerah Marudi
 Majlis Daerah Matu & Daro
 Majlis Daerah Samarahan
 Majlis Daerah Saratok
 Majlis Daerah Sarikei
 Majlis Daerah Serian
 Majlis Daerah Simunjan
 Majlis Daerah Sri Aman
 Majlis Daerah Subis
 Majlis Daerah Limbang

Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA)

 telah ditubuhkan berikutan penemuan gas asli dan minyak
yang banyak di luar pantai Bintulu. Pembangunan sumber asli
ini membolehkan BDA menjadi badan utama bukan sahaja
menyelaras projek-projek pembangunan tetapi juga boleh
melaksanakan projek-projek sendiri.

 Oleh itu, pada 8 Julai 1978, BDA telah ditubuhkan untuk
melaksanakan fungsi-fungsi tersebut.

Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA)

 Di bawah Ordinan Lembaga kemajuan Bintulu(BDA) 1978,
BDA ditubuhkan sebagai agensi kerajaan untuk menjaga
perancangan fizikal dan pembangunan di Bintulu, Sarawak.

 Kawasan persempadanan BDA meliputi keseluruhan
bahagian Bintulu seluas 12,515 sq. km termasuk 5 km di luar
pantai Bintulu. ia terdiri dari dua daerah iaitu Bintulu dan
Tatau.

Keanggotaan Kerajaan Tempatan

 Dewan Bandaraya & Majlis Bandaraya

 Terdiri daripada Datuk Bandar dan anggota lain dilantik oleh
Kerajaan Negeri.

 Di Kuala Lumpur = Datuk Bandar dan anggota Dewan Bandar
aya dilantik oleh Kerajaan Persekutuan.

 Pegawai pentadbir yang lain merupakan kakitangan kerajaan.

PENTING:

 Anggota majlis Kerajaan Tempatan dilantik daripada
pemastautin tempatan.

 Tempoh perjawatan tidak melebihi 2 tahun.

Keanggotaan

 Majlis Perbandaran

 Terdiri daripada Yang Dipertua Majlis dan anggota Majlis
yang dilantik oleh Kerajaan Negeri.

 Majlis Perbandaran dibantu oleh kakitangan awam negeri
yang dilantik oleh Majlis Perbandaran dengan kelulusan
Kerajaan Negeri.

Keanggotaan

 Majlis Daerah

 Diketuai oleh Yang Dipertua yang mesti menanggung jawatan
sebagai Pegawai Daerah

 Anggota-anggota Majlis Daerah dilantik oleh Kerajaan Negeri

TUGAS-TUGAS UTAMA

1. Memberikan perkhidmatan pembersihan longkang
dan sampah.

2. Mengenakan kompaun terhadap penjaja yang
membuang sampah merata-rata dan pengusaha
restoran yang tidak menjaga kebersihan
premisnya.

3. Mengawal, menyewakan dan mengurus gerai
makanan, pasar, pasar malam atau pekan sehari.

4. Menjaga keindahan kawasan dan menyediakan
serta menyenggara kemudahan rekreasi seperti
kolam renang, gimnasium dan taman awam.

Tugas-tugas Utama

5. Menyediakan tempat untuk tanah perkuburan
6. Menamakan jalan dan lorong di taman perumahan
7. Membina lampu trafik, pondok menunggu bas dan
tempat letak kereta
8. Mengutip cukai taksiran harta, cukai pintu, bayaran
perkhidmatan dan sewa gerai kepunyaan Kerajaan
Tempatan.
9. Mengeluarkan lesen kedai makanan, lesen penjaja,
lesen untuk pesta, lesen pusat hiburan, lesen anjing,
permit pertunjukan hiburan, Sijil Menduduki
Bangunan

Tugas-tugas utama

1o. Mengenakan kompaun terhadap salah laku yang
melibatkan papan iklan perniagaan.
11. Menggubal undang-undang kecil untuk sesuatu
kawasan dan dikuatkuasakan setelah disetujui oleh
Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan.
12. Menubuhkan Kumpulan Wang Pihak Berkuasa
Tempatan dan mengawal akaun tersebut tetapi
belanjawan tahunannya mesti mendapat kelulusan
Kerajaan Negeri.

Tugas-tugas utama

13. Menyelaraskan dasar-dasarnya mengikut dasar-
dasar Kerajaan Persekutuan.
14. Mengikut arahan-arahan Majlis Negara bagi
Kerajaan Tempatan.

SUMBER KEWANGAN

1. Cukai taksiran harta
2. Bayaran perkhidmatan dan lesen kedai kopi, lesen

penjaja, lesen anjing dan lesen pusat hiburan
3. Bayaran permit pertunjukan hiburan
4. Pinjaman dan pemberian daripada Kerajaan Negeri

dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan.

STPM 2017: Soalan 18:

Nyatakan empat tugas Pihak Berkuasa Tempatan. [4]
a) ___________________________________
b) ___________________________________
c) ___________________________________
d) ___________________________________

STPM 2017: Soalan 18:

JAWAPAN STPM 2017: Soalan 18:

Nyatakan empat tugas Pihak Berkuasa Tempatan. [4]
a) Menguatkuasakan undang-undang kecil tempatan.
b) Mengeluarkan lesen tertentu.
c) Merancang dan menyediakan kemudahan-

kemudahan awam.
d) Mengutip cukai-cukai tertentu.
e) Membina bangunan, perumahan dan uni-unit

perdagangan.
f) Menyediakan perancangan tempatan.
[Pilih mana-mana 4]

Cukai Taksiran Harta?

 Cukai taksiran adalah cukai yang dikenakan ke atas pemilik dan
penghuni pegangan berkadar yang terletak di dalam kawasan
bidang kuasa sesebuah Majlis.

Siapakah Pembayar Cukai Taksiran?
 Jika anda mempunyai rumah, rumah kedai, hotel, stesen servis,

tanah kosong atau pegangan berkadar yang lain yang terletak di
dalam kawasan Majlis, anda akan dikenakan cukai taksiran.
Sebaliknya, jika anda menduduki bangunan atas tanah tanpa
dokumen hak milik berasingan atau tanah yang dirizabkan
untuk sesuatu maksud awam, anda juga perlu membayar cukai
taksiran.
Kenapa Perlu Membayar Cukai Taksiran?
 Kutipan dari cukai taksiran adalah perlu untuk menampung
perbelanjaan Majlis dalam menyediakan perkhidmatan seperti
penyelenggaraan, taman rekreasi, pemotongan rumput, lampu
jalan dan tempat kemudahan awam untuk kesejahteraan
masyarakat.

KUASA Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan
Tempatan

 Mengisytiharkan sesuatu kawasan dalam negeri
menjadi kawasan Kerajaan Tempatan.

 Menetapkan taraf, status dan sempadan Kerajaan
Tempatan.

 Memberikan arahan am tentang dasar-dasar kepada
Kerajaan Tempatan.

 Meluluskan anggaran belanjawan tahunan Kerajaan
Tempatan.

 Mengesahkan setiap undang-undang kecil yang
dibuat oleh Kerajaan Tempatan sebelum
dikuatkuasakan.

KUASA Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan
Tempatan

 Meluluskan jawatan baharu yang hendak diwujudkan
oleh Kerajaan Tempatan.

 Melantik anggota majlis, Datuk Bandar atau Yang
Dipertua Kerajaan Tempatan.

 PBT perlu merujuk TERLEBIH DAHULU kepada
Kerajaan Negeri:

 Apabila PBT hendak melaksanakan sesuatu dasar baru supaya
tidak berlaku percanggahan dalam pelaksanaan dasar
tempatan.

 Apabila PBT hendak mewujudkan perjawatan baru kerana
melibatkan peruntukan kewangan kerajaan negeri

 Apabila PBT hendak melantik ahli Majlis kerana melibatkan
peruntukan kewangan.

STPM 2020: Soalan 18:

Nyatakan empat kuasa kerajaan negeri ke atas Pihak
Berkuasa Tempatan. [4]
a) ___________________________________
b) ___________________________________
c) ___________________________________
d) ___________________________________

JAWAPAN STPM 2020: Soalan 18:

Nyatakan empat kuasa kerajaan negeri ke atas Pihak Berkuasa
Tempatan. [4]
a) Mengisytiharkan sesuatu kawasan dalam negeri menjadi kawasan

Kerajaan Tempatan.
b) Menetapkan taraf, status dan sempadan Kerajaan Tempatan.
c) Memberikan arahan am tentang dasar-dasar kepada Kerajaan

Tempatan.
d) Meluluskan anggaran belanjawan tahunan Kerajaan Tempatan.
e) Mengesahkan setiap undang-undang kecil yang dibuat oleh

Kerajaan Tempatan sebelum dikuatkuasakan.
f) Meluluskan jawatan baharu yang hendak diwujudkan oleh

Kerajaan Tempatan.
g) Melantik anggota majlis, Datuk Bandar atau Yang Dipertua

Kerajaan Tempatan.
[Pilih mana-mana 4]

KUASA Kerajaan Persekutuan terhadap
Kerajaan Tempatan

 Kerajaan tempatan terletak di bawah kuasa negeri
masing-masing.

 Namun, penubuhan Majlis Negara Kerajaan
Tempatan ini diwakili oleh wakil-wakil Persekutuan
dan seorang wakil untuk setiap negeri dan
dipengerusikan oleh Menteti Perumahan dan
Kerajaan Tempatan.

 Dasar yang diputuskan oleh majlis mesti dipatuhi
kecuali SABAH dan SARAWAK.

SOALAN

1. Senaraikan tiga kuasa yang ada pada Kerajaan
Tempatan.

2. Nyatakan dua tujuan penubuhan Kerajaan
Tempatan.

3. Senaraikan tiga jenis perkhidmatan yang
disediakan oleh Kerajaan Tempatan khusus untuk
kebajikan penduduk setempat.

4. Senaraikan dua jenis kesalahan yang boleh
dikompaun oleh Kerajaan Tempatan.

SOALAN

5. Nyatakan tiga keadaan Kerajaan Negeri boleh
meluaskan kuasanya terhadap Kerajaan Tempatan.
6. Jelaskan dua tindakan Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT) yang perlu merujuk terlebih dahulu kepada
Kerajaan Negeri sebelum dilaksanakan.

JAWAPAN

SOALAN 1:
- Membuat undang-undang kecil
- Mengutip cukai dan sewa
- Menubuhkan Kumpulan Wang Pihak Berkuasa

Tempatan
SOALAN 2:
- Memberikan peluang kepada penduduk setempat
mengambil bahagian dalam pengurusan kawasan yang
didiami mereka
- Menyediakan perkhidmatan untuk penduduk setempat
- -memastikan keputusan dibuat dengan cepat dan selaras

dengan keperluan penduduk setempat

JAWAPAN

SOALAN 3:
– Membina kolam renang dan gimnasium
- Memberikan perkhidmatan pembersihan longkang dan

sampah
- Menyediakan taman permainan kanak-kanak
- Menyelenggarakan taman rekreasi

SOALAN 4:
- Penjaja membuang sampah di merata-rata tempat.
- Pengusaha premis makanan tidak menjaga kebersihan

premis.
- Salah laku yang melibatkan papan iklan perniagaan
- Meletakkan kereta di kawasan larangan
- Menjaja tanpa lesen.

JAWAPAN

SOALAN 5: – meluluskan belanjawan tahunan
Kerajaan Tempatan
- Mengesahkan undang-undang kecil yang dibuat oleh

Kerajaan Tempatan.
- Meluluskan jawatan baharu yang hendak

diwujudkan oleh Kerajaan Tempatan.
- Melantik ahli Majlis, Datuk Bandar atau Yang

Dipertua Kerajaan Tempatan
- Menetapkan sempadan Kerajaan Tempatan

JAWAPAN

SOALAN 6:
- PBT hendak melaksanakan sesuatu dasar baru. Hal
ini supaya tidak berlaku percanggahan dalam
pelaksanaan dasar tempatan dengan kerajaan negeri.
- PBT hendak mewujudkan perjawatan baru. Hal ini

demikian kerana perjawatan baru akan melibatkan
peruntukan kewangan kerajaan negeri.
- PBT hendak melantik ahli Majlis. Hal ini demikian
kerana perjawatan baru akan melibatkan
peruntukan kewangan dan ahli harus sehaluan
dengan dasar kerajaan negeri.

Aktiviti Uji Minda

Ciri-ciri Dewan Majlis Majlis Daerah
Bandaraya Perbandaran
Ketua

Jumlah
Penduduk

Bilangan
Anggota Ahli

Tempoh
Perkhidmatan

Sumber
kewangan

Sumber
Kewangan
melebihi ? Juta

Tiga Contoh

Aktiviti Uji Minda

Tugas-tugas Utama Kerajaan Tempatan

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

STPM 2018: Soalan 13:

Yang manakah agensi yang bertanggungjawab untuk
mengagihkan peruntukan Kerajaan Persekutuan
kepada Kerajaan Negeri mengikut panjang jalan raya
dan bilangan penduduk?

A Perbendaharaan
B Majlis Kewangan Negara
C Pihak Berkuasa Tempatan
D Bahagian Kewangan Jabatan Perdana Menteri

JAWAPAN STPM 2018: Soalan 13:

Yang manakah agensi yang bertanggungjawab untuk
mengagihkan peruntukan Kerajaan Persekutuan
kepada Kerajaan Negeri mengikut panjang jalan raya
dan bilangan penduduk?

A Perbendaharaan
B Majlis Kewangan Negara
C Pihak Berkuasa Tempatan
D Bahagian Kewangan Jabatan Perdana Menteri

STPM 2020: Soalan 11:

Pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan
dilakukan setelah mendapat kelulusan

A Sultan
B Ketua Kerajaan Negeri
C Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
D Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

JAWAPAN STPM 2020: Soalan 11:

Pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan
dilakukan setelah mendapat kelulusan

A Sultan
B Ketua Kerajaan Negeri
C Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
D Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri


Click to View FlipBook Version