The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-34280834, 2022-11-15 17:31:54

Mahkamah Atasan dan Mahkamah rendah

Mahkamah Atasan dan Mahkamah rendah

Bab 7

MAHKAMAH ATASAN DAN MAHKAMAH
RENDAH (BAWAHAN)

MAHKAMAH ATASAN

MAHKAMAH PERSEKUTUAN

 Ditubuhkan menurut Perkara 121 Fasal (2)
Perlembagaan Persekutuan.

 Keanggotaan:

 Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan = Ketua Hakim
Negara

 Presiden Mahkamah Rayuan
 Hakim-hakim Besar Tinggi
 8 orang hakim lain
 Beberapa orang hakim tambahan yang dilantik oleh

YdPA mengikut keperluan.

BIDANG KUASA

 Perbicaraan kes hendaklah didengar oleh tidak
kurang daripada 3 orang hakim atau lebih yang
ditentukan oleh Ketua Hakim Negara.

 Bidang Kuasa:

 Menentukan kesahan undang-undang yang digubal
oleh badan perundangan negara dan berkuasa
untuk menolak undang-undang yang bercanggahan
dengan Perlembagaan Persekutuan.

BIDANG KUASA:

 Menyelesaikan kekeliruan yang timbul daripada
tafsiran undang-undang Persekutuan dan
Perlembagaan Persekutuan.

 Menasihati YdPA tentang penguatkuasaan mana-
mana peruntukan undang-undang.

 Mengendalikan kes-kes perselisihan faham antara
Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
atau antara Kerajaan Negeri.

 Mendengar dan mempertimbangkan rayuan kes
sivil dan kes jenayah daripada Mahkamah Rayuan.

 Mendengar rayuan kes petisyen pilihan raya
daripada Mahkamah Tinggi.

PERBICARAAN KES RAYUAN

 Kes mahkamah rayuan boleh dirayu di
mahkamah persekutuan.

 Kes Jenayah: notis rayuan hendaklah
diserahkan kepada mahkamah persekutuan
dalam masa 7 hari daripada tarikh keputusan
Mahkamah Rayuan.

 Kes Sivil: notis rayuan 14 hari daripada tarikh
keputusan.

RAYUAN TIDAK DIBENARKAN JIKA:

 Kes tersebut melibatkan nilai tuntutan yang
kurang daripada RM 250 000 kecuali dengan
keizinan khas.

 Kes sivil atau kes jenayah itu belum
dibicarakan di Mahkamah Rayuan.

 Keputusan Mahkamah Rayuan dianggap
sebagai muktamad.

RAYUAN KEPADA LEMBAGA PENGAMPUNAN

 Mahkamah persekutuan ialah mahkamah
rayuan yang terakhir.

 Kes rayuan yang ditolak oleh mahkamah
persekutuan, hukuman yang dikenakan akan
dijalankan.

 Setelah pesalah sudah menjalani hukuman
untuk suatu tempoh tertentu, dia akan
membuat rayuan untuk pengampunan kepada
Lembaga Pengampunan.

MAHKAMAH RAYUAN

 Ditubuhkan menurut Perkara 121 Fasal (1B)
Perlembagaan Persekutuan.

 Anggota:

 Seorang pengerusi yang digelar Presiden
Mahkamah Rayuan

 10 orang hakim yang lain.

PELANTIKAN HAKIM MAHKAMAH RAYUAN

 Dilantik oleh YdPA atas nasihat Perdana
Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-
raja.

 Sebelum menasihati YdPA, PM hendaklah
meminta pandangan ketua hakim negara bagi
pelantikan presiden Mahkamah Rayuan

 Pandangan Presiden Mahkamah Rayuan bagi
pelantikan hakim-hakim lain mahkamah
rayuan

SEBELUM MENASIHATI YDPA,

 Perdana menteri hendaklah:

 Pandangan Ketua Hakim Negara bagi pelantikan
Presiden Mahkamah Rayuan.

 Pandangan Presiden Mahkamah Rayuan bagi
pelantikan hakim-hakim lain Mahkamah Rayuan.

PENAMATAN JAWATAN HAKIM MAHKAMAH
RAYUAN

 Ditamatkan dengan cara hakim itu,

 Meletakkan jawatan
 Dipecat daripada jawatannya

PERSIDANGAN MAHKAMAH RAYUAN

 Notis rayuan sesuatu kes ke Mahkamah
Rayuan mesti difailkan kepada Ketua
Pendaftar Mahkamah dalam tempoh 14 hari
selepas keputusan dibuat oleh Mahkamah
Tinggi.

 Didengar oleh tidak kurang daripada 3 orang
hakim atau lebih.

 Nilai tidak kurang daripada RM 250 000
daripada mahkamah tinggi,

PERSIDANGAN MAHKAMAH RAYUAN

 Mahkamah rayuan mendengar rayuan kes
jenayah tertentu daripada mahkamah Seksyen.

 Mahkamah rayuan berkuasa untuk mendengar
rayuan kes daripada Mahkamah Majistret yang
berkaitan dengan tafsiran undang-undang
sahaja.

 Mahkamah rayuan berkuasa untuk meminda
keputusan Mahkamah Tinggi.

MAHKAMAH TINGGI

 Dibahagikan kepada 2:

 Mahkamah Tinggi Malaya
 Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak

 Malaya: seorang Hakim Besar dan 46 orang hakim
yang lain.

 Sabah dan Sarawak terdiri daripada seorang Hakim
Besar dan 10 orang hakim yang lain.

PELANTIKAN HAKIM MAHKAMAH TINGGI

 Dilantik oleh YdPA atas nasihat Perdana Menteri
setelah berunding dengan Majls Raja-raja.

 Sebelum menasihati, PM hendaklah meminta
pandangan.

 Pandangan hakim-hakim Besar setiap Mahkamah Tinggi
bagi pelantikan Hakim Besar Mahkamah Tinggi.

 Pandangan Ketua Menteri setiap negeri yang berkenaan
bagi pelantikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak.

 Pandangan Hakim Besar Malaya atau Hakim Besar Sabah
dan Sarawak bagi pelantikan hakim-hakim Mahkamah
Tinggi

PERSIDANGAN MAHKAMAH TINGGI

 Diadili oleh seorang hakim sahaja.

KES JENAYAH:

 Oleh sesiapa sahaja di Malaysia (termasuk Rakyat
Asing) yang terletak di bawah kuasa Mahkamah
Tinggi.

 Oleh sesiapa sahaja yang berada dalam kapal
atau kapal terbang yang didaftarkan di Malaysia.

 Oleh sesiapa sahaja di kawasan perairan Malaysia
 Di bawah Kanun Keseksaan Malaysia (Akta 574),

Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
 Semua kes yang boleh dihukum mati.

KES SIVIL:

 Perkahwinan dan perceraian (orang bukan
Islam)

 Kes muflis
 Penjagaan atau rebutan anak dan harta
 Berkaitan dengan wasiat
 Pengeluaran sesuatu writ mahkamah

BIDANG KUASA MAHKAMAH TINGGI

 Membicarakan kes sivil yang melibatkan nilai
tuntutan melebihi RM 250 000.

 Menjatuhkan apa-apa hukuman termasuk
hukuman mati dan penjara seumur hidup.

 Mendengar kes rayuan daripada mahkamah
rendah dan menyemak rekod-rekod mahkamah
rendah.

 Mengeluarkan writ, waran dan sebagainya.
 Membicarakan kes pembunuhan.

BIDANG KUASA MAHKAMAH TINGGI

 Mengarahkan mahkamah rendah mengadakan
ulang bicara setelah mendengar kes-kes
rayuan daripada mahkamah rendah.

 Mendengar petisyen pilihan raya.

PERBICARAAN KES RAYUAN DI MAHKAMAH
TINGGI

 Kes jenayah – pihak pendakwa atau tertuduh
mesti menyerahkan notis rayuan dalam masa 10
hari daripada tarikh keputusan dibuat oleh
mahkamah rendah.

 Kes Sivil – 14 hari daripada tarikh keputusan
dibuat oleh mahkamah rendah.

 Kes jenayah – denda lebih daripada RM 25.
 Kes Sivil – nilai tidak kurang daripada RM 10 000

kecuali bagi penjagaan anak atau penceraian dan
isu-isu pentafsiran undang-undang.

RAYUAN DIBUAT SEBAB?

 Ingin mencari kesahihan tentang hukuman
yang telah dijatuhkan

 Yakin bahawa hukuman disalah jatuhkan di sisi
undang-undang.

 Percaya bahawa terdapat kesalahan fakta
 Hukuman yang dijatuhkan terlalu tinggi atau

ringan

RAYUAN BOLEH DIBUAT OLEH SIAPA?

 Pihak pendakwa atau tertuduh dalam kes
jenayah.

 Pihak plaintif ataupun defendan dalam kes
sivil.

MAHKAMAH TINGGI KUCHING

MAHKAMAH RENDAH
(BAWAHAN)

MAHKAMAH RENDAH

 Mahkamah Seksyen – diadili oleh seorang
hakim sahaja.

 Mahkamah Majistret
 Mahkamah Penghulu

MAHKAMAH SEKSYEN

 Pelantikan Hakim Mahkamah Seksyen

 Hakim Mahkamah Seksyen dilantik oleh YdPA atas
nasihat Hakim Besar Mahkamah Tinggi.

 YdPA tidak perlu meminta nasihat Perdana Menteri
dan Majlis Raja-raja.

BIDANG KUASA MAHKAMAH SEKSYEN

1. Mengeluarkan saman, waran dan perintah
mahkamah.

2. Memeriksa rekod kes-kes sivil yang
berlangsung di Mahkamah Majistret dan
Mahkamah Penghulu.

3. Mengendalikan semua kes jenayah kecuali
yang melibatkan hukuman mati.

4. Mengendalikan kes sivil yang tuntutannya
tidak melebihi RM 250 000.

RAYUAN KES MAHKAMAH SEKSYEN

 Kes-kes jenayah boleh dirayu di Mahkamah
Tinggi dengan mengemukakan notis rayuan
dalam masa 10 hari daripada tarikh keputusan
Mahkamah Seksyen.

 Kes-kes sivil yang melibatkan nilai tidak kurang
daripada RM 10 000 boleh dirayu di
Mahkamah Tinggi dengan mengemukakan
notis rayuan dalam masa 14 hari daripada
tarikh keputusan Mahkamah Seksyen.

MAHKAMAH MAJISTRET

 Pelantikan majistret

 YdPA melantik majistret di Wilayah-Wilayah
Persekutuan KL, Labuan dan Putrajaya atas nasihat
Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya.

 Ketua Negeri melantik majistret di negeri-negeri
yang lain atas nasihat Hakim Besar Mahkamah
Tinggi yang berkenaan.

BIDANG KUASA MAJISTRET

1. Kesalahan yang hukumannya tidak melebihi
10 tahun penjara atau,

2. Kesalahan yang hukumannya denda sahaja
atau,

3. Kes rompakan dan kes pecah rumah pada
waktu malam

MAJISTRET BOLEH MENGENAKAN HUKUMAN

 Tetapi tidak melebihi:

 5 tahun penjara atau
 Denda sehingga RM 10 000 atau
 Sebatan rotan sehingga 12 kali atau
 Kombinasi mana-mana hukuman di atas.

NAMUN,

 Bagi sesetengah kes seperti di bawah Akta
Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Kastam
1967, majistret boleh mengenakan denda
melebihi RM 10 000.

 Kes sivil: tidak melebihi RM 25 000.
 Majistret berkuasa untuk mendengar kes

rayuan daripada Mahkamah Penghulu.

INGAT:

 Rekod sivil dan rekod jenayah Mahkamah
Majistret boleh disemak oleh hakim
Mahkamah Seksyen.

 Jika beliau berpendapat bahawa keputusan itu
tidak sah atau tidak betul, beliau boleh
merujuk kes itu berserta pendapatnya kepada
Mahkamah Tinggi untuk tindakan lanjutan.

RAYUAN KES MAHKAMAH MAJISTRET

 Sebarang kes rayuan daripada Mahkamah
Majistret akan didengar di Mahkamah Tinggi.

 Tempoh rayuan bagi kes sivil ialah 14 hari
daripada tarikh keputusan Mahkamah
Majistret.

 Tempoh rayuan bagi kes jenayah ialah 10 hari
daripada tarikh keputusan Mahkamah
Majistret.

MAHKAMAH PENGHULU

 Hanya terdapat di Semenanjung Malaysia.
 Diadili oleh seorang Penghulu yang dilantik
bagi sesuatu mukim oleh Ketua Negeri.
 Membicarakan orang Asia yang boleh bertutur dan

memahami bahasa Melayu.
 Kes sivil : tidak melebihi RM 50.
 Kes Jenayah: hukuman dendanya tidak lebih RM

25.
 Tertuduh berhak untuk membuat permohonannya

supaya dibicarakan di Mahkamah Majistret.
 Rayuan boleh dibuat di Mahkamah Majistret.

MAHKAMAH PENGHULU

 Kini, Mahkamah Penghulu hanya wujud dalam
buku statut kerana mahkamah ini jarang-jarang
bersidang.

 Sekiranya, penghulu diminta untuk
menyelesaikan sesuatu perbalahan, biasanya
akan dijalankan secara tidak formal dan bukan
melalui Mahkamah Penghulu.

LATIHAN SOALAN STRUKTUR:

1. Nyatakan dua cara untuk menamatkan jawatan
seorang hakim Mahkamah Tinggi. [2m]

2. Nyatakan dua syarat untuk membawa rayuan
kes jenayah ke Mahkamah Tinggi. [2m]

3. Senaraikan dua kuasa Mahkamah Tinggi
terhadap mahkamah rendah. [2m]

4. Nyatakan dua kes yang tidak boleh dibicarakan
di Mahkamah Majistret. [2m]

JAWAPAN LATIHAN:

SOALAN 1.
a) Hakim itu meletakkan jawatan.
b) Hakim itu dipecat daripada jawatannya melalui

tribunal.
SOALAN 2.
a) Notis rayuan diserahkan kepada Mahkamah

Tinggi dalam 10 hari daripada tarikh keputusan
dibuat oleh mahkamah rendah.
b) Melibatkan denda yang melebihi RM 25

JAWAPAN LATIHAN:

SOALAN 3.
a) Menyemak rekod perbicaraan kes sivil yang

dibicarakan oleh mahkamah rendah.
b) Mengarahkan mahkamah rendah

mengadakan siasatan awal kehakiman.
SOALAN 4.
a) Kes yang melibatkan hukuman penjara

melebihi 10 tahun.
b) Kes yang melibatkan denda melebihi RM 10

000

LATIHAN TAMBAHAN

SOALAN STRUKTUR

LATIHAN TAMBAHAN: SOALAN STRUKTUR:

1. Nyatakan tiga sebab badan kehakiman
merupakan badan pengadilan negara. [3m]

2. Berikan tiga perbuatan yang dianggap sebagai
menghina Institusi Kehakiman di Malaysia.
[3m]

3. Jelaskan dua kaedah yang digunakan oleh
pihak berkuasa untuk menahan seseorang
individu yang melakukan sesuatu kesalahan.
[4m]

JAWAPAN LATIHAN TAMBAHAN:

SOALAN 1.
a) Melindungi kebebasan asasi setiap warganegara

daripada diceroboh oleh sesuatu pihak.
b) Berkuasa untuk menentukan keesahan sesuatu

undang-undang yang digubal oleh mana-mana badan
perundangan negara.
c) Berkuasa mentafsir kandungan Perlembagaan
Persekutuan agar semua pihak memahami dan
mematuhinya.
d) Membicarakan dan menjatuhkan hukuman atas
sesuatu kesalahan sivil atau jenayah mengikut
undang-undang yang ada.
e) Keanggotaannya dilantik oleh YdPA dan pemecatannya
hanya melalui satu syor tribunal.

JAWAPAN LATIHAN TAMBAHAN:

SOALAN 2.

a) Mengingkari arahan atau perintah yang telah
dikeluarkan oleh mahkamah.

b) Mempertikaikan keputusan yang telah dibuat
oleh mahkamah secara terbuka.

c) Membuat kenyataan umum berkaitan sesuatu
kes yang masih dibicarakan oleh mahkamah.

d) Mengkritik proses kehakiman secara terbuka.

JAWAPAN LATIHAN TAMBAHAN:

SOALAN 3.

a) Tangkapan tanpa waran

a) Keadaan ini berlaku apabila tertuduh tertangkap
ketika melakukan jenayah atau tangkapan yang
perlu disegerakan.

JAWAPAN LATIHAN TAMBAHAN:

SOALAN 3.

a) Surat saman

a) Dokumen yang mengandungi kesalahan, tarikh
dan waktu untuk seseorang itu hadir ke
mahkamah.

b) Waran tangkap

a) Apabila orang yang kena tuduh tidak hadir di
mahkamah pada tarikh dan waktu yang telah
ditetapkan, maka waran tangkap dikeluarkan
untuk pihak berkuasa menangkap tertuduh.

c) Tangkapan tanpa waran


Click to View FlipBook Version