1. Terdapat 13 buah badan perundangan
negeri.
2. Badan perundangan negeri tidak
terdapat di Wilayah-Wilayah
Persekutuan.
3. Terdiri daripada 2 komponen:
1. Sultan, raja, Yang di-Pertuan Besar /
Yang di-Pertua Negeri
2. Dewan Undangan Negeri (DUN)
Raja, Sultan atau Yang di-Pertuan
Besar
1. Merupakan komponen badan perundangan
negeri tetapi tidak mengambil bahagian dalam
persidangan DUN.
2. Juga mempunyai kuasa budi bicara dalam
membubarkan DUN.
Raja, Sultan / Yang di-Pertuan
Besar
• Tugas-tugas
• Memberikan titah ucapan ketika pembukaan
perasmian penggal Dewan Undangan Negeri
• Memanggil persidangan DUN dan tidak boleh
membiarkan tempoh antara persidangan
melebihi 6 bulan.
• Menangguhkan penggal DUN
• Memperkenankan rang undang-undang negeri
• Membubarkan DUN
Yang di-Pertua Negeri
• Merasmikan dan memberikan ucapan
ketika pembukaan rasmi penggal DUN.
• Memanggil persidangan DUN dan tidak
boleh membiarkan tempoh antara
persidangan melebihi 6 bulan.
• Menangguhkan penggal DUN
• Meluluskan rang undang-undang negeri
• Membubarkan DUN
DUN
• Badan perundangan pada peringkat negeri.
• ADUN dipilih oleh rakyat negeri berkenaan dalam pilihan
raya.
• Bilangan ahli dalam DUN berbeza-beza mengikut negeri.
• DUN di setiap negeri berkuasa untuk menggubal dan
meluluskan undang-undang bagi negeri berkenaan.
• DUN berkuasa terhadap perkara-perkara dalam Senarai
Negeri dan Senarai Bersama.
• DUN turut membahaskan dan meluluskan belanjawan
negeri.
• Tempoh hayat = 5 tahun. Tempoh 5 tahun ini boleh dikira
tarikh persidangan pertama DUN selepas pilihan raya.
• Saraan ADUN ditentukan oleh DUN dan ditanggung oleh
Kumpulan Wang Negeri Disatukan.
SoSaolanla7n:3STPM 2016
Dewan Undangan Negeri dikira tempoh genap usianya selama
lima tahun dari tarikh
A. writ pilihan raya dikeluarkan
B. keputusan pilihan raya diwartakan
C. persidangan pertama Dewan Undangan Negeri
D. Menteri Besar atau Ketua Menteri mengangkat sumpah
jawatan
JASWoAalPaAnN3Soalan 7: STPM 2016
Dewan Undangan Negeri dikira tempoh genap usianya selama
lima tahun dari tarikh
A. writ pilihan raya dikeluarkan
B. keputusan pilihan raya diwartakan
C. persidangan pertama Dewan Undangan Negeri
D. Menteri Besar atau Ketua Menteri mengangkat sumpah
jawatan
KEISTIMEWAAN DUN
• Apa-apa prosiding dalam DUN tidak
boleh dipersoalkan dalam mahkamah.
• Seseorang tidak boleh didakwa
kerana menyiarkan liputan
persidangan DUN.
• ADUN tidak boleh didakwa atas apa-
apa yang dikatanya dan pengundian
yang dibuatnya dalam DUN.
Fungsi DUN
1. DUN ialah forum untuk membahaskan dasar-dasar
Kerajaan Negeri dan hal-hal rakyat negeri.
2. DUN membahaskan titah ucapan diraja, belanjawan
negeri dan rang undang-undang.
3. DUN meluluskan atau menolak sebarang rang undang-
undang.
4. DUN meminda undang-undang negeri atau
Perlembagaan Negeri.
** DUN hanya berhak untuk menyentuh perkara-perkara
dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama dalam
Perlembagaan Persekutuan.
PERSIDANGAN DUN
1. PRU – 60 hari bagi Semenanjung
Malaysia DAN Sabah dan Sarawak
selepas tarikh pembubaran DUN.
2. Sultan, raja, Yang di-Pertuan Besar
atau Yang di-Pertua Negeri mesti
memanggil DUN untuk bersidang
dalam tempoh 120 hari selepas
tarikh pembubaran DUN.
PERSIDANGAN DUN
1. Agenda-agenda penting dalam persidangan
pertama DUN selepas pilihan raya
1. Merancang takwim bagi DUN:
2. Memilih Speaker dan Timbalan Speaker DUN
3. Semua ADUN mengambil sumpah
4. Melantik ketua pembangkang
5. Titah Ucapan Diraja
6. Ucapan terima kasih
7. Persidangan bermula
Speaker (Yang di-Pertua) DUN
1. Speaker boleh merupakan ahli DUN atau bukan ahli DUN.
2. TIDAK boleh terlibat secara aktif dalam perniagaan.
3. Tugas-tugas:
1. Mempengerusikan DUN
2. Memastikan tatatertib dan peraturan DUN dipatuhi
3. Mengenakan tindakan disiplin terhadap ahli yang tidak
mematuhi peraturan.
4. Menjadi jurucakap DUN
5. Memaklumkan kekosongan luar jangka kerusi DUN kepada
Suruhanjaya Pilihan Raya
** Jika ADUN dilantik menjadi Speaker, beliau mesti berhenti daripada
menjalankan profesion asal atau perniagaan beliau.
Kelayakan CALON untuk menjadi
ADUN
1. Warganegara Malaysia
2. Bermastautin di negeri yang berkenaan
3. Berumur 18 tahun atau lebih
4. Sempurna akal
5. Bukan seorang bankrap
6. Tidak pernah dipenjarakan melebihi satu tahun
(boleh bertanding jika diampuni atau 5 tahun
selepas tamat hukuman penjara)
7. Tidak pernah didenda RM 2000 atau lebih (boleh
bertanding jika diampuni)
8. Tidak memegang jawatan berpendapatan
HILANG kelayakan
1. Dia didapati tidak sempurna akal.
2. Dia diisytiharkan bankrap dan belum dilepaskan.
3. Dia memegang sesuatu jawatan berpendapatan.
4. Dia tidak menghantar penyata perbelanjaan pilihan raya
kepada SPR dalam tempoh 31 hari daripada tarikh
keputusan pilihan raya diwartakan.
5. Dia disabitkan dengan suatu kesalahan oleh mahkamah
dan dihukum penjara tidak kurang daripada satu tahun
dan dia tidak diampuni.
6. Dia disabitkan dengan suatu kesalahan oleh mahkamah
dan dihukum denda tidak kurang daripada RM 2000 dan
dia tidak diampuni.
7. Dia telah dengan sengaja memperoleh kewarganegaraan
asing.
BERHENTI
1. ADUN boleh berhenti daripada menjadi ahli dengan
mengutus surat yang ditandatanganinya kepada
Speaker DUN.
2. Speaker DUN kemudian akan memaklumkan
kekosongan luar jangka kerusi DUN kepada SPR
supaya pilihan raya kecil boleh diadakan untuk
mengisi kekosongan luar jangka itu.
3. Apabila seseorang ahli DUN mengosongkan
kerusinya, dia dilarang daripada bertanding dalam
kawasan DUN berkenaan selama 5 tahun.
PROSEDUR PENGGUBALAN
1. BERKUASA TERHADAP PERKARA-PERKARA
DALAM Senarai Negeri (Jadual Kesembilan
Perlembagaan Persekutuan)
2. Undang-undang yang diluluskan oleh DUN
setiap negeri adalah sah sungguhpun
undang-undang itu bercanggahan dengan
undang-undang negeri yang lain.
3. Tidak boleh bercanggah dengan undang-
undang Persekutuan.
SENARAI NEGERI
SENARAI NEGERI
SoSaolanla3n:3STPM 2019
Yang manakah yang tertakluk kepada bidang kuasa negeri?
A. Penerbitan majalah keagamaan
B. Pembukaan pusat pemulihan akhlak
C. Permohonan permit melombong pasir
D. Tuntutan penceraian pasangan bukan Islam
JawSoaaplaann3Soalan 3: STPM 2019
Yang manakah yang tertakluk kepada bidang kuasa negeri?
A. Penerbitan majalah keagamaan
B. Pembukaan pusat pemulihan akhlak
C. Permohonan permit melombong pasir
D. Tuntutan penceraian pasangan bukan Islam
SENARAI BERSAMA
SENARAI BERSAMA
Pembubaran DUN
• Tempoh hayat DUN ialah 5 tahun dan dikira
daripada tarikh persidangan pertama DUN
selepas pilihan raya.
• DUN terbubar secara automatik apabila
genap tempoh 5 tahun.
• Boleh dibubarkan lebih awal.
• Persidangan DUN harus diadakan dalam
tempoh 120 hari selepas tarikh
pembubaran DUN.
Pembubaran DUN (INFO TERKINI)
Perkara-perkara yang tidak boleh
dipinda
1. Warisan takhta kerajaan
2. Kedudukan para pembesar istana
3. Para pembesar adat Melayu
4. Cara pelantikan dan sifat-sifat waris takhta,
permaisuri dan pemangku raja
5. Pemecatan, penarikan diri dan pengurusan
takhta raja atau waris
6. Pengurniaan atau pelucutan pangkat,
gelaran kehormatan, bintang kebesaran
Contoh Dewan Undangan Negeri
Contoh Dewan Undangan Negeri
❑Peranan Dewan Undangan Negeri adalah untuk menggubal
perundangan dan dasar negeri. Undang-undang yang diluluskan
oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) dipanggil Enakmen.
❑Berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, DUN
mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang yang
disenaraikan dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama.
❑Peranan DUN yang seterusnya adalah memantau institusi
pemerintah iaitu jabatan dan agensi kerajaan negeri.
❑Ahli-ahli DUN bertanggungjawab untuk mengkritik atau
menegur tindakan institusi kerajaan bagi memastikan jabatan
atau agensi negeri tersebut melaksanakan fungsinya berdasarkan
dasar yang telah ditetapkan.
❑DUN juga berperanan sebagai pengantara dalam penyampaian
suara rakyat kepada kerajaan.
Contoh Dewan Undangan Negeri
❑Di Pulau Pinang, Yang di-Pertua Negeri akan memanggil
persidangan dari semasa ke semasa dan dalam masa yang sama
merasmikan persidangan tersebut bagi setiap penggal.
❑Tempoh keahlian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) adalah
tidak melebihi lima (5) tahun sekiranya DUN tidak dibubarkan
dalam jangka masa tersebut. Seorang Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) boleh juga menjadi Ahli Dewan Rakyat dan
ADUN secara serentak.
❑Sebelum dibenarkan menyertai persidangan DUN, setiap ahli
dikehendaki mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan
Undangan Negeri. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau
berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas
mereka sebagai Ahli DUN sebaik yang mungkin dan taat setia
kepada negeri dan Malaysia serta mematuhi, menjaga dan
mempertahankan perlembagaan.
LATIHAN
1. Nyatakan dua fungsi Dewan Undangan Negeri (DUN).
2. Nyatakan dua tugas raja/sultan dalam DUN.
3. Nyatakan dua keistimewaan DUN.
4. Nyatakan tiga perkara dalam Perlembagaan Negeri yang tidak boleh
dipinda oleh DUN.
5. Apakah yang dimaksudkan dengan undang-undang statut?
6. Apakah yang dimaksudkan dengan undang-undang akta?
7. Apakah yang dimaksudkan dengan undang-undang Ordinan?
8. Apakah yang dimaksudkan dengan undang-undang Enakmen?
9. Jelaskan konsep baki perundangan DUN.
10. Nyatakan dua contoh pindaan Perlembagaan Negeri yang
memerlukan kelulusan 2/3 majoriti DUN dan persetujuan Raja
negeri itu.
11. Jika pindaan tentang Tanah Simpanan Melayu akan dijalankan,
nyatakan syarat pindaan itu boleh diluluskan tanpa menimbulkan
pertikaian undang-undang kelak.
Jawapan
Soalan 5:
Undang-undang bertulis atau undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen
atau Dewan Undangan Negeri.
Soalan 6:
Undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen.
Soalan 7:
Undang-undang yang diluluskan oleh DUN di Sarawak atau Undang-undang
yang diluluskan oleh Parlimen sebelum merdeka.
Soalan 8:
Undang-undang yang diluluskan oleh DUN di Sabah dan Semenanjung
Malaysia.
Soalan 9:
DUN berkuasa menggubal undang-undang yang tidak tersenarai asalkan
Parlimen tidak mempunyai kuasa ke atasnya.
Soalan 10: - Hak-hak dan kedaulatan sultan.
- Kuasa pengampunan sultan.
- Keistimewaan DUN.
Soalan 11: Pindaan mesti mendapat sokongan 2/3 majoriti DUN dan sokongan
2/3 majoriti Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Soalan 1
Siapakah antara yang berikut akan
memperkenankan sesuatu rang
undang-undang yang telah diluluskan
oleh DUN?
A. Raja
B. Yang di-Pertuan Agong
C. Speaker DUN
D. Menteri Besar
Jawapan Soalan 1
Siapakah antara yang berikut akan
memperkenankan sesuatu rang
undang-undang yang telah diluluskan
oleh DUN?
A. Raja
B. Yang di-Pertuan Agong
C. Speaker DUN
D. Menteri Besar
Soalan 2
Setelah DUN dibubarkan, beberapa perkara
tertentu hendaklah dilaksanakan dalam tempoh
120 hari. Yang manakah antara perkara yang
berikut ialah perkara yang terakhir sekali
dilaksanakan?
A. Penamaan calon yang akan bertanding dalam
pilihan raya
B. Rakyat membuang undi dalam pilihan raya DUN
C. Persidangan pertama DUN
D. Pelantikan Speaker DUN
JawSoaaplaann2Soalan 2
Setelah DUN dibubarkan, beberapa perkara
tertentu hendaklah dilaksanakan dalam tempoh
120 hari. Yang manakah antara perkara yang
berikut ialah perkara yang terakhir sekali
dilaksanakan?
A. Penamaan calon yang akan bertanding dalam
pilihan raya
B. Rakyat membuang undi dalam pilihan raya DUN
C. Persidangan pertama DUN
D. Pelantikan Speaker DUN
SoSaolanla3n 3
Penyelesaian masalah akan digunakan jika terdapat
percanggahan antara undang-undang Persekutuan dengan
undang-undang negeri?
A. Undang-undang Persekutuan yang bercanggahan dengan
undang-undang negeri akan dibatalkan
B. Undang-undang Persekutuan dan undang-undang negeri
akan digugurkan
C. Undang-undang yang bercanggahan itu akan dirujuk
kepada Mahkamah Rayuan
D. Undang-undang Persekutuan akan digunakan dan undang-
undang negeri akan terbatal setakat mana undang-undang
itu bercanggah dengan undang-undang Persekutuan
JawSoaaplaann3Soalan 3
Penyelesaian masalah akan digunakan jika terdapat
percanggahan antara undang-undang Persekutuan dengan
undang-undang negeri?
A. Undang-undang Persekutuan yang bercanggahan dengan
undang-undang negeri akan dibatalkan
B. Undang-undang Persekutuan dan undang-undang negeri
akan digugurkan
C. Undang-undang yang bercanggahan itu akan dirujuk
kepada Mahkamah Rayuan
D. Undang-undang Persekutuan akan digunakan dan
undang-undang negeri akan terbatal setakat mana
undang-undang itu bercanggah dengan undang-undang
Persekutuan
SoSaolanla4n 4
Agama Islam ialah perkara negeri.
Yang manakah antara yang berikut tidak benar tentang
pernyataan di atas?
A. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mutlak dalam
hal agama Islam
B. Negeri-negeri mempunyai kuasa pentadbiran terhadap
agama Islam
C. Negeri-negeri mempunyai kuasa perundangan tentang
Islam
D. Kerajaan Persekutuan mempunyai bidang kuasa
perundangan dan pentadbiran terhadap agama Islam di
Wilayah-wilayah Persekutuan
JawSoaaplaann4Soalan 4
Agama Islam ialah perkara negeri.
Yang manakah antara yang berikut tidak benar tentang
pernyataan di atas?
A. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mutlak dalam
hal agama Islam
B. Negeri-negeri mempunyai kuasa pentadbiran terhadap
agama Islam
C. Negeri-negeri mempunyai kuasa perundangan tentang
Islam
D. Kerajaan Persekutuan mempunyai bidang kuasa
perundangan dan pentadbiran terhadap agama Islam di
Wilayah-wilayah Persekutuan
SoSaolanla5n 5
Yang manakah antara yang berikut tidak benar
tentang prosedur penggubalan di DUN?
A. Semua rang undang-undang perlu dimasukkan
dalam Warta Kerajaan Persekutuan
B. Semua rang undang-undang mesti
diperkenankan oleh raja atau dipersetujui oleh
Yang di-Pertua Negeri sebelum diwartakan
C. Semua rang undang-undang tidak perlu
diwartakan sebelum dikuatkuasakan
D. Rang undang-undang mesti diluluskan oleh
DUN
JawSoaaplaann5Soalan 5
Yang manakah antara yang berikut tidak benar
tentang prosedur penggubalan di DUN?
A. Semua rang undang-undang perlu dimasukkan
dalam Warta Kerajaan Persekutuan
B. Semua rang undang-undang mesti
diperkenankan oleh raja atau dipersetujui oleh
Yang di-Pertua Negeri sebelum diwartakan
C. Semua rang undang-undang tidak perlu
diwartakan sebelum dikuatkuasakan
D. Rang undang-undang mesti diluluskan oleh
DUN