KEMENTERIAN
DAN JABATAN
KEMENTERIAN
BAB 13
KEMENTERIAN
1. Kementerian Bersepadu
Kementerian Bersepadu ialah kementerian di mana unit/ bahagian
yang tidak mempunyai kuasa tersendiri dari segi urusan pentadbiran,
kewangan dan ketua unit/ bahagian itu tidak menjadi pegawai
pengawal di dalam urusan kewangan.
Contoh Kementerian Bersepadu ialah Kementerian Kesihatan,
Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Pertahanan.
2. Kementerian Tidak Bersepadu
Kementerian Tidak Bersepadu ialah kementerian yang salah satu
unit/ bahagiannya menjalankan fungsi-fungsi bersendiri dari segi
urusan pentadbiran, kewangan dan kakitangan dan ketua unit/
bahagian itu adalah menjadi pegawai pengawal dalam urusan
kewangannya.
Contoh Kementerian Tidak Bersepadu ialah Kementerian
Kewangan, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Dalam
Negeri.
KEMENTERIAN
1. Agensi pelaksana tertinggi kerajaan (eksekutif).
2. Diketuai oleh seorang menteri dengan portfolionya.
3. Dibantu oleh
1. Timbalan menteri, Ketua Setiausaha Kementerian dan
pegawai kerajaan yang lain.
4. Fungsi Am:
- merancang dan menggubal dasar-dasar, mengawal
serta menyelaraskan program-program yang terletak di
bawah portfolio menteri.
- mengesan dan mengawal pelaksanaan program-
program yang dijalankan oleh agensi-agensi pelaksana di
bawah kawalannya.
KEMENTERIAN
- Semua kementerian mesti membuat akaun kewangan tentang
kementerian itu.
- Kementerian yang membuat dan menyimpan akaun kewangan
sendiri ialah:
- Kementerian Pendidikan
- Kementerian Pertahanan
- Kementerian Kesihatan
Kementerian yang tidak membuat akaun kewangan sendiri akan
menyerahkan tugas itu kepada Jabatan Akauntan Negara.
Akan diaudit oleh Ketua Audit Negara, kemudian laporan Ketua Audit
Negara akan dibentangkan di Parlimen.
(YBhg. Dato' Nik Azman Nik Abdul Majid)
KETUA AUDIT NEGARA
KETUA AUDIT NEGARA
• Dilantik oleh YdPA atas nasihat PM dan perlu berunding dahulu
dengan Majlis Raja-Raja.
• Tidak boleh dipecat kecuali melalui Tribunal Khas.
• Saraan Ketua Audit Negara dibuat oleh Parlimen dan peruntukan
daripada Kumpulan Wang Persekutuan Disatukan.
1. Mengaudit akaun dan aktiviti Kerajaan Persekutuan
2. Mengaudit akaun dan aktiviti Kerajaan Negeri
3. Mengaudit akaun dan aktiviti badan-badan berkanun
4. Mengaudit akaun dan aktiviti Kerajaan Tempatan
5. Mengaudit akaun dan aktiviti Majlis Agama Islam
6. Memastikan ada akauntabiliti dalam pentadbiran dan
pengurusan wang awam
IBU PEJABAT
KEMENTERIAN
1. Terdiri daripada pejabat kementerian, pejabat ketua
setiausaha dan pejabat kakitangan awam.
2. Terbahagi kepada Bahagian Pentadbiran, Bahagian
Perancangan, Bahagian Pembangunan dan Bahagian
Kewangan.
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN
1. Pentadbir utama sesebuah kementerian.
2. Merupakan penasihat kepada menteri kementerian
tersebut.
3. Memastikan bahawa dasar sesebuah kementerian
laksanakan dengan cekap dan berkesan.
4. Menganggotai Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian
dan Ketua Perkhidmatan yang dipengerusikan oleh Ketua
Setiausaha Negara. (Yang Berbahagia Tan Sri Mohd Zuki
Ali)
KETUA SETIAUSAHA NEGARA
ATAU SETIAUSAHA JEMAAH
MENTERI
KETUA SETIAUSAHA NEGARA
ATAU SETIAUSAHA JEMAAH
MENTERI
1. Ketua Setiausaha Negara merupakan jawatan yang tertinggi dalam
perkhidmatan awam.
2. Secara khususnya, Ketua Setiausaha Negara memainkan tiga
peranan utama, iaitu:
1. Setiausaha kepada Jemaah Menteri atau Kabinet
2. Ketua Perkhidmatan Awam Malaysia
3. Ketua Setiausaha kepada Jabatan Perdana Menteri
JABATAN
Dari segi susunan pentadbiran, jabatan adalah merupakan
agensi pelaksana bagi sebuah kementerian atau pentadbiran
negeri.
JABATAN-JABATAN
1. Merupakan agensi kerajaan yang terletak di bawah
pengawasan kementerian yang berkenaan.
2. Jabatan ialah agensi pelaksanaan program dan dasar
kementerian.
3. Aktiviti jabatan melibatkan pemberian perkhidmatan
sosial, keselamatan, pembangunan dan sebagainya
kepada masyarakat secara langsung.
4. Kerajaan menubuhkan jabatan-jabatan pada peringkat
negeri dan daerah untuk memberikan perkhidmatan
kepada masyarakat seluruh negara.
5. Fungsi = menggubal dasar-dasar, merancang, mengawas
dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti di jabatan di peringkat
negeri dan daerah.
JABATAN-JABATAN
6. Sesebuah jabatan diketuai oleh seseorang pegawai tadbir
utama yang dipanggil Pengarah.
7. Bagi jabatan-jabatan pada peringkat negeri dan daerah,
pegawai tadbir dipanggil Pengarah Negeri atau Pengarah
Daerah.
DUA TUJUAN
MESYUARAT KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN DAN KETUA
PERKHIDMATAN
1. Merupakan proses awal untuk membincangkan
pelaksanaan dasar-dasar negara.
2. Menyelaraskan program-program antara kementerian.
LATIHAN:
1. Namakan tiga buah kementerian yang membuat dan
menyimpan akaun kewangan sendiri. [3m]
Kementerian X : Jabatan Penjara, Polis Diraja Malaysia, Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan
2. Senaraikan tiga fungsi Kementerian X. [3m]
3. Nyatakan dua bidang kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan
Malaysia. [2m]
4. Senaraikan dua fungsi yang dijalankan oleh Jabatan Penerangan
Malaysia. [2m]
5. Nyatakan dua fungsi Lembaga Hasil Dalam Negeri. [2m]
JAWAPAN:
SOALAN 2:
• Menjaga kestabilan dalam negara
• Memelihara ketenteraan awam
• Mengawal pengeluaran lesen akhbar dan penerbitan
SOALAN 3:
• Mengendalikan ujian memandu
• Mengeluarkan lesen memandu
• Mendaftarkan kenderaan bermotor
SOALAN 4:
• Mengedarkan risalah-risalah dan menyebarkan maklumat tentang
dasar-dasar kerajaan
• Menyedarkan rakyat tentang matlamat dan dasar-dasar ekonomi
negara
• Mengubah cara pemikiran masyarakat kepada ideologi yang sesuai
dipegang oleh Malaysia
JAWAPAN:
SOALAN 5:
• Mentaksir dan mengutip cukai pendapatan perseorangan.
• Mentaksir dan mengutip cukai perniagaan dan syarikat.
• Mengutip cukai keuntungan harta benda.