The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-34280834, 2022-01-11 02:47:18

MAJLIS RAJA-RAJA

MAJLIS RAJA-RAJA

MAJLIS RAJA-
RAJA

DEFINISI
PENUBUHAN MRR

❑ Majlis Raja-Raja merupakan sebuah badan rasmi
yang ditubuhkan mengikut
Perkara38 PerlembagaanPersekutuan Malaysia

❑ Sebagai tempat bagi Raja-Raja dan Yang di-Pertua
Negeri bertemu dan berbincang

❑ Majlis Raja-raja merupakan badan tertinggi yang
boleh membuat keputusan menyelesaikan
kerumitan antara Kerajaan Persekutuan dengan
Kerajaan negeri

KEAHILIAN MAJLIS
RAJA RAJA

❑Yang di-Pertuan Agong (sebagai Ketua
Negara) diiringi oleh Perdana Menteri
❑ 9 orang Sultan/Raja Melayu diiringi oleh
Menteri Besar
❑ 4 orang Yang Dipertua Negeri diiringi oleh
Ketua Menteri
❑Seorang Setiausaha Majlis Raja-Raja
(Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu)

TUGAS MAJLIS RAJA-
RAJA

Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan mencatatkan tugas Majlis Raja-Raja:

1) Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi
Persekutuan mengikut peruntukan-peruntukan Jadual Ketiga.

2) Membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan yang
memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja.

3) Menimbangkan soal-soal mengenai dasar negara.

4) Boleh sama ada hendak mempersetujui atau tidak tentang apa-apa
perbuatan,amalan atau upacara agama meliputi seluruh persekutuan.

5) Boleh sama ada mempersetujui atau tidak mana-mana rang undang-undang
atau perlantikan yang memerlukan persetujuan Majlis tersebut.

6) Memberi pengampunan ,menangguhkan atau meringankan hukuman.

Soalan Struktur:

Nyatakan 2 fungsi Majlis Raja-Raja.
[2 markah]

a)___________________________________
___________________________________

b)___________________________________
___________________________________

Jawapan Soalan Struktur:

Nyatakan 2 fungsi Majlis Raja-Raja.

[2 markah]

a)Memilih Yang di-Pertuan Agong dan
Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi
Persekutuan mengikut peruntukan-
peruntukan Jadual Ketiga.

b)Membuat atau memberi nasihat mengenai
apa-apa perlantikan yang memerlukan
persetujuan Majlis Raja-Raja.

BUDI BICARA MAJLIS
RAJA-RAJA

Anggota-anggota Majlis Raja-raja boleh bertindak menurut budi bicara mereka dalam
apa-apa urusan berhubung dengan tugas-tugas yang berikut iaitu:

1) Memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong daripada jawatannya atau memilih
Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan;

2) Memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang ditetapkan oleh Perlembagaan;
3) Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang yang mengubah

sempadan-sempadan sesuatu negeri atau menyentuh keistimewaan, kedudukan,
kemuliaan atau kebesaran Raja-raja;
4) Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau
upacara meliputi seluruh Persekutuan;
5) Pelantikan anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182; atau
6) Pemberi ampun, replief dan respite atau peremitan, penggantungan atau peringanan
hukuman-hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42.

PENYIMPAN
MOHOR BESAR

RAJA-RAJA

DEFINISI PENYIMPAN MOHOR
BESAR RAJA-RAJA

1) Berperanan sebagai Setiausaha Majlis Raja-Raja

2) Dilantik oleh Majlis Raja-Raja utk menjalankan tugas
menyimpan Mohor Besar Raja-Raja

3) Melaksanakan tanggungjawabnya bagi tempoh yang
diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja

4) Beliau tidak semestinya dilantik dalam kalangan
kerabat diraja kerana Majlis Raja-Raja berkuasa untuk
melantik sendiri penyimpan Mohor tersebut

TANGGUNGJAWAB
PENYIMPAN MOHOR BESAR

RAJA-RAJA

Beliau bertanggungjawab utk memanggil mesyuarat
Majlis raja-raja sekiranya berlaku beberapa keadaan
yang berikut:

1) Mendapatkan arahan daripada yang dipertuan
Agong atau sekurang-kurangnnya 3 orang anggota
majlis raja-raja

2) Tempoh jawatan Yang dipertuan Agong hampir
tamat (tidak lewat 4 minggu sebelum tempoh tamat)

3) Berlaku kekosongan bagi jawatan Yang dipertuan
Agong atau Timbalan Yang dipertuan Agong

TUGAS PENYIMPAN MOHOR
BESAR RAJA-RAJA

1) Menerima dan mengedarkan kertas-kertas kerja
yang hendak dikemukankan dalam mesyuarat
Majlis Raja-raja

2) Bertanggungjawab memanggil mesyuarat dari
semasa ke semasa tas arahan YDPA atau MRR

3) Menghadir mesyuarat MRR dan menyimpan
minit-monit mesyarat

4) Mengesahkan semua keputusan MRR

5) Mengumumkan keputusan MRR tarikh berpuasa
dan tarik hari raya

PERKARA YANG MEMERLUKAN
PERSETUJUAN MAJLIS RAJA-RAJA
APABILA PARLIMEN INGIN MEMINDA
PERLEMBAGAAN

1) Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera di
Sabah dan Sarawak

2) Hak-hak dan kedaulatan raja-raja dan Majlis Raja-raja

3) Hal ehwal Islam

4) Bahasa Melayu

5) Kewarganegaraan (bukan peruntukan tambahan)

6) Keistimewaan Parlimen

7) Hak-hak istimewa kaum-kaum yang lain

KETUA AUDIT
NEGARA

KETUA AUDIT
NEGARA MALAYSIA

DEFINISI KETUA
AUDIT NEGARA

Merupakan ketua Jabatan Audit Negara Malaysia.

Dilantik oleh Yang dipertuan Agong, mengikut nasihat Perdana Menteri selepas
berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Ketua Audit Negara tidak tertakluk kepada kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Beliau tidak dibenarkan memegang jawatan lain pada masa yang sama di peringkat
Persekutuan atau Negeri.

Beliau bertanggungjawab melaksanakan pengauditan terhadap urusan kewangan
kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan Malaysia. Peranan ini
penting bagi meningkatkan kebertanggungjawaban pengurusan awam.

Di bawah Akta Audit, Ketua Audit Negara mempunyai kuasa sepenuhnya dalam
melaksanakan tugasnya. Ketua Audit Negara mendapat pesaraan
daripada Kumpulan Wang yang Disatukan dan mengikut peruntukan yang
disediakan oleh Parlimen.

FUNGSI
KETUA AUDIT NEGARA

1) Mengaudit akaun Kerajaan Persekutuan dan akaun
Kerajaan Negeri

2) Membantu mengelakkan penyelewengan wang
negara

3) Membentangkan laporan auditnya kepada Yang
dipertuan Agong

> *Di Parlimen, Jawatankuasa Akaun Awam yang hanya
wujud di Dewan Rakyat akan mengkajinya dan seluruh
Dewan Rakyat berhak membahaskan laporan itu.

PERANAN KETUA
AUDIT NEGARA

1. Mengaudit dan mengesahkan penyata kewangan da melaporkan hasil
pemeriksaannya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,
sultan-sultan atau Yang di-Pertuan Negeri yang akan memperkenankan
laporan tersebut dibentangkan di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

2. Semasa menjalankan tugas, Ketua Audit Negara bebas daripada
pengaruh badan eksekutif.

3. Menjalankan tugas pengauditan secara professional dan bebas serta
mengemukan laporan yang adil dan seimbang kepada Parlimen dan
Dewan Perundangan bagi menjamin akauntabiliti pengurusan awam.

4. Mengaudit dan melapor terus kepada badan perundangan.

5. Ketua Audit Negara berkuasa secukupnya untuk mendapatkan
keterangan dan menyemak semua rekod termasuk dokumen terperingkat
untuk beliau menjalankan tugas.

PERANAN KETUA
AUDIT NEGARA

6. Ketua Audit Negara mempunyai kuasa untuk melihat semua dokumen, wang
tunai, rekod, baucer, setem, saham-saham, harta-harta dan barang-barang stor
yang tertakluk kepada auditannya tanpa gangguan daripada mana-mana pihak.

7. Ketua Audit Negara mempunyai kuasa memanggil mana-mana individu
untuk mengemukakan apa-apa keterangan atau maklumat berkaitan
perakaunan.

8. Ketua Audit Negara memainkan peranan secara kolektif dengan
menurunkan kuasa kepada individu yang berkebolehan untuk membuat
pengauditan dan mendapatkan padangan dariada pegawai tentang perkara
perundangan.


Click to View FlipBook Version