The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-34280834, 2021-08-27 04:24:33

LEMBARAN PRAKTIS (SOALAN STRUKTUR) SOALAN 11 HINGGA 30

LEMBARAN PRAKTIS SOALAN 11 HINGGA 30

Keywords: Soalan Struktur

LEMBARAN SOALAN 11 HINGGA 30
PRAKTIS
BAHAGIAN A  RANCANGAN
SOALAN PEMBANGUNAN NEGARA
STRUKTUR

Soalan 11: NYATAKAN KEPERLUAN YANG
MENYEBABKAN KERAJAAN MELANCARKAN DASAR
PERTANIAN KETIGA (DPN 3).

a) Untuk menjamin bekalan makanan yang mencukupi, selamat,
berkhasiat serta bermutu tinggi pada harga berpatutan.

b) Untuk mengurangkan penggunaan buruh dalam kegiatan pertanian.

c) Untuk memaksimumkan penggunaan sumber-sumber terhad yang
sedia ada seperti tanah dan air.

d) Untuk memperkukuhkan daya saingan sektor pertanian negara.

e) Untuk merubah sektor pekebun kecil.

f) Untuk meningkatkan pelaburan swasta dalam pengeluaran
makanan.

g) Untuk memastikan pembangunan pertanian dan perhutanan yang
mampan.

Soalan 12: DASAR AGROMAKANAN
DILANCARKAN UNTUK …

a) Meningkatkan pendapatan pemain dalam sektor
pertanian.

b) Menjadikan sektor pertanian penyumbang kepada
pendapatan negara.

c) Menjamin bekalan makanan mencukupi.

d) Memastikan bekalan makanan halal dan selamat dimakan.

Soalan 13: NYATAKAN HALA TUJU STRATEGIK
SEKTOR PERTANIAN NEGARA.

a) Penerokaan pertanian bernilai tinggi.
b) Peningkatan pengeluaran dan produktiviti hasil pertanian.
c) Penglibatan pihak swasta sebagai pemacu pertumbuhan

sektor pertanian.
d) Pengukuhan rantaian bekalan agromakanan.
e) Pengukuhan R&D dan inovasi.

Soalan 14: BERIKAN CABARAN YANG DIHADAPI
SEKTOR PERTANIAN NEGARA.

a)Persediaan menghadapi perubahan iklim.
b)Perluaskan amalan mesra alam.
c)Pengurusan bahan sampingan atau

buangan.
d)Pengurusan sumber manusia yang berkualiti.
e)Penghasilan produk makanan halal dan

selamat.

Soalan 15: Jelaskan langkah yang diambil kerajaan
dalam memajukan pembangunan ekonomi
berdasarkan pengetahuan (K-Ekonomi).

a) Membina asas tenaga kerja, berpengetahuan melalui reformasi
sistem pendidikan dan latihan.

b) Memperkukuhkan sistem inovasi negara dengan memperbanyakkan
inisiatif S&T dan R&D.

c) Mempercepatkan pembangunan infrastruktur bagi memudahkan
pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan.

d) Mengolah sektor awam semula untuk menjadi lebih cekap dalam
penggunaan perolehan, penyebaran dan pengurusan pengetahuan.

e) Merapatkan jurang digital antara kumpulan pendapatan, kumpulan
etnik, kumpulan umur, komuniti bandar dan luar bandar dan
sempadan wilayah.

Soalan 16: NYATAKAN BAGAIMANA DASAR PANDANG
KE TIMUR DAPAT MEMBANTU MENINGKATKAN
KECEKAPAN PERKHIDMATAN KERAJAAN.

a)Melakukan perubahan struktur dalam
tata cara perkhidmatan awam.

b)Mengubah sikap kakitangan awam.

c)Memberi latihan dan kursus kepada
kakitangan awam.

Soalan 17: BERIKAN CONTOH PERUBAHAN STRUKTUR
DALAM PERKHIDMATAN AWAM MENERUSI DASAR
PANDANG KE TIMUR.

a)Memperkenalkan kad perakam waktu.
b)Menggunakan tanda nama.
c)Menubuhkan kumpulan meningkatkan mutu kerja

(KMMK).
d)Mengadakan fail meja dan manual prosedur kerja.
e)Mengamalkan konsep pejabat terbuka.

Soalan 18: DASAR PERSYARIKATAN MALAYSIA
DAPAT MEMAJUKAN NEGARA DENGAN CARA …

a)Menghapuskan salah faham antara sektor
awam dan sektor swasta.

b)Menggalakkan perkongsian dan pertukaran
maklumat antara sektor awam dan swasta.

c)Mewujudkan kerjasama yang erat dan
berkesan antara sektor awam dan swasta.

Soalan 19: NYATAKAN MASALAH YANG DIHADAPI

PENGGUNA BILA MENGGUNAKAN SISTEM

PENGANGKUTAN AWAM.

a) Jadual perjalanan yang tidak teratur atau tidak menepati
masa.

b) Keadaan kenderaan awam yang uzur dan tidak
mencukupi.

c) Sikap tidak professional pekerja dan pemandu
pengangkutan awam.

d) Perkhidmatan tidak menyeluruh.

e) Pengurusan yang kurang berkesan dan tidak sistematik.

Soalan 20: SESEBUAH SYARIKAT BOLEH MENCAPAI
TARAD SOGOSHOSHA APABILA MEMENUHI SYARAT-
SYARAT BERIKUT.

a)Mempunyai rangkaian antarabangsa.

b)Mengendali barang dagangan yang
banyak.

c)Memainkan peranan utama di bidang
perdagangan luar.

Soalan 21: APAKAH PERKARA YANG DIAMBIL KIRA
BAGI MEMASTIKAN KEPERLUAN ASAS INDIVIDU,
KELUARGA DAN MASYARAKAT DIPENUHI SEPERTI YANG
TERDAPAT DALAM OBJEKTIF DASAR SOSIAL NEGARA.

a)Keperluan asas, persekitaran fizikal dan sosial yang
sihat mencukupi.

b)Peluang untuk meningkatkan kualiti hidup terjamin.

c)Hak sebagai warganegara dilindungi.

d)Keperluan kehidupan berkeluarga dan
bermasyarakat sesuai dengan kehendak semasa
dipelihara.

Soalan 22: JELASKAN PELBAGAI MASALAH
SOSIAL DI KEDIAMAN BERSTRATA.

a) Kegagalan penghuni menjelaskan bayaran sewa bulanan dan
yuran pengurusan bangunan.

b) Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri
dalam penggunaan dan penjagaan kemudahan awam dan
harta bersama.

c) Masalah kebersihan, kesihatan dan persekitaran yang kotor
serta tidak terurus.

d) Komuniti tidak bersatu padu dan kurang muafakat.

e) Kurang prihatin terhadap golongan yang memerlukan bantuan.

f) Masalah sosial dalam kalangan belia dan penghuni yang tidak
bertanggungjawab.

Hartanah berstrata ?

a) Hartanah berstrata ini selalunya merujuk kepada bangunan
tinggi bertingkat seperti kondo, pangsapuri atau flat. Tetapi
ia juga boleh bermaksud pembangunan strata bertanah
seperti townhouse.

b) Pendek kata, maksud strata adalah hak milik berasingan
bagi setiap unit atau petak dalam bangunan dua tingkat
atau lebih yang dibina atas sebidang tanah yang sama
dan berkongsi akses kemudahan bersama.

Soalan 23: NYATAKAN STRATEGI YANG
DIGUNAKAN UNTUK MENCAPAI HASRAT
TERSEBUT.

a)Meningkatkan stok penimbal beras negara.

b)Meningkatkan pengeluaran dan produktiviti
tanaman dan ternakan.

c)Memberi insentif pengeluaran kepada pengusaha
bahan-bahan asas pertanian.

d)Mengukuhkan pasaran dan pengagihan hasil
pertanian.

e)Membangunkan tanah dan kolam terbiar.

Soalan 24: NYATAKAN LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH
PIHAK KERAJAAN DALAM MENTRANSFORMASIKAN
SEKTOR PERTANIAN NEGARA.

a) Meningkatkan sekuriti makanan.
b) Mengukuhkan pertalian dengan sektor-sektor lain.
c) Meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian.
d) Memulihara dan menggunakan sumber-sumber asli secara

mampan.
e) Memperkenalkan dua pendekatan strategik yang baru iaitu

pendekatan perhutani dan pendekatan berasaskan
produk.

Soalan 25: BERIKAN CARA-CARA BAGAIMANA
DASAR SUKAN NEGARA DAPAT MELAHIRKAN
MASYARAKAT YANG SIHAT DAN BERDISIPLIN.

a) Melibatkan penyertaan yang meluas dan peluang yang lebih
baik dalam sukan di semua peringkat masyarakat.

b) Menyediakan peluang-peluang dan kemudahan-kemudahan
bagi memenuhi keperluan sosial, psikologi dan fisiologi individu
melalui sukan.

c) Membangun dan meningkatkan pengetahuan dan amalan
sukan untuk kebajikan sosial individu dan kenikmatan masa
senggang dalam kalangan orang awam.

d) Mencapai kecemerlangan dengan semangat kesukanan yang
tulen di pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa
supaya rasa muhibah dan imej negara dapat dipertingkatkan.

Soalan 26: BERIKAN OBJEKTIF PELAN ANTIRASUAH
NASIONAL 2019-2023.

a)Mewujudkan negara bebas rasuah.

b)Menambah baik kebertanggungjawaban
dan kredibiliti kehakiman, pendakwaan dan
agensi penguatkuasaan undang-undang.

c)Memastikan penyampaian perkhidmatan
awam yang cekap dan responsif.

d)Menerapkan integriti dalam sektor
perniagaan.

Soalan 27: NYATAKAN LANGKAH-LANGKAH YANG
DILAKSANAKAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA UNTUK
MEMPERKASA PROGRAM PENDIDIKAN DAN LATIHAN
(TVET). Technical and Vocational Education and Training

a) Kerajaan akan mempertimbangkan model pembelajaran dari
negara Eropah seperti Jerman.

b) Memantapkan kolaborasi di antara semua pihak berkepentingan
dalam bidang TVET di semua peringkat.

c) Menambah baik dan memperbanyak institusi pendidikan teknikal dan
kemahiran.

d) Mengiktiraf TVET sebagai teras meningkatkan pembangunan modal
insan.

e) Menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan bagi golongan
pelatih TVET.

f) Melatih dan meningkatkan bilangan tenaga pengajar terlatih dalam
bidang TVET.

Soalan 28: NYATAKAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK
MENJADIKAN BUDAYA INOVASI DITERAP DAN DIAMAL
DALAM SESEBUAH ORGANISASI DEMI MENINGKATKAN
PRODUKTIVITI.

a) Menggalakkan kakitangan dalam sesebuah organisasi berfikiran
kritis dan konstruktif dalam melaksanakan tanggungjawab
dengan mencari penyelesaian yang kreatif dan inovatif.

b) Mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan dengan
cara yang lebih berinovatif.

c) Menyuburkan nilai-nilai inovasi dan kreativiti dalam persekitaran
dan budaya kerja dalam organisasi.

d) Memupuk budaya pembelajaran seperti membaca,
berbincang, membuat penyelidikan, berkursus, berseminar dan
penganjuran pelbagai majlis ilmu yang melibatkan anggota
organisasi perlu terus dipupuk.

Soalan 29: JELASKAN NILAI YANG TERKANDUNG
DALAM PELAN INTEGRITI NASIONAL.

NILAI PENJELASAN

Amanah Tugas disempurnakan dengan penuh tanggungjawab dan ikhlas.

Benar Tindakan berasaskan kebenaran mengikut undang-undang.

Bijaksana Tanggungjawab dilaksanakan secara berpandukan ilmu dan tahap
profesionalisme.

Telus Tindakan hendaklah terbuka dan diketahui umum.

Adil Pertimbangan dibuat secara saksama dan sama.

Bersyukur Menghargai kejayaan atau anugerah yang diperoleh.

Soalan 30: BERIKAN FOKUS YANG DILIPUTI DASAR
KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM.

a)Keperluan mempertahankan dan menjunjung
Perlembagaan dan institusi utama negara.

b)Meningkatkan tadbir urus dan integriti agensi
penguatkuasaan keselamatan.

c)Memperkukuhkan kawalan keselamatan sempadan
negara.

d)Menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.

e)Memerangi gejala dadah.

SELAMAT MENGULANG KAJI

TERUSKAN BERUSAHA, JANGAN BERPUTUS ASA.
DISEDIAKAN OLEH: CIKGU CIA YEE


Click to View FlipBook Version