The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-34280834, 2021-09-30 03:36:11

Nota Dasar-Dasar Kerajaan

Nota Dasar-Dasar Kerajaan

Keywords: Dasar-dasar Kerajaan

DASAR-DASAR KERAJAAN

BIDANG EKONOMI
BIDANG PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

BIDANG SOSIAL DAN BUDAYA
BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI

Bil BIDANG EKONOMI

1 DASAR EKONOMI BARU (DEB)

1. Diperkenalkan Pada Tahun 1971 Melalui RMK 2 (1971 – 1975)
Matlamat Mewujudkan Perpaduan – Mengurangkan Perbezaan Ekonomi, Sosial, Kebudayaan,
Penempatan dan sebagainya
Strategi:

1. Mengurang Dan Membasmi Kemiskinan
a. Mewujudkan Peluang Pekerjaan
b. Menambah daya pengeluaran dan pendapatan
c. Memberi peluang perpindahan orang yg bekerja di sektor yg rendah daya
pengeluaran kpd sektor yg lebih lumayan
d. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum
e. Memodenkan kehidupan di luar bandar
f. Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera
g. Mengadakan suasana pekerjaan yg mencerminkan komposisi kaum di Malaysia
h. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat.

2. Menyusun Semula Masyarakat
a. Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui
proses memodenkan kws luar bandar
b. Mengurangkan keadaan yg tdk seimbang dlm struktur guna tenaga
c. Menambah dgn lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dlm pemilikan saham
d. 30% membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian dlm
kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya dpt membentuk dan
memiliki ekonomi dlm tahun 1990
e. Memajukan negeri dan kws yg dianggap mundur melalui pembangunan wilayah
baru seperti DARA, KESEDAR dan KEJORA.

2 DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (DPN)

Tujuan
1. Keseimbangan Optimum
a. Pertumbuhan Ekonomi Dengan Pengagihan Yang Saksama
2. Pembangunan Seimbang Sektor Ekonomi
a. Meningkatkan Daya Saling Melengkapi Antara Sektor
b. Untuk Mengoptimumkan Pertumbuhan
3. Hapus Ketidak Seimbangan Ekonomi & Sosial
a. Galak Perkongsian Adil Dan Saksama
b. Faedah Diperoleh Secara Adil Dan Saksama
4. Memperkukuh Integrasi Nasional
a. Mengurangkan Jurang Ketidakseimbangan Ekonomi Bandar Dan Luar Luar
Bandar
5. Membangun Masyarakat Progresif
a. Semua Rakyat Menikmati Kesejahteraan Hidup Yang Tinggi.
b. Nilai Sosial Dan Kerohanian Yang Positif
6. Memajukan Sumber Manusia
a. Tenaga Kerja Berdisiplin Dan Produktif
b. Meningkatkan Kemahiran Yang Perlu
7. Sains Dan Teknologi Sbg Teras Utama
a. Asas Penting Dalam Perancangan Dan Pembangunan Sosio-ekonomi
8. Perlindungan Alam Sekitar Dan Ekologi
a. Pembangunan Negara Dapat Dikekalkan Secara Berterusan

Pembaharuan DPN
1. Pembasmian Kemiskinan Penduduk Termiskin
2. Masyarakat Perdagangan Dan Perindustrian Bumiputera (MPPB)
3. Penekanan Sektor Swasta Dlm Menyusun Semula Masyarakat
4. Tumpuan Pembangunan Sumber Manusia – Nilai Dan Etika

3 TERAS DASAR WAWASAN NEGARA (DWN)

1. Membina Bangsa Berdaya Tahan
a. Memupuk Perpaduan, Menyemarakkan Semangat Patriotik, Membentuk
Kematangan Politik, Msy. Penyayang

2. Pewujudan Masy. Saksama
a. Pembasmian Kemiskinan
b. Pengurangan Ketidakseimbangan Mengikut Kaum Serta Wilayah

3. Pertumbuhan Ekonomi Tinggi
a. Memperkukuh Sumber Pertumbuhan, Institusi Kewangan Dan Korporat
b. Pengurusan Ekonomi Makro

4. Mempertingkat Daya Saing
a. Daya Saing Untuk Menghadapi Cabaran Globalisasi Dan Liberalisasi

5. Ekonomi Berasaskan Pengetahuan
a. Mengoptimumkan Daya Pemikiran Rakyat

6. Mengukuhkan Pembangunan Sumber Manusia
a. Menghasilkan Tenaga Kerja Yg Cekap, Produktif Dan Berpengetahuan

7. Alam Sekitar Mapan
a. Meneguhkan Pertumbuhan Jangka Panjang

4 PRINSIP MODEL BARU EKONOMI (MBE)

Prinsip MBE
1. Ekonomi Berpendapatan Tinggi – AS15,000 – AS 20,000
2. Kemampanan – Memenuhi Keperluan Semasa Tanpa Menjejaskan Generasi Akan
Datang
3. Keterangkuman – Semua Menikmati Kekayaan Negara

Tumpuan
1. Pemulihan yg mapan dan kukuh dlm jangka masa pendek dan sederhana
2. Meningkatkan daya saing Malaysia
3. Merancakkan pelaburan dan pertumbuhan swasta
4. Meletakkan negara ke arah mencapai tahap berpendapatan tinggi
5. Membina ekonomi yg inovatif
6. Transformasi nekad dan perubahan ekonomi utk memodenkan model ekonomi demi
masa hadapan

Strategi
1. Memberi pertimbangan kpd manfaat yg boleh diperoleh drp kompetensi tenaga kerja
Malaysia yg berada di dlm dan luar negara
2. Mengkaji semula sistem pendidikan secara berterusan dan ditambah baik utk melahirkan
tenaga kerja masa depan, dgn komitmen kpd program berasaskan merit
3. Memupuk graduan berbakat yg cemerlang dari segi pemikiran kreatif dan strategik serta
kemahiran keusahawanan dan kepimpinan
4. Memperkukuh sektor swasta
5. Mengenal pasti beberapa polisi yg telah berjaya mencapai tujuannya pada era sebelum
ini, namun kini mungkin menjadi penghalang kpd kejayaan, merencat pasaran dan
meletakkan negara dlm kedudukan yg kurang berdaya saing
6. Mengkaji semula sistem subsidi yg wujud di Malaysia dan meluaskan punca kutipan hasil
melalui cadangan pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST)

Inisiatif MBE
1. Peranan Sektor Swasta
2. Tenaga Kerja Berkualiti
3. Ekonomi
4. Domestik
5. Memperkukuh Sektor Awam
6. Mesra Pasaran
7. Infrastruktur Berasaskan Pengetahuan
8. Meningkatkan Sumber Pertumbuhan
9. Pertumbuhan Yang Mampan

Tonggak MBE
1. Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan
2. Program Transformasi Ekonomi ( PTE)
3. Program Transformasi Kerajaan (PTK)
4. Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015

Ciri-ciri Ekonomi Negara Tahun 2020
1. Berpandukan pasaran
2. Memiliki tadbir urus yg rapi
3. Berintegrasi serantau
4. Keusahawanan dan berinovatif
5. Ekonomi berpendapatan tinggi
6. Mapan
7. Penyertaan menyeluruh semua golongan rakyat
8. Semua rakyat akan dapat menikmati kemakmuran bersama

5 DASAR AUTOMOTIF NASIONAL

Matlamat - utk menjana nilai ekonomi yg berterusan

Objektif
1. Menggalakkan industri automotif tempatan yg kompetitif dan berdaya tahan
2. Membangunkan Malaysia sebagai pusat atau hab automotif serantau dlm bidang-bidang
khusus
3. Menggalakkan peningkatan nilai tambah secara mapan serta pembinaan keupayaan
tempatan
4. Menggalakkan peningkatan tahap eksport kenderaan dan komponen yg kompetitif di
pasaran dunia
5. Menggalakkan penyertaan Bumiputera yg kompetitif dan menyeluruh dl dlm sektor
automotif tempatan
6. Menjaga kepentingan pengguna dgn menawarkan produk yg selamat dan berkualiti pada
harga yg berpatutan

Teras Dasar Automotif Nasional
1. Pemberian sokongan dan insentif berasakan sumbangan ekonomi yg mapan
2. Menambah skala melalui rasionalisasi utk meningkatkan daya saing
3. Menggalakkan usaha sama strategik dgn rakan kongsi antarabangsa
4. Menjadi hab serantau dgn menumpu kpd aktiviti niche dan pelengkap

6 DASAR PERTANIAN NEGARA (DPN) 1984-2010)

DPN1 (1984-1991)
1. Membangunkan sektor pertanian yg berorientasikan eksport

DPN2 (1992-1997)
1. Meningkatkan produktiviti, kecekapan dan persaingan
2. Meningkatkan keluasan tanaman kelapa sawit (tanaman ladang)
3. Pembangunan industri asas tani

DPN 3 (1998-2010)
1. Meningkatkan daya saing sektor pertanian
2. Memaksimumkan pendapatan melalui:
a. Penggunaan sumber secara optimum
b. Meningkatkan sumbangan pertanian kpd KDNK
c. Serta menambah pendapatan pengeluar
3. Memperkenalkan dua pendekatan strategi
a. Pendekatan Perhutani
b. Pendekatan Berasaskan produk

Objektif Khusus DPN3
1. Meningkatkan sekuriti makanan
2. Meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian
3. Merapatkan rantaian dgn sektor lain
4. Mewujudkan sumber pertumbuhan baharu
5. Mengguna dan memulihara sumber semulajdi secara lestari

DPN3 digubal utk menghadapi cabaran /keperluan utk;
1. Menjamin bekalan makanan yg mencukupi, selamat, berkhasiat serta bermutu tinggi pada
harga yang berpatutan;
2. Mengurangkan penggunaan buruh dlm kegiatan pertanian;
3. Memperkukuhkan daya saing sektor pertanian negara;
4. Meningkatkan pelaburan swasta dlm pengeluaran makanan;
5. Merubah sektor pekebun kecil;
6. Menyokong perindustrian negara dan pelaburan luar negara dan;
7. Memastikan pembangunan pertanian dan perhutanan yg mampan

7 DASAR AGROMAKANAN 2011-2020 - diwujudkan selepas DPN3

Objektif
1. Meningkatkan pendapatan kumpulan sasar dan sumbangan kepada pendapatan negara
2. Menjamin bekalan makanan mencukupi
3. Menjadikan industri agromakanan berdaya saing dan mapan

Teras Agromakanan
1. Kedaya saingan 2. Kemampanan

Idea Utama Dasar Agromakanan Negara
1. Penerokaan pertanian bernilai tinggi
2. Peningkatan pengeluaran dan produktiviti
3. Penglibatan pihak swasta sebagai pemacu pertumbuhan
4. Pengukuhan rantaian bekalan agromakanan
5. Pengukuhan r&d dan inovasi
6. Meningkatkan pendapatan kumpulan sasar
7. Menjamin bekalan makanan
8. Pendapatan negara

8 DASAR JAMINAN BEKALAN MAKANAN 2008-2010

Objektif
1. Menigkatkan Pengeluaran Dan Produktif Agro Makanan-tahap Sara Diri
2. Memastikan Bekalan Makanan Mencukupi, Berkualiti Dan Selamat Dimakan
3. Pendapatan Setimpal

Strategi
1. Beras
2. Stok Penimbal Beras
3. Pengeluaran Dan Produktiviti Komoditi
4. Tanah Terbiar
5. Bumi Hijau
6. Pasaran Dan Agihan

9 PELAN INDUK PERINDUSTRIAN (PIP)

Objektif
1. Menjadikan sektor perkilangan sebagai catalyst pertumbuhan perindustrian negara;
2. Menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli negara;
3. Meninggikan tahap R&D teknologi tempatan sebagai asas bagi malaysia menjadi sebuah
negara perindustrian
4. Asas sektor perkilangan sebagai penjana pertumbuhan ekonomi
5. Mengukuhkan industri selain meningkatkan aktiviti nilai tambah dan produktiviti
6. Menangani cabaran baru – pelaburan modal insan,inovatif,kreatif,kemahiran dan sektor
baru
7. Pembuatan - berasaskan sumber dan bukan sumber

Penekanan
PIP 1 (1986-1995)

1. Menyediakan asas pertumbuhan sektor perkilangan dgn menggariskan perubahan
struktur ekonomi drp aktiviti berasaskan pertanian dan barangan asas kpd sebuah
ekonomi yg memfokus kpd aktiviti perkilangan

PIP 2 (1996-2005)
1. Mempertingkatkan lagi pertumbuhan sektor perkilangan, melalui pembangunan kelompok
industri dan juga pembangunan perkhidmatan berkaitan perkilangan.

PIP 3 (2006-2020)
1. Menggariskan strategi serta dasar ke arah merealisasikan W2020 dgn memantapkan
daya saing global negara melalui peningkatan inovasi dan transformasi sektor
perkilangan dan perkhidmatan

Strategi Pelaksanaan
1. Menyusun semula struktur galakan perindustrian sedia ada
2. Mempelbagaikan eksport dan menggalakkan sektor gantian import
3. Memajukan semula industri gantian import peringkat pertama -misalnya barang pengguna
tahan lama dan industri gantian import peringkat kedua misalnya alat perhubungan
4. Menggalakkan pengguna Malaysia menggunakan lebih byk barangan buatan Malaysia
5. Mempelbagaikan pasaran eksport termasuk mencari pasaran baru di negara-negara
sosialis dan negara-negara yg sdg membangun
6. Memperluaskan kegiatan industri ke kws kurang maju
7. Menggalakkan R&D oleh pihak awam dan pihak swasta
8. Menggalakkan industri berat bagi menjadi penggerak perkembangan industri baru
9. Menggalakkan pertumbuhan perusahaan kecil.

10 DASAR PERINDUSTRIAN BERAT

Rasional
1. Merupakan satu langkah ke arah satu ekonomi yg lebih kukuh dgn memperluas dan
mengukuh asas dan struktur perkilangan agar terus mampu menghadapi pertumbuhan
ekonomi dan kematangan
2. Industri berat mempunyai potensi jangka panjang dlm proses rancangan perindustrian
negara

Objektif
1. Mengimport dan menyerap teknologi yg lbh canggih utk memajukan teknologi sendiri
2. Mengelakkan pergantungan berterusan kpd barangan dan teknologi asing
3. Mempelbagaikan dan memperkukuhkan eksport barangan Malaysia
4. Meningkatkan keupayaan industri kecil dan industri sokongan
5. Melatih para pekerja dlm bidang kejuruteraan dan kemahiran

Strategi Pelaksanaan
1. Menubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) pd thn 1980
2. Mengadakan usaha sama dgn pelabur asing
3. Memberi insentif berbentuk kredit, tarif atau subsidi
4. Pemasaran yg agresif dlm dan luar negara
5. R&D bagi mengurangkan kos pengeluaran agar barangan menjadi lebih kompetitif

Pencapaian
1. Kilang simen diwujudkan
2. Penghasilan kereta Proton dan Perodua yg baru
3. Penghasilan keluli di kilang besi waja
4. MODENAS ditubuhkan utk menghasilkan motosikal buatan tempatan

Cabaran
1. Industri berat memerlukan modal besar
2. Teknologi yg tinggi dan canggih
3. Pekerja mahir
4. Bahan mentah
5. Pelabur
6. Tapak industri

11 EKONOMI BERASASKAN PENGETAHUAN (K-EKONOMI)

1. Ekonomi yg penjanaan dan penggunaan pengetahuan menjadi penyumbang yg besar kpd
pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan kekayaan

2. Faktor pengeluaran yg lazim seperti buruh, modal, bahan mentah dan keusahawanan terus
penting, pengetahuan akan menjadi faktor utama yg menerajui pertumbuhan,
menghasilkan nilai baru dan menyediakan asas utk mengekal daya saing

3. Teknologi maklumat merupakan alat penggerak asas utama, namun nadi bagi ekonomi
berasaskan pengetahuan adalah sumber manusia

4. Menyediakan satu kaedah utk mengekalkan pertumbuhan ekonomi yg pesat dan mampan
serta daya saing dlm jangka masa sederhana dan panjang

Strategi
1. Membina asas tenaga kerja berpengetahuan, antara lain, melalui penyemakan semula
sistem pendidikan latihan, memperkenalkan sistem pembelajaran seumur hidup dan
program bijak pandai (brain-gain)
2. Memperbanyakkan lagi inisiatif S&T dan R&D ke arah memperkukuhkan sistem inovasi
negara
3. Mempercepatkan pembangunan infrastruktur bagi memudahkan pembangunan ekonomi

berasaskan pengetahuan
4. Menstrukturkan semula sistem kewangan utk memberi pembiayaan yang sesuai bagi

aktiviti pengetahuan, menyediakan peralatan utk pengurusan makro-ekonomi dan dpt
bertahan dgn cabaran berkaitan dgn ekonomi berasaskan pengetahuan
5. Meningkatkan kandungan pengetahuan di dlm sektor pertanian, pembuatan dan
perkhidmatan
6. Menggalakkan sektor swasta agar bersedia dgn lebih pantas terhadap ekonomi
berdasarkan pengetahuan dan juga mengenal pasti dan mengeksploitasi peluang yang
bakal dijana

12 SOGOSHOSA MALAYSIA

1. Satu konsep yg diperkenalkan di negara Jepun dan dilancarkan pada 1982
2. Pengalaman Jepun tlh memberikan inspirasi kpd Malaysia menubuhkan sogoshosha

sebagai institusi bagi memajukan eksport negara

Ciri-ciri
1. Rangkaian antarabangsa
2. Mengendalikan barang dagangan yang banyak
3. Memainkan peranan utama di bidang perdagangan luar

Objektif
1. Menggalakkan eksport tradisional ke pasaran bukan tradisional
2. Menggalakkan eksport bukan tradisional
3. Mengembangkab peluang antarabangsa dari segi menggalakkan pelaburan secara
usaha sama dlm sektor industri di Malaysia utk keperluan pasaran dlm dan luar negara
4. Menggalakkan pemindahan pengetahuan dan teknologi baru
5. Menggalakkan eksport tak ketara Malaysia di luar negara

Strategi Pelaksanaan
1. Definisi dan Peraturan - menerangkan definisi tetap dan peraturan tentang sogoshosha
2. Galakan Kredit- utk syarikat yg menghadapi masalah kewangan dlm melaksanakan
kegiatan eksport di luar negara
3. Galakan cukai - Elaun haakan eksport dan lain-lain pengecualian cukai di bawah AKTA
GALAKAN PELABURAN 1968, Akta Kastam 1977 dan Akta Eksais 1976
4. Lain-lain Galakan serta Khidmat sokongan - penglibatan pejabat perusahaan
perdagangan Malaysia di luar negara

13 DASAR PENSWASTAAN (1983)

Objektif
1. Meringankan Beban Kewangan Kerajaan
2. Meningkatkan Kecekapan, Daya Saing Dan Mutu Pengeluaran
3. Mengagihkan Sumber Ekonomi Dengan Cekap
4. Menggalakkan Pertumbuhan Ekonomi
5. Usahawan Bumiputera

Bentuk Penswastaan
1. Penjualan
2. Pajakan
3. Kontrak Pengurusan
4. Bina-kendali-pindah & Bina - Kendali
5.

Strategi
1. Menjalankan penswastaan secara berperingkat
2. Menubuhkan jawatan kuasa penswastaan

3. Penyelidikan akan dilakukan Unit Pelaksanaan & Penyelarasan (UPP) dan Unit
Perancangan ekonomi (UPE)

4. Menggubal Pelan Induk Penswastaan

14 DASAR PERSYARIKATAN MALAYSIA (DPM) - 1983

Objektif
1. Mewujudkan kerjasama erat, bermakna dan berkesan antara sektor awam dan sektor
swasta demi pembangunan negara bagi mencapai faedah bersama
2. Menghapuskan sifat ‘permusuhan’ antara kedua-dua sektor dgn menggalakkan
perkongsian maklumat dan saling faham memahami akan prosedur dan matlamat kedua
belak pihak
3. Meningkatkan hasil negara

Strategi
1. Panel perunding
2. Pelonggaran peraturan
3. Pembaikan pentadbiran

15 RANCANGAN FIZIKAL NEGARA (RFN)

Latar Belakang
1. Suatu pelan perancangan spatial negara yang memberi panduan mengenai arah dan
2. Corak pembangunan, kegunaan dan pemeliharaan tanah negara yang strategik ( 15-20
tahun)
3. Suatu pernyataan bertulis yang merumuskan dasar-dasar strategik bagi menentukan
arah tuju pemajuan fizikal bagi seluruh Semenanjung Malaysia

Objektif
1. Merasionalisasikan perancangan spatial negara untuk mencapai ekonomi yang efisien
dan berdaya saing global
2. Mengoptimum penggunaan tanah dan sumber asli untuk mencapai pembangunan
mampan dan pemeliharaan biodiversiti
3. Menggalakkan pembangunan wilayah seimbang bagi integrasi spatial dan perpaduan
negara
4. Meningkatkan kualiti spatial dan persekitaran, keselamatan dan kepelbagaian untuk
mencapai kualiti hidup yang tinggi
5. Mengintegrasikan hubungan antara negeri dan peruntukan ruang awam bagi interaksi
sosial dan komuniti mampan selaras dengan konsep Malaysia

Fungsi
1. Mengukuhkan perancangan negara melalui dimensi reruang dalam polisi ekonomi negara
2. Menyelaraskan agensi sektoral melalui penyediaan peruntukan reruang dalam polisi
sektoral
3. Membentuk rangka kerja untuk perancangan di peringkat negeri dan tempatan
4. Membentuk polisi perancangan fizikal

Tema
1. Pembentukan kerangka spatial negara
2. Peningkatan daya saing ekonomi negara
3. Pemodenan sektor pertanian
4. Pengukuhan pembangunan pelancongan
5. Pengurusan petempatan manusia
6. Pemuliharaan sumber semulajadi dan alam sekitar
7. Penyepaduan rangkaian pengangkutan negara
8. Penyediaan infrastruktur yang bersesuaian

Implikasi
1. Sektor pekerjaan mempunyai ramai pekerja berpendidikan tinggi dalam bidang
pengurusan, profesional dan teknikal
2. Aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan Kawasan Pertanian Utama
3. Kawasan perbandaran yang pesat dengan penduduk dan industri
4. Pewujudan pusat bandar yang menawarkan kualiti hidup yang tinggi dan tahap
penyediaan kemudahan yang mencukupi
5. Pembangunan rangkaian pengangkutan komprehensif
6. Peningkatan penggunaan teknologi hijau
7. Pengurusan sumber pesisiran pantai yang mampan, selamat dan produktif

16 PROGRAM KERJASAMA TEKNIKAL MALAYSIA (PKTM)

1. Mengeratkan perhubungan malaysia dgn negara sedang membangun
2. Meningkatkan perhubungan perdagangan malaysia dgn negara sedang membangun
3. Memberi peluang pihak swasta menceburkan diri dalam pelaburan di negara membangun
4. Membantu negara mundur & sedang membangun atas dasar perikemanusiaan tanpa

mendapat apa-apa balasan

Strategi Pelaksanaan
1. Malaysia Menanggung Semua Kos Bantuan
2. Malaysia Dan Negara Penerima Bersama Menanggung Kos Bantuan
3. Malaysia Menyediakan Segala Kemudahan Dan Negara Penerima Akan Menanggung
Kos Bantuan
4. Malaysia Menyediakan Segala Kemudahan Dan Pihak Spt Undp, Cetc Dll Membiayai Kos
Penyertaan

Bantuan Yang Diberikan
1. Biasiswa Dan Hadiah Latihan Utk Peserta2 Pelbagai Kursus Di Pusat Pengajian Di
Malaysia
2. Kemudahan2 Lain Utk Berlatih Di Pelbagai Institusi Latihan Di Malaysia
3. Lawatan Sambil Belajar Serta Penempatan Di Agensi-agensi Kerajaan
4. Kepakaran Serta Khidmat Nasihat Dalam Bidang2 Yg Malaysia Mempunyai Kepakaran

17 PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN (PTK) 2010-2020

Objektif
1. Mentransformasi kerajaan agar lebih efektif dlm penyampaian perkhidmatan dan
bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan kpd rakyat.
2. Memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat maju, bersatu padu dan saksama
dengan kualiti kehidupan yg tinggi.

Strategi

1. FASA 1 (2010 - 2012) - Langkan menentukan perubahan dan menyampaikan keberhasilan dgn cepat
kpd rakyat melalui penetapan dan penyampaian sasaran NKRA dan MKRA

2.
3. FASA 2 (2012 - 2015) - Transformasi kerajaan dilihat lebih melebar serta mendalam dan kehidupan

harian rakyat diharap menjadi lebih baik, manakala struktur ekonomi negara akan berkembang sejajar
dgn matlamat Model Baru Ekonomi (MBE)

4. FASA 3 (2015 - 2020) - Matlamat W2020 akan tercapai apabila rakyat menikmati taraf kehidupan dan

kemakmuran lebih tinggi, kualiti perkhidmatan awam meningkat dan seterusnya setiap rakyat
Malaysia memiliki jati diri dan semangat cinta negara dgn melihat diri masing-masing terlebih
dahulu sebagai rakyat Malaysia

Implikasi
1. Peningkatan Pendapatan Negara Kasar perkapita kepada AS9,970 pada 2012 berbanding
hanya AS257 sahaja pada 1957
2. Kadar kemiskinan negara berkurangan
3. Kadar inflasi negara juga kekal berapa pada paras 1.2 peratus iaitu yg terendah di rantau
ini
4. Peningkatan taraf hidup rakyat
5. Ekonomi negara semakin berkembang
6. Peningkatan kemudahan dan ketelusan dlm akses perkhidmatan awam
7. Pengangkutan awam di bandar yg lebih efisien dan selesa
8. Peningkatan tahap infrastruktur di kws luar bandar
9. Tahap Pendidikan yg lebih baik dan tenaga kerja mahir
10. Peluang mendapat ganjaran dan pengiktirafan bagi prestasi cemerlang

18 BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA)

Teras NKRA
1. Mengurangkan Jenayah
2. Memerangi Rasuah
3. Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti
4. Meningkatkan Taraf Hidup Isi Rumah Berpendapatan Rendah
5. Memperkasa Prasarana Luar Bandar Dan Pedalaman
6. Menambahbaik Pengangkutan Awam Bandar

Tujuan NKRA

1. Kebertanggung Jawaban
2. Maklumkan Kepada Rakyat
3. Peluang Rakyat Memantau Program Dirancang

Implikasi
1. Melahirkan lebih ramai tenaga mahir
2. Rakyat memperoleh pendidikan berkualiti dari peringkat prasekolah
3. Rakyat dilibatkan bersama dalam program pembangunan kerajaan
4. Mengurangkan golongan miskin tegar
5. Prestasi setiap enam bidang NKRA dapat diukur dgn mudah
6. Peningkatan mutu perkhidmatan awam
7. Jenayah berjaya dikurangkan
8. Peningkatan taraf hidup Isi Rumah Berpendapatan rendah

19 PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI

Pengenalan
1. Tujuan untuk melonjakkan ekonomi negara dan mengeluarkan negara daripada
kepompong negara berpendapatan sederhana dan disebabkan itu, dasar ekonomi negara
perlu diubah.
2. Antara inisiatif yang diambil oleh kerajaan adalah memperkenalkan Model Ekonomi Baru
(MBE) yang mampu menjadi pemangkin dalam membentuk hala tuju ekonomi negara.

Kelebihan/ Manfaat Pelaksanaan PTE
1. Pertumbuhan ekonomi yang baik bermakna rakyat akan menikmati kualiti hidup yang lebih
baik, peluang kerja yang banyak malah beroleh pekerjaan yang menawarkan gaji
sederhana dan tinggi.
2. Kedudukan ekonomi yang kukuh membolehkan rakyat menikmati kemudahan
pengangkutan awam yang lebih baik dan berkualiti, memperoleh pendidikan lebih canggih

sera mempunyai pilihan luas kepada produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi.
3. Menyediakan tapak asas yang kukuh bagi negara untuk menikmati pembangunan

mampan agar generasi akan datang menikmati kehidupan lebih berkualiti.
4. Menyediakan peluang yang lebih mantap, persekitaran yang lebih kondusif serta pasaran

pengguna tempatan dengan kuasa membeli yang lebih tinggi

20 BIDANG KENERHASILAN EKONOMI UTAMA (NKEA)

Pengenalan
1. Pemacu kegiatan ekonomi yang berpotensi member sumbangan secara langsung
kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia, dengan nilai yang boleh diukur melalui indikator
Pendapatan Negara Kasar (PNK) dan peluang pekerjaan yang diwujudkan serta menarik
bakat terbaik.
2. Pendekatan NKEA juga berbeza di mana pertumbuhan ekonomi akan diterajui sektor
swasta dan disokong oleh pihak kerajaan yang bertindak sebagai pemudah cara dan
fasilitator.
3. PEMANDU akan memastikan pelaksanaan yang kukuh dan telus.

Bidang Ekonomi Utama
1. Minyak Gas & Tenaga
2. Minyak Sawit
3. Perkhidmatan Kewangan
4. Pemborong & Peruncitan
5. Pelancongan
6. Perkhidmatan & Perniagaan
7. Elektrikal & Elektronik
8. Kandungan Komunikasi & Infrastruktur
9. Penjagaan Kesihatan
10. Pendidikan
11. Pertanian
12. Greater Kuala Lumpur/ Klang Valley.

Kepentingan NKEA.
1. Sejajarkan dasar dengan koheren (perkaitan yang kuat).
2. Elakan pelaburan subskala.
3. Membangunkan usul nilai yang jelas.
4. Menyediakan tumpuan kepimpinan.
5. Membolehkan pemantauan yang lebih tinggi kualitinya.

21 DASAR INDUSTRI 4.0

Pengenalan
1. Kolaborasi/ kerjasama antara kerajaan, industri dan akademik.
2. Memfokuskan kepada kepada sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
3. Merencanakan perubahan digital dalam menghadapi perubahan global agar kekal
kompetitif dalaM jangka masa panjang.

Visi Rakan strategik untuk pembuatan pintar dan perkhidmatan berkaitan pembuatan di Asia
1. Pasifik.
Destinasi utama pelaburan industri berteknologi tinggi.
2. Penyedia penyelesaian menyeluruh untuk teknologi termaju.
3.

Objektif
1. Menarik pihak berkepentingan kepada aplikasi dan teknologi industri 4.0 dan meningkatkan
potensi Malaysia sebagai lokasi pembuatan pintar.
2. Mewujudkan ekosistem bagi menyokong industri menggunakan industri 4.0 dan
menyelaras inisiatif sedia ada dalam pelbagai aspek berkaitan bakat dan tenaga kerja,
pembiayaan, infrastruktur dan kawal selia.
3. Transformasi sektor pembuatan untuk memperkukuhkan produktiviti, kecekapan kos,
aplikasi teknologi dan keupayaan inovasi, pembangunan teknologi tempatan dan
melahirkan lebih ramai pekerja berkemahiran tinggi.

Bidang pemboleh utama
1. InfrastruktuR digital dan ekosistem.
2. Meningkatkan kemahiran sedia ada dan menghasilkan bakat baharu.
3. Akses kepada teknologi pintar dan piawaian.
4. Pembiayaan dan insentif berasaskan hasil.
5. Rangka kerja kawal selia dan penerimagunaan industri.

22 KORIDOR PEMBANGUNAN

1. Koridor Pembaharuan Tenaga Sarawak (Score)
2. Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Ecer)
3. Koridor Pembangunan Sabah (Sdc)
4. Iskandar Malaysia WPI
5. Wilayah Ekonomi Koridor Utara (Ncer)

23 DASAR BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA

1. Dasar Belilah Barangan Buatan Malaysia dilancarkan kerana sikap rakyat Malaysia yang
suka membeli barangan buatan luar negara dan memandang rendah barangan buatan
Malaysia.

Matlamat-matlamat
1. Menghapuskan pendapat bahawa barangan buatan luar negara mempunyai mutu yang
lebih tinggi daripada barangan buatan Malaysia.
2. Memajukan beberapa industri dalam negeri dengan sokongan rakyat.
3. Mengurangkan pengaliran wang negara ke luar negara.
4. Mengurangkan pergantungan negara kepada barang import.
5. Menjadikan Malaysia sebuah negara yang mampu mengeluarkan barang-barang untuk
memenuhi keperluan rakyatnya.

Langkah-langkah
1. Mengiklankan barangan buatan Malaysia melalui media massa untuk memperkenalkannya
kepada rakyat.
2. Memupuk sikap cintakan tanah air di kalangan rakyat supaya mereka berasa bangga
dengan barangan buatan Malaysia.
3. Menaikkan cukai terhadap barang-barang yang diimport dari luar negara.

Pencapaian
1. Barangan buatan Malaysia telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Contohnya
kereta nasional, Proton Saga telah berjaya menembusi pasaran beberapa buah negara,
termasuk Eropah.
2. Import Malaysia telah dikurangkan. Dengan itu, pengaliran wang negara ke luar negara
dapat dikurangkan.

24 DASAR PENINGKATAN DAYA PENGELUARAN NEGARA

Matlamat-matlamat
1. Meningkatkan daya pengeluaran negara untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi.
2. Menggunakan sumber-sumber negara secara maksimum dan mengurangkan
pembaziran.
3. Mengeluarkan barang-barang untuk pasaran tempatan dan juga untuk dieksport supaya
kita dapat bersaing di pasaran antarabangsa.

Langkah-langkah
1. Memperkenalkan sistem pengurusan yang lebih cekap dan berkesan.
2. Mengubah sikap pekerja-pekerja supaya lebih setia dan berdedikasi kepada syarikat
mereka.
3. Memberi latihan kepada pekerja-pekerja.

Pencapaiannya adalah peningkatan daya pengeluaran negara.

25 DASAR PENGURANGAN BEBAN PERBELANJAAN AWAM

1. Pengenalan dasar in adalah berikutan dengan kejatuhan harga komoditi eksport negara.
2. Ini mengakibatkan kejatuhan pendapatan negara manakala perbelanjaan untuk sektor

awam meningkat.

Matlamat dasar
1. Untuk menguatkan kedudukan kewangan kerajaan.
2. Untuk mengukuhkan ekonomi negara dan mengawal kadar inflasi
3. Untuk mengurangkan hutang kerajaan dan memperbaiki imbangan pembayaran negara.

Langkah-langkah
1. Mengurangkan perbelanjaan badan-badan berkanun dan perbadanan awam di bawah
kawalan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
2. Perancangan-perancangan pembangunan diselaraskan dengan kedudukan kewangan
kerajaan.
3. Keutamaan diberi kepada projek-projek yang membantu Dasar Ekonomi Baru.
4. Pembekuan pengisian jawatan dan kajian semula jawatan dalam perkhidmatan kerajaan.
5. Kawalan ketat ke atas perbelanjaan agensi-agensi di luar belanjawan Persekutuan.
6. Memperkemaskan operasi perkhidmatan kerajaan.
7. Menswastakan beberapa kegiatan kerajaan di bawah Dasar Penswastaan.

Pencapaian
1. Penurunan defisit Kerajaan Persekutuan mulai tahun 1982.
2. Imbangan pembayaran bertambah baik dan defisit dalam akaun semasa telah
dikurangkan.
3. Kedudukan kewangan negara bertambah kukuh apabila harga komoditi eksport dapat
distabilkan.

BIDANG PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

1 DASAR PANDANG KE TIMUR -1982

1. Memilih amalan terbaik dari negara-negara timur
2. Mewujudkan nilai etika kerja yang baik

Objektif
1. Mencontohi dan menerapkan nilai-nilai etika kerja yg baik dan positif
2. Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi
3. Mempelajari sistem pengurusan dan orginisasi negara maju di timur seperti Jepun dan
Korea Selatan yg boleh meningkatkan produktiviti serta menyumbang ke arah kemajuan
negara Malaysia.

Strategi Dasar Pandang Ke Timur
1. Perubahan Struktur
a. Kad perakam waktu, tanda mama, PMMK, fail meja dan pejabat terbuka
2. Perubahan Sikap
a. Perkhidmatan cemerlang, bersih cekap dan amanah, kepimpinan melalui teladan
3. Latihan Dan Kursus
a. Latihan perindustrian dan teknikal, program pengajian akademik, skim latihan
pembangunan usahawan

2 DASAR KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

1. Dasar Kepimpinan Melalui Teladan telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Dr.
Mahathir pada 19 Mac 1983.

Matlamat-matlamat
1. Meningkatkan daya pengeluaran negara melaluiperkhidmatan yang lebih cekap.
2. Menerapkan sifat-sifat pemimpin yang baik untuk dicontohi oleh para pekerja.

Langkah-langkah
1. Menerapkan dasar ini melalui iklan di media massa dan ceramah-ceramah untuk
pegawai-pegawai kerajaan.
2. Memperkenalkan pemakaian tanda nama, kad perakam waktu dan menubuhkan
Kumpulan Kawalan Mutu Kerja (QCC).

Pencapaian ialah peningkatan dalam mutu perkhidmatan kerajaan.

3 DASAR BERSIH, CEKAP DAN AMANAH

Matlamat-matlamat:
1. Melahirkan kakitangan kerajaan yang bersih dari segi moral dan fizikal, cekap dalam
menjalankan tugas dan bersikap jujur.
2. Menambahkan daya pengeluaran negara dan menghapuskan pengamalan rasuah.

Langkah-langkah
1. Perhimpunan, kursus-kursus kemahiran dan aktiviti-aktiviti sukan diadakan.
2. Peranan Badan Pencegah Rasuah dikukuhkan.
3. Semua pegawai kanan kerajaan dan anggota Jemaah Menteri diwajibkan untuk
mengisytiharkan harta yang dimiliki oleh mereka.

4 DASAR PENERAPAN NILAI ISLAM

Matlamat-matlamat
1. Meningkatkan daya pengeluaran negara melalui amalan nilai-nilai Islam.
2. Meningkatkan mutu perkhidmatan.
3. Melahirkan masyarakat Malaysia yang bermaruah tinggi.

Langkah-langkah
1. Menerapkan nilai-nilai Islam seperti ikhlas, tekun, amanah, berbudi dan mulia di kalangan
pekerja dalam pentadbiran kerajaan.
2. Pakaian yang berdasarkan nilai-nilai Islam digalakkan manakala pakaian yang
mengghairahkan tidak dibenarkan di kalangan kakitangan kerajaan.

Pencapaian
1. Institusi-institusi yang berdasarkan Islam seperti Syarikat Insurans Islam, Universiti Islam
Antarabangsa dan Bank Islam telah ditubuhkan.
2. Masalah sosial seperti rasuah di kalangan kakitangan kerajaan diharap dapat
dihapuskan.

5 DASAR KEPENDUDUKAN NEGARA

Latar Belakang
1. Disarankan oleh Y.A.B Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad pada September 1982
2. Untuk mencapai matlamat negara Malaysia mempunyai 70 juta penduduk pada tahun
2100
3. Untuk memastikan pertumbuhan penduduk seiring dengan daya pengeluaran negara

Objektif
1. Meningkatkan jumlah penduduk Malaysia kepada 70 juta orang
2. Menyediakan tenaga kerja mencukupi mengikut permintaan pasaran
3. Meningkatkan daya pembelian nasional/pasaran tempatan sosial dan perkhidmatan
sosial
4. Meningkatkan daya- pengeluaran negara
5. Mengukuhkan keselamatan dan politik negara

Strategi
1. Cuti bersalin bergaji bagi kakitangan awam untuk lima orang anak selama 90 hari dan
cuti khas kepada pekerja ketika isteri bersalin
2. Potongan cukai pendapatan untuk setiap anak yang dilahirkan
3. Meningkatkan kadar kesuburan dan kelahiran melalui Lembaga Penduduk dan
Pembangunan Keluarga Negara
4. Meningkatkan penggunaan tenaga
5. Bekalan air disediakan berjumlah 15.6 billion meter padu
6. Menukar kempen kurang anak kepada galakan ramai anak
7. Pengguguran dan pemandulan hanya untuk kes-kes tertentu sahaja
8. Umur minima berkahwin bagi wanita bukan Islam ialah 18 tahun.

Implikasi (Positif)
1. Meningkatkan penglibatan wanita dalam sektor ekonomi
2. Bekalan tenaga buruh tempatan yang mencukupi
3. Mengurangkan buruh asing penggantungan terhadap
4. Pasaran tempatan yang luas
5. Pertahanan negara yang kuat
6. Pembangunan aktiviti pertanian, perindustrian dan perkhidmatan

Implikasi (Negatif)
1. Kekurangan peluang pekerjaan pengangguran berlaku
2. Pertambahan beban kerajaan bagi menyediakan kemudahan asas terhadap penduduk
3. Kepadatan penduduk terutamanya di kawasan bandar
4. Peningkatan masalah sosial
5. Kekurangan kemudahan kesihatan, perubatan dan pendidikan
6. Masalah perumahan

6 PELAN INTEGRITI NASIONAL (PIN)

Latar Belakang
1. Pelan Integriti Nasional (PIN) digubal dengan merangkumi semangat dan prinsip
Perlembagaan Persekutuan
2. PIN ialah sebuah pelan induk yang bertujuan memberikan hala tuju serta bimbingan
kepada semua komponen atau sektor masyarakat dan negara.
3. PIN merupakan suatu gagasan yang dicetuskan oleh pucuk pimpinan dengan sokongan
padu rakyat pelbagai kaum, lapisan dan wilayah.
4. Kerjasama antara semua pihak ini menjadi kekuatan bagi mengubah atau menambah baik
nilai dan amalan masyarakat serta institusinya.

Objektif Umum
1. Untuk merealisasikan hasrat Wawasan 2020, iaitu menjadi sebuah negara maju menurut
acuan sendiri dengan "membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan
etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh,
dan ditunjang oleh budi pekerti yang luhur.

Objektif Khusus
1. Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama
dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti,
bermoral dan beretika
2. Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha
peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam
semua bidang
3. Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta
mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak
cergas menegakkan integriti
4. Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan
peningkatan kesejahteraan masyaraka hidup anggota
5. Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad
ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.

7 DASAR MELAHIRKAN TENAGA KERJA YANG BERDEDIKASI DALAM PERKHIDMATAN

AWAM
1. Langkah untuk memperbaiki mutu perkhidmatan kerajaan.

Matlamat-matlamat
1. Memberi latihan dan kemajuan kerjaya melalui Institusi Tadbiran Awam Negara (INTAN)
untuk meningkatkan prestasi kerja kakitangan awam.
2. Kakitangan kerajaan memberikan daya pengeluaran yang lebih tinggi pada waktu
pejabat.
3. Melicinkan pentadbiran persekutuan dan memperbaiki persepsi rakyat terhadap kerajaan.

Langkah-langkah
1. pengarah sebagai strategis di jabatannya diberi kuasa untuk mengambil tindakan tata
tertib melalui Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam ke atas kakitangan kerajaan yang

tidak berdisiplin.
2. Penerbitan Jurnal Perkhidmatan Kerajaan digunakan sebagai panduan bersama

kakitangan untuk meningkatkan prestasi pengurusan dan pentadbiran dalam kerajaan.
3. Penganugerahan Sijil Perkhidmatan Cemerlang kepada kakitangan kerajaan yang

memberikan perkhidmatan yang baik dan berdisiplin.
4. Memperkenalkan sistem laporan berkala untuk memudahkan pengawalan dan penilaian

oleh ketua-ketua jabatan.

Pencapaian
1. Banyak pihak telah mengiktiraf dan mengakui bahawa perkhidmatan kerajaan di
beberapa jabatan telah bertambah baik.
2. Melahirkan kakitangan kerajaan yang lebih dedikasi.

BIDANG SOSIAL DAN BUDAYA

1 DASAR SOSIAL NEGARA

Objektif
1. Keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi
2. Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat
3. Sistem kokongan sosial dan perkhidmatan sosial -sistem keluarga, komuniti, agama
4. Menjana sinergi multi sektor - sektor awam dan swasta

Strategi
1. Mewujudkan pelbagai peluang dan kemudahan
2. Memastikan keperluan hidup yg holistik menjadi teras kehidupan
3. Menentukan individu melebihi 18 tahun diberi sokongan dan pengetahuan utk membuat
keputusan tentang pelajaran, pekerjaan, kekeluargaan dan perhubungan sosial
4. Memberikan peluang kpd warga tua terus memberi sumbangan kpd masyarakat
5. Menanamkan nilai-nilai patriotisme dlm kalangan masyarakat
6. Memastikan sesebuah organisasi menyediakan keperluan asas sosial
7. Memperluaskan khidmat bimbingan smua sektor kpd semua kumpulan sasar yg
memerlukan khidmat bimbingan
8. Meningkatkan peranan bahagian pembangunan sosial di semua peringkat pentadbiran
9. Menyokong perkembangan sektor sukarela

Implikasi
1. Meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat
2. Mengawal kadar jenayah dan gejala sosial
3. Mengatasi penderaan dan keganasan rumah tangga serta pengabaian kanak-kanak
4. Penetapan gaji minimum bulanan pekerja
5. Menambah baik infrastruktur asas
6. Kemiskinan tegar dikurangkan
7. Meningkatkan kerjasama antara sektor awam dan sektor swasta
8. Perkembangan persatuan perkhidmatan sukarela

2 DASAR SUKAN NEGARA

Latar Belakang
1. Merupakan satu dasar sukan untuk semua yang merangkumi Sukan Prestasi Tinggi dan
Sukan Untuk Semua
2. Di negara ini, aktiviti sukan dijalankan oleh organisasi sukarelawan yang kebanyakannya
bergabung dengan Majlis Olimpik Malaysia
3. Peranan Kerajaan hanya terhad kepada peranan Kementerian Belia dan Sukan, Majlis
Sukan Negara dan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

Objektif
1. Membentuk masyarakat yang sihat, berdisiplin dan bersatu padu
2. Menyediakan peluang-peluang dan kemudahan-kemudahan bagi memenuhi keperluan
asasi sosial, psikologi dan fisiologi bagi individu
3. Membangun dan meningkat pengetahuan dan amalan sukan
4. Mencapai kecemerlangan ke tahap tertinggi sekali dengan semangat kesukanan dan
harapan mempertingkatkan muhibah
5. Melahirkan ahli sukan Malaysia yang bertaraf dunia dalam sukan prestasi tinggi

Strategi
1. Program pembangunan untuk ahli sukan, jurulatih, pentadbir dan pegawai sukan
2. Kerjasama antara pelbagai badan sukan dengan kerajaan pusat dan kerajaan negeri
untuk membangunkan sukan negara

3. Menggalakkan aktiviti sukan massa dan aktiviti rekreasi berlandaskan konsep 'Malaysia
Cergas'

4. Menggalakkan institusi pendidikan menjalankan aktiviti sukan secara aktif
5. Pemberian insentif kepada ahli sukan dan pegawai sukan
6. Penyediaan kemudahan sukan oleh pihak berkuasa tempatan
7. Elemen sukan dimasukkan dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
8. Program pembangunan untuk ahli sukan, jurulatih, pentadbir dan pegawai sukan

Implikasi
1. Peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan
2. Penggunaan masa senggang secara bermanfaat
3. Pengurangan tekanan hidup moden
4. Interaksi sosial yang bermakna
5. Perkembangan kemahiran-kemahiran asas
6. Mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatu padu
7. Menggalakkan pertandingan yang sihat, muhibah dan toleransi
8. Peningkatan maruah bangsa
9. Pencapaian kecemerlangan kepad peringkat yang paling tingg

3 DASAR SEMANGAT NASIONALISME (CINTAKAN NEGARA)

1. Malaysia haruslah bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran 1990-an. Nasionalisme
merupakan satu aspek penting dalam proses pembangunan negara. Jepun telah maju
kerana kerajaan Jepun telah menjadikan nasionalisme teras pembangunan negara dan
bangsanya.

2. Oleh yang demikian dasar ekonomi harus dicipta dengan mengambil kira faktor
nasionalisme. Untuk membentuk nasionalisme di Malaysia, rakyat haruslah memahami
sejarah Malaysia.

3. Nasionalisme negara mestilah memelihara kesinambungan sejarah dan aspek-aspek
sejarah yang boleh mendatangkan kebaikan kepada masyarakat Malaysia.

4. Satu sistem persekolahan yang baik perlu diwujudkan supaya generasi muda dapat
bekerjasama dan mengeratkan hubungan sesama mereka.

5. Politik negara haruslah berasaskan demokrasi berparlimen dan dasar-dasar dijalankan
dengan tidak menghapuskan hak asasi manusia.

6. Kerajaan hendaklah menghapuskan fahaman-fahaman dan ciri-ciri perkauman yang
sempit yang boleh merosakkan suasana muhibah di Malaysia.

7. Menyemai semangat cintakan negara melalui konsep-konsep berikut:
a. satu bangsa, iaitu bangsa Malaysia;
b. satu negara, iaitu negara Malaysia;
c. satu bahasa, iaitu bahasa Malaysia;
d. satu kebudayaan, iaitu kebudayaan Malaysia.

8. Kerajaan haruslah meningkatkan kesedaran dan kepentingan Rukun Negara, iaitu:
a. Kepercayaan kepada Tuhan,
b. Kesetiaan kepada Raja dan
c. Keluhuran Perlembagaan,
d. Kedaulatan Undang-undang,
e. Kesopanan dan Kesusilaan.

4 HALA CARA BARU DALAM PEMBANGUNAN KAMPUNG DAN LUAR BANDAR

1. Hala cara baru merupakan satu usaha bersama kerajaan dalam rancangannya untuk
memperbaiki kehidupan masyarakat luar bandar.

2. Objektif dasar ini adalah untuk meningkatkan mutu dan daya pengeluaran pertanian,
meninggikan pendapatan petani dan pekerja di desa dan memudahkan penyampaian
perkhidmatan dan kemudahan.

3. Ini selaras dengan usaha kerajaan mengurangkan kadar kemiskinan penduduk luar bandar
dengan menanamkan etika kerja yang positif.

4. Halacara baru ini meliputi bidang:
a. Kemajuan pertanian dengan mengadakan cara pengurusan perladangan bagi kebun-
kebun kecil.
b. Mempelbagaikan ekonomi kampung dengan pengenalan industri kampung dan
perusahaan kecil.
c. penyusunan semula kampung untuk menggalakkan pertumbuhan pusat-pusat baru.

Langkah-langkah
1. Memperkenalkan rancangan pertanian berkelompok.
2. Menggabungkan kampung-kampung kecil yang berdekatan untuk membentuk bandar
kecil.
3. pengenalan pentadbiran koperasi di mana sawah-sawa dicantum untuk dijadikan estet-
estet padi.
4. Pemberian saham kepada petani mengikut saiz tanah masing-masing.
5. Pengenalan penggunaan jentera untuk menggantikan tenaga manusia dalam pengeluaran.
6. Bandar-bandar in akan dibekalkan dengan kemudahan asas.
7. Pendirian industri yang sesuai dengan sumber alam tempatan yang dikenal pasti.
8. Pendekatan baru ini memungkinkan penduduk luar bandar menikmati perkhidmatan dan
kemudahan moden serta memperbaiki kedudukan ekonomi mereka.

Pencapaian
1. 27 buah projek telah dikenal pasti untuk dilaksanakan.
2. Pertumbuhan industri kampung yang menggalakkan.

5 DASAR KANAK-KANAK NEGARA

Objektif
1. Setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk perkembangan holistik dari segi fizikal, kognitif,
bahasa emosi, sahsiah dan kerohanian.
2. Setiap kanak-kanak termasuk kanak-kanak OKU mempunyai hak untuk dilindungi daripada
sebarang bentuk penderaan, keganasan, pengabaian dan eksploitasi.
3. Setiap kanak-kanak mempunyai hak bersuara dan melibatkan diri mengikut tahap
keupayaan demi kesejahteraan mereka.
4. Setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup dengan diberi jagaan, pemeliharaan,
kasih sayang, sokongan dan bantuan sosial.
5. Penyelidikan dan pembangunan mengenai kelangsungan hidup, perlindungan, penyertaan
dan perkembangan kanak-kanak perlu dilaksanakan.
6. Kanak-kanak, ibu bapa, penjaga, komuniti dan masyarakat sedar akan hak kanak-kanak.

Strategi
1. Menyediakan keperluan asas.
2. Meningkatkan kerjasama dengan agensi kerajaan, NGO, pihak swasta dan masyarakat
demi kesejahteraan kanak-kanak.
3. Memberi perkhidmatan pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan kepada kanak-kanak
yang menjadi mangsa penderaan, pengabaian, keganasan dan pengekploitasian.
4. Memastikan kanak-kanak diberi hak kepada perundangan dan perkhidmatan sokongan.

5. Menyediakan kemudahan prasarana dan persekitaran mesa kanak-kanak.
6. Memastikan kanak-kanak diberi akses kepada maklumat yang berkualiti dan bersesuaian

daripada pelbagai sumber.
7. Meningkatkan kesedaran dalam kalangan keluarga dan masyarakat mengenai hak

kesamarataan kanak-kanak daripada sebarang bentuk diskriminasi.
8. Memperbanyakan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pembangunan kanak-

kanak.

6 DASAR WANITA NEGARA -1989

Latar belakang
1. Sumbangan sebagai isteri, ibu serta pekerja dalam pembangunan negara.
2. Merupakan satu pertiga daripada jumlah tenaga buruh iaitu dalam sektor pertanian,
pembuatan, perkhidmatan.
3. Kerajaan telah mengiktiraf perkhidmatan wanita di dalam pembangunan negara.
4. Urusetia Hal Ehwal Wanita (HAWA) diwujudkan pada tahun 1983.
5. Bertujuan untuk mengawasi dan menilai perkhidmatan yang dibekalkan oleh sektor
awam dan swasta terhadap wanita.
6. Sistem penyampaian pelbagai perkhidmatan disalurkan melalui KEMAS, FELDA, RISDA
beberapa dan Lembaga Kemajuan Wilayah.
7. Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), NCWO, WI,
PERTIWI dan Pertubuhan Wanita Islam dan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam
turut memberi sokongan kepada kaum wanita. Dasar Wanita Negara telah ditubuhkan
pada tahun 1989.

Objektif
1. Untuk menjamin perkongsian yang saksama di antara lelaki dan wanita dalam pemilikan
sumber dan maklumat selain mendapat peluang dan faedah daripada pembangunan.
2. Mengintegrasikan kaum wanita ke dalam semua faktor pembangunan selaras dengan
kemampuan negara dan keperluan mereka bagi tujuan meningkatkan mutu kehidupan,
membasmi kemiskinan, menghapuskan kejahilan dan buta huruf serta memastikan
negara berada dalam keadaan aman dan makmur.

Strategi
1. Memperkukuh Unit Hal Ehwal Wanita (HAWA) di bawah Kementerian Perpaduan Negara
dan Pembangunan Sosial.
2. Mengorientasikan dasar dan tindakan agensi kerajaan supaya memasukkan proses
perancangan, pelaksanaan dan pengawasan program-program pengintegrasian wanita.
3. Dalam penggubalan dasar, peraturan dan program perlu pertimbangan tentang sumbangan
dan implikasinya terhadap wanita, impak dan kesan yang negatif terhadap wanita perlu
diawasi.
4. Pendidikan dan latihan untuk menyedarkan pihak pentadbiran kerajaan mengenai isu
wanita. Mengadakan program kepekaan jantina gender di pelbagai peringkat.
5. Penglibatan badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam program dan tindakan
pembangunan wanita. Menyediakan peruntukan bantuan kewangan, teknikal, nasihat dan
institusi dibuat secara berterusan.
6. Membasmi diskriminasi dan mengambil tindakan tegas. Pelbagai langkah khusus perlu
diambil bagi membasmi diskriminasi.
7. Memaju dan menyelaras penyelidikan mengenai isu wanita. Perlu mendapatkan maklumat
dan data tentang wanita dalam pelbagai sektor.
8. Peruntukan anggaran belanjawan kerajaan hendaklah memastikan kementerian dan
agensi menggunakan peruntukan yang diluluskan bagi memenuhi program dan projek
pembangunan wanita

7 DASAR PENDIDIKAN

Latar belakang
1. Timbul kesedaran dalam kalangan pemimpin negara untuk menggubal dasar pendidikan
bagi menggantikan sistem pendidikan penjajah.
2. Dasar Pelajaran Kebangsaan lahir melalui Penyata Razak 1956, yang termaktub dalam
Ordinan Pelajaran 1957
3. Disemak melalui Laporan Rahman Talib 1960 dan dimaktubkan dalam Akta Pelajaran
1961.
4. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan pada tahun 1974 bagi mengkaji Dasar Pendidikan untuk
melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga
kerja.
5. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan pada tahun 1979.

Rasional
1. Sistem pendidikan pada zaman penjajahan telah berkembang tanpa mengambil kiira
kepada keperluan pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan
negara.
2. Sistem Pendidikan berkenaan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang dan
keturunan mereka kepada negara asal,
3. Sistem ini tidak lagi sesuai untuk negara yang merdeka dan berdaulat.

Strategi
1. Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama
2. Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis
sekolah
3. Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua
4. Melicinkan tata cara pengurusan pendidikan
5. Melicinkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang
menyeluruh, seimbang dan bersepadu
6. Mengadakan peluang pendidikan asas selama sebelas tahun
7. Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan pengagihan secara
adil bagi kawasan bandar dan luar bandar
8. Menyediakan pendidikan rendah mengikut KBSR yang berasaskan 3M dan KBSM
diperkenalkan mulai 1989;
9. Memperluaskan pendidikan vokasional
10. Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat universiti
dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan
11. Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin

8 PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP)

Latar belakang
1. Modal insan berminda kelas pertama merupakan salah satu kunci utama untuk
membolehkan negara mencapai Wawasan 2020.
2. Mereka in akan meningkatkan tahap produktiviti dan daya saing negara
3. Dalam mendepani cabaran dan tekanan bear persaingan abad ke-21, Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah dirangka,
4. PIPP telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pada
16 Januari 2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Objektif
1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia.
2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan.
3. Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan, termasuk
perubahan utama dalam Kementerian Pelajaran Malaysia.

Strategi untuk membina negara bangsa
1. Menggerakkan gelombang baru gerakan memperkasakan bahasa kebangsaan.
2. Memantapkan pelaksanaan Dasar Buku Negara.
3. Menyelaras peranan semua pihak terlibat untuk menggiatkan aktiviti kebahasaan,
kesusasteraan, pengkaryaan, penterjemahan dan penerbitan.
4. Mewujudkan bulan bahasa dan sastera negara dalam usaha memperkasakan bahasa
kebangsaan.

9 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM)

Latar belakang
1. Sistem pendidikan merupakan tunjang pembangunan negara.
2. Dalam usaha mencapai aspirasi yang tinggi dalam persekitaran persaingan global yang
semakin sengit, kita perlu melaksanakan perubahan besar dalam sistem pendidik negara.
3. Menfokus kepada sebelas anjakan utama untuk menjayakan perubahan dalam
pendidikan.
4. Urutan anjakan Transformasi terbahagi kepada:
a. Gelombang1 (2013-2015): Mengubah sistem dengan member sokongan kepada
guru dan penekanan kepada kemahiran teras.
b. Gelombang 2 (2016-2020): Mempercepatkan peningkatan kemajuan sistem.
c. Gelombang 3 (2021-2025): Beranjak ke arah kecemerlangan dengan
peningkatan keluwesan operasi.

Objektif
1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia.
2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan.
3. Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan, termasuk
perubahan utama dalam Kementerian Pelajaran Malaysia.

Aspirasi Sistem
1. Akses
2. Kualiti
3. Ekuiti
4. Perpaduan
5. Kecekapan

Aspirasi Murid
1. Pengetahuan
2. Kemahiran berfikir
3. Kemahiran memimpin
4. Kemahiran Dwibahasa
5. Etika dan kerohanian
6. Identiti nasional

10 DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Prinsip
1. Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini
2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang Sesuai dan wajar boleh diterima.
3. Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.

Objektif
1. Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan.
2. Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan
Kebangsaan.

3. Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian
yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.

Strategi
1. Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-
asas Kebudayaan Kebangsaan
2. Meningkat dan mengukuhkan kepemimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing
dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai
jentera pembangunan
3. Mewujudkan komunikasi yang berkesan kearah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan
nasionalisme Malaysia.
4. Memenuhi keperluan sosiobudaya
5. Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

11 DASAR ORANG KURANG UPAYA

Latar Belakang
1. Dasar OKU dan pelan Pelan Tindakan OKU diluluskan pada 21 November 2007.
2. Dasar OKU akan menjadikan asas kesaksamaan hak dan peluang kepada OKU bagi
penyertaan penuh dalam masyarakat

Strategi
1. ADVOKASI
Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif dalam kalangan masyarakat
terhadap OK menerusi program yang berkesan.
2. AKSESIBILITI
Memastikan penyediaan persekitaran bebas halangan (barrier-free) termasuk kemudahan
di dalam dan luar bangunan, tempat kerja, kawasan perumahan serta ruang awam
Meningkatkan penyediaan kemudahan pengangkutan awam yang mesra OKU
Membangunkan dan Menggalakkan penyediaan kemudahan seta akses kepada teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT).
3. KESIHATAN
Meningkatkan perkhidmatan kesihatan termasuk program pencegahan, pengesanan dan
•intervensi awal (primary care) dan Meningkatkan perkhidmatan perubatan yang berkualiti
kepada OKU (secondary and tertiary care
4. PEMULIHAN
Meningkatkan keberkesanan serta memperluaskan program rangkaian kerjasama
pemulihan sedia ada bagi OKU selaras dengan perkembangan semasa.
5. PENDIDIKAN
Meningkatkan akses OKU kepada pendidikan di semua peringkat termasuk pendidikan
sepanjang hayat
6. PEKERJAAN
Membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan menggalakan penggajian OKU dalam
semua sektor pekerjaan dan menggalakkan OKU bekerja sendiri (self-employed) dan
berdikari.
7. KESELAMATAN DIRI DAN PERLINDUNGAN SOSIAL
Melindungi OKU dari segala bentuk eskploitasi , keganasan dan penderaan dan
memantapkan perkhidmatan dan kemudahan kepada OKU yang layak dan berkeperluan.
8. PERKHIDMATAN SOKONGAN
Memantapkan mekanisme perkhidmatan sokongan yang bersesuaian dengan
keperluan OKU dan Menggalakkan Penghasilan dan penjualan alat-alat tiruan dan
sokongan OKU yang mampu milik
9. SOSIAL
Meningkatkan kemudahan dan menggalakkan penyertaan OKU dalam aktiviti sosial.
10. PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

Membangunkan kapasiti dan menyediakan sumber manusia terlatih serta mencukupi yg
memberi perkhidmatan kpd OKU. Membangunkan keupayaan pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) yg mewakili kepentingan OKU dan meningkatkan penyertaan OKU dlm proses
perancangan dan membuat keputusan.
11. PENGLIBATAN MASYARAKAT
Menggalakkan penglibatan sukarelawan dlm program pembangunan OKU. Menjalin dan
memperkukuhkan rangkaian kerjasama multisektor dan multidisiplin dan menggalakkan
penglibatan sektor swasta dalam menunaikan tanggungjawab sosial korporat.
12. PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan mengenai OKU serta menyebar luas hasil
penyelidikan untuk tindakan penambahbaikan. Memantapkan mekanisme penyelarasan
pelaksanaan. Pemantauan dan penilaian program-program OKU.
13. PERUMAHAN
Menggalakkan reka bentuk universal dlm pembinaan rumah dan kawasan persekitaran
dan membuka peluang kepada OKU utk memiliki rumah.
14. KANAK-KANAK OKU
Mengutamakan kepentingan terbaik (best interest) utk perkembangan,
kemajuan dan pemerkasaan golongan OKU
15. WANITA OKU
Mengutamakan kepentingan terbaik (best interest) untuk wanita kurang upaya dalam
setiap program perkembangan, kemajuan dan pemerkasaan golongan OKU.

12 DASAR BELIA NEGARA

Takrif Belia
1. Berumur antara 15 hingga 40 tahun.Walau bagaimanapun dari segi strategi pelaksanaan
program dan orientasi aktiviti, tumpuan utama Ialah mereka yang berumur 18 hingga 28
tahun.

Matlamat
1. Mewujudkan belia Malaysia yang memiliki peribadi yang bersepadu dari segi rohaniah, akliah
dan jasmaniah, bertanggungjawab, berdikari, bersemangat sukarela dan patriotik serta
menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran bangsa, agama dan negara
selaras dengan Wawasan 2020.

Strategi
1. Pembangunan Ilmu
Usaha akan dipertingkatkan ke arah mengembangkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai
aspek sebagai dan tunggak kepada pembangunan kemantapan generasi belia.
2. Pembentukan Sikap
Usaha ke arah penerapan nilai-nilai murni dan pembentukan sikap yang positif dan kreatif
akan dipupuk dalam kalangan belia bagi menghadapi cabaran semasa dan akan datang.
3. Pembangunan Kemahiran dan Keusahawanan
Mempersiapkan generasi belia dengan teknologi terkini, kemahiran teknik dan vokasional
serta kegiatan keusahawanan selaras dengan kehendak pembangunan negara.
4. Pemupukan Gaya Hidup Sihat
Generasi belia digalakkan menyertai persatuan atau aktiviti sukarela yang dapat memupuk
gaya hidup yang sihat, cergas dan dinamik. Amalan ini akan dapat melahirkan pemimpin-
pemimpin yang bertanggungjawab dan berkualiti.
5. Kemudahan Interaksi Sosial
Mempertingkatkan kemudahan yang sesuai bagi menggalakkan aktiviti dan interaksi sosial
yang sihat dalam kalangan belia dan masyarakat.
6. Perkongsian Dalam Pembangunan
Menggunakan perkongsian dan kerjasama antara agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan
bukan kerajaan untuk pembangunan generasi belia.

7. Jaringan Hubungan Antarabangsa
Menggalakkan generasi belia meningkatkan jaringan dan interaksi dengan masyarakat
antarabangsa.

13 DASAR URBANISASI NEGARA

Objektif
1. Mewujudkan pembangunan pusat-pusat bandar yang lebih teratur dalam satu rangkaian
pusat-pusat bandar yang lebih padat dan yang mengandungi bandar-bandar yang berbeza
dari segi saiz dan peranannya.

Strategi

1. Mempastikan pembangunan bandar dengan lebih seimbang dari segi pembangunan fizikal,

susunan kaum dan penyertaan dalam pembangunan bandar melalui pengurusan sumber

yang lebih cekap

2. Mempercepatkan proses pembandaran di kawasan

3. Mempastikan pembangunan secara teratur di pusa-pusat bandar yang sedia ada dengan

mengambil kira keadaan tempatan

4. Mempercepatkan pembangunan bandar di dalam kawasan-kawasan Lembaga Kemajuan

Wilayah dengan cara mengkaji kemungkinan-kemungkinan memperluaskan liputan dan

penglibatan sektor swasta bidang

5. Memperkenalkan konsep memperbandarkan kampung-kampung dengan cara

pengelompokan kampung- kampung kecil yang terletak berdekatan bagi dijadikan bandar

kecil atau pusat pembangunan desa.

Faktor
1. Proses demografi dan urbanisasi.
2. Keadaan perkaitan yang rapat yang wujud di antara proses pembangunan sosio-ekonomi
dengan proses dan pola-pola urbanisasi
3. Kesan berkaitan dengan pelaksanaan dasar dan program di peringkat negara dan wilayah.
4. Dimensi-dimensi khusus dari segi proses perbandaran
5. Peralatan-peralatan dasar Policy Instrument yang telah dirangka untuk mencapai matlamat
DEB.

14 DASAR PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Objektif
1. Melahirkan masyarakat luar bandar yang sejahtera dalam pelbagai aspek kehidupan.
2. Nikmat pembangunan dikongsi bersama tanpa mengira latar belakang bangsa, agama,
gender, status sosial dan umur.
3. Memastikan pembangunan mampan iaitu seimbang dan saling melengkapi antara aspek
sosial ekonomi dan alam semulajadi.

Strategi
1. Modal insan berkualiti.
2. Wanita luar bandar yang progresif.
3. Kehidupan luar bandar yang sejahtera.
4. Prasarana lengkap dan canggih.
5. Ekonomi berdaya saing dan mampan.
6. Keunggulan generasi belia luar bandar.
7. Keusahawanan pemacu pembangunan ekonomi.
8. Perumahan, pembangunan wilayah dan penempatan desa bersepadu.
9. Biodiversiti dan alam sekitar mampan.
10. Sistem penyampaian dan tadbir urus berkesan.
11.

15 DASAR KOMUNITI NEGARA

Objektif
1. Melahirkan lebih ramai pemimpin dan sukarelawan dalam kalangan komuniti perumahan
berstrata
2. Membentuk komuniti yang peka terhadap isu ekonomi, saling menghormati, menyayangi
dan bekerjasama antara jiran tetangga.
3. Mendaya upaya anggota komuniti supaya mempunyai rasa kepunyaan, prihatin terhadap
harta benda, ruang dan fasiliti yang dikongsi bersama.
4. Mempupuk kerjasama strategik antara komuniti dengan sektor awam, sektor swasta dan
NGO.

Strategi
1. Meningkatkan tahap pendidikan dan kemahiran golongan belia komuniti.
2. Meningkatkan kesedaran dan amalan menjaga kebersihan diri, keluarga dan komuniti.
3. Menggalakan budaya keusahawanan dan perniagaan.
4. Mempergiat penglibatan komuniti dalam pengurusan dan penyelenggaraan harta
bersama.
5. Memelihara prasarana sukan dan rekreasi supaya selamat digunakan.
6. Memupuk semangat kesukarelawanan serta memperkasa perkhidmatan sosial sedia ada.

16 DASAR PERUMAHAN NEGARA

Objektif
1. Memastikan peruntukan sosial sektor perumahan dinikmati oleh isi rumah yang
berkelayakan.
2. Menggalakan pelbagai akses isi rumah kepada perumahan menerusi pemilikan dan
sewaan.
3. Menyediakan rangka kerja pembangunan sektor perumahan bagi membantu kerajaan dan
pihak swasta menyediakan perumahan.
4. Menekankan penyediaan dan penyelenggaraan perumahan berkualiti yang mampu dimiliki
oleh rakyat.
5.

Strategi.
1. Memastikan perumahan berkualiti untuk semua.
2. Memastikan persekitaran kejiranan yang berkualiti dan kohensif.
3. Memperkukuhkan keupayaan institusi untuk melaksanakan dasar.
4. Menambah baik aksesibiliti dan tahap kemampuan.
5. Menambah baik penyelarasan antara perumahan dan pengangkutan untuk kualiti
kehidupan yang lebih baik.

BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI

1 DASAR ALAM SEKITAR NEGARA

Latar Belakang
1. Diwujudkan untuk meneruskan kemajuan ekonomi, sosial dan budaya serta peningkatan
kualiti hidup rakyat Malaysia menerusi kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan
lestari
2. Mengintegrasikan pertimbangan alam sekitar ke dalam aktiviti pembangunan dan proses
membuat keputusan yang berkaitan, memupuk pertumbuhan ekonomi serta kemajuan
manusia jangka panjang, dan untuk melindungi dan memperbaiki alam sekitar

Objektif
1. Alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan produktif bagi generasi masa kini dan masa
hadapan
2. Pemuliharaan kebudayaan dan warisan semula jadi yang unik dan pelbagai dengan
penyertaan berkesan
3. Cara hidup, pola penggunaan dan pengeluaran yang lestari

Prinsip
1. Pengawasan alam sekitar
2. Pemuliharaan ketahanan dan kepelbagaian alam
3. Peningkatan berterusan kualiti alam sekitar
4. Penggunaan mapan sumber-sumber asli
5. Membuat keputusan bersepadu
6. Peranan sektor swasta
7. Komitmen dan kebertanggungjawaban
8. Penyertaan aktif dalam masyarakat antarabangsa

Implikasi
1. Sumber tanah, air, biodiversiti dan hutan dilindungi dan dipulihara
2. Amalan pengurusan sumber asli secara mampan
3. Kerjasama yang lebih rapat antara pihak berkepentingan dan NGO dalam menangani isu
alam sekitar dan sumber asli
4. Peningkatan usaha mempromosi dan memupuk amalan mesra alam dalam kalangan
rakyat Malaysia
5. Mempergiat penyelidikan dan pembangunan
6. Amalan pertanian yang lebih baik diperkenal
7. Program Bandar Lestari- Anugerah Alam Sekitar dilancarkan

Tumpuan Strategi Hijau
1. Pendidikan dan kesedaran
2. Pengurusan berkesan sumber asli dan alam sekitar
3. Perancangan bersepadu pembangunan dan pelaksanaan yang bersepadu
4. Pencegahan dan kawalan pencemaran dan kemerosotan alam sekitar
5. Pengukuhan mekanisme pentadbiran dan keinstitusian
6. Pendekatan proaktif terhadap isu alam sekitar serantau dan sejagat
7. Pembentukan dan pelaksanaan pelan-pelan tindakan

2 DASAR TEKNOLOGI HIJAU

Kriteria
1. Minimumkan Degrasi Kualiti Persekitaran
a. Selamat DigunakanPersekitaran Sihat
b. Menjimatkan Tenaga Dan Sumber Asli
2. Pembebasan Gas Rumah Hijau yang Rendah
a. Galak guna sumber yang boleh diperbaharui

Tunggak DTH
1. Tenaga
a. Ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan tenaga
2. Alam Sekitar
a. Memulihara
b. Meminimumkan kesan kepada alam sekitar
3. Ekonomi
a. meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi
4. Sosial
a. meningkatkan kualiti hidup untuk semua

Objektif DTH
1. Menyelaras pertumbuhan industri teknologi hijau dan meningkatkan sumbangan teknologi
hijau terhadap ekonomi negara
2. Membantu pertumbuhan dlm industri teknologi hijau dan meningkatkan sumbangannya kpd
ekonomi negara
3. Meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan teknologi hijau dan
meningkatkan daya saing dalam teknologi hijau di persada a/bangsa
4. Memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan
datang
5. Meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap teknologi hijau dan
menggalakkan penggunaan meluas teknologi hijau

3 DASAR BIOTEKNOLOGI NEGARA

Latar belakang
1. Dilancarkan oleh YAB PM Malaysia pd April 2005
2. Komitmen kerajaan utk menerokai bioteknologi dlm usaha membangunkan ekonomi
berteraskan inovasi
3. Pelaksanaan fasa pertama (2005-2020) Dasar Bioteknologi Negara tlh digariskan dlm
RMK ke-9 Bahagian Bioteknologi Kebangsaan (BIOTEK) di MOSTI

Objektif
1. Melaksana, menyelaras, memantau dan mengemas kini dasar dan perancangan strategik
bioteknologi negara
2. Mengenal pasti skop R&D, program dan aktiviti serta menyediakan khidmat nasihat,
sokongan teknikal dan infrastruktur bagi R&D bioteknologi
3. Membantu dan menyelaras pemindahan teknologi kpd industri bagi hasil penyelidikan
bidang bioteknologi yg dibiayai oleh kerajaan
4. Menjalin kerjasama dgn institusi dlm dan luar negara dlm R&D dan pembangunan modal
insan utk bidang bioteknologi
5. Membangun program modal insan berasaskan keperluan R&D dan pembangunan
industri bioteknologi negara
6. Mempromosi dan menggalakkan pemahaman dan kesedaran masyarakat terhadap
bioteknologi
7. Merancang, menyelaras, mengemas kini dan memantau pembangunan bioteknologi
negara

Insentif
1. Pembangunan bioteknologi pertanian
2. Pembangunan penjagaan kesihatan bioteknologi
3. Pembangunan bioteknologi perindustrian
4. R&D serta pemerolehan teknologi
5. Pembangunan modal insaniah
6. Pembangunan pasaran kewangan
7. Pembangunan rangka kerja perundangan dan peraturan
8. Memperkukuh strategik
9. Komitmen kerajaan

4 DASAR SAINS DAN TEKNOLOGI

Rasional
1. Malaysia mesti mempunyai keupayaan untuk memajukan dan menyelaraskan sumber
sains dan teknologi yang ada dalam Negara supaya mencapai hasrat menjadikan Malaysia
masyarakat yang berasaskan sains dan teknologi yang progresif.
2. Meningkatkan keupayaan sains dan teknologi berasaskan hasrat untuK membentuk suatu
ekonomi yang cekap teknologinya, mampu melakukan penyesuaian, pembaharuan serta
pelaburan yang berteknologi intensif dan bergerak ke arah penggunaan teknologi yang
canggih.

Objektif
1. Menggalakkan penggunaan sains dan teknologi sebagai alat untuk pembangunan
ekonomi, untuk membaiki kedudukan fizikal sera kesejahteraan rakyat, dan untuk
melindungi kedaulatan Negara.
2. Meningkatkan keupayaan berdikari dalam bidang saintifik dan teknologi untuk membantu
aktiviti ekonomi dengan cara mewujudkan suasana yang baik bag menggalakkan
penciptaan saintifik dan memperbaiki infrastruktur dalam bidang saintifik, pelajaran dan
bidang lain yang berkaitan.

Strategi
1. Mengintegrasi rancangan pembangunan sains dan teknologi dengan rancangan
pembangunan ekonomi yang bertujuan mengorientasikan sumber sains dan teknologi
kepada aspek penggunaan secara praktis.
2. Membangunkan sektor perindustrian supaya berupaya untuk memilih, memperoleh,
menyerap, menginovasi dan mengubahsuaikan pengetahuan sains dan teknologi untuk
membangunkan sektor pengeluaran yang standing sektor perindustrian di negara maju.

5 DASAR TELEKOMUNIKASI NEGARA

Objektif
1. Menggalakkan interaksi antara kaum dan kawasan melalui kemudahan dan perkhidmatan
telekomunikasi.
2. Membantu Negara merealisasikan matlamat Wawasan 2020 untuk mewujudkan
masyarakat yang berpendidikan dan bermaklumat melalui aplikasi jaringan telekomunikasi
yang moden dan canggih.
3. Menyediakan perkhidmatan telekomunikasi yang moden, canggih, dan berkualiti dengan
harga munasabah.
4. Memastikan bahawa perkhidmatan telekomunikasi disediakan untuk penduduk bandar dan
luar bandar dengan harga munasabah.
5. Memastikan bahawa prasarana telekomunikasi adalah mencukupi dan efektif untuk
menyokong usaha perindustrian Negara.

Strategi
1. Perkembangan perkhidmatan telekomunikasi secara sistematik dan menyeluruh.
2. Pembangunan industri telekomunikasi tempatan yang strategik dan berorientasikan
eksport.
3. Penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk menyokong pertumbuhan industri
telekomunikasi tempatan dan mempercepat pemindahan teknologi.
4. Pembangunan sumber manusia yang dinamik dan inovatif.
5. Meningkatkan kemudahan telekomunikasi di kawasan luar bandar.
6. Menyediakan dan memperbaiki hubungan telekomunikasi antara Malaysia dengan negara
lain di dunia melalui kabel di dasar laut dan satelit.

6 DASAR PERUBAHAN IKLIM NEGARA

Objektif
1. Mengintegrasikan respons bagi memperkuat daya tahan pembangunan terhadap
perubahan iklim.
2. Mempertingkatkan pemuliharaan alam sekitar untuk memperkukuh daya saing ekonomi
dan kualiti hidup.
3. Mengarusperdanakan perubahan iklim melalui pengurusan sumber yang bijaksana.
4. Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan untuk memanfaatkan peluang baru
dalam mengurangi dampak negatif perubahan iklim.

Strategi
1. Pelaksanaan secara bersepadu.
2. Penglibatan yang berkesan.
3. Pembangunan lestari.
4. Pemuliharaan alam sekitar dan sumber asli.
5. Tanggungjawab sama, beban berbeza dan keupayaan tersendir


Click to View FlipBook Version