Perlembagaan
Topik 2
{ 1. Takrifan Perlembagaan.
2. Kandungan Perlembagaan
Persekutuan.
3. Kepentingan Perlembagaan
Malaysia mempunyai Perlembagaan bertulis.
Dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957.
Digubal oleh Suruhanjaya Reid yang diketuai oleh Lord
Reid, Sir Ivor Jenning (British), Sir William Mckel
(Australia), B. Malik (India) dan Hakim A. Hamid
(Pakistan).
Digubal berdasarkan 131 memorandum yang diserahkan
oleh parti politik dan pertubuhan Tanah Melayu.
Merupakan sumber segala perundangan yang wujud dalam
negara.
Dikanunkan tetapi boleh dipinda.
Memperakukan semua undang-undang yang wujud di
Sabah dan di Sarawak sebelum hari Malaysia.
Perlembagaan ???
Perlembagaan Perlembagaan Bertulis Perlembagaan Malaysia
sumber undang-undang Kebal dokumen rasmi yang
tertinggi sukar dipinda
undang-undang digubal mengandungi segala
jadi panduan kepada
pemerintah di parlimen peraturan
mahkamah ada kuasa menjadi panduan
beri perlindungan dan
jaminan kepada rakyat untuk tafsir undang- kepada kerajaan untuk
perlembagaan undang dan melindungi mentadbir negara dan
bertulis/tidak bertulis
perlembagaan contohnya melaksanakan kuasa
ada ciri-ciri keluhuran ada 15 bahagian,183
ada sifat perlembagaan Malaysia
perlembagaan Malaysia perkara
ketertinggiannya boleh peruntukkan kuasa
dipinda tapi bersebab ialah model Westminster
kepada kerajaan
dari Britain
persekutuan, negeri,
tempatan
perlembagaan bertulis
Perbezaan Perlembagaan,
Perlembagaan Bertulis dan
Perlembagaan Malaysia
Keluhuran Perlembagaan
bermaksud ketertinggian dan keagungan perlembagaan
Ciri-Ciri Keluhuran Perlembagaan
1) mengatasi kuasa YDPA
2) mengatasi kuasa parlimen
3) mengatasi kuasa Jemaah Menteri
4) mengatasi mahkamah
5) undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan
Malaysia adalah tidak sah dan terbatal
6) undang-undang negeri mesti selaras dengan perlembagaan
Malaysia
7) mahkamah ada kuasa untuk batalkan akta yang bercanggah
dengan perlembagaan Malaysia
Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi.
Sebarang undang-undang yang berlawanan dengan Perlembagaan
Persekutuan hendaklah terbatal setakat mana undang-undang itu
berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Parlimen (Badan Perundangan, Badan Kehakiman, Badan Eksekutif)
YDPA
Siapa yang boleh membatalkan undang-undang yang berlawanan itu?
Mahkamah (Badan Kehakiman)
Tidak ada sebarang institusi di Malaysia yang boleh mengatasi kuasa
dan kedudukan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi.
Konsep Ketertinggian
Perlembagaan
Kebebasan diri
Pengabdian dan kerja paksa
Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuat kuasa
kebelakangan dan perbicaraan berulang
Sama rata
Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak
Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan
Kebebasan agama
Hak-hak berkenaan dengan pendidikan
Hak terhadap harta
Bahagian 2 Kebebasan Asasi
(Perkara 5 -13)
Tiada warganegara pun boleh diambil nyawanya atau
dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-
undang.
Seseorang warganegara tidak boleh ditahan polis lebih
daripada 24 jam kecuali selepas dibawa ke hadapan seorang
majistret untuk mendapatkan perintah tahanan.
Seseorang warganegara yang ditangkap oleh pihak polis
hendaklah diberitahu sebab-sebab dia ditangkap dengan
seberapa segera yang boleh dan dia hendaklah dibenarkan
berunding dengan peguam yang dipilihnya dan dibela oleh
peguam itu.
Jika seseorang warganegara ditahan oleh pihak polis tidak
mengikut undang-undang, dia boleh memohon habeas
corpus daripada mahkamah untuk membebaskan dirinya.
Perkara 5 – Kebebasan diri
Habeas corpus - Perintah mahkamah
supaya seseorang dilepaskan
daripada penahanan yang tidak
mengikut undang-undang.
Maksud Habeas Corpus:
Tiada warganegara pun boleh ditahan
sebagai abdi.
Perkara 6 – Pengabdian dan kerja
paksa
Tiada warganegara pun boleh dihukum kerana
sesuatu perbuatan yang tidak menjadi kesalahan di
sisi undang-undang pada masa perbuatan itu
dilakukan.
Seseorang warganegara yang telah dibebaskan
daripada sesuatu kesalahan tidak boleh dibicarakan
semula kerana kesalahan yang sama.
Sekiranya perintah pembebasan tersebut dibatalkan
oleh mahkamah yang lebih tinggi daripada
mahkamah yang membebaskannya, maka dia boleh
dibicarakan semula.
Perkara 7 – Perlindungan daripada undang-
undang jenayah yang berkuat kuasa
kebelakangan dan perbicaraan berulang
Semua warganegara adalah sama rata di sisi undang-
undang dan berhak untuk mendapat perlindungan
yang sama rata di sisi undang-undang.
Seseorang warganegara tidak boleh
didiskriminasikan dari segi agama, kaum, keturunan
atau tempat lahir.
Perkara 8 – Sama rata
Tiada warganegara pun boleh dibuang negeri atau
ditahan daripada memasuki Persekutuan.
Setiap warganegara berhak untuk bergerak dengan
bebasnya di seluruh Persekutuan dan bermastautin
di mana-mana bahagiannya.
Perkara 9 – Larangan buang negeri dan
kebebasan bergerak
Setiap warganegara bebas bercakap dan
mengeluarkan fikirannya.
Setiap warganegara berhak berhimpun dengan
aman.
Setiap warganegara berhak untuk menubuhkan
persatuan.
** Walaupun setiap warganegara bebas bercakap, dia
dilarang daripada mengungkit isu-isu sensitif.
Perkara 10 – Kebebasan bercakap,
berhimpun dan menubuhkan persatuan
Setiap warganegara berhak untuk menganut dan
mengamalkan agamanya.
Perkara 11 – Kebebasan beragama
Tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana
warganegara berdasarkan agama, kaum, keturunan
atau tempat lahir.
Tiap-tiap kumpulan agama berhak untuk
menubuhkan dan menyelenggarakan institusi untuk
pendidikan kanak-kanak dalam kumpulan itu
sendiri.
Perkara 12 – Hak-hak berkenaan dengan
pendidikan
Tiada warganegara pun boleh dilucutkan hartanya
KECUALI mengikut undang-undang.
Tiada undang-undang pun boleh membuat
peruntukan bagi mengambil atau menggunakan
harta dengan paksa tanpa pampasan yang
mencukupi.
Perkara 13 – Hak terhadap harta
Soalan 1: Terangkan dua konsep Ketertinggian Perlembagaan yang
diamalkan oleh negara Malaysia. [4]
Soalan 2: Terangkan dua hak kebebasan asasi seseorang individu
seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
[4]
Kuiz:
Soalan 1: Terangkan dua konsep Ketertinggian Perlembagaan yang
diamalkan oleh negara Malaysia. [4]
(a) Undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan
merupakan undang-undang tertinggi negara. [1] Semua
undang-undang yang sedia ada atau yang akan digubal
tidak boleh mengatasi Perlembagaan Persekutuan. [1]
(b) Semua undang-undang yang ada tidak boleh bercanggah
dengan Perlembagaan Persekutuan. [1] Sebarang
undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan
Persekutuan akan terbatal setakat mana yang
bercanggah. [1]
Jawapan Kuiz:
Soalan 2: Terangkan dua hak kebebasan asasi seseorang individu
seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. [4]
(a) Kebebasan diri. [1] Tiada warganegara
boleh diambil nyawanya atau dilucutkan
kebebasan dirinya kecuali menurut
undang-undang. [1]
(b) Kebebasan beragama. [1] Setiap
warganegara berhak untuk menganut dan
mengamalkan agamanya. [1]
Jawapan Kuiz:
Soalan 16: Nyatakan empat perkara dalam peruntukan
Perlembagaan Persekutuan yang memelihara hak rakyat sebagai
warga sivil. [4]
(a) _________________________________________________________
(b) _________________________________________________________
(c) _________________________________________________________
(d) _________________________________________________________
Soalan STPM Tahun 2020:
Soalan 16: Nyatakan empat perkara dalam peruntukan
Perlembagaan Persekutuan yang memelihara hak rakyat sebagai
warga sivil. [4]
(a) Kebebasan diri. [1]
(b) Kebebasan beragama. [1]
(c) Kesamarataan. [1]
(d) Hak terhadap harta. [1]
Jawapan Soalan STPM Tahun 2020:
1. Undang-undang Subversif
2. Undang-undang Darurat
3. Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah
Khas) 2012
4. Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
5. Akta Rahsia Rasmi 1972
6. Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1948
7. Hak Keistimewaan Sabah dan Sarawak
SEKATAN TERHADAP KEBEBASAN
ASASI WARGANEGARA Malaysia
SEKATAN TERHADAP
KEBEBASAN ASASI
SEKATAN TERHADAP
KEBEBASAN ASASI
Memastikan sistem pentadbiran yang cekap dan
berkesan.
Menentukan corak pemerintahan,
Pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan serta prinsip-prinsip
umum cara kuasa tersebut dilaksanakan.
Undang-undang dasar yang menentukan arah masa depan negara
Menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
Menentukan hak asasi rakyat seperti kebebasan bercakap, kebebasan
beragama dan pemilikan harta.
Mengelakkan penyalahgunaan kuasa pemerintahan.
Kepentingan Perlembagaan
Persekutuan
Menentukan tanggungjawab rakyat dan batasan atau
larangan.
Seperti hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang
tidak boleh dipersoalkan.
Hal ini adalah penting untuk mengelakkan persengketaan kaum.
Memudahkan perpaduan nasional dan
pembangunan negara.
Perlembagaan melindungi kepentingan semua kaum.
Perlembagaan juga menjamin keadilan sosial antara kaum.
Hal ini dapat memupuk perpaduan nasional dan mempertingkatkan
pembangunan negara.
Kepentingan Perlembagaan
Persekutuan
Pembentukan negara Malaysia pada 16 September 1963
memerlukan pindaan dibuat terhadap Perlembagaan
Persekutuan 1957 untuk membentuk Perlembagaan
Persekutuan yang digunakan sekarang.
Perlembagaan Persekutuan juga dipinda oleh Parlimen
dari masa ke masa supaya relevan dan sesuai dengan
keperluan semasa.
Ingat!
Kerajaan Persekutun - Bahagian 4
Kerajan Negeri – Bahagian 5
Perhubungan Antara Persekutuan dengan
Negeri-Negeri (Bahagian 6)
Peruntukan kewangan – Bahagian 7
Pilihan Raya – Bahagian 8
Kehakiman – Bahagian 9
Sistem Pemerintahan
Perlembagaan Persekutuan ialah
undang-undang utama Persekutuan
dan apa-apa undang-undang yang
diluluskan selepas Hari Merdeka dan
yang berlawanan dengan
Perlembagaan Persekutuan hendaklah
terbatal setakat yang berlawanan itu.
Perkara 4 (1)
Topik:
KEWARGANEGARAAN
(Cara-cara memperoleh
kewarganegaraan Malaysia)
1. Kuat kuasa undang-undang
2. Pendaftaran
3. Kemasukan (naturalisasi/
pewarganegaraan)
4. Percantuman wilayah
Kewarganegaraan
(Perkara 14-31) Bahagian 3
Sebelum
Pada atau selepas
Sekurang-kurangnya
Di Persekutuan
Di luar Persekutuan
Hari Merdeka
Hari Malaysia
Bermastautin
KATA-KATA KUNCI
Terus menetap di sesuatu dan tidak
berniat hendak berpindah lagi.
Maksud Bermastautin
1. Billy menjadi warganegara Persekutuan sebelum Hari
Merdeka.
2. Merry dilahirkan di Persekutuan pada atau selepas Hari
Merdeka dan sebelum Oktober 1962.
3. Ah Meng dilahirkan di Persekutuan selepas bulan
September 1962, sekurang-kurangnya ibu atau bapanya
seorang warganegara/ bermastautin tetap di Persekutuan/
tidak menjadi warganegara mana-mana negara lain pada
masa kelahirannya.
4. Ahmad dilahirkan di luar Persekutuan pada atau
selepas Hari Merdeka dan pada masa kelahirannya,
bapanya seorang warganegara dan juga dilahirkan di
Persekutuan.
Kuat Kuasa Undang-Undang
SITUASI
1. Perempuan yang bersuami
1. Perkahwinan didaftar di Persekutuan.
2. Suaminya mesti warganegara.
3. Telah bermastautin di Persekutuan sepanjang tempoh 2
tahun dan berniat hendak bermastautin tetap.
4. Berkelakuan baik.
2. Seseorang yang berumur KURANG daripada 21 tahun.
- sekurang-kurangnya ibu atau bapanya seorang
warganegara.
Pendaftaran
SITUASI
1. Seorang yang berumur lebih daripada 21
tahun dan bukan warganegara dan ingin
memohon.
1. John telah bermastautin di Persekutuan
sekurang-kurangnya 10 tahun dalam tempoh
12 tahun sebelum tarikh permohonan itu.
2. Berniat hendak
3. Berkelakuan baik
4. Mempunyai pengetahuan yang memadai
dalam BM.
Kemasukan (Naturalisasi)
1. Sesebuah wilayah baharu dimasukkan ke dalam
Malaysia selepas Hari Malaysia (16/9/1963).
2. Parlimen melalui undang-undang menentukan
warganegara wilayah itu menjadi warganegara
Malaysia.
Pencantuman Wilayah
1. Penolakan
1. Berusia 21 tahun atau lebih
2. Sempurna akalnya
3. Warganegara lain atau hendak menjadi warganegara
negara lain.
2. Pelucutan
1. Telah menjadi warganegara asing.
2. Telah menderhaka terhadap kerajaan semasa
peperangan.
3. Membuktikan tidak lagi setia kepada negara melalui
percakapan atau tindakan yang boleh mencemarkan
keselamatan dan kedaulatan negara.
Cara Penamatan
Kewarganegaraan
Kuiz Penilaian Individu
(5 Soalan) 100%
Arahan:
1. Sebanyak 15 minit diberikan kepada
setiap pelajar untuk menjawab 5 soalan
yang ditunjukkan dalam Slaid Power-
Points secara individu.
Soalan 1:
Encik. X belum mendapat taraf pemastautin di Malaysia.
Isteri Encik X bukan warganegara Malaysia.
Anak Encik. X lahir pada 31 Disember 2011 di Teluk Intan.
Berdasarkan maklumat di atas, yang manakah benar
tentang status anak Encik X?
A Tidak layak menjadi warganegara
B Menjadi warganegara melalui kemasukan
C Merupakan warganegara melalui kuat kuasa
undang-undang
D Boleh memohon untuk menjadi warganegara melalui
pendaftaran
Kuiz (Soalan Objektif: Bahagian A)
Soalan 2:
Cik Amily, seorang warganegara Australia telah
berkahwin dengan seorang warganegara Malaysia.
Cara manakah Cik Amily boleh memperoleh
kewarganegaraan?
A Pendaftaran
B Gabungan Wilayah
C Naturalisasi
D Kuat kuasa undang-undang
Kuiz (Soalan Objektif: Bahagian A)
Soalan 3:
Encik Rahim dan isterinya, warganegara Malaysia
telah melanjutkan pelajarannya di Jepun. Mereka
telah memperoleh dua orang anak semasa berada
di luar negara.
Yang manakah benar tentang cara anak-anak
mereka mendapat taraf kewarganegaraan?
A Pendaftaran
B Gabungan Wilayah
C Naturalisasi
D Kuat kuasa undang-undang
Kuiz (Soalan Objektif: Bahagian A)
Soalan 4:
Puan Y ialah seorang wanita asing yang berkahwin
dengan lelaki warganegara Malaysia.
Beliau menetap di Malaysia selama dua tahun
sebelum tarikh permohonannya untuk mendapatkan
kewarganegaraan Malaysia.
Yang manakah cara untuk Puan Y mendapatkan
kewarganegaraan Malaysia?
A Masukan
B Pendaftaran
C Pencantuman Wilayah
D Kuat kuasa undang-undang
Kuiz (Soalan Objektif: Bahagian A)
Soalan 5:
Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang
tertinggi negara.
Mengandungi beberapa perkara penting terutamanya
kewarganegaraan, Bahasa Melayu, agama, kebebasan
asasi, keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera
Sabah dan Sarawak.
Senaraikan dua daripada syarat-syarat memperoleh
kewarganegaraan secara naturalisasi bagi mereka yang
berumur 21 tahun dan ke atas? [2]
(i)___________________________________________
(ii)__________________________________________
Kuiz (Soalan Struktur: Bahagian B)
SOALAN:
1. A
2. A
3. D
4. B
5. (i) Telah bermastautin sekurang-kurangnya 10 tahun
di Persekutuan sebelum permohonan. [1]
(ii) Berniat hendak menjadi pemastautin tetap di
Persekutuan. [1]
(iii) Mempunyai kemampuan bahasa Melayu yang
mencukupi. [1]
(iv) Berkelakuan baik [1]
(Mana-mana dua jawapan daripada empat)
JAWAPAN SOALAN KUIZ: