ESEI-ESEI BERTEMAKAN WAWASAN 2020
Pengajian Am Semester 2 (STPM Tahun 2015 Ulangan Soalan: 7)
Tajuk Esei:
Wawasan 2020 merupakan gagasan kerajaan menjadikan Malaysia negara maju denga cara
tersendiri. Oleh itu, banyak persediaan yang perlu dilakukan oleh rakyat Malaysia bagi mencapai
tujuan tersebut. Bincangkan.
Cadangan Jawapan: (Format 5+0)
Idea 1
Bersatu padu dalam apa jua keadaan
- Keadaan masarakat yang berbilang kaum dan berbeza dari segi agama, budaya dan tempat tinggal
hendaklah bersedia untuk bersatu padu antara satu sama lain
- Perpaduan ini amat penting untuk mewujudkan budaya kerja yang baik
- Rakyat juga dapat menjalankan pelbagai aktiviti negara dengan tiada rasa terpinggir
Idea 2
Yakin pada diri sendiri dalam menghadapi pelbagai cabaran
- Keyakinan pada diri sendiri amat penting dalam kehidupan rakyat Malaysia
- Yakin pada diri akan menjadikan mereka lebih bersedia untuk melangkah ke hadapan dan
berupaya untuk berada dalam negara maju
Idea 3
Mengamalkan sistem demokrasi yang sebenar
- Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan
- Setiap rakyat Malaysia hendaklah bekerjasama, taat dan setia kepada Ketua Negara serta kerajaan
yang memerintah agar segala kemajuan dapat disalurkan dengan mudah
Idea 4
Bermoral dan beretika
- Rakyat Malaysia hendaklah mengamalkan kehidupan yang bermoral dan beretika
1
ESEI-ESEI BERTEMAKAN WAWASAN 2020
- Persediaan dari sudut pegangan agama, moral, etika dan kerohanian amat diperlukan untuk
menyeimbangkan kehidupan manusia
- Hal ini akan menjadikan rakyat lebih berbuat baik demi kebaikan bersama
Idea 5
Bersikap liberal dan bertolak ansur
- Rakyat Malaysia perlu bersikap liberal dan bertolak ansur kerana negara maju menuntut sikap
terbuka dan saling memahami antara satu sama lain
- Dengan adanya sikap liberal dan bertolak ansur ini, rakyat Malaysia akan mudah menerima
perubahan negara
Idea 6
Menjadi masyarakat saintifik dan progresif
- Rakyat Malaysia perlu bersedia untuk berubah daripada menjadi pengguna kepada penyumbang
dalam dunia sains
- Rakyat perlu berfikiran lebih jauh ke depan dan menjadi masyarakat yang maju dalam bidang
sains
- Rakyat perlu berani meneroka bidang baru dan menghasilkan inovasi
Idea 7
Mengamalkan budaya penyayang dalam setiap kehidupan
- Dalam berhadapan dengan cabaran dunia maju, amalan budaya penyayang tidak boleh
dipinggirkan
- Budaya ini tetap diperlukan dan rakyat Malaysia hendaklah bersedia untuk lebih menghayati
budaya penyayang dalam kehidupan yang serba moden dan maju
Idea 8
Menjadi masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi
- Rakyat Malaysia juga hendaklah sentiasa bersedia nebjadi masyarakat yang adil dan mampu
bersaing dalam bidang ekonomi
- Kekayaan negara hendaklah dikongsi bersama
2
ESEI-ESEI BERTEMAKAN WAWASAN 2020
- Rakyat Malaysia perlu giat berusaha untuk memakmurkan ekonomi negara
Idea 9
Menjadi masyarakat yang berdaya saing
- Rakyat Malaysia mampu bersaing dalam pelbagai bidang
- Dapat menangani perubahan sejajar dengan keadaan semasa
- Sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan prestasi dan kedudukan masing-masing
STPM Tahun 2013 Soalan: 7
Tajuk Esei:
Membina negara Malaysia yang bersatu padu telah diletakkan sebagai cabaran pertama dalam
Wawasan 2020. Bagi mengukuhkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, kerajaan telah
memperkenalkan ideologi negara dan pelbagai dasar lain. Huraikan.
Cadangan Jawapan: (Format 1+4)
Idea 1 (Ideologi Negara)
Rukun Negara
- Rukun Negara merupakan ideologi kebangsaan
- Telah dilancarkan pada 1 Ogos 1970
- Matlamat utama Rukun Negara ialah merancang satu usaha yang dapat memberi kesedaran
kepada semua kaum di Malaysia untuk bersatu padu
- Rukun Negara menjadi pegangan rakyat berbilang kaum bagi mencapai keharmonian dan
kemakmuran negara
Idea 2
Dasar Pendidikan Kebangsaan
- Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa pengantar yang utama
- Selain itu, semua jenis sekolah juga menggunakan kurikulum yang sama dan berorientasikan
Malaysia
3
ESEI-ESEI BERTEMAKAN WAWASAN 2020
- Cara ini dapat mengukuhkan perpaduan kaum kerana semua kaum mendapat pendidikan di
bawah satu sistem yang sama
Idea 3
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
- Kebudayaan merangkumi agama, kepercayaan, adat resam, bahasa, ekonomi, dan politik yang
menjadi satu sistem dan corak hidup yang diamalkan sejak dahulu lagi
- Unsur kebudayaan Melayu dan Islam dijadikan asas dan kebudayaan kaum-kaum lain yang sesuai
diterima sebagai sebahagian daripada kebudayaan kebangsaan
- Melalui dasar ini satu identiti nasional dapat dibentuk selain perpaduan kaum dapat dicapai
Idea 4
Dasar Ekonomi Baru
-Dasar Ekonomi Baru bertujuan membetulkan ketidakseimbangan ekonomi yang wujud antara
kaum.
- Matlamat dasar ini untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula
masyarakat
- Melalui dasar ini diharapkan penyertaan orang Melayu dalam bidang perniagaan dan perusahaan
dapat ditingkatkan setanding dengan kaum lain.
Idea 5
Dasar Intergriti Nasional
- Dasar ini merujuk kepada penyatuan masyarakat merentasi wilayah
- Mewujudkan semangat patriotisme melalui pelbagai program dan aktiviti
- Bermatlamat untuk mengeratkan silaturahim antara anggota masyarakat
Idea 6
Dasar Pembangunan Nasional
- Perpaduan negara menjadi matlamat akhir bagi memperkukuhkan kestabilan negara
4
ESEI-ESEI BERTEMAKAN WAWASAN 2020
- Dasar ini menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara
yang maju dari segi keadilan sosial, kecemerlangan ekonomi, kestabilan politik, dan kesejahteraan
hidup
Idea 7
Dasar Sukan Kebangsaan
- Sukan merentasi kaum dan wilayah
STPM Tahun 2013 Ulangan Soalan 7
Tajuk Esei:
Cabaran ketujuh dalam wawasan 2020 adalah mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya
penyayang. Jelaskan keadaan yang mencetuskan hasrat kerajaan untuk membentuk masyarakat
penyayang dan budaya penyayang.
Cadangan Jawapan (Format 5+0)
Idea 1
Semakin kurangnya amalan nilai-nilai kemasyarakatan
- Nilai-nilai yang sering diamalkan oleh orang tua seperti bekerjasama, saling mengambil berat,
menghormati dan lain-lain telah dilupakan oleh generasi masa kini
- Mengamalkan sifat individualistik dan materialistik
Idea 2
Wujud pelbagai gejala sosial dalam kalangan anggota masyarakat
- Masalah penagihan dadah, melepak, bohsia, merempit, jenayah remaja dan pelbagai lagi
- Mengamalkan budaya hidup hip-hop, punk yang bertentangan dengan budaya timur
- Remaja terbiar tanpa dipedulikan oleh ibu bapa/ masyarakat
Idea 3
5
ESEI-ESEI BERTEMAKAN WAWASAN 2020
Wujudnya pengabaian warga emas (golongan tua) dan golongan orang kelainan upaya
(OKU)
- warga tua dan OKU sering kali tersisih daripada masyarakat dan keluarga
- Tanggapan bahawa mereka tidak proaktif, tidak berguna dan membebankan keluarga dan
masyarakat
- Dibiarkan hidup merempat dan dihantar ke rumah orang tua
Idea 4
Berlakunya pemusnahan alam sekitar dan harta benda awam
- Memusnahkan alam sekitar seperti hutan dan mencemarkannya seperti udara dan sungai
- Mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan generasi akan datang
- Harta benda awam dirosakkan sewenang-wenangnya oleh golongan kurang bertanggungjawab
- Kegiatan vandalisme berleluasa
- Pemaju perumahan menebang pokok sewenang-wenangnya
Idea 5
Masalah penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak
- Hak kanak-kanak seperti pendidikan, kesihatan dan kasih sayang tidak dipenuhi
- Kanak-kanak didera dari segi fizikal, mental dan juga seksual
- Masalah pembuangan bayi dan penculikan kanak-kanak
Idea 6
Wujudnya kegiatan antisosial yang berleluasa
- Wujudnya masalah prasangka antara pelbagai kaum, budaya dan agama
- Terdapat sesetengah golongan anti-sosial yang meniupkan api perkauman dengan niat jahat untuk
memecahkan perpaduan yang terjalin
Idea 7
Peningkatan kes keganasan domestik (rumah tangga)
6
ESEI-ESEI BERTEMAKAN WAWASAN 2020
- fizikal, mental, emosi
- peningkatan kes berkaitan rumah tangga seperti penderaan, kelakuan ganas yang dilakukan oleh
pasangan masing-masing
CABARAN DAN LANGKAH UNTUK MEWUJUDKAN NEGARA MAJU PADA TAHUN
2020
A) Cabaran
Kewangan:
-Kekurangan modal
- Nilai mata wang turun naik/spekulasi
Pelaburan:
- Kejatuhan pasaran saham
- Pelabur berpindah ke negara lain
- Masalah menarik pelabur asing
Teknologi:
-Teknologi masih rendah
- Masih bergantung kepada teknologi luar
Globalisasi:
- Pengiktirafan oleh negara-negara maju
- Persaingan dengan negara maju
- Salah guna laman sesawang
Pasaran:
- Menembusi pasaran antarabangsa
7
ESEI-ESEI BERTEMAKAN WAWASAN 2020
- Pasaran terhad
- Tekanan/sekatan negara maju
Tenaga kerja:
- Kurang mahir
- Bergantung kepada negara luar
- Kurang pengetahuan
Gejala sosial:
- Keruntuhan ahklak
- Dadah
- Nilai-nilai kemanusiaan pudar
B) Langkah
- Penguasaan ilmu
- Menjadi hubungan pendidikan
- Mengubahsuai kurikulum utk keperluan semasa
- nPendidikan sepanjang hayat
- Melahirkan modal insan berdaya saing
- Pendidikan maya
- Pendidikan ke luar negara
- Kemahiran
- Penguasaan ICT
- Memperkukuhkan perpaduan rakyat
- Meneroka teknologi baru
- Meningkatkan R&D
- Memastikan Wawasan 2020 dicapai
- Meneruskan dasar ekonomi baru
8
ESEI-ESEI BERTEMAKAN WAWASAN 2020
- Meningkatkan mutu pendidikan
- Memperkukuhkan peranan negara sebagai hub halal
- Meneroka pasaran baru
- Menjadikan minda rakyat kelas pertama
- Menjadi pusat kecemerlangan ilmu
STRATEGI TELAH DIPERKENALKAN UNTUK MENCAPAI MATLAMAT
WAWASAN 2020
(a) Mewujudkan sekolah-sekolah Wawasan dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Hal ini bertujuan untuk melahirkan rakyat yang bersatu padu.
(b) Memberi penekanan mata pelajaran Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik, dan Pendidikan Islam.
Supaya rakyat mempunyai moral yang tinggi dan berdisiplin.
(c) Meningkatkan kualiti tenaga kerja yang dihasilkan oleh sistem pendidikan Negara.
Dapat membantu memajukan negara dalam pelbagai bidang.
(d) Penekanan terhadap sains dan teknologi serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Hal ini bagi melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi, kreatif, dan inovatif untuk memajukan
negara.
(e) Peranan sektor wasta dan kerajaan lebih dinamik.
Kerajaan dan sektor swasta hendaklah berganding bahu dalam memajukan negara.
9