KEBUDAYAAN KEBANGSAAN N U R H A N I S A H B T M O H A M A D N A D Z R I ( V 7 ) BMMB3163
Tugasan Individu (25%) Jika dilihat pada penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan, pembangunan negara sebenarnya telah meminggirkan budaya dan kerangka pembangunan negara. Hari ini, orang tidak lagi bercakap tentang kepentingan budaya dari segi warisan bangsa atau peranan perpaduannya kerana budaya sudah dilihat dari dimensi lain sebagai sumber pembangunan dalam bidang Sains, Pendidikan, Perusahaan dan Teknologi (A. Wahab Hamzah, 2015). i. Berdasarkan pernyataan di atas, jelaskan pengaruh-pengaruh yang mencabar keharmonian Kebudayaan Kebangsaan di Malaysia pada masa hadapan. ii. Penulisan reflektif mestilah mengikut format yang spesifik dan dipersembahkan dalam bentuk ebook TUGASAN SOALAN
Alhamdulillah saya bersyukur kerana telah berjaya menyiapkan tugasan kedua iaitu penulisan reflektif bagi kursus Kebudayaan Kebangsaan (BMMB3163) ini dengan cemerlang.Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada pensyarah kursus kami Puan Ros Anita Kartini Binti Mohamed yang telah banyak membimbing dan memberikan tunjuk ajar kepada saya sehingga tugasan ini lengkap. Justeru, kepada rakan-rakan sekelas yang turut membantu saya mencari maklumat yang berkaitan dengan tugasan ini. Bahkan, kepada ibu dan bapa saya kerana memberi dorongan yang mantap untuk menulis tugasan ini dengan sempurna. Akhir kata, saya berharap tugasan ini dapat sedikit sebanyak membantu untuk menambah ilmu kepada orang lain dan diguna pakai sebaiknya. Sekian, terima kasih saya ucapkan. PENGHARGAAN
1.0 Pengenalan kANDUNGAN ISI 2.0 Pengaruh-pengaruh yang mencabar keharmonian Kebudayaan Kebangsaan pada masa hadapan 2.1 Pengaruh ekonomi 3.0 Kesimpulan 4.0 Rujukan 2.2 Pengaruh sosial 2.3 Pengaruh kesenian
1 . 0 P E N G E N A L A N K E B U D A Y A A N K E B A N G S A A N
Budaya boleh ditakrifkan sebagai satu cara hidup atau amalan yang mencakupi gaya pemikiran manusia dan tindakannya menurut Khairiah (2014). Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem kenegaraan Melayu walaupun mempunyai pelbagai lapisan masyarakat dan kaum yang berbilang bangsa (Mohd Ridhuan, 2010). Hal ini kerana, orang Melayu amat menitik beratkan perihal adat dan kebudayaan Melayu sejak dahulu lagi. Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa kedatangan Barat telah memberikan impak yang sangat besar terutamanya dari aspek ekonomi, sosial dan kesenian menyebabkan budaya Malaysia semakin pupus dek peralihan zaman.
2 . 0 P E N G A R U H - P E N G A R U H Y A N G M E N C A B A R K E H A R M O N I A N K E B U D A Y A A N K E B A N G S A A N P A D A M A S A H A D A P A N
2.1 Ekonomi Seperti yang diketahui umum, pada zaman kolonial Tanah Melayu telah dijajah oleh British yang kemudiannya telah melaksanakan Dasar Pecah dan Perintah. Sehingga ke hari ini dasar tersebut telah meninggalkan kesan dan jika tidak dibendung akan menghalang berlakunya integrasi atau interaksi antara setiap kaum (Parameswari dan J.Hinduja, 2020). Hal ini kerana, dasar tersebut telah membahagikan setiap kaum mengikut pekerjaan dan pemilikan ekonomi yang berbeza iaitu kaum Melayu menjadi petani di luar bandar, kaum Cina menjadi pelombong di kawasan bandar dan kaum India menjadi penoreh getah di kawasan estet (Nur Azuki, 2016). Tidak dapat disangkalkan lagi bahawa dasar tersebut bukan sahaja memberikan kesan dari segi berlakunya jurang ekonomi yang berbeza kepada setiap kaum bahkan, menjadi cabaran kebudayaan kebangsaan kerana pembahagian tersebut telah memecah belahkan kaum Malaysia. Sebagai contoh, setiap kaum tidak menjaga sensitiviti kaum lain sama ada secara sengaja atau benarbenar tidak mengetahuinya kerana hanya hidup dalam kaum masing-masing.
Kesenian merupakan satu bidang luas yang mencakupi pelbagai aspek seperti makanan, muzik, pakaian dan reka bentuk. Sudah terang lagi bersuluh bahawa Malaysia sangat kaya dengan pelbagai kesenian yang unggul (Ahmad Hakim et al. 2020). Remaja kini sangat taksub dengan pengaruh Barat sehingga mengetepikan kesenian dan budaya Malaysia menurut Ahmad Farhan et al., (2021). Sebagai contoh, dapat dilihat dengan jelas muzik Barat seperti pop, jazz, rock dan hip hop telah mula menyerap masuk dalam genre muzik negara kita. Bahkan, lebih parah lagi tarian tradisional seperti dambus, hamdolok dan barong semakin pupus ditelan zaman. 2.2 Kesenian
2.2Kesenian Di samping itu, umum mengetahui bahawa reka bentuk Menara Berkembar Petronas merupakan reka bentuk diinspirasikan oleh Barat. Banyak juga bangunan-bangunan lain di Malaysia yang dibina berkonsepkan kemodenan dan diselitkan unsur-unsur Barat. Idea dalaman kedai-kedai juga sudah mula mengikut tren Barat seperti “minimalist” dan “aesthetic” serta semakin berkurangan ciri-ciri tradisional. Bangunanbangunan berkonsepkan tradisional juga tidak lagi dibina dan dikagumi. Sedangkan, seni bina Melayu mempunyai ciri yang sangat unik dan kreatif menurut Mashitah & Mohd Nazir (2021). Jika perkara ini berlanjutan, maka hilanglah warisan seni Malaysia serta identiti kita.
2.3 sosial Sosial boleh didefinisikan sebagai kegiatan atau aktiviti manusia dalam masyarakat menurut Aimi dan Nurlina (2020). Pada zaman teknologi ini, telah tersebar pelbagai ideologi Barat moden yang semakin meracuni pemikiran rakyat Malaysia. Ideologi ini telah memfokuskan hak kebebasan tanpa menitik beratkan hal agama serta logik akal sebaliknya, kebebasan sebagai tunjang hidup mereka (Ahmad Mujahideen et al., 2021). Antara ideologi yang semakin hangat tular dalam kalangan masyarakat kita adalah seperti pergaulan bebas, pasangan sejenis, pertukaran jantina, bersekedudukan tanpa nikah, pengguguran dan banyak lagi. Ideologi ini sangat membimbangkan kerana telah menyalahi syariat Islam dan secara tidak langsung menjadi cabaran kepada kebudayaan kebangsaan Malaysia.
2.3 Sosial Ideologi ini sangat bertentangan dengan adat dan budaya yang diamalkan oleh masyarakat Malaysia pada sebelum ini. Hal ini kerana, budaya setiap kaum rakyat Malaysia sangat menjaga akhlak atau tingkah laku mereka. Sebagai contoh, adat tradisional kaum Melayu lebih kepada menyantuni orang yang lebih tua dan membantu orang yang memerlukan (Shaliza et al., 2015). Selain itu, agama Islam yang merupakan agama rasmi Malaysia juga telah sekeras-kerasnya menentang ideologi negatif ini kerana akan memberikan kemudaratan pada jangka masa panjang Mohd Yusri (2019). Jika ideologi negatif ini tidak dibanteras, maka akan runtuh institusi kekeluargaan dan sosial Malaysia.
3 . 0 K E S I M P U L A N
Konklusinya, dapat dilihat bahawa terdapat banyak cabaran yang mesti diambil tindakan dengan pantas oleh segenap lapisan masyarakat Malaysia supaya identiti serta jati diri rakyat Malaysia dapat dikekalkan. Jika tidak dibanteras dengan segera, maka keindahan serta keunikan kebudayaan kebangsaan Malaysia akan terkubur begitu sahaja. Warisan budaya Malaysia mestilah dipelihara dan membuat pemulihan bagi warisan yang hampir pupus.
Ahmad Farhan Che Mohd Amran, Norin Izati Hussin & Azman Mat Isa. (2021). Rebana Kercing Seni Warisan Yang Semakin Ditinggalkan. Jurnal Sejarah Lisan Malaysia, 5(1), 49-67. Ahmad Hakim Abdullah, Yuhanis Ibrahim & Iqbal Badaruddin. (2020). Ekspersi Budaya kesenian tradisi Melayu dan Islam melalui karya Mastura Abdul Rahman, Ruzaika Omar Basareee dan Haron Mokhtar. ResearchGate, https://www.researchgate.net/publication/341965454_Ekspresi_Budaya _Kese nian_Tradisi_Melayu_Melalui_Karya_Mastura_Abdul_Rahman_Ruz aika_Om ar_Basaree_dan_Haron_Mokhtar Ahmad Mujahideen Haji Yusoff, Muhammad Nasron Yaacob & Noraini Mohd Noor. (2021). Konsep Ideologi Moden Dan Sejarahnya: Satu Pengenalan. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 6(35), 9-16. Aimi Khairunnisa Abdul Karim & Nurliana Suhaimi. (2020). Kepentingan teori dan ilmu sosiologi dalam konteks Pendidikan menurut perspektif Ibnu Khaldun. Jurnal Tuah, 1(2020), 41-53. Khairiah Mohd Yassin. (2014). Hubungan Budaya dan Ilmu dari Perspektif Barat dan Islam. MANU, 20(2014), 25-51. rujukan 4.0
Mashitah Sulaiman & Mohd Nazir Ahmad. (2021). CABARAN KESINAMBUNGAN WARISAN SENI BINA RUMAH MELAYU DI SEMENANJUNG MALAYSIA: SOLUSI KE ARAH MEMARTABATKAN SENI BUDAYA WARISAN KETAMADUNAN MELAYU. E-Prodceedings Of The International Conference On Da’wah And Islamic Management (IC-DAIM 2021). https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/16114 Mohd Ridhuan Tee Abdullah. (2010). Cabaran Integrasi Antara Kaum di Malaysia: Perspektif Sejarah, Keluarga dan Pendidikan. Jurnal Hadhari, 3(2010), 61-84. Mohd Yusri, I. (2019). Sekularisme: Faktor, Penyebaran Dan Langkah Mengatasinya Dari Sudut Pandang Islam. International Journal of Humanities, Philosophy and Language. Nur Azuki Yusuff. (2016). Modul Hubungan Etnik. Universiti Malaysia Kelantan. rujukan 4.0
Parameswari Krishnan & J. Hinduja Jayer Raman. (2020). Dasar Pentadbiran British Terhadap Buruh di Tanah Melayu Sebelum Merdeka. ResearchGate, https://www.researchgate.net/publication/341822409_D asar_Pentadbiran_Bri tish_Terhadap_Buruh_di_Tanah_Melayu_Sebelum_Mer deka Shaliza Dasuki, Fazlina Mohd Radzi, Nurkhazilah Idris & Nur Hasliza Abdullah. (2015). Perkembangan Budaya Popular dan Perubahan Sosio-Budaya Masyarakat Pasca Moden: Adaptasi Budaya Asing Dalam Perkahwinan Melayu. ICOMHAC2015 eproceedings, 16-17 Disember 2015, Century Helang Hotel, Pulau Langkawi. rujukan 4.0
TERIMA KASIH S E K I A N ,