4 ZAKAT PERNIAGAAN
MAKSUD Zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama
ada yang melibatkan barangan atau perkhidmatan.
NISAB 85 gram emas
KADAR ZAKAT 2.5 %
SYARAT WAJIB 1. Niat menjalankan perniagaan terhadap harta yang hendak
ZAKAT dikeluarkan zakat.
PERNIAGAAN
2. Harta yang halal.
3. Harta yang boleh menjadi pendapatan.
4. Sumber harta adalah melalui cara pembelian atau pertukaran aset
seperti jual beli atau sewa.
5. Harta tersebut bukan untuk kegunaan peribadi.
5 ZAKAT GALIAN DAN
RIKAZ
MAKSUD Bahan galian yang dikeluarkan dari bumi, diproses dan menghasilkan
GALIAN logam galian.
Contoh : Emas, perak, bijih timah, petroleum dan bahan mineral.
MAKSUD Harta yang tertanam di dalam tanah.
RIKAZ 85 gram emas
NISAB
KADAR ZAKAT GALIAN RIKAZ
2.5 % 1/5 atau 20%
Nota : ZAKAT SAHAM.
• Saham ialah wang yang dilaburkan dalam syarikat atau perniagaan.
• Diwajibkan zakat kerana saham yang dilaburkan dalam syarikat-syarikat perniagaan,
perusahaan atau badan-badan pelaburan ialah harta yang mempunyai potensi untuk
berkembang.
• Kadar zakat : 2.5% atas nilai semasa semua saham yang dimiliki setahun.
ZAKAT PENDAPATAN.
Syarat khusus :
• Hasil usaha yang baik termasuklah pendapatan yang merangkumi upah, gaji, bonus, elaun, komisyen
dan sebagainya.
• Nisab : 85 gram harga emas semasa.
• Kadar zakat : 2.5%
15
PELAJARAN AIDILFITRI DAN AIDILADHA
18
(FEQAH)
HARI : _______________ TARIKH : ______________
MAKSUD AIDILFITRI DAN AIDILADHA
AIDILFITRI Hari raya umat Islam yang di sambut pada 1 Syawal
AIDILADHA Hari raya umat Islam yang di sambut pada 10 Zulhijjah
AMALAN SUNAT SEMASA MENYAMBUT HARI RAYA
Menghidupkan malam raya dengan bertakbir membesarkan
allah dan berdoa
Mandi sunat hari raya
AMALAN SUNAT SEMASA MENYAMBUT HARI RAYA Memakai pakaian yang terbaik, bersih dan cantik.
Datang awal ke masjid
Memakai wangi-wangian bagi lelaki ketika keluar menunaikan
solat hari raya
Pergi dan balik dari tempat solat melalui jalan yang berlainan.
Aidilfitri : makan sedikit makanan sebelum menunaikan solat
sunat hari raya.
Aidiladha : makan selepas menunaikan solat sunat hari raya
16
KAIFIAT SOLAT SUNAT HARI RAYA DAN KHUTBAH HARI RAYA
1. NIAT
LAFAZ NIAT SOLAT َمأُْمْوًما لَِِِّل تَ َعاَل/ أُ َصلِي ُسَنّةَ ِعْي ِد الِْفطْ ِر َرْكَعتَْيِن إَِماًما
AIDILFITRI . Maksud:
Sahaja aku sembahyang sunat Aidil Fitri dua rakaat menjadi
LAFAZ NIAT SOLAT imam / makmum kerana Allah Ta'ala.
AIDILFITRI . َمأُْمْوًما لَِِِّل تَ َعاَل/ ا َصلِي ُسَنّة عيد الأضحي َرْكَعتَْيِن إَِماًما
Maksud:
Sahaja aku sembahyang sunat Aidil Adha dua rakaat menjadi
imam / makmum kerana Allah Ta'ala.
2. TAKBIRATUL IHRAM
RAKAAT ✓ Membaca doa Iftitah . Setiap takbir dipisahkan
PERTAMA ✓ Bertakbir sebanyak 7 kali . Setiap takbir dipisahkan
dengan bacaan tasbih.
RAKAAT ✓ Bertakbir sebanyak 5 kali
KEDUA dengan bacaan tasbih.
3. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH RAKAAT KEDUA
Membaca surah Al- Ghasiyah dengan bacaan
RAKAAT PERTAMA tasbih.
Membaca surah Al-‘ala atau surah-surah
lain.
4. MENYEMPURNAKAN RUKUN-RUKUN YANG LAIN SEHINGGA MEMBERI SALAM
KAIFIAT KHUTBAH HARI RAYA
1. Disunatkan berkhutbah dengan dua khutbah selepas selesai solat.
2. Dilakukan selepas solat hari raya.
3. Sunat dimulakan dengan 9 kali takbir pada khutbah pertama dan 7 kali takbir pada
khutbah kedua.
4. Menunaikan rukun-rukun khutbah
17
1. Memuji Allah SWT sekurang-kurangnya menyebut
“Alhamdulillah"
2. Berselawat ke atas Nabi SAW
RUKUN KHUTBAH 3. Berpesan supaya bertaqwa kepada Allah SWT sekurang-
kurangnya menyebut “ ITTAQULLAH”.
4. membaca sekurang-kurangnya satu ayat daripada al-
Quran pada salah satu daripada dua khutbah.
5. berdoa untuk orang-orang yang beriman pada khutbah
yang kedua.
SYARAT SAH KHUTBAH
• Khutbah disampaikan selepas solat hari raya.
1
2 • Rukun khutbah disampaikan dalam bahasa Arab.
3 • Berturut-turut antara dua khutbah.
• Khatib seorang lelaki.
4
5 • Khatib suci daripada hadas kecil dan besar serta menutup aurat.
6 • Khatib berdiri jika mampu.
HIKMAH PENSYARIATAN HARI RAYA
1. Membesarkan Allah SWT 3. Melahirkan rasa 5.Mengeratkan ukhwah sesama
atas kurniaan nikmat iman
dan Islam. kegembiraan meraikan hari umat Islam.
kebesaran Islam.
2. Sebagai tanda bersyukur 4. Mengeratkan silaturrahim 6. Beroleh nasihat dan
daripada seorang hamba antara anggota keluarga. pengajaran melalui khutbah
terhadap penciptanya.
raya yang disampaikan
18
PELAJARAN QIAMULLAIL PEMANGKIN KEKUATAN JIWA
19
(FEQAH)
Maksud HARI : _______________ TARIKH : ______________
Qiamullail Amalan bangun malam untuk beribadat kepada Allah SWT
seperti menunaikan solat tahajud dan membaca
al-Quran
Hukum Qiamullail SUNAT
AMALAN SEMASA QIAMULLAIL
Memulakan qiamullail dengan Solat Tahajud 2 rakaat dan diikuti solat sunat yang
1 lain seperti Solat Hajat, Solat Taubat dan Solat Tasbih.
2 Memperbanyakkan zikir, istighfar, membaca al-Quran dan berdoa.
3 Disudahi dengan solat sunat witir.
Antara amalan 1. Bersugi.
Rasulullah SAW 2. Memandang ke langit sambil membaca
sebelum ﭐﱹﱺ ﱻﱼﱽﱾﱿﲀﲁ ﲂﲃﲄ
qiamullail ﭐ ١٩٠ :آل عمران
termasuklah :
Doa dimakbulkan
Allah SWT.
Menjadi hamba
yang bersyukur.
Beroleh balasan KELEBIHAN ORANG Mendapat
syurga di akhirat. YANG kemuliaan dan
tempat yang terpuji
MENGAMALKAN di sisi Allah SWT
QIAMULLAIL
Memberi
ketenangan kepada
jiwa untuk lebih
khusyuk beribadah
kepada Allah SWT.
19
PELAJARAN SOLAT SUNAT TAHIYYATUL MASJID DAN
20 SOLAT SUNAT HAJAT
(FEQAH)
HARI : _______________ TARIKH : ______________
(1) SOLAT SUNAT TAHIYYATUL MASJID
SOLAT SUNAT TAHIYYATUL MASJID.
MAKSUD Solat dua rakaat sebelum duduk ketika setiap kali masuk ke dalam
masjid.
HUKUM Sunat
DALIL NAQLI SOLAT SUNAT TAHIYYATUL MASJID.
Abu Qathadat Salami meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :
.إَِذا َد َخ َل أَ َح ُدُك ْم الْ َم ْس ِج َد فًََل َْيلِ ْس َحََّّت يُ َصلِ َي َرْكَعتَْيِن
Maksudnya : Apabila seseorang masuk ke dalam masjid, maka janganlah duduk sehingga dia solat dua
rakaat. (Muttafakun alaih)
LAFAZ NIAT CARA MELAKSANAKAN
KAIFIAT أُ َصلِ َىرْكَعتَُسَْنّيةَِن لَِِِتَِليِّةتَاَعلْاَمَلْس ِج ِد Bersendirian .
SOLAT
SUNAT Maksudnya : Sahaja aku solat sunat
TAHIYYATUL tahiyyatul masjid dua rakaat kerana
MASJID
Allah SWT
BACAAN RAKAAT KEDUA BACAAN RAKAAT PERTAMA
1. Surah al-Fatihah
2. Surah al-Ikhlas atau 1. Surah al-Fatihah .
surah-surah lain 2. Surah al-Kafirun atau
surah-surah lain
BILANGAN 2 rakaat.
RAKAAT Setiap kali masuk ke dalam masjid, sebelum duduk.
WAKTU
SITUASI 1 :
Sekiranya individu itu masuk ke dalam masjid dan iqamah telah dilaungkan untuk menunaikan solat fardhu.
Hukum : MAKRUH untuk menunaikan apa-apa solat sunat dan hendaklah bersiap sedia untuk solat fardhu secara
berjemaah.
20
SITUASI 2 :
Ketika sedang melakukan solat sunat tahiyyatul masjid, iqamah dilaungkan.
Hukum : SUNAT untuk menyempurnakan solat sunat berkenaan sekiranya tidak dikhuatiri akan terlepas solat
berjemaah tersebut
HIKMAH SOLAT SUNAT Meraih pahala ketika berada di dalam masjid.
TAHIYYATUL MASJID
Memupuk sifat rendah diri sebagai tetamu di rumah Allah.
Melatih diri supaya beradab apabila berada di tempat-tempat mulia.
Memuliakan masjid sebagai tempat beribadah.
(2) SOLAT SUNAT HAJAT
MAKSUD DAN HUKUM SOLAT SUNAT HAJAT.
MAKSUD Solat yang dilakukan untuk meminta sesuatu hajat yang tertentu.
HUKUM Sunat
DALIL NAQLI SOLAT SUNAT HAJAT.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :
أَ ْعطَاهُ الَِّلُ َما َسأََل ُمَع ِجًل أَْو ُمَؤِخًرا, َُثّ َصَلّى َرْكَعتَْيِن يُتِ ُّمُه َما, َ فَأَ ْسبَ َغ الُْو ُضوء, ََم ْن تََو َّضأ
Maksudnya : Sesiapa berwudhu’ dengan sempurna, kemudian melakukan solat dua rakaat dengan sempurna,
Allah SWT akan mengurniakan apa-apa sahaja yang dipohon sama ada cepat atau lambat.
Abdullah bin Aufa meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda :
لِيُ َصِل ،…َافَلَْلِّيلُُ ْحَعلَِْيسِهِن َاولَْسُوَلَّمُضوء ٍدَوِيمُ ْنَصلِبَِين َعآلََدَمى،إَِوَلَج أََّل َح ،ِةٌَُثإَِّيُلثْاِلَنِّلِ َعتَلََعاىَاللَِّل،َرلَْكهَُعتَْيَحِنا َج
َُّث ،افَلَْلنّيَِتَِبَو َّضَصَأْلّى أَْو َكانَ ْت َم ْن
َعَّز
Maksudnya : Sesiapa yang ada hajat kepada Allah SWT atau kepada manusia lain, berwudhu’lah dengan
sempurna dan kemudian solat dua rakaat, memuji Allah dan berselawat kepada Nabi Muhammad SAW.
21
LAFAZ NIAT CARA MELAKSANAKAN
KAIFIAT أُ َصلِى ُسَنّةَ اتَ َْعلَااََلجِة َرْكَعتَْيِن لِِِل Bersendirian mengikut .
SOLAT
SUNAT Maksudnya : Sahaja aku solat sunat hajat masing-masing atau .
HAJAT hajat dua rakaat kerana Allah SWT
berjemaah jika untuk hajat
yang sama ..
BACAAN RAKAAT KEDUA BACAAN RAKAAT PERTAMA
1. Surah al-Fatihah
2. Surah al-Ikhlas atau 1. Surah al-Fatihah .
surah-surah lain 2. Surah al-Kafirun atau
surah-surah lain
BILANGAN TIDAK DITENTUKAN BILANGAN RAKAAT.
RAKAAT BIASANYA DILAKUKAN 2 HINGGA 12 RAKAAT.
WAKTU BOLEH DILAKUKAN BILA-BILA MASA KECUALI WAKTU YANG
DIHARAMKAN.
AFDHAL DILAKUKAN PADA PERTENGAHAN MALAM.
Meletakkan pergantungan yang mutlak kepada Allah SWT yang
maha pemberi segalanya.
HIKMAH Melatih diri agar berharap kepada pertolongan Allah SWT
SOLAT ketika senang atau susah.
SUNAT
HAJAT Mendidik jiwa agar redha dengan ketentuan Allah SWT.
Memberi ketenangan jiwa yang keluh kesah.
22
PELAJARAN PERJANJIAN HUDAIBIYYAH DAN PEMBUKAAN KOTA
21 MEKAH
(SIRAH)
HARI : _______________ TARIKH : ______________
UNIT 1 : PERJANJIAN HUDAIBIYYAH
MULA KRONOLOGI PERJANJIAN HUDAIBIYYAH
1. Rasulullah SAW bermimpi bahawa 2. Pada hari Isnin, awal bulan Zulkaedah
Baginda memasuki Masjidil Haram, tahun ke-6 hijrah, Rasulullah SAW
mengambil kunci Kaabah serta bertolak ke Mekah bersama dengan
melaksanakan umrah bersama-sama 1400 orang sahabat dengan pedang
dengan para sahabat. Para sahabat yang bersarung.
berasa gembira dan menyambut baik
mimpi Rasulullah SAW itu.
4. Kedatangan rombongan Rasulullah 3. Rasulullah SAW dan para sahabat
SAW diketahui oleh Musyrikin Mekah. berhenti di Zulhulaifah untuk berniat
Mereka tidak membenarkan umrah. Mereka turut membawa
rombongan ini memasuki Mekah. binatang korban bagi menzahirkan niat
mereka untuk melaksanakan umrah.
5. Khalid Bin Al-Walid bersama dengan 6. Rasulullah SAW berhenti di
tenteranya berjumlah 200 orang cuba Hudaibiyyah. Baginda dikunjungi oleh
untuk menghalang Rasulullah SAW Budail Bin Warqa'. Beliau menjadi
daripada memasuki Mekah di Kura' al- perantara Rasulullah SAW dengan
Ghamim. Namun, Rasulullah SAW Musyrikin Quraisy.
melalui jalan lain untuk mengelakkan
pertembungan dengan tentera Khalid. 7. Musyrikin Quraisy mengutuskan Al-
Hulais Bin 'Alqomah diikuti 'Urwah Bin
8. Rasulullah SAW mengutus Uthman Mas'ud menemui Rasulullah SAW bagi
Bin Affan RA menemui Musyrikin memastikan niat sebenar rombongan
Mekah untuk menerangkan tujuan itu. Kedua-duanya berjaya diyakinkan
kedatangan mereka. Uthman Bin Affan bahawa kedatangan Rasulullah SAW dan
ditahan beberapa ketika sehingga para sahabat untuk menunaikan umrah.
tersebar berita kematiaannya.
TAMAT
9. Rasulullah SAW dan para sahabat
membuat bai'ah untuk setia bersama 10. Musyrikin Mekah mengetahui
dengan Rasulullah SAW dan tidak tentang Bai'atur Ridhwan. Lantas
meninggalkan Baginda. Bai'ah ini mereka menghantar Suhail Bin Amru
dikenali sebagai Bai'atur Ridhwan. untuk membuat perjanjian dengan
Rasulullah SAW. lalu, termeterailah
Perjanjian Hudaibiyyah.
2
ISI KANDUNGAN Rasulullah SAW dan para sahabat tidak boleh memasuki Mekah
PERJANJIAN pada tahun ini, iaitu tahun ke-6 hijrah. Mereka dibenarkan masuk ke
HUDAIBIYYAH Mekah pada tahun hadapan, iaitu tahun ke-7 hijrah dan dibenarkan
antara isi berada di Mekah selama 3 hari sahaja. Mereka tidak boleh
kandungan membawa senjata kecuali pedang bersarung. Orang Quraisy tidak
Perjanjian
Hudaibiyyah boleh mengganggu mereka.
termasuklah :
Tiada peperangan antara kedua-dua belah pihak selama 10
tahun.
Mana - mana kabilah yang mengikat perjanjian dengan Rasulullah
SAW turut tertakluk dengan Perjanjian Hudaibiyyah. Mana - mana
kabilah yang mengikat perjanjian dengan Musyrikin Mekah, mereka
juga terikat dengan Perjanjian Hudaibiyyah.
Orang Mekah yang lari ke Madinah perlu dikembalikan ke
Mekah. Sebaliknya, sesiapa yang lari daripada Madinah ke
Mekah tidak perlu dikembalikan.
HIKMAH PERJANJIAN HUDAIBIYYAH
Perkembangan • Musyrikin Mekah tidak lagi mengganggu usaha dakwah Rasulullah SAW.
Dakwah Islam • Ramai orang arab memeluk Islam secara terang-terangan seperti ‘Amru
Bin al-‘As, Khalid Bin al-Walid dan Uthman Bin Talhah.
• Rasulullah SAW membuka ruang dakwah Islam dengan menghantar
surat kepada kerajaan lain di Semenanjung Tanah Arab seperti Bahrain
dan Oman serta kerajaan di luar Semenanjung Tanah Arab seperti Rom
dan Parsi.
Perkembangan Politik • Musyrikin Mekah secara langsung mengiktiraf kerajaan Islam Madinah
Islam serta Rasulullah SAW sebagai pemimpinnya.
• Rasulullah SAW mengikat perjanjian dengan kabilah-kabilah di sekitar
Madinah, antaranya termasuklah Bani Khuza’ah.
• Rasulullah SAW mula menghantar surat kepada pemimpin dalam dan
luar Semenanjung Tanah Arab dan mendapat jawapan daripada mereka.
Hal ini menunjukkan pengiktirafan pemimpin lain terhadap kerajaan
Islam Madinah.
• Selepas Perjanjian Hudaibiyyah, Rasulullah SAW menumpukan perhatian
kepada Yahudi di Khaibar kerana Musyrikin Mekah bukan lagi menjadi
ancaman besar kepada kerajaan Islam Madinah.
Perkembangan • Kekuatan ketenteraan Islam bertambah daripada 3 000 orang kepada 10
Ketenteraan Islam 000 orang hanya dalam tempoh 2 tahun selepas Perjanjian Hudaibiyyah.
• Mewujudkan suasana aman antara kerajaan Islam di Madinah dan
Musyrikin Mekah.
3
UNIT 2 : PEMBUKAAN KOTA MEKAH
PERISTIWA PEMBUKAAN KOTA MEKAH
Arahan : Tuliskan semula petikan di bawah dengan tulisan rumi.
كجادين يغ منختوسكن فمبوكاءن كوتا مكة Kejadian yang mencetuskan Pembukaan Kota
Mekah
قبيله بني بكر دان قبيله بني ُخَزاعَة تله برموسوهن Kabilah Bani Bakr dan Kabilah Bani
Khuzaah telah bermusuhan sejak zaman
سجق زمان جاهيلية لاضي .قبيله بني ُخَزاعَة تله jahiliyyah lagi. Kabilah Bani Khuzaah telah
مغيكت جنجي دغن رسول الله ﷺ ،ماناكالا قبيله mengikat janji setia dengan Rasulullah,
manakala Kabilah Bani Bakr pula mengikat
janji dengan Musyrikin Mekah.
بني بَكر فولا مغيكت جنجي دغن مشركين مكة.
برداسركن فرجنجين حديبية ،كدوا-دوا قبيله اين
تيدق بوليه برفرغ سلاما 10تاهون.
فد سواتو مالم دبولن شعبان تاهون ك 8 -هجرة،
نَْوفَل بْن ُمَعاوِية مغتواءي سكومفولن درفد قبيله بني بكر
دان مشركين مكة تله مثرغ بني ُخَزاعَة يغ سدغ براد
دالْوَتِير .ببراف اورغ درفد قبيلة بني ُخَزا َعة تله دبونوه.
بهكن ،سبهاضين مريك دبونوه دكاوسن تانه حرام.
عَمْرو بْن سَالِم اْْلَُزا ِعي سضرا منوجو كمدينة
اونتوق ممعلومكن كجادين ايت كفد رسول الله ﷺ.
دغن برلاكوث فريستيوا ايت ،مشركين مكة تله ملغضر
ايسي فرجنجين حديبية .مك ،رسول الله ﷺ سضرا
مرانخغ ستراتيضي اونتوق ممبوك كوتا مكة.
4
KRONOLOGI PERISTIWA PEMBUKAAN KOTA MEKAH
(1) Madinah. (2) Mar Dzahran.
Pada 10 Ramadan tahun ke-8 hijrah, Pasukan tentera Islam berhenti di
Rasulullah SAW bergerak ke Mekah Mar Dzahran.
bersama dengan 10 000 tentera. Abu
Rahm al-Ghifari dilantik sebagai ketua Rasulullah SAW memerintahkan
sementara di Madinah. 10 000 tentera untuk menyalakan
10 000 unggun api.
(3) Abu Sufian meninjau pasukan (4) Pada pagi hari Rabu, 17 Ramadan
tentera Islam. Kemudian beliau tahun ke -8 hijrah, Rasulullah SAW
terserempak dengan al-'Abas, lalu al- meneruskan perjalanan menuju ke
'Abas membawanya menemui Mekah. Ketika itu Musyrikin Mekah
Rasulullah SAW. Akhirnya, beliau terkejut dengan kedatangan tentera
memeluk Islam. Rasulullah SAW Islam.
menghargai pengislamannya dengan
memberi jaminan keselamatan kepada
sesiapa yang berlindung di rumahnya.
(5) (6) Apabila sampai di Dzu Thuwa,
Rasulullah SAW membahagikan
Abu Sufian mengumumkan kepada tentera Islam kepada 4 pasukan, di
Musyrikin Mekah agar berlindung di bawah 4 orang panglima, iaitu
Rasulullah SAW sendiri, Khalid Bin al-
rumahnya, rumah masing-masing Walid, Az-Zubair Bin al-Awwam dan
atau dalam Masjidil Haram. Abu 'Ubaidah al-Jarrah. Setiap
pasukan masuk ke Kota Mekah melalui
arah yang berbeza.
(7) Tiada sebarang tentangan yang (8) Mekah.
diterima oleh tentera Islam kecuali Mekah berjaya dibuka pada tahun
pasukan Khalid Bin al-Walid. Mereka
dihalang oleh sekumpulan Musyrikin ke-8 hijrah (630 Masihi).
Mekah yang menyebabkan 2 sahabat
gugur syahid dan 12 Musyrikin Mekah
pula terbunuh.
5
1. Petunjuk Allah SWT. 2. Strategi Rasulullah SAW.
• Mimpi Rasulullah SAW sebelum • Perancangan Pembukaan Kota Mekah
Perjanjian Hudaibiyyah menjadi tanda secara rahsia tidak diketahui oleh pihak
Pembukaan Kota Mekah semakin Musyrikin Mekah.
hampir.
• Menyalakan 10 000 unggun api pada
waktu malam untuk menimbulkan rasa
gerun pihak musuh.
• Membahagikan pasukan tentera
kepada 4 pasukan yang masuk ke
Mekah mengikut arah berbeza.
FAKTOR KEJAYAAN
PEMBUKAAN KOTA MEKAH
3. Tentera Islam mempunyai semangat 4. Musyrikin Mekah yang bertambah
jihad yang tinggi dan berdisiplin. lemah.
• Kesatuan tentera di bawah panji Islam • Banyak pemimpin Quraisy telah
tanpa mengira perbezaan suku kaum memeluk Islam sebelum Pembukaan
dan kabilah. Kota Mekah seperti Khalid Bin al-Walid
dan Abu Sufian.
• Kepatuhan tentera kepada arahan
Rasulullah SAW tanpa bantahan seperti • Sebahagian pembesar Mekah telah
pasukan az-Zubair bin al-Awwam yang mati sebelum pembukaan Kota Mekah
masuk ke Mekah melalui dataran tinggi seperti Abu Jahal.
dan berhenti di al-Hujun. Mereka tidak
boleh meninggalkan tempat itu • Tidak semua Musyrikin Mekah bangkit
sehingga Rasulullah SAW sampai menentang kemaraan tentera Islam.
kepada mereka.
6
Mengakkan Syiar Islam. Amar Makruf dan Nahi Mungkar.
* Menunaikan tawaf dan mengucup * Menyeru Musyrikin Mekah untuk
Hajarul Aswad serta memusnahkan 360 memeluk Islam.
berhala yang berada di sekeliling Kaabah
* Berbai'ah dengan penduduk Mekah di
dengan menggunakan busurnya. Bukit Safa agar tidak melakukan syirik
kepada Allah SWT, tidak mencuri, berzina
* Mengarahkan Bilal Bin Rabah
melaungkan azan di atas Kaabah. dan membunuh anak.
* Menghantar beberapa pasukan ke
sekitar Mekah untuk menghapuskan
berhala disana seperti berhala 'Uzza di
Nakhlah, berhala Suwa' di Rihath dan
berhala Manah di al-Musyallal.
LANGKAH YANG DIAMBIL RASULULLAH
SAW SELEPAS PEMBUKAAN KOTA
MEKAH
Menguruskan Pentadbiran Mekah. Memaafkan kesalahan penduduk
Mekah.
* Mengekalkan pengurus kunci Kaabah
kepada Uthman Bin Talhah. * Rasulullah SAW telah mengisytiharkan
kemaafan kepada Musyrikin Mekah yang
* Memerintahkan Abu Usaid al-Khuza'ie
untuk memperbaiki beberapa bahagian pernah mengingkari Baginda. Mereka
dibenarkan pulang ke rumah masing-
Masjidil Haram.
masing.
IKTIBAR DARIPADA PEMBUKAAN KOTA MEKAH
Kita hendaklah mengamalkan ciri-ciri kepimpinan berdasarkan syariat Islam supaya
agama Islam dihormati.
Kita hendaklah melakukan sesuatu tugasan secara terancang untuk menjamin kejayaan
tugasan tersebut.
Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain kerana semua manusia berhak
mendapat kemaafan.
7
PELAJARAN TOKOH SAHABAT.
22
(SIRAH)
HARI : _______________ TARIKH : ______________
BILAL BIN RABAH RA ()بَِالل بن ارَابح
Nama Bilal Bin Rabah RA
Kuniah
Nama Ibu أبو عبد اللهAbu Abdullah
Asal ََحَاَمةHamamah
حبشةHabsyah
Wafat Di Damsyik pada tahun ke-20 Hijrah
pada zaman khalifah Umar al-Khattab RA
ketika berusia 63 tahun.
Bukti • Antara 7 orang yang terawal menzahirkan keislaman.
keimanan • Tetap beriman walaupun diseksa oleh tuannya iaitu Umaiyyah Bin Khalaf
sehingga dibeli dan dibebaskan oleh Abu Bakar as-Siddiq RA.
• Dilantik menjadi muazzin pertama dalam Islam.
• Banyak menyertai peperangan seperti Badar dan Uhud.
IKTIBAR DARIPADA KEIMANAN
BILAL BIN RABAH RA
Kita hendaklah mempertahankan akidah Islam
1 dengan segala kekuatan yang ada agar tidak
mudah terpesong daripada ajaran Islam yang
sebenar.
Kita hendaklah menjauhkan diri daripada
2 fahaman yang sesat, menyeleweng dan
melampau.
Kita hendaklah memainkan peranan aktif
3 dalam aktiviti keagamaan agar ajaran Islam
sebenar dapat ditegakkan.
8
MU‘AZ BIN JABAL RA ()ُم اعاذ بن اجبال
Nama Mu‘az Bin Jabal RA
Kuniah
Nama Ibu َعبْد الرَْحَن أبو Abu Abdul Rahman
Keturunan بِنْت َس ْهل ِهْند Hind Binti Sahl
Wafat Bani Salmah daripada golongan Ansar
Di Syam pada tahun ke-18 Hijrah
pada zaman khalifah Umar al-Khattab RA
ketika berusia 33 tahun.
Bukti • Antara sahabat yang paling ‘alim dalam ilmu halal dan haram serta al-
keilmuan Quran.
• Dilantik oleh Rasulullah SAW sebagai pakar rujuk al-Quran dan feqah di
Mekah dan Yaman.
• Salah seorang sahabat yang mengumpulkan al-Quran pada zaman
Rasulullah SAW.
• Abu Bakar dan Umar RA melantiknya sebagai penasihat dalam urusan
hukum hakam agama.
• Abu Bakar dan Umar RA mengiktiraf keilmuan Mu‘az RA dalam bidang
feqah.
IKTIBAR DARIPADA KEILMUAN
MU‘AZ BIN JABAL RA
Kita hendaklah menuntut ilmu dengan
1 bersungguh-sungguh agar menjadi orang yang
‘alim dalam bidang yang dipelajari.
2 Kita hendaklah mengamalkan ilmu yang
dipelajari agar menjadi umat yang cemerlang.
Kita hendaklah menyebarkan ilmu yang
3 dipelajari agar dapat dimanfaatkan oleh
orang lain, seterusnya menjadi saham akhirat
yang berkekalan.
9
ABDUL RAHMAN BIN ‘AUF RA () اعْب ُد الَّر ْحان بن اعْوف
Nama Abdul Rahman Bin ‘Auf RA
Kuniah
Nama Ibu أبو ُُمَمد Abu Muhamad ال ِشَفاء Asy-Syifa Binti ‘Auf Bin Abd Bin al-Harith
Keturunan بْن اْْلَا ِرث
بِْنت عَْوف بْن عَْبد
Wafat Bani Zuhrah Bin Kilab daripada golongan Muhajirin.
Di Madinah pada tahun ke-32 Hijrah
pada zaman khalifah Uthman RA
ketika berusia 72 tahun dan dikebumikan di al-Baqi’ .
Bukti • Berusaha dengan kemahiran dan modal yang ada tanpa mengambil
ketokohan kesempatan daripada ihsan orang lain seperti tawaran sejumlah wang
yang banyak oleh Sa‘ad Bin ar-Rabi’.
• Keuntungan yang diperoleh di kongsi dengan orang lain.
• Hartawan yang bersikap zuhud dan tawadduk.
IKTIBAR DARIPADA KETOKOHAN
ABDUL RAHMAN BIN AUF RA
1 Kita hendaklah berniaga dengan jujur dan
amanah agar rezeki diberkati Allah SWT.
Kita hendaklah mengeluarkan zakat, sedekah,
2 infaq dan wakaf untuk merangsang
perkembangan ekonomi Islam.
Kita hendaklah berusaha untuk menjadi
3 pemilik perniagaan dan pengeluar produk
kerana usaha ini ialah jihad ekonomi.
10
KHALID BIN AL-WALID RA () اخالِد بن الاولِيد
Nama Khalid Bin Al-Walid RA
Kuniah
Nama Ibu ِر أثبوبْنُسلَْيَحَْمرابنAْلَاbْاuتSuْبِنlaىiرmَص ْغaُّ n لُبَابَة الLubabah al-Sughra Binti al-Harith Bin
Keturunan
Harb
Wafat Bani Mahzum
Di Hims, Syiria pada tahun ke-21 Hijrah
pada zaman khalifah Umar Bin al-Khattab RA
ketika berusia 60 tahun
Bukti • Banyak menyertai peperangan pada zaman Rasulullah SAW,
kepahlawanan antaranya peperangan Muktah, Fathu Makkah dan peperangan
Hunain.
• Dalam peperangan Muktah, apabila semua panglima syahid, beliau
mengambil inisiatif untuk memimpin tentera Islam. Strategi
peperangannya telah membantu tentera Islam mencapai
kemenangan dan beliau digelar Saifullah (Pedang Allah) oleh
Rasulullah SAW.
• Abu Bakar RA melantik Khalid al-Walid RA sebagai panglima untuk
menentang nabi-nabi palsu seperti Musailamah al-Kazzab dalam
perang Yamamah, menentang tentera Parsi dalam perang Dza al-
Salasil dan tentera Rom seperti dalam perang Yarmuk.
IKTIBAR DARIPADA KEPAHLAWANAN
KHALID BIN AL WALID RA
1 Kita hendaklah bersedia berkorban
mempertahankan agama Islam.
2 Kita hendaklah menyusun strategi dengan
baik agar memperoleh kejayaan.
3 Kita hendaklah berjuang bersungguh-sungguh
untuk menegakkan ajaran Islam yang sebenar.
11
PELAJARAN PEMAAF MELUNAKKAN HATI
23
HARI : _______________ TARIKH : ______________
(AKHLAK)
Bahasa Melepaskan atau membebaskan. MAKSUD
PEMAAF
Istilah Melepaskan seseorang daripada kesalahan dan
membebaskannya daripada hukuman.
... ﳄ ﳅ ﳆ ﳈﳇ...
Maksud : …dan perbuatan kamu memberi kemaafan itu lebih hampir kepada takwa….
(Surah al-Baqarah, ayat 237)
ﱎ ﱏ ﱐ ﱑ ﱒ ﱓ ﱔ ﱕ ﱖ ﱘﱗ ﱙ ﱚ ﱛ ﱜ
DALIL Maksud : Iaitu orang yang mendermakan (hartanya) pada masa senang dan susah dan orang
NAQLI
yang menahan kemarahannya serta orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan Allah
menyayangi orang yang melakukan kebaikan.
()رواية أَحد ...ِ(ر الله لم ُك ْمSِفuْغrمa يhواaُرlِفiْغImمواraواnُح,َمaْرyُتatوا1ُح3رَم4ْ)ا
Maksud : Kasihilah sesama kamu, nescaya kamu akan dikasihi, dan maafkanlah (kesalahan
manusia) nescaya kamu akan diampunkan Allah SWT….
Tuliskan semula petikan berikut dalam tulisan rumi.
CONTOH SIFAT PEMAAF RASULULLAH SAW
Usaha dakwah Rasulullah SAW ke negeri
Taif telah ditolak secara terang oleh
pemimpin kabilah Thaqif yang menghuni
Kota Taif. Baginda telah dihina dan
dilontar dengan batu sehingga berdarah
dan luka teruk.
Allah SWT telah mengutus malaikat Jibril
AS dan malaikat penjaga gunung untuk
menimpakan gunung ke atas penduduk
Taif. Lantas baginda menjawab “Wahai
Jibril, jangan lakukannya! Biarlah aku
Bersabar terhadap kaumku. Semoga Allah
SWT akan melahirkan daripada zuriat
Mereka orang-orang yang beriman kepada
Allah SWT”. Baginda lantas mendoakan
penduduk Taif “Ya Allah, berilah petunjuk
kepada kaumku, sesungguhnya mereka
tidak mengetahui”.
Rasulullah SAW sentiasa berlapang dada
memaafkan kesalahan orang lain.
2
Tuliskan semula petikan berikut dalam tulisan rumi.
CONTOH SIFAT PEMAAF RASULULLAH SAW
Habbar telah memanah unta yang
dinaiki oleh Saidatina Zainab RA semasa
dalam perjalanan ke Madinah sehingga
menyebabkan unta itu jatuh.
Saidatina Zainab RA terhumban dari atas
unta hingga gugur kandungannya. Habbar
datang menemui Rasulullah SAW di
Madinah untuk memohon maaf, lalu
Baginda memaafkannya. Habbar kemudian
memeluk Islam.
Adab dan cara MEMOHON kemaafan Adab dan cara MEMBERI kemaafan
Bersegera memohon maaf. Memaafkan kesalahan tanpa
diminta.
Bertemu muka dan bersalaman. Melupakan kesalahan orang
terhadapnya.
Mengakui kesalahan tanpa alasan.
Berdoa memohon hidayah dan
Memulangkan hak atau barang yang keampunan untuk orang yang
diambil.
melakukan kesalahan.
Bersangka baik terhadap orang yang
memohon kemaafan.
Berazam tidak mengulangi kesalahan. Mengelakkan diri bersifat dendam.
Ikhlas memohon kemaafan. Ikhlas memberi kemaafan.
3
HIKMAH BERSIFAT PEMAAF
INDIVIDU MASYARAKAT
✓ Memberi ketenangan jiwa. ➢ Hidup dalam suasana harmoni.
✓ Disenangi oleh orang lain. ➢ Mengangkat imej umat Islam.
✓ Menzahirkan keunggulan peribadi ➢ Menarik minat orang bukan muslim
muslim. untuk mendalami Islam.
✓ Mendapat rahmat dan keampunan ➢ Mewujudkan sikap toleransi dalam
Allah SWT. kalangan masyarakat.
Tips mengawal kemarahan. Berbaring jika sedang duduk.
Melafazkan isti'azah. Duduk jika sedang berdiri.
Berdiam diri. Berwuduk.
Amir sering dibuli oleh rakan-rakannya. Namun dia tidak sedikit pun Cadangan Isi
menyimpan dendam terhadap mereka.
Huraikan pendapat anda. Kita hendaklah
Sikap amir itu merupakan sifat terpuji kerana Rasulullah juga sering mencontohi sifat
memaafkan. Ini akan menyebabkan diri sentiasa disenangi oleh rakan- pemaaf.
rakan. Kesimpulannya, kita hendaklah mengamalkan sifat pemaaf
kerana dapat meningkatkan imej orang Islam. Sifat dendam
tidak seharusnya
ada dalam diri.
Sikap amir itu
merupakan sifat
terpuji kerana
Rasulullah juga
sering
memaafkan.
4
PELAJARAN QANAAH HIASAN PERIBADI
24
HARI : _______________ TARIKH : ______________
(AKHLAK)
Bahasa REDA
BERASA CUKUP DAN REDA DENGAN NIKMAT
MAKSUD Istilah KURNIAAN ALLAH SWT
QANAAH
1. Abdullah bin Amru mِِبماeلrَمiاwم معa تyلهaالtُkمعهaّنnَموقمRاaًفsمفاuمكluمقllِزaُرhمو SAW bersabda;
.آَمته قم ْد أمفْلم مح مم ْن أم ْسلممم ( Riwayat Muslim)
Maksudnya; Sesungguhnya berjayalah orang yang memeluk Islam, dan dikurniakan rezeki yang
DALIL mencukupi dan Allah SWT menjadikannya redha dengan nikmat pemberianNya.
NAQLI
2. Abu Hurairah merسiِwaنّ ْفyَلa اtنkِغَمanَمنbِغaْالhّنaَ ِكwلمaمو Rasulullah نSْ AعمWغَِمنbْالerمسsaمْيb لda;
مكثْمرِة الْعممر ِض ( Muttafaku alaih)
Maksudnya; Kekayaan itu bukanlah dengan banyaknya harta, tetapi kekayaan itu adalah
dengan kaya jiwa ( hati yang selalu berasa cukup ).
CONTOH SIFAT QANAAH RASULULLAH SAW.
Contoh 1
Sayidina Umar bin al-Khattab RA pernah menemui nabi SAW ketika baginda SAW sedang
berbaring di atas tikar daun tanpa beralaskan apa-apa hingga berbekas badan baginda.
Sayidina Umar RA menangis melihat keadaan Rasulullah SAW.
Nabi SAW bertanya; “ Mengapa engkau menangis wahai Ibnu al-Khattab? ” “Wahai
Rasulullah SAW, Kisra dan Qaisor menetap di istana mereka yang megah, adakah begini
keadaanmu wahai Rasulullah SAW?” lantas baginda pun menjawab : “Tidaklah engkau
redha bagi mereka dunia dan bagi kita akhirat?”
Contoh 2
Rasulullah SAW sekeluarga tidak pernah makan makanan yang mewah seperti roti yang
diperbuat daripada gandum halus apatah lagi makan hingga kekenyangan. Pernah
berbulan-bulan di rumah baginda tiada sesuatu untuk dimasak. Apabila Saidatina Aisyah
RA ditanya; “Apakah yang menjadi makanan kalian?” lantas beliau menjawab; “Dua benda
hitam (al-Aswaadan) “, iaitu kurma dan air.
5
CIRI SIFAT QANAAH Beriman dengan sesungguhnya bahawa Allah SWT bersifat al-Razzaq.
Sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah SWT
Sentiasa sabar dan redha menerima ketentuan Allah SWT
Hidup secara bersederhana dan tidak boros
Sentiasa berusaha untuk meningkatkan kesejahteraan hidup
Selalu bertawakal kepada Allah SWT
Tidak iri hati terhadap nikmat yang dimiliki oleh orang lain
SALAH FAHAM TENTANG SIFAT QANAAH
Tidak berderma atau Malas berusaha untuk Tidak berusaha
bersedekah dengan alasan memberikan sumbangan
belum menjadi kaya. . meningkatkan kepada negara sebaliknya
.. memikirkan tentang
kesejahteraan hidup sumbangan negara
terhadap kita.
dengan alasan sudah .
suratan takdir ..
HIKMAH BERSIFAT QANAAH
Kehidupan menjadi tenang dan tenteram Kemuliaan diri terpelihara
Imam al-Ghazali berkata; “ Orang yang paling Malaikat Jibril AS pernah berkata; “ Wahai
banyak berduka ialah yang ditimpa penyakit Muhammad, kehormatan seseorang mukmin
dengki, dan yang paling tenang kehidupannya terletak pada solat malam dan kemuliaanya
ialah mereka yang memiliki sifat Qanaah”. terletak pada ketidak bergantungannya kepada
manusia”.
(Ihya’ Ulum al-Din )
(al-Mustadrak lilhakim, hadis Sahih)
Memohon sifat sabar dan syukur
Kasih sayang sesama anggota
masyarakat menjadi erat
Rasulullah SAW pernah berpanas kepada Abu Orang yang bersifat qanaah akan memiliki rasa
Hurairah RA yang bermaksud; tanggungjawab terhadap masyarakat.
“ Wahai Abu Hurairah, jadilah orang yang warak Kepentingan masyarakat akan didahulukan
dan engkau akan menjadi sebaik-baik ahli ibadah, mengatasi kepentingan peribadi.
jadilah orang yang Qanaah maka engkau akan Anas bin Malik RA meriwayatkan bahawa
menjadi orang yang paling bersyukur. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; “
Tidak sempurna iman seseorang kamu
(Sunan Ibn Majjah) sehinggalah dia mengasihi saudaranya
sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri”.
( Muttafik alaih )
6
PELAJARAN SYUKUR PENYUBUR IMAN
25
(AKHLAK)
HARI : _______________ TARIKH : ______________
Bahasa PUJIAN
MENZAHIRKAN PUJIAN KEPADA ALLAH SWT TERHADAP
MAKSUD Istilah NIKMAT YANG DIKURNIAKAN SERTA MEMATUHI SEMUA
SYUKUR PERINTAHNYA
DALIL 1. Firman Allah SWT : ١٥٢ََفٱ ۡذ ُك ُرو ِ يَنَأ ۡذ ُك ۡر ُك ۡمَوََٱ ۡش ُك ُروَاَِِلَوَلَت ۡك ُف ُرو ِن
NAQLI
)Surah Al-Baqarah, 2: ayat 152(
Maksud : Oleh itu, ingatlah kamu kepada-Ku supaya Aku membalaskanmu dengan kebaikan,
dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur.
2. Abu Hurairah r.a meriwaبِِرyاaَّصtkالaمnِِائbَّصaلhِلaاw ممaُلRِْمثasِرuْجluْلمlاlaْنhِمSرAِِكWَّشاbالerِمsِعaاbّ َطdلِلa:إِ َّن (Riwayat al-Bukhari)
Maksudnya : Seseorang yang makan dan dia bersyukur atas nikmat itu, maka dia diberi pahala
sama seperti orang berpuasa yang sabar.
CONTOH SIFAT SYUKUR RASULULLAH SAW.
CONTOH 1
1. Baginda solat malam hingga kedua kaki baginda bengkak. Lalu isteri baginda Saidatina
Aisyah r.a bertanya: “Mengapa engkau melakukan hal ini wahai Rasulullah sedangkan
Allah telah mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan yang akan datang? Baginda pun
bersabda: yang bermaksud: “Tidak bolehkah aku menjadi hamba yang bersyukur?”
CONTOH 2
2. Rasulullah SAW sentiasa menyeru umatnya supaya sentiasa bersyukur sama ada
sesama makhluk atau kepada Pencipta. Usamah bin Zaid r.a meriwayatkan bahawa
Rasulullah bersabda: yang bermaksud: “Sesiapa yang diberikan sesuatu kebaikan, maka
katakan kepada orang yang berbuat baik itu " ( " جزاك اللُه خي ًراSemoga Allah membalasmu
dengan kebaikan). Sesungguhnya hal tersebut membuktikan kesungguhan dalam
berterima kasih.”
SYUKUR DIBINA ATAS LIMA ASAS UTAMA:
✓ Merendah diri dan tunduk kepada Allah.
✓ Mengakui nikmat yang diterima.
✓ Cintakan Allah.
✓ Memuji Allah atas nikmat yang diberiNya.
✓ Tidak menggunakan nikmat ke jalan yang salah.
7
• Yakin bahawa nikmat yang diterima adalah daripada Allah SWT.
• Ingat dan memuji Allah SWT .
Bersyukur melalui • Bersikap baik dengan Allah SWT.
• Meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.
HATI .
• Sebut dan memuji Allah SWT dengan berzikir .
• Berdoa agar Allah SWT mengurniakan sifat syukur.
Bersyukur melalui • Mengucapkan terima kasih kepada manusia.
• Bercakap perkara-perkara yang baik.
LISAN .
• Menunaikan amalan-amalan fardu dengan tekun dan istiqamah.
• Memperbanyak amalan bersedekah.
• Melakukan suruhan Allah SWT dan meninggalkan larangan-Nya.
Bersyukur melalui • Melakukan sujud syukur apabila mendapat nikmat atau terlepas
PERBUATAN . daripada musibah
Bersikap baik dengan Sentiasa berasa qanaah Menjadi seorang yang
kejayaan orang lain. dengan kurniaan Allah pemurah
SWT.
Rajin dan tekun CIRI ORANG Sentiasa bertawakal
beribadah. YANG kepada Allah.
BERSYUKUR
8
HIKMAH BERSYUKUR
✓ Hidup dalam keredaan dan rahmat Allah kerana sentiasa beramal soleh.
✓ Dikurniakan ganjaran pahala oleh Allah kerana kesungguhan menjalankan perintah
Allah.
✓ Dimurahkan rezeki dan bertambah nikmat kerana sentiasa reda dengan qada dan
qadar Allah.
✓ Selamat daripada azab Allah kerana bertambahnya keimanan dalam diri.
Contoh penggunaan nikmat sebagai tanda bersyukur :
Hati : Berusaha memahami kebaikan suruhan dan larangan Allah.
Mata : Melihat tanda-tanda kekuasaan Allah, melihat dan memahami ayat-ayat suci Al-
Quran.
Telinga : Mendengar ayat-ayat suci Al-Quran, mendengar nasihat-nasihat agama.
Kepandaian : Mengajar rakan yang kurang pandai.
Harta : Bersedekah dan berzakat.
Daripada Ibn Abbas r.a bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang
ketika pada pagi hari membaca,
، الَلُّه َّم مما أم ْصبم مح ِب ِم ْن نِْع ممٍة أمْو ِبم مح ٍد ِم ْن مخْلِق مك فمِمْن مك مو ْح مد مك لا مشِري مك لم مك
لم مك اْْلمْم ُد مولم مك ال ُّش ْكُر
Maksud: Maka sesungguhnya dia telah menunaikan kesyukurannya pada hari tersebut.
(Sahih Ibn Hibban)
9
PELAJARAN ADAB BERKOMUNIKASI
26
(AKHLAK)
HARI : _______________ TARIKH : ______________
Bahasa PERHUBUNGAN
MAKSUD Istilah PERHUBUNGAN ANTARA DUA INDIVIDU ATAU LEBIH SECARA
KOMUNIKASI LANGSUNG ATAU MELALUI PERANTARAAN SEPERTI E-MAIL,
SURAT, RADIO DAN TELEFON.
QAULAN MAISURAN : QAULAN MA'RUFAN :
Kata-kata yang baik.
Kata-kata yang menggunakan
bahasa yang mudah difahami.
QAULAN LAYYINAN : PRINSIP QAULAN KARIMAN :
KOMUNIKASI Kata-kata yang mulia.
Kata-kata yang
menggunakan bahasa yang ISLAM
lemah-lembut.
QAULAN BALIGHAN : QAULAN SADIDAN :
Kata-kata yang tepat mengenai Kata-kata yang benar, jujur, tidak
sasaran dan memberi kesan berbohong dan tidak berbelit-belit.
kepada jiwa.
ADAB BERKOMUNIKASI ✓ Tidak melalaikan daripada melakukan ibadat dan tanggungjawab seperti menjaga solat dan
tidak mengabaikan tugasan mahupun perintah ibubapa.
✓ Menggunakan bahasa yang sesuai dan sopan seperti kata-kata yang penuh hikmah,
mengandungi nasihat yang baik serta menjauhi perdebatan dan gurauan yang berlebihan.
✓ Kesesuaian masa dan tempat seperti mengelak penggunaan gajet semasa di dalam masjid,
menunggang motosikal dan semasa kunjungan hari raya.
✓ Memastikan kesahihan maklumat seperti mengamalkan prinsip: “Siasat sebelum sebar”, tidak
mencetuskan maklumat palsu dan menjauhi perkataan dusta dan bohong.
✓ Tidak menyebarkan fitnah dan membuka aib seperti menghindar daripada gosip, kutukan,
mengadu domba dan tidak memanggil seseorang dengan panggilan yang tidak disukainya.
10
HIKMAH BERADAB KETIKA BERKOMUNIKASI
Dipandang tinggi Meningkatkan Melahirkan
oleh masyarakat ilmu pengetahuan individu yang
berakhlak mulia
lain kerana agar dapat yang dapat
berperibadi membezakan menjadi contoh
antara baik dan kepada orang lain.
unggul
buruk.
HIKMAH
TERHADAP
INDIVIDU
Mendapat Dapat
keredaan Allah menyelesaikan
masalah dengan
kerana mudah kerana
mengamalkan saling bertolak
adab yang mulia.
ansur.
HIKMAH TERHADAP ✓ Hidup dalam keadaan aman dan harmoni kerana sifat persefahaman yang
MASYARAKAT ditunjukkan.
✓ Menjauhi salah faham supaya masyarakat dapat hidup bersatupadu.
✓ Dapat bertukar-tukar pandangan supaya masyarakat maju dan makmur.
✓ Menimbulkan kemesraan dan mengukuhkan perpaduan kerana saling
bertoleransi.
11
PELAJARAN ADAB BERMUSAFIR
27
(AKHLAK)
HARI : _______________ TARIKH : ______________
Bahasa KELUAR
SESEORANG YANG KELUAR DARIPADA KAWASAN BERMUKIM
MAKSUD MENUJU KE SUATU TEMPAT YANG JARAKNYA MELEBIHI 2
BERMUSAFIR Istilah MARHALAH.
DALIL NAQLI GALAKAN BERMUSAFIR.
٢٠َرٞ ُق ۡلََ ِسي ُرواَ ِِفََٱ ۡۡلۡر ِضَََفٱن ُظ ُروَاَك ۡيفَبدأَٱۡ ۡل ۡلقََ ُث َّمََٱّ َّل ُلََيُن ِش ُئَٱل ّنَ ۡشأَةَٱٓأۡل ِخرَةَإِ َّنََٱّ َّللََلَ ٰعَ ُ لِكََ ۡشءَٖق ِدي
(Surah Al-Ankabut,: Ayat 20)
Maksud : katakanlah, “mengembaralah kamu dimuka bumi serta lihatlah bagaimana Allah swt telah
memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya ...”
٤٢َُق َۡلَ ِسي ُرواَ ِِفََٱ ۡۡلۡر ِ َضََفٱن ُظ ُروَاَك ۡيفََكنَعٰ ِقب ُةَٱََّّ ِلينََ ِمنَق ۡب ُلََكنَأ ۡكَ ُث ُهمَ ُّم ۡۡ ِشكِين
(Surah Ar- Rum ,: Ayat 42)
Maksud : katakanlah, “mengembaralah kamu dimuka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan
orang yang telah lalu ...”
ADAB BERMUSAFIR.
1. Bermusafir dengan tujuan dan niat yang baik .
2. Menyediakan bekalan dan keperluan secukupnya sebelum memulakan perjalanan.
3. Memohon petunjuk Allah swt dan menunaikan Solat Sunat Musafir sebelum
memulakan perjalanan.
4. Mengucapkan selamat tinggal kepada anggota keluarga.
5. Melantik seorang ketua jika bermusafir melebihi tiga orang.
6. Tidak meninggalkan solat fardhu dan berusaha mematuhi peraturan dan undang-
undang serta memelihara alam sekitar.
7. Disunatkan memperbanyak doa sepanjang bermusafir.
8. Segera kembali kepada keluarga setelah selesai urusan.
KELEBIHAN BERMUSAFIR.
1 Melihat keindahan alam ciptaan Allah swt.
2 Doa orang yang bermusafir dimakbulkan Allah swt.
3 Menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan keimanan.
4 Mendidik diri menjadi hamba yang bersabar dan bersyukur.
5 Bergaul dan berkenalan dengan pelbagai bangsa dan budaya.
12
RUKHSAH BAGI ORANG YANG BERMUSAFIR.
✓ Diharuskan mengqasarkan solat.
✓ Diharuskan menjamakkan solat.
✓ Diharuskan berbuka puasa.
HUKUM BERMUSAFIR.
HUKUM SITUASI CONTOH
• Menunaikan fardhu Haji.
Bermusafir untuk • Menuntut ilmu.
WAJIB menunaikan kewajipan • Menziarahi Masjid An-Nabawi di
apabila cukup syarat. Madinah.
SUNAT Bermusafir untuk melakukan • Menghubungkan silaturrahim.
perkara sunat.
• Berniaga.
HARUS Bermusafir untuk melakukan • Menyertai pertandingan sukan.
perkara yang harus.
• Bermusafir tanpa tujuan dan
MAKRUH Bermusafir untuk melakukan matlamat.
perkara yang sia-sia.
• Menonton konsert liar.
HARAM Bermusafir untuk melakukan • Isteri bermusafir tanpa izin suami.
perkara yang haram.
PERJALANAN DIBERKATI Adab-adab bermusafir dapat
ALLAH merapatkan hubungan antara
hamba dengan penciptanya.
MEMBERI KETENANGAN Musafir yang dimulakan dengan doa
HATI dapat memberikan ketenangan
kepada jiwa kerana pergantungan
HIKMAH harapannya kepada Allah swt.
MENGAMALKAN
Ketua yang dilantik dapat
ADAB melancarkan sesuatu perjalanan
BERMUSAFIR. dan menyelesaikan masalah yang
PERJALANAN MENJADI timbul.
MUDAH DAN LANCAR
Adab-adab bermusafir dapat melatih
MENDIDIK JIWA LEBIH jiwa seseorang agar lebih berdisiplin
BERDISIPLIN.
seperti mengawal emosi sewaktu
menempuh kesulitan, berusaha
mematuhi undang-undang serta
hak-hak alam sekitar.
13