The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Maznah Osman, 2022-06-15 04:43:11

E-MAJALAH 20011,2037,2001,2009,2077

E-MAJALAH 20011,2037,2001,2009,2077

Jumaat
22.4.2022

FOKUS 7 ISU UTAMA

“Agama kaum melayu”
“Ekonomi masyarakat
melayu”
“Makanan kaum
melayu”
“Perayaan yang di
sambut oleh kaum
melayu”
“Pantang larang kaum
melayu di Malaysia”
“Bahasa dan tuisan
yang digunakan oleh
kaum melyu
“pakaian tradisional
kaum lelaki dan
perempuan melayu di
Malaysia

0

ISI KANDUNGAN MS

Di sebalik tadbir e- Majalah 2
Pendahuluan 3
4
Agama Kaum Melayu 5
Tulisan Yang Digunakan oleh kaum melayu 6
7-8
Pantang larang orang melayu 9-10
Perayaan Yang Disambut Oleh Kaum Melayu Di Malaysia.
Pakaian Tradisional Kaum Lelaki Dan Perempuan Melayu Di 11
12
Malaysia 13
Ekonomi masyarakat melayu 14
Bahasa yang digunakan kaum melayu di Malaysia 15
Makanan Kaum Melayu Di Malaysia 16

Cadangan
Kesimpulan
Sumber rujukan

1

DI SEBALIK TADBIR E-MAJALAH

PENSYARAH : PN.ASMA BINTI IBRAHIM

NURUL AIN BINTI
MUHAMMAD MAIZAN

17DHF21F2011

NUR SALSABILLAH BINTI A.RAHIM FARIZA BINTI BAKRI
17DHF21F2009 17DHF21F2037

MAZIAH BINTI ALI MAZNAH BINTI OSMAN
17DHF21F2077 17DHF21F2001

2

Pendahuluan

Melayu merupakan bangsa yang tertinggi di Malaysia. Bangsa Melayu merupakan

bangsa yang kaya dengan akhlak, adat resam, ilmu, adab dan budaya. Selain itu,
bangsa melayu mempunyai kepercayaan agama yang tersendiri iaitu agama islam.
Agama islam merupakan agama yang mulia dan indah seperti meluas tersebar di
kalangan masyarakat Melayu. Bangsa melayu juga mempunyai pakaian mereka
tersendiri seperti baju melayu untuk lelaki yang lengkap dengan memakai songkok
dan samping. Manakala tengkolok dan keris dipakai ketika ada majlis rasmi seperti
majlis pertabalan atau majlis perkhawinan. Seterusnya pakaian perempuan mereka
memakai baju kurung yang mempunyai corak yang cantik dapat menunjukkan identiti
melayu. Disamping perempuan juga sesuai memakai pakaian songket ketika majlis

perkahwinan seperti kebaya. Selain itu, bahasa ialah ciri pengenalan atau bahasa

dapat menunjukkan identiti sesuatu bangsa. Oleh itu, bangsa Melayu mempunyai
Bahasa tersendiri iaitu Bahasa Melayu .Bahasa ini dapat digunakan oleh bangsa
Melayu untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Bahasa ini sangat penting kerana
tanpa Bahasa, tiada bangsa.Disamping itu, bangsa melayu mempunyai tulisan
tersendiri iaitu tulisan jawi. Tulisan jawi ini merupakan tulisan yang sama dengan
tulisan Bahasa Arab tetapi Jawi mempunyai huruf yang lebih berbanding huruf Arab.
Tulisan jawi ini dgunakan oleh masyarakat Melayu untuk menulis waktu dahulu.
Bahasa Jawi ini masih digunakan oleh masyarakat kini. Akhir sekali, keris merupakan
senjata yang digunakan oleh masyarakat Melayu, keris ini mempunyai reka bentuk
yang unik. Keris ini selalu digunakan oleh lelaki Melayu semasa mereka memakai
baju melayu untuk menunjukkan kegagahan seorang lelaki melayu sewaktu dahulu.
Keris mempunyai sarung tersendiri untuk menyimpan keris terebut. Sarung keris ini
dapat disangkut disamping.

3

AGAMA DAN KEPERCAYAAN KAUM MELAYU DI
MALAYSIA

Amalan agama dan kepercayaan yang
diamalkan oleh masyarakat melayu
membuktikan bahawa masyarakat
melayu ketika itu sudah memiliki
tamadun yang tinggi,Kepercayaan
masyarakat melayu pada peringkat
awalnya berbentuk animism .Ia
kemudianya berkembang dengan
meluas kepada kepercayaan agama
Hindu dan Buddha.Bagaimanapun
kepercayaan ini mula merosot apabila
islam mula tersebar luas di kalangan
masyarakat (kaum) melayu

Penduduk melayu ditanah melayu,Sabah dan Sarawak ,Banyak
menganut agama islam .Agama islam dibawa masuk ke tanah
melayu sejak abad ke – 14 atau ke – 15 . Kesultanan melayu
melaka memang terkenal sebagai pusat pemerintahan yang
berperanan ,penting dalam memastikan penyebaran dan
pengukuhan agama islam .Agama islam adalah berkonsepkan
kepercayan kepada Allah yang satu.Ajaran ini sememangnya
berbeza dengan pegangan masyarakat di tanah melayu pada
abad ke -7 hingga ke 13 sebelum ini yang menganut agama hindu
dengan konsep banyak tuhan.

4

TULISAN Sejarah sistem tulisan orang melayu lama
ORANG sebelum wujudnya tulisan rumi dan jawi
MELAYU
yang diguna pakai pada hari ini
mempunyai sejarah yang Panjang. Ia

terbahagi beberapa fasa mengikut
zaman.Terdapat empat fasa perubahan

sistem tulisan orang melayu.Bermula
daripada era melayu lama,era melayu

moden awal,melayu moden akhir dan era
melayu kontemporari yang merupakan

era kita sekarang.

Tulisan Kawi adalah sistem tulisan yang

digunakan oleh orang melayu sejak abad ke-8 .Ia digunakan
serentak dengan bermulanya era permulaan tulisan jawi di

kalangan orang melayu.Tulisan kawi diasaskan oleh orang jawa
jadi tulisanya ini turut dikenali dengan tulisan jawa.

Tulisan kawi

Tulisan Rrencong ,sistem tulisan rencong merupakan satu
sistem tulisan yang digunakan oleh melayu di sekitar Kawasan
Sumatera,Kerinci,Bengkulu,Palembang dan juga lampung
ketika era melayu lama.Secara rasminya iaitu pada tahun
682mhingga 1500m.Tulisan ini pupus pada abad ke-18

Tulisan rencong

5

PANTANG LARANG
ORANG MELAYU

1. Anak Dara Tidak Boleh Menyanyi Didapur,Nanti Dapat Suami Tua
Ini merupakan antara pantang larang yang paling popular dalam kalangan masyarakat
Melayu. Bagi masyarakat Melayu, anak dara perlu dilindungi dan diberi didikan supaya
mempunyai budi bahasa yang tinggi, penuh kesopanan dalam adab. Bak kata pepatah
Melayu, “lebih senang jaga lembu sekandang dari menjaga anak dara seorang”.

Sebenarnya, pantang larang ini ditujukan kepada
anak dara agar tidak terleka sewaktu di dapur.
Masakan atau nasi yang dimasak mungkin hangus
kerana terlalu leka dan asyik menyanyi. Dari segi
kebersihan pula, masakan yang disediakan sambil
menyanyi mungkin terdedah kepada titisan air liur
yang mengandungi sesetengah organisma yang
boleh menyebarkan penyakit. Orang tua zaman
dahulu memberi peringatan dengan cara yang
cukup halus dan mudah difahami oleh masyarakat
Melayu.

2. Tidak Boleh Makan Dalam Gelap,Nanti Makan Bersama-Sama Hantu.
Secara logiknya, makan dalam keadaan gelap
boleh mengundang masalah tercekik makanan
kerana tidak dapat melihat dengan betul makanan
yang dihidang. Dengan cara menakutkan kanak-
kanak dengan unsur mistik, masyarakat Melayu
ingin membentuk kanak-kanak dengan adab dan
kesantunan bagi membentuk peribadi yang kaya
dengan adat kemelayuan.

6

PERAYAAN YANG DISAMBUT OLEH KAUM
MELAYU DI MALAYSIA

HARI RAYA AIDILFITRI

Pada tanggal 1 syawal tahun hijrah,seluruh
masyarakat islam di seluruh dunia akan
menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sambutan hari
raya ini disebut juga sebagai Hari Raya
Puasa.Hari raya ini di adakan setelah
menghabiskan kewajipan puasa pada bulan
Ramadan.Antara tradisi umat islam
Malaysia,setelah menjelang 1 syawal ini adalah
dengan menyediakan pakaian baru untuk
keluarga,menghias rumah dan berbuat
berbagai-bagai jenis kuih tradisi untuk
dihidangkan kepada para tetamu yang datang
berkunjung ke rumah.Umat islam juga akan
menyediakan berbagai-bagai jenis juadah
tradisional seperti ketupat.lemang,rendang dan
sebagainya untuk tetamu yang datang
berkunjung ke rumah.

HARI RAYA AIDILADHA

Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban
merupakan perayaan yang disambut oleh umat
islam di seluruh dunia.Hari raya ini menandakan
tempoh mengejarkan ibadat haji di Makkah iaitu
sehari selepas jemaah haji mengejarkan wukuf di
Arafah.Ini juga sempena memperingati kisah
Nabi Ibrahim AS yang diperintah oleh Allah agar
menyembelih anaknya iaitu Nabi Ismail AS.
Walaupun dengan hati yang amat berat Nabi Ibrahim terus taat dengan suruhan
Allah.Walaubagaimanapun , Allah telah menggantikan Nabi Ismail dengan seekor
kibas.Sehubungan dengan itu,sebagai mengingati perintah Allah kepada Nabi Ibrahim
AS,masyarakat islam yang berkemampuan digalakan menyembelih binatang seperti
kambing atau lembu sebagai korban pada hari raya ini.

7

Awal
Muharram /
Maal Hijrah

merupakan suatu hari yang penting bagi
umat Islam kerana menandakan peristiwa
penting yang berlaku dalam sejarah islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi
Muhammad S.A.W dari kota Makkkah ke kota Madinah pada tahun
622Masihi.Peristiwa bersejarah ini berlaku pada 1 Muharram tahun baru bagi Takwin
Hijrah.Di Malaysia,hari tersebut merupakan hari keagamaan bagi umat islam dengan
mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negara.Hari Maal Hijrah atau
Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.

MAULIDUR
RASUL

Apabila disebut Maulidur Rasul, umum
mengetahui memahami ungkapan ini
bermaksud hari keputeraan Junjungan
Besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi
Muhammad S.A.W. dilahirkan di tanah
suci kota Makkah pada 20 April tahun
masihi 571 bersamaan 12 rabiulawal
tahun gajah. Oleh yang demikian,hari
maulid ini dirayakan oleh umah islam di
seluruh dunia termasuk di negara kita.
Maulidur Rasul akan disambut dan dirayakan dengan berbagai-bagai cara di negara
kita. Setiap kerajaan negeri akan mengadakan sambutannya secara besar-besaran.
Bukan itu sahaja,mengadakan syarahan memperingati junjungan besar Nabi
Muhammad S.A.W , orang ramai berselawat,perarakan dan lain-lain.

8

Pakaian tradisional kaum
lelaki melayu di malaysia

Baju Melayu Cekak Musang

Istilah ini berhubung langsung dengan

pola lingkaran leher baju, tengkuk cekak.

Maksud cekak musang melambangkan imej

Untuk ukuran leher baju yang bercekak tinggi

Berdiri (2.5cm) melingkari leher. Ukuran ditentukan

Oleh lingkaran bulat yang dibuat dengan ibu jari

lain yang bertemu hujungnya. Baju ini mula dipakai

di Johor ketika pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni Sultan

Abu Bakar.

BAJU MELAYU TELUK BELANGA

Baju melayu ini dipekenalkan di Teluk Belanga. Singapura dan tersebar
luas sebagai ciri khas Johor khususnya pada abad ke-19. Ia juga

dikatakan sejenis pakaian lelaki yang dikatakan telah direka oleh Sultan
Abu Bakar pada tahun 1866 untuk meraikan perpindahan ibu negeri
Johor dari Teluk Belanga di Singapura ke Johor Bahru. Akhir sekali,
istilah ini menjadi ciri khas masyarakat Melayu hingga disebut
selengkapnya “BAJU MELAYU”.

9

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM
WANITA MELAYU DI MALAYSIA

BAJU KURUNG

Baju kurung adalah berasal dari negeri Johor.
Pakaian ini merupakan pakaian tradisional kaum
wanita melayu. Menurut sejarah kewujudan pakaian
ini, baju kurung dikatakan hasil kreatif Sultan Abu Bakar.
pada masa kini , ditambah seri dari segi perhiasannya
bagi menambah keanggunannya. Kebanyakkan baju kurung
diperbuat daripada sutera yang lembut. Baju kurung sekarang telah
pakaian rasmi Malaysia

Baju kebaya

Baju kebaya biasanya dipakai oleh wanita melayu. Pakaian tradisional baju kebaya ini
dikatakan bersal daripada kaum Cina yang datang ke Tanah Melayu suatu ketika
dahulu.Selain daripada baju kebaya biasa. Terdapat juga baju belah kebaya panjang.
Baju kebaya ini adalah keseluruhan menutupi anggota badan sehingga buku lali.
Bahagian hadapan baju ini terdedah dan ditutupi dengan keronsang. Pakaian ini juga
dipakai dalam acara-acara rasmi ataupun pada majlis perayaan

10

EKONOMI MASYARAKAT

Keperluan ekonomi petani ialah
berbentuk secukup hidup bagi
menyara keperluan keluarga
sendiri dengan menekankan
kepada keperluan asas.

Ekonomi separa sara diri yang
dijalankan di Kedah dan Perlis
serta ekonomi komersil
berasaskan pertanian,
perlombongan dan perdagangan
khususnya di Negeri Johor

Masyarakat Melayu
mengamalkan kegiatan ekonomi
yang berbentuk sara diri. Sara diri
bermaksud kegiatan ekonomi yang
dikendalikan bagi mendapatkan
bahan-bahan makanan dan hasil
hasil lain untuk memenuhi
keperluan seharian

11

BAHASA YANG DIGUNAKAN
OLEH KAUM MELAYU DI MALAYSIA

Bahasa Melayu iaitu dari aspek sejarah
berasal daripada rumpun bahasa
Austronesia atau dikenali juga sebagai
Bahasa Melayu Polinesia. Sebelum
kedatangan British , Bahasa Melayu menjadi
Bahasa perantaraan , pentadbiran , kesusteraan dan pengantar
sekolah agama Islam. Pada zaman pemerintahan British.
Bahasa Melayu telah dipinggirkan. Selepas merdeka, Bahasa
Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Seterusnya , sejarah
telah membutikan bahawa Bahasa Melayu mampu menjadi
Bahasa lingua franca. Pada zaman kegemilangan Kesultanan
Melayu Melaka, Bahasa Melayu dituturkan oleh semua
pedagang oleh semua pedagang dari Arab, Cina , India dan
Eropah. Ketika itu , Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa
perpaduan dan bahasa komunikasi antarabangsa. Selain itu,
telah dianggarkan lebih 300 juta orang di seluruh dunia boleh
bertutur dalam Bahasa Melayu dan telah berkembang menjadi
pelbagai dialek.

12

MAKANAN KAUM MELAYU DI MALAYSIA

Masyarakat Melayu zaman dahulu sering menggunakan bahan masakan
yang bersumberkan alam semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan, daun-daun
kayu, pucuk sayuran dan sebagainya. Tanpa disedari, daripada bahan-
bahan tersebut terciptalah makanan tradisional Melayu yang kini menjadi
kegemaran kita semua. Adakalanya ia juga diterapkan di dalam adat
istiadat dimana makanan ini akan dihidangkan khas hanya pada musim
perayaan atau majlis tertentu sahaja.

Nasi Lemak

Ketupat Nasi lemak merupakan
makanan kegemaran ramai.
Ketupat merupakan salah Namun seiring dengan
satu hidangan istimewa yang peredaran zaman ianya boleh
dimakan pada bila-bila masa
disajikan semasa perayaan sahaja. Nasi lemak dimasak
Hari Raya. Ia diperbuat menggunakan santa. Ia juga
ditambah dengan hirisan
menggunakan daun kelapa bawang merah, halia dan
dan direbus sehingga masak. serai. Malah, daun padan juga
dimasukkan bagi memberi
Selain itu, ketupat daun aroma. Orang melayu
kelapa, terdapat juga ketupat biasanya menikmati nasi
lema dengan telur rebus, ikan
daun palas yang sangat bilis, sambal dan makanan
popular di negeri Pantai tambahan seperti ayam atau
Timur dan di sebelah utara. ikan.
Ketupat palas merupakan
ketupat pulut. Ketupat ini
boleh di makan begitu

sahaja.

13

CADANGAN

Terdapat beberapa cadangan untuk memupuk kesepaduan
dikalangan kaum Melayu. Antaranya adalah dengan mengadakan
aktiviti komuniti sesama kaum Melayu contonya seperti rawang

dan majlis perayaan. Hal ini bukan sahaja dapat memupuk
persepaduan di antara kaum Melayu, malah dapat mengeratkan

lagi sesama masyarakat. Oleh itu, kita perlulah sentiasa
mengelakkan perkara yang negative dengan menyertai aktiviti

kerohanian.

Disamping itu, cadangan seterusnya adalah menjalankan
kempen kesedaran dalam memupuk perpaduan sesama kaum.

Hal ini kerana perpaduan adalah sangat penting dan perlu
dititikberatkan dalam kalangan masyarakat. Kesannya,

masyarakat Melayu dan generasi baharu dapat dididik dengan
perpaduan yang mantap. Oleh itu, perpaduan perlulah ditanam

dalam diri anak-anak muda.

Akhir sekali, Langkah bagi meningkatkan kemajuan orang
Melayu pada masa hadapan dari segi sosial ialah masyarakat
Melayu perlulah memiliki akhlak mulia dalam diri. Ini kerana, ia
mampu melahirkan sifat terpuji serta mampu menerapkan nilai-

nilai murni dalam masyarakat Melayu. Oleh yang demikian,
semangat perpaduan antara kaum Melayu akan lebih kukuh

serta mewujudkan sifat toleransi antara satu sama lain.
Seterusnya, kita hendaklah mempunyai budi perkerti yang baik

agar kehidupan yang akan lebih harmoni.

14

KESIMPULAN

Kesimpulannya, bangsa Melayu merupakan bangsa yang kaya dengan
sopan santun, adat resam, nilai murni, adab dan budaya sejak dahulu lagi.
Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah belajar dan mengamalkan
adat resam nenek moyang kita agar adat resam dapat dikekalkan oleh
generasi yang akan datang untuk melahirkan generasi yang mempunyai
pengetahuan tentang adat resam bangsa tersendiri. Masyarakat Melayu
mempunyai adat resam ini sejak turun temurun dan kita sebagai
masyarakat perlulah belajar dan mengamalkan adat resam ini. Kesannya,
generasi yang akan datang dapat mengamalkan adat resam bangsa
tersendiri untuk mengekalkan adat resam nenek moyng kita.

Sebagai masyarakat Malaysia, ia merupakan tanggungjawab kita untuk
belajar sejarah bangsa-bangsa yang ada di Malaysia dan kita haruslah
mempunyai rasa hormat kepada semua orang supaya negara Malaysia
akan maju dan ekonomi Malaysia terus meningkat. Selain itu, masyarakat
Malaysia perlulah menanam eika dan peradaban di dalam diri agar
masyarakat dapat bekerjasama dalam membangunkan negara dan dapat
melahirkan generasi yang bijak.

15

SUMBER RUJUKAN

• Nota Etika Dan Peradaban Dalam Masyarakat Pelbagai
• https://www.researchgate.net/publication/236843829_Petua_dan_Pantang_

Larang_Tradisional_Dalam_Alam_Melayu_Sarawak
• https://iluminasi.com/bm/3-jenis-tulisan-orang-melayu-sebelum-jawi-

rencong-pallavi-dan-kawi.html
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Ekonomi_Malaysia
• https://selongkar10.blogspot.com/2018/02/4-jenis-sambutan-perayaan-

kaum-melayu.html
• https://www.iproperty.com.my/lifestyle/pantang-larang-harian-masyarakat-

melayu-masih-relevan-atau-tidak-malayoc/
• https://cariblogger.com/makanan-tradisional-melayu/
• https://pakaiantradisionaldimalaysia.weebly.com/melayu.html

16


Click to View FlipBook Version