Edisi Jul-Dis 2021
VOLUME3 SalamSejahtera,SalamMalaysiaMadani. Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t kerana dengan izin serta kurnia-Nya, Buletin Asasi Universiti Awamminidapatditerbitkanuntukedisike-2. Justeruitu, dikesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua ahli sidang redaksi buletin yang terdiri daripada wakil-wakil Pusat Asasi Universiti Awam dan Matrikulasi seluruh Malaysia atas kerjasama yangbaikdalamusahapenerbitanini. SEKAPUR SIREH E-BULETIN UNIVERSITI ASASI AWAM Dengan adanya Buletin Asasi Universiti Awam ini yang disediakan setiap 6 bulan mengikut giliran Universiti Awam masing-masing, adalah diharapkan ianya menjadi satu wadah untuk perkongsian berita serta perihal kepelbagaian aktiviti yang menarik yang telah dilaksanakan di setiap Pusat Asasi di samping pencapaian terbaik yang telah diperolehi sepanjang semester berjalan. Seterusnya, kesemua perkongsian menarik ini selain berlegar-legar dalam kitaransesame kita, ianya juga adalahdiharapkandapatdipanjangkankepadamasyarakatdi luar sana sebagai satu bentuk promosi kepada kampus-kampus kita yang tersergam indah ini sekaligus akan menarik lebih ramai minat bakal-bakal pelajar untuk datang menuntut ilmu sebelum menempuh ke peringkat pengajian yang lebih tinggi. Akhir kalam, dengan asbab adanya Buletin Asasi Universiti Awam ini, segala nostalgia indah dan kenangan yang manisutuhterpahatbuat tatapanseluruhpembacadimasa akandatang.Segalausaha serta perit jerih dalam setiap penghasilan buletin ini amatlah saya hargai. Semoga kita semua sentiasaberolehkebaikandanrahmatdariYangMahaEsa. Terimakasih. YBhgProf. DrSaifollahBinHajiAbdullah PengerusiMajlisDekan&PengarahPusatAsasiUniversitiAwam
VOLUME3 SalamSejahtera,SalamMalaysiaMadani. Pertama sekali, saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi di atas keizinan-Nya, penerbitan Buletin Asasi Universiti Awam untuk edisi ke-2 berjaya dizahirkan. Walaupun dalam kesibukan mengharungi minggu-minggu perkuliahan sebagai tugas hakiki di samping menyertai beberapa Konferensi dan Pertandingan yang berkaitan, kami sentiasa diberikan ilham dan kesempatan oleh Allah s.w.t. untuk berkongsi sekelumitpengetahuandanpengalamanyangada. SEULAS PINANG E-BULETIN UNIVERSITI ASASI AWAM UntukEdisike-2 ini,pihakkami inginmenyajikansegalabentukaktiviti yangtelahdijalankan serta pelbagai pencapaian yang telah di perolehi oleh semua Pusat Asasi Universiti Awam danMatrikulasi seluruhMalaysiadisepanjangtempohantara Julaihingga Disember2021. Semoga informasi dan hebahan daripada Edisi ke-2 ini dapat memberi manfaat kepada seluruh warga Pusat Asasi Universiti Awam dan Matrikulasi seluruh Malaysia khasnya dan masyarakat di luar sana amnya serta sekaligus menaikkan motivasi kita semua dalam memacu aspirasi sebagai ‘Pintu Gerbang’ kepada para pelajar sebelum mereka melanjutkan pelajaran ke mana-mana Institusi Pendidikan Tinggi dalam ataupun luar negara. Sekian, terimakasih Prof.Madya DrLaili HajiChe’Rose PengarahPusatAsasiSTEM UniversitiMalaysiaTerengganu
SIDANG REDAKSI Pusat Asasi STEM (PASTEM) Universiti Malaysia Terengganu
PUSAT ASASI STEM UMT
Sembang Santai Bersama PelajarSTEM 14-15 Julai 2021 Anjuran: PusatAsasiSTEM,UMT Satu sesi sembang santai secara 'live' bersama beberapa orang pelajar Asasi STEM sesi 2020/2021 telah berlangsung secara dalam talian melalui platform Instagram. Pada sesi ini mereka berpeluang untuk berkongsi pengalaman menjalani kehidupan sebagai warga kampus di sepanjangmusimpandemik. Antara pengalaman menarik yang turut dikongsi meraka adalah seperti keadaan dan layanan yang diterima sewaktu tempoh kuarantin di dalam kampus, menjalani sesi perkuliahan secara dalam talian dan yang paling mencabar adalah pengalaman menjawab soalan ujian secara dalam talian. Semua pengalaman ini mereka kongsikan dengan penuh ceria untuk tatapan audien dan menjadi kenanganmanis yangtidak mungkinmerekalupakan. PUSAT ASASI STEM UMT
MingguJalinanMesra (MJM) 3- 5 Ogos 2021 Anjuran: PusatAsasiSTEM,UMT Satu program Minggu Jalinan Mesra (MJM) telah dianjurkan untuk pelajar-pelajar ambilan baru Pusat Asasi STEM bagi sesi 2021/2022 secara dalam talian melalui platform Webex. Dalam program ini, para pelajar telah diberikan penerangan secara terperinci tentang kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran merangkumi sesi kuliah, tutorial dan amali yang bakal mereka jalani di sepanjang tempoh pandemik ini. Antara yang telah dikongsikan adalah cara kendalian Amali secara hibrid (bersemuka dan dalam talian), sesi ujian dan peperiksaan dalam talian serta lain-lain hal yang berkaitan dengan akademik. Program ini telah berjalan dengan lancar dan para pelajar kelihatan sangat ceria dan tidak sabaruntukmemulakansesiperkuliahanbarumerekananti. PUSAT ASASI STEM UMT
Sambutan Bulan Kemerdekaan2021 7September 2021 Anjuran: PusatAsasiSTEM,UMT Biarpunnegaramasihlagibergelutdenganpandemik Covid-19danpelajarmasihberadadi kediaman mereka masing-masing, ini tidak menjadi halangan untuk Pusat Asasi STEM menganjurkan Program Sambutan Kemerdekaan 2021 bersama para pelajar. Dengan hanya menggunakan platfrom dalam talian iaitu Webex, program ini telah berjaya dianjurkan dan para pelajar kelihatan sungguh bersemangat patriotik dalam menzahirkan kecintaan mereka kepada negara dengan aktiviti seperti mendeklamasikan sajak, berpakaian kebangsaan dan mengibarkan Jalur Gemilang. Syabas dan tahniah diucapkan atas semangat jituyangtelahditunjukkanini! PUSAT ASASI STEM UMT
PUSAT ASASI STEM UMT
Bengkel TerokaiIlmuSTEMDari Al-Quran 22 Oktobe2021 Anjuran: PusatAsasiSTEM,UMT Pusat Asasi STEM UMT telah menganjurkan satu bengkel iaitu Terokai Ilmu STEM Dari AlQuran dengan menjemput YBrs. Ts. Dr. Muhammad Nazir Bin Mohammad Khalid daripada Universiti Selangor (UNISEL) sebagai penceramah dan diadakan secara dalam talian. Pelbagai fakta-fakta menarik dari Al-Quran yang telah dikongsi oleh penceramah dalam bengkel ini antaranya sebabkemasinandankedalamanair laut,pengiraanmasa,penentuan arah kiblat, pengukuran lilitan bumi dan banyak lagi. Sesi Perkongsian ini bukan sahaja membuka minda dan minat para pelajar malahan juga para pensyarah untuk terus mendekati Al-Quransebagai sumber ilmu. Adalahdiharapkanprogramseperti ini akanterus dianjurkan pada masa akan datang agar para pelajar dan pensyarah khasnya serta masyarakat umumnya dapat melihat yang STEM/Sains dan Al-Quran saling berkaitan. Syabasdiucapkan. PUSAT ASASI STEM UMT
Majlis Graduasi Pusat AsasiSTEMSecara Hibrid 13 November 2021 Anjuran: PusatAsasiSTEM,UMT Satu Majlis Graduasi telah dianjurkan oleh Pusat Asasi STEM UMT secara hibrid bagi meraikan para pelajar sesi ambilan 2019/2020 dan 2020/2021 yang telah tamat belajar dan layakuntukbergraduat.Majlis ini telahdisempurnakanolehYBhg. Profesor Dato` Dr.Mazlan Bin Abd Ghaffar selaku Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Majlis ini telah dijalankan secara hibrid dimana pelajar yang berada di kampus telah hadir secara fizikal manakala yang berada di kediaman masin-masing telah hadir secara dalam talian. Walaupunmajlis ini berlangsung denganmengikut SOP yang ketat kerana keadaan negara masih dalam tempoh pandemik, namun ianya telah berjaya dilaksanakan dengan baik. Tahniahdiucapkankepadasemuayangterlibatdanparapelajar yangbergraduat. PUSAT ASASI STEM UMT
Karnival JomMasukU 10 Disember 2021 Anjuran : Kementerian Pengajian Tinggi(KPT) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melalui Pusat Asasi STEM telah samasama mengambil bahagian dalam program Jom Masuk U anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yangtelahberlangsungdi KLCC. Sambutan yang diberikan oleh pengunjung sangat menggalakan dan kesempatan ini telah digunakan sebaiknya oleh Pusat Asasi STEM untuk mendekati masyarakat di luar sana sambil mempromosikan program-program pengajian yang ditawarkan oleh di UMT kepada pelajar.Syabasdiucapkan. PUSAT ASASI STEM UMT
AKHIR KATA Sebagai penutup, pihak Redaksi ingin mengmbil kesempatan untuk mengucapkan ketidakterhinggan terima kasih dengan komitmen yang diberikan oleh kesemua wakil Asasi Universiti Awam dan Matrikulasi. Semoga segala usaha dan kerjasama yang telah kalian berikan bagi menjayakan Buletin Edisi ke-2 ini akan mendapat ganjaran kebaikan daripada Tuhan Yang Maha Esa. Galilah ilmu sebanyak mungkin, timba pengalaman secukupnya dan biasakan diri untuk terus maju ke hadapan.Sebarkan seberapa banyak kebaikan kepada orang sekeliling dan masyarakat agar hidup lebih diberkati. Sekian, Wassalam.