The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muzammir.firdaus, 2023-04-13 06:39:31

eBuletin Asasi UA V3 (1)

eBuletin Asasi UA V3 (1)

MAJLIS DEKAN & PENGARAH PUSAT ASASI UNIVERSITI AWAM


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani. Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t kerana dengan izin serta kurnia-Nya, Buletin Asasi Universiti Awam mini dapat diterbitkan untuk edisi ke-3. Justeru itu, dikesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua ahli sidang redaksi buletin yang terdiri daripada wakil-wakil Pusat Asasi Universiti Awam dan Matrikulasi seluruh Malaysia atas kerjasama yang baik dalam usaha penerbitan ini. Dengan adanya Buletin Asasi Universiti Awam ini ianya menjadi satu wadah untuk masing-masing berkongsi berita serta perihal kepelbagaian aktiviti yang menarik yang telah dilaksanakan di setiap Pusat Asasi di samping pencapaian terbaik yang telah diperolehi sepanjang semester berjalan. Seterusnya, kesemua perkongsian menarik ini selain berlegar-legar dalam kitaran sesame kita, ianya juga adalah diharapkan dapat dipanjangkan kepada masyarakat di luar sana sebagai satu bentuk promosi kepada kampus-kampus kita yang tersergam indah ini sekaligus akan menarik lebih ramai minat bakalbakal pelajar untuk datang menuntut ilmu sebelum menempuh ke peringkat pengajian yang lebih tinggi. Akhir kalam, dengan asbab adanya Buletin Asasi Universiti Awam ini, segala nostalgia indah dan kenangan yang manis utuh terpahat buat tatapan seluruh pembaca di masa akan datang. Segala usaha serta perit jerih dalam setiap penghasilan buletin ini amatlah saya hargai. Semoga kita semua sentiasa beroleh kebaikan dan rahmat dari Yang Maha Esa. Terima kasih Prof. Madya Dr Laili Haji Che’ Rose Pengerusi Majlis Dekan & Pengarah Pusat Asasi Universiti Awam Sekapur Sireh


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera Pertama sekali, saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi di atas keizinan-Nya, penerbitan Buletin Asasi Universiti Awam untuk edisi ke-2/3 berjaya dizahirkan. Walaupun dalam kesibukan mengharungi minggu-minggu perkuliahan sebagai tugas hakiki di samping menyertai beberapa Konferensi dan Pertandingan yang berkaitan, kami sentiasa diberikan ilham dan kesempatan oleh Allah s.w.t. untuk berkongsi sekelumit pengetahuan dan pengalaman yang ada. Untuk Edisi ke-2/3 ini, pihak kami ingin menyajikan segala bentuk aktiviti yang telah dijalankan oleh Pusat Asasi Universiti Awam dan Matrikulasi seluruh Malaysia serta pelbagai pencapaian yang telah di perolehi untuk tempoh Julai-Dis 2021/ Jan-Jun 2022. Semoga informasi dan hebahan daripada Edisi ke-2/3 ini dapat memberi manfaat kepada seluruh warga Pusat Asasi Universiti Awam dan Matrikulasi seluruh Malaysia khasnya dan masyarakat di luar sana amnya serta sekaligus menaikkan motivasi kita semua dalam memacu aspirasi sebagai ‘Pintu Gerbang’ kepada para pelajar sebelum mereka melanjutkan pelajaran ke mana-mana Institusi Pendidikan Tinggi dalam ataupun luar negara. Sekian, terima kasih Prof. Madya Dr Laili Haji Che’ Rose Pengarah Pusat Asasi STEM Universiti Malaysia Terengganu Seulas Pinang


PUSAT ASASI UiTM KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI ISLAM PUSAT ASASI UITM DENGKIL 2022 25 FEBRUARI 2022 | ANJURAN AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI (ACIS) Program Karnival Sains & Teknologi Islam 2022 (KSTI 2022) merupakan acara tahunan Pusat Asasi UiTM Karnival Sains Dan Teknologi Islam 2022 merupakan program bagi melonjakkan hasil inovasi pelajar Pusat Asasi UiTM Kampus Dengkil. Program ini telah dianjurkan secara maya oleh Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Pusat Asasi UiTM Dengkil. Dengan kerjasama erat antara ahli jawatankuasa program bersama pelajar dari program sains, kejuruteraan dan pendidikan menjadikan program ini berjaya dilaksanakan selama dua hari iaitu pada 25-26 Februari 2022. Di antara objektif mengadakan program ini adalah sebagai salah satu cara mempromosikan Pusat Asasi UiTM Cawangan Selangor Kampus Dengkil di peringkat kebangsaan (‘visibility’), mengiktiraf sumbangan dan bakat pensyarah dan pelajar Pusat Asasi Kampus Dengkil dan mendorong pensyarah dan pelajar meneroka kreativiti dan kemahiran berfikir secara kritis dan inovatif. Program ini telah dihadiri oleh 2617 peserta secara maya iaitu di Cisco Webex Dan Youtube Pusat Asasi. Bertemakan “Teknologi dan Inovasi Memacu Kecemerlangan”, KSTI 2022 berjaya mengumpulkan 181 kumpulan untuk mempertandingkan hasil inovasi masing-masing. Produk inovasi yang dihasilkan juga dari empat tema utama iaitu produk mesra ibadah, mesra alam, mesra pengguna dan produk inovasi dalam bidang pendidikan. Melalui pertandingan dan pameran inovasi adalah diharapakan para pelajar dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam mengkaji ilmu sains dan teknologi menurut perspektif Islam dan meningkatkan minat mahasiswa/i untuk berdaya saing dalam menghasilkan inovasi bagi mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari dan mendedahkan warga Pusat Asasi dengan hasil produk inovasi mahasiswa/I UiTM. Perasmian program telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Profesor Teknologis Dr. Saifollah Hj. Abdullah, Pengarah Pusat Asasi UiTM.


Program Karnival Sains & Teknologi Islam 2022 (KSTI 2022) merupakan acara tahunan Pusat Asasi UiTM Karnival Sains Dan Teknologi Islam 2022 merupakan program bagi melonjakkan hasil inovasi pelajar Pusat Asasi UiTM Kampus Dengkil. Program ini telah dianjurkan secara maya oleh Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Pusat Asasi UiTM Dengkil. Dengan kerjasama erat antara ahli jawatankuasa program bersama pelajar dari program sains, kejuruteraan dan pendidikan menjadikan program ini berjaya dilaksanakan selama dua hari iaitu pada 25-26 Februari 2022. Di antara objektif mengadakan program ini adalah sebagai salah satu cara mempromosikan Pusat Asasi UiTM Cawangan Selangor Kampus Dengkil di peringkat kebangsaan (‘visibility’), mengiktiraf sumbangan dan bakat pensyarah dan pelajar Pusat Asasi Kampus Dengkil dan mendorong pensyarah dan pelajar meneroka kreativiti dan kemahiran berfikir secara kritis dan inovatif. Program ini telah dihadiri oleh 2617 peserta secara maya iaitu di Cisco Webex Dan Youtube Pusat Asasi. Bertemakan “Teknologi dan Inovasi Memacu Kecemerlangan”, KSTI 2022 berjaya mengumpulkan 181 kumpulan untuk mempertandingkan hasil inovasi masing-masing. Produk inovasi yang dihasilkan juga dari empat tema utama iaitu produk mesra ibadah, mesra alam, mesra pengguna dan produk inovasi dalam bidang pendidikan. Melalui pertandingan dan pameran inovasi adalah diharapakan para pelajar dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam mengkaji ilmu sains dan teknologi menurut perspektif Islam dan meningkatkan minat mahasiswa/i untuk berdaya saing dalam menghasilkan inovasi bagi mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari dan mendedahkan warga Pusat Asasi dengan hasil produk inovasi mahasiswa/I UiTM. Perasmian program telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Profesor Teknologis Dr. Saifollah Hj. Abdullah, Pengarah Pusat Asasi UiTM.


PUSAT ASASI UiTM Pusat Asasi UiTM Cawangan Selangor Kampus Dengkil telah menganjurkan Sukan Asasi Malaysia ke – V pada 18 hingga 20 Mac 2022 dengan motto “Jalinan Kerjasama dalam Pelbagai Bidang”. Memandangkan negara masih lagi di dalam fasa endemik, Sukan Asasi Malaysia kali ke-V ini dijalankan secara atas talian yang disertai oleh seluruh pusat asasi Universiti Awam dan Matrikulasi seluruh Malaysia. Penganjuran sukan ini dirasakan amat penting kerana ia adalah salah satu platform untuk memantapkan jalinan hubungan di antara Pusat Asasi seluruh negara. Di samping itu, ia juga memberi peluang kepada pelajar Universiti Awam meneroka kepelbagaian bidang selain daripada bidang yang mereka ceburi. Selain daripada itu, walaupun kejohanan sukan ini berlangsung secara atas talian, ianya masih dapat menzahirkan objektif penganjuran ini iaitu untuk membudayakan gaya hidup sihat di kalangan pelajar. Kategori sukan yang dipertandingkan merupakan esukan iaitu, PUBG Mobile, Mobile Legend Bang Bang, FIFA 22, DOTA 2 dan e-Catur. Peserta-peserta kejohanan ini terdiri daripada pelajar dari 12 Pusat Asasi dan Matrikulasi seluruh Malaysia. Penganjuran e-sukan ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat maklumbalas yang positif dari pelajar. Melalui sambutan yang baik dari pelajar menjadi tanda aras bahawa penganjuran sukan seperti ini dapat dijalankan pada masa akan datang demi melahirkan bakatbakat baru di dalam bidang esukan.


CREATIONS DE UITM: INTERNATIONAL MEGA INNOVATION CARNIVAL 2022 PUSAT ASASI UiTM Anjuran Jawatankuasa Pengurusan Inovasi, Pengkomersialandan Jaringan Industri APRI L 8, 2022 Pada 24 Mac hingga 8 April 2022 telah berlangsungnya program CREATIONS de UiTM: MEGA INNOVATION CARNIVAL 2022 (CDU) bertemakan “For Humanity: Empowering Neoteric Knowledge”. Program ini merupakan kesinambungan daripada acara tahun sebelumnya yang diadakan pada 2020. Namun disebabkan wabak pandemik yang melanda seluruh negara, program ini dijayakan secara dalam talian dengan kerjasama seluruh ahli jawatankuasa pelaksana. Acara gilang-gemilang ini telah dirasmikan oleh Naib Canselor UiTM Malaysia, Professor Datuk Teknologis Dr. Hajah Roziah Mohd Janor dan disempurnakan majlis penutupan dengan ucaptama Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad. Kedua-dua tetamu VVIP ini telah menzahirkan rasa bangga dan kagum dengan usaha dan kegigihan para pelaksana terutamanya dari warga pendidik dan barisan staf Pusat Asasi UiTM Dengkil. Sejumlah 156 projek inovasi telah dipertandingkan dan turut serta mengambil bahagian dalam empat kategori berbeza. Zahirnya, objektif utama penganjuran program CDU ini bertujuan untuk mempromosi dan menekankan Pusat Asasi UiTM sebagai suatu institusi pendidikan yang berteraskan inovasi dan memupuk budaya inovatif dan kreatif dikalangan mahasiswa/i Pusat Asasi dan matrikulasi serta pelajar-pelajar seluruh Malaysia dan antarabangsa. Secara amnya, penganjuran yang bertemakan “For Humanity: Empowering Neoteric Knowledge” ini bukan sahaja bertumpu kepada golongan profesional, malahan mahasiswa universiti di peringkat IPTA,


PUSAT ASASI UiTM Matrikulasi bahkan pelajar sekolah juga boleh mengambil bahagian. Kejayaan yang dicapai melalui program ini bukan sahaja dilihat apabila berbagai projek inovasi dilahirkan, lebih daripada itu, penganugerahan inovator terbaik, virtual pameran agensi berkaitan sains, teknologi dan inovasi, perkongsian pakar daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan dan banyak lagi acara yang dipertandingkan melalui platform maya. Walaupun berhadapan dengan kekangan situasi era pandemik, penganjuran program CDU yang diadakan secara maya ini mendapat sambutan memberangsangkan serta menarik perhatian pelbagai lapisan masyarakat walaupun setiap penyertaan pertandingan inovasi memerlukan yuran penyertaan yang berbeza. Bagi menambahkan rencah pengisian, ceramah berkaitan inovasi turut diselitkan sebagai aktiviti yang diadakan seperti Innovation Talk untuk menambahkan pengetahuan setiap peserta program mengenai dunia inovasi terutamanya selepas kita menerima tempias revolusi industri 4.0 (IR 4.0) dan kelajuan internet tanpa wayar generasi kelima (5G). Semoga program seperti ini dapat diteruskan di masa hadapan demi kebaikan generasi ilmiah berwawasan sejajar dengan matlamat penubuhan institusi pengajian tinggi di seluruh negara.


PUSAT ASASI UiTM PERWAKILAN MUDA HARAPAN BERSIDANG DI ASIDMUNC 2022 Kelab Debat Bahasa Inggeris dan MUC Universiti Teknologi MARA Kampus Dengkil telah menganjurkan Asasi Dengkil Model United Nations Conference 2022 (ASiDMUNC 2022) pada 17 hingga 19 Jun di platform sosial atas talian ‘Discord’. Acara ini berjaya mengumpulkan sejumlah 125 peserta dari seluruh Malaysia dan negara-negara lain di seluruh dunia. Para peserta ditetapkan ke dalam lima majlis, atau council, yang berbeza; ASEAN, SOCHUM, UNGA, NEP dan UNESCO untuk menyuarakan pendapat mereka mengenai isu yang diberikan. Para peserta cemerlang berikut telah merangkul anugerah fizikal: ANJURAN ENGLISH DEBATE DAN MUN (MODEL UNITED NATIONS) CLUB 17 - 19 JUN 2022 Model United Nations (MUN) merupakan sebuah simulasi pendidikan di mana pelajar memperoleh pengetahuan dan kemahiran tentang diplomasi, hubungan antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Dalam persidangan MUN, para pelajar berfungsi sebagai wakil negara, organisasi atau individu, dan cuba untuk menyelesaikan masalah dengan perwakilan lain dari seluruh dunia.


PUSAT ASASI UiTM Most Outstanding Delegate: Maximilian Ang Jian Zhi (St Vincent and The Grenadines) Highest Commendation: Mohamed Muzzammil Bin Zainol (Saudi Arabia) Honourable Mentions: Pravesha De Silva (Argentina) and Ku Muhammad Hafiz Bin Ku Husni (United Kingdom) Most Outstanding Delegate: Meor Danish Irfan Bin Meor Sha’azizi (Perancis) Honourable Mentions: Hanafie Sulaiman Amin Bin Mohamad Haniki (China), Shakti Mathur (India), and Lauren Ashley Lopez (Jerman) Honourable Mention: R.M. Kawya Nethmini Chandrasekara Council: United Nations Environment Programme (UNEP) Council: United Nations General Assembly (UNGA) Council: Social, Humanitarian, And Cultural Committee (SOCHUM) ASiDMUNC dijangka akan terus berfungsi sebagai platform untuk lebih ramai orang untuk berdebat mengenai isu-isu dari perspektif mereka, mencabar diri sendiri serta meningkatkan kemahiran profesional dan komunikasi mereka sambil mengembangkan wawasan global mereka.


PASTEM UMT


PASTEM UMT


PPPU UNIMAS KURSUS INDUKSI LIAISON OFFICER (KILO) 22/23 | 27 - 28 JULAI 2023 | Pada hari pertama, peserta diberikan taklimat mengenai skop tugasan LO sambil diperkenalkan kepada perjalanan program yang bakal berlangsung iaitu Sesi Pendaftaran Kolej, Minggu Aluan Pelajar (MAP), dan Majlis Ikrar Pelajar (MIP). Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dimana setiap kumpulan mempunyai skop tugasan yang berbeza seperti Majlis Protokol dan Teknikal, Fasilitator, JK Makanan dan JK Kecemasan. Kesemua maklumat tersebut diperoleh dalam masa satu hari sahaja, namun setiap LO yang terlibat berjaya memahami dan melaksanakan tugas masing-masing dengan baik. Bukan itu sahaja, peserta juga menjalani Latihan Dalam Kumpulan (LDK) bagi mengenali rakan sepasukan dan secara langsung untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara satu sama lain. Salah satu aktiviti yang dilakukan adalah membentuk dan mencipta identiti kumpulan masing-masing. Sebagai contoh, LO diminta untuk mencipta logo kumpulan dan “war cry”. Memang tidak dapat dinafikan “war cry” yang telah dicipta mampu dipersembahkan secara kreatif dan menarik. Latihan Dalam Kumpulan (LDK) ini sesungguhnya telah banyak mendidik peserta untuk bekerjasama dalam menjalankan tanggungjawab serta peranan secara berkumpulan.


PPPU UNIMAS Pada hari kedua, Jawatankuasa Liaison Officer (JKLO) telah membawa peserta ke Kozi Square, Kuching untuk melakukan LDK III. Pada saat ini, diakui peserta berpeluang meluangkan masa bersama dengan suasana aktiviti yang sangat menyeronokkan. Setiap kumpulan diarah untuk menyelesaikan tugasan yang diberi dan pemenang dipilih berdasarkan manamana kumpulan yang berjaya menyelesaikan kesemua tugasan tersebut dalam masa yang paling pantas sebelum dinobatkan sebagai johan. Di samping menyelesaikan tugas, setiap kumpulan juga perlu peka mencari “spy” yang ditugaskan untuk men-sabotaj kumpulan masingmasing. Mana-mana kumpulan yang gagal mengenal pasti serta tidak berjaya membuktikan spy tersebut dikira memenangi misi itu. Aktiviti seterusnya dilanjutkan dengan Majlis Penutupan KiLO dan Sesi Penyerahan Tugas kepada wakil Liaison Officer. Tepat jam 5 petang, semua aktiviti tamat dan peserta pun dibawa pulang ke Kolej Seroja. Aktiviti seharian yang dilaksanakan sememangnya memenatkan, tapi kami semua gembira kerana ia merupakan pengalaman yang amat bermakna dan sudah pasti amat sukar untuk dilupakan oleh kami semua.


PUSPA UniSZA P E N S Y A R A H P U S A T A S A S I U N I S Z A C E M E R L A N G DI INTERNATIONAL UNIVERSITY CARNIVAL ON E-LEARNING (IUCEL) 2022 Karnival yang bertemakan “Innovating Education for a Better Tomorrow” ini telah dianjurkan secara maya oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) selaku tuan rumah IUCEL pada kali ini. Pada International University Carnival on E-Learning (IUCEL) 2022 ini, Pensyarah PUSPA telah dipilih sebagai penerima anugerah utama iaitu Outstanding eLearning Product/Project Award yang dianugerahkan kepada Dr. Siti Maisarah binti Aziz melalui produk inovasi beliau Electrico. Beliau merupakan seorang pensyarah dalam bidang fizik (Materials Science, Nanomaterials). Selain itu, bagi kategori Invention, Innovation & Design on e-Learning (IIDEL) Competition, warga PUSPA turut menyumbangkan dua pingat Emas bagi produk Diabetes Escape Board Game oleh Prof. Madya Dr. Sharifah Wajihah Tarek Wafa, Pengarah PUSPA dan produk Enhancing Student’s Conceptual Understanding of Light via Game Based Learning : Lensos-M oleh Dr. Siti Maisarah binti Aziz. Secara keseluruhan, UniSZA telah menghantar sejumlah 23 penyertaan dan telah berjaya memenangi Sembilan (9) Emas, Sebelas (11) Perak dan Tiga (3) Gangsa.


PUSPA UniSZA | 27 - 30 MAC 2022 GGRRAADDUUAANN SSUULLUUNNGG AALLUUMMNNII PPUUSSPPAA Dalam Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA ke-13 pada 27-30 Mac 2022, seramai 15 orang alumni sulung Pusat Asasi sains dan Perubatan UniSZA (PUSPA) telah bergraduasi dan menerima Ijazah Sarjana Muda. Kesemua mereka telah mencapai keputusan yang cemerlang dengan salah seorang alumni menerima Anugerah Terbaik Fakulti dan seterusnya menerima pingat Ibnu Rushd. Mereka merupakan antara 3,047 orang graduan yang bergraduasi pada Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA ke-13, di Dewan Al Muktafi Billah Shah, UniSZA Kampus Gong Badak. Alumni PUSPA menunjukkan prestasi yang cemerlang semasa pengajian ijazah di UniSZA. Selain pengajaran akademik, PUSPA juga menitikberatkan bimbingan kerohanian dan jasmani. Para pelajar PUSPA mengikuti aktiviti sukan sunnah iaitu memanah dan berkuda. Selain itu, mereka juga turut terlibat dengan pelbagai pertandingan peringkat kebangsaan seperti pertandingan Debat Inter Asasi, Kejohanan Sukan Asasi, Pertandingan Inovasi Inter Asasi (PIITRAM),


PUSPA UniSZA Kuiz Kimia Kebangsaan dan Malaysia Technology Expo (MTE). Dari segi kerohanian, sebelum memulakan kuliah para pelajar juga membaca ayat suci al-Quran dan solat sunat duha terlebih dahulu. Pelajar yang terpilih juga turut mengikuti kelas hafazan al-Quran yang dibimbing oleh tenaga pakar. Ringkasnya, PUSPA telah berjaya menghasilkan graduan yang cemerlang dalam akademik dan insaniah. Justeru itu, diharapkan agar graduan PUSPA akan menjadi insan yang dapat menyumbang kepada masyarakat dan negara.


PUSPA UniSZA TEROKAISTEM MELALUIUNISZA 25 MEI 2022 PROGRAM SEKOLAH ANGKAT Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA (PUSPA) dengan kerjasama Fakulti Biosumber dan Industri Makanan, Fakulti Informatik dan Komputeran serta Persatuan Pelajar Pusat Asasi Sains dan Perubatan (FSAZA) telah menganjurkan Program Sekolah Angkat: Terokai Stem Melalui UniSZA kepada pelajarpelajar sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Tembesu (KOMSTEM) di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Gong Badak. Seramai 40 orang pelajar Tingkatan Tiga dan Tingkatan Empat dari KOMSTEM telah terpilih untuk menyertai program yang merupakan kerjasama akademik pertama antara PUSPA dan sekolah angkat, KOMSTEM. Antara objektif program ini adalah untuk menarik minat pelajar sekolah kepada bidang STEM dan seterusnya menjadikan aliran sains sebagai aliran pilihan semasa di Tingkatan Empat. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mempromosikan Program Asasi Sains dan Perubatan dan program-program ijazah yang ditawarkan oleh UniSZA berkaitan bidang Sains dan Teknologi.


PUSPA UniSZA Program ini juga merupakan salah satu program khidmat masyarakat PUSPA khusus untuk pelajar sekolah dengan menjalankan aktiviti yang dapat memupuk minat para pelajar terhadap STEM disamping memberikan pendedahan terhadap kepentingan bidang STEM kepada pembangunan negara. Justeru, dengan penganjuran program ini diharap dapat merapatkan hubungan dan kelangsungan kerjasama akademik antara universiti dan sekolah berkaitan. Disamping itu, diharapkan juga agar inisiatif ini dapat melahirkan lebih ramai pelajar yang menceburi bidang sains dan teknologi seiring dengan keperluan masa kini.


PUSPA UniSZA Pada tanggal 20 dan 21 April 2022, Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA (PUSPA) telah mengadakan Program Ziarah Ramadan PUSPA 2022. Program ini merupakan satu program khidmat komuniti yang bertujuan untuk memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan sekitar Daerah Kuala Nerus. Pelaksanaan program ini amat bertepatan dan sejajar dengan hasrat UniSZA untuk menjadi universiti komuniti. Program ini diketuai sendiri oleh Pengarah PUSPA, Prof. Madya Dr. Sharifah Wajihah Wafa memimpin pasukan kakitangan PUSPA untuk menziarahi kediaman keluarga asnaf yang terpilih. Sumbangan berjaya disampaikan kepada 10 buah keluarga dalam bentuk hamper makanan dan wang tunai. Khidmat nasihat penjagaan kesihatan dan saringan kesihatan turut diberikan oleh pelajar alumni PUSPA yang sedang mengikuti program pengajian di Fakulti Sains Kesihatan sebagai tanda sokongan terhadap penganjuran program khidmat masyarakat ini. Program ini diyakini mampu menjadi perantaraan dalam memupuk perasaan bertimbang rasa dan keprihatinan terhadap komuniti lebih-lebih lagi di persekitaran setempat. Benih rasa simpati dan timbang rasa sewajarnya ditanam dan disuburkan dalam diri individu bagi membentuk


PUSPA UniSZA ummah yang sejahtera. Implikasi melalui program ini juga memperlihatkan keprihatinan warga universiti secara umumnya terhadap gaya hidup sihat masyarakat setempat. Amalan kesihatan yang baik dipercayai dapat membentuk diri, keluarga dan masyarakat yang positif. Malah, ia turut mencetus rasa insaf dan menerbitkan rasa syukur agar merasa sentiasa merasa cukup dan mengucapkan syukur atas segala nikmat kurniaan Allah swt. Besar harapan pihak PUSPA agar sumbangan yang disalurkan dapat meringankan beban mereka sekeluarga sepanjang bulan Ramadan dan seterusnya memberikan keceriaan pada mereka untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelma tidak lama lagi.


PUSPA UniSZA MENCIPTA KEJAYAAN MENCIPTA KEJAYAAN PELAJAR ASASI UNISZA DI MTE 2022 21 - 25 MAC 2022 MTE '22 Malaysia Technology Expo (MTE) 2022 merupakan ekspo inovasi dan program anugerah peringkat antarabangsa yang memberi penghargaan kepada pencipta dan innovator dalam bidang teknologi. Ekspo inovasi ini mampu membawa transformasi kepada industri, perkhidmatan awam dan menyumbang kepada kelestarian ekonomi. MTE 2022, yang diadakan secara maya, mengumpulkan lebih 8,014 pengunjung tempatan dan antarabangsa, mereka yang berminat untuk menghasilkan inovasi dalam pelbagai bidang terutamanya Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM). Penyertaan terbuka kepada bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi dari negara lain seperti Indonesia, Vietnam, Iran, dan beberapa negara lain lagi. Pada tahun ini, pelajar PUSPA telah mengulangi kejayaan yang dicapai semasa MTE 2021 tahun lalu dengan memenangi satu pingat emas, satu pingat perak dan satu pingat gangsa dalam Anugerah Inovasi Belia Asia di Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) 2022 yang berlangsung dari 21-25 Mac 2022.


PUSPA UniSZA Tiga projek yang dibangunkan oleh pelajar PUSPA ialah Permainan Meja Berkala (Teknologi Pendidikan dan Pedagogi), Tri-Fisioterapi untuk jari (Penjagaan Kesihatan, Teknologi Penjagaan Diri, Bioteknologi dan Sains Hayat) dan Smart Quito Lamp (Inovasi Sosial & Pengurusan Usahawan). Pingat emas dimenangi oleh projek yang dinamakan Permainan Jadual Berkala. Projek ini adalah mengenai permainan pendidikan yang bertujuan untuk membantu pelajar membiasakan diri dengan jadual berkala dan mengetahui cara meletakkan kedudukan unsur jadual menggunakan nombor atom tanpa perlu menghafalnya. Permainan ini juga mempunyai kod QR yang boleh diimbas oleh pelajar untuk mengetahui bagaimana konfigurasi elektronik diperoleh daripada jadual berkala.


KONTINGEN ASPER 8 JUN 2022 • UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA Majlis Apresiasi ASPer UPM Sudah menjadi adat dalam mana-mana pertandingan sama ada keputusan diraih adalah menang atau kalah.Jika kemenangan diperolehi, ianya satu imbuhan buat yang berusaha namun jika sebaliknya bukan bermakna tidak bagus tetapi rezeki kemenangan tidak memihak pada mereka.Yang paling utama adalah, semangat juang dan kegigihan para peserta itu wajar kita raikan. Lantaran itu, Pusat Asasi Sains Pertanian telah menganjurkan Majlis Apresiasi Kontinjen ASPer pada 8 Jun 2022. Majlis diadakan bertujuan meraikan para pelajar Asasi Sains Pertanian Sesi 2021/2022 yang telah mewakili Asasi UPM ke pertandingan yang dianjurkan hasil kemuafakatan Majlis Dekan/Pengarah Asasi UA dalam Sukan Asasi Malaysia (SAM2022), Debat Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Inter Asasi Universiti Awam, Festival Pantun Antara Asasi (FANTASI) 2022 dan Pertandingan Inovasi Inter Asasi Matrikulasi (PIITRAM 2022). Kontinjen ASPer bagi sesi 2021/2022 ini telah diketuai oleh Prof. Madya Dr. Norfifah binti Bachok @ Lati yang kini merupakan mantan Timbalan Pengarah (II), Pusat Asasi Sains Pertanian.


ASPer UPM Berikut merupakan acara serta pencapaian kontijen ASPer bagi sesi 2021/2022. Majlis telah diserikan dengan kehadiran Pengarah Pusat Asasi Sains Pertanian, Prof Madya Dr. Marina binti Mohd. Top @ Mohd. Tah serta ahli pengurusan Pusat Asasi Sains Pertanian yang lain. Para pelajar menerima surat penghargaan dan hadiah atau medal dari pertandingan yang disertai.


Acara Catur: Pasukan ASPer telah mendapat Pingat Emas. Acara PUBG: Pasukan ASPer menjadi Finalist ke 8 daripada 16 pasukan Acara FIFA22: Pasukan ASPer sampai ke peringkat Quarter Finalist Mobile Legend: Pasukan ASPer sampai ke peringkat kelayakan kalah mati. Sukan Asasi Malaysia Universiti Awam (SAM2022) telah dianjurkan oleh Pusat Asasi UiTM di bawah seliaan Majlis Dekan/Pengarah Asasi Universiti Awam (Asasi Council). Penganjuran kali ini merupakan siri yang kelima sejak kali pertama diperkenalkan pada Tahun 2018. ASPer telah menghantar penyertaan dalam acara Catur, PUBG, Mobile Legend dan FIFA22 dengan kekuatan kontijen seramai 44 orang dengan pecahan 30 atlet, 8 pengurus pasukan dan 6 jurulatih. SAM2022 yang telah berlangsung pada 18-20 Mac 2022 telah mencatatkan keputusan seperti berikut: ASPer UPM RENTETAN PENCAPAIAN KONTINJEN ASPER 2022 SUKAN ASASI MALAYSIA(SAM) 2022 Atlet yang menyertai acara e-Sukan dalam Sukan Asasi Malaysia (SAM2022) dan pegawai pengiring bergambar kenangan bersama Pengurusan Pusat Asasi Sains Pertanian Atlet yang menyertai acara Catur dalam Sukan Asasi Malaysia (SAM2022) dan pegawai pengiring bergambar kenangan bersama Pengurusan Pusat Asasi Sains Pertanian


ASPer UPM RENTETAN PENCAPAIAN KONTINJEN ASPER 2022 SUKAN ASASI MALAYSIA(SAM) 2022 Atlet yang menyertai acara e-Sukan dalam Sukan Asasi Malaysia (SAM2022) dan Pegawai Pengiring bergambar kenangan bersama Pengurusan Pusat Asasi Sains Pertanian FESTIVAL PANTUN ANTARA ASASI (FANTASI) Festival Pantun Antara Asasi (FANTASI) 2022 yang dianjurkan oleh Pusat Asasi UIAM pada 21 hingga 23 Mac 2022. Pasukan Pantun dari Pusat Asasi Sains Pertanian mendapat hadiah busana terbaik dan memenangi RM300. Peserta FANTASI2022 dan pegawai pengiring bergambar kenangan bersama Pengurusan Pusat Asasi Sains Pertanian


ASPer UPM RENTETAN PENCAPAIAN KONTINJEN ASPER 2022 DEBAT INTER ASASI UNIVERSITI AWAM Pada 18 hingga 20 Mac yang lalu, ASPer telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Debat Inter Asasi Universiti Awam 2022 yang telah dianjurkan oleh Pusat Asasi Universiti Malaya (PASUM) secara dalam talian. Pertandingan Debat ini merupakan acara tahunan Majlis Dekan/Pengarah Asasi Universiti Awam (Asasi Council) yang dianjurkan sejak tahun 2020. Sebanyak 30 pasukan daripada 13 institusi yang telah menghantar penyertaan bagi dua kategori pertandingan iaitu kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. ASPer telah diwakili oleh empat pasukan debat yang terdiri daripada dua pasukan debat Bahasa Melayu yang terdiri daripada pasukan UPM A dan UPM B serta dua pasukan debat Bahasa Inggeris iaitu pasukan UPM 1 dan UPM 2. Bagi Kategori Bahasa Melayu, pasukan UPM B telah berjaya dinobatkan sebagai Naib Johan Debat Bahasa Melayu setelah usul Isu Russia-Ukraine: Malaysia perlu kekal berkecuali ditolak oleh dewan pada pusing akhir pertandingan menentang pasukan UM B. Pasukan UPM A pula gagal mara ke pusingan suku akhir. Bagi kategori Bahasa Inggeris pula, pasukan UPM 1 dan pasukan UiTM 2 telah dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga bersama setelah usul 'This House believes that it is in ASEAN's best interest to seek closer ties with China rather than the United States' ditolak oleh dewan pada pusingan separuh akhir menentang pasukan UIAM 1. Pasukan UPM 2-pula gagal mara ke pusingan separuh akhir apabila tewas kepada pasukan UM 1 dengan usul This House regrets the rise of a 'Hookup Culture'. Peserta Debat Inter Asasi UA bergambar kenangan bersama Pengurusan Pusat Asasi Sains Pertanian


PERTANDINGAN INOVASI INTER ASASI MATRIKULASI (PIITRAM 2022) Pada 2 hingga 8 Mac 2022 lalu, Universiti Pertahanan Malaysia, UPNM telah menganjurkan Pertandingan Inovasi Inter-Asasi Matrikulasi Kali Ke-2 (PIITRAM 2022). Pertandingan ini disertai oleh 30 wakil dari Asasi-asasi universiti awam dan Kolej-kolej Matrikulasi Malaysia. Hampir 288 penyertaan didaftarkan pada pertandingan kali ini. Pertandingan dijalankan secara maya atas talian menggunakan platform Zoom. Pusat Asasi Sains Pertanian, PASP telah menghantar sebanyak 6 penyertaan ke Pertandingan Inovasi Inter Asasi Matrikulasi (PIITRAM 2022). Penyertaan adalah dari tiga kumpulan pelajar (Kategori Pelajar) dan tiga kumpulan akademik (Kategori Pegawai Akademik). Kumpulan pelajar di bantu oleh tiga mentor dari Bidang Fizik PASP iaitu Dr. Ihwan Syafiq Bin Mohd Noor, Dr. Emma Ziezie Binti Mohamad Tarmizi dan Dr. Ya’akob Mansor. Kilauan pingat menerusi PIITRAM 2022 adalah seperti 2 Pingat Emas dan 1 Pingat Perak (Kategori Pelajar) dan 3 Pingat Perak (Kategori Pegawai Akademik) ASPer UPM RENTETAN PENCAPAIAN KONTINJEN ASPER 2022 Salah satu kumpulan kategori pelajar bersama mentor mereka bergambar kenangan bersama Pengurusan Pusat Asasi Sains Pertanian


ASPer UPM Kontinjen ASPer 2022 Sejuta penghargaan diberikan kepada semua yang terlibat dalam secara langsung atau tidak langsung bagi memastikan Kontinjen ASPer dapat memberikan daya saing terbaik dalam kesemua pertandingan yang disertai. Moga pelajar Asasi Sains Pertanian akan terus menyinar dalam pelbagai aspek pada masa akan datang.


DON'T HIDE SPEAK UP! Pada 19 Januari 2022, Kaunselor Pelatih Pusat Asasi Pengurusan dengan Kerjasama Persatuan Kaunseling dan Psikologi UUM telah menganjurkan Forum Don't Hide, Speak Up! di Pusat Islam, UUM. Panel jemputan ialah ASP Hjh. Ellyia Ullfah Hj. Mazlan, Penolong Penguasa Polis D11 Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak, Bukit Aman dan Dr. Norazlina Zakaria, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial, UUM. Program ini memberi impak positif kepada para pelajar kerana banyak info berkaitan akta dan kes jenayah seksual yang dikongsikan oleh para panel. Turut hadir ialah Puan Nur Shazwani Shariffudin, selaku penyelaras program, Noor Izzati Mohd Shabri, selaku pengarah program, ahli jawatankuasa program dan 181 pelajar Program Asasi Pengurusan Sesi 2021/2022. Sebanyak 1,000 tontonan telah direkodkan menerusi facebook live PAP. ASASI PENGURUSAN UUM


ASASI PENGURUSAN UUM SEMBANG SANTAI BERSAMA PENGARAH DAN BICARA INSPIRASI BERJAYA DAN KERJAYA 23 FEBRUARI 2022 Program Sembang Santai Bersama Pengarah dan Bicara Inspirasi Berjaya dan Kerjaya pada 23 Februari 2022 telah berlangsung dengan jayanya. Objektif program ialah sebagai platform perkenalan dan penyampaian amanat kepada para pelajar oleh Pengarah Pusat Asasi Pengurusan yang baharu iaitu Prof. Dr. Abdull Sukor bin Shaari. Slot kedua pula bertujuan untuk memberi suntikan motivasi dan panduan kepada para pelajar Program Asasi Pengurusan Kohort 8 dalam memilih program pengajian setelah tamat pengajian di Pusat Asasi Pengurusan. Sesi tersebut telah dijayakan oleh Encik Mokhtar bin Mohd Yusoff, Yang Dipertua, Majlis Guru Kauseling Kedah. Sebagai salah seorang Alumi UUM, beliau telah berkongsi ilmu dan pengalaman serta tips untuk berjaya dalam kerjaya dan pengalaman beliau ketika menuntut di Universiti Utara Malaysia. Beliau juga telah berkongsi formula untuk Berjaya iaitu “ABCDEF” di mana Attitude (A), Belajar (B), Cikgu atau Pensyarah (C), Doa (D), Emak dan Ayah (E) serta Fokus (F).


SUKAN ASASI MALAYSIA (SAM) 2022 PERTANDINGAN INOVASI INTER-ASASI MATRIKULASI (PIITRAM) 2022 PAPUUM telah menyertai PITTRAM yang diadakan pada 2 Mac 2022 hingga 8 Mac 2022 secara dalam talian. Pertandingan berprestij ini merupakan karnival tahunan anjuran Majlis Dekan/Pengarah Pusat Asasi Universiti Awam dan Matrikulasi. UPNM selaku tuan rumah PITTRAM 2022 telah memilih tema “Engaging Trough Innovation, Empower The Future”. Tahniah diucapkan kepada 9 kumpulan PIITRAM 2022 yang mewakili PAPUUM kerana telah berjaya meraih 2 pingat emas, 4 perak dan 3 gangsa. Pada 18 Mac 2022 telah berlangsungnya Sukan Asasi Malaysia ke-V. PAPUUM telah menghantar 2 pasukan Mobile Legends dan 3 orang pemain untuk FIFA 2022. ASASI PENGURUSAN UUM


DEBAT INTER ASASI 2022 Pada 19 Mac 2022, telah berlangsungnya Pertandingan Debat Inter Asasi Universiti Awam 2022. Pasukan Bahasa Melayu telah berjaya melayakkan diri mereka hingga ke pusingan separuh akhir. Lebih membanggakan, saudara Azim Siddiq telah mendapat tempat pertama bagi pembahas terbaik keseluruhan dan saudara Aiman Zaid juga berjaya mendapatkan pembahas terbaik pusingan. ASASI PENGURUSAN UUM


IHYA' RAMADHAN 2022 Pada 7 April 2022, telah berlangsungnya program Ihya' Ramadhan iaitu majlis berbuka puasa serta tazkirah anjuran Biro Kerohanian PAPUUM. Program berlangsung di Dewan Terbuka INASIS TNB. ASASI PENGURUSAN UUM


INTELLECTUAL DISCOURSE MENEBUK LANGIT: KUASA DAN KENDALI BAHASA Pada 25 Mei 2022, telah berlangsungnya program secara atas talian, Intellectual Discourse Menebuk Langit: Kuasa dan Kendali Bahasa. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Profesor Madya Dr. Hishamudin Bin Isam, Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa), Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia kerana sudi meluangkan masa untuk berkongsi ilmu bersama-sama para pelajar PAP sesi 2021/2022. Semoga dengan berlangsungnya program ini para pelajar Asasi kohort 8 dapat mengambil pelbagai pengajaran yang disampaikan. ASASI EDUCATION FAIR: PROMOSI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA Telah berlangsungnya program Asasi Education Fair: Promosi Program Ijazah Sarjana Muda pada 1 Jun 2022. Sebanyak 18 pusat pengajian Universiti Utara Malaysia telah menyertai karnival promosi yang diadakan di Dewan Bunga Raya, INASIS MAS. Objektif program adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar Asasi Kohort 8 berkenaan program-program Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan di UUM. ASASI PENGURUSAN UUM


ASASIAN APPRECIATION & CEREMONIA LA ACADEMIA Pelajar PAPUUM diseru agar menjadi pemimpin yang mampu membawa perubahan dengan memperkenalkan polisipolisi yang boleh membantu masyarakat.Hasrat berkenaan disuarakan Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah di hadapan 181 pelajar program Asasi Pengurusan pada Majlis Makan Malam 'Asasian Appreciation & Ceremonia La Academia' di EDC UUM, baru-baru ini. “Dengan kuasa yang ada di tangan pelajar pada ketika itu sebagai pemimpin negara mungkin (satu hari nanti), datangkanlah dasar-dasar yang boleh membela nasib mereka di luar sana,” ujarnya. Selain itu juga, Haim Hilman turut menitipkan pesanan agar pelajar sentiasa mempunyai sifat merendah diri.“Jangan pernah merasa diri kita sempurna. Jangan pernah merasa diri kita pandai kerana ada orang lebih pandai daripada kita. Jangan pernah merasa kita baik kerana ada orang lebih baik daripada kita. “Orang melihat kita baik di mata masyarakat kerana Allah menutup aib kita walaupun kita banyak dosa dan kelemahan. Allah tutup aib kita kerana Allah sayang kita. Oleh itu, jika kita sayangkan sahabat kita, kita tutuplah aib mereka. Jika mereka dipersendakan jadilah pembela mereka kerana mungkin ketika itu mereka dalam keadaan yang lemah,” nasihat beliau lagi. Selain meraikan para pelajar yang bakal menamatkan pengajian, Haim Hilman turut menganugerahkan beberapa anugerah kepada pelajar cemerlang. Sementara itu Pengarah Pusat Asasi Pengurusan UUM, Prof. Dr. Abdull Sukor Shaari turut berpesan agar pelajar menjadi suri teladan dalam semua aspek, di samping dapat mengekalkan kecemerlangan akademik agar mengikut jejak langkah alumni kohort 1 dan kohort 2 yang menerima Anugerah Pelajaran Diraja. Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed dan Pengetua INASIS MALTEN, Dr. Rohani Abdullah. ASASI PENGURUSAN UUM


PASUM PASUM BUDDYiZ 3.0 Industrial Talk With PLAS Universiti Malaya - Unit Alumni, Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para Alumni PASUM yang telah menjayakan program PASUM BUDDYiZ 3.0 Indutrial Talk With PLAS pada 7 Januari 2022 (Jumaat), melalui platform MS Teams Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar PASUM sesi 2021/2022 berkenaan realiti alam kerjaya serta perkongsian tips daripada alumni yang merupakan pakar dalam bidang masing-masing, antaranya: 1. Dato’ Ir Wan Nazari Wan Jusoh, CEO WNA Consultant Sdn Bhd. 2. Dato’ Abdul Rashid Musa, Presiden UMW Corporation. 3. Tuan Hj Ridzuan A. Idrus, CEO Putra Al-Mawashi Genetics Sdn Bhd. Program ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada para pelajar serta berjaya mengeratkan hubungan silaturahim DI antara staf, pelajar dan juga alumni. Semoga program yang bermanfaat seperti ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang. PASUM terus maju! .


PASUM PASUM BUDDY GROUP - SCIENTIST CAN COMMUNICATE Universiti Malaya - Bahagian Kimia, Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) telah menganjurkan sebuah program yang bertajuk Scientist Can Communicate dan melibatkan barisan pensyarah daripada pelbagai bahagian seperti Kimia, Fizik, Biologi dan Matematik pada 17-21 Januari 2022. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan serta peluang kepada pelajar mengekspresikan diri mereka sebagai seorang saintis. Hal ini disebabkan pihak PASUM yakin dan percaya bahawa antara kemahiran yang perlu dimiliki oleh pelajar aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik (STEM) adalah kemahiran menyampaikan maklumat dan berkomunikasi secara efektif. “ "Terima kasih diucapkan kepada para pensyarah PASUM kerana menganjurkan program yang sangat bermanfaat ini. Saya berpeluang mempelajari kaedah menyampaikan maklumat berasaskan sains dengan berkesan, dan seterusnya meningkatkan keyakinan diri saya untuk merealisasikan cita-cita sebagai seorang pensyarah pada masa akan datang.”, kata Amirul Hamzah, salah seorang peserta program Scientist Can Communicate. Selain daripada penyampaian dan perkongsian secara lisan, para pelajar juga berpeluang mengekspresikan idea dan inovasi mereka melalui poster bertemakan “How Are You As A Scientist.” Semoga program yang bermanfaat ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang demi manfaat para pelajar.


Pusat Asasi Pertahanan (PAP) berperanan utama sebagai pusat penyaluran (feeder) kepada pelbagai program Ijazah Sarjana Muda di UPNM iaitu dalam bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi, Pengurusan dan Perubatan. PAP menawarkan 3 Program Asasi iaitu Asasi Kejuruteraan dan Teknologi (Z0470), Asasi Pengurusan dan Strategi (Z0220), Asasi Perubatan (Z0080) dan elektif Program Pengajian Islam. Pelajar PAP juga diberi peluang mempelajari beberapa aspek ketenteraan bagi memantapkan sahsiah mereka sebagai sumber tenaga yang berwibawa untuk mendukung pentadbiran negara.Pelajar yang mengikuti program pengajian di UPNM terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu pelajar kadet yang mendapat tajaan Kementerian Pertahanan dan pelajar awam. ASASI PERTAHANAN UPNM PERTANDINGAN INOVASI INTERASASI MATRIKULASI MALAYSIA (PIITRAM) 2022 Pada 2 hingga 4 Mac 2022, PAP telah diberi penghormatan sebagai tuan rumah Pertandingan Inovasi Inter-Asasi Matrikulasi Malaysia (PIITRAM) 2022. Edisi kedua pertandingan ini telah dianjurkan bersama Majlis Dekan/Pengarah Asasi Universiti Awam Malaysia. Edisi kedua pertandingan inovasi ini dijalankan secara atas talian dan menawarkan sebanyak 4 kategori iaitu Pelajar Sains dan Teknologi, Pelajar Sains Sosial, Kakitangan Akademik dan Kakitangan Pentadbiran. Majlis perasmian PIITRAM 2022 yang berlangsung pada tanggal 2 Mac 2022 telah disempurnakan oleh Prof. Dato' Dr. Husaini B. Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Lanjutan itu, pertandingan ini diteruskan selama 3 hari dan dibahagikan kepada 6 sesi pembentangan yang diadakan melalui platform ‘Zoom’. Bertemakan ‘Engaging through innovation, empower the future’, PIITRAM 2022 telah mengundang sebanyak 288 penyertaan dari pada pelbagai Pusat Asasi dan Kolej Matrikulasi seluruh Malaysia. Kesemua idea inovasi ini telah dibentangkan dalam bentuk pembentangan video dan poster. Barisan juri-juri telah dipilih dari kalangan kakitangan akademik daripada bidang-bidang yang berkaitan.


Pada tanggal 8 Mac 2022, majlis penutup dan pengumuman pemenang telah dilangsungkan secara atas talian. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Zainal Abidin Bin Abu Hassan yang mewakili Dato’ Sri Dr Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Senarai pemenang bagi kategori Inovasi Terbaik dan Poster Terbaik turut diumumkan semasa upacara tersebut. Pada majlis tersebut juga, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Sultan Zainal Abidin telah menerima anugerah khas selaku institusi yang menghantar penyertaan terbanyak. ASASI PERTAHANAN UPNM


Di samping pertandingan inovasi, seramai 5 orang tokoh juga telah dipilih sebagai Ikon Inovasi PIITRAM 2022 hasil sumbangan dan kecemerlangan dalam bidang inovasi. Ikon-ikon tersebut ialah Ts Mohamad Sukor Zainal Abiddin, Encik Ibrahim Fikry, Encik Muhammad Asif bin Zulkifli, Profesor Madya Ts Gs Dr. Muhamad Azani Bin Yahya, dan Profesor Dr. Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah. PERTANDINGAN DEBAT INTER ASASI UNIVERSITI AWAM 2022 Pada 18 hingga 20 Mac 2022, seramai 3 pasukan yang terdiri daripada pelajar PAP telah menyertai Pertandingan Debat Inter Asasi Universiti Awam 2022 yang telah dianjurkan oleh Universiti Malaya. Pertandingan ini dijalankan secara atas talian bagi mengikuti SOP yang telah ditetapkan. Penyertaan PAP terdiri daripada 2 pasukan debat Bahasa Melayu dan 1 pasukan debat Bahasa Inggeris. ASASI PERTAHANAN UPNM


FESTIVAL PANTUN ASASI ‘22 Pada 21 hingga 23 Mac 2022, PAP buat julung kalinya telah menyertai Festival Pantun Asasi (FANTASI 2022) yang dianjurkan oleh Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bertempat di Gambang, Pahang. Pasukan PAP yang dianggotai oleh Nur Umairah Nawarrah Mohd Nizam, Shahrul Amin Bin Nozi, Muhammad Nur Fawwiz Bin Bolkiah Nursaiyidah Binti Sjaiful Anwar dan Muhammad Zulkaie Haikal Bin Mohd Runzi telah berjaya melepasi peringkat kumpulan dalam pertandingan tersebut sebelum tewas pada peringkat suku akhir. MAJLIS APRESIASI PELAJAR ASASI (MAPS) SESI AKADEMIK 2021/2022 Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Asasi (JPPA) 2021/22 dengan kerjasama pihak pengurusan PAP buat julung kalinya telah mengadakan Majlis Apresiasi Pelajar Asasi Sesi 2021/22. Bertempat di Dewan Theaterette UPNM, majlis ini berlangsung dengan jayanya pada 22 April 2022 dengan dihadiri oleh para pelajar, pengurusan tertinggi PAP dan para pensyarah. Pada majlis ini, para pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang pada Semester 1 2021/22 telah diberi penghargaan. Selain itu, para pelajar yang aktif dalam mewakili PAP dalam aktiviti ko-kurikulum turut diraikan dalam majlis yang sama. Anugerah telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Prof Madya Ts Dr Norhana Binti Abdul Halim selaku Pengarah PAP ASASI PERTAHANAN UPNM


PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 SESI 2021/22 Peperiksaan akhir semester 2 sesi 2021/22 telah diadakan bermula Selasa 12 April 2022 sehingga 27 April 2022. Peperiksaan kali ini diadakan secara bertulis di beberapa lokasi seperti Dewan Peperiksaan Bangunan Lestari, Dewan Pendekar serta Kompleks Bilik Kuliah Bangunan Jauhari bagi memastikan pematuhan SOP semasa. Kesemua pelajar asasi dari programprogram Asasi Perubatan, Asasi Kejuruteraan dan Teknologi serta Asasi Pengurusan dan Strategi telah menduduki peperiksaan ini di kampus UPNM Hasil usaha pihak pengurusan PAP dan kerjasama pensyarah dan kakitangan PAP, peperiksaan akhir semester 2 berjaya berlangsung dengan jaya tanpa sebarang insiden tidak diingini. ASASI PERTAHANAN UPNM


PUSAT ASASI UIAM BAKUL RAYA INFAQ 1.0 25 APRIL 2022 Pusat Asasi UIAM dengan kerjasama kakitangannya telah melancarkan kempen sumbangan Bakul Raya 1.0 bagi memenuhi keperluan asasi para pekerja am dan sekuriti di kampus Gambang pada 26 April 2022. Bersempena dengan sambutan Aidil Fitri 2022 bakul makanan asas kepada sekurang kurangnya 130 pekerja am dan pengawal keselamatan yang bertugas di kampus Gambang. Bakul makanan tersebut mengandungi beras,minyak masak, biskut dan barangan makanan asas yang lain. Ianya telah disempurnakan dan diagihkan kepada semua pekerja tersebut oleh Tuan Haji Murshid Kassim, Dekan Pusat Asasi UIAM diiringi oleh Puan Shahrizad Sa-Idul Haj, Pengarah Pentadbiran pada majlis ringkas yang bertempat di Dewan Peperiksaan Al-Jurjani, Kampus Gambang. Kempen ini menyediakan


PUSAT ASASI UIAM F A N T A S I ' 2 2 FESTIVAL PANTUN ASASI PROGRAM PANTUN PERTAMA PERINGKAT ASASI SELURUH MALAYSIA Gambang, 23 Mac - Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (CFS UIAM) Kampus Gambang dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Majlis Dekan dan Pengarah Asasi Universiti Awam Malaysia, telah mengadakan Festival Pantun Antara Asasi (FANTASI) 2022. Program ini merupakan program yang julung kalinya diadakan pada peringkat asasi dan matrikulasi seluruh Malaysia. Festival pantun ini diadakan selama 3 hari iaitu bermula pada 21 sehingga 23 Mac 2020 dan telah disertai oleh 10 pasukan kesemuanya yang terdiri dari Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (CFS UIAM), Pusat Asasi Sains Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM), Pusat Asasi Pertahanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Pusat Genius@Pintar Negara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Pusat Asasi STEM Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Pusat Asasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Pusat Pengajian Pra-Universiti Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh).


PUSAT ASASI UIAM Objektif festival ini adalah untuk mempromosi dan menghargai budaya melalui pantun Melayu terutamanya dalam kalangan muda-mudi masa kini. Peserta perlawanan pantun akan melalui pusing saringan, suku akhir, separuh akhir dan hanya dua pasukan berentap pada Majlis Penutupan dan Perlawanan Akhir Festival Pantun Antara Asasi (FANTASI) 2022 yang diadakan pada 23 Mac 2022 bermula jam 8.00 malam hingga 11.40 malam. Majlis penutupan festival ini telah dirasmikan oleh YB Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Yang di-Pertua Dewan Negara merangkap Pengerusi Yayasan Budi yang turut merupakan penaja utama festival ini. Pemenang tempat pertama FANTASI ini diraih oleh pasukan dari UIAM (A) yang membawa pulang wang tunai RM2000. Manakala, tempat kedua juga diraih oleh pasukan dari UIAM (B) yang membawa pulang wang tunai RM1500. Tempat ketiga yang membawa pulang RM1000 dimenangi oleh pasukan dari UiTM. Hadir bersama pada Majlis Penutupan dan Perlawanan Akhir FANTASI tersebut ialah Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Ybhg. Datuk Abang Sallehuddin Bin Awang Shokeran, ahli Pengurusan tertingi UIAM, ahli Majlis Dekan dan Pengarah Asasi Universiti Awam Malaysia, kakitangan pentadbiran, pensyarah serta para pelajar.


PUSAT ASASI UIAM FLAGSHIP PUSAT ASASI UIAM SEMPENA ULANGTAHUN PERTUBUHAN UIAM KE-40 KEMPEN HARI TANPA KERETA Bersempena dengan sambutan ulangtahun penubuhan UIAM yang ke-40, Pusat Asasi UIAM Gambang telah melancarkan kempen Hari Tanpa Kereta di kampus Gambang. Bermula pada Disember 2021, kempen itu akan berlangsung sehingga Mei 2022. Kempen tersebut merupakan kempen dimana semua kakitangan, pelajar dan komuniti kampus Gambang tidak menggunakan sebarang kenderaan yang menghasilkan asap ekzos di dalam kawasan kampus Gambang. Fokus kempen ini adalah untuk mengurangkan pergerakan kenderaan yang menyumbang kepada pencemaran udara di dalam kawasan kampus. Ini merupakan salah satu daripada inisiatifinisiatif yang berada di bawah Projek Flagship Pusat Asasi UIAM Gambang yang bertemakan Kampus Hijau dan Bebas Karbon.


Click to View FlipBook Version