The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muzammir.firdaus, 2021-10-13 05:26:06

Draf Buletin Pastem #1

Draf Buletin Pastem #1

ISU #1 (JAN - APR 2021)

STEM SPARK!
SUARA RASMI PUSAT ASASI STEM

DARI MEJA PENGARAH
Prof. Madya Dr Laili Haji Che’ Rose

Pertama sekali, saya ingin memanjatkan kesyukuran PUSAT ASASI STEM,
kepada Ilahi di atas keizinan-Nya, penerbitan sulung UNIVERSITI MALAYSIA
STEM SPARK! Isu #1 berjaya dizahirkan. Walaupun
dalam kesibukan mengharungi minggu-minggu TERENGGANU
perkuliahan sebagai tugas hakiki di samping 21030 KUALA NERUS,
menyertai beberapa Konferensi dan Pertandingan TERENGGANU DARUL IMAN
yang berkaitan, kami sentiasa diberikan ilham dan
kesempatan oleh Allah s.w.t. untuk berkongsi SIDANG REDAKSI
sekelumit pengetahuan dan pengalaman yang ada.
PENAUNG:
Untuk Edisi Sulung ini, pihak kami ingin menyajikan
segala bentuk aktiviti yang telah dijalankan oleh YBHG. PROF. DR. MAZLAN BIN ABD. GHAFFAR
Pensyarah dan staf di Pusat Asasi STEM (PASTEM) [email protected]
bersama para pelajar Kohort 3 sesi 2020/2021 serta
pelbagai pencapaian yang telah di perolehi untuk KETUA PENGARANG:
tempoh sepanjang bulan Januari hingga April 2021.

PROF. MADYA DR LAILI HAJI CHE’ ROSE
Semoga informasi dan hebahan daripada Edisi [email protected]
Sulung ini dapat memberi manfaat kepada warga
UMT amnya dan warga PASTEM khasnya sekaligus PENGARANG:
menaikkan motivasi kita semua dalam memacu UMT
sebagai salah satu Institusi Pendidikan Tinggi yang MOHD MUZAMMIR FIRDAUS ABU BAKAR
unggul dalam kelasnya yang tersendiri. [email protected]


PENYELARAS BAHAN:
PN. NOOR FARAHANI BT MOHD LAZIM

[email protected]



CIK FARAH NAJIHAH BINTI RAZALI
[email protected]


PN. NORIZAN ISMAIL

[email protected]



CIK FATIN NABILAH BT MT RASID
[email protected]



PN. NUR HARMIERA BINTI ABDUL RAHMAN
[email protected]

AKTIVITI/PENCAPAIAN ISU #1 (JAN - APR 2021)

aktiviti/pencapaian

Tarikh : 29 Nov 2020 hingga 03 Dis 2020
Lokasi : Dalam talian (Cisco Webex)

Aktiviti : Karnival Inovasi @UMT 2020

"CAKNA INOVASI
PEMANGKIN LESTARI"

Anugerah Emas & Perak

Karnival yang bertemakan “Cakna Inovasi Pemangkin Generasi Lestari” ini
telah menarik minat penyertaan ramai Inovator baik di peringkat Institusi
Pengajian Tinggi mahupun di peringkat Sekolah.

Dalam Karnival ini, beberapa Pensyarah di PASTEM telah berjaya melakar
sejarah dengan memperolehi dua(2) kejayaan iaitu Anugerah Emas bagi
kategori Amalan Inovasi Pengurusan (AIPN) di mana ianya telah turut
dimenangi bersama Pengarah PASTEM sendiri iaitu Prof. Madya Dr Laili
Che Ros dan Anugerah Perak bagi kategori Amalan Inovasi Pengajaran &
Pembelajaran (AIPP).

Kejayaan ini telah membakar semangat Warga PASTEM yang lain
terutamanya pensyarah-pensyarah agar sentiasa berfikiran kreatif, inovatif
serta produktif dalam mencari idea-idea yang bernas sewaktu memberikan
perkhidmatan mereka pada sebilang masa. Justeru itu, adalah diharapkan
agar lebih banyak lagi penyertaan daripada Warga PASTEM untuk
pertandingan-pertandingan seperti ini di masa yang akan datang.

AKTIVITI/PENCAPAIAN ISU #1 (JAN - APR 2021)

Tarikh : 7,8,9, dan 15 Mac 2021
Lokasi : Dalam talian (Cisco Webex)
Aktiviti : Pertandingan Inovasi Inter-Asasi
Matrikulasi (PIITRAM)

Majlis Dekan/Pengarah Asasi Universiti Awam telah
bersetuju untuk menjadikan Universiti Malaysia
Terengganu (UMT) sebagai penganjur Pertandingan
Inovasi Inter-Asasi Matrikulasi (PIITRAM) bagi tahun
2021 dengan diwakilil oleh Pusat Asasi STEM
(PASTEM), UMT, bekerjasama dengan Pusat Asasi Sains
dan Perubatan (PUSPA), UniSZA sebagai penganjur
bersama untuk pertandingan ini.

Pertandingan ini telah mendapat sebanyak 368
penyertaan yang terdiri daripada pelajar-pelajar,
warga akademik dan pengurusan dari pusat asasi
universiti awam dan kolej-kolej matrikulasi seluruh
negara.

Pihak PASTEM telah berjaya membawa pulang 9
Emas, 8 Perak dan 4 Gangsa, di samping turut
memenangi 2 Anugerah Poster Terbaik (Akademik dan
Pengurusan) serta 1 Anugerah Inovasi Terbaik
(Pengurusan) masing-masing dengan Tajuk
“Pendaftaran Pelajar : Touch heart vs. Touch n Go” dan
“The New Norm : Bioranch-One Stop Gamification in
Biology Subject to Instill Student’s Interest.”

Tahniah kepada warga PASTEM, anda hebat!

AKTIVITI/PENCAPAIAN ISU #1 (JAN - APR 2021)

PERTANDINGAN INOVASI INTER
ASASI MATRIKULASI (PIITRAM)

7,8,9, DAN 15 MAC 2021

186 penyertaan dari seluruh Malaysia

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menjadi penganjur sulung
bagi Pertandingan Inovasi Inter-Asasi Matrikulasi (PIITRAM) bagi
tahun 2021. Pusat Asasi STEM (PASTEM), UMT, bekerjasama dengan
Pusat Asasi Sains dan Perubatan (PUSPA), UniSZA sebagai penganjur
bersama untuk pertandingan ini.


Pertandingan ini telah mendapat sebanyak 186 penyertaan yang
terdiri daripada pelajar-pelajar, warga akademik dan pengurusan dari
pusat asasi universiti awam dan kolej-kolej matrikulasi seluruh
negara.


Pihak PASTEM telah berjaya membawa pulang 9 Emas, 8 Perak dan 4
Gangsa, di samping turut memenangi 2 Anugerah Poster Terbaik
(Akademik dan Pengurusan) serta 1 Anugerah Inovasi Terbaik
(Pengurusan) masing-masing dengan Tajuk “Pendaftaran Pelajar :
Touch heart vs. Touch n Go” dan “The New Norm : Bioranch-One
Stop Gamification in Biology Subject to Instill Student’s Interest.”


Tahniah kepada warga PASTEM, anda hebat!

AKTIVITI/PENCAPAIAN ISU #1 (JAN - APR 2021)

Minggu Penyelidikan Inovasi (MPI) adalah satu program tahunan yang MINGGU
dianjurkan oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM), Universiti PENYELIDIKAN
Malaysia Terengganu (UMT) sejak tahun 2011 lagi. Dahulunya, MPI ini dikenali
sebagai INOVASI@UMT. MPI21 adalah program kolaborasi antara UMT, DAN INOVASI
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Kolej Universiti TATI (TATIUC). 2021 (MPI21)
Penganjuran MPI21 ini adalah kerjasama kali ketiga antara UMT, UniSZA dan
TATIUC yang telah dimulakan sejak tahun 2017 lagi. 28 FEBRUARI SEHINGGA
6 MAC 2021
Program MPI21 ini memfokuskan kepada pertandingan produk inovasi di
kalangan penyelidik dan pelajar Universiti Awam (UA), Universiti Swasta (US), SYABAS DIUCAPKAN!
Politeknik dan Kolej Komuniti, serta pelajar Sekolah Rendah dan Menengah
sekitar daerah Kuala Terengganu serta masyarakat tempatan Terengganu
sendiri.

Dalam Edisi kali ini, Pusat Asasi STEM (PASTEM) UMT telah berjaya merangkul
dua(2) Pingat Emas melalui projek “Introduction to Eco-Friendly Banana Based
Eraser” dan “Spinach Based Popeye Chips as a Healthy Snack” dimana kedua-dua
projek ini adalah di bawah seliaan Dr. Noraifaa Abdullah Sani, Pensyarah
Biologi di PASTEM.

Pihak PASTEM amat berbangga dengan pencapaian yang telah ditunjukkan oleh
Dr Noraifaa dan pasukannya. Diharapkan pada Edisi yang akan datang lebih
banyak lagi kejayaan yang bakal dicapai oleh pasukan lain daripada PASTEM.

AKTIVITI/PENCAPAIAN ISU #1 (JAN - APR 2021)

MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO 2021 melalui projek “Solar Cell Using
(MTE 2021) Waste Fruit Product” dan
“Multifunzione Desk” serta 1
22 SEHINGGA 26 MAC 2021 Pingat Perak melalui projek
“Kiyoore Cools: Natural Cooling
Putra World Trade Centre - PWTC (Virtual) Patch”. Kejayaan ini telah menjadi
inspirasi kepada rakan-rakan
Satu pertandingan yang bertemakan aplikasi teknologi iaitu Malaysia pelajar yang lain.
Technology Expo 2021 (MTE 2021) telah berlansung di Putra World

Trade Centre (PWTC) secara virtual pada 22 hingga 26 Mac 2021 yang Dengan 3 kejayaan ini, PASTEM
lalu. percaya kombinasi bakat yang ada

pada pelajar serta bimbingan
Dalam Edisi kali ini, Pusat Asasi STEM (PASTEM) Universiti Malaysia daripada pensyarah adalah 1
Terengganu telah menghantar sebanyak 3 penyertaan yang terdiri formula yang ampuh dalam
daripada pelajar-pelajar bersama pensyarah yang bertindak sebagai mencungkil potensi sebenar
Penyelia dengan mempertaruhkan 3 projek inovasi masing-masing. pelajar tersebut dalam bidang
Bahang debaran di sepanjang tempoh Penjurian Ekspo ini amat membara Teknologi.
kerana proses Penjurian dilakukan secara dalam talian oleh wakil-wakil

daripada pihak Industri sendiri dimana Juri akan menghubungi para Sekalung tahniah diucapkan
peserta melalui telefon sekiranya mereka memerlukan penjelasan lanjut kepada warga PASTEM!
tentang projek tersebut. Syukur kepada Ilahi kerana setiap soalan dan
kemusykilan yang diajukan dapat di jawab dengan tuntas.




Benarlah kata pepatah ‘tuah ayam

nampak di kaki, tuah orang tiada

siapa yang tahu’, kesemua penyertaan

daripada PASTEM telah melakar

kejayaan dimana 2 projek daripada

pasukan PASTEM telah membawa

pulang Pingat Emas

PERSONA PASTEM ISU #1 (JAN - APR 2021)

PERSONA

1. Nama : Prof. Madya Dr. Laili binti Haji Che Rose

2. Gelaran/Pangkat : Prof. Madya Dr.

3. Bidang : Kimia Koloid/ bahan nano magnetik

4. Bagaimana mula terlibat dalam dunia akademik dan sudah berapa
lamakah menjadi pensyarah di UMT dan PASTEM ?

BAGAIMANA MULA TERLIBAT :
Memulakan tugas sebagai seorang guru sains kimia di Matrikulasi UPM pada tahun 1994
dan menjadi pensyarah UMT Terengganu pada tahun 2001. Subjek pengajaran adalah
Kimia Fizik , Kimia Koloid dan Kimia Kosmetik.

Menyambung pengajian PhD beliau di Universiti of East Anglia, UK pada tahun 2009
dan kembali ke UMT semula pada tahun 2014 setelah berjaya menamatkan pengajian
PhD beliau.

PASTEM :
Pengarah STEM bermula Januari 2017 sehingga sekarang

5. Mengapakah memilih profesion sebagai ahli akademik ?

Dapat berkongsi ilmu kepada semua peringkat umur melalui kajian yg dijalankan
dalam bidang masing-masing.

6. Ringkaskan satu pengalaman paling mencabar dalam bidang
pengajaran & penyelidikan yang boleh di ambil?

Sepanjang karier sebagai pensyarah, saya sentiasa gembira dengan apa yang saya
lakukan. Berkongsi ilmu bersama pelajar sebenarnya satu pengalaman yang istimewa.
Sebelum Covid19 melanda, cabaran mengajar jarang timbul tetapi apabila covid19
melanda Malaysia bermula awal 2020, banyak perkara perlu diubah. Mengajar
tidak lagi secara berdepan dengan pelajar secara bersemuka tetapi pengajaran secara
maya telah diadaptasi. Bercakap seorang diri dihadapan computer, tercari-cari wajah
pelajar di dalam kamera yang ada kala dipasang dan ditiadakan gambar sesuatu
yang mencabar.
Untuk memastikan pelajar sentiasa Bersama kita sepanjang pengajaran membuatkan
kita sebagai pensyarah berfikir secara kreatif untuk menarik perhatian mereka.
Pengajaran lebih menarik disertai dengan audio dan visual yang menarik agar pelajar
tidak bosan.

Cabaran ini juga dialami di dalam bidang penyelidikan. Amat payah apabila di dalam
keadaan menjaga SOP dan kepayah memasuki makmal di dalam keadaan pergerakan
terbatas amat. Penyelidikan banyak tergendala dan hanya dapat mengadakan secara
pembacaan dan review kerja2 lepas.

PERSONA PASTEM ISU #1 (JAN - APR 2021)

7. Apa yang menyebabkan anda masih bertahan dalam dalam
dunia akademik?

Minat dengan sebarang cabaran yang datang menjadi dorongan untuk meneruskan
dalam merealisasikan minat yg mendalam.

8. Pengalaman paling menarik sepanjang karier?

Sejak dari kecil memang saya berminat dengan dunia pengajaran. Cita-cita untuk
menjadi sebagai seorang guru sudah ada di jiwa saya she]jak kecil. Pengalaman
menarik yang tetap menjadi kenangan saya adalah apabila saya berpeluang
menyambung pengajian PhD saya di UK dalam usia saya 40an. Walaupun
agak terlewat dari segi usiatetapi saya tidak menjadikan ianya sebagai
penghalanguntuk saya terus berjaya dan memegang sijil PhD saya.

9. Nasihat untuk pelajar yang berminat dalam bidang STEM?

Teruskan usaha capai minat ni sehingga berjaya, cabaran yang datang tu akan membantu
semua kefahaman dan kejayaan yang sepenuhnya dicapai dalam bidang stem.

10. Aktiviti/hobi kegemaran selain ‘bekerja’?

i) Memasak
ii) Sukan Renang
iii) Melancong

SUDUT KREATIF ISU #1 (JAN - APR 2021)

Learn Physics (CT-Scan) with Spidey!!!

SUDUT KREATIF ISU #1 (JAN - APR 2021)

SUDUT KREATIF ISU #1 (JAN - APR 2021)

SUDUT KREATIF ISU #1 (JAN - APR 2021)

SUDUT KREATIF ISU #1 (JAN - APR 2021)

SUDUT KREATIF ISU #1 (JAN - APR 2021)


Click to View FlipBook Version