Universiti Malaysia Terengganu
1
Universiti Malaysia Terengganu
PROSES PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU UMT SECARA DALAM TALIAN
Proses Pendaftaran Pelajar Baharu UMT Sesi Akademik 2022/2023 akan dijalankan
sepenuhnya secara dalam talian. Kehadiran pelajar ke kampus adalah bagi urusan
pendaftaran di Kolej Kediaman dan pengambilan pakej Minggu Jalinan Mesra (MJM)
sahaja.
(Sila tandakan pada kotak yang berkenaan)
1. SEKIRANYA SAUDARA/I MENERIMA TAWARAN, SILA AMBIL TINDAKAN
BERIKUT:
Dokumen yang disenaraikan di dalam menu muat turun sistem
ePendaftaran UMT perlu dicetak. Panduan Pendaftaran ini juga tidak
akan diposkan kepada pelajar.
Membuat pembayaran yuran dengan menggunakan kaedah Payment
Gateaway melalui Sistem ePendaftaran UMT dan tatacara
pembayaran juga turut disediakan untuk dimuat turun pelajar melalui
sistem ePendaftaran UMT.
Mengesahkan kehadiran dengan mencetak Slip Pendaftaran Dan Lapor
Diri pelajar baharu UMT sepanjang tempoh sistem ePendaftaran dibuka
bermula 23 Julai 2022 bermula jam 12.00 tengah hari sehingga
31 Julai 2022 jam 11.59 malam.
*Hanya calon yang selesai membuat pembayaran yuran melalui
sistem ePendaftaran yang dibenarkan mencetak Slip Pendaftaran
Dan Lapor Diri dan disahkan sebagai Pelajar Berdaftar UMT.
2. BORANG SARINGAN KESIHATAN PELAJAR:
i. Semua pelajar baharu diminta untuk mengisi Borang Saringan
Kesihatan Pelajar dan memuat naik semula ke Sistem ePendaftaran
UMT sebelum jam 11.59 malam, 31 Julai 2022. Borang ini bukan untuk
digunakan bagi menjalani pemeriksaan kesihatan (Medical CheckUp) di mana-
mana hospital atau pusat perubatan.
ii. Sila ambil maklum bahawa Borang Saringan Kesihatan Pelajar disediakan untuk
mendapatkan status kesihatan pelajar secara umum sahaja dan bukan untuk
digunakan bagi menjalani pemeriksaan kesihatan (Medical CheckUp) di mana-
mana hospital atau pusat perubatan. Pemeriksaan kesihatan (Medical
CheckUp) akan dijalankan di Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UMT dan laporan
pemeriksaan kesihatan daripada pihak luar tidak diterima.
3. PROGRAM MINGGU JALINAN MESRA (MJM) :
➢ Semua pelajar baharu ambilan Perdana UMT diwajibkan untuk mengikuti
Program MJM yang juga merupakan program orientasi pada minggu pertama
pelajar baharu mendaftar. Pelajar diwajibkan untuk mematuhi garis panduan
pemakaian pelajar sepanjang program berlangsung.
➢ Pelajar diwajibkan untuk mengikuti kesemua aktiviti dan slot yang
disediakan sepertimana jadual MJM yang boleh di muat turun
daripada Sistem ePendaftaran UMT.
2
Universiti Malaysia Terengganu
Pakaian Semasa Minggu Jalinan Mesra (MJM)
a) Lelaki:
➢ Baju Kemeja atau T-shirt Berkolar
➢ Seluar slack panjang
b) Perempuan:
➢ Baju Kurung atau Kemeja
➢ Pakaian yang tidak menjolok mata atau menutup muka.
➢ Bertudung
*Untuk pelajar Muslim sahaja
4. YURAN PENGAJIAN
4.1 Kadar Yuran
Kadar yuran pelajar baharu program Asasi STEM Sesi Akademik 2022/2023
adalah seperti berikut:
PROGRAM YURAN YURAN YURAN JUMLAH
PENGAJIAN PENDAFTARAN PENGAJIAN ASRAMA (RM)
(RM) (RM) (RM)
*1 Sem shj
ASASI STEM 430.00 570.00 399.00 1,399.00
*Jumlah yuran dipaparkan adalah mengikut kadar RM399 untuk bilik berempat. Kenaan yuran sebenar
adalah tertakluk kepada jenis bilik yang telah dipilih pelajar di dalam sistem ePendaftaran UMT.
4.2 Sebarang masalah atau pertanyaan tentang pembayaran yuran, boleh
diajukan kepada:
SEKSYEN KEWANGAN PELAJAR, PEJABAT BENDAHARI, UMT
Telefon : 09-6684246/4373/4136/4375
Faks : 09-6684217
ATAU
E-mailkan ke alamat berikut :
✓ [email protected]
✓ [email protected]
3
Universiti Malaysia Terengganu
5. BANTUAN KEWANGAN
5.1 Semua pelajar diminta untuk mengisi Borang Permohonan Bantuan
Kewangan Asasi (BKA). Bagi pelajar yang berpendapatan kasar keluarganya
dibawah RM10,959 sebulan, pelajar boleh dipertimbangkan untuk menerima
Bantuan Kewangan Asasi daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Maklumat lanjut mengenai hal ini akan dimaklumkan semasa Minggu Jalinan
Mesra.
5.2 Sebarang pertanyaan berkenaan bantuan kewangan boleh diajukan kepada :
SEKSYEN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN, PUSAT ASASI STEM:
Telefon : 09-668 3709 / 09-668 3710
6. KAD MATRIK
6.1 Semua pelajar diwajibkan untuk memiliki kad matrik sebagai pengenalan
mereka selaku pelajar UMT. Pelajar perlu memastikan telah memuat naik
gambar rasmi masing-masing ke Sistem ePendaftaran sebelum jam
11.59 malam, 31 Julai 2022. Hanya gambar rasmi yang memenuhi kriteria
ditetapkan pihak Bahagian Keselamatan UMT akan diluluskan sebelum cetakan
Kad Matrik dibuat dan Panduan Muat Naik Gambar Kad Matrik turut disediakan
untuk dimuat turun pelajar melalui Sistem ePendaftaran UMT.
6.2 Urusan berkaitan kad matrik juga boleh dibuat di Kaunter Bahagian
Keselamatan sekiranya pelajar mempunyai masalah dengan penyediaan Kad
Matrik masing-masing semasa hadir ke kampus untuk pendaftaran ke Kolej
Kediaman.
7. GARIS PANDUAN PAKAIAN DAN RAMBUT
Semua pelajar UMT dikehendaki untuk berpakaian sesuai dengan amalan biasa
masyarakat Malaysia dan sebagai bakal ilmuan serta pemikir negara pada masa
hadapan, para pelajar seharusnya sentiasa mengamalkan pemakaian yang bersih,
kemas dan sopan sepanjang berada di kampus. Berikut adalah Garis Panduan
Pemakaian Pelajar yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa Universiti Malaysia
Terengganu apabila kesemua pelajar telah diberikan kebenaran untuk hadir dan
berada di kampus UMT:
7.1 Pelajar hendaklah patuh kepada semua arahan dan amalan pakaian yang
berkuatkuasa oleh Fakulti / Pusat / Bahagian terutama di bilik kuliah,
perpustakaan, makmal dan sebagainya.
7.2 Pelajar dilarang untuk berselipar semasa menghadiri kuliah, program rasmi
atau ketika berurusan dengan semua pejabat di UMT.
7.3 Pelajar tidak dibenarkan untuk memakai Tshirt tanpa kolar/ leher bulat dan
seluar sukan kecuali ketika aktiviti riadah dan santai.
7.4 Pelajar lelaki hendaklah sentiasa berambut pendek.
7.5 Pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian yang menjolok mata atau menutup
muka.
7.6 Contoh penampilan pakaian pelajar UMT yang dibenarkan adalah seperti
Gambar Rajah di bawah.
4
Universiti Malaysia Terengganu
5
Universiti Malaysia Terengganu
PRE DEPARTURE ASASI STEM
Bagi menyantuni semua calon yang berjaya, kami di Pusat Asasi STEM akan menyediakan
satu aktiviti yang dinamakan sebagai Pre Departure Asasi STEM. Aktiviti ini merupakan siri
live melalui platform Webex. Melalui siri live ini, semua calon akan dibantu di dalam pelbagai
aspek bagi melancarkan proses pendaftaran.
Program ini akan dijalankan seperti jadual dan poster yang disertakan di bawah :
Pre-Departure Asasi STEM : Panduan Pendaftaran Secara Dalam Talian
Pre-Departure Asasi STEM
Pautan :
https://umt.webex.com/umt/j.php?MTID=m693561ccb4fef2e9bae709865a1432a7
Meeting Number : 25243387087
Password : pastem202223
** Setiap sesi panduan pendaftaran ini akan dikendalikan dan dibantu oleh Pensyarah, Staf
PASTEM dan Alumni PASTEM
TARIKH MASA TUJUAN KUMPULAN
• 23 Julai 2022 Sesi 1 : Panduan pendaftaran secara Calon Pelajar Asasi
(Sabtu)
10.00 pg – dalam talian akan diberikan. STEM / Ibu bapa/
• 29-30 Julai 1.00 tghari Penjaga
2022 (Jumaat - Sesi ini akan menjawab semua
Sabtu)
pertanyaan anda
6
Universiti Malaysia Terengganu
Sesi 2 :
2.00 ptg– 5.00 ptg
• 24 - 28 Julai Sesi 1 : Panduan pendaftaran secara Calon Pelajar Asasi
2022 (Ahad-
Khamis) 9.00 pg– 1.00 dalam talian akan diberikan. STEM / Ibu bapa/
tghari Penjaga
• 31 Julai 2022 Sesi ini akan menjawab semua
(Ahad)
pertanyaan anda
Sesi 2 :
2.00 ptg –
5.00 ptg
7
Universiti Malaysia Terengganu
SOALAN LAZIM
PUSAT ASASI STEM
1) Adakah semua pelajar Asasi STEM berpeluang untuk memohon elaun?
Ya, semua pelajar boleh memohon. Namun, PASTEM akan membuat saringan terlebih
dahulu yang mana hanya pelajar yang pendapatan keluarganya kurang daripada
RM10,959 sahaja yang akan dihantar ke KPT.
2) Saya mempunyai masalah kewangan. Boleh ke saya nak mohon untuk
menunda bayaran yuran pendaftaran?
Pelajar boleh membayar dengan kadar minimum terlebih dahulu dan menunda
pembayaran yuran dengan mengisi borang akur janji bayaran. Sebarang masalah
boleh dikemukakan kepada urusetia untuk bantuan.
3) Boleh ke saya nak memohon surat pengesahan belajar di PASTEM, untuk
tujuan saya memohon sumbangan dari pihak Yayasan Negeri.
Pelajar boleh menggunakan surat tawaran ke PASTEM untuk memohon sumbangan
tersebut.
4) Saya layak untuk menerima bantuan elaun KPT kerana pendapatan ibu
bapa kurang dari RM10,959. Adakah boleh jika saya membayar RM430.00
dahulu dan baki yuran ditolak dari jumlah elaun yang diperoleh?
Ye boleh. Baki yuran yang belum dijelaskan akan ditolak daripada jumlah elaun yang
pelajar perolehi.
5) Saya nak tanya tentang gambar pada kad matrik. Adakah pelajar Cina
perempuan perlu mengikat rambut?
Pastikan anda dalam keadaan kemas. Bagi pelajar lelaki Melayu, kopiah tidak
dibenarkan, tetapi boleh memakai songkok. Turban dibenarkan untuk Singh.
6) Nak tanya, biasanya siapa yang boleh sahkan slip gaji? Adakah bahagian
kewangan syarikat tempat ibu bapa bekerja atau boleh juga minta
pengesahan guru besar/penggawa?
Penggawa/ guru besar layak untuk mengesahkan slip gaji ibu bapa dan mana-mana
pegawai yang diiktiraf (dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional)
7) Boleh ke saya membuka akaun bank selain CIMB?
Pelajar digalakkan untuk membuka terus akaun CIMB, memandangkan elaun KPT
juga disalurkan ke akaun CIMB. Malah di peringkat Sarjana Muda nanti pelajar juga
perlu menggunakan akaun CIMB untuk bantuan PTPTN.
8) Saya telah mendapat tawaran lain dan ingin menerima tawaran tersebut.
Adakah saya boleh memohon untuk refund bayaran yuran yang telah saya
bayar ke Bendahari UMT?
Boleh, pelajar perlu menyediakan surat ke pihak Bendahari UMT, dan mestilah dalam
makluman pihak Pusat Asasi STEM juga tentang perkara ini.
8
Universiti Malaysia Terengganu
9) Adakah kaedah pembayaran yuran hanya melalui JomPay?
Selain JomPay, pelajar juga boleh membuat transaksi terus ke bendahari UMT.
Pastikan menggunakan nombor akaun Bendahari UMT yang betul, dan masukkan
nombor matrik dan nombor kad pengenalan pada ruangan rujukan.
10) Selepas tamat Pusat Asasi STEM, adakah saya boleh menyambung degree
di IPTA lain?
Tidak boleh, kerana Pusat Asasi STEM mengamalkan closed system, yang mana
setelah tamat pengajian di asasi STEM, pelajar akan memilih program-program
Sarjana Muda di UMT sahaja.
11) Jika pendapatan ibu bapa adalah RM11,000 dan jumlah tanggungan bapa
saya seramai 6 orang, adakah saya layak untuk membuat rayuan
mendapatkan elaun?
Hanya pelajar yang ibu bapanya berpendapatan RM10,959 dan ke bawah sahaja yang
dipertimbangkan oleh KPT untuk menerima elaun, tanpa mengira bilangan
tanggungan.
12) Jika saya bayar yuran pendaftaran separuh dahulu, bilakah tarikh akhir
untuk saya langsaikan baki bayaran yuran tersebut?
Pelajar perlu memastikan sebelum bermulanya peperiksaan akhir bagi semester
tersebut, baki yuran perlu dijelaskan. Jika tidak, pelajar tidak akan mengetahui
keputusan peperiksaannya.
13) Saya pelajar aliran bukan sains. Boleh ke untuk saya untuk skor dalam
kursus-kursus di Asasi STEM?
Sudah pasti boleh. Ramai lepasan Asasi STEM yang lepas menjadi pelajar top 10 pada
setiap semester. Apa yang penting, pelajar perlu fokus dan faham konsep dalam
setiap kursus yang dipelajari. Malah, di Asasi STEM juga terdapat pelbagai aktiviti
seperti Buddies Coaching dan Mentor Mentee dalam membantu pelajar dalam
pembelajaran.
14) Boleh ke saya memilih program Sarjana Muda seperti kaunseling dan
perakaunan selepas tamat Asasi STEM nanti?
Matlamat utama penubuhan Pusat Asasi STEM adalah untuk menyediakan bakal
pelajar pra-siswazah dengan pengetahuan dan kemahiran yang secukupnya dalam
bidang STEM, untuk memasuki program yang berasaskan Sains dan Teknologi di
UMT. Maka, pelajar digalakkan dan dibimbing untuk terus kekal berada dalam aliran
Sains dan Teknologi.
15) Saya mempunyai masalah internet yang kurang stabil di kawasan rumah,
dan bimbang jika tidak dapat mengikuti kuliah online. Adakah pihak Pusat
Asasi STEM akan membantu kumpulan pelajar yang bermasalah ini?
Para pelajar digalakkan untuk sentiasa memberitahu perkembangan individu dan
masalah yang dihadapi supaya bantuan yang sesuai dapat disalurkan. Pihak
pengurusan PASTEM sedaya upaya akan membantu. Bagaimanapun, ianya tertakluk
kepada arahan semasa daripada pengurusan tertinggi UMT.
9
Universiti Malaysia Terengganu
16) Pengajaran ketika Asasi dalam Bahasa melayu atau Bahasa Inggeris?
PdP yang berjalan untuk kebanyakan subjek yang diajar adalah bergantung kepada
tenaga pengajar. Ramai pensyarah mengaplikasi mod campuran ketika mengajar
untuk menyesuaikan pelajar.Walaupun begitu 70-80% Bahasa pengantara adalah
Bahasa Inggeris kerana para pelajar Asasi STEM digalakkan untuk sentiasa berbahasa
Inggeris untuk mencapai matlamat sasaran ke arah I.R. 4.0 .
17) Bolehkah saya tahu tentang laluan kerjaya selepas Asasi STEM ini?
Apakah ijazah yang ditawarkan di UMT?
Terdapat lebih daripada 20 kursus ijazah tujahan yang ditawarkan dalam bidang sains,
seperti sains marin dan sains pemakanan yang bersesuaian dengan minat pelajar
secara keseluruhan di UMT.
18) Saya sangat berminat dengan program Asasi STEM ini. Tapi, bila saya lihat
senarai program yang ada di UMT, saya kurang berminat dengan kursus-
kursus tersebut. Boleh bantu saya?
Bidang tujahan di UMT lebih memfokuskan bidang sains marin dan kelautan.
Bagaimanapun, terdapat juga kursus-kursus sains dan teknologi seperti Kejuruteraan
Perisian, Sains (Biologi, Kimia), Teknologi Makanan, Teknologi Maritim, Matematik
Gunaan dan banyak lagi.
Salah satu kelebihan pelajar Asasi STEM adalah, pelajar boleh memilih program
degree yang diminati setelah tamat program Asasi tanpa melalui UPU.
19) Adakah semua pelajar Asasi STEM layak untuk tinggal di asrama? Ya, semua
pelajar Asasi STEM perlu tinggal di asrama/ kolej kediaman yang telah disediakan.
20) Saya merupakan pelajar India. Boleh ke saya nak mohon untuk tinggal di
bilik asrama yang semuanya adalah pelajar India? Pihak pengurusan Kolej
Kediaman UMT akan membuat susunan pelajar yang sebaiknya bagi setiap bilik.
Bagaimanapun, pelajar boleh membuat rayuan untk pertukaran jika percampuran
bangsa pelajar berlaku, mengambil kira untuk keselesaan beribadat.
21) Susah tak pelajar bukan sains tulen untuk skor dalam kursus-kursus di
Asasi STEM?
Tidak susah!. Anda hanya perlu fokus dan faham konsep. Ramai lepasan Asasi STEM
yang lepas menjadi pelajar top 10 setiap semester.
22) Boleh ke saya membeli buku rujukan daripada senior?
Tiada masalah dan dibolehkan! Anda digalakkan untuk mempunyai buku rujukan.
Walaupun begitu, para pelajar akan dibekalkan dengan nota yang telah di update
bersesuaian dengan silibus terkini hasil daripada pemantauan dan pematuhan kepada
MQA agar mutu akademik pelajar adalah berkualiti.
23) Adakah sijil yang dikeluarkan setelah tamat asasi stem dapat diterima
untuk menyambung pengajian di IPTS lain?
Sijil Asasi Universiti (internal university foundation certificate) adalah bersesuaian
dengan syarat kemasukan khas Universiti tersebut dan sesuai untuk semua ijazah
yang ditawarkan di Universiti tersebut (UMT). Walau bagaimanapun syarat ini tidak
terpakai jika pelajar tersebut mempunyai alasan munasabah dan kelulusan dari
Universiti dan pihak Asasi STEM menyokong permintaan /pemindahan kredit serta
pihak universiti di sana mengakui kesetaraan sijil di antara Asasi universiti.
10
Universiti Malaysia Terengganu
24) Adakah sijil yang dikeluarkan setelah tamat asasi stem dapat diterima
untuk menyambung pengajian di IPTS lain?
Sijil Asasi Universiti (internal university foundation certificate) adalah bersesuaian
dengan syarat kemasukan khas Universiti tersebut dan sesuai untuk semua ijazah
yang ditawarkan di Universiti tersebut (UMT). Walau bagaimanapun syarat ini tidak
terpakai jika pelajar tersebut mempunyai alasan munasabah dan kelulusan dari
Universiti dan pihak Asasi STEM menyokong permintaan /pemindahan kredit serta
pihak universiti di sana mengakui kesetaraan sijil di antara Asasi university
25) Adakah UMT menyediakan bantuan tertentu kepada pelajar yang kurang
berkemampuan, selain daripada elaun daripada kementerian? Ya, selain
daripada elaun yang disediakan oleh pihak KPT, UMT sendiri sentiasa cakna dengan
keadaan pelajar kami. Bagi golongan asnaf dan kurang berkemampuan, terdapat
juga bantuan zakat pelajaran. Bantuan ini diberikan kepada pelajar asasi/diploma,
sarjana muda dan juga sarjana. Malah, bagi pelajar yang sentiasa cemerlang pada
setiap semester turut berpeluang untuk menerima biasiswa sepanjang pengajian
mereka di peringkat sarjana muda dan Sarjana.
26) Apakah persediaan yang perlu dilakukan oleh pelajar bagi menghadapi
PdP online ini
Memiliki peranti yang sesuai seperti laptop, iPad, atau sekurang-kurangnya
smartphone merupakan elemen penting sebelum pelajar memulakan sesi PdP online.
Pelajar juga perlu memastikan jaringan internet adalah dalam keadaan yang stabil.
27) Bagaimana pula sekiranya capaian internet pelajar hilang semasa kelas
sedang berlangsung? Bagaimana untuk memastikan mereka ini dapat
mengikuti semula kelas yang telah mereka tertinggal itu?
Di Pusat Asasi STEM sendiri, para pensyarah sentiasa cakna akan keadaan pelajar.
Jika hal ini berlaku, pelajar boleh menonton semula video rakaman kuliah yang akan
sentiasa di upload oleh pensyarah dalam medium yang sesuai seperti Wadi, dan
Google Drive setiap kali selepas kuliah dan kelas tutorial.
28) Apakah apps yang akan digunakan sepanjang pdp secara online ini selain
daripada webex.
Berdasarkan soal selidik pelajar yang terkumpul, para pelajar dan pensyarah
kebanyakkan menggunakan google meet, Kahoot dan Wadi- merupakan platform
wajib bagi pelajar Asasi STEM dan Diploma Perikanan kerana bertindak sebagai tapak
sokongan e-pembelajaran.
29) Melalui FB Asasi STEM, dpt dilihat kejayaan pelajar dlm program inovasi.
Apakah ada perkiraan merit bg pelajar yg menyertai program tersebut?
Pusat asasi STEM sentiasa memberi ruang dan peluang kepada pelajar bukan sahaja
untuk menyertai program inovasi, malah pelbagai aktiviti lain yang mampu
meningkatkan personal development pelajar. Perkiraan merit adalah bonus yang
diperoleh pelajar dalam aktiviti-aktiviti ini.
30) Bagaimana perjalanan pengajian Asasi STEM sewaktu PKP?
Kelas tutorial, kuliah akan berjalan secara normal manakala subjek yang mempunyai
aktiviti makmal akan tertakluk kepada arahan semasa dan perancangan yang telah
ditetapkankan (hybrid@online)
11
Universiti Malaysia Terengganu
INFO MEDIA SOSIAL ASASI STEM
Sila sertai kami di media sosial yang disertakan. Mohon kepada pelajar untuk mengikuti kami
di link yang disertakan. Kami boleh ditemui di platfrom media sosial seperti berikut:
Pautan Media Rasmi
You Tube -
https://www.youtube.com/channel/UC
LYqYv_iqzsZJyXOVCXKf7g
Facebook -
https://www.facebook.com/AsasiSTEMUMT/
12
Universiti Malaysia Terengganu
Instagram -
https://www.instagram.com/stemumt.official
TikTok –
https://www.tiktok.com/@stemumt.official
Telegram-
https://t.me/+KmA5fs4igBxkOGY9
** Setiap pelajar diminta untuk join
group telegram official Pusat Asasi
STEM bagi sebarang maklumat
13
Universiti Malaysia Terengganu
PANDUAN UMUM
1. KEDIAMAN PELAJAR
1.1 Beberapa Blok Kolej Kediaman di dalam kawasan kampus UMT telah disediakan
bagi menempatkan para pelajar tahun satu dan pelajar-pelajar yang memenuhi
syarat dan terpilih untuk tinggal di Kolej Kediaman.
1.2 Sepertimana yang disebutkan di atas, semua pelajar tahun satu diwajibkan untuk
tinggal di Kolej Kediaman selama dua semester kecuali bagi pelajar yang telah
berkahwin dan yang mempunyai masalah kesihatan yang serius.
1.3 Selain daripada kemudahan tempat tinggal di Kolej Kediaman, para pelajar UMT
terutama pelajar tahun dua dan ke atas yang tidak terpilih untuk tinggal di Kolej
Kediaman mempunyai banyak pilihan rumah-rumah sewa bagi penginapan mereka
di sekitar kampus dengan kadar sewa yang berpatutan.
1.4 Makanan boleh diperolehi dari kafetaria dalam kampus, restoran atau gerai makan
yang berdekatan.
2. KAUNSELING DAN KERJAYA
Unit Kaunseling di PPHKP bersedia membantu pelajar untuk mencapai prestasi akademik
dan pembentukan peribadi serta kerjaya yang cemerlang melalui proses mengenal diri
serta menggunakan potensi yang ada ke tahap yang maksimum. Pelajar digalakkan
menemui kaunselor untuk berbincang mengenai diri, rancangan serta masalah mengenai
pendidikan, akademik, sosial, peribadi, emosi dan mental. Kaunselor juga boleh
membantu pelajar mendapatkan maklumat tentang kerjaya dan perancangan masa depan
mereka.
3. PERPUSTAKAAN
3.1 Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ) UMT terletak berhampiran dengan
fakulti, pusat pembelajaran dan pusat pentadbiran. Kedudukannya ini
memudahkan para pelajar mengunjunginya.
3.2 Bangunan PSNZ sekarang boleh menampung seramai 2000 orang pada satu-satu
masa. Ianya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan untuk
membantu dan melancarkan pembelajaran para pelajar UMT. Kemudahan ini
termasuk waktu perkhidmatan yang panjang dan pelbagai jenis koleksi
(bergantung kepada jenis penerbitan dan bentuk maklumat). Kemudahan sistem
rangkaian internet juga disediakan untuk kemudahan pelajar.
3.3 Waktu Operasi PSNZ:
Semester Kuliah : 9.00 pagi – 11.00 malam
: 9.00 pagi – 4.15 petang
Ahad – Rabu : 3.00 petang – 11.00 malam
Khamis : 10.00 pagi − 6.00 petang
Jumaat
Sabtu
Cuti Semester : 9.00 pagi – 4.30 petang
Ahad – Rabu : 9.00 pagi – 4.15 petang
Khamis : Tutup
Jumaat & Sabtu
14
Minggu Peperiksaan Universiti Malaysia Terengganu
Ahad – Rabu : 9.00 pagi – 12.00 t/malam
6.00 petang
Khamis : 9.00 pagi – 12.00 t/malam
12.00 t/malam
Jumaat : 3.00 petang –
Sabtu : 10.00 pagi −
*Waktu perkhidmatan adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
4. PERKHIDMATAN PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
4.1 Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UMT diwujudkan untuk memberikan
perkhidmatan dan perawatan bagi kes-kes kecemasan dan pesakit luar untuk
pelajar-pelajar di bawah Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar.
4.2 PKU UMT beroperasi seawal 8.00 pagi sehingga 4.45 petang. Ianya dikendalikan
oleh Pegawai Perubatan (Umum dan Pergigian), Pen. Pegawai Perubatan,
Pembantu Perubatan dan Jururawat Terlatih.
4.3 Bagi kes-kes yang memerlukan rawatan khas, pesakit akan dirujuk kepada Pegawai
Perubatan Kerajaan atau pakar-pakar yang berhampiran dengan kampus ini.
4.4 Berikut disenaraikan jenis-jenis perawatan dan perkhidmatan kesihatan yang
dikendalikan oleh Pusat Kesihatan UMT:
i. Memeriksa dan memberi rawatan yang sempurna bagi kes-kes kecemasan
dan pesakit luar berdasarkan diagnosa penyakit.
ii. Menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan kepada pelajar,
kakitangan dan orang awam.
iii. Menyediakan perkhidmatan pemeriksaan pergigian.
iv. Menilai keadaan pesakit untuk dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah
(HSNZ) atau pakar jika difikirkan perlu mendapat rawatan lanjut.
v. Melakukan pembedahan kecil seperti insisi bisul, jahit luka, buka jahitan,
cucian luka dan sebagainya.
vi. Membuat pemonitoran gula dalam darah.
vii. Membuat pemeriksaan air kencing (mengandung).
viii. Membuat pemeriksaan air kencing untuk diagnosa.
ix. Membuat ‘Ear mopping’ bagi telinga tersumbat.
x. Mengambil sampel darah untuk kajian pembelajaran.
xi. Pendidikan Kesihatan kepada pelajar-pelajar samada secara langsung atau
tidak langsung seperti poster, pamplet dan sebagainya.
xii. Menganjur program derma darah dengan Hospital Sultanah Nur Zahirah
(HSNZ) .
xiii. Terlibat dalam aktiviti-aktiviti pelajar yang memerlukan program kesihatan
seperti Kayak Merdeka, Larian Konvo Fest, program ketrampilan pelajar
dan sebagainya.
xiv. Menyediakan kemudahan peti rawatan kecemasan kepada jabatan dan
persatuan pelajar yang memerlukan.
5. SUKAN DAN REKREASI
UMT menyediakan beberapa buah padang dan gelanggang bagi pelbagai sukan seperti
bola sepak, tenis, bola tampar, ragbi, badminton, hoki, skuba dan rekreasi air. UMT juga
mempunyai kompleks sukan yang lengkap dan pelajar digalakkan membawa peralatan
sukan mereka sendiri.
15
Universiti Malaysia Terengganu
IKRAR PELAJAR UMT
Bahawasanya saya sebagai mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu
sesungguhnya berikrar dan mengaku bahawa saya akan:
Patuh kepada Perlembagaan, Statut, Akta, Peraturan dan Tatatertib yang
berkuatkuasa di Universiti ini;
Sentiasa memelihara dan meninggikan nama baik Universiti ini dan akan memberi
segala khidmat saya kepada Universiti dan masyarakat;
Berusaha sedaya upaya mencari dan memperdalamkan ilmu pengetahuan dan
menjunjung tinggi kebebasan berbuat demikian.
16