The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Noraida Ismail (Tcr_Aida), 2023-09-23 10:29:01

MANUAL PORTAL HIP

MANUAL PORTAL HIP

MANUAL PENGISIAN PORTAL HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME (HIP) PENGHANTARAN LAPORAN OLEH PIHAK SEKOLAH DAN INSTITUSI PENDIDIKAN 1. Sila akses sistem pada pautan http://eltc.edu.my/hipreport/ 2. Pilih jenis tugas yang ingin dilakukan berdasarkan senarai menu yang disediakan (seperti ditandakan dalam bulatan merah) iaitu SCHOOLS, INSTITUTIONS, JPN/PPD ADMIN, INSTITUTIONS ADMIN dan KPM ADMIN. MENU KETERANGAN SCHOOLS Untuk kegunaan oleh guru Penyelaras HIP yang telah dilantik oleh pihak sekolah bagi memasukkan laporan pelaksanaan HIP INSTITUTIONS Untuk kegunaan oleh pensyarah/Penyelaras HIP yang telah dilantik oleh pihak institusi bagi memasukkan laporan pelaksanaan HIP. JPN /PPD ADMIN Untuk kegunaan oleh Pegawai JPN & PPD yang akan memantau pengisian laporan pelaksanaan HIP oleh sekolah di bawah seliaan mereka. INSTITUTIONS ADMIN Untuk kegunaan oleh Pegawai Institusi yang akan memantau pengisian laporan pelaksanaan HIP oleh institusi di bawah seliaan mereka. KPM ADMIN Untuk kegunaan Penyelaras Inisiatif HIP di peringkat KPM bagi memantau pengisian laporan pelaksanaan HIP oleh semua sekolah dan institusi pendidikan yang melaksanakan HIP di seluruh negara.


CARA MENGHANTAR LAPORAN BAGI PIHAK SEKOLAH 1. Pilih menu SCHOOLS pada laman utama HIP PORTAL 2. Halaman subsistem SCHOOLS akan dipaparkan. 3. Pilih My menu→Submit report (seperti ditandakan dalam kotak merah). 4. Masukkan kod sekolah pada ruangan dipaparkan dan tekan butang Proceed. 5. Borang pengisian laporan akan dipaparkan jika kod sekolah adalah betul dan laporan bagi sekolah tersebut belum dihantar. • Jika kod sekolah salah, sistem akan memaparkan ralat berikut: • Jika laporan telah dihantar, sistem akan memaparkan ralat berikut: Catatan: Laporan yang telah dihantar terdahulu boleh diperiksa/dikemaskini/dipadam melalui menu My menu→ View/edit/delete report.


6. Isikan segala butiran yang diperlukan pada borang laporan yang dipaparkan. Pastikan segala input yang dimasukkan adalah tepat. Nilai dalam ruangan Total Score, Level dan Percentage akan dijana secara automatik oleh sistem berdasarkan input Mean Score dan Student Enrolment yang diberi. 7. Tekan butang SUBMIT REPORT setelah anda selesai mengisi. 8. Laporan yang telah dihantar akan dipaparkan kembali untuk rujukan pegawai yang memasukkan data tersebut. Pegawai boleh mencetak laporan tersebut jika ingin disimpan untuk rujukan. Jika didapati terdapat ralat dan pegawai ingin mengemaskini/memadam laporan tersebut, sila pergi ke menu My menu→ View/edit/delete report.


CARA MENGHANTAR LAPORAN BAGI PIHAK INSTITUSI PENDIDIKAN 1. Pilih menu INSTITUTIONS pada laman utama HIP PORTAL 2. Halaman subsistem INSTITUTIONS akan dipaparkan. 3. Pilih My menu→Submit report (seperti ditandakan dalam kotak merah). 4. Masukkan kod institusi pada ruangan dipaparkan dan tekan butang Proceed. 5. Borang pengisian laporan akan dipaparkan jika kod institusi adalah betul dan laporan bagi institusi tersebut belum dihantar. • Jika kod institusi salah, sistem akan memaparkan ralat berikut: • Jika laporan telah dihantar, sistem akan memaparkan ralat berikut: Catatan: Laporan yang telah dihantar terdahulu boleh diperiksa/dikemaskini/dipadam melalui menu My menu→ View/edit/delete report.


6. Isikan segala butiran yang diperlukan pada borang laporan yang dipaparkan. Pastikan segala input yang dimasukkan adalah tepat. Nilai dalam ruangan Total Score dan Level akan dijana secara automatik oleh sistem berdasarkan input Mean Score yang diberi. 7. Tekan butang SUBMIT REPORT setelah anda selesai mengisi. 8. Laporan yang telah dihantar akan dipaparkan kembali untuk rujukan pegawai yang memasukkan data tersebut. Pegawai boleh mencetak laporan tersebut jika ingin disimpan untuk rujukan. Jika didapati terdapat ralat dan pegawai ingin mengemaskini/memadam laporan tersebut, sila pergi ke menu My menu→ View/edit/delete report.


Click to View FlipBook Version