The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Program Pertandingan Forum Remaja Sempena Sambutan Hari Sarawak Tahun 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ppdsarikei, 2022-07-20 03:18:38

Buku Program Pertandingan Forum Remaja

Buku Program Pertandingan Forum Remaja Sempena Sambutan Hari Sarawak Tahun 2022

Keywords: Buku Program Pertandingan Forum Remaja

Pertandingan

FORUM

Sempena Hari
Sambutan




Tarikh : 22 Julai 2022
Tempat : Universiti Teknologi Sarawak (UTS)

1

Pertandingan Forum Remaja

SEMPENA SAMBUTAN HARI SARAWAK TAHUN 2022

Pengenalan

Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Sarawak (MEITD) telah mengadakan
satu mesyuarat dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) pada 30 Mei 2022 untuk
berbincang mengenai Program Sambutan Hari Sarawak Tahun 2022.

Sambutan Hari Sarawak Tahun 2022 akan berlangsung pada 22 Julai 2022 di Sibu. Justeru,
beberapa pertandingan yang melibatkan murid sekolah rendah dan sekolah menengah telah
dirancang untuk memeriahkan sambutan hari Sarawak. Majlis Penutupan Sambutan Hari Sarawak
dicadangkan di UTS, Sibu pada 22 Julai 2022.

Objektif

Mewujudkan dan menggalakkan penggunaan bahasa Melayu baku dalam kalangan pelajar
sekolah, yang akhirnya akan melahirkan satu model penggunaan bahasa baku yang baik dan
berkesan dari segi tatabahasa, sebutan dan gaya.

Menjadi gelanggang untuk melahirkan pelajar yang berkebolehan berhujah dan mengungkapkan
buah fikiran dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan.

Menggalakkan penglibatan semua pelajar dengan bimbingan guru dalam mencari idea dan fakta
yang tepat tentang tajuk yang dibincangkan. Secara tidak langsung pertandingan ini membina
hubungan baik antara pelajar, dan pelajar dengan guru.

Syarat Penyertaan

1.Pertandingan ini dibuka kepada semua murid tingkatan empat (4)dan lima (5), sekolah menengah
dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

2. Setiap kumpulan terdiri daripada lima orang ahli
2.1 Seorang pengerusi
2.2 Tiga orang ahli panel
2.3 Seorang peserta simpanan

3. Peserta bagi setiap pasukan hendaklah daripada sekolah yang sama. Penyertaan pasukan yang
menggambarkan kumpulan etnik di Malaysia amat digalakkan.

4. Setiap pasukan perlu membincangkan tajuk yang ditentukan oleh pasukan masing-masing
berdasarkan skop yang telah disediakan oleh pihak penganjur.

5. Perlakuan yang kurang sopan semasa di atas pentas adalah dilarang. Penganjur berhak
menegur peserta atas sebarang perlakuan yang dianggap kurang sopan.

6. Jawatankuasa pertandingan berhak membuat keputusan yang difikirkan wajar dan 2
munasabah jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini demi memastikan


kelancaran perjalanan pertandingan pada satu-satu masa.

Peringkat Pertandingan

Pertandingan ini akan dijalankan dalam 2 peringkat:

Peringkat Saringan Awal

1.Setiap sekolah menengah dari 5 daerah jemputan dibenarkan menghantar satu (1) pasukan
sahaja.

2.Sekolah hanya perlu menghantar maklumat peserta dan juga rakaman video forum ke pautan
pendaftaran yang akan disediakan oleh pengelola.

3.Lima (5) pasukan terbaik pada saringan awal akan bertanding di peringkat akhir.

Peringkat Akhir

Lima (5) pasukan terbaik pada peringkat saringan awal akan bersaing pada peringkat akhir secara
langsung di Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Sibu pada 22 Julai 2022.

Skop Tajuk Forum

Skop tajuk forum merangkumi isu-isu bahasa dan sastera, sosial, budaya, ekonomi,
keusahawanan, pendidikan, alam sekitar, politik juga sains dan teknologi.(rujuk lampiran 1
cadangan tajuk forum)

Setiap pasukan tidak dibenarkan sama sekali menimbulkan isu yang bertentangan dengan
undang-undang, perpaduan kaum, tatasusila dan kepentingan negara.

Setiap pasukan diberikan kebebasan membina tajuk forum masing-masing berdasarkan skop di
atas tanpa menimbulkan sebarang sensitiviti.

Pengendalian Forum

PERINGKAT SARINGAN AWAL

Bagi saringan awal, setiap ahli panel akan berforum mengikut urutan masing-masing dan
dipersembahkan satu demi satu.

Masa berforum yang diperuntukkan kepada setiap pasukan adalah selama 20 minit dan dibuat
secara rakaman video.

PERINGKAT AKHIR 3

Pertandingan ini dipersembahkan dalam bentuk perbincangan. Setiap pasukan akan diwakili oleh
lima orang peserta yang terdiri daripada seorang pengerusi dan tiga orang ahli panel yang akan
mengupas suatu topik perbincangan manakala seorang lagi merupakan peserta simpanan.

Bagi pusingan pertama, setiap ahli panel akan berforum mengikut urutan bermula daripada ahli
panel pertama, kedua dan ketiga. Untuk pusingan pertama sahaja, ahli panel tidak boleh
mengganggu atau menyampuk semasa rakannya sedang menyampaikan hujah.

Sekiranya ada tafsiran dan terjemahan bagi firman, hadis atau petikan mestilah disampaikan
sepenuhnya dalam bahasa Melayu.

Setiap pasukan diberi masa 20 minit untuk berforum. Loceng amaran akan dibunyikan sekali
pada 3 minit sebelum masa tamat dan 2 kali apabila masa tamat.

Setelah tamat masa 20 minit pasukan berforum, pengerusi pasukan akan memberikan ruang
kepada ketua hakim untuk mengemukakan soalan. Ketua hakim akan mengajukan satu soalan
kepada pasukan yang bertanding. Masa untuk ketua hakim mengajukan soalan tidak akan dikira.
Tempoh masa selama 5 minit diperuntukkan kepada peserta bagi menjawab soalan tersebut.

Ketiga-tiga ahli panel mestilah menjawab soalan yang diajukan secara bergilir-gilir kerana
jawapan yang diberikan akan diambil kira dalam pemberian markah bonus kepada pasukan.

Jika berlaku gangguan kepada ahli panel semasa pertandingan, pengerusi pasukan boleh
menangguhkan pertandingan selama lima minit untuk membolehkan peserta simpanan
mengambil tempat yang dikosongkan.

Panel hakim berhak membuat keputusan yang difikirkan wajar dan munasabah demi memastikan
kelancaran perjalanan pertandingan pada satu-satu masa, misalnya jika berlaku bekalan elektrik
terputus, peserta pitam dan sebagainya ketika pertandingan diadakan. Keputusan panel hakim
adalah muktamad.

Hadiah

Peringkat Akhir

Cadangan hadiah pertandingan peringkat akhir adalah seperti yang berikut:
1.Tempat pertama akan menerima wang tunai RM1300.00, piala Johan, piala iringan murid dan sijil.
2.Tempat kedua akan menerima wang tunai RM1000.00, piala Naib Johan, piala iringan murid dan
sijil.
3.Tempat ketiga akan menerima wang tunai RM800.00, piala Tempat ketiga, piala Iringan murid dan
sijil.
4.Tempat keempat akan menerima wang tunai RM600.00, piala tempat keempat, piala iringan
murid dan sijil.
5.Tempat kelima akan menerima wang tunai RM350.00, piala tempat kelima, piala iringan murid
dan sijil.
6.Ahli Forum Terbaik akan menerima wang tunai RM100.00, sijil dan piala iringan.
7.Pengerusi Forum Terbaik akan menerima wang tunai RM100.00, sijil, dan piala iringan.

Penghakiman 4

Tiga orang hakim akan menghakimi pertandingan pada semua peringkat saringan awal dan akhir.
Salah seorang hakim akan bertindak sebagai ketua hakim.

Hakim pertandingan peringkat saringan awal dan akhir boleh terdiri daripada guru dan pegawai
Pejabat Pendidikan Daerah/Jabatan Pendidikan Negeri, Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia
Barat (KGMMB), Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia,
pegawai DBP.

Penentuan pasukan yang menang tempat pertama, tempat kedua, tempat ketiga, pemenang sagu
hati, pengerusi terbaik dan ahli forum terbaik peringkat daerah, negeri dan kebangsaan akan
ditentukan dengan menggunakan sistem juri.

Keputusan panel hakim adalah muktamad.

Aspek Pemarkahan

Penilaian markah bagi pertandingan pada semua peringkat akan dinilai secara keseluruhan
daripada semua aspek.

Penilaian markah daripada aspek bahasa, isi, penyampaian dan pengendalian forum akan
diberikan.

Sebarang bentuk nyanyian dan puisi tidak akan diambil kira dan akan menjejaskan markah
penyampaian.

Setiap pasukan perlu mengutarakan maksimum lima isi. Markah penuh bagi setiap isi ialah lapan,

iaitu:

1. Penyataan isi : 3 markah

2. Huraian/penjelasan : 3 markah

3. Contoh : 2 markah

(Pengerusi tidak diberikan markah isi. Markah bagi isi sebanyak 40 adalah untuk prestasi pasukan).

Bahasa dikira daripada markah penuh (40) yang merangkumi empat aspek seperti yang berikut:

1. Sebutan baku : 20 markah

2. Tatabahasa : 10 markah

3. Diksi : 5 markah

4. Pertautan : 5 markah

(Markah minimum bagi setiap aspek ialah separuh daripada markah penuh dan pertambahan

markah dikira berdasarkan bahasa yang jelas, tepat dan baku (struktur dan sebutan), gaya bahasa

yang berkesan dan tepat kepada maksud yang hendak disampaikan, diksi serta pertautan idea yang

jelas)

Markah penuh bagi pengendalian forum ialah 20 markah dengan pecahan seperti yang berikut:

1. Memulakan perbincangan : 5 markah

2. Mengendalikan perbincangan : 10 markah

3. Menggulung perbincangan : 5 markah

Hanya pengerusi sahaja dinilai daripada aspek pengendalian forum. 5

Markah penuh bagi penyampaian forum ialah 30 markah dengan pecahan seperti yang berikut:

a. Adab dan kesantunan bahasa : 10 markah

b. Gaya perlakuan : 10 markah

c. Kelancaran tutur kata : 10 markah

Markah penuh bagi soalan spontan ialah satu markah (pengerusi) dan tiga markah (ahli panel).
Jumlah ialah 10 markah.

Markah maksimum bagi setiap ahli panel ialah 73 markah, manakala markah maksimum bagi
pengerusi pula ialah 91 markah.

Ahli panel dibenarkan merujuk teks sekali-sekala. Sekiranya hakim berpendapat ada peserta yang
merujuk teks melebihi daripada yang sepatutnya (5 kali), markah maksimum yang boleh dipotong
ialah 5 markah daripada keseluruhan markah penyampaian.

Apa-apa yang disampaikan oleh ahli panel setelah loceng penamat dibunyikan tidak akan
diberikan markah.

Tarikh Dan Tempat Pertandingan

Peringkat Saringan awal

Tarikh Pendaftaran : 4 hingga 14 Julai 2022
Kaedah Pertandingan : Secara dalam talian (penghantaran video rakaman forum)
Pautan Pendaftaran : https://bit.ly/ForumRemaja2022

Peringkat Akhir

Tarikh Pertandingan : 22 Julai 2022

Tempat : Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Sibu

Am

Sebarang pindaan dan perubahan terhadap konsep pertandingan ini tertakluk kepada
pertimbangan pihak penganjur.

Sebarang tafsiran terhadap konsep pertandingan ini hendaklah dirujuk kepada pihak penganjur.

Sebarang pertanyaan dan rujukan boleh merujuk kepada:

Abang Aedy Zakry bin Abang Jaili
Unit Pembangunan Bakat Murid
Sektor Pembangunan Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei
(No. Tel.: 084-656701 / 014-9969794)

Cadangan Tajuk Forum 6

Setiap pasukan boleh memilih satu daripada tajuk yang disenaraikan untuk menjayakan forum
di peringkat saringan awaI dan akhir.

Tajuk forum seperti yang berikut:

1. Politik
a) Patriotisme dalam Prinsip Kesopanan dan Kesusilaan
b) Kepimpinan Remaja Tonggak Masa Hadapan Negara
c) Golongan Muda dan Reformasi Dewan Negara
d) Anjakan Kuasa Politik Wanita
e) Budaya Berbahasa dalam Politik

2. Sosial
a) Sahsiah Remaja Cerminan Masa Depan Negara
b) Kepentingan Kemahiran Berkomunikasi
c) Kesukarelawan Membentuk dan Mendidik
d) Lagu Rakyat Bukan Sekadar Hiburan
e) Memahami Kontrak Sosial danMembudayakan Rukun Negara

3. Budaya
a) Adab Memuliakan Jiran Tetangga
b) Membacalah Demi Masa Hadapan Negara
c) Kepelbagaian Agama dan Budaya Tonggak Kemakmuran Negara
d) Membentuk Budaya Berfikir Golongan Muda
e) Pembinaan Tamadun Bangsa Melalui Budaya Membaca

4. Ekonomi
a) E-Dagang: Berbelanja Secara dalam Talian
b) Arah Ekonomi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030
c) Jenama Tiruan Sukar Dibendung?
d) Wawasan Kemakmuran Bersama 2030: Melonjakkan Ekonomi Rakyat dan Negara
e) Industri Penerbitan dan Revolusi Industri 4.0

5. Pendidikan
a) Pengangguran Siswazah: Antara Kecemerlangan Akademik dengan Kepelbagaian Kemahiran
b) Menggilap Akal dan Sahsiah Remaja
c) Bilik Darjah Google Sesuai atau Tidak?
d) Pendidikan Berteraskan Nilai Murni
e) Menggapai Sistem Pendidikan Terbaik Dunia

6. Alam Sekitar
a) Masyarakat Bersih Negara Sejahtera
b) Bersahabat dengan Alam
c) Kecelaruan Ekosistem Akibat Kepupusan Hidupan Liar
d) Adaptasi Hutan Terhadap Perubahan Iklim
Hargai Alam Sekitar Bukan Sekadar Slogan

7. Bahasa dan Sastera 7
a) Bahasa Melayu sebagai Benteng Jati Diri Generasi Muda
b) Nilai Sastera Membentuk Diri Remaja
c) Bahasa Jiwa Bangsa
d) Benarkah Pendidikan Sastera Kebangsaan Dipinggirkan?
e) Impak dan Kelebihan Menguasai Pelbagai Bahasa

8. Sains dan Teknologi
a) Ancaman Pedofilia: Awasi Tingkah Laku Anda di Internet
b) Membentuk Pengguna Dunia Digital yang Bijak
c) Kekal Selamat di Media Sosial
d) E-Sukan: Alternatif Baharu untuk Rekreasi
e) Masyarakat Inovasi Berteraskan Teknologi

9. Kesihatan
a) Autisme Bukannya Kekurangan Tetapi Keistimewaan
b) Bahaya Penularan Sikap Antivaksin
c) Kemurungan: Derita dalam Diam
d) Remaja dan Masalah Ketagihan Peranti Elektronik
e) E-Sukan: Menyihatkan atau Memudaratkan?

10. Pertanian
a) Sasaran Lahirkan Usahawan Tani Berdaya Maju
b) Pertanian Berkelompok Atasi Inflasi
c)Teknologi Moden dalam Pertanian
d)Transformasi Pertanian Pintar
e)Kepentingan Kempen Beli dan Sokong Produk Pertanian Malaysia

Sumber Rujukan: Majalah Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Ekonomi,
Pelita Bahasa, Dewan Kosmik, Dewan Bahasa dan Tunas Cipta.

Ahli Jawatankuasa Pengelola 8

Pengerusi PERTANDINGAN FORUM REMAJA

SEMPENA HARI SARAWAK TAHUN 2022



: Lau Ngie Tung

Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei

Timbalan Pengerusi : Micheal anak Mpulop
Timbalan PPD, Sektor Pembangunan Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei

Setiausaha : Abang Aedy Zakry bin Abang Jaili
Penolong PPD Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei

Bendahari : Augustine Lim Entoi
Penolong PPD Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei

AJK Teknikal Forum : Nur Fadzrine Yung Abdullah
Timbalan PPD
Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei
Hamsiah binti Kunggi
Sisc+ Bidang Bahasa Melayu, Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei

AJK ICT & Multimedia : Loh Ee Leong (K)
Sisc+ Bidang TVET, Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei
Zainal bin Ripin
Penolong PPD Sumber & Teknologi Pendidikan
Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei
Ustaz Mohammad Serhan bin Hassan
Penolong PPD Pendidikan Islam, Sektor Pembelajaran
Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei

AJK Hadiah, Cenderamata : Renna anak Jemmery
dan Sijil Penolong PPD Pendidikan Khas, Sektor Pembelajaran
Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei
Nazliyatul Shaida binti Dollah
Pembantu Tadbir, Sektor Pembelajaran
Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei

AJK Publisiti : Norazizahwati binti Maliki
Juruteknik Komputer, Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei
Afifah Hanani binti Ramlan
Personal MyStep, Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei

4

9

AJK Tugas Khas Ahli Jawatankuasa Pengelola

AJK Makanan PERTANDINGAN FORUM REMAJA
AJK Pendaftaran SEMPENA HARI SARAWAK TAHUN 2022
AJK Urus Setia


: Zulhairi Zulkarnaini bin Julaihi

Pembantu Operasi, Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei
Spiee bin Abang
Pembantu Laut, Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei
Johnny Wilson Pilie
Pemandu, Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei
Awang Sherif bin Awang Ros
Pemandu, Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei

: Stephen bin William Otoi
Penolong PPD HEM, Sektor Pembangunan Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei

: Tang Ai Ling
Timbalan PPD, Sektor Pengurusan Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei
Nazliyatul Shaida binti Dollah
Pembantu Tadbir, Sektor Pembelajaran
Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei

: Mohd. Farid Yeong Abdullah
Penolong PPD HEM, Sektor Pembangunan Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei
Hanafi bin Julai
Pembantu Tadbir, Sektor Pembangunan Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei

10

Senarai Peserta Akhir

PERTANDINGAN FORUM REMAJA
SEMPENA HARI SARAWAK TAHUN 2022




NAMA SEKOLAH : SMK SARIKEI BARU, SARIKEI

TAJUK FORUM : BAHASA JIWA BANGSA

GURU PEMBIMBING : YUZYLIA AMEERA BINTI MAHROP

AWANG MANGGALA BIN AWANG ABDULLAH

  NAMA PELAJAR TINGKATAN

Pengerusi ISMA ARRIF BIN ISKANDAR 4
Ahli Panel 1 BALQIS BATRISYIA BINTI ABDUL HALIM 4

Ahli Panel 2 AIREEN NABILA BINTI NAJIB 4

Ahli Panel 3 NUR FARAHYN AINNA BINTI ABDUL HUZA 4

Simpanan IRDARWISYA BINTI MOHAMMAD HABIB 4

NAMA SEKOLAH : SMK ST ANTHONY, SARIKEI

TAJUK FORUM : MEMBENTUK BUDAYA BERFIKIR DALAM KALANGAN

GOLONGAN MUDA

GURU PEMBIMBING : NORSIAH BINTI ARIP

BOLHAN BIN OMAR

  NAMA PELAJAR TINGKATAN

Pengerusi SHARMEEN AMNI SYAHZANI BINTI ZALANI 4

Ahli Panel 1 MICHELLE HILLARY ANAK DONNY 5

Ahli Panel 2 AINNA QAISARAH BINTI ABDUL MUTALIF 4

Ahli Panel 3 AMAL WARDAH FARIHA BINTI ASWANDEE 5

Simpanan EMILLIA TRA ANAK LUTOR 5

Senarai Peserta Akhir 11

PERTANDINGAN FORUM REMAJA TINGKATAN
SEMPENA HARI SARAWAK TAHUN 2022
5

5
5
NAMA SEKOLAH : SMK TINGGI, SARIKEI 4
4
TAJUK FORUM : KEMURUNGAN : DERITA DALAM DIAM

GURU PEMBIMBING : KUOK HIE KING

  NAMA PELAJAR

Pengerusi AVINASH MERAWIE ANAK SINGKI
Ahli Panel 1 MARCEL MERSAT LEI ANAK NANCY
Ahli Panel 2 YII HUI MING
Ahli Panel 3 BELINDA FUNG SIAO TZE
Simpanan IRIS SIA CHU RONG

NAMA SEKOLAH : SMK KANOWIT, KANOWIT

TAJUK FORUM : E-DAGANG

GURU PEMBIMBING : PHAN KEE LING

  NAMA PELAJAR TINGKATAN
Pengerusi GRACIA SAIRA JARA ANAK STEPHEN 4
Ahli Panel 1 CLARA ANAN BINTI WIFRED 4
Ahli Panel 2 JUSREEN ANAK ANGELIA 4
Ahli Panel 3 QURISHYA ARAVELLA ANAK ANDIN 4
Simpanan ANDRYAN BIN BOHAN 4

12

Senarai Peserta Akhir

PERTANDINGAN FORUM REMAJA
SEMPENA HARI SARAWAK TAHUN 2022




NAMA SEKOLAH : SMK ULU BALINGIAN, SELANGAU

TAJUK FORUM : MEMBACALAH DEMI MASA HADAPAN NEGARA

GURU PEMBIMBING : CATHERINE SINGGAL ANAK NAWOH

  NAMA PELAJAR TINGKATAN

Pengerusi ELIZEBERTH ANAK JAWIE 5
Ahli Panel 1 MUHAMMAD SYAZRUL NAJWAN BIN MAZLAN 5
Ahli Panel 2 ELISA NADIA ANAK UJANG 5
Ahli Panel 3 SYLVESTER ENTALAI ANAK LIAM 5
Simpanan ALLYSSA LINDA ANAK PATRICK 5

13

Tantatif Program Peringkat Akhir

PERTANDINGAN FORUM REMAJA
SEMPENA HARI SARAWAK TAHUN 2022



Tarikh : 22 Julai 2022 (Jumaat)
Masa : 7.00 pagi hingga 10.30 pagi

TIME PROGRAM NOTES

7.00am - 7.30am Pendaftaran Peserta * Mengambil kehadiran peserta dan guru
Peringkat Akhir pembimbing

* Menyemak dokumen pengenalan dan
borang penyertaan

7.35am Taklimat Prosedur * Taklimat disampaikan oleh Pegawai
Pertandingan Teknikal Forum
Cabutan undi
* Cabutan undian giliran bagi peserta
Top 5 Forum

8.00am Pertandingan Forum Remaja * Kumpulan 1
dilaksanakan * Kumpulan 2
* Kumpulan 3
* Kumpulan 4
* Kumpulan 5

10.00am Rehat


10.15am Rumusan markah dan * Ketua hakim menyampaikan rumusan
rumusan Ketua Hakim pertandingan kepada semua peserta

10.30pm Forum Remaja ditangguhkan * Pemenang bagi Forum Remaja akan
diumumkan semasa Majlis Penutupan
Sambutan Hari Sarawak Tahun 2022

14

Pelan Tempat Duduk Forum

PERTANDINGAN FORUM REMAJA
SEMPENA HARI SARAWAK TAHUN 2022

15

Pelan Tempat Duduk Forum

PERTANDINGAN FORUM REMAJA
SEMPENA HARI SARAWAK TAHUN 2022



SIAO TZE



KUOK HIE KING

16

Pelan Tempat Duduk Forum

PERTANDINGAN FORUM REMAJA
SEMPENA HARI SARAWAK TAHUN 2022

17

Ucapan
Penghargaan









Pengerusi & Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan Forum Remaja Sempena Sambutan

Hari Sarawak Tahun 2022






Ingin Merakamkan Setinggi-Tinggi Penghargaan
Dan Terima Kasih Kepada

Semua Pihak Yang Telah Memberikan Kerjasama,
Bantuan Tenaga Serta Semua Pihak Yang Terlibat

Secara Langsung Atau Tidak Langsung Dalam
Menjayakan Pertandingan ini.


Click to View FlipBook Version