The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NURBURAIDAH AZIZI BINTI ISMAIL IPG-Pelajar, 2023-10-20 03:58:05

CABARAN MASA DEPAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN DI MALAYSIA

TUGASAN LAPORAN REFLEKTIF BMMB3163

Keywords: kebudayaan kebangsaan

KEBUDAYAAN KEBANGSAAN CCAABBAARRAANN MASA DEPAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN B M M B 3 1 6 3


PPEENNGGHHAARRGGAAAANN


Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapat saya menyiapkan e-book ini dengan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan saya berikan kepada Puan Fadzilah binti Abdul Rahim selaku pensyarah kursus Kebudayaan Kebangsaan (BMMB 3163) yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang lengkap kepada kami sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini. Selain itu, ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada kedua ibu bapa saya yang tercinta kerana banyak memberi dorongan dan sokongan dari pelbagai aspek dalam menghasilkan kerja kursus ini. Di samping itu, tidak lupa juga ucapan terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus lumus dan saling bertukar-tukar pendapat dalam proses menyiapkan kerja kursus ini. Konklusinya, sebesar-besar penghargaan saya berikan kepada insan yang membantu saya secara sedar mahupun tidak sedar sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini dijalankan. Besarlah harapan saya agar kerja kursus yang dihasilkan ini dapat menambahkan ilmu di dada bagi menyiapkan diri saya menjadi bakal guru yang cemerlang pada masa akan datang. Saya juga berharap agar pembaca akan mendapat manfaat daripada kerja kursus ini dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. PENGHARGAAN NURBURAIDAH AZIZI BINTI ISMAIL (V4)


ISI KKAANNDDUUNNGGAANN


01 Pengenalan ISI KANDUNGAN 03 Pengaruh politik 07 Pengaruh ekonomi 11 Pengaruh sosial 15 Pengaruh pendidikan 19 Penutup 21 Rujukan


PPEENNGGEENNAALLAANN 1


Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan kaya dengan khazanah budaya (Lee, 2019). Kelemahan dalam mengangkat kebudayaan pelbagai kaum boleh menyebabkan pertikaian seterusnya mampu mengganggu-gugat keharmonian negara. Lantaran itu, Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) digubal bagi menjadi panduan kepada pengamalan kebudayaan kebangsaan di Malaysia. Melalui DKK, budaya dilihat berperanan sebagai agen perpaduan, memelihara keperibadian kebangsaan dan meningkatkan kualiti pembangunan di Malaysia. Namun begitu, peranan budaya dilihat semakin terpinggir apabila wujudnya pengaruhpengaruh negatif melalui ekonomi, sosial, pendidikan dan politik. Oleh itu, e-book ini dihasilkan bagi membincangkan pengaruh yang mampu mencabar keharmonian kebudayaan kebangsaan di Malaysia. 2


PPEENNGGAARRUUHH PPOOLLIITTIIKK 3


TUNTUTAN POLITIK IDENTITI MCA IKTIRAF UEC PAS HUKUM HUDUD Politik identiti adalah suatu proses di mana kelompok etnik atau budaya dalam masyarakat berusaha untuk mendapatkan pengakuan, hak-hak, dan kedudukan dalam konteks politik dan sosial. Pandangan ini ditegaskan oleh Ismail & Mujani (2020) yang menyatakan bahawa politik identiti yang bersandarkan kepada kaum dan agama sering kali mewujudkan perbezaan dan konflik dalam keharmonian pelbagai etnik di Malaysia. Ini disebabkan oleh perbezaan pandangan atau tuntutan yang tidak selaras dengan budaya etnik lain. Rajah 1 di bawah menunjukkan antara tuntutan yang dibuat berdasarkan politik identiti. I S U : P O L I T I K I D E N T I T I 4 Rajah 1. Tuntutan politik identiti.


Persatuan Cina Malaysia(MCA) merupakan parti politik yang dianggotai oleh kaum Cina. Oleh sebab mahu mengangkat martabat bahasa Cina, MCA mendesak kerajaan untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama atau Unified Examination Certificate (UEC) sebagai kelayakan melanjutkan pelajaran di Malaysia. Namun begitu, tuntutan ini bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang mewajibkan bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar utama (Ghazali, 2012). Sukatan pelajaran yang berasal dari Taiwan turut melanggar silibus yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia terutama dalam subjek Bahasa Melayu. Akibatnya, jika isu ini tidak diselesaikan, kedudukan bahasa Melayu dan kebudayaan Malaysia boleh tergugat seterusnya menggagalkan keharmonian Kebudayaan Kebangsaan Malaysia. Iktiraf Unified Examination Certificate (UEC) 5 Rajah 2. Isu UEC.


Parti Islam Se-Malaysia(PAS) yang dianggotai oleh orang Islam di Malaysia telah menuntut untuk melaksanakan hukum hudud di Malaysia. Hudud merupakan hukuman yang telah ditetapkan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah terhadap jenayah yang dilakukan (Isnin, Hamil Johan & Mohd Noor, 2021). Namun begitu, hukum hudud ditolak oleh parti perkauman yang lain seperti DAP dan MCA kerana wujudnya perbezaan hukuman jika melibatkan orang Islam dan orang bukan Islam dalam sesuatu kes. Mohd Hasan (2011) berpendapat, perbezaan hukuman ini boleh menyebabkan kekeliruan terhadap sistem kehakiman. Keenganan melaksanakan hukum hudud di Malaysia menyebabkan prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu meletakkan agama Islam sebagai unsur penting dalam negara tidak dapat dicapai. Akibatnya, jika isu ini tidak selesai, keharmonian dasar kebangsaan berkaitan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi boleh mengakibatkan perpecahan dalam masyarakat. Iktiraf hukum hudud 6 Rajah 3. Isu PAS laksana Hudud.


PPEENNGGAARRUUHH EEKKOONNOOMMII 7


PUNCA Dasar Pecah Perintah Kemahiran berbahasa Mandarin bagi peluang pekerjaan Ketidakseimbangan peluang pekerjaan merupakan isu berkaitan keadilan dan kesaksamaan dalam mendapatkan pekerjaan. Ab Rahman, Daud & Ahmad (2020) berpendapat punca ketidakseimbangan peluang pekerjaan di Malaysia adalah disebabkan diskriminasi kaum. Rajah 4 di bawah menunjukkan punca ketidakseimbangan peluang pekerjaan di Malaysia yang mengakibatkan cabaran kepada Kebudayaan Kebangsaan dalam aspek bahasa. I S U : K E T I D A K S E I M B A N G A N P E L U A N G P E K E R J A A N 8 Rajah 4. Punca ketidakseimbangan ekonomi.


Sejarah menunjukkan bahawa Dasar Pecah dan Perintah yang diterapkan semasa penjajahan British mengarahkan masyarakat Cina ke bandar untuk aktiviti perniagaan, masyarakat Melayu ke kawasan pedalaman untuk aktiviti pertanian dan masyarakat India ke kawasan estet untuk aktiviti perladangan (Cheah, 2002). Secara tidak langsung, dasar-dasar ini mempengaruhi ketidakseimbangan penyertaan etnik dalam sektor-sektor tersebut sehingga hari ini. Contohnya, sektor perniagaan lebih didominasi oleh masyarakat Cina yang mampu meningkatkan ekonomi mereka. Masyarakat Melayu pula dijamin kerana mendapat keistimewaan sebagai bumiputera. Bagi masyarakat selain Melayu dan Cina, ekonomi mereka dilihat lebih rendah kerana bidang perladangan tidak begitu memberangsangkan di Malaysia. Ini jelas menunjukkan Dasar Pecah dan Perintah yang diamalkan semasa zaman pemerintahan British telah memberi kesan yang besar kepada ketidakseimbangan ekonomi pada hari ini mengikut etnik dan kaum. Jika isu ini berlarutan, Kebudayaan Kebangsaan dapat digugat apabila perpaduan antara kaum tidak lagi dapat dibina kerana wujudnya sifat dengki dan sifat ketidakadilan antara etnik. Keistimewaan atau kelebihan terhadap sesuatu etnik juga boleh mewujudkan etnosentrik dalam kalangan sesuatu etnik. Dasar Pecah dan Perintah 9 Rajah 5. Kesan Dasar Pecah dan Perintah.


Lanjutan daripada sifat etnosentrik itu, wujudnya syarat-syarat yang memberi kelebihan kepada sesuatu etnik sahaja. Pandangan ini diakui oleh Kajian Pusat Pentadbiran dan Pengajian Politik (Cent- GPS) yang menyatakan wujudnya diskriminasi terhadap pengambilan pekerja dalam sektor swasta. Buktinya, terdapat syarikat swasta yang mewajibkan penguasaan bahasa Mandarin untuk mendapat kerja. Sukemi, Nawawi & Yusof (2020) berpendapat, syarat ini sebenarnya memberi kelebihan kepada kaum Cina untuk mengisi kekosongan pekerjaan berbanding kaum lain. Namun begitu, tindakan ini seolah-olah menafikan Kebudayaan Kebangsaan yang mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia selari dengan perlembagaan Malaysia. Jika isu ini tidak diselesaikan, tidak hairanlah jika diskriminasi dalam bidang ekonomi akan mengugat Kebudayaan Kebangsaan khususnya peranan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu. Kemahiran berbahasa Mandarin bagi mendapat peluang pekerjaan 10 Rajah 6. Isu penguasaan bahasa Mandarin dalam pekerjaan.


PPEENNGGAARRUUHH SSOOSSIIAALL 11


BUKTI Komen negatif di media sosial mengenai budaya Pengaruh budaya luar negara Sensitiviti terhadap budaya merupakan kepekaan masyarakat terhadap budaya yang diamalkan oleh sesuatu kaum. Hal ini demikian kerana terdapat pengamalan kebudayaan sesuatu kaum yang tidak selari dengan kaum lain. Namun begitu, perkembangan bidang teknologi dilihat mampu menghakis sensitiviti terhadap budaya kerana masyarakat seolah-olah berhak memberi pandangan tanpa memikirkan kesan buruk terhadap keharmonian Kebudayaan Kebangsaan. Rajah 7 di bawah menunjukkan bukti kurang sensitiviti terhadap budaya dalam kalangan masyarakat. I S U : S E N S I T I V I T I B U D A Y A 12 Rajah 7. Bukti sensitiviti budaya melalui media sosial.


Komen negatif di media sosial mengenai budaya dapat mencabar keharmonian Kebudayaan Kebangsaan di Malaysia. Hal ini demikian kerana penggunaan media sosial boleh mewujudkan kontroversi apabila komen sensitif mengenai budaya lain diberikan tanpa memikirkan kesan buruk. Misalnya, terdapat sebilangan masyarakat yang mempersendakan budaya pemakaian anting-anting oleh wanita Orang Ulu Sarawak di media sosial. Akibatnya, pergaduhan dan pertengkaran dalam media sosial boleh berlaku. Secara tidak langsung, perbuatan mempersendakan budaya etnik lain ini turut melanggar prinsip penerimaan budaya lain yang sesuai dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan(DKK) dan menggagalkan objektif DKK iaitu mewujudkan perpaduan melalui kebudayaan. Tuntasnya, pengaruh media sosial yang menyebabkan masyarakat boleh memberi komen negatif terhadap budaya etnik lain boleh mencabar keharmonian kebudayaan kebangsaan di Malaysia. Komen negatif di media sosial mengenai budaya 13 Rajah 8. Budaya wanita Ulu Sarawak.


Ledakan teknologi turut memudahkan pengaruh budaya luar untuk diamalkan di Malaysia. Hal ini demikian kerana terdapat sebilangan masyarakat yang mengagungkan budaya luar tetapi mencerca budaya sendiri sebagai ketinggalan zaman dan kolot. Ini menyebabkan keunikan budaya kebangsaan tidak dapat dikekalkan (Johnes, Hussin & Tangit, 2022). Misalnya, pakaian beragam bagi Hari Kebangsaan pada hari ini dilihat memasukkan unsur budaya barat seperti gaun sehingga meminggirkan pakaian kebangsaan Malaysia seperti baju kurung, baju Puteri Perak dan sebagainya. Akibatnya, jika perkara ini tidak dibendung, pakaian kebangsaan Malaysia hanya akan dipamerkan di muzium dan tidak dianggap sebagai sesuatu yang berharga. Pengaruh budaya luar turut mencabar prinsip DKK kerana mengangkat budaya negara luar sehingga meminggirkan budaya sendiri. Jelaslah bahawa pengaruh budaya luar sememangnya mencabar keharmonian Kebudayaan Kebangsaan di Malaysia. Pengaruh budaya luar 14 Rajah 9. Pengaruh pakaian dalam pakaian kebangsaan.


PPEENNGGAARRUUHH PPEENNDDIIDDIIKKAANN 15


PUNCA Penggunaan bahasa ibunda dalam pengajaran Bahasa Melayu SJK Meminggirkan budaya lain Pengaruh dalam bidang pendidikan juga dilihat mampu mencabar keharmonian Kebudayaan Kebangsaan. Pandangan ini diakui oleh Khoo & Tan (2018) yang menyatakan bahawa interaksi dan pemahaman antara kaum terhalang apabila penerapan sistem pendidikan berasaskan kaum di Malaysia. Hal ini demikian kerana sekolah vernakular yang berorientasikan kaum dapat menghalang keharmonian Kebudayaan Kebangsaan. Rajah 10 di bawah menunjukkan punca perkara ini berlaku. I S U : S E K O L A H V E R N A K U L A R 16 Rajah 10. Isu sekolah vernakular dalam pemantapan budaya.


Kebanyakan guru di sekolah vernakular merupakan guru yang bukan Melayu. Hal ini demikian bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan bahasa ibunda. Pandangan ini disokong oleh Beh, Ishak & Noor (2021) yang mengatakan bahawa bahasa pengantar utama di sekolah SJK merupakan bahasa ibunda, iaitu bahasa Mandarin di SJK(C) dan bahasa Tamil di SJK(T). Buktinya, buku teks di sekolah SJK menggunakan sepenuhnya bahasa ibunda masing-masing kecuali bagi subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Namun begitu, proses pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Bahasa Melayu yang diajar dalam bahasa ibunda dilihat mampu memberi cabaran kepada Kebudayaan Kebangsaan dan menggagalkan prinsip DKK iaitu kebudayaan berbahasa masyarakat Melayu yang merupakan rakyat asal rantau ini. Pandangan ini diakui oleh Smith (2021) yang menyatakan bahawa guru bukan Melayu mengajar menggunakan bahasa ibunda bagi memudahkan pemahaman murid tetapi secara tidak langsung memberi kesan buruk kepada penguasaan kosa kata murid. Akibatnya, perselisihan faham antara anggota masyarakat yang berbeza etnik boleh berlaku kerana persefahaman melalui komunikasi tidak dapat dapat diwujudkan. Tuntasnya, bidang pendidikan yang menerapkan sekolah vernakular dilihat mampu mencabar keharmonian Kebudayaan Kebangsaan melalui bahasa pengantar yang digunakan. Penggunaan bahasa ibunda dalam pengajaran Bahasa Melayu SJK 17 Rajah 11. Isu penggunaan bahasa ibunda dalam PdP BM.


Sekolah vernakular juga menyebabkan budaya kaum lain kurang diraikan di peringkat sekolah. Pandangan ini diakui oleh Abdul Razak (2019) yang menyatakan bahawa sambutan Hari Raya Cina dan Hari Deepavali di sekolah kebangsaan tidak diraikan semeriah Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Contohnya, jika Hari Raya Aidilfitri, pelbagai pertandingan dianjurkan seperti aktiviti membuat kad raya, jamuan hari raya dan pertandingan menyanyi lagu raya, tetapi bagi perayaan kaum lain, kurang aktiviti yang dianjurkan. Perkara ini mengakibatkan murid tidak terdedah dengan budaya kaum lain. Murid hanya mengetahui kebudayaan sendiri dan tidak menghargai kepelbagaian budaya di Malaysia (Lee, 2017). Akibatnya, keharmonian Kebudayaan Kebangsaan dapat tergugat kerana kurang kesedaran mengenai kepelbagaian budaya yang diamalkan di Malaysia. Meminggirkan budaya lain 18 Rajah 12. Isu peminggiran budaya di sekolah.


KKEESSIIMMPPUULLAANN 19


Konklusinya, wujud pengaruhpengaruh yang mampu mencabar keharmonian Kebudayaan Kebangsaan dalam segenap bidang. Oleh itu, pengaruhpengaruh ini perlu diperhalusi agar cadangan bagi mengatasi pengaruh tersebut dapat dilakukan dengan baik. Semoga Kebudayaan Kebangsaan dapat mendepani cabaran pada masa kini agar terus kekal pada masa hadapan. 20


RRUUJJUUKKAANN 21


Abdul Razak. (2019). Peranan Guru dalam Mempertingkatkan Keadaan XXXXXKebudayaan Kebangsaan Melalui Sekolah Vernakular. Jurnal XXXXXPendidikan Malaysia, 43(2), 45-62. Ab Rahman, H., Daud, M. B., & Ahmad, N. B. (2009). Pembangunan XXXXXekonomi dalam hubungan etnik. Diambil dari XXXXXhttp://eprints.utm.my/id/eprint/14760/1/HamidahAbdulRahman20 XXXXX09_PembangunanEkonomidalamHubunganEtnik.pdf. Capaian XXXXXpada 22 Jun 2023. Beh, S. H., Pue, G. H., Ishak, M. S., & Noor, M. M. (2021). Kesepaduan XXXXXnasional penduduk kawasan rukun tetangga di Malaysia. XXXXXMalaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), XXXXX6(7), 40-53. Ghazali, N. (2012). Pemahaman kepelbagaian etnik dalam memastikan XXXXXkeharmonian di Malaysia. Jurnal Hukum Dan Pembangunan, 42- XXXXX53. Hasan, M. (2011). Keunikan dan cabaran pembangunan negara XXXXXMalaysia sebagai negara berbilang kaum. Prosiding Persidangan XXXXXPendidikan Serantau ke-2. Ismail, A. M., & Mujani, W. K. (2020). Had kebebasan bersuara dalam XXXXXhak kebebasan beragama di Malaysia: Limits of expression in XXXXXreligious freedom rights in Malaysia. The Sultan Alauddin XXXXXSulaiman Shah Journal (JSASS), 7(2), 176-192. RUJUKAN 22


Ismnin, I., Hamil, J. H., & Noor, M. N. M. (2021). Kesan elitisme dan XXXXXpluralisme dalam politik Malaysia. Malaysian Journal of Social XXXXXSciences and Humanities (MJSSH), 6(12), 50-59. Johnes, J., Hussin, R., & Tangit, T. M. (2022). Keharmonian Masyarakat XXXXXMelalui Perayaan Rakyat. e-BANGI, 19(6), 75-87. Lee, S. H. (2017). Pemeliharaan budaya dalam pendidikan Malaysia. XXXXXDalam A. Hassan (Ed.), Cabaran pendidikan abad ke-21 (Muka XXXXXSurat 78-93). Penerbit Pustaka Harta. Lee, W. C. (2019). Dynamics of cultural assimilation in Malaysia. Oxford XXXXXUniversity Press. Smith, J. (2021). The influence of economic factors on non-Malay XXXXXlanguage teachers in Malaysian national-type schools (SJK) XXXXXteaching Malay language. Journal of Education Research, 45(2), XXXXX123-136. Sukemi, M. N., Nawawi, M. N., Ahmat, N., & Yusof, A. R. M. (2020). XXXXXTindakan affirmatif di Malaysia: Menghapuskan kekeliruan XXXXXmenerangi kebenaran (Affirmative action in Malaysia: Eliminate XXXXXconfusion in explaining the truth). Asian Journal of Environment, XXXXXHistory and Heritage, 4(2). RUJUKAN 23


Click to View FlipBook Version