The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurunradzi97, 2023-05-11 09:55:09

BUKU LAPORAN PIBG SESI 2022/2023

SEKOLAH KEBANGSAAN ASSUNTA SATU

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN ASSUNTA SATU MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 51 SESI 2023/2024 NO.PENDAFTARAN PIBG SEL 127


BIL ISI KANDUNGAN MS 1 LATAR BELAKANG SEKOLAH 1 2 ATURCARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG 2 3 JAWATANKUASA KERJA 3 - 4 4 AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2023 5 5 AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG 6 6 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 50 7 - 18 7 SENARAI AKTIVITI PIBG TAHUN 2022/2023 19-20 8 LAPORAN PENYATA KEWANGAN 2022 (BERAKHIR 31.12.2022) 21 - 24 9 USUL 25 - 33 10 PERLEMBAGAAN PIBG 34 - 47 11 PENGHARGAAN 48


LATAR BELAKANG SEKOLAH Sekolah Kebangsaan Assunta Satu telah ditubuhkan pada tahun 1956. Dari tahun ke tahun, pelbagai perubahan telah dilakukan sama ada dari aspek kecemerlangan akademik mahupun kokurikulum. Penambahbaikan infrastruktur sekolah juga turut dijalankan. Paling membanggakan, pada tahun 2009, Sekolah Kebangsaan Assunta Satu telah membuat pengubahsuaian pusat sumber untuk kemudahan semua murid dan guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui pendidikan di sekolah ini juga, ramai cendikiawan yang telah berjaya dilahirkan dalam pebagai bidang. Sekolah ini adalah merupakan sekolah bantuan kerajaan. Justeru, sumber kewangan lain terutamanya yang melibatkan pembangunan fizikal dan utiliti sekolah perlu diusahakan oleh pihak sekolah sendiri. Oleh itu, pihak sekolah dengan kerjasama dan sokongan PIBG perlu merancang dan melaksanakan pelbagai program bagi menampung dana PIBG sekolah. Selari dengan arus globalisasi masa kini, cabaran pendidikan bukan hanya bertumpu pada keberkesanan teknik pengajaran dan pembelajaran, namun turut memerlukan kemudahan prasarana yang kondusif. Secara tidak langsung, ia dapat membantu meningkatkan mutu dan suasana pembelajaran murid-murid agar lebih efektif bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Segala sumbangan, dorongan dan kerjasama yang padu serta berterusan daripada ibu bapa dan penjaga amat diharapkan demi memastikan murid-murid Sekolah Kebangsaan Assunta Satu dapat belajar dalam suasana selesa dan berkesan bagi meneruskan kecemerlangan warga Assunta. “AD VERITATEM PER CARITATEM” Kasih Sayang dan Kesederhanaan 1


ATURCARA MAJLIS 8.00 pagi : Ketibaan masuk AJK PIBG 2022/2023 Pendaftaran 8:30 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis Bacaan doa Persembahan Montaj 9:00 pagi : Ucapan Guru Besar SK Assunta Satu (Puan Zainah Binti Mohd Lip) Ucapan Yang Dipertua PIBG (Puan Shirlene a/p Lourdesamy) Penyampaian sijil kepada AJK PIBG tahun 2022/2023 9.30 pagi : Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-51 dimulakan 11:30 pagi : Penangguhan Mesyuarat dan majlis bersurai. 2


JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-51 BIDANG TUGAS NAMA GURU PENYAMBUT TETAMU PUAN ZAINAH BINTI MOHD LIP DATIN JAYANTHI A/P DEVAN PUAN MARIAM HAFIZAH BINTI AHMAD BAKHTIAR PUAN NORLIDA BINTI KAMARUDIN PUAN SHIRLENE A/P LOURDESAMY ENCIK SREE SATYA A/L RAJASEKARAN SETIAUSAHA PUAN NURUN SYAZWANI BINTI MD RADZI BENDAHARI CIK ADLINA BINTI ‘AISBIRAN PENDAFTARAN PUAN MARIAM BINTI OMAR ( K) PUAN HAYATI BINTI ABU BAKAR PUAN KHAIRIAH HARTINI BINTI ABDUL RASHID PUAN JAMALIAH BINTI SALLEH BACAAN DOA WAKIL IBU BAPA BUKU PROGRAM PUAN AINA AYUNI BINTI GHAZALI ( K ) PUAN HAMIZAH BINTI AZIZ MUNIR PUAN NIK FATIMAH NADHIRAH BINTI NIK IDRIS MONTAJ PUAN NURULJANNAH BINTI MAZUKI (K) PUAN NUR ANIESHA SUEHANIS BINTI AZMI CIK NUR ATIKAH BINTI ABDUL RAHMAN CIK MERCY LINDA A/P JOSEPH 3


PENCATAT MINIT CIK MAISYARAH BINTI LATIF (K) PUAN NUR AMANINA BINTI MAHMUD PUAN SHALLAA SHAMIMI BINTI ABD RAZAK PUAN SITI FATIMAH BINTI MOHTAR PUAN KOBHIGAASHREE A/P NANBALAGAN CIK SITI NORISAH BT MAD DOM UNIT BANTUAN DAN PUAN ADIBAH BINTI IBRAHIM (K) SOKONGAN ICT PUAN NUR SAKINAH BINTI ABD RAUF PUAN DEVII A/P RAVINTARAN CIK MUNIRAH BINTI HA ALI PUAN VIMALA A/P THACHANAMURTHY PENCATAT UNDI PUAN SITI AISHAH BINTI MAD ZIN (K) PUAN YUZAINI AZURA BINTI MAT JUSOH JURUGAMBAR PUAN RINI BINTI ROSMIN (K) PUAN SUJATHA A/P RAMASAMY PERSEDIAAN TEMPAT PUAN VICKNESWARI A/P VADIVELLO (K) PUAN ASMIDAR BINTI AHMAD JAMUAN VIP CIK WARASLINA BINTI ABDUL WAHAB (K) PUAN LOGAMBIGAI A/P KANDASAMY SIJIL DAN PUAN RASHIDAH BINTI MOHD RASHID (K) CENDERAMATA PUAN NOR SYUHADA BINTI OMAR PUAN ANCANA A/P NATHAN CIK MAGDELINE A/P R.O RAJU JURUACARA MAJLIS PUAN VANAJADEVI A/P GOVINDASAMY (K) PUAN FAUZIAH BINTI KAMARUDDIN 4


AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SESI 2022/2023 SEKOLAH KEBANGSAAN ASSUNTA SATUPETALING JAYA PENASIHAT : PUAN ZAINAH BINTI MOHD LIP YANG DIPERTUA : PUAN SHIRLENE A/P LOURDESAMY NAIB YANG DIPERTUA : ENCIK SREE SATYA A/L RAJASEKARAN SETIAUSAHA : PUAN NURUN SYAZWANI BINTI MD RADZI BENDAHARI : CIK ADLINA BINTI ‘AISBIRAN AJK IBU BAPA : 1. PUAN JULEANA BINTI ABDUL RAHMAN 2. PUAN ALICIA LAI POH YEN 3. PUAN KIRIJA MUNTHRY 4. PUAN SHARLINI APPARAO 5. PUAN GAWRI A/P KUMAR 6. PUAN JOHARA BINTI KOEN AJK GURU : 1. PUAN NUR AMANINA BINTI MAHMUD 2. PUAN KOBHIGAASHREE A/P NANBALAGAN 3. CIK MUNIRAH BINTI HA ALI 4. CIK NUR ATIKAH BINTI ABDUL RAHMAN JURUAUDIT : PUAN NORAZIZAH BINTI AB AZAIS (WAKIL IBU BAPA) : PUAN NUR ANIESHA SUEHANIS BINTI AZMI (WAKIL GURU) 5


AGENDA MESYUARAT ◆ Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Ke-50 ◆ Membentangkan laporan aktiviti PIBG tahun 2022/2023 ◆ Membentangkan dan menerima Penyata Kewangan PIBG yang berakhir pada 31 Disember 2022 ◆ Mengemukakan usul-usul yang diterima ◆ Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2022 / 2023 ◆ Pemilihan Jawatankuasa PIBG Sesi 2023 / 2024 ◆ Ucapan Penangguhan 6


MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-50 7


MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-50 SEKOLAH KEBANGSAAN ASSUNTA SATU, PETALING JAYA Tarikh : 25 Jun 2022 Hari : Sabtu Masa : 8:00 – 12:00 tengah hari Tempat : Atas talian (Google Meet) Kehadiran : Bilangan guru yang hadir : 35 Bilangan ibu bapa yang hadir : 100 KEHADIRAN GURU 1 Zainah binti Mohd Lip 19 Vickneswari a/p Vadivelloo 2 Jayanthi a/p Devan 20 Adlina binti ‘Aisbiran 3 Mariam Hafizah binti Ahmad Bakhtiar 21 Waraslina bt Abdul Wahab 4 Norlida binti Kamarudin 22 Magdeline a/p R.O.Raju 5 Sujatha a/p Ramasamy 23 Khairiah Hartini binti Abdul Rashid 6 Nur Atikah binti Abdul Rahman 24 Nor Syuhada binti Omar 7 Munirah binti Ha Ali 25 Logambigai a/p Kandasamy 8 Nur Amanina binti Mahmud 26 Nur Shallaa Shamimi binti Abdul Razak 9 Adibah binti Ibrahim 27 Hayati binti Abu Bakar 10 Rini binti Rosmin 28 Nurun Syazwani binti Md Radzi 11 Hamizah binti Aziz Munir 29 Asmidar binti Ahmad 12 Devii a/p Ravintaran 30 Rashidah binti Mohd Rashid 13 Siti Norisah binti Mad Dom 31 Jamaliah binti Salleh 14 Fauziah binti Kamaruddin 32 Nur Aniesha Suehanis Azmi 15 Vanajadevi a/p Govindasamy 33 Siti Aishah binti Mad Zin 16 Kobhigaashree a/p Nanbalagan 34 Yuzaini Azura binti Mat Jusoh 17 Kobhigaashree a/p Nanbalagan 35 Mariam binti Omar 18 Siti Fatimah binti Mohtar 8


KEHADIRAN IBU BAPA 1 Shirlene A/P Lourdesamy 51 Salwana bte Selamat 2 Abd Wahid bin Mad Zin 52 Josephine a/p Chellamuthu 3 Salniah binti Salam 53 Aida binti Nur 4 Junaida binti Osman 54 Prabu Kannan 5 Amira Rabu 55 Johara binti Koen 6 Menaka Narayanan 56 Erna Edayu bt Sapin 7 Jasvinder Singh/ Majunder Kaur 57 Nor Fara Haslin Khalid 8 Vicneswari a/p Poongan 58 Premalatha a/p Bahaulayan 9 Muhammad Zarifi bin Aminuddin 59 Fadhilah Ahmad 10 Sharlini Apparao 60 Forgione Philip Gomes 11 Siti Fatimah binti Mohtar 61 Alicia Lai Poh Yen 12 Vanajadevi Govindasamy 62 Norhanim binti Mokhtar 13 Shamsudin bin Abas 63 Nur Atikah 14 Mazila Jasmin 64 Ahmad Firdaus bin Hasim 15 Noor Farah Hani Amir 65 Ismaazila binti Ismail 16 Siti Sarah Mustafa 66 Daniel Dass 17 Kirija a/p Munthry 67 Siti Aishah Jamaluddin 18 Matthews Ross 68 Zaitun Bebi binti Ali 19 Norhayati binti Kamal Batcha 69 Prabu Kannan 20 Azri bin Alias 70 Noremilia binti Nasarudin 21 Norhayati binti Bakar 71 Prabu Kannan 22 Nurul Syazwani binti Baharuddin 72 Khairulazuan Mohamad Alias 23 Juleana binti Abdul Rahman 73 Nor Afizah binti Haidar Ali 24 Preman Parameswaran 74 Norhayati bt Hassan 25 Warnoorrizah binti Ahmad 75 Noridah binti Aripin 26 Harshini Rajadurai 76 Lalitha Ann Lurudusamy 27 Saiful Nizam bin Jaharudin 77 Aida Rahayu binti Adnan 28 Emeline Loh 78 Norazalina binti Radzuan 29 Nirmalar Ravendran 79 Mariatul Af-ida bt Mohd Tajul Ariffin 30 Koh Kar Yong 80 Nurul Husna binti Abdul Rahman 31 Norfarahin binti Mohamed Noh 81 Nurul Ashikin binti Zan 32 Norimah binti Ab Wahid 82 Noridah binti Aripin 33 Bavane Govindasamy 83 Nordiana binti Mohd Nordin 34 Kanagarajan Machap 84 Sati Devi a/p Kanniappan 35 Warnoorrizah binti Ahmad 85 Muhamad Nizam bin Zainuddin 36 Mohd Riduan bin Muit 86 Noradila binti Mohd Bakri 37 Rahil Fauziddin 87 Jenani Thilagalingam 38 Wan Hazizol bin Wan Ismail 88 Nor Fara Haslin Khalid 39 Puguneswary Ramachandran 89 Reduan bin Abu Zarim 40 Hannan binti Khairil Anwar 90 Katijah binti Yaakob 41 Azarina binti Aziz 91 Zailawati binti Ab Rahman 42 Nor Yani binti Mat Yusoff 92 Norliyanti binti Sarjuni 43 Rozian binti Salam @ Yusof 93 Azilah binti Ramli 44 Arni Kamilia binti Khalid 94 Mohamad Shaiful Ridzuan 45 Norazura bt Abdul Rahman 95 Siti Zuraini binti Megat Husin 46 Gawri Kumar 96 Farah Najiha binti Hassim 47 Emerly Anak Nigan 97 Saiful bin Suparman 48 Azlen Hani binti Nordin 98 Devaki a/p Subramaniam 49 Nor Azlina Mamat 99 Norazizah Ab Azais 50 Olivia Peter Koon 100 Sree Satya A/L Rajasekaran 9


1 UCAPAN PERASMI (YANG BERHORMAT PUAN MARIA CHIN BINTI ABDULLAH) 1.1 Puan Maria Chin mengucapkan tahniah kepada semua ahli PIBG, pentadbir sekolah, ibu bapa dan guru yang hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke -50. Beliau menyatakan rasa gembira kerana sekolah dibuka semula selepas 2 tahun PKP. Setelah semua sektor dibuka, beliau berkata kita perlu membantu kanak-kanak atau belia untuk mengejar citacita dan impian untuk sama-sama membina negara. Beliau mengucapkan selamat maju jaya kepada PIBG dan murid-murid SK Assunta Satu dan merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-50. Tindakan: Makluman 2 UCAPAN PENASIHAT PIBG (GURU BESAR, PUAN ZAINAH BT MOHD LIP) 2.1 Puan Zainah mengucapkan terima kasih kepada pengerusi majlis, Yang Berhormat Puan Maria Chin binti Abdullah, Yang Berusaha Puan Shirlene a/p Lourdesamy YDP PIBG, Yang Berusaha Encik Abd Wahid bin Md Zin NYDP PIBG, Yang Berbahagia Datin Jayanthi a/p Devan Penolong Kanan Pentadbiran, Yang Dihormati Puan Mariam Hafizah binti Ahmad Bakhtiar, Yang Dihormati Puan Norlida binti Kamarudin, barisan guru, barisan ahli jawatankuasa PIBG, dan ibu bapa yang dihormati. Beliau berasa bersyukur kerana dapat mengadakan Mesyuarat Agung PIBG SK Assunta Satu Kali Ke-50 secara atas talian kerana pihak sekolah masih belum bersedia membuat secara bersemuka disebabkan masih berhati-hati terhadap penularan COVID-19. Namun begitu, pihak sekolah bercadang dan mempunyai harapan penuh untuk melaksanakan Mesyuarat Agung PIBG secara bersemuka pada tahun hadapan. Selaku penasihat PIBG, beliau berharap agar mesyuarat ini berjalan lancer hingga ke hujungnya. Tindakan: Makluman 2.2 Beliau menyatakan harapan dan hasrat untuk mula menjemput ibu bapa bersama-sama menyemarakkan dasar buka pintu kepada ibu bapa bagi tujuan membantu sekolah membangunkan dan memajukan SK Assunta Satu seiring dengan hasrat kerajaan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) melibatkan gelombang 1(menyokong penglibatan ibu bapa), gelombang 2(memantapkan penglibatan ibu bapa) dan gelombang 3 (menggalakkan lebih banyak inovasi daripada sektor swasta). Tindakan: Makluman 10


2.3 Beliau memberitahu negara masih berdepan dengan penularan COVID -19. Adalah menjadi harapan agar perkara ini tidak membantutkan hala tuju penglibatan ibu bapa dan sektor swasta membantu pihak sekolah. Malahan diharapkan 3 gelombang yang telah digariskan dalam PPPM dapat dilaksanakan demi memastikan semua kemajuan dan kejayaan dalam pembangunan murid dan sekolah tercapai. Semua pihak perlu berganding bahu bagi merealisasikan impian murni ini. Tindakan: Makluman 2.4 Penasihat juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Lembaga Pengelola Sekolah(LPS) yang banyak membantu pembangunan dan infrastruktur sekolah. Beliau berhasrat besar mulai tahun depan, selepas negara mengisytiharkan endemik COVID-19. Beliau juga berharapan untuk membangunkan seramai mungkin modal insan (murid) secara holistik dari segi JERIS melibatkan jasmani, emosi, rohani, intelek, sahsiah dan sosial mereka Tindakan: Makluman 2.5 Akhir sekali, beliau bagi pihak semua warga SK Assunta Satu merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-50 ini. Beliau juga mendoakan guru-guru, murid-murid dan ibu bapa di sekolah ini sihat walafiat dan berjaya di dunia dan akhirat. Tindakan: Makluman 3 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG SESI 2021/2022 (PUAN SHIRLENE A/P LOURDESAMY) 3.1 Puan Shirlene a/p Lourdesamy YDP PIBG menyatakan rasa bersyukur walaupun secara dalam talian, ramai guru dan ibu bapa yang dapat hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-50. Beliau mengalu-alukan kedatangan Yang Berhormat Puan Maria Chin walaupun disebalik tugas yang sibuk, beliau dapat menghadirkan diri dalam mesyuarat agung yang dijalankan atas talian.Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru besar dan semua guru yang bertungkus lumus dalam menjayakan mesyuarat agung PIBG kali ke-50 dan berbesar hati terhadap 129 ibu bapa dan guru yang sudi meluangkan masa hadir ke mesyuarat agung atas talian. Tindakan: Makluman 11


3.2 Beliau memberitahu PIBG berperanan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di SK Assunta Satu. Permuafakatan ini diharap dapat meningkatkan mutu pembelajaran anak-anak dan mengeratkan kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa. Mesyuarat PIBG ini adalah platform terbaik untuk ibubapa berkongsi idea dan pendapat yang bernas untuk melonjakkan lagi kecemerlangan sekolah sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Tindakan: Makluman 3.2 Sepanjang 2 tahun beliau menerajui PIBG Assunta Satu, beliau dan barisan AJK telah berjaya menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin. Pada tahun 2021/2022 PIBG telah membaikpulih prasarana sekolah dengan memasang penghawa dingin di bilik agama, bilik Penolong Kanan, pembinaan kabinet keluli untuk menyimpan kertas peperiksaan, mengecat pusat sumber sekolah dan naik taraf bilik Pelong Kanan. Selain itu, PIBG telah memberikan sumbangan wang kepada murid yang kehilangan ibu bapa akibat Covid-19 dan sumbangan kasut dengan kerjasama Lembaga Pengelola Sekolah ( LPS) Tindakan: Makluman 3.3 Dunia pendidikan yang amat mencabar memerlukan kerjasama dari semua pihak terutama para ibu bapa dan guru. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan pembelajaran abad ke-21 yang dikatakan sebagai proses pembelajaran yang berpusatkan murid dari segi beberapa elemen yang diterapkan iaitu komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. Justeru itu penggunaan komputer dalam pendidikan telah menjadi satu keperluan asas bagi mengatasi jurang pendidikan. Justeru, PIBG berperanan besar dalam membantu pihak sekolah, khasnya guru-guru dalam merealisasikan Pengajaran dan Pembelajaran bermakna demi kemenjadian di sekolah ini. Tindakan: Makluman 4 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 4.1 Puan Alicia Lai Poh Yen mencadangkan agar minit mesyuarat ini disahkan dan disokong Puan Junaida binti Osman. Tindakan: Makluman 12


5 PEMBENTANGAN LAPORAN BIRO / LAPORAN KEWANGAN / PERBINCANGAN PROFESIONAL 5.1 Setiausaha Pn Vimala membentangkan sumbagan PIBG 2021 seperti berikut. Perkara Aktiviti Membaikpulih Prasarana sekolah Membaikpulih Surau, Pusat Sumber Sekolah, Bilik PK, pembinaan kabinet Gotong-Royong Membersihkan persekitaran sekolah dan bilik-bilik khas Sumbangan Covid-19 Sumbangan kepada keluarga yang kehilangan orang tersayang semasa pandemik Covid-19. Sumbangan Kasut Sekolah Sebanyak 200 pasang kasut putih disumbangkan kepada anak-anak dari keluarga kategori B40 dengan kerjasama pihak Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) 5.2 Bendahari Kehormat, Puan Siti Aishah binti Mad Zin membentangkan laporan kewangan seperti lampiran. Tindakan: Makluman 6 PERBINCANGAN USUL SEMASA 6.1 Yang Dipertua PIBG membentangkan usul PIBG 2022 seperi dalam lampiran. Usul yang telah dikemukakan oleh ibubapa telah dijawab dan dimasukkan dalam buku laporan mesyuarat agung tahunan kali ke-50. Beberapa usul dibincangkan dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-50. Usul tersebut adalah seperti berikut. 6.1.1 Soalan : Pn. Komathy bertanya bilakah masalah tandas kotor dan berbau akan selesai? Jawapan : Guru besar menjawab persoalan dengan menyatakan bahawa kontraktor kebersihan sepatutnya menyediakan 3 orang pekerja. Tetpi mereka telah kehilangan dua orang pekerja buat masa sekarang. Pada Ketika ini sekolah hanya mempunyai seorang pekerja pembersihan perempuan berbangsa Cina sahaja. Pihak sekolah telahpun menghantar aduan berkenaan ketiadaan pekerja pembersihan ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), akan tetapi belum ada jawapan dan Tindakan lanjut diterima. Sekolah 13


tidak boleh menyediakan pekerja kerana sekolah hanya penerima perkhidmatan. Pekerja di bawah tanggungjawab kontraktor pembersihan dan PPD. Guru Besar memohon ibu bapa yang ingin menjadi tukang cuci boleh memohon dengan berjumpa dengan Guru Besar. 6.1.2 Soalan : Puan Noorizah Ahmad bertanya berkenaan baju sukan atau aktiviti yang berwarna coklat. Mohon sekiranya dipertimbangkan untuk diadakan pilihan lengan panjang. Anak-anak tidak selesa dengan pemakaian sarung lengan kerana ketat dan gatal. Jawapan : Guru Besar menerima usul tersebut. Usul akan dibincangkan bersama Pengusaha Kedai Buku untuk mengadakan pilihan baju lengan panjang atau lengan pendek untuk baju sukan. Baju sukan dan baju berwarna coklat masih belum ada stok di kedai buku. Stok akan sampai tidak lama lagi. 6.1.3 Soalan : Pn.Komathy bertanyakan Sukantara melibatkan semua murid atau hanya murid yang terpilih sahaja? Jawapan : Semua murid akan terlibat dengan sukantara dan sukan tahunan. Untuk makluman ibu bapa program Merentas Desa juga telah dijalankan. Semua murid terlibat. Ramai juga ibu bapa yang turut serta. 6.1.4 Soalan : Encik Muhamad Nizam Zainuddin bertanyakan tentang kedai buku dan meminta supaya menyediakan buku yang hendak digunakan supaya muridmurid boleh beli di kedai buku. Jawapan : Mengenai buku yang digunakan, Guru Besar menjelaskan bahawa semua buku yang digunakan ada dijual di kedai buku. Namun,tidak semua buku digunakan oleh guru di dalam kelas. Khasnya buku kerja, hanya boleh digunakan sebagai kerja rumah sahaja. Manakala, murid penggunaan Buku Aktiviti Tahap 1 akan digunakan kerana buku-buku tersebut disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). 6.1.5 Soalan : Puan Kavita Munthry memberitahu semasa waktu rehat, ada murid - murid yang duduk atas lantai tanpa alas dan ini kurang selesa serta kotor.Beliau bertanya adakah ini disebabkan oleh kekurangan meja dan kerusi dan apa yang boleh dibantu. 14


Jawapan : Guru Besar menjelaskan bahawa kerusi dan meja cukup untuk kegunaan murid-murid semasa rehat. Untuk makluman ibu bapa, sebenarnya ramai murid lebih suka duduk di atas lantai berbanding duduk di atas kerusi dan meja yang disediakan. 6.1.6 Soalan : Puan Fadhilah Ahmad mengutarakan masalah beg sekolah berat dan bolehkah pihak sekolah bantu untuk mengelakkan murid perlu membawa terlalu banyak buku. Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah dan guru-guru, atas pengubahsuaian jadual waktu kelas. Ia membantu murid fokus pada mata pelajaran yang tertentu. Jawapan : Guru Besar menerangkan masalah ini sepatutnya tiada berlaku kerana sekolah telah menyediakan jadual waktu yang sesuai mengikut arahan KPM di mana murid-murid tidak perlu membawa buku yang banyak dalam sehari. Hanya buku-buku yang akan digunakan sahaja yang perlu dibawa ke sekolah iaitu buku tulis ikut mata pelajaran dan juga buku aktiviti daripada KPM. Guru mata pelajaran yang selaraskan kepada murid-murid buku-buku yang perlu dibawa atau tidak dalam satu-satu masa. 6.1.7 Soalan : Puan Kirija Muntry memberikan cadangan untuk mewujudkan “chat group”. Jawapan : Guru Besar bersetuju mewujudkan WhatsApp group bagi ibu bapa berkomunikasi. Group warga SK Assunta akan dibuat untuk memudahkan saluran info kepada ibu bapa. 6.1.8 Soalan : Puan Kirija Muntry memberitahu keadaan “water dispenser” dekat dengan padang adalah kotor dengan najis burung, habuk dan kotoran dan meminta pihak sekolah mengambil tindakan. Jawapan : Pn Shirleen memberitahu bahawa Sk Assunta Satu tidak menggunakan water dispenser tersebut kerana Sekolah hanya menyediakan mesin Cuckoo sahaja. Muridmurid perlu diingatkan supaya hanya menggunakan mesin Cuckoo tersebut sahaja tanpa menggunakan “water dispenser” dari sekolah SK Assunta 2(M). 6.1.9 Soalan : Encik Muhamad Nizam Zainuddin meminta supaya pihak sekolah membuat aktiviti koko pada hari Sabtu ini kerana murid yang bersekolah agama tidak dapat pergi ke sekolah setiap hari Rabu. Jawapan : Guru Besar tidak bersetuju dengan usul tersebut. Alasan beliau bahawa semua guru, ibu bapa dan murid perlu bersama-sama keluarga kerana beliau berpendapat 15


Sabtu adalah hari terbaik untuk hari kualiti bersama-sama keluarga. Guru-guru akan lebih bersemangat bertugas pada hari Isnin jika mereka dapat bercuti pada hari minggu. Sekiranya dijalanan aktiviti kokurikulum pada Hari Rabu, rasionalnya kehadiran murid lebih tinggi dan cemerlang berbanding mengadakan aktiviti kokurikulum pada hari Sabtu dengan peratus kehadiran hanya 20 – 30 % sahaja. Aktiviti kokurikulum juga tidak boleh dijalankan dalam jadual waktu persekolahan kerana masa peruntukan pengajaran dan pembelajaran tidak mencukupi. Guru Besar juga memaklumkan bahawa pendidikan sekolah rendah adalah diwajibkan kepada semua murid. Semua aktiviti kokurikulum juga wajib kepada semua murid. 6.1.10 Soalan : Puan Kirija Munthry bertanyakan bilakah kita akan berpeluang bercakap dengan guru secara bersemuka, untuk memahami perkembangan anak saya Jawapan : Guru Besar memberitahu sekolah akan memanggil ibu bapa bagi tujuan dialog prestasi ataupan hari terbuka untuk membincangkan prestasi anak-anak khasnya melibatkan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Pihak sekolah hanya menunggu arahan dan kebenaran daripada KPM sahaja. Jika tiada halangan tahun ini akan dijalankan Dialog Prestasi PBD bersama ibu bapa. 7 PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2020/2021 DAN PELANTIKAN AJK PIBG SESI 2021/2022 7.1 AJK PIBG sesi 2021/2022 telah dibubarkan secara rasmi oleh Yang Dipertua PIBG sesi 2021/2022. Puan Mariam Hafizah binti Ahmad Bakhtiar telah dicadangkan untuk dilantik sebagai pengerusi sementara oleh Puan Norlida binti Kamarudin dan disokong oleh Yang Berbahagia Datin Jayanthi a/p Devan. Proses pengundian dijalankan dengan mengunakan kaedah ‘Poll’ dalam talian ‘Google Meet’. Puan Adibah binti Ibrahim ditugaskan untuk menerangkan cara-cara mengundi menggunakan kaedah ‘Poll’. Pemilihan AJK PIBG sesi 2022/2023 yang telah dilantik dan telah dipersetujui pada Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-50 adalah seperti berikut: Yang Dipertua : Puan Shirlene A/P Lourdesamy Naib yang Dipertua : Encik Sree Satya A/L Rajasekaran AJK Ibu Bapa : Puan Juleana binti Abdul Rahman Puan Kirija A/P Munthry Puan Alicia Lai Poh Yen 16


7.2 Puan Shalini Apparao Puan Gawri A/P Kumar Puan Johara binti Koen Juruaudit Dalaman : Puan Norazizah binti Ab Azais Manakala bagi AJK guru pula, guru yang telah dilantik dan telah dipersetujui oleh ahli mesyuarat adalah seperti berikut: Setiausaha Kehormat : Cik Nurun Syazwani binti MD Radzi Penolong Bendahari : Vanajadevi A/P Govindasamy Bendahari Kehormat : Cik Adlina Binti ‘Aisbiran Naib Bendahari : Puan Fauziah binti Kamaruddin AJK Guru : Cik Nur Atikah binti Abdul Rahman Puan Kobhigaashree A/P Nanbalagan Cik Munirah binti Ha Ali Puan Nuramanina binti Mahmud Juruaudit Dalaman : Puan Nur Aniesha Suehanis binti Azmi Tindakan: Makluman Mandat dan penandatangan-penandatangan yang dibenarkan bagi pengendalian cek PIBG Sekolah Kebangsaan Assunta Satu ialah Puan Shirlene a/p Lourdesamy, Cik Adlina binti ‘Aisbiran dan Encik Sree Satya a/l Rajasekaran sahaja. Encik Abd Wahid bin Mad Zin dan Puan Siti Aishah tidak lagi menjadi penandatangan cek PIBG Sekolah Kebangsaan Assunta Satu. Tindakan: Makluman 8 HAL-HAL LAIN 8.1 AJK PIBG sesi 2022/2023 sebulat suara bersetuju bahawa bayaran sumbangan PIBG 2022/2023 dikekalkan dengan bayaran sumbangan sebanyak RM60 setiap satu keluarga. 17


9 PENUTUP Ucapan penangguhan: Puan Shirlene sebagai Yang Dipertua PIBG bagi sesi 2022/2023, mengucapkan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 yang telah dilantik. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-50. Ucapan terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada ahli jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022 dan, NYDP PIBG sesi 2021/2022 yang telah banyak membantu beliau menjayakan agenda PIBG. Beliau juga menyatakan semua aktiviti yang bakal dirancang hanya dapat dilakukan dan dilaksanakan dengan sokongan daripada semua pihak terutamanya AJK PIBG yang baru dilantik. Disediakan oleh, ………………………………………… (VIMALA A/P THACHANAMURTHY) Setiausaha Kehormat PIBG sesi 2021/ 2022, Sekolah Kebangsaan Assunta Satu Disahkan oleh, ……………………………………… (SHIRLENE A/P LOURDESAMY) Yang Dipertua PIBG sesi 2021/ 2022, Sekolah Kebangsaan Assunta Satu Disahkan oleh, ………………………………………… (ZAINAH BINTI MOHD LIP) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Assunta Satu 18


SENARAI AKTIVITI PIBG TAHUN 2022/2023 19


SENARAI AKTIVITI PIBG TAHUN 2022/2023 PERKARA Catatan Membaikpulih Prasarana sekolah - Mengecat pusat sumber - Pembinaan kabinet di surau - Membaiki kipas dan lampu bilik darjah - Membaiki tandas Penambahbaikan bilik darjah - Memasang skrin dan projektor di 20 bilik darjah Gotong-Royong Membersihkan persekitaran sekolah dan bilik-bilik khas Sumbangan kepada unit Hal Ehwal Murid - Pembelian hadiah kepada murid untuk Hari Anugerah HEM - Sumbangan hadiah alat tulis kepada semua murid sempena Hari Kanak-kanak Sumbangan kepada unit Kokurikulum - Sumbangan kepada kelab tarian dan koir untuk bayaran khidmat koreografer dan pakaian. - Sumbangan makanan untuk Hari Sukan Sekolah - Pembelian hadiah kepada murid untuk Hari Anugerah Kokurikulum 20


LAPORAN PENYATA KEWANGAN 2022 21


PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN ASSUNTA SATU, PETALING JAYA SELANGOR AKAUN TUNAI PIBG DARI 1 JANUARI 2022 HINGGA 31 DISEMBER 2022 22


PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN ASSUNTA SATU, PETALING JAYA SELANGOR AKAUN BANK PIBG DARI 1 JANUARI 2022 HINGGA 31 DISEMBER 2022 23


24


USUL 25


SEKOLAH KEBANGSA 46050, PETALING JA USUL – USUL BIL NAMA IBU/BAPA NAMA MURID KELAS 1 MAHANOM BINTI RAHMAN NURMIZAN QISTINA 5 BETA Harap boo mencukup 2 NORLIYANA BINTI NASARUDIN NIK AYSHA ALESHA BINTI NIK NAZIRUL HELMI 1 DELTA Meminta a dapat men subjek ters dengan ibu ibu bapa c 26


AAN ASSUNTA SATU AYA, SELANGOR L PIBG 2023 USUL ULASAN okshop sentiasa menyediakan stok pi dari masa ke semasa. Pihak sekolah dengan bantuan PIBG sentiasa memantau supaya pihak pengurusan kedai buku mematuhi syarat penyediaan buku untuk murid supaya sentiasa mencukupi dan tidak menimbulkan masalah. agar guru setiap mata pelajaran tahun 1 ngenal pasti kelemahan murid pada sebut dan adakan sesi perjumpaan u bapa berkenaan masalah tersebut agar akna tentang masalah tersebut. Guru-guru memang wajib menyediakan Rekod Perkembangan Murid mengikut kemahiran. Rekod perkembangan ini akan disemak oleh pihak Pengurusan Tertinggi 2 kali setahun. Pihak sekolah juga ada menyediakan 2 kali Dialog Prestasi (akan disertakan dengan surat makluman) bersama ibu bapa untuk membincangkan hal-hal berkaitan perkembangan prestasi pelajaran anak-anak.


3 NAZMIN BINTI MUHAMED NAZEER DAANIA ZARA BINTI MAHFUZ KHAWARIZMI 1 ALPHA Cadangan Kebersihan trafik ketik 27


waktu membuka kedai buku. n tandas dan kelas pelajar. Kesesakan ka ambik pelajar dari sekolah. Pengurusan kedai sepatutnya membuka kedai buku pada pukul 9.00 pagi setiap hari sepanjang sesi persekolahan. Hal ini akan dipanjangkan kepada Pihak Pengurusan Lembaga Pengelola Sekolah agar mereka mematuhi masa yang ditetapkan. Untuk makluman ibu bapa tandas memang dicuci 3 kali pada setiap hari. Ini bermakna pekerja kebersihan telah mencuci tandas extra sekali sehari. Menurut kontrak tandas perlu dicuci 2 kali sehari sahaja Berkenaan kesesakan trafik. Mohon ibu bapa memahami situasi sekolah yang memang dalam laluan sesak. Mohon juga ibu bapa aturkan sebaik mungkin cara penghantaran dan pengambilan anak. Pihak sekolah sentiasa membantu ibu bapa untuk memastikan keadaan trafik berjalan lebih lancar. Pihak sekolah akan kuatkuasakan semula penggunaan pembesar suara pada waktu balik oleh guru hanya sehingga 6 petang. Seterusnya pihak sekolah juga akan menguruskan kedudukan guru bertugas secara strategik. Mohon jasa baik ibu bapa tidak menghalang laluan masuk pagar utama.


4 RAVISHANKAR A/L C.U.NATHAN SAATHANA RAVISHANKAR 6 ALPHA Are there a that was th be include the growth 5 BAVANE GOVINDASAMY AMSAVAANY 4 ALPHA Tandas dal perhatian l 6 ARIS BIN HASHIM EARIEENA QALEESYA 6 DELTA Mohon pih sepenuhny sebelumny mengguna 28


any plans to revive taekwondo or karate here prior to COVID? I think this should d as part of extra-curricular activity in h of mind and health for students. Pihak sekolah mohon maaf kerana pada ketika ini tidak dapat menjalankan aktiviti luar berkaitan taekwondo atau karate kerana aktiviti pertahanan diri memerlukan kelulusan Jabatan Pendidikan Negeri. Di samping itu, pihak sekolah tidak mempunyai guru yang boleh terlibat/bersetuju terlibat dengan aktiviti yang dijalankan pada hari Sabtu. lam keadaan tidak bersih. Perlukan lebih pada kebersihan tandas. Untuk makluman ibu bapa tandas memang dicuci 3 kali pada setiap hari. Ini bermakna pekerja kebersihan telah mencuci tandas extra sekali sehari. Menurut kontrak tandas perlu dicuci 2 kali sehari sahaja hak sekolah gunakan buku latihan ya tanpa pembaziran ini kerana tahun ya buku-buku latihan guru-guru kurang akannya. Terima Kasih. Hal ini memang menjadi agenda utama pihak sekolah dalam memastikan semua guru akur dengan penggunaan buku latihan yang sudah dibeli. Guru-guru juga sentiasa dinasihatkan memastikan bahawa buku-buku ini digunakan dengan maksimum dan sentiasa disemak secara berkala. Untuk makluman ibu bapa Pihak Pengurusan Tertinggi Sekolah memang mempunyai Jadual Semakan buku murid 2 kali setahun untuk pemantauan dalam memastikan guru-guru akur arahan ini.


7 PRABHU ANBALAGAN VILASHINI PRABHU 2 BETA Please kee parents pic 8 JOSEPHINE ASHIRA SHWETA GUNASEELAN 4 ALPHA 1) Menga untuk pelajar 2) Mema salah l 3) Menai sekola 29


ep more safety for kids, especially ck up time. Hal ini menjadi agenda utama kerana keselamatan murid memang penting. Guru-guru sentiasa dingatkan tentang kawalan keselamatan dalam kawasan pagar sekolah perlu diberikan keutamaan. Namun begitu pihak sekolah juga memerlukan kerjasama daripada ibu bapa membantu kelancaran dan keselamatan anak-anak. Pihak sekolah akan kuatkuasakan semula penggunaan pembesar suara pada waktu balik oleh guru hanya sehingga 6 petang. Seterusnya pihak sekolah juga akan menguruskan kedudukan guru bertugas secara strategik. Mohon jasa baik ibu bapa tidak menghalang laluan masuk pagar utama. adakan ujian bulanan untuk Tahap 2 menarik perhatian murid terhadap ran asang cctv di sekolah bagi mengelakkan laku murid seperti buli dan sebagainya ik taraf kebersihan tandas-tandas di ah 1) Untuk makluman ibu bapa Tiada Sebarang Ujian Bulanan dibenarkan dijalankan oleh pihak sekolah untuk murid Tahap 2. Namun begitu pihak sekolah masih perlu melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) sepanjang proses PdP dan sepanjang tahun. Pihak sekolah juga WAJIB menjalankan Ujian Sesi Akademik sebanyak 2 kali setahun yang mana Ujian Pertengahan Sesi Akademik, soalan akan disedikan sendiri oleh pihak sekolah. Manakala Ujian Akhir Sesi Akademik, soalan akan dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara selaras seluruh negara.


9 INTAN SYAZLINDA BT MOHD SHAHIDON SOFIYYA IMANINA BT MUHAMMAD MURSYIDI 5 ALPHA Penambah pembelian baru. Berd pada tahun 4 jam dari proses pem Antara cad 1. Menyed darjah 1 2. Mengad tahap 1 3. Menyed 30


2) Berkenaan dengan pemasangan cctv. Hal ini merupakan projek dalam rancangan PIBG yang terdekat dengan menggunakan peruntukan daripada Kerajaan Negeri Selangor (Sekiranya permohonan peruntukan Berjaya) 3)Hal ini sentiasa dipantau oleh pihak sekolah dengan kerjasama PIBG. Sekiranya ada peruntukan, isu ini boleh dipertimbangkan oleh pihak PIBG dengan kelulusan Lembaga Pengelola Sekolah (LPS). hbaikkan dalam pengurusan proses n buku baru pada sesi persekolahan yang dasarkan pengalaman kami ibu bapa n ini, ia mengambil masa sehingga lebih permulaan beratur hingga selesai mbelian. dangan : diakan set buku lengkap bagi setiap 1-6 sebelum pembukaan jualan buku. dakan sesi jualan buku berlainan bagi dan tahap 2. diakan 2 kaunter untuk urusan jual beli Ini merupakan cadangan yang baik dan akan dipertimbangkan untuk dibincangkan bersama dengan pengusaha kedai buku untuk diguna pakai pada sesi persekolahan tahun berikutnya (2024/2025) Perkara ini akan dipanjangkan dan dibincangkan bersama Lembaga Pengelola Sekolah dalam masa terdekat untuk memastikan isu ini tidak berulang lagi.


10 RATHA RAMAMOORTHY NANDIKA A/P PATHMANATHAN 1 DELTA Memohon murid 11 AMARDIP KAUR JASLINDIP KAUR DAN JASMINDIP KAUR 5 ALPHA Kipas kela musim pan 12 PALEPI BIN ANGGAN ELLIYANA 5 DELTA Saya sebag kepercayaa untuk men dengan seg 13 AINA SYAZUREN BINTI SUBRI QISTINA SOPHIA BINTI HAMIRUDIN 2 DELTA Saranan gu kepada mu dan cadang subjek atau 31


mendapatkan kelas DLP bagi semua Ini adalah diluar kawalan pihak pengurusan sekolah. Pihak sekolah hanya dapat menyediakan kelas DLP mengikut peruntukan kelas dan guru yang dibekalkan (merujuk data BSKG dalam eOperasi). as tidak berfungsi dan sekarang ialah nas yang teruk. Pihak sekolah dan PIBG sentiasa membuat pemantauan dari masa ke semasa berkaitan isu ini kerana ada guru infrastruktur yang telah ditugaskan menyemak dan menghantar laporan kepada Pengerusan Tertinggi dan PIBG untuk tujuan baikpulih atau penggantian. gai bapak kepada Elliyana memberikan an kepada pihak sekolah atau wakil nya njaga dan membimbing anak kami gala hormat saya ucapkan terima kasih. Syukur Allhamdulillah. Pihak sekolah sentiasa memastikan keperluan, kepentingan dan kebajikan murid diperlihara demi pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah yang terbaik. uru (mengenai kelas tambahan/ intensif) urid yang lemah (anak) mengikut subjek gan bagi masa jangka panjang (gugur u perubahan subjek pilihan) Untuk makluman ibu bapa guru-guru yang ditempatkan di sekolah hanya wajib mengajar mengikut masa/jadual yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah berdasarkan arahan-arahan terkini pihak atasan.


14 PREBU A/L KESEVAN BAVISHYA PREBU 3 ALPHA Pekerja ata depan seko tidak dapa ambil anak bincang de perkara ini 15 AJK PIBG SESI 2022/2023 - - AJK PIBG agar kenai kepada RM persekolah keperluan 32


Tiada arahan yang membolehkan guruguru mengajar lebih masa seperti kelas tambahan. Mohon ibu bapa memahami situasi ini. Sekiranya perlu, ibu bapa boleh menghantar anak-anak ke kelas tambahan luar dengan kos ditanggung sendiri. Untuk makluman ibu bapa pemilihan dan penguguran satu-satu subjek atau mata pelajaran bukan hak mutlak ibu bapa kecuali mata pelajaran komunikasi yang dibekalkan oleh pihak sekolah boleh dipilih mengikut kesesuaian. au patient hospital assunta parkir kereta olah ia menyebabkan kesesakan atau at parkir untuk ibubapa masa hantar atau k dari sekolah. Saya minta Sekolah engan ahli penguatkuasa MBPJ atas i. Terima kasih Untuk makluman ibu bapa luar kawasan sekolah merupakan kawasan awam yang bukan hak mutlak sekolah. Cuma pihak sekolah mendapat sedikit kelonggaran daripada MBPJ untuk menjaga kawalan keselamatan luar kawasan sekolah pada masa puncak sahaja. G sebulat suara ingin mencadangkan kan sumbangan PIBG daripada RM60 M70 sekeluarga bermula sesi han 2024/2025. Hal ini disebabkan oleh pembangunan murid yang meningkat. 2


16 AJK PIBG SESI 2022/2023 - - AJK PIBG sumbangan 2024/2025 orientasi u urusan den 17 AJK PIBG SESI 2022/2023 - - AJK PIBG persekolah sumbangan kemampua keselamata sekolah m murid kha


G sebulat suara ingin mencadangkan n PIBG bagi sesi persekolahan 5 bagi tahun 1 dikutip pada minggu untuk memudahkan ibu bapa dalam ngan pihak sekolah. G mencadangkan bermula sesi han 2023/2024 untuk memberikan n berupa wang tunai mengikut an PIBG kepada dua orang pengawal an sesi pagi yang telah membantu pihak engawal lalu lintas dan keselamatan snya waktu datang dan balik sekolah. 33


PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) 34


AKTA PENDIDIKAN 1996 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN ( PERSATUAN IBU BAPA-GURU ) 1998 [ Sub peraturan 7(2) ] PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBU BAPA-GURU ( PIBG ) SEKOLAH KEBANGSAAN ASSUNTA SATU Nama dan Alamat 1. Persatuan ini adalah dikenal dengan nama : Persatuan Ibu Bapa-Guru Sekolah Kebangsaan Assunta Satu 2. Alamat yang didaftarkan bagi Persatuan ini ialah : Sekolah Kebangsaan Assunta Satu, Jalan Assunta, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tujuan-tujuan Persatuan 3. Tujuan-tujuan Persatuan ialah – (a) Untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam sekolah dalam meningkatkan imej sekolah. (b) Untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka. (c) Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah bertukartukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan. (d) Untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya; dan (e) Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah untuk berusaha menambah kewangan sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran. 35


Fungsi Persatuan 4. Fungsi Persatuan ialah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan-tujuan Persatuan yang dinyatakan di perenggan 3, sepertia) Membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajkan murid; b) Menambah sumber kewangan sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di Sekolah; c) Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara sekolah dengan masyarakat setempat; d) Meningkatkan keceriaan premis Sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan. Keanggotaan Persatuan 5. Anggota Persatuan terdiri daripada : (a) Semua guru di Sekolah; (b) Ibu bapa kepada murid yang belajar dalam sekolah; dan (c) Warganegara Malaysia yang diluluskan permohonan untuk menjadi anggota Persatuan oleh Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian atau Pendaftar, mengikut mana yang berkenaan ( seperti di Lampiran A ); dan 6. Guru Besar atau Pengetua sekolah hendaklah menjadi anggota ex officio dan Penasihat Persatuan. Jawatankuasa Persatuan 7. Persatuan hendaklah diuruskan oleh suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai “ Jawatankuasa PIBG ”. Jawatankuasa PIBG hendaklah dilantik oleh anggota Persatuan pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan. 8. Anggota Jawatankuasa PIBG hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia sahaja. 9. Keanggotaan Jawatankuasa PIBG adalah seperti berikut : (a) Seorang Yang Di Pertua 36


(b) Seorang Naib Yang Di Pertua (c) Seorang Setiausaha (d) Seorang Bendahari; dan (e) 12 orang Ahli. 10. Bilangan ibu bapa dan guru yang menganggotai Jawatankuasa PIBG hendaklah sebolehbolehnya seimbang. 11. Guru Besar atau Pengetua tidak boleh menganggotai Jawatankuasa PIBG dan hanya bertindak sebagai Penasihat Persatuan. 12. Bilangan Ahli Jawatankuasa PIBG di perenggan 9(e) hendaklah antara 1 hingga 10 orang. 13. Bilangan anggota Jawatankuasa PIBG dikalangan anggota Persatuan ( bukan anggota guru di sekolah tersebut ) yang tidak mempunyai anak di sekolah itu hendaklah tidak melebihi 1/5 daripada keseluruhan bilangan anggota Jawatankuasa PIBG berkenaan. 14. Tertakluk kepada perenggan 13 Perlembagaan ini dan subperaturan 6(4) hingga (6) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu BapaGuru) 1998, Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian (mengikut mana yang berkenaan) boleh melantik tidak daripada 2 orang yang bukan anggota Persatuan untuk menjadi anggota Jawatankuasa PIBG setelah mendapat kelulusan bertulis Pendaftar. 15. Tempoh memegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG adalah bermula dari tarikh pelantikan sehingga tarikh Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun berikutnya atau sehingga suatu tempoh yang diluluskan oleh Pendaftar. 16. Jika berlaku kekosongan jawatan dalam Jawatankuasa PIBG, Yang Di Pertua hendaklah melantik mana-mana anggota biasa Persatuan, berdasarkan undian terbanyak di kalangan anggota Jawatankuasa PIBG, untuk mengisi kekosongan jawatan itu. 17. Jawatankuasa PIBG hendaklah mengedarkan kepada anggota Persatuan senarai nama dan alamat pemegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG pada setiap tahun selewat-lewatnya 14 hari selepas tarikh Mesyuarat Agung Tahunan. Fungsi Jawatankuasa PIBG 18. Fungsi Jawatankuasa PIBG ialah mengelola dan mengatur kegiatan Persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan Persatuan, tanpa bercanggah dengan dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan, Perlembagaan ini dan Akta Pendidikan 1996 serta peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya. (a) Yang Di Pertua 37


i) Menjadi Pengerusi dalam semua mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Mesyuarat Agung Tahunan dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan mesyuarat. ii) Mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minit-minit mesyuarat apabila telah diluluskan. iii) Bertanggungjawab mengawasi pentadbiran Persatuan serta memastikan bahawa peruntukan Perlembagaan dipatuhi oleh semua anggota Persatuan. iv) Sentiasa mematuhisegala peruntukan Perlembagaan dalam menjalankan tugas sebagai Yang Di Pertua. v) Boleh memanggil Mesyuarat Jawatankuasa PIBG pada bilabila masa yang difikirkan perlu dengan persetujuan Guru Besar atau Pengetua. vi) Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan. vii) Memastikan segala aktiviti dan program Persatuan dilaksanakan dengan sempurna dan teratur. viii) Mendapat nasihat mengenai Pengurusan Persatuan dari semasa ke semasa daripada Guru Besar atau Pengetua selaku Penasihat Persatuan. (b) Naib Yang Di Pertua i) Bertanggungjawab membantu Yang Di Pertua dalam menjalankan fungsifungsi Yang Di Pertua. ii) Menjalankan tanggungjawab dan fungsi Yang Di Pertua semasa ketiadaan Yang Di Pertua. (c) Setiausaha i) Menjalankan urusan Persatuan mengikut Perlembagaan Persatuan. ii) Melaksanakan keputusan-keputusan Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Jawatankuasa PIBG. iii) Mencatat, menyedia dan menyimpan minit-minit mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Mesyuarat Agung Tahunan. iv) Menyediakan laporan-laporan untuk dibentangkan kepada Mesyuarat Agung Tahunan serta minit-minit yang bersangkutan dengannya. v) Menguruskan hal-hal mesyuarat dan menyimpan rekodrekod Persatuan. vi) Menghantar segala laporan dan aktiviti Persatuan dan minit Mesyuarat Agung Tahunan kepada Pendaftar dan Pegawai Pendidikan Daerah atau 38


Pegawai Pendidikan Bahagian, mengikut mana yang berkenaan, selepas Mesyuarat Agung Tahunan. vii) Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan, jika perlu. (d) Bendahari i) Bertanggungjawab mengurus dan mengawal hal ehwal kewangan Persatuan dengan menyediakan dan menyimpan kira-kira kewangan yang kemaskini. Penyata kira-kira setiap tahun kewangan (1 Januari hingga 31 Disember) hendaklah disiapkan sebelum 1 Februari tahun berikutnya untuk diaudit. Penyata kira-kira yang telah diaudit hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan. Satu salinan penyata yang telah diaudit dan diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihantar kepada Pendaftar selepas Mesyuarat berkenaan. ii) Menguruskan perbelanjaan wang Persatuan seperti yang diputuskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Jawatankuasa PIBG. iii) Menyimpan wang tunai tidak melebihi sesuatu jumlah yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persatuan pada sesuatu masa. iv) Menerima bagi pihak Persatuan semua derma atau sumbangan daripada mana-mana anggota atau lain-lain sumber dan mengeluarkan resit akaun terima dan dikreditkan ke dalam akaun Persatuan pada hari yang sama. v) Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan. vi) Memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran wang dari akaun Persatuan dan akaun sentiasa berbaki kredit. Lain-lain jawatan 18. Penasihat Persatuan a) Guru Besar atau Pengetua sekolah adalah ex-officio Persatuan dan bertindak sebagai Penasihat kepada Jawatankuasa PIBG dan Persatuan. Antara tanggungjawab dan fungsi Guru Besar atau Pengetua adalah seperti berikut : i) Menghadiri mesyuarat Jawatankuasa PIBG, Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Tergempar tetapi tidak boleh mengundi. 39


ii) Mewakili pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengawal dan menasihati Persatuan supaya segala aktiviti, program, kegiatan dan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat-mesyuarat Persatuan tidak bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan, dasar-dasar Negara dan dasar-dasar mengenai pelajaran dan pendidikan serta hal-hal berkaitan dengan pentadbiran sekolah. iii) Berhak untuk menghenti dan menangguhkan mesyuarat Persatuan jika difikirkan wajar untuk kepentingan anggota Persatuan. iv) Meluluskan semua agenda mesyuarat dan perkara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Persatuan. v) Memberi penjelasan kepada sesuatu isu mengenai pengurusan dan perjalanan sekolah dan akademik serta isu-isu yang berkaitan dengannya dalam mesyuarat Persatuan. vi) Memastikan mesyuarat Persatuan selaras dengan tujuan dan fungsi Persatuan. vii) Memastikan sumbangan anggota Persatuan yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan tidak membebankan dan tidak mengandungi sebarang unsur paksaan; dan viii)Menentukan tetamu kehormat dan para jemputan yang menghadiri sebarang majlis anjuran Persatuan dilayan mengikut peraturan dan protokol yang ditetapkan oleh Kementerian. b) Juru Audit Dalaman i) Persatuan hendaklah melantik 2 orang juru audit dalaman dari kalangan anggota Persatuan yang tidak menjadi anggota Jawatankuasa PIBG pada Mesyuarat Agung Tahunan. ii) Tanggungjawab juru audit dalaman adalah seperti berikut : aa) Mengaudit akaun Persatuan pada setiap akhir tahun kewangan; dan ab) Menjalankan pengauditan secara berkala seperti mana yang diputuskan 40


Click to View FlipBook Version