INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN
GKKO1062
KOKURIKULUM DAN KESIHATAN DIRI – PENULISAN
Nama : NURFAZLIEYN BINTI MOHD
DAMANHURI
No. K/P : 021109-03-0872
Angka Giliran : 2021242310058
Program : PPISMP
Ambilan : JUN 2021
Unit : X1
Nama Pensyarah : ENCIK FAIZAL IZWAN BIN
MOHAMED TAJUDIN
Tarikh Hantar : 29 NOVEMBER 2021
PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan Pelajar:_____fazlieyn______Tarikh : 29 NOVEMBER 2021
PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah
Tandatangan Tandatangan
Cop Cop
Tarikh Tarikh
PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.
Tandatangan Pelajar:_____fazlieyn___________Tarikh : 29 NOVEMBER 2021
JKA/Jun2019
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
i
KANDUNGAN 1
Penghargaan
1.0 Pendahuluan 2-4
2.0 Isu Pengabaian Pengambilan Makanan Seimbang
5
(Makanan segera dalam kalangan pelajar) 6
3.0 Kesan Pengabaian Pengambilan Makanan Seimbang 7
4.0 Penutup
5.0 Rujukan
JKA/Jun2019
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah kehadrat Ilahi kerana limpah kurnianya, saya diberikan
kesempatan untuk menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya
yang diberikan oleh pensyarah saya.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih dan penuh penghargaan kepada
pensyarah saya iaitu Encik Faizal Izwan bin Mohamed Tajudin kerana meletakkan
kepercayaan untuk saya menyelesaikan tugasan ini dalam tempoh masa yang telah
ditetapkan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang
tidak jemu dan putus-putus dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini dengan
baik iaitu ibu bapa dan rakan-rakan saya.
Saya mempelajari banyak perkara sepanjang proses penyiapan kerja kursus
ini dan memberi saya pengalaman yang amat bermakna. Saya akan memanfaatkan
apa yang telah saya pelajari dalam kos Kokurikulum dan Kesihatan Diri ini.
JKA/Jun2019 i
1.0 PENDAHULUAN
Secara amnya, kesihatan ialah keadaan diri kita yang sihat dan selamat
serta bebas daripada penyakit, kecederaan dan kecacatan yang terjadi pada
tubuh manusia. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), konsep
kesihatan merupakan tahap keadaan seseorang individu mempunyai
kesejahteraan diri yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial. Sejajar
dengan itu, ia bukan semata-mata bebas daripada pelbagai penyakit tetapi juga
bebas daripada kecederaan. Kesihatan terdiri daripada dua aspek iaitu aspek
positif dan aspek negatif. Aspek positifnya ialah kesejahteraan dari segi fizikal,
mental, emosi dan jasmani manakala aspek negatif pula ialah penyakit, cedera,
cacat dan sebagainya. Seterusnya, matlamat kesihatan diri adalah bertujuan
untuk mencapai kesejahteraan yang maksimum, di mana semua bahagian
berfungsi dengan baik. Justeru itu, setiap individu mempunyai tanggungjawab ke
atas diri sendiri dalam penjagaan tahap kesihatan dan kesejahteraan diri mereka
agar dapat menjalani dan melakukan pelbagai aktiviti lain dalam seharian.
Menurut Kolle (1974) di Bintarto (1989), kesejahteraan dapat diukur dari
beberapa aspek kehidupan. Antaranya ialah dengan melihat kualiti kehidupan
dari pelbagai segi iaitu segi bahan, fizikal, mental dan spiritual. Selanjutnya,
menurut Drewnoski dalam Bintarto (1989), konsep kesejahteraan dilihat dari tiga
aspek iaitu dengan melihat tahap perkembangan fizikal seperti pemakanan,
jangka hayat, kesihatan dan sebagainya. Selain itu, dengan melihat integrasi dan
status sosial. Seterusnya, dengan melihat tahap mental seperti pekerjaan,
pendidikan dan sebagainya. Oleh itu, kesihatan dan kesejahteraan diri perlulah
diberi perhatian yang sepenuhnya bagi menjamin kesihatan diri. Hal ini supaya
dapat merealisasikan dan menjalani kehidupan dengan baik.
JKA/Jun2019 1
2.0 ISU PENGABAIAN PENGAMBILAN MAKANAN SEIMBANG
Pengambilan makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang
cukup dari setiap peringkat yang telah ditetapkan pada piramid makanan. Seperti
yang ditunjukkan pada rajah di bawah, piramid makanan terbahagi kepada empat
bahagian iaitu karbohidrat seperti nasi, roti dan bijirin, vitamin seperti
buah-buahan dan sayur-sayuran, protein seperti ikan, ayam, daging dan susu,
dan lemak, garam, minyak dan sebagainya. Pemakanan berdasarkan piramid
makanan mestilah diamalkan dengan betul agar dapat melahirkan individu yang
sihat dan cerdas dalam melakukan sesuatu aktiviti. Seperti yang sedia maklum,
piramid makanan sudah diperkenalkan sejak kecil lagi untuk mengenal pasti
kategori pemakanan yang sihat dan seimbang. Piramid makanan tersebut telah
menjelaskan pengelasan peringkat mengikut kuantiti dan kadar yang perlu
dimakan dan diperlukan oleh individu dalam setiap hidangan. Sehubungan
dengan itu, setiap individu mestilah mengambil kadar makanan yang betul
mengikut urutan atau kategori dalam piramid makanan.
Rajah 1
JKA/Jun2019 2
Pengambilan makanan seimbang dalam kehidupan sangat penting
sebagai keperluan kita setiap hari mengikut kadar yang betul dalam kehidupan
seharian. Hal ini kerana manusia memerlukan makanan dan vitamin yang cukup
untuk pembesaran dan kesihatan diri. Isu pengabaian pengambilan makanan
seimbang yang kebiasaannya terjadi dalam kalangan pelajar hangat diperkatakan
di negara kita. Hal ini kerana ramai pelajar yang mengabaikan pemakanan yang
seimbang dalam kehidupan seharian mereka yang disebabkan atas alasan
tertentu. Sesetengah daripada mereka suka mengabaikan sarapan pagi kerana
mempunyai beberapa alasan seperti tidak sempat dan ingin berjimat. Namun,
terdapat kajian yang mengatakan bahawa sarapan pagi sangat penting untuk
merangsang otak menjadi lebih cergas dan fokus apabila menuntut ilmu. Hal ini
membolehkan mereka menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran
dan menyelesaikan tugasan atau masalah dengan baik (Benton & Parker, 2008).
Justeru itu, ramai pelajar yang memilih dan gemar akan makanan segera seperti
mee segera. Malah, bukan pelajar sahaja tetapi golongan muda yang lain pada
hari ini termasuklah kanak-kanak juga gemar makan mee segera. .
Mee segera sangat popular dalam kalangan pelajar, lebih-lebih lagi
pelajar yang tinggal di asrama atau rumah sewa yang berjauhan dengan keluarga.
Hal ini kerana mereka sering mengatakan dan memberi alasan bahawa mereka
yang tinggal di asrama perlu berjimat-cermat dalam perbelanjaan harian.
Tambahan pula, mee segera tersebut senang dan mudah untuk dimasak dengan
segera pada bila-bila masa sahaja. Hal ini kerana mereka juga tidak mempunyai
masa yang panjang untuk memasak. Namun, mee segera mengandungi bahan
yang membahayakan kesihatan. Selain itu, alasan mereka mengabaikan sarapan
pagi dan juga makan mee segera adalah kerana kualiti makanan yang disediakan
atau dijual di kantin kampus masing-masing kurang menepati citarasa mereka. Di
samping itu, kebanyakkan pelajar tidur lewat malam untuk menyiapkan tugasan
dan menyebabkan mereka berasa lapar dan makan mee segera pada lewat
malam. Pengabaian pengambilan makanan seimbang terutamanya dalam
kalangan pelajar sangat penting untuk dititikberatkan dan diberi perhatian yang
sepenuhnya agar perkara ini dapat dibendung dan dijaga dengan baik.
JKA/Jun2019 3
Bagi menganalisis dan menyatakan perkara tentang pemakanan
seimbang ini adalah melalui analisis SWOT seperti dibawah.
JKA/Jun2019 4
3.0 KESAN PENGABAIAN PENGAMBILAN MAKANAN SEIMBANG
Pengabaian pengambilan makanan seimbang yang dipandang remeh
oleh masyarakat dalam kehidupan mempunyai beberapa kesan yang negatif
kepada individu. Antaranya ialah menyebabkan individu mengalami penyakit
kronik seperti penyakit kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Selain itu, ia
menyebabkan kadar obesiti meningkat dari semasa ke semasa. Hal ini kerana
mereka tidak mengambil peduli terhadap pengambilan makanan seimbang pada
setiap hari. Tambahan pula, ramai yang terpengaruh dengan pelbagai jenis
makanan barat yang viral pada masa kini. Malah, makanan tersebut kurang
menepati apa yang terkandung dalam piramid makanan dengan kadar yang betul.
Oleh sebab itu, kesukaran dalam mengawal keinginan mereka terhadap
makanan tersebut meningkat.
Seterusnya, tubuh badan tidak memperolehi zat dan nutrien yang
mencukupi mengikut keperluan badan seseorang. Hal ini demikian menyebabkan
individu tidak dapat menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara atau kerja
terutamanya dalam kalangan pelajar. Ini kerana mereka memerlukan tenaga dan
nutrien yang secukupnya agar dapat membantu mereka untuk fokus dalam
menuntut ilmu dan menyiapkan tugasan. Justeru itu, pemakanan yang tidak
seimbang seperti mee segera perlu dielakkan dan dikurangkan dalam
pemakanan seharian. Di samping itu, ia juga boleh menyebabkan seseorang
individu itu mengalami gangguan kemurungan. Hal ini kerana gula dalam
pengambilan makanan yang tidak mencukupi boleh menyebabkan paras glukosa
mereka menurun. Secara tidak langsung, ia juga mengganggu waktu tidur yang
betul. Oleh itu, pengambilan makanan seimbang mempengaruhi aktiviti seharian
kerana apabila badan kita sihat, kita dapat menjalani kehidupan yang
menyeronokkan dan lebih aktif.
JKA/Jun2019 5
4.0 PENUTUP
Kesimpulannya, kita mestilah menjaga pemakanan harian kita dengan
mengambil pemakanan seimbang mengikut piramid makanan yang telah
ditetapkan dengan kadar yang betul dan makan mengikut waktu secara teratur.
Hal ini demikian dapat memberi tenaga yang baik kepada tubuh badan kita.
Tambahan pula, pemakanan seimbang adalah keperluan penting bagi menjamin
kesihatan dan kesejahteraan mental dan fizikal seseorang. Secara tidak langsung,
ia juga dapat mengekalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan kita. Pengambilan
makanan seimbang dan teratur dapat melahirkan individu yang sihat dan aktif
dalam sesuatu perkara. Oleh itu, pemakanan yang seimbang perlu dijadikan
kebiasaan dalam kehidupan agar dapat mengekalkan kesihatan diri.
JKA/Jun2019 6
5.0 RUJUKAN
Mohd Azlan Abdullah & Noraziah Ali. (2011). Amalan Pemakanan dalam
Kalangan Pelajar Universiti dan Implikasinya Terhadap Pembelajaran.
Jurnal Personalia Pelajar, 59-68.
Benton, D. & Parker, P.Y. (2008). Breakfast, Blood Glucose and Cognition.
American Society for Clinical Nutrition. University of Mississippi: Thesis.
Yahaya Mohammed. (1998). Pertubuhan kesihatan sedunia (WHO) peranannya
dalam aspek kesihatan awam di Rantau Asia tenggara. Rancangan
Pengajian Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti
Malaya.
Risiko pemakanan tidak seimbang. (2016, October Tuesday).
http://peaceworldforhealthylife.blogspot.com/2016/10/risiko-pemakanan-
tidak-seimbang.html
Sriyana, S.Sos, & M.Si. (2021). Masalah sosial kemiskinan, pemberdayaan dan
kesejahteraan sosial. CV Literasi Nusantara Abadi.
JKA/Jun2019 7