The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ustaz Mohd Hakim Mohd Nor,
serantaumuslim.org.my

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by reenmnor, 2020-11-11 10:09:04

Kematian Yang Dicemburui

Ustaz Mohd Hakim Mohd Nor,
serantaumuslim.org.my

Keywords: Kematian

E-book SM

'Kematian husnul khatimah menjadi
nilaian sebenar di sisi

Allah yang disaksikan pada saat-
saat akhir amalan seorang insan'

Ustaz Mohd Hakim Mohd Nor

serantaumuslim.org.my



E-book

Kematian
Yang

Dicemburui

serantaumuslim.org.my

Setiap daripada kita pasti mengimpikan untuk bertemu
dan dijemput Allah dalam keadaan yang mulia seperti
mana para sahabat terdahulu, para alim ulama dan para
solihin.

Namun, apakah kita layak untuk berada dalam keadaan
sedemikian? Dan apakah amalan yang dapat kita lakukan
bagi melayakkan diri kita untuk memperoleh ganjaran
sebesar itu?

Sememangnya banyak amalan para solihin terdahulu yang
boleh kita amalkan agar kematian kita adalah kematian
yang baik atau husnul khatimah. Jika kita rajin menelaah
kisah-kisah kematian yang mulia ini, pasti kita akan
mendapat intipati tertentu untuk memperoleh objektif
tersebut melalui pelbagai amalan baik dilakukan
sepanjang hidup seseorang.

Alim ulama' banyak menyarankan kita untuk perbanyakkan
amalan berzikir, solat berjemaah, solat sunat, amalan-
amalan sedekah dan berdoa agar kematian kita suatu hari
nanti dalam keadaan yang baik. Dalam pada itu juga, kita
boleh melihat pengakhiran kehidupan seseorang itu
melalui beberapa tanda yang dizahirkan Allah SWT sama
ada pada keadaan, masa dan bagaimana kematian tersebut
berlaku.

Justeru, melalui E-book 'Kematian yang
Dicemburui' ini, Insha-Allah para pembaca semua
akan terus beramal dan mengambil ibrah
berlandaskan al-Quran dan hadith-hadith agar
kehidupan sementara ini akan berakhir dalam
keadaan baik. Insha-Allah. Diharapkan kita semua

mendapat manfaat melalui bahan bacaan elektronik yang
ringkas ini.

3 SYARAT UTAMA MENDAPAT

PENGAKHIRAN HUSNUL KHATIMAH

Terdapat banyak hadith yang menyebutkan tentang
tanda-tanda seseorang itu meninggal dunia dalam
keadaan husnul khatimah. Terlebih dahulu, antara
syarat paling penting bagi seseorang itu
mendapat husnul khatimah ialah mati dalam
keadaan menganut agama Islam, beriman kepada
Allah SWT dan melafazkan syahadah sebelum
meninggalkan dunia. Penting untuk kita tahu
bahawa Allah SWT tidak akan sesekali
mengampunkan dosa orang yang melakukan syirik
kepadaNya seperti mana firman Allah SWT:

‫ِإ َّن اللـَهّ َّل ي ْغ ِف َّر أن ي ْشر َّك بَِِّه وي ْغ ِف َّر ما دو َّن َٰذ ِل َّك ِلمنيشا َءّ ومن ي ْش ِر َّْك بِاللـَِّه فقَِدّ اَ ّْفَتر ََّٰٰ إِثْ ًما‬
‫ع ِظي ًما‬

Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan
dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua),
dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi
sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya).
Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu
yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa
yang besar.

(Surah al-Nisa’: 48)

Sebagai hamba, kita semua wajar menjauhi segala
larangan Allah SWT dan patuh dengan syariat-Nya
agar kita berada dalam akidah yang benar dan
mendapat nikmat yang dijanjikan Allah SWT di
akhirat kelak. Kini, adakah kita merasakan kita
benar-benar melepasi syarat-syarat utama ini?
Tepuk dada, tanya iman.

Looking for the "new Ibiza"? Florianopolis to locals, the second largest city in the Santa Catarina state, and beloved by Brazilians for its nightlife and live music. muslim itu

Selain itu, penting untuk seorang

melafazkan kalimah syahadah sebelum meninggal

dunia. Berdasarkan hadith yang diriwayatkan

oleh Abu Daud, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ََ‫مَ ن كَ ا َنَ آ ِخ رَ كَََل مِهَِ َلَ إ ِلَه ََ إ ِ َلَ الله دَخَ لََ ا لجَنَة‬

Maksudnya: Barangsiapa yang akhir perkataannya
‘Tiada tuhan melainkan Allah’, nescaya dia akan
memasuki syurga.

Hadith riwayat Abu Daud: (3316)

Selepas 3 syarat utama ini, kita semua juga
boleh menghayati dan mengambil pengajaran
melalui tanda-tanda pengakhiran hayat husnul
khatimah seseorang dengan mengenalpasti 9
tanda yang akan dialami oleh seseorang itu di
akhir pengakhiran hidup.

Kita juga boleh melihat seseorang itu sama ada
mendapat kematian yang husnul khatimah atau
sebaliknya melalui beberapa panduan melalui
beberapa pecahan keadaan iaitu pada
masa, tempat dan keadaan fizikal si mati.

Tropicana Beach Club is a must for sangria and seafood, just steps from the ocean.

9 TANDA KEMATIAN YANG BAIK
(HUSNUL KHATIMAH)

Terdapat beberapa tanda kematian yang baik menurut
Dato’ Seri Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Hj. Zulkifli
bin Mohamad Al-Bakri. Daripada panduan tersebut, kita
semua boleh menghayati kemuliaan yang diberikan Allah
SWT itu dan secara tidak langsung kita bersedia
menghadapi kematian dan diharapkan ia dalam keadaan
yang baik. Harus diingat juga bahawa Allah SWT
menjadikan kehidupan dan kematian untuk menguji
manusia siapakah dalam kalangan mereka yang paling
baik amalannya. Kita boleh hayati firman Allah SWT di
dalam al-Quran yang bermaksud :

َ‫لَ ِذي َخلَ َقَ الْ َم ْو َتَ َوالْ َحيَاةََ لِيَبْل َوك ْمَ أَيُّك ْمَ أَ ْحسَنَ عَ َمًَلَ َوه َوَ الْعَ ِزيزَ الْغَفور‬I

Maksudnya:
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup
(kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu:
siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia
Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha
Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)

(Surah al-Mulk: 2)

Para pembaca sekalian, kita wajar beramal dengan
amalan yang baik sepanjang hidup yang mana
dipinjamkan Allah SWT ini agar jasad dan roh kita
tidak terlepas mendapat nikmat besar Allah SWT
ini apabila berada di pengakhiran hayat kita,
InshaAllah. Kita juga harus berpada-pada di dunia
dengan meninggalkan perkara-perkara yang
dimurkai Allah SWT seperti berdusta, mengumpat,
memfitnah, mengadu domba, mengambil rasuah,
mengamalkan riba dan segala bentuk amalan dosa
dan maksiat. Kita harus ingat bahawa di dunia ini
adalah tempat beramal soleh dan di akhirat adalah
tempat balasan dan tempat yang kekal abadi.

Ayuh kenali beberapa tanda seseorang itu mendapat
husnul khatimah di akhir hayatnya:

1) Mati pada hari atau malam Jumaat

Berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada
Abdullah Ibn ‘Amru, bahawa Rasulullah SAW
bersabda:

ّ‫م ا ِم ن م سْلِ َمّ ي م و َتّ ي ْو َمّ ا لج مْ ع َةِّ أ َْوّ ل يْل َةّ ا لج مْ ع َةِّ إ ِ َلّ و ق ا ه الَلّ ف َِت ْن َةّ ا لق بْ َِر‬

Maksudnya:
Tidak ada orang Islam yang meninggal dunia pada hari
atau malam Jumaat kecuali Allah SWT akan
melindunginya daripada fitnah kubur.

Hadith riwayat al-Tirmidzi: (1074)

2) Selain mati pada hari atau malam Jumaat,
seseorang yang mendapat husnul khatimah
berada dalam keadaan berpeluh di dahinya.

Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-
Tirmidzi, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

•َ‫مَ ْو تَ ا لم ْؤ مِ ِنَ ب ِع َ ْر قَِ ا لجَب ِ ي ِن‬

Maksudnya:
Tanda kematian bagi seorang mukmin ialah dengan
berpeluh dahinya.

•H a d i t h r i w a y a t a l - Ti r m i d z i : ( 9 8 2 )

3) Diberikan taufiq dan hidayah oleh Allah
SWT beramal soleh sebelum meninggal
dunia.

Sabda Rasulullah SAW dalam satu hadith:

ّ‫إذ ا أ ر ا َدّ ّللَاّ ب ِع بْ َدّ خ يْ ًر ا اسَْت عْم ل َهّ ق ال و ا و ك يْ َفّ ي سَْت عْمِ ل َهّ ق ا َلّ ي و ف ِق َهّ لِع م ل َصّ الِ ٍَّ ق بْ َل‬
ِّ‫م ْو َت ِ َه‬

Maksudnya:

Jika sekiranya Allah SWT menginginkan kebaikan terhadap
hambaNya, maka Allah SWT menjadikannya sentiasa melakukan
amal. Para sahabat bertanya, “Bagaimana diamenjadikannya
sentiasa melakukan amal?”. Rasulullah SAW bersabda: “Allah
SWT akan memberikan taufiq padanya untuk melaksanakan amal
soleh sebelum daripada kematiannya.

Hadith riwayat al-Tirmidzi: (2142)

4) Seseorang itu merasa gembira dan senang hati
untuk bertemu dengan Allah SWT.

Di dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin
Malik, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ْ‫َمنْ َأ َحبْ ِل َق ا َءْ اَّل ِلْ َأ َحبْ اَّل هلْ ِل َق ا َء ههْ َو َمنْ َك ِر َهْ ِل َق ا َءْ اَّل ِلْ َك ِر َهْ اَّل هلْ ِل َق ا َء هه‬

Maksudnya:
Barangsiapa gembira bertemu dengan Allah, maka Allah
gembira bertemu dengannya. Dan barangsiapa merasa berat
bertemu dengan Allah, maka Allah juga merasa berat untuk
bertemu dengannya.

•Hadith riwayat Muslim: (2685)

•Oleh itu, kita harus perbanyakkan mengingat mati
dengan memperbanyak amal kebaikan agar kita merupakan
orang yang bersedia dan akan bahagia untuk berjumpa
dengan Allah SWT. Kita juga disaran mengingati mati
kerana ia akan datang pada bila-bila masa sahaja tanpa
kita duga.

•Para pembaca sekalian, para ulama terdahulu memiliki
cara mereka tersendiri untuk mengingati kematian.
Mereka bersedia dan tidak sabar menunggu jemputan
Allah melalui beberapa amalan seperti bertafakkur,
sentiasa melakukan muhasabah tentang kematian,
membaca kitab atau hadis tentang kematian dan dengan
melihat kubur (menziarahi kubur).

CHARLES M. SCHULZ

Selain berasa senang dan bahagian untuk
berjumpa Allah SWT, seseorang itu berada dalam
rahmat Allah iaitu husnul khatimah melalui 5)
meninggal dunia disebabkan oleh penyakit yang
berkaitan dengan perut.

ّ‫وم َْنّ م ا َتّ فِي الْبطْ َِنّ فه َوّ شهِيْ َد‬

Maksudnya:
Barangsiapa yang mati akibat daripada penyakit berkaitan
perut, maka dia mati dalam keadaan syahid.

Hadith riwayat Muslim: (1915)

Menurut satu catatan Ustaz Iqbal Zain berkenaan isu
ini, terdapat 20 tanda kematian adalah tergolong
dalam husnul khatimah dan salah satunya adalah
berkaitan perut. Mereka yang mati kerana penyakit
dalaman (mabtun) iaitu sakit jantung, hati, paru-paru,
usus, perut, apendiks, pankreas, payudara, rahim dan
lain-lain yang tersembunyi dalam badan manusia).

Kebanyakan mereka ini disebut sebagai syahid akhirat
yakni jenazahnya perlu diuruskan seperti jenazah
biasa, diakhirat dia akan dibangkitkan bersama
syuhada'. Ininsyallah .

Manakala syahid dunia dan akhirat hanyalah mereka
yang gugur dimedan perang fisabillah. Jenazah mereka
hanya perlu dikafan dan dikebumikan sahaja. Allah
juga begitu penyayang kerana menjadikan ujian ke atas
orang Islam sebagai penyebab keampunan ke atas dosa-
dosa seseorang sekali gus meninggikan darjat mereka
melalui ujian yang dihadapinya itu melalui
mengurniakan syahid.

6) Meninggal dunia dalam keadaan melahirkan
anak

ّ‫ق َت ْ َلّ الْم سْلِ َِمّ ش ه اد َةّ و ا لط اع و َنّ ش ه اد َةّ و الْب طْ َنّ و اَلّْغ ر َقّ و الْم ْر أ َةّ ي قَْت ل ه ا و ل د ه ا ج َمّْع ا َء‬

Maksudnya:

Seorang muslim yang terbunuh dikira sebagai seorang
syahid, kematian akibat wabak taun juga dikira sebagai
syahid, kematian kerana sakit perut, mati lemas dan
seorang wanita yang meninggal dunia kerana
melahirkan anaknya dikira sebagai syahid.

Hadith riwayat Ibn Kathir: (5869)

Matinya seorang wanita dalam nifasnya yang
disebabkan melahirkan anaknya menurut Ubadah bin
Shamit RA bahawa Rasulullah SAW menjenguk
Abdullah bin Rawahah RA dan berkata:

Beliau tidak berpindah dari tempat tidurnya lalu
berkata: “Tahukah kamu siapa syuhada’ dari
umatku?” Mereka berkata: “Terbunuhnya seorang
Muslim adalah syahid.” Baginda berkata: “Jadi
sesungguhnya para syuhada’ umatku, terbunuhnya
seorang Muslim syahid, mati kerana wabak taun
syahid, wanita yang mati kerana janinnya syahid
(ditarik oleh anaknya dengan tali arinya ke
s y u r g a ) .”

Jadi, para pembaca sekalian, jika ada diantara ahli
keluarga kita yang dijemput Allah dalam keadaan
seperti ini, kita bersyukur kerana rahmat Allah
yang begitu luas yang mana Allah SWT ingin
memberikan syurga kepada ahli keluarga kita. Kita
harus sentiasa berdoa agar kita juga mendapat
pengakhiran yang baik dan tenang, InshaAllah,
amiin.

Seterusnya ke-7 ialah seseorang itu berada
dalam husnul khatimah apabila meninggal
dunia dalam keadaan lemas tenggelam, jatuh
bangunan dan syahid di jalan Allah SWT.

َِ‫لشُّهَدَ اءَ َخ ْمسَةَ الْ َمطْع ونَ َو الْ َمبْط ونَ َو الْغَ ِرقَ َوصَ ا ِحبَ الْهَدْ ِمَ َو الشَ ِه يدَ فِي سَبِيلَِ ّل َلا‬

Maksudnya:

Orang yang mati syahid itu ada lima iaitu orang yang
meninggal karena penyakit tha’un, sakit perut, tenggelam,
orang yang jatuh daripada bangunan atau tebing dan
syahid di jalan Allah.

Hadith riwayat al-Bukhari: (652)

Menurut Ustaz Iqbal Zain lagi, terdapat beberapa
hadis yang terkait kenyataan ini dan yang paling
masyhur ialah dari Jabir bin ‘Atik dengan sanad
marfu’:

“Syuhada’ ada tujuh selain terbunuh di jalan Allah:
yang mati kerana wabak taun syahid; yang tenggelam
syahid; yang mati kerana sakit bengkak yang panas
pada selaput dada syahid; yang sakit perut syahid;
yang mati terbakar syahid; yang mati terkena
runtuhan syahid; dan wanita yang mati setelah
melahirkan syahid.”Mereka yang mati kerana terbakar
dan sakit bengkak panas yang menimpa selaput dada di
tulang rusuk.

8) Meninggal dunia kerana mempertahanakan
harta dan maruah dirinya

ّ‫ج ا َءّ ر ج َلّ إ ِل ى ر س و َلِّ ّللَاِّ ص ل ى ّللَاّ ع ل يْ َهِّ و س َلّ َمّ ف ق ا َل‬: ِّ‫أ ر أ يْ َتّ ” ي ا ر س و َلّ ّللَا‬
ّ‫إ ِ َْنّ ج ا َءّ ر ج َلّ ي ِر ي َدّ أ ْخ َذّ م الِ ي ق ا َل‬: ّ‫ق ا َلّ ف َلّ َت عْ ِط َهِّ م ال َك‬: ّ‫أ ر أ يْ َتّ إ ِ َْن‬

‫ق ا َلّ ق اَت ل ن ِ ي‬: ّ‫ق ا َلّ ق اَت ِلْ َه‬: ّ‫أ ر أ يْ َتّ إ ِ َْنّ ق َت ل ن ِ ي ق ا َل‬: ّ‫ق ا َلّ ف أ نْ َتّ ش هِ ي َد‬: ّ‫أ ر أ يْ َتّ إ ِ َْن‬
ّ‫ق ا َلّ ق َت لَْت َه‬: ّ‫ه َوّ ف ِ ي ا لن ا َِر‬

Maksudnya:

Datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lalu
bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, bagaimana kalau
ada seseorang yang hendak mengambil hartaku?”
Baginda SAW bersabda, “Jangan engkau berikan
hartamu!”. “Bagaimana kalau dia melawanku?”.
Baginda SAW bersabda; “Lawanlah dia!”.

“Bagaimana kalau dia membunuhku?” Baginda SAW
bersabda; “Engkau syahid”. “Bagaimana kalau aku
yang membunuhnya?” Baginda SAW bersabda: “Dia
di neraka!”

Hadith riwayat Muslim: (140)

Dalam hal itu juga, ada hadis lain di antaranya:
Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang
terbunuh kerana hartanya (dalam riwayat: barang
siapa yang hartanya diambil tidak dengan alasan
yang benar lalu dia mempertahankannya dan
terbunuh,) maka dia syahid.”

9) Meninggal dunia dalam keadaan melaksanakan
amalan soleh

ّ‫م َْنّ ق ا َل‬: ‫ وم َْنّ ص ا َمّ ي ْو ًم ا‬، ّ‫ خَتِ َمّ ل َهّ به ا َدّخ َلّ الْجن َة‬، ِّ‫َلّ إِل َهّ إِ َلّ ّللَاّ ابَتِغ ا َءّ و ْج َِهّ ّللَا‬
، ‫ وم َْنّ َت َصّد َقّ بصدق َةّ ابَتِغ ا َءّ و ْج َِهّ ّللَاِّ خَتِ َمّ َلّ َهّ به ا‬، ّ‫ دخ َلّ الْجن َة‬، ‫ابَتِغ ا َءّ و ْج َِهّ ّللَاِّ خَتِ َمّ ل َهّ به ا‬

ّ‫“دخ َلّ الْجن َة‬

Maksudnya:

Barangsiapa yang mengucap ‘Laa ilaaha illallah’ ikhlas
kerana mencari keredhaan dia Allah SWT, dan diakhiri
hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk
Syurga.

Barangsiapa yang berpuasa pada suatu hari kerana ingin
mencari keredhaan Allah SWT, dan diakhiri hayatnya
dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk Syurga.

Barangsiapa yang bersedekah ikhlas kerana Allah SWT
kemudian dia meninggal dunia, maka dia akan masuk
Syurga.”

Hadith riwayat Ahmad: (23372)

Justeru, kita wajar mensyukuri rahmat yang
dikurniakan Allah SWT ini kerana di sebalik ujian
seperti penyakit, bencana dan lain-lain yang
menimpa kita dan saudara sesama Islam kita, ia
sebenarnya adalah nikmat serta ganjaran yang kita
tidak sangka akan peroleh di akhirat kelak.

CHARLES M. SCHULZ

IBRAH TENTANG KEMATIAN
HUSNUL KHATIMAH

Ibrah 1: Kematian Sahabat Nabi, Zahid RA
yang Sangat Mengharukan

Pada zaman Rasulullah SAW, terdapat seorang
pemuda yang bernama Zahid, namun beliau bujang
dan belum berkahwin walaupun sudah mencecah umur
35 tahun. Zahid tinggal di Suffah, Madinah dan
sentiasa keseorangan berada di rumahnya.

Pada suatu ketika, semasa beliau sedang
menajamkan pedangnya, tiba-tiba Rasulullah SAW
datang dan mengucapkan salam kepadanya sehingga
menyebabkan Zahid terkejut lalu Nabi Muhammad
SAW bertanya kepada Zahid berkenaan perkahwinan
dan Zahid memberi jawapan bahawa beliau tidak
mempunyai pekerjaan tetap dan tidak memiliki
wajah yang tampan sehinggakan dia merasakan
dirinya tidak diminati oleh mana-mana wanita di
situ.

Namun, Nabi Muhammad SAW bertanya Zahid dan
meminta persetujuan Zahid untuk menulis surat
kepada salah seorang bangsawan Madinah terkenal
dan kaya serta cantik jelita. Dengan perasaan ang
gugup, Zahid membawa utusan Nabi itu kepada ayah
Zulfah, Said.

Pada mulanya, ayah Zulfah meragui akan surat
tersebut namun selepas mengetahui bahawa surat
tersebut utusan Nabi Muhammad SAW, Zulfah yakin
untuk menerima lamaran Zahid.

Zulfah teringat akan firman Allah dalam Al-Quran,
24 : 51 yang bermaksud;
"Sesungguhnya jawaban orang-orang mukmin, bila
mereka dipanggil kepada Allah dan Rasul-Nya agar
rasul menghukum (mengadili) diantara mereka
ialah ucapan. Kami mendengar, dan kami
patuh/taat. Dan mereka itulah orang-orang yang
beruntung. (QS. 24:51)”

Anaknya meyakinkan ayahnya.

Zahid RA Zahid pada hari itu merasa jiwanya
melayang ke angkasa dan baru kali ini merasakan
bahagia yang tiada tara dan segera pulang ke
rumahnya.

Sampai sahaja di masjid, dia bersujud tanda
syukur kepada Allah SWT. Dalam masa yang sama,
Rasul yang mulia tersenyum melihat gerak-geri
Zahid yang berbeza dari biasa.

Tanya Rasulullah kepada Zahid, “Bagaimana
Zahid?”

“Alhamdulillah diterima ya rasul,” jawab Zahid.

“Sudah ada persiapan?”Zahid menundukkan kepala
sambil berkata, “Ya Rasul, aku tidak memiliki
apa-apa.

”Akhirnya Rasulullah menyuruhnya pergi ke Abu
Bakar, Uthman, dan Abdurrahman bin Auf. Setelah
mendapatkan wang yang mencukupi, Zahid pergi ke
pasar untuk membeli persiapan perkawinan.

Dalam pada itu juga, Rasulullah SAW menyerukan
umat Islam untuk menghadapi kaum kafir yang akan
menghancurkan Islam.

Ketika Zahid sampai di masjid, dia melihat kaum

Muslimin sudah b e r s i a pZahidRAmerasa sedia dengan

kelengkapan senjata dan Zahid bertanya, “Ada

apakah ini?”Sahabat menjawab, “Wahai Zahid,

hari ini orang kafir akan menghancurkan kita,

m a k a a p a k a h e n g k a u t i d a k m e n g e r t i ? ”.

Zahid istighfar beberapa kali sambil berkata,
“Kalau begitu segala persiapan perkahwinan ini
akan aku jual dan akan kubelikan kuda yang
terbagus.

”Para sahabat menasihatinya, bahawa beliau akan
bersama-sama isteri beliau memandangkan
beliau baru sahaja berkahwin. Tetapi Zahid
menjawab dengan tegas, “Itu tidak mungkin!”

Lalu Zahid memetik firman Allah, "Jika bapak-
bapa, anak-anak, suadara-saudara, isteri-
isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang
kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri
kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal
yang kamu sukai, adalah lebih baik kamu cintai
daripada Allah dan Rasul-Nya (dari) berjihad di
jalan-Nya. Maka tunggulah sampai Allah
mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak
memberi petunjuk kepada orang-orang fasik. (QS.
9:24).

Akhirnya Zahid maju ke medan pertempuran dan
mati syahid di jalan Allah. Rasulullah berkata,
“Hari ini Zahid sedang berbulan madu dengan
bidadari yang lebih cantik daripada
Zulfah.”Lalu Rasulullah membacakan Al-Quran
surat 3 : 169-170 dan 2:154). Janganlah kamu
mengira bahwa orang-orang yang gugur dijalan
Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi
Tuhannya dengan mendapat rezeki.

Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurnia
Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan
mereka bergirang hati terhadap orang-orang
yang masih tinggal dibelakang yang belum
menyusul mereka dan tidak (pula) mereka bersedih
hati.(QS 3: 169-170).

Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-
orang yang gugur di jalan Allah, (bahwa mereka
itu) mati, bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup,
tetapi kamu tidak menyedarinya, (QS. 2:154).

Pada saat itulah para sahabat menitiskan air
mata dan Zulfah pun berkata, “Ya Allah, alangkah
bahagianya calon suamiku itu, jika aku tidak
bisa mendampinginya di dunia izinkanlah aku
mendampinginya di akhirat.

Melalui coretan kisah ini, banyak ibrah yang
dapat kita peroleh dan tidak lain tidak bukan
ialah meletakkan perintah Allah dan Rasul
sebagai perkara yang utama dan kita akan
memperoleh ganjaran lebih besar daripada itu.
Allah SWT yang Maha Pemurah tidak akan sesekali
menzalimi hamba-Nya.

Sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud:

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan
sesuai dengan kesanggupannya"

(Surah Al-Baqarah, 286)

Ibrah 2: Sebuah Pemergian Yang Menghidupkan
(Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob)

Tanggal 7 September 2019 lalu, Serantau
Muslim (SM) telah kehilangan seorang
pemimpin yang berjiwa dan bersemangat waja.
Almarhum Dr. Raja yang merupakan Pengerusi
SM telah membawa impak besar kepada Islam
minoriti di seluruh Asean termasuk Syria dan
Palestin.

Menurut coretan Pengurus Besar SM, Ustaz
Hakim, almarhum merupakan individu yang
membentuk dirinya sejak 10 tahun yang lepas.
Almarhum meninggalkan begitu banyak
kenangan pahit manis sehingga membuatkan
sesiapa yang mengenalinya menangis tanpa
diduga bila menyebut tentang kenangan
bersama almarhum.

Tambah Ustaz Hakim lagi, hubungan
persahabatan antara mereka menjadi begitu
akrab sejak menjalankan pelbagai aktiviti
dan program kemanusiaan bersama.

"Saya antara orang yang paling rapat dengan
beliau, selalu ke sana sini bersama-sama,
terbit buku sama-sama, ceramah sama-sama,
susah dan senang sama-sama, merantau seluruh
dunia sama-sama, bahkan, kami yang sama-sama
asaskan SARMY dan Serantau Muslim".

"Hari ini (7 September), Allah telah jemput
beliau. Setelah hampir 2 tahun berjuang
melawan kanser usus, hari ini Allah jemput
beliau di sisiNya. Beliaulah sahabat saya,
abang saya, mentor saya, sifu saya. Beliaulah
Dr Raja Iskandar Al Hiss".

Begitulah sebahagian luahan Ustaz Hakim
selaku rakan seperjuangan almarhum.

Akhlak almarhum juga sangat mulia dan luar
biasa. Jika ada sesiapa yang memberikan
pandangan yang bertentangan dengan pandangan
beliau, beliau akan diamkan dahulu pandangan
beliau sendiri dan hanya mengukir senyuman.
Beliau akan membiarkan orang lain meluahkan
idea terlebih dahulu, kemudian beliau akan
berikan sokongan yang cukup besar sehingga
sesuatu idea itu menjadi. Manakala jika ada
perkara yang tidak menjadi, beliau tidak
pernah marah. Sifat beliau yang sentiasa
tenang dan penuh hikmah dalam membimbing.

Jika melihat pada perwatakan almarhum pula,
almarhum begitu baik dan seorang yang jenis
merendah diri walaupun beliau adalah salah
seorag kerabat di-raja negeri Perak. Beliau
sangat menjaga hati orang lain dan selalu
utamakan orang lain. Semua orang senang dan
selesa dengan personalitinya serta beliau
tidak akan memburukkan perihal orang lain.

Buat makluman semua pembaca, SM berada di
tahap ini sekarang berkat panduan dan
kelajuan tindakan almarhum Dr. Raja.

Ustaz Hakim juga berasa begitu kehilangan
seorang insan yang sangat istimewa dalam
hidup beliau sebagai tempat rujukan. Dalam bab
jodoh sekalipun, Ustaz Hakim akan merujuk
almarhum sebelum meneruskan sebarang hajat di
hati.

Dalam masa yang sama, mengimbau hari pemergian
almarhum Dr. Raja, Ustaz Hakim menceritakan bahawa
beliau banyak kali bermimpi yang Allah sedang
muliakan almarhum Ustaz Hakim turut menceritakan
bahawa hari pemergian almarhum begitu diraikan
dengan kehadiran ramainya orang datang untuk
solatkan jenazah almarhum sehinggalah selesai
urusan memakamkan jenazah almarhum.

"Penuh masjid macam solat jumaat dan dalam mimpi
sebelum subuh tadi, saya dapat mimpi yang cukup luar
biasa, saya nampak almarhum sedang tersenyum di
sebuah tempat yang sangat indah. Cantik sangat
tempat tu. Allahu. Saya tak tahu dimana tempat tu.
Tapi saya yakin almarhum sedang berbahagia di
tempat itu", imbau Ustaz Hakim ketika menceritakan
tentang hari pemergian almarhum.

Bait-bait terakhir Ustaz Hakim kepada almarhum Dr
Raja, "Abang raja, berehatlah, kami akan teruskan
perjuangan yang abang telah mulakan ini. Ia akan
jadi pahala jariah berterusan buat abang. Setiap hari
jutaan manusia dapat manfaat melalui Serantau
Muslim yang abang asaskan ini. Moga Allah tempatkan
abang di syurga Firdaus. Dan semoga saya dapat
berjiran dengan abang di syurga kelak".

Semoga almarhum dicucuri rahmat oleh Allah SWT.
InshaAllah. Amiin

CHESTER,

Akhirnya, marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah
SWT supaya kita dimatikan dalam keadaan husnul
khatimah dan ditempatkan di sisi Rasulullah SAW serta
dalam kalangan orang yang soleh.

‫الله َمّ ا ْخَتِ َْمّ لنا بِح ْس َِنّ الْخاَتِمة و َلّ َت ْخَتِ َْمّ عليْنا يا الل َبِّسو َِءّ الخاَتِمة‬

Maksudnya:
Ya Allah, matikanlah kami dalam keadaan husnul khatimah
dan janganlah kamu matikan kami dalam keadaan su’ul
khatimah.

Kita juga digalakkan berterusan mendoakan diri, ahli
keluarga dan seluruh umat Nabi Muhammad SAW agar kita
semua akan mendapat pengakhiran hidup yang baik,
husnul khatimah.

Sekilas tentang
Serantau Muslim

VISI SERANTAU
MUSLIM

Menjadi NGO yang menjadi sumber
rujukan utama yang membela nasib
muslim minoriti di ASEAN menjelang

1 November 2023

MISI SERANTAU
MUSLIM

1)Mempunyai ekosistem “Buat Baik Berterusan”
supaya penyumbang menjadi khairunnas

2) Membantu 10 juta orang muslim minoriti di
semua negara Asean dengan mewujudkan 5 anak
syarikat menjelang tahun 2023

3) Mendapat pengiktirafan ISO 9001:2015 untuk
dokumentasi dan pengurusan kewangan

4) Jenama SM kukuh, dipercayai dan berjaya
mengumpul dana sebanyak 100 juta dengan 10,000
penyumbang tetap bulanan serta mempunyai wakil
di semua

5) Melahirkan 20 orang pemimpin global yang
berilmu , bertaqwa dan berkemahiran dari
kalangan kakitangan SM dan membentuk 1000
pelapis kepimpinan yang teruji dan terlatih

Projek Serantau
Muslim akan
datang

untukmusyria.com

1,700 KELUARGA DI KEM PELARIAN SYRIA MENERIMA BANTUAN
PADA MUSIM SEJUK YANG LEPAS

Terima kasih kepada semua penyumbang bantuan yang anda
salurkan amat bermakna bagi mereka. Menurut maklumat
dari rakan NGO kami yang berada disana, musim sejuk kali
ini lebih teruk dari yang sebelum-sebelum ini kerana
sebahagian besar dari rumah-rumah pelarian dimusnahkan
oleh tentera.Jadi kebanyakan saudara kita di kem
pelarian tidak mempunyai tempat tinggal untuk berteduh
dimusim sejuk nanti.Kami bersepakat, untuk pengumpulan
dana kali ini untuk mendapatkan dana membangunkan
tempat berteduh sementara untuk mereka sekurang-
kurangnya 100 unit.

SASARAN BANTUAN KALI INI KAMI INGIN SAMPAIKAN
KEPADA 5,000 BUAH KELUARGA

Selain dari menyediakan tempat tinggal untuk mereka,
kami juga ingin membawa kelengkapan musim sejuk yang
lain seperti pakaian, selimut, makanan, dan
heater.Bantuan dari anda amat kami perlukan untuk
menjayakan misi ini.Teruskan isi borang di bawah untuk
membantu saudara kita dalam kesusahan.

Maklumat Lanjut Tentang Serantau Muslim

Setiausaha / Pengurus Besar :
Ustaz Mohd Hakim Mohd Nor
No. Tel:
019-450 5360

Serantau Muslim Hotline :
03 8408 1789

Akaun Bank Serantau Muslim :
Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim

Maybank - 5641 0042 1083
Bank Islam - 0808 6020 1345 52


Click to View FlipBook Version