The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by reenmnor, 2023-09-02 12:30:42

BUNGA-BUNGA BAHASA UNTUK PENULISAN

Majas untuk penulisan kreatif.

Keywords: MAJAS

demi mengejar wawasan 1739. menghadapi rakyat yang semakin kritikal dan anatikal 1740. menghadapi sikap tidak rasional 1741. menghadapinya dengan berhemah 1742. menghadirikan keajaiban 1743. menghadirkan kejutan 1744. menghadirkan persepsi yang positif 1745. menghakis persepsi positif 1746. mengharapkan terang dan gelap pada masa yang sama 1747. mengharung perjalanan hidup 1748. mengharungi episod suka duka 1749. menghayati yang tersurat dan tersirat 1750. menghiris hati dan perasaan 1751. mengikat nilai perpaduan dan persaudaraan 1752. mengikut acuan perasaan yang dibentuk 1753. mengimpikan kehidupan yang lebih baik 1754. menguasai kedudukan teratas 1755. mengubah persepsi masyarakat 1756. mengubah set minda 1757. mengumpul reaksi rakyat 1758. mengungkap kehebatan peribadi 1759. mengupas hal yang mempunyai kepentingan bersama 1760. mengutip idealisme sampah sarap 1761. menimbang dengan adil 1762. menimbulkan kegelisahan dan kegusaran 1763. menimbulkan kontroversi 1764. meninggalkan perkara-perkara yang ditegah 1765. meningkat dengan mendadak 1766. meningkatkan integriti 1767. meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja 1768. menipiskan kecintaan 1769. meniup angin penyatuan 1770. menjadi bahan cemuhan dan cacian 1771. menjadi ikon 1772. menjadi jambatan yang berkesan 1773. menjadi khazanah yang berharga 1774. menjadi maklumat eksklusif 101


1775. menjadi nilai tambah 1776. menjadi pembunuh utama 1777. menjadi penanda aras 1778. menjadi penanda aras 1779. menjadi penggerak perubahan 1780. menjadi pusat tumpuan 1781. menjadi racun dalam diri 1782. menjadi senjata ampuh 1783. menjadi titik tolak 1784. menjadi wadah atau wahana ilmu 1785. menjaga prinsip daripada diubah 1786. menjana peningkatan tahap ekonomi negara 1787. menjana rantaian ekonomi 1788. menjangkau ke bidang-bidang lain 1789. menjanjikan perkara yang muluk 1790. menjejaskan kualiti hidup 1791. menjelaskan isu nasional 1792. menjerat diri sendiri 1793. menjuarai hati dan denyutan nadi masyarakat 1794. menjurus kea rah nafsu kebendaan 1795. menjurus kepada persiapan 1796. menjurus untuk memakmurkan rakyat 1797. menonton televisyen secara marathon 1798. mensabotaj perpaduan 1799. menterjemahkan gagasan dan wawasan masyarakat 1800. menterjemahkan usaha amar makruf 1801. menular ke seluruh pelosok tanah air 1802. menunjukkan taring 1803. menuntut skop pemikiran yang luas 1804. menusuk rasa dan jiwa 1805. menyerlahkan persekitaran yang menjadi punca 1806. menyalurkan segala wadah perjuangan 1807. menyediakan generasi yang moderate 1808. menyediakan platform 1809. menyediakan sejumlah dana 1810. menyemai persepsi negatif 1811. menyemak kembali kemampuan 102


1812. menyemarakkan demokrasi 1813. menyentuh fitrah manusia 1814. menyusuri asal usulnya 1815. menzahirkan global yang aman makmur 1816. meraih keyakinan dan kepercayaan rakyat 1817. merasa sangat trauma 1818. merealisasikan dalam bentuk reality 1819. meredakan atau menghapuskan derita 1820. merencana pendekatan lebih mantap 1821. merintis jalan perubahan 1822. merintis jalan yang panjang 1823. merintis warisan paling agung 1824. merungkai persepsi rakyat 1825. merungkai itik persamaan 1826. meruntuhkan tembok kekuasaan 1827. meruntun dan menyayat hati 1828. mesej untuk setiap manusia 1829. mewakili keseluruhan inti pati 1830. mewarisi ilmu dan kepimpinan yang baik 1831. mewarisi kerja mulia ini 1832. mewujudkan kemakmuran rakyat 1833. mewujudkan satu jati diri bangsa 1834. muhasabah diri 1835. nakhoda Negara 1836. naluri kemanusiaan 1837. niat tulus pihak berwajib langsung tidak berbekas 1838. nilai kebendaan yang menghiasi kehidupan 1839. nilai teras 1840. nilai yang tercerna 1841. nyata tetap menyengat 1842. pancaran kepada kesungguhan pemimpin 1843. pasaran tenaga kerja 1844. pasca pilihan raya 1845. pelaburan hartanah 1846. pelan nasional 1847. pelan strategik 1848. pelbagai isu dikupas dengan matang 1849. pelbagai mesej menuntut keadilan 1850. pemacu inovasi 103


1851. pemangkin ke arah kesinambungan perubahan 1852. pemangkin pembangunan modal insan 1853. pembelajaran sepanjang hayat 1854. pembunuh enyap 1855. peminat tegar 1856. pencapaian yang sangat terbatas 1857. pencarian ilmu tanpa henti 1858. pendapatan berkapita tinggi 1859. penghayatan yang bertapak di hati 1860. pengukur keupayaan 1861. penyelewengan dalam perjuangan 1862. penyelewengan dalam perjuangan 1863. penyelidikan bersifat fundamental 1864. perancang kewangan 1865. perangkap emosi 1866. perasaan mendalam terhadap Negara 1867. perbezaan yang unik digabungkan dalam sebuah keluarga besar 1868. percanggahan keputusan 1869. peredaran masa dan kecanggihan teknologi 1870. peringkat penghayatan dan pelaksanaan 1871. perjuangan murahan jalanan 1872. perkara-perkara yang bersifat pinggiran 1873. perkembangan itu tidak boleh dipandang remeh 1874. perkongsian idea dan maklumat 1875. perlu diberi mandate jelas 1876. permuafakatan terbesar peringkat tertinggi 1877. perpisahan dalam paksaan 1878. persaudaraan yang terbarai 1879. persetujuan yang dipateri 1880. persoalan asas dan teras 1881. persoalan demi persoalan bertubitubi menghantui minda 1882. pertemuan bersifat eksklusif 1883. pertimbangan yang seksama 1884. prinsip bermasyarakat 1885. proses meneroka ilmu dan membembangkannya 1886. proses pemindahan ilmu 1887. rasa dan keserasian 1888. rasa ketundukan yang tinggi 104


terhadap Allah s.w.t 1889. rasa megah menggunakan bahasa Melayu 1890. rasa sayang dan ikatan kasih yang sukar digambarkan 1891. respons yang positif 1892. sahsiah manusia yang murni 1893. saling mengukuh dan menyokong 1894. sangat naïf tentang undangundang 1895. sanggup memperjuangkan nasib 1896. sangkar yang membelenggu kita 1897. sasterawan mapan 1898. sebagai juru bicara rakyat 1899. sebuah entiti politik 1900. sebuah idea yang praktikal 1901. sebuah Negara yang unggul dan bermaruah 1902. secara simbolik dan metaforikal 1903. segala kemelut yang berlaku 1904. semacam mendarah daging 1905. semakin banyak dugaan diturunkan 1906. semakin keliru dalam menyatakan pendirian 1907. semakin menghantui masyarakat 1908. semakin tersisih matlamat perjuangan 1909. semakin terumbang-ambing 1910. semangat juang yang jitu 1911. semangat setiakawan 1912. semua keputusan dibuat secara musyuawarah dan consensus 1913. sentiasa diperlekehkan 1914. seolah-olah menyimpan rahsia besar 1915. serasi dan sebati dengan diri 1916. sesuatu yang Allah redhai 1917. sesuatu yang drastik 1918. sesuatu yang sudah berakar umbi 1919. sewajarnya menjadi ikhtibar 1920. si tenggang modan 1921. sikap dan tekad untuk berjaya 1922. sikap konservatif kelompok ibu bapa 1923. sikap liberal generasi muda 1924. silap percaturan 1925. skim yang lebih praktikal 1926. sokongan mereka dikhianati 105


1927. stigma dan cemuhan yang dilontarkan 1928. strategi terancang 1929. suara wanita bangkit dengan pesatnya 1930. sudah jauh terpesong 1931. sudut pandang yang berbeza 1932. sumber menyebar ilmu pengetahuan 1933. suntikan dana 1934. suntikan dramatik 1935. tafsiran yang jauh terpesong 1936. tahap kehidupan lebih tinggi, sejahtera dan selamat 1937. tahap kesedaran masyarakat 1938. tahap kesiapsiagaan 1939. tampil memberi penjelasan 1940. tanpa mempedulikan risiko dan implikasinya 1941. tanpa perlu beremosi dan beraksi liar 1942. taknologi maklumat tanpa sampadan 1943. telah membuat deklarasi 1944. tempat bergantung harap 1945. tenaga kerja yang berdaya saing 1946. tenaga separa mahir 1947. tenggelam dalam kepompong lama 1948. tenggelam dengan pelbagai kenikmatan dunia 1949. teori dan amalannya dapat dihayati 1950. teras budaya nasional 1951. tercetus dalam kelompok masyarakat 1952. terlalu ghairah memperlecehkannya 1953. terlalu sukar untuk dirobohkan 1954. termaktuib dan dikuatkuasakaan 1955. terpengaruh dengan sentimen negatif 1956. tersasar jauh 1957. terus dipulihkan sebagai warisan bangsa 1958. tetap digalas dan dikota 1959. tetap signifikan sepanjang zaman 1960. tewas kepada diri sendiri 1961. tidak ada agenda diketengahkan 1962. tidak ada jalan pintas 106


1963. tidak akan wujud tanpa sistem organisasi 1964. tidak boleh lagi terikut-ikut ndengan kelaziman 1965. tidak cepat emosi 1966. tidak dapat dihidu oleh pihak berkuasa 1967. tidak dapat dipertahan dan disekat lagi 1968. tidak faham zon tanggungjawab masing-masing 1969. tidak terus ada benteng yang menghalang 1970. tidak mahu bersekongkol 1971. tidak menggelapkan hati 1972. tidak meresap dalam jiwa 1973. tidak mungkin berganjak 1974. tidak relevan dan tidak berhikmah 1975. tidak relevan dengan zaman moden 1976. tidak teruja untuk merenung 1977. tidak tulus mengikut jalan yang lurus 1978. tidak wujud klasifikasi 1979. tokoh kontroversi 1980. transformasi yang belum menjelma 1981. trilolgi budi 1982. tuding menuding jari 1983. tugas yang boleh dilunaskan 1984. tulang belakang kepada pertumbuhan ekonomi Negara 1985. umpama haiwan berteknologi dalam belentara konkrit 1986. umpama kompas moral 1987. undang-undang kehidupan manusia 1988. universiti adalah menara ilmu 1989. unsur hedonism 1990. untuk menjinakkan hati 1991. upaya kesabarannya perlu ada 1992. urus tadbir yang berkesan 1993. usaha mengelirukan pemikiran 1994. usaha sama tulen 1995. usia remaja menginjak dewasa 1996. usikan dan kata-kata negatif 1997. utiliti penting 1998. wadah untuk bermegah-megah 1999. wahana pembinaan manusia yang beradab tinggi 107


2000. wajah perjuangan dominan Peribahasa untuk Penulisan Walau dalam penulisan apa pun, peribahsa boleh digunakan tetapi mestilah berhemah. Peribahasa merupakan alat komuniasi yang sangat meluas digunakan dalam masyarakat Melayu tradisional. Dengan santunnya, orang Melayu akan menyampaikan pandangan mereka tentang sesuatu secara berkias, yakni dengan berperibahasa. Apabila peribahasa digunakan, pandangan itu tidak disampaikan secara langsung tetapi berlapik. Tujuanya untuk menjaga hati orang yang ditegur dan sekali gus menjaga kedudukan dan kemuliaan orang yang ditegur dan yang menegur. Bagi orang Melayu, perbuatan menegur keburukan orang lain secara langsung merupakan aksi biadab. Perbuatan seperti itu akan menjatuhkan air muka orang yang ditegur. Malahan perbuatan itu juga mencerminkan kerendahan budi orang yang menegur. Lainlah halnya jika teguran itu ditujukan kepada orang yang ternyata berakhlak buruk secara terang-terangan. Bagi orang jahat, teguran dan kemarahan yang ditujukan kepada mereka tidak perlu dibuat secara berkias lagi kerana kehormatan mereka sudah hilang. Tetapi bagi orang yang tidak ketara kejahatannya, maruahnya masih perlu dipelihara. Bagaimanapun, peribahasa bukan hanya untuk menegur keburukan perilaku orang lain, malahan terpakai juga untuk semua keadaan, sama ada memuji seseorang, menggambarkan sesuatu sifat menusia, atau menyampaikan pesanan. Begitulah hebatnya masyarakat tradisional dalam berkomunikasai. Mereka menggunakan akal untuk menggandingkan sifat alam dengan aksi manusia. Bagi masyarakat Melayu tradisional pengucapan peribahasa itu tidak dianggap sukar kerana semua orang memahaminya. Demikianlah ciri kehidupan masyarakat tradisional; mereka hidup dalam kebersamaan dan memahami segalanya secara bersama. Dalam masyarakat Melayu, peribahasa merupakan alat bantuan komunikasi yang sangat berhemah. Dalam peribahasa ada pepatah, simpulan bahasa, tamsilan, ibarat, dan sebagainya. Lazimnya, peribahasa itu dicipta berdasarkan alam semula jadi. Misalnya pepatah “bula air kerana pembentung” dicipta daripada pengalaman orang tuatua yang mengambil tamsilan daripada bentuk aliran air dalam pembentung. Gambaran itu digunakan untuk menggambarkan keadaan masyarakat yang beratu: “bulan manusia kerana muafakat”. Alangkah tepat dan indahnya gambaran yang diberikan itu. Bagi masyarakat moden yang tidak rapat dengan alam semula jadi dan hidup dalam dunia individualistik, peribahasa yang berasaskan alam semulajadi mungkin sukar difahami. Manusia zaman moden tidak berkongsi pengalaman dengan masyarakatnya kerana mereka hidup secara bersendirian atau mementingkan diri sendiri. Oleh itu, mereka tidak cuba untuk berinteraksi dengan masyarakatnya, kecuali dengan kelompok yang berada dalam status atau profesion yang sama. Mereka juga tidak faham akan erti dan makna sifat alamiah. Dengan mempelajari peribahasa, banyak manfaat akan diperoleh. Pertama, kita akan mengenali rupa bentuk dan sifat masyarakat Melayu tradisional dan memahami jiwa mereka yang halus dan akal yang bijaksana itu. Kedua, kita dapat menggunakan teknik berkomunikasi secara halus dan berseni, dan tidak kasar. Ketiga, kita akan terdorong untuk merapati alam semula jadi dan menghargai keasliannya. Keempat, kita juga akan menjadi orang yang bijaksana sekiranya kita dapat mencipta peribahasa 108


sendiri setelah memerhati alam sekitar kita. Apabila kita mampu membuat perbandingan antara alam sekitar dengan kehidupan sebenar, bermakna kita telah berjaya menghidupkan tenaga imaginasi dan akal budi anugerah Allah Subhana Wata`ala. Alangkah hebatnya kita berbanding dengan orang yang hanya bercakap secara langsung, tanpa berfikir dan tidak mengoptimumkan daya taakulannya? Peribahasa dan Maksudnya Bil Peribahasa Maksudnya 1. Ada hati Ada keinginan. 2. Ada jalan Ada cara, ikhtiar, usaha. 3. Ada udang di sebalik batu Ada maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan. 4. Air muka a. Permukaan air b. Rupa muka (yang membayangkan sesuatu perasaan) c. Maruah, harga diri 5. Air seni Air kencing, air kecil. 6. Akal yang sihat itu ada pada badan yang cergas Orang yang sihat tubuh badan memiliki fikiran yang baik dan idea yang bernas. 7. Akar umbi a. Akar tunjang b. Keseluruhan asas (sesuatu) yang kukuh c. Peringkat bawahan atau asas dalam sesuatu kemuniti 8. Alah biasa tegal (kerana) biasas Segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa mengalaminya. 9. Alah membeli menang memakai Tidak apalah mahal sedikit harganya asal barang itu kuat (tahan dan sebagainya). 10. Alang-alang mandi biar basah (alang-alang/ alang-alangan berminyak biar licin, alang-alang/ alang-alangan berdakwat biar hitam) setelah mula melakukan sesuatu pekerjaan hendaklah dilakukan bersungguh-sungguh hingga selesai. 11. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan Kalau sudah terlanjur jahat biarlah sampai beroleh hasilnya, Kalau sudah melakukan sesuatu, biarlah pekerjaan itu diselesaikan. 12. Ambil langkah a. Mulai hendak berjalan b. Mulai bertindak 13. Ambil (mengambil) berat Memberikan perhatian (minat, layanan) yang istimewa (kepada atau terhadap sesuatu atau seseorang) 14. Anak angkat a. Anak yang diambil dan dijadikan seperti anak sendiri. b. Satu pihak, kumpulan, kampong, sekolah atau apa-apa sahaja yang dinaungi dan dijaga kebajikannya. 15. Anak ayam disambar helang (bagai ayam disambar helang) Seseorang kehilangan sesuatu secara tiba-tiba 109


16. Anak buah a. Orang yang termasuk dalam sesuatu keluarga b. Orang yang termasuk dalam sesuatu pasukan atau terletak di bawah tanggungjawab seseorang c. Anak saudara 17. Anak dagang a. orang asing b. perantau 18. Anak dipijak, dagang dijinjing (anak dipangku dilepaskan, beruk di rimba disusui = anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui) a. Menguruskan hal orang lain sedangkan hal sendiri diabaikan. b. Mengutamakan kebajikan orang luar (asing) sedangkan anak buah sendiri tidak dipedulikan 19. Anak emas a. Anak abdi yang diambil jadi anak angkat orang tuanya, b. Anak yang diambil sebagai anak oleh orang asing c. Orang yang dikasihi oleh seseorang yang lebih berkuasa (diberi layanan istimewa) 20. Asam garam Berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit, manis, suka duka) 21. Atas angin Negeri atas angin = Negeri yang dipandang sebagai asal angin (seperti India, Iran, Arab dan juga Eropah). 22. Ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan Menderita kesusahan meskipun berada di negeri sendiri yang kaya raya 23. Ayam Tambatan Orang harapan 24. Bagaimana acuan begitulah kuihnya Anak itu mengikut sikap dan supa ibu bapanya kerana faktor baka (bapa borek anak rintik) 25. Bagai anjing buruk kepala (kepala busuk) Orang yang telah diketahui kejahatannya, ke mana-mana ia pergi dihinakan orang juga. 26. Bagai aur dengan tebing Dikatakan mengenai orang yang suka bertolong-tolongan. 27. Bagai ayam disambar helang Padi ditanam tumbuh lalang = untung yang malang (seperti isteri atau tunangan dirampas orang yang berkuasa). 28. Bagai bulan dipagar bintang Bagai bulan (purnama) empat belas a. Wajah perempuan yang cantik b. Kecantikan makin terserlah apabila dikelilingi orang yang cantik 29. Bagai kaca terhempas ke batu Sangat sedih. 30. Bagai kacang lupakan kulit = panas hari, lupa kacang akan kulitnya Orang yang lupa akan asalnya (orang yang telah menolongnya dan lain-lain) setelah menikmati kesenangan hidup. 31. Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tak mahu Keadaan hidup seseorang yang sangat miskin dan melarat. 110


32. (Bagai) laying-layang putus tali Sudah putus harapan (bergantung pada nasib). 33. Bagai minyak dengan air (minyak dengan air adakah bercampur) Orangg bermusuhan atau yang tidak sehaluan mustahil dapat dicampurkan jadi satu. 34. Bagai murai tercabut ekor Orang yang suka bercakap banyak. 35. Bagai pucuk (enau) dilancarkan (diluncurkan) Sangat laju dan luncur perginya 36. Bagai (seperti) cincin dengan permata Sama padan, cocok benar. 37. Bagai (seperti) menatang minyak yang penuh Sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurnanya. 38. Bagai (seperti) rusa masuk kampung tercengang-cengang, tidak tahu berbuat apa-apa di tempat yang baru dikunjungi. 39. Baik berjagung-jagung sementara (padi belum masak) menanti pada masak Sementara menunggu sesuatu yang lebih baik, yang kurang baik pun boleh dipakai dahulu. 40. Baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang (baik membawa resmi padi, jangan membawa resmi lalang Seperti buah padi, makin berisi makin rendah, jangan seperti lalang, makin lama makin tinggi = seperti ilmu padi, kian berisi kian tunduk = semakin berilmu atau tinggi pangkat semakin merendahkan diri (tidak sombong) 41. Baik sangka a. Rasa muhibah b. Tidak menaruh sangkaan buruk kepada seseorang 42. Bak (bagai) cendawan tumbuh selepas hujan Sesuatu yang terlalu banyak pada satu masa. 43. Banyak makan garam Mempunyai banyak pengalaman hidup 44. Batu loncatan Orang atau tempat yang dipergunakan untuk mencapai sesuatu. 45. Bawah angina Tempat angina datang (kepulauan Melayu) 46. Belayar sambil memapan, (merapat) sambil belayar sekali melakukan kerja, dua tiga maksud tercapai. Belum duduk sudah berlunjur Menganggap sudah memperoleh atau memiliki sesuatu perkara yang belum pasti dapat dimiliki atau dikuasai atau bergirang dahulu sebelum maksud tercapai. 47. Belut kena ranjau (getah) Orang yang cerdik kena tipu 48. Beradu nasib Mencuba membuat atau mendapatkan sesuatu dengan harapan akan beroleh kejayaan. 49. Beradu tenaga Bertanding untuk menentukan siapa yang kuat. 50. Berakit-rakit ke hulu, berenangrenang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian Bersusah payah dahulu kemudian baru bersenang-senang. 51. Berat mulut Berat bibir = tebal bibir (tidak suka berkatakata, pendiam) 52. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Baik buruk sama-sama dipikul (semuafakat) 111


53. Berat tulang Malas 54. Berbadan dua Hamil atau mengandung 55. Berbalik hati Berubah hati 56. Berdiri sama tinggi (tegak), duduk sama rendah Sama taraf atau sejajar antara dua pihak 57. Beri jalan a. memberikaan idea (cara ikhtiar dan lain-lain) b. Memberikan peluang kepada orang lain untuk mendapat keuntungan 58. Berkatalah benar walaupun pahit Berterus-terang demi kebenaran walaupun mungkin menyakitkan hati seseorang. 59. Berkayuh sambil bertimba Melakukan dua pekerjaan sekali gus. 60. Bermurah hati a. Suka memberi, tidak kedekut. b. Pengasih dan penyayang 61. Berpeluk tubuh (tangan) a. Berdakap (bersilang) tangan di dada b. Malas berusaha (bekerja) 62. Berputih mata Kalah dalam sesuatu persaingan (seperti orang muda melihat tunangnya diambil orang). 63. Bersatu teguh, bercerai roboh Kalau kita bersatu padu, kita akan menjadi kuat tetapi kalau kita bercerai-berai, kita akan menjadi lemah. 64. Bersekutu bertambah mutu Bekerjasama antara satu sama lain akan menghasilkan kecemerlangan. 65. Bertangguh itu pencuri masa Melakukan kerja secara bertangguh akan merugikan diri sendiri. 66. Bertepuk sebelah tangan (bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi) Tidak mungkin percintaan atau perselisihan terjadi daripada sati pihak sahaja. 67. Bertikam lidah Bertengkar 68. Besar hati a. Bangga, gembira b. Bongkak, sombong 69. Besar pasak daripada tiang c. Besar belanja daripada pendapatan. 70. (Betapa) Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul Betapa juga susah orang yang melihat sesuatu kesusahan orang lain, terlebih susah lagi orang yang menanggungnya. 71. Biar jatuh terletak, jangan jauh terhempas (terhentak) Berhenti bekerja dengan kemahuan sendiri adalah lebih baik daripada dipecat. 72. Biar mati anak, jangan mati adapt Tidak mengapa jika mengorbankan anak asalkan adapt yang dipegang dipelihara. 73. Biar putih tulang, jangan putih mata (berputih tulang, jangan berputih mata = Lebih baik berputih tulang daripada berputih mata) Lebih baik mati daripada menanggung malu. 74. Biar titik jangan tumpah Biar menanggung kerugian kecil jangan menanggung kerugian besar. 75. Bidan terjun a. Bidan yang dipanggil secara 112


mendadak )tidak diberitahu terlebih dahulu) b. Orang yang diminta melakukan sesuatu pekerjaan secara mendadak (kerana orang yang sepatutnya tidak ada atau tidak hadir) 76. Bintang timur (bintang barat, johar, kejora, pagi, suhrah) Binatang yang kelihatan terang pada petang dan dinihari 77. Buah fikiran Pendapat 78. Buah hati Orang yang dikasihi, jantung hati. 79. Buah mulut Percakapan (perbualan) orang, buah bibir. 80. Buah tangan a. Hasil pekerjaan b. Barang yang dibawa daripada perjalanan, oleh-oleh 81. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali Membuat pekerjaan baik janganlah berlebih-lebih, tetapi pekerjaan jahat jangan sekali-kali dibuat. 82. Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat (bulat air oleh pembuluh, bulat kata oleh muafakat) kata sepakat tercapai dengan mesyuarat. 83. Bulat hati a. Luruh hati b. Teguh hati, sungguh-sungguh, sudah mencapai kepastian 84. Bunga dedap (laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak) Orang yang elok dan tampan tetapi tidak berbudi. 85. Buang belakang a. Lari (melarikan diri) b. Tidak mahu tahu (mengenai sesuatu) 86. Burung terbang dipipiskan lada Belum tentu lagi diperoleh sesautu, sudah direka-reka akan gunanya. 87. Buta hati a. Tidak berhati perut, kejam. b. Gelap fikiran (tidak berpengetahuan) 88. Cahaya mata a. kilau mata, sinar mata b. Kekasih, buah hati c. Anak 89. Cakap besar Cakap yang membesar-besarkan diri sendiri 90. Campur tangan a. Mengambil bahagian dalam atau mencampuri hal orang (kejahatan dan lain-lain) b. Terkait atau terlebih dalam hal orang dan lain-lain 91. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga (pula) Orang yang bersaudara (sekaum) itu tidak akan bercerai kerana perselisihan. 92. Celik komputer Arif atau tahu tentang komputer 93. Dalam tangan Dalam kekuasaan (kemampuan. Milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan 113


diperoleh. 94. Dapat sama laba, cicir sama rugi Jika sesuatu pekerjaan itu mendapat keuntungan, maka keuntungan itu diberikan sama rata dan jika sebaliknya, kerugian akan ditanggung bersama-sama. 95. Darah daging Anak atau orang yang mempunyai pertalian darah. 96. Darah panas Pemarah, lekas marah 97. Darah seni Bakat semula jadi (yang diwarisi) dalam bidang seni. 98. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air (apa digaduhkan, pengayuh sama di tangan, perahu sama di air) a. Jika kedua-dua sama hajatnya, haruslah diperjuangkan terus supaya tentu siapa yang mendapat b. Segala persiapan dan peluang sudah tersedia, maka lakukanlah apa-apa yang sepatutnya. 99. Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat (diam ubi lagi kental, diam besi lagi sentil = bukannya diam penggali berkarat, melainkan diam ubi berisi) Diam orang yang berilmu itu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu siasia sahaja. 100. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan Jika kita berhasrat kepada sesuatu, kita pasti akan beroleh cara untuk mendapatkannya. 101. Di mana dumi dipijak, di situ langit dijunjung Mematuhi peraturan dan lain-lain tempat yang didiami. 102. Disangka panas sampai ke petang, rupanya (kiranya) hujan (di tengah hari) Disangka senang (baik dan lain-lain) selama-lamanya tiba-tiba ditimpa kesusahan (bahaya dan lain-lain). 103. Duduk sama rendah, berdiri (tegak) sama tinggi Sama taraf atau sejajar dengan orang yang sama sedarjat. 104. Durian runtuh (dapat durian runtuh) Mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka atau dengan bersusah payah. 105. Enggang lalu ranting patah Orang jahat akan selalu dituduh apabila berlaku sesautu musibah. 106. Genggam bara api biar sampai jadi arang Jika melakukan pekerjaan yang susah haruslah dengan sabar sehingga mendapat nikmatnya nanti. 107. Gila-gila bahasa Rempang bahasa, kurang sihat sedikit atau tidak panjang fikirannya (cepat marah, pemberani, tidak malu dan lain-lain perangainya). 108. Goyang kaki Bersenang-senang (hidup dengan tidak bekerja). 109. Gunting makan di hujung Mencapai sesuatu dengan diam-diam. 110. Habis madu sepah dibuang Digunakan sesuatu sewaktu ada perlunya sahaja, setelah itu ditinggalkan. 111. Hancur hati Sedih, putus asa. 114


112. Harapkan sokong, sokong bawa rebah (sokong bawa rebah) Orang yang dipercayai itu sendiri yang berkhianat kepada kita. 113. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama (gajah mati meninggalkan gading) Orang yang berjasa itu akan selalu disebut-sebut orang walaupun berapa lama pin ia telah mati. 114. Hati gajah sama dilapah, hati kuman (tungau) sama dicicah) Beruntung banyak sama-sama mendapat banyak, beruntung sedikit sama-sama mendapat sedikit. 115. Hati kecil Perasaan dalam batin (maksud yang sebenarnya) 116. Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai Jika kita hendak mempelajari sesuatu, kita perlulah belajar daripada orang yang pakar dalam hal tersebut. 117. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih Jika dikehendaki bermacam-macam ikhtiar boleh dijalankan dan demikian kebaikannya. 118. Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah Waktu hidup hendaklah mengikut peraturan dan kebiasaan yang berlaku, setelah mati terserahlah kepada Tuhan. 119. Hidup ini satu perlumbaan Dalam kehidupan seharian, kita terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan berlumba-lumba untuk mencapai sesuatu tujuan. 120. Hidup segan mati tak mahu Orang yang hidup melarat (miskin atau selalu sakit-sakit). 121. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negara sendiri Sebaik-baik negeri orang, tidak sebaik negeri sendiri. (Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri = hujan keris lembing di negeri kita, hujan mas perak di negeri orang baik juga di negeri kita). 122. (Hutang) keliling pinggang Terlalu banyak hutang 123. Ibarat burung, mata terlepas badan terkurung Walaupun terpelihara baik tetapi tidak mempunyai kebebasan. 124. Ibarat (seperti) melukut di tepi gantang a. Ibarat dapat menolong kerana dirinya sendiri susah b. Seseorang yang dipandang tidak berguna oleh orang lain. 125. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji (satu) pecah semua (Seperti telur dua sebandung), pecah satu pecah keduaduanya = Orang yang semuafakat itu sama hidup sama mati dan tidak berubah setianya. 126. Ikat pinggang (ikat perut) Mengurangkan makan kerana kemiskinan. 127. Ilmu itu pelita hati Ilmu pengetahuan menjadi panduan untuk membuat keputusan yang bijak. 128. Indah khabar daripada rupa Khabar mengenai satu-satu perkara biasanya dilebih-lebihkan (daripada keadaan yang sebenarnya) 129. Isi hati Isi dada = isi perut = perasaan atau fikiran. 115


130. Jantung hati Orang yang dikasihi. 131. Jauhari juga yang mengenal manikam Hanya orang yang bijak sahaja yang dapat menilai sesuatu benda atau perkara. 132. Jauh berjalan luas pandangan (banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasai) Orang yang banyak mengembara dan lama hidup itu tentu sekali banyak pengalamannya dan luas pandangannya. 133. Jinak-jinak merpati Perempuan yang kelihatan senang diperdaya setapi sebenarnya tidak. 134. Kacang hantu Orang jahat. 135. Kais (mengais) pagi makan pagi, kain (mengais) petang makan petang Pandangan hanya cukup untuk hidup sahaja (kalau tidak bekerja tidak makan). 136. Kaki ayam Tidak berkasut atau berselipar. 137. Kaki joli Orang yang suka berfoya-foya. 138. Kaki minum Orang yang suka minum arak. 139. Kaki perempuan Orang yang suka berfoya-foya dengan perempuan 140. Kaki tuak Orang yang suka minum tuak. 141. Kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya (Tatkala rebung tiada pepatah, ketika sudah aur apa gunanya) Mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih muda; kalau sudah besar, tidak akan berhasil lagi. 142. Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga Kalau pengetahuan (kebolehan) itu sedikit, jangan hendak berbuat (melawan dan laon-lain) sesuatu yang besar. 143. Kalau (jika) tidak dipecah (kan) ruyung manakan (di mana) boleh (men) dapat sagunya Tidak akan tercapai cita-cita tanpa berusaha. 144. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai Lamun takut dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau = jikalau takut akan susah, jangan dibuat sesuatu pekerjaan. 145. Kalau tiada angin bertiup, takkan pokok bergoyang = tak sebab kerana angin, pokok kayu maukah bergoyang Tidak mungkin sesuatu itu berlaku (perkatakan orang dan lain-lain) jika tidak ada sebabnya. 146. (Kalau) tidak ada rotan, akar pun berguna/ jadi Kalau tidak ada yang baik sekali, yang kurang baik pun berguna juga. 147. Kalau tidak berada-ada, tak akan tempua bersarang rendah Tentu ada sebabnya (ada sesuatu yang tersembunyi) maka terjadi sesuatu hal. 148. Kancil juga lupakan jerat atau pelanduklah yang melupakan jerat, jerat tidak melupakan pelanduk Orang mudah melupakan bahaya tetapi bahaya tetap mengancam. 149. Kata dikota Janji mesti ditunaikan. 150. Kata-kata lebih tajam daripada mata pedang Perkataan yang dituturkan lebih menyakitkan. 151. Kebudayaan Sendi Perpaduan Kebudayaan menjadi sandaran dalam menyatukan sesuatu bangsa. 152. Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, ke laut sama direnangi. (bukit sama didaki, lurah sama Sepakat (seia sekata) ; bekerjasama melakukan sesuatu pekerjaan; menanggung kesan bersama-sama 116


dituruni = ke bukit sama mendaki, ke lurah sama menuruni) walaupun susah atau senang. 153. Kecil hati (jauh hati, merajuk hati) Berasa tersinggung. 154. Kecil jangan (tidak boleh) disangka anak, besar jangan (tidak boleh) disangka bapa Pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus pada orang-orang tua sahaja (selalu juga ada pada orang-orang muda). 155. Kecil tapak tangan nyiru (saya) tadahkan Menyatakan kasih atas nasihat atau pertolongan. 156. Kemenyan sebesar lutut, jika tidak dibakar, tidak akan berbau Kebolehan yang dimiliki oleh seseorang, jika tidak digunakan dengan betul tidak akan mendatangkan faedah. 157. Keras lidah (lidah keras) Tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dengan betul, telor. 158. Keras kepala Degil. 159. Ke sungai sambil mandi Sekali melakukan pekerjaan dua perkara dapat diselesaikan. 160. Khabar angin Desas-desus, khabar yang belum sah, gelagat bahawa sesuatu akan terjadi. 161. Kilat ikan di air burung di udara sudah menyambar (ikan terkilat, jalan tiba) Cepat menangkap maksud cakap orang (sebelum habis diperkatakan sudah dapat dijawab). 162. Kilat memancar hujan tak jadi Tanda rezeki akan tiba sudah jelas tetapi akhirnya rezeki tidak juga muncul. 163. Kuah tumpah / tertuang/ tertunggang ke nasi atau (ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi) a. Dikatakan mengenai anak yang dikahwinkan dengan kemahuan (anak saudara perempuan) b. Sememangnya begitu, seudah seharusnya, sudah sewajarnya c. Sifat seorang bapa itu akan diwarisi anaknya. 164. Lain lubuk lain ikan(nya) Lain negeri lain orangnya. 165. Langkah bendul a. Berkahwin dahulu daripada kakak. b. Memperisterikan adik sedangkan kakaknya belum berkahwin. 166. Langkah kanan Mujur; nasib baik 167. Langkah kiri Sial (tidak beruntung). 168. Lapang dada Lega, gembira 169. Lembut hati Baik hati, elok perangai (budi bahasa), sopan; mudah berbuat kebaikan. 170. (Lemak) manis jangan terus ditelan, pahit jangan (terus) dibuang (dimuntahkan) Yang nampak baik itu jangan lekas diterima dan yang nampaknya buruk itu jangan lekas ditolak (harus dipertimbangkan dalam-dalam sebelum sesuatu perkara diterima atau ditolak). 171. Lidah tidak bertulang a. Mudah berjanji dan mudah pula mengubah janjinya. b. Orang yang mengeluarkan celaan dengan tidak berkira-kira 172. Lintah darat Orang kaya yang menindas orang miskin dengan meminta bayaran tinggi daripada 117


yang dihutangi. 173. Lupa daratan Tidak menginsafi asal mula diri setelah mendapat kesenangan. 174. Mabuk laut Pening dan muntah-muntah dalam pelayaran (dengan kapal atau perahu). 175. Makan angin Bersiar-siar untuk mendapat angin bersih (berehat-rehat, melapangkan fikiran dan lain-lain). 176. Makan untuk hidup bukan hidup untuk makan (cogan kata) Makan hanya untuk keperluan hidup, tidak berlebihan. 177. Malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut. a. Malu makan perut lapar b. Kalau tidak mahu berusaha tentulah tidak akan dapat mencapai kejayaan. 178. Masa itu emas Masa sangat berharga 179. Masuk ke kandang kambing mengembek (membebek), masuk ke kandang kerbau kerbau menguak Menyesuaikan diri dengan masyarakat di sekeliling 180. Mata hati Perasaan hati 181. Mati kutu Tidak berdaya berbuat apa-apa kerana ketiadaan idea. 182. Melanting menuju tampuk, berkata menuju benar Tiap-tiap usaha tentu adan maksudnya. 183. Melenjar buluh biarlah dari rebungnya (tatkala rebung tiada dipatah, ketika sudah aur apa gunanya) Mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih muda, kalau sudah besar, tidak akan berhasil lagi. 184. Membaca jambatan ilmu Ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan melalui pembacaan. 185. Membanting tulang Bekerja keras (bermati-matian). 186. (Mem) bawa alamat Menandakan sesuatu akan berlaku. 187. (Mem) buka mata a. Meluaskan pandangan serta pengalaman dengan melawat tempat orang. b. Menyedarkan, menginsafkan. 188. Membuka pekung di dada Mendedahkan keburukan diri sendiri. 189. Menangguk di air keruh Mencari keuntungan sementara ada kekacauan (perselisihan dan lain-lain). 190. Menapak baru setapak, mendaki baru sekaki Baru hendak belajar sesuatu atau baru hendak memulakan sesuatu usaha. 191. Mencari akal (fikiran, jalan) Berusaha mendapat cara untuk mencapai tujuan 192. Mencari jalan Mencari ikhtiar, usaha, idea 193. Mencolok mata a. Menyakitkan pandangan b. Nampak jelas kelihatan benar. c. Membangkitkan mara orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu. 118


194. Mengambil berat Memberikan perhatian (minat, layanan) yang istimewa 9kepada atau terhadap sesuatu seseorang). 195. Mengangkat bendera putih Menyerah kalah 196. Menunggu buah yang tak gugur (menunggu tanduk kerbau goyah) Mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin (berlaku tida dan lain-lain) 197. Menunjuk belang a. Memperlihatkan sifatnya (yang sebenar). b. Memperlihatkan kekuasaannya. 198. Merajuk pada yang kasih, manja pada yang sayang, meminta pada yang ada (merajuk kepada yang kasih (sayang). Meminta sesuatu sepatutnya daripada orang yang sesuai atau orang yang akan melayan kehendak kita. 199. Mercu tanda Lambang kemegahan. 200. Muafakat membawa berkat Sesuatu kerja yang dilakukan dengan persetujuan bersama akan menghasilkan sesuatu yang baik. 201. Muka empat belas (tarik muka dua belas) a. Hal orang sangat kecewa, kelihatan selalu kesal. b. Tidak keraun air mukanya. 202. Mulut kena suap pisang buntut kena cangkuk anak (mulut disuapi pisang, pantat dikait dengan onak) Bermuka-muka manis tetapi di belakang diumpat atau dibuatkan pekerjaan yang mendatangkan bahaya dan lain-lain. 203. Mulut manis Lemah lembut dan baik tutur katanya. 204. Murah hati a. Suka memberi, tidak kedekut. b. Pengasih, penyayang. 205. Nafas baru Semangat baru atau sumber baru kekuatan yang memulihkan sesuatu kegagalan atau memberikan keupayaan baru. 206. Naik darah Menjadi marah. 207. Nasi sudah menjadi bubur Perbuatan yang sudah terlanjur (tidak dapat diubah lagi). 208. Orang baru a. Orang yang baru bekerja b. Orang yang baru datang ke atau tinggal di sesuatu tempat. c. Orang yang baru berkahwin. d. Anak yang akan atau baru dilahirkan. 209. Orang berbudi kita berbahasa = kata hikmat Orang telah berbudi kepada kita wajar dibalas dengan percakapan yang baik dan sopan. 210. Orang mengantuk disorongkan bantal Mendapat sesuatu yang sangat-sangat dikehendaki (diingini). 211. Otak batu (otak beku) Bodoh 212. Otak cair (cair otak) Pandai 213. Otak yang cerdas pada badan yang sihat Dengan kesihatan yang baik, seseorang itu mampu mengemukakan fikiran yang bernas. 214. Padang jarak padang tekukur Padang atau tanah yang luas dan kosong 119


(tidak dikerjakan). 215. Panas baran Panas bala = panas darah = cepat marah, sangat pemarah. 216. Pandai makan pandailah simpan pandai berbuat jahat, harus pandai menyimpan rahsia. 217. Pasang telinga Meneliti atau mendengarkan baik-baik (percakapan, bunyi, dan lain-lain). 218. Patah tongkat berjeremang Terus berusaha (tidak pernah putus asa). 219. Pecah perang a. Mula terlibat dalam peperangan b. Pekelahian bermula. 220. Peluh dingin (seni, sejik) Peluh yang sejuk ketika ketakutan atau sakit tenat. 221. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Anak muda menjadi orang yang diharapkan untuk membangunkan negara pada masa depan. 222. Pening-pening lalat Pening-pening pikat = berasa peningpening sedikit. 223. Perang dingin a. Perang secara saling menggertak, belum menggunakan senjata lagi untuk menyerang dsb. b. Bergaduh dengan tidak bercakap (suami isteri dan lain-lain). 224. Pijak semut tak mati (semut dipijak tidak mati, gajah diharung bergelimpangan = semut terpijak tidak mati, alu terharung patah tiga) Perihal jalan seorang perempuan yang baik lagi teratur (tidak terlalu lambat dan tidak terlalu cepat). 225. Pilih kasih Mengasihi (memihak) sesuatu pihak, berat sebelah dalam membuat keputusan dan lain-lain. 226. Pinang pulang ke tampuk Sudah cocok benar (sudah pada tempatnya). 227. Pucuk dicita ulam tiba (hendak ulam pucuk menjulai) Beroleh sesuatu lebih daripada apa yang diharapkan. 228. Putus asa Habis harapan (tiada harapan lagi) 229. Redah gunung tinggi harapan Dipakai untuk menyatakan besarnya harapan. 230. Rendah hati Suka merendahkan diri, tidak angkuh (sombong), baik hatinya. 231. Rezeki kalau secupak takkan jadi segantang (kalau secupak tidak boleh jadi segantang) Sesuatu sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi. 232. Ringan langkah Suka berkunjung (melawat dan lain-lain). 233. Ringan mulut (lidah) a. Peramah, lancer dan fasih tutur katanya, suka bercakap. b. Cerewet (banyak mulut). 234. Ringan tulang Rajin bekerja, tangkas 235. Ringan tulang berat perut Sesiapa yang rajin, dia kan beroleh rezeki. 236. Rupa tak dapat diubah, perangai dapat diubah Perangai seseorang dapat diubah sedangkan penampilannya dari segi fizikal 120


akan tetap sama. Lawannya : Rupa dapat diubah, perangai tak dapat diubah. 237. Salah adat Tidak mengikut adat. 238. Sambil berdendang, biduk ke hilir Melakukan dua pekerjaan serentak. 239. Sambil menyelam, minum air Sambil melakukan sesuatu perkara ada perkara lain turut dilakukan bersama. 240. Sampai hati Sampah hemat = berasa tidak segansegan lagi, tergamak melakukan sendiri. 241. Sayang di anak dilucuti, sayang di negeri ditinggalkan Yang disayangi itu janganlah dimanjamanjakan. 242. Sayangkan (kashikan) anak tangantangankan, sayangkan (kasihkan bini ) isteri tinggal-tinggalkan Anak yang dimanjakan dan isteri yang diuliti selalu itu akhirnya menjadi sombong. 243. Sayang seribu kali sayang Kasihan sungguh, berasa besar sungguh. 244. Sebatang kara Seorang diri (tidak adan saudara-mara). 245. Sediakan payung sebelum hujan Hendaklah bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu yang kurang baik. 246. Sehelai sepinggang Pakaian yang ada pada tubuh sahaja, miskin. 247. Sekali membuka pura, dua tiga hutang berbayar (sekali merengkuh dayung, dia tiga pulau terlampau) Dengan melakukan satu pekerjaan banyak perkara dapat diselesaikan. 248. Sekali (jalan) terkena, dua kali jalan tahu Seseorang hanya boleh ditipu sekali sahaaj kerana dia akan mengetahui tipu helah tersebut jika dikenakan buat kali kedua. 249. Seperti api dalam sekam [seperti api makan (dalam) sekam] Sesuatu yang berlaku dengan diam-diam. 250. Seperti aur ditarik songsang membuat sesuatu kerja yang sangat sukar. 251. Seperti (bagai) aur dengan tebing Dikatakan mengenai orang yang suka bertolong-tolongan. 252. Seperti (bagai) enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing Tidak muafakat dalam sesuatu perbincangan, hanya berpegang pada pendapat masing-masing sahaja. 253. Seperti (bagai) hujan satuh ke pasir Kebaikan (pertolongan dll) yang sia-sia (tidak berbalas). 254. Seperti embun di hujung rumput Tidak kekal dan segera hilang (kasih sayang dan lain-lain). 255. Seperti harimau menyembunyikan (menyorokkan) kuku Orang berpengetahuan yang menyembunyikan pengetahuannya. 256. (Seperti) ikan pulang ke lubuk Orang yang telah balik ke tempat asalnya payahlah hendak merantau semula. 257. (Seperti) kera sumbang Orang yang takut (tidak gemar) mencampuri orang ramai. 258. Seperti lembu (kerbau) dicucuk (diatur) hidung (nya) Orang bodoh yang menuruti perintah orang. 259. Seperti lintah menghisap darah Orang yang mengenakan orang lain untuk 121


mendapat keuntungan yang lebih (bayaran yang tinggi dll). 260. Seperti lipas kudung Selalu bergerak dengan cepat (pantas lagi cekap membuat kerja). 261. Seperti merak mengigal (seperti merak mengigal di tengah hutan) Menunjukkan lagak (pandai dll) bukan pada tempatnya. 262. (Seperti) talam dua muka Perihal orang yang berbuat baik kepada dua orang yang berseteru (untuk keuntungan diri sendiri). 263. Sepoi-sepoi bahasa Perlahan-lahan atau lemah lembut (tiupan angin), silir-semilir. 264. Setahun jagung (Umur setahun jangung; darah setampuk pinang) Seseorang yang masih muda, kurang berakal. 265. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit Sabar dan tekun mengerjakan sesuatu, akhirnya berjaya juga. 266. Setitik dijadikan laut, sekepal dijadikan gunung Sekepal menjadi gunung, setikit menjadi laut a. Daripada sedikit menjadi banyak b. Sumber rezeki yang cekil diusahakan supaya bertambah banyak. 267. Singkat akal Tidak bijak, pendek akal, cetek akal, picik. 268. Suara hati Perasaan hati (untuk membezakan yang baik dengan yang buruk). 269. Sudah terhantuk baru terngadah (tengadah) Sesudah terkena (mendapat kesusahan dan lain-lain) baru beringat; orang yang lambat menyedari kesilapan. 270. Tajam akal Mudah menangkap sesuatu atau mengerti, pintar, cerdik. 271. Tak (tidak) lapuk dek hujan, tak (tidak) lekang dek panas Kekal dan tidak berubah-ubah walaupun zaman berubah. 272. Tali barut Orang yang menjadi pengintip (penyampai rahsia dan lain-lain) orang lain, barua. 273. Tangan kosong Berhampa tangan atau tidak mendapat (membawa) apa-apa. 274. Tangan terbuka a. Suka menolong orang yang dalam kesusahan, murah hati. b. Dengan tangan terbuka = ikhlas atau suka hati (menerima sesuatu dan lain-lain). 273. Tangan yang menghayun (mengayun) buyaian mampu menggoncang dunia Walaupun bersifat lemah lembut dan keibuan, wanita mampu menyumbangkan tenaga dan idea untuk membangunkan negara. 274. Tangkai jering Kedekut. 275. Tangkap maut Mengambil mana-mana yang sempat (ada) sahaja. 276. Takkan lari gunung dikejar (hilang kabut tampaklah dia) Tidak perlu bergopoh-gapah mengerjakan sesuatu yang sudah tentu akan diperoleh. 277. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula termpat bermain Tempat berlakunya sesuatu peristiwa pahit lagikan dikenang inikan pula tempat 122


berlakunya peristiwa manis. 278. Terang hati Terang fikiran = mudah mengerti (belajar). 289. Terdengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan (diharapkan guruh di langit, air tempayan dicurahkan) Kerana mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yang tersedia dilepaskan. 290. Tiada beban batu digalas (tiada beban dicari beban, pergi ke pulau batu digalas) Mencampuri perkara orang dan beroleh kesusahan sendiri. 291. Tidur-tidur ayam Tidur yang tidak nyenyak. 292. Tulang belakang Orang atau tenaga yang menjadi sumber kekuatan (sesuatu perkumpulan, pertubuhan dan lain-lain). 293. Tulang empat kerat Anggota badan (kaki dan tangan). 294. Tumbuk rusuk Perbuatan rasuah 295. Ukur baju di badan sendiri Tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah dipilih sesuai dengan kebolehan kita. 296. Ular menyusur akas, tidak akan hilang bisanya. Kemuliaan seseorang yang berpangkat tidak akan hilang kerana bergaul dengan orang biasa atau merendah diri. 297. Umpama biawak bercabang lidah (lidah bercabang, lidah biawak) Tidak tetap perkataan, tidak boleh dipercayai perkataannya. 298. Umpama (ibarat) telur sesangkak, pecah satu pecah semua(nya), (seperti telur dua sebanding,pecah satu pecah kedua-duanya) Orang yang semuafakat itu sama hidup sama mati dan tidak berubah setianya. 299. Umpama lebah membuang sengat Orang yang meninggalkan sikap suka mengata dan mengeji orang. 300. Yang bulat tidak datang bergolek yang pipih tidak datang melayang Rezeki perlu diusahakan dan tidak datang dengan sendirinya. Lawannya : Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang = keuntungan (kemewahan dan lain-lain) datang daripada berbagai-bagai punca. 301. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong (dikandung) berciciran Benda yang dicari itu tidak diperoleh, barang yang ada pula hilang atau habis. 123


Click to View FlipBook Version