The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

JOM JADI JUTAWAN ILMU ( PAMERAN BERTEMA PAKAIAN TRADISIONAL DI MALAYSIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sopana237, 2022-05-10 00:18:13

JOM JADI JUTAWAN

JOM JADI JUTAWAN ILMU ( PAMERAN BERTEMA PAKAIAN TRADISIONAL DI MALAYSIA

JOM JADI JUTAWAN
ILMU



Baju Melayu Lelaki
Baju Melayu merupakan pakaian lelaki Melayu yang
terdiri daripada dua jenis iaitu Baju Teluk Belanga dan
Baju Cekak Musang. Baju ini biasanya dipakai semasa
menghadiri majlis-majlis perkahwinan, kenduri-kendara
dan juga bagi menunaikan Solat Jumaat. Baju Melayu
merupakan kemeja longgar yang dipakai dengan seluar
panjang. Pakaian ini selalunya diganding dengan kain
samping yang diikat di bahagian pinggang.

Baju Kurung
Baju kurung lazimnya diketahui sebagai sejenis
baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke
lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang
berlipat tepi. Ianya meliputi seluruh tubuh,
memperlihatkan wajah dan tangan sahaja,dilihat
sebagai mematuhi peraturan berpakaian Islam.

Samfu

Samfu membawa maksud 'baju dan seluar' dalam
dialek Kantonis. Samfu merupakan pakaian kaum
Cina. Samfu diperbuat daripada kain nipis yang tidak
bercorak atau berbunga halus. Samfu dipakai oleh
lelaki berketurunan Cina. Pakaian ini terdiri daripada
baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar
tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti
seluar baju Melayu.

Cheongsam

Pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan Cina.
Biasanya dipakai pada upacara-upacara tertentu
seperti majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru
Cina.Cheongsam mempunyai leher yang tinggi,
butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di
pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Pakaian
ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan
lain-lain jenis kain lembut.

DHOTI
Dhoti merupakan pakaian untuk kaum lelaki.Pakaian
ini diperbuat daripada kain yang berwarna putih.Kain
putih itu dililit di bahagian pinggang dan diikat pada
celah paha dan kemudian disangkutkan pada
bahu.Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-
manik kecil supaya kelihatan menarik.Ada juga dhoti
yang berwarna kuning berjalur.Pakaian ini banyak di
pakai oleh golongan ceti.

Sari

Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan
India dan ia adalah pakaian seharian dan turut
dipakai pada musim perayaan. Kain sari ini dililit
pada badan dengan bahagian hujungnya yang
bersulam diletak di atas bahu kiri. Kain dalam
dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi
menyokong kain sari tersebut dari terlucut.

PAKAIAN ETNIK KADAZAN

Pakaian istiadat masyarakat Kadazan dari
Penampang. Lelakinya memakai baju gaung,
seluar souva, bengkung toogot dan pakain
kepala yang disebut siga. Wanita memakai baju
pendek sinuangga, kain labuh tapi dan
selendang batik dilengkapi tali pinggang
himpogot.

PAKAIAN SUKU KAUM MURUT

Pakaian Adat suku kaum Murut. Lelaki memakai
jaket barbaru dan cawat dari kulit kayu puputul
yang dilukis dengan motif dari manik atau warna.
Perhiasan kepalanya tupi sinulatan juga dari kulit
kayu. Wanita menggayakan pakaian pinongkolo
dari kain kapas berhiaskan motif sarat dari
manik-manik berwarna-warni. Perhiasan diri juga
dari manik seperti rantai rarangkol dan hiasan
kepala salupai.

PAKAIAN SUKU KAUM BAJAU

Pasangan suku kaum Bajau menggayakan pakaian
adat perkahwinan dan kebesaran. Pakaian lelaki dari
kain satin berhias renda dan pakaian wanita juga dari
satin yang dilengkapi dengan mandapun dan tali
pinggang. . Pakaian tradisi biasanya dipakai pada
sesuatu majlis dan perayaan yang disambut oleh
kaum bajau. Samaada majlis kahwin adalah salah
satu. Baju ini dipakai ketika majlis kahwin kerana
ingin melambangkan suatu adat tersebut.

PAKAIAN
TRADISIONAL

MELAYU
MENGIKUT NEGERI
























Click to View FlipBook Version