The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PAMERAN BERTEMA PESTA KAAMATAN DAN HARI GAWAI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sopana237, 2022-06-16 21:53:22

PAMERAN BERTEMA PESTA KAAMATAN DAN HARI GAWAI

PAMERAN BERTEMA PESTA KAAMATAN DAN HARI GAWAI

JOM JADI JUTAWAN
ILMU

Pameran Bertema
Pesta Kaamatan

&
Hari Gawai

PESTA KAAMATAN

3

Pesta Kaamatan atau nama lainnya Tadau Kaamatan atau di dalam
bahasa Kadazan Magavau merupakan upacara perayaan khas

untuk menghormati "Bambazon" iaitu untuk menghormati semangat
padi. Pesta Kaamatan atau Tadau Kaamatan merupakan upacara

perayaan khas untuk menghormati semangat padi.

Pesta ini adalah amalan tradisi Kaum Kadazandusun Murut dan
disambut pada 30 dan 31 Mei setiap tahun.

4

Tarian Sumazau

Tarian unik dengan iringan paluan gong ini ditarikan dengan kedua-
dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama

kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan

5

Unduk Ngadau Kaamatan

Unduk Ngadau merujuk kepada semangat Huminodun. Unduk Ngadau berasal dari
perkataan "tunduk tadau" atau “runduk tadau”, yang bermakna “gadis yang
dimahkotakan sinaran cahaya matahari”.

Dikatakan, selepas Huminodun dikorbankan oleh Kinoingan, selepas tujuh hari Unduk
Ngadau muncul dari kakanan dan dipercayai sebagai jelmaan semangat Huminodun.

Unduk Ngadau juga dikatakan sebagai orang yang pertama mengajar Bobohizan
mentera yang diamalkan sehingga sekarang.

Semenjak itu perkataan Unduk Ngadau digunakan bagi melambangkan kecantikan dan
kebaikan budi bahasa Huminodun. Pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau akan
diadakan pada perayaan Tadau Kaamatan.

6

Makanan dan Minuman

Kinomol Noonsom Nasi Linopot Ambuyat

Air Tapai yang diperbuat Jeruk buah Mambangan Nasi yang dibungkus Hidangan yang diambil
dari beras dengan daun dari bahagian batang sagu

sawit.

7

PAKAIAN TRADISI

Pakaian istiadat masyarakat Kadazan dari Penampang.
Lelakinya memakai baju gaung, seluar souva, bengkung
toogot dan pakain kepala yang disebut siga. Wanita
memakai baju pendek sinuangga, kain labuh tetapi dan
selendang batik dilengkapi tali pinggang himpogot.Baju
tradisional suku kaum Kadazan daerah Papar. Baju fabrik
baldu hitam berhias rendakuning keemasan. Lelaki
memakai pakaian kepala sigal dari kain destar dan wanita
memakai siung dari anyaman buluh halus bermotifkan
geometrik etnik Sabah. Perhiasan diri gelang tangan dan
tali pinggang syiling perak.

8

Ritual Keagamaan

Obolian Odu Miada Gumarang berkongsi bahawa Kaamatan mempunyai tujuh upacara iaitu:

▪ Mamayayat/Mogkodim Pouli Bambarayon (Permulaan panggilan pulang untuk Bambarayon)
▪ Magahau (Magavau), Mongondut/Mongombos (Humabot) om Modsoluhut do Bambarayon (Misi mencari

dan menyelamat)

▪ Mamabas (Meredakan)
▪ Momodsu (Pembersihan atau penyucian)
▪ Monoguli (Pemulihan)
▪ Monumad (Memberi makan)
▪ Moginakan Kopiobpinaian om Karayahan doid Kinoingan (Hari raya perjumpaan dan kesyukuran kepada

Tuhan)

9

HARI GAWAI

Hari Gawai, atau Festival Gawai Dayak, adalah festival penting
masyarakat Dayak di Malaysia yang terdiri daripada suku Bidayuh,
Kenyah, Iban, Murut, Kayan, dan Kelabit. Gawai bermaksud pesta.

Jadi, Gawai Dayak merupakan Pesta Dayak. Gawai Dayak
merupakan hari menyambut tahun baru yang ditandakan dengan
berakhirnya musim menuai padi dan bermulanya musim menanam

padi yang baharu. Ia merupakan musim perayaan pesta-pesta
tradisi dan sosial.

11

Asal Usul Hari Gawai

Gawai Dayak adalah musim perayaan yang berlangsung selama sebulan
yang bermula dari hujung bulan Mei sehingga akhir bulan Jun setiap tahun.
Mereka mempunyai beberapa upacara besar yang dijalankan di rumah
panjang dan bandar. Hari pertama perayaan jatuh pada 31hb Mei dan hari
kedua pada 1hb Jun setiap tahun dan akan tamat secara rasmi dengan
upacara penutupan pada akhir bulan Jun yang dipanggil menggulung atau
ngiling tikar.

Penanaman padi adalah aktiviti utama kehidupan orang Dayak sejak dahulu
kala lagi kerana beras adalah makanan utama mereka. Selepas tamatnya
musim menuai padi, kaum Dayak akan memiliki banyak beras. Jadi,
sesuailah masanya untuk mereka meraikan pesta-pesta tertentu yang
diperlukan

12

Sambutan Hari Gawai

Gawai Dayak adalah musim perayaan yang berlangsung selama sebulan yang
bermula dari hujung bulan Mei sehingga akhir bulan Jun setiap tahun. Mereka
mempunyai beberapa upacara besar yang dijalankan di rumah panjang dan
bandar. Hari pertama perayaan jatuh pada 31hb Mei dan hari kedua pada 1hb
Jun setiap tahun dan akan tamat secara rasmi dengan upacara penutupan pada

akhir bulan Jun yang dipanggil menggulung atau ngiling tikar.

13

Kumang Gawai

Kumang Gawai merujuk pada Pertandingan Ratu Cantik
yang dianjurkan semasa perayaan Hari Gawai. Pekit
Kumang merupakan satu pertanding di mana peserta akan
memakai pakaian tradisional perempuan kaum Iban, Ngepan
Iban.
Ngepan Indu Iban ini biasanya ada maksud yang tertentu
bagi setiap perhiasan yang dikenakan. Sekiranya, pengguna
yang memakai ngepan dengan sesuka hati, ia boleh
memberi kesan yang negatif kepada pakaian tradisional
budaya masyarakat iban dan juga cara permakaian yang
salah boleh menyebabkan peserta gagal dalam
pertandingan tersebut.

14

Makanan dan Minuman

Nasi Merah Umai Ayam Pansoh Ikan Tempoyak

Diperbuat dari bears Ikan mentah yang Ayam yang dimasak Ikan yang dimasak
yang berbeza dibersihkan dan dalam buluh. dengan tempoyak.
diperap dengan limau,
berbanding beras biasa. cili dan bawang merah

15

Pakaian Tradisional - Perempuan

Pakaian tradisonal wanita Iban, terbahagi
kepada tiga jenis iaitu Bidang, Kalambi dan
Bedong. Bidangmerupakan sejenis kain
sarung yang sempit dan panjangnya cuma
separas lutut. Baju Kaum Iban yang dipanggil
kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi
berlengan dan kalambi tanpa lengan. Wanita
Iban juga memakai kain selendang yang
panjang dan sempit. Kain selempang ini
dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh
reka corak tenunan yang sangat halus.

16

Pakaian Tradisional - Perempuan

Pakaian tradisional lelaki Iban terbahagi kepada dua iaitu
Kain Sirat dan Dandong. Kain Siratdikenali juga sebagai
kain cawat merupakan pakaian asas kaum Iban. Sirat
dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah
kelengkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke
hadapan dan belakang badan, mempamerkan bahagian
yang berhias. Dandong pula merupakan kain selendang
yang dipakai oleh lelaki Iban.Dandong lebih lebar daripada
bedong. Panjangdandong tidak tetap kerana kain ini
digunakan sebagai pembungkus barang-barang
persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong
diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat.

17

Ritual Keagamaan

Untuk memulakan upacara

▪ Sajian akan dipersembahan kepada para dewa, seekor ayam akan dihayunkan di
atas kepala semua yang hadir.

▪ Hanya orang-orang terhormat dijemput menyajikan bahan-bahan persembahan
itu ke dalam pingan tembikar atau bakul kulit buluh.

▪ Mereka akan membuang separuh air tuak sebagai "pedara" dalam beberapa gelas
dan separuh lagi diminum oleh mereka sendiri.

▪ Air tuak yang dibuang ke tanah itu adalah diberikan kepada para dewa, orang
kenamaan kayangan dan roh nenak-moyang untuk memberitahu upacara sajian
akan dilakukan.

▪ Rendai akan ditaburkan untuk memberitahu upacara sajian bermula.

18

Sumber Rujukan

▪ https://www.pnonline.net/post/apa-itu-taadau-kaamatan
▪ https://pakaiantradisionaldimalaysia.weebly.com/sabah.html
▪ https://ms.wikipedia.org/wiki/Tadau_Kaamatan
▪ https://ms.wikipedia.org/wiki/Pekit_Kumang
▪ https://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Gawai
▪ https://sarawakvoice.com/2016/05/31/makna-dan-sambutan-gawai-bagi-masyarakat-dayak/
▪ https://www.iloveborneo.my/sejarah-dan-info-menarik-mengenai-hari-gawai-dayak-di-

sarawak/

▪ https://tvstv.my/2021/05/31/makanan-tradisi-hari-gawai/
▪ https://rimbunanrantingsarawak.weebly.com/pakaian-tradisional-iban.html

19

Sumber Gambar

▪ https://pemetaanbudaya.my/culture/dis/348
▪ http://evygurlz.blogspot.com/2011/07/tarian-sumazau-merupakan-sejenis-tarian.html
▪ https://www.thepatriots.asia/tarian-sumazau-lambang-falsafah-etnik-kadazandusun-di-masa-

silam/

▪ https://www.facebook.com/ropuhanditanakwagu/photos/a.324512944594903/3245131812615
46/?type=3&is_lookaside=1

▪ https://www.reddit.com/r/MalaysianFood/comments/mohqii/nonsoom_bambangan_pickled_
wild_mango_an_ethnic/

▪ https://www.mysabah.com/wordpress/linopot-of-sabah/

20


Click to View FlipBook Version