The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shanrayneoh, 2021-09-12 08:20:55

Tokoh

Tokoh

Tokoh tokoh kemerdekaan Malaysia-Tun Hussein Onn

1.0 Biodata Pelajar
Nama: Neoh Shan Ray
Sekolah: SJK ( C ) Foon Yew 2, Johor Bahru, Johor
Tarikh Lahir: 27 Februari 2011
Kewarganegaraan : Malaysia

2.0 Pendahuluan

Tun Hussein bin Dato' Onn (12 Februari 1922 - 29 Mei 1990)
merupakan Perdana Menteri Malaysia ketiga yang berkhidmat
dari tahun 1976 sehingga 1981. Beliau merupakan seorang
yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan
kaum dan mempunyai reputasi untuk bertindak keras kepada
sesiapa yang mencuba membangkitkan kekacauan perkauman
di dalam negara. Oleh sebab usahanya dalam pemupukan
perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, Tun Hussein Onn
telah dikenang sebagai "Bapa Perpaduan".

3.0 Biodata Tun Hussein Onn

Lahir Hussein bin
Onn

12 Februari
1922

Johor Bahru,
Johor, Negeri-
negeri Melayu
Tidak
Bersekutu,
British Malaya
(kini Malaysia)

Meninggal dunia 29 Mei 1990 (umur 68) San Francisco, California, Amerika Syarikat
Sebab kematian serangan jantung

Tempat Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur, Malaysia
persemadian
Kewarganegaraan Malaysia
Kerakyatan Melayu
Parti politik UMNO (Malaysia). Barisan Nasional
Pasangan Tun Suhailah Tan Sri Mohamed Noah (k. 1948)
Anak-anak Hishammuddin Hussein
Haris Onn Hussein
Ibu Datin Roquiya Hanim
Bapa Puan Sri Dr Suraiya Hani
Hubungan Roziah Hanis
Dr Rozita Halina
Kediaman Datin Halimah Hussein
Pendidikan Dato' Onn Jaafar
Alma mater Jaafar bin Haji Muhammad (Datuk)
Mohamed Noah Omar (Bapa Mentua)
Abdul Razak Hussein (Biras)
Rahah Mohamed Noah (Adik Ipar)
Ghazali Mohd Seth (Adik Ipar)
Awang Hassan (Besan)
Ungku Abdul Aziz (sepupu)
Syed Muhammad Naquib al-Attas (sepupu)
Syed Hussein Alatas (sepupu)
Seri Taman
Pasukan Tentera India
English College Johor Bahru
Maktab Tentera Sandhurst, Dehradun, India

Lincoln's Inn, London

Pekerjaan Menteri, Ahli Politik
Profesion Peguam

4.0 Rasionalisasi Pemilihan Tun Hussein Onn

Yang Amat Berhormat Tun Hussein Onn dipilih atas sebab berikut

• Beliau merupakan bangsa Johor
o Sebagai Rakyat Malaysia, apabila terdapat kejayaan yang dicapai oleh warga
Malaysia kita selalu berasa bangga. Apatah lagi apabila bangsa Johor mencapai
kejayaan yang memang menbanggakan.

• Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia Ketiga
o Di bawah pimpinan beliau, Malaysia dapat mencapai kemajuan dan
pembangunan dari segi politik, ekonomi dan sosial. Beliau merupakan tokoh

yang mulakan polisi pandang timur dan dapat memperkukuhkan status
Malaysia di dunia.

• Beliau adalah “Bapa Perpaduan”
o Beliau dilihat seorang yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk
mencapai perpaduan kaum bertindak keras kepada sesiapa yang
mencuba membangkitkan kekacauan perkauman di dalam negara.
o Ini merupakan dasar asas untuk kemajuan negara
o Dasar kesatuan Malaysia telah menjadi dasar asas bukan sahaja dalam
Rukun Negara malahan merupakan dasar asas dalam Pendidikan
Malaysia sehingga hari ini.

• Beliau seorang yang berani dimana beliau terlibat secara aktif dalam peperangan
di Mesir, Syria, Palestin dan Iraq.
o Sebagai seorang yang pernah menjadi tentera, beliau amat tegas dan
amat berdisplin dalam menjalani apa-apa saja kerja.
o Ini juga membolehkan beliau amat berhati-hati dalam membuat segala
keputusan

• Beliau merupakan seorang yang mempunyai kredibiliti yang tinggi
o Beliau kembali semula atas pelawan Tun Abdul Razak. Atas sebab kredibiliti
beliau, beliau dapat naik pangkat dengan pantas dan menjadi Menteri
Pelajaran kemudian Timbalan Perdana Menteri dalam masa singkat. Akhirnya,
beliau dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ketiga.

5.0 Kelebihan Tun Hussein Onn

Beliau ialah seorang yang amat berhati-hati
apabila membuat keputusan yang
melibatkan hal ehwal negara. Beliau sangat
tegas dan berpegang teguh kepada prinsip
hidupnya. Pengalaman dalam bidang
ketenteraan telah menjadikan beliau sebagai
seorang yang berdisiplin dan mementingkan
ketepatan masa. Beliau telah memberikan
kebebasan kepada akhbar dan majalah
untuk melontarkan kritikan dan ulasan
dengan harapan bahawa perkara itu akan
meningkatkan prestasi pentadbirannya.
Beliau ialah seorang negarawan yang
disegani dan dihormati. Beliau juga terkenal
dengan sifat merendah diri serta jujur. Dalam
sejarah, beliau akan sentiasa dikenang sebagai
"Penyambung Warisan Yang Terbilang". Usaha beliau dalam memupuk semangat perpaduan

antara berbilang kaum telah berjaya dicapai dalam konteks masyarakat Malaysia. Beliau
mewarisi kepimpinan UMNO yang pernah disandang oleh ayahandanya serta pogram
pembangunan yang dijana oleh sahabatnya dan melaksanakannya dengan penuh dedikasi.
Malah, beliau juga telah mewariskan pentadbiran kerajaan serta UMNO kepada Tun Dr.
Mahathir dalam keadaan yang stabil dan begitu kukuh pada ketika itu.

6.0 Bukti Kredibiliti Tokoh
1945
Tahun 1942 Beliau terlibat secara aktif dalam peperangan di Mesir, Syria, Palestin dan
Iraq.Pulang ke tanah air dan dilantik sebagai Komandan Polis Johor Bahru.
1946
Menyertai ayahandanya dalam bidang politik apabila Dato’ Onn bin Jaafar menubuhkan
Pergerakan Melayu Johor Semenanjung dan dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung
UMNO.
1950
Dilantik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang pertama; juga dilantik sebagai ahli
Majlis Mesyuarat Persekutuan disamping menduduki Majlis Mesyuarat Perundangan Negeri
Johor dan Majlis Kerja Negeri Johor.

1951
Menyertai ayahandanya keluar dari UMNO dan menubuhkan Independent of Malaya Party
(IMP) dan kemudiannya Parti Negara.
1964
Menyertai UMNO semula atas pelawaan birasnya, Tun Abdul Razak, Yang DiPertua UMNO

1969
Dilantik sebagai ahli jawatankuasa Kerja UMNO (kini Majlis Kerja Tertinggi UMNO) pada Jun.

1970 Menjadi Menteri Pelajaran pada September.
1972 Dipilih sebagai Naib Presiden UMNO
1973 Dilantik sebagai pemangku Timbalan Presiden pada 8 Ogos oleh Majlis Tertinggi UMNO
berikutan kematian Tun Dr. Ismail. Juga dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 13
Ogos dan memegang portfolio Menteri Perdagangan dan Perindustrian.

1976: Disahkan sebagai pemangku Presiden UMNO berikutan kematian Tun Razak. Menjadi
Perdana Menteri Malaysia yang ketiga pada 15 Januari.
1978 : Menang jawatan Presiden UMNO tanpa bertanding.
7.0 Jasa dan Sumbangan Tun Hussein Onn

Penyertaannya dalam kabinet Malaysia bermula pada September 1970 apabila dilantik
menjadi Menteri Pelajaran oleh Tun Abdul Razak. Di bawah pentadbiran beliau, Kementerian
Pelajaran terus meningkat maju. Beliau maju setapak lagi apabila dalam Perhimpunan Agung
UMNO tahun 1972, beliau telah menjadi salah seorang daripada tiga orang Naib Presiden
yang dipilih. Dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 8 Ogos 1973, beliau dilantik
menjadi Timbalan Presiden UMNO berikutan kematian daripada Tun Dr. Ismail. Apabila Tun
Dr. Ismail meninggal dunia, beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 13 Ogos
1973 sekaligus merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian. Pemergian Tun Abdul
Razak ke rahmatullah pada 14 Januari 1976 telah mengejutkan rakyat di seluruh negara ini.

Berikutan itu, dalam satu

mesyuarat tergempar

Majlis Tertinggi pada 17

Januari, beliau telah

disahkan sebagai

pemangku Presiden

UMNO. Pada hari Khamis,

15 Januari 1976, Beliau

mengangkat sumpah

sebagai Perdana Menteri

Malaysia yang ketiga di

Istana Negara. Pada tahun

1978, beliau menang

tanpa bertanding bagi

jawatan Presiden UMNO.

Ketika menjadi Perdana Menteri, beliau telah meneruskan agenda pembangunan yang telah

digariskan oleh Tun Abdul Razak khususnya dalam menggerakkan Dasar Ekonomi Baru.

Sebagai seorang pemimpin, beliau arif tentang hal ehwal keselamatan. Beliau juga memberi

penekanan kepada konsep Rukun Tetangga dan perjuangan terhadap ancaman dadah. Di

bawah pentadbirannya, angkatan bersenjata Malaysia telah diperbesar dan dipermodenkan

apatah lagi pada ketika itu rantau di Asia Tenggara telah menjadi gempar ekoran jatuhnya

kerajaan Vietnam Selatan ke tangan komunis dan terbinalah cita-cita "Teori Domino" komunis.

Semasa pentadbirannya pada temboh darurat, usaha membenteras pengganas komunis di

hutan dan bandar telah diperhebat malah golongan yang bersimpati dengan aliran komunis
dipulihkan menerusi gerakan-gerakan pengnitipan yang dikatakan berjaya.

Beliau akan sentiasa dikenang sebagai pemimpin yang menyebabkan Malaysia meniti arus
pembangunan dengan konsisten tanpa banyak kontroversi. Dasar-dasar dan program-
program yang diketengahkannya tidak pernah lari dari sasaran Dasar Ekonomi Baru.
Walaupun pada ketika itu ekonomi negara terjejas oleh kemelesetan ekonomi dunia, beliau
berjaya untuk mengawal keadaan dan membantu Malaysia berkembang dari segi ekonomi
dan sosial. Beliau pernah menjalani rawatan jantung atau pintasan koronari pada awal 1981.
Beliau juga telah berjaya melancarkan Rancangan Malaysia Keempat pada bulan April 1981.
Beliau juga telah mengikuti jejak langkah bapanya yang sentiasa mencuba untuk
meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu yang agak ketinggalan jika dibandingkan
dengan kaum-kaum lain terutamanya dari segi ekonomi. Dengan itu, pada 20 April 1981,
beliau melancarkan pula Skim Amanah Saham Nasional (ASN) yang merupakan satu dana
amanah bumiputera yang membantu peningkatan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara.
Keamanan negara yang diperkukuhnya telah menarik pelabur luar untuk menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara yang stabil dari segi politik dan ekonomi. Sumbangan beliau
yang terbesar ialah menegakkan tiang keamanan yang kukuh.

Akibat kesihatan

beliau yang merosot,

beliau menyatakan

hasratnya untuk tidak

mempertahankan

jawatan Presiden

UMNO sekaligus

mengundurkan diri

daripada kepimpinan

negara. Beliau

mengambil keputusan

untuk meletakkan

jawatan sebagai

Perdana Menteri

pada 15 Mei 1981 atas sebab kesihatan dan diambil alih oleh timbalannya, Dato' Seri Dr.

Mahathir bin Mohamad (kini bergelar "Tun") pada 18 Julai 1981. Selepas beliau meletakkan

jawatannya sebagai Perdana Menteri, beliau masih aktif dalam pertubuhan-pertubuhan

kebajikan seperti Tabung Mata dan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) semasa
hayatnya. Disebabkan perkhidmatannya kepada negara, Hussein Onn dikurniakan dengan
gelaran Tun yang merupakan anugerah diraja yang tertinggi di Malaysia.

8.0 Penutup

Tun Hussein merupakan seorang tokoh negara
yang dihormati and disegani. Sepanjang masa
kepimpiman beliau , beliau dapat memimpin
Malaysia terus mencapai kemajuan dan
pembangunan bukan sahaja dari segi politik
mahupun dari segi sosial dan ekonomi

Dari segi politik, beliau amat mementingkan
dan menitik berat soal persatuan negara.
Dengan adanya kesatuan neagara, pelbagai
aspek kemajuan dan pembangunan dapat
dicapai dengan mudah. Beliau menjalankan
hubungan diplomatic dengan negara lain.

Dari segi ekonomi pula, beliau meneruskan
perjuangan Tun Abdul Razak iaitu Dasar Ekonomi
Baru. Tujuan utama perjuangan ini dalah untuk
membasmi kemiskinan dan mengorganisasi etnis
Malaysia disamping mengurangkan jurang
ekonomi di Malaysia

Dari Segi Sosial, dasar Pendidikan yang
diperkenalkan oleh beliau and berdasarkjan
perpaduan atau kesatuan warga Malaysia telah
digunakan sampai sekarang


Click to View FlipBook Version