The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yusufbaihaqi67, 2023-01-27 19:54:47

PERATURAN SEKOLAH

PERATURAN SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN MALAU Jalan Bukit Wang, 06000 Jitra, Kedah Darulaman PERATURAN SEKOLAH KOD SEKOLAH KBA4029 “BELAJAR BEKERJA BERBAKTI” NAMA MURID : NO PENDAFTARAN: TAHUN: KELAS:


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bettanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap kehamonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara”. (Kementerian Pendidikan Malaysia 1996) VISI KPM PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA MISI KPM MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA


PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH BAB 1: SAHSIAH l.1. PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH (MURID LELAKI) ➢ Baju kemeja putih berlengan pendek. ➢ Butang baju sentiasa dikancing supaya kelihatan kemas. ➢ Baju yang terlalu besar atau kecil dilarang memakainya. ➢ Seluar panjang berwarna biru tua. ➢ Kasut dan stoking berwarna hitam atau putih. ➢ Lencana sekolah di sebelah kiri baju. ➢ Memakai tanda nama. ➢ Memakai tali leher dengan kemas sepanjang masa persekolahan ➢ Memakai tali pinggang. ➢ Sentiasa memasukkan baju ke dalam seluar. 1.2. PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH (MURID PEREMPUAN) ➢ Baju kurung berwarna putih/ pinafore. ➢ Kain berwama biru tua. ➢ Tudung kepala berwarna putih/mini telekung. ➢ Kasut berwarna hitam atau putih dan stokin berwama putih. ➢ Lencana pada sebelah kiri tudung. ➢ Memakai tanda nama. ➢ Memakai anak tudung (hitam/ putih). 1.3. PAKAIAN SEMASA PENDIDIKAN JASMAN1/ LATIHAN SUKAN ➢ Seluar senaman berwama hitam/biru tua. ➢ Baju T sekolah/Rumah sukan. ➢ Kasut sukan (gelap)/ kasut sekolah. ➢ Tudung bewarna putih 1.4. RAMBUT & KUKU ➢ Rambut pendek dan kemas bagi murid lelaki. ➢ Rambut bahagian hadapan mestilah tidak melebihi paras kening bagi murid perempuan. ➢ Rambut yang panjang mestilah diikat dengan reben hitam/biru tua bagi murid perempuan. ➢ Rambut yang berfesyen (trend) dan berwarna dilarang sama sekali. ➢ Kuku mesti bersih dan dipotong pendek. ➢ Dilarang memakai inai dan pewarna kuku.


CONTOH PAKAIAN SERAGAM (MURID LELAKI) SERAGAM SEKOLAH SERAGAM PJ PERATURAN SEKOLAH Baju kemeja putih Tali leher Tanda nama Lencana sekolah Tali pinggang Seluar biru gelap Stoking hitam / putih Kasut hitam / putih T-Shirt sekolah/ sukan Track hitam/ biru gelap Stoking putih/ hitam Kasut sukan (gelap)/ kasut sekolah


CONTOH PAKAIAN SERAGAM (MURID PEREMPUAN) SERAGAM SEKOLAH SERAGAM PJ/ SUKAN Baju kurung putih Kain biru gelap Stoking hitam/Putih Lencana sekolah Tudung putih Anak tudung putih/ hitam Tanda nama Kasut hitam / putih Kasut sukan (gelap)/ kasut sekolah Stoking hitam / putih Track hitam/ biru gelap T-Shirt sekolah/ sukan


PANDANGAN BELAKANG • Rambut tidak menyentuh atau melepasi kolar baju. FESYEN RAMBUT (MURID LELAKI) PANDANGAN HADAPAN • Rambut tidak boleh melebihi kening. PANDANGAN SISI • Rambut tidak boleh menutup telinga. • ‘Side burn’ tidak boleh melepasi garisan tengah hidung.


BAB 2. WAKTU PERSEKOLAHAN • Waktu persekolahan bermula jam 7.45 pagi tetapi murid dikehendaki hadir sebelum jam 7.30 pagi. Murid RMT digalakkan datang awal 7.10 pagi) • Loceng akan dibunyikan, murid-murid akan masuk ke kelas pada pukul 7.45 pagi. • Kedatangan murid bagi aktiviti Kokurikulum adalah diwajibkan. • Murid yang tidak dapat mengikuti Kelas Pendidikan Jasmani atau kegiatan sukan kerana sesuatu sebab hendaklah menunjukkan surat-surat bukti daripada pihak yang berkaitan. • Murid-murid yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana sesuatu sebab hendaklah memberitahu pihak sekolah melalui surat dari waris ataupun mengemukakan surat akuan doktor sama ada pada hari tersebut atau semasa datang ke sekolah pada hari berikutnya. • Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan bilik darjah semasa persekolahan kecuali dengan kebenaran guru dan membawa KAD KEBENARAN KELUAR KELAS. • Murid-murid tidak dibenarkan sama sekali keluar dari kawasan sekolah semasa persekolahan kecuali dengan kebenaran Guru Besar/Penolong Kanan atau guru bertugas dan perlu mengisi nama dalam BUKU KELUAR KAWASAN SEKOLAH MASUK. • Murid yang hendak ke hospital atau ke klinik hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran pihak sekolah dengan mengisi Borang Rawatan. • Sekiranya waris hendak berjumpa anaknya, beliau hendaklah terlebih dahulu berjumpa dengan Guru Besar/Penolong Kanan/Guru Kelas untuk mendapat kebenaran. Jika hendak membawa anak keluar mestilah direkod dalam BUKU KAWASAN SEKOLAH MURID. • Semua murid tidak dibenarkan menggunakan tangga pejabat sebagai laluan ke pejabat. Sila gunakan tangga yang berdekatan dengan tandas untuk ke pejabat. • Murid-murid hendaklah berjalan dalam barisan ketika hendak ke perpustakaan, ke makmal komputer, ke makmal sains, ke bengkel kemahiran hidup dan ke padang untuk pelajaran pendidikan jasmani. Begitu juga semasa hendak pulang ke kelas. BAB 3.Tatacara Murid • Memaklumkan kepada guru pertalian murid dan pelawat. 2. WAKTU REHAT • TAHAP 1 – Waktu rehat bermula jam 9.45 pagi hingga 10.15 pagi. • TAHAP 2 – Waktu rehat bermula jam 10.15 pagi hinggan 10.45 pagi. • Semua murid tidak dibenarkan berada di kelas masing-masing semasa rehat. • Semasa rehat, semua murid wajib makan di kantin dan memasukkan pinggan, gelas dan peralatan lain ke dalam besen yang disediakan oleh pihak kantin.


• Murid-murid dilarang sama sekali berlari-lari semasa rehat. • Murid-murid digalakkan membaca buku di perpustakaan dan Pondok Bacaan. • Ketua Darjah/Penolong hendaklah memastikan pintu bilik darjah, lampu dan kipas ditutup. 3. WAKTU PULANG *Pastikan semua kipas, lampu,syiling, tingkap dan pintu dituutp sebelum meninggalkan kelas. * Murid dikehendaki beratur di luar bilik darjah dan membaca doa sebelum pulang. 4. JADUAL TUGAS KELAS • Semua murid dikehendaki menjalankan tugas membersihkan kelas mengikut jadual yang disediakan. • Kebersihan kelas meliputi dalam kelas, kaki lima dan longkang di kawasan kelasnya. • Murid-murid yang bertugas hendaklah datang awal untuk bertugas. • Pastikan tong sampah kosong selepas waktu rehat dan sebelum balik. Tatacara untuk murid • Ketua kelas mesti mengawas disiplin murid dan melaporkannya kepada guru jika berlaku sebarang masalah di dalam kelas. • Beratur ketika masuk dan keluar kelas. • Berhati-hati ketika membersihkan kelas terutamanya semasa mencuci tingkap. • Tidak bergurau melampaui batas seperti menarik kerusi ketika kawan hendak duduk, menolak kawan dan sebagainya. • Dilarang membawa benda-benda tajam atau berbahaya di dalam kelas seperti pisau, mercun dan sebagainya. • Jangan berlari atau memanjat di dalam kelas. • Jangan bermain dengan punca elektrik di dalam kelas. 5. PERHIMPUNAN • Perhimpunan mingguan diadakan setiap minggu. • Semua murid diwajibkan hadir semasa perhimpunan. • Semua murid hendaklah mematuhi tatacara dan arahan ketika perhimpunan berjalan.


7. BUDI PEKERTI/KELAKUAN/TINGKAH LAKU • Tingkah laku yang baik dan bersopan hendaklah diamalkan setiap masa. Diantara amalan yang baik dan terpuji ialah : i. Mengucapkan tutur kata yang baik ii. Mengucapkan salam atau memberi hormat iii. Meminta maaf jika tersilap iv. Bersikap lemah lembut dan bersopan v. Mengucapkan terima kasih jika perlu • Ketetapan waktu adalah satu tabiat yang baik yang perlu diamalkan. • Hindarkan pergaduhan, bertumbuk, mengugut, kebiadapan, meminjam tanpa kebenaran, mencuri, peras ugut dan berjudi. 8. HARTA BENDA SEKOLAH • Semua peraturan dan kemudahan yang disediakan hendaklah digunakan dengan cermat serta bertanggungjawab di atas keselamatannya. Penyalah gunaan dan kerosakan hendaklah dilaporkan kepada guru. • Menconteng dinding, papan hitam dan perabot sekolah adalah dilarang sama sekali. • Murid-murid dikehendaki membayar ganti rugi diatas sebarang kerosakan dan kehilangan harta benda sekolah. • Murid-murid warga asing/bukan rakyat Malaysia diwajibkan membayar sejumlah yuran yang telah ditetapkan dalam Pekeliling Bil. Kewangan 7/95. 9. KEBERSIHAN • Kebersihan mencerminkan keperibadian seseorang dan sangat penting untuk kesihatan. Oleh itu, amalkanlah menjaga kebersihan pakaian dan diri terutama rambut, kuku, gigi dan keseluruhan badan. • Makanlah makanan yang berkhasiat yang disediakan secara bersih. • Semua murid dikehendaki mengamalkan semangat bertanggungjawab terhadap kebersihan dan mencegah sebarang usaha untuk mencemari kebersihan bilik darjah, bangunan dan kawasan sekolah. 10. SKIM PINJAMAN BUKU TEKS • Buku teks adalah kepunyaan Kementerian Pelajaran dan dipinjamkan kepada muridmurid. Murid-murid bertanggungjawab menjaga keselamatan buku tersebut. • Murid-murid diwajibkan membalut buku pinjaman tersebut dan dilarang meninggalkan buku tersebut didaalam kelas atau dimerata-rata tempat setelah tamat waktu belajar pada hari tersebut.


• Hendaklah menyerahkan semua buku yang dipinjamkan apabila diarahkan oleh guru buku teks. • Sekiranya gagal menyerahkan buku yang tersebut pada masa yang telah ditetapkan atau buku tersebut hilang, pihak sekolah berhak mengambil tindakan seperti mengenakan bayaran harga buku teks tersebut. • Pihak sekolah akan mengeluarkan surat pemberitahuan kepada waris apabila buku telah dihilangkan atau dirosakkan. 11. PEPERIKSAAN/UJIAN • Kehadiran dalam sesuatu ujian/peperiksaan adalah diwajibkan. Murid-murid yang tidak hadir tidak akan diberi markah. • Murid adalah dilarang sama sekali meniru atau menyeleweng atau melakukan sebarang sikap yang tidak baik. • Memalsukan kedatangan atau markah dalam rekod kemajuan merupakan salah satu kesalahan dan boleh dikenakan denda. • Keputusan peperiksaan/ujian yang tertulis didalam rekod kemajuan hendaklah disahkan oleh ibu bapa/waris murid berkenaan. 12. PENGAWAS SEKOLAH • Anggota lembaga pengawas sekolah adalah terdiri daripada murid yang terpilih dengan guru pengawas sebagai penasihat mereka. • Murid-murid mestilah menghormati dan mematuhi arahan pengawas pada setiap waktu persekolahan. • Murid yang membantah atau melawan arahan pengawas atau mengeluarkan katakata yang kesat akan dikenakan hukuman atau denda. 13. KEHILANGAN BARANG • Semua jenis alat tulis, buku teks, buku kerja, wang dan pakaian yang dibawa ke sekolah adalah dianggap sebagai barang kepunyaan murid sendiri. • Murid-murid yang kehilangan barang hendaklah segera memberitahu pengawas, guru kelas, guru bertugas atau penolong kanan. • Adalah menjadi kesalahan kepada murid yang menyimpan atau menggunakan barang kepunyaan orang lain tanpa mendapat keizinan tuannya.


14. KANTIN SEKOLAH • Murid-murid boleh membeli makanan dan minuman pada waktu sebelum kelas dimulakan (sebelum 7.35 pagi), waktu rehat dan semasa hadir kelas KAFA. • Murid-murid tidak dibenarkan makan dan minum ditempat lain kecuali diarahkan oleh guru. • Murid hendaklah beratur semasa hendak membeli makanan. • Murid tidak dibenarkan membeli makanan di luar kawasan sekolah sewaktu persekolahan. • Segalam pembungkus dan pembalut makanan hendaklah dimasukkan ke dalam tong sampah. • Murid-murid tidak dibenarkan berlari-lari semasa makan dan minum. Makan sambil berjalan juga tidak digalakkan. • Harta benda kantin hendaklah dijaga supaya tidak rosak dan tidak dibenarkan membawa keluar dari kawasan kantin. Tatacara murid • Beratur semasa membeli makanan. • Membawa makanan yang dibeli dengan berhati-hati agar tidak jatuh dan tertumpah di lantai, lantai yang licin akan berbahaya kepada murid yang lain. • Tidak berebut-rebut semasa membeli makanan. • Basuh tangan dengan sabun terlebih dahulu sebelum makan. • Jangan bercakap-cakap semasa makan. • Jika mendapati benda asing atau benda yang tidak sepatutnya ada di dalam makanan, sila laporkan kepada guru bertugas. 15. TANDAS DAN BILIK AIR • Murid dilarang ke tandas tanpa sebarang tujuan. • Kebersihan tandas adalah tanggungjawab semua murid. • Pastikan perkara berikut diamalkan : i. Gunakan flush selepas menggunakan tandas ii. Jika flush rosak, gunakan timba untuk membersihkan tandas iii. Tutup semua paip air selepas digunakan • Jangan buang sampah/tuala wanita kedalam sinki atau lubang tandas. • Jangan makan didalam tandas. • Murid dilarang menconteng dinding tandas atau bilik air. • Murid tidak dibenarkan menggunakan tandas guru.Murid dilarang ke tandas beramai-ramai. Hanya dua orang boleh ke tandas pada satu-satu masa.


Tatacara murid • Menggunakan alatan di dalam tandas dengan betul. • Memastikan paip ditutup sebelum keluar tandas. • Rakan yang menemani murid hendaklah memastikan murid mengepam air, memberus mangkuk tandas dan menutup paip. • Selepas murid pulang ke kelas, rakan tersebut akan melaporkan kepada guru yang membenarkannya ke tandas. • Membaca doa masuk dan keluar tandas. 16. KAWASAN SEKOLAH • Murid-murid dilarang meninggalkan kawasan sekolah pada waktu persekolahan. • Murid-murid yang hendak keluar dari kawasan sekolah pada masa persekolahan mestilah mendapat kebenaran dari guru bertugas. • Murid tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah pada masa cuti kecuali mendapat kebenaran guru. • Murid-murid hendaklah sentiasa menjaga kebersihan kawasan sekolah. • Jangan merosakkan tanaman atau pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan sekolah. 17. MURID SAKIT ATAU KEMALANGAN • Murid-murid yang sakit atau memerlukan rawatan doktor bolehlah mendapat surat akuan daripada pejabat sekolah. • Murid yang sakit atau mendapati kawannya sakit atau mendapati kemalangan hendaklah segera memberitahu pengawas/guru bertugas/guru kelas/penolong kanan. • Murid-murid yang sakit dibawah pengawasan guru sahaja yang dibenarkan berehat di bilik rawatan sebelum sebelum dibawa untuk mendapat rawatan seterusnya. 18. PERBALAHAN/PERKELAHIAN • Murid-murid adalah dilarang melakukan sebarang bentuk perbalahan atau perkelahian. • Sekiranya terdapat sebarang tanda perbalahan atau perkelahian adalah menjadi tanggungjawab semua. Segera melaporkan kepada pengawas/guru bertugas/guru kelas/penolong kanan. 19. KESELAMATAN LALU LINTAS • Semua murid hendaklah mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya.


• Apabila berbasikal, murid-murid dilarang menunggang dengan laju, berlumba-lumba, membawa penumpang, membuat bising dan menunggang di tengah jalan. • Basikal hendaklah disimpan di tempat khas dengan susunan rapid an berkunci. • Murid yang menaiki van sekolah hendaklah berbaris dan tidak berebut-rebut semasa naik dan turun. • Murid yang berjalan kaki hendaklah berjalan disebelah jalan yang betul mengikut peraturan jalan raya. Tatacara murid • Pastikan basikal yang digunakan cukup kelemgkapannya terutamanya brek. • Maklumkan kepada ibubapa/penjaga sekiranya basikal anda rosak atau perlu dibaiki. • Simpan basikal di tempat yang telah diarahkan didalam kawasan sekolah • Laporkan segera kepada guru, orang yang mencurigai berada di kawasan tempat letak basikal. • Jangan cuba mengalihkan susunan basikal agar tidak berlakunya basikal tumbang serentak. • Bersabarlah menunggu giliran untuk mengambil basikal semasa pulang. • Jangan bergurau dengan kawan-kawan semasa menolak basikal untuk ke pintu pagar sekolah semasa baik. 20. ROMBONGAN/LAWATAN • Murid-murid tidak dibenarkan menganjurkan sebarang lawatan menggunakan nama sekolah tanpa kebenaran pihak sekolah. • Murid-murid yang akan menyertai rombongan atau lawatan mestilah mendapat kebenaran bertulis dari pihak ibubapa/waris masing-masing • Murid-murid hendaklah sentiasa mengawal tingkah laku dan tutur kata serta mematuhi peraturan rombongan/lawatan semasa menyertainya 21. TEMPAT LARANGAN • Murid-murid adalah dilarang mendekati atau memasuki tempat larangan kecuali mendapat kebenaran pihak berkenaan. • Tempat-tempat larangan adalah seperti pejabat sekolah, bilik guru, bilik rawatan, stor SPBT, stor PJK dan makmal sains, makmal komputer dan lubang sampah. • Murid-murid yang mendapat kebenaran memasuki tempat larangan tersebut dilarang menyentuh atau mengambil sebarang benda kecuali dengan arahan guru.


22. MASALAH • Sebarang masalah yang timbul dari semasa ke semasa tetapi tidak terdapat didalam peraturan ini hendaklah dirujuk kepada Guru Disiplin/Penolong Kanan/Guru Besar. 23. JUALAN LANGSUNG • Sekolah bukan merupakan tempat untuk jualan langsung oleh mana-mana agensi seperti arahan dalam Pekeliling Ikhtisas Bil 12/1988 PERATURAN KHAS TATATERTIB MURID 1. Peraturan hendaklah sentiasa dipatuhi oleh murid Sekolah Kebangsaan Malau bagi tujuan meningkatkan daya kepimpinan, disiplin, bersih, cekap dan amanah. 2. Peraturan terbahagi kepada tiga jenis kesalahan : • Kesalahan Beramaran • Kesalahan Sederhana • Kesalahan Berat 2.1 KESALAHAN BERAMARAN • Menyimpan rambut panjang. • Memakai kasut selain daripada kasut putih atau hitam (kanvas) • Berkelakuan tidak sopan atau mengeluarkan kata-kata kesat atau lucah. • Tidak memakai lencana sekolah. • Makan atau minum di dalam bilik darjah. • Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran serta tidak mematuhi arahan guru. • Tidak berpakaian kemas atau bersih. • Meludah atau membuang sampah merata-rata. • Datang lewat ke sekolah dan tidak menghadiri perhimpunan yang ditetapkan. • Tidak mematuhi peraturan bilik darjah. • Tidak menurut jadual waktu sekolah serta tidak membawa buku teks atau buku latihan. • Tidak menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran. • Meletak basikal di merata-rata tempat dan tidak tersusun. • Tidak menghantar buku latihan atau buku kerja kepada guru darjah atau guru berkenaan pada masa yang ditetapkan.


2.2 KESALAHAN SEDERHANA • Ponteng dari sekolah. • Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran. • Membawa buku atau majalah berunsur lucah. • Meniru semasa ujian atau peperiksaan. • Membawa orang luar masuk ke sekolah tanpa urusan. • Menconteng atau mengotorkan dinding atau kawasan sekolah. • Mengganggu kawan atau merosakkan harta benda sekolah. • Mengayakan fesyen rambut yang bertentangan dengan tatasusila ketimuran dan bangsa melayu. • Tidak menghadiri ujian atau peperiksaan. • Merosakkan kenderaan guru, pekerja dan murid lain. • Tidak mematuhi arahan pengawas atau tidak memberi kerjasama kepada pengawas. • Mengganggu kententeraman sekolah. 2.3 KESALAHAN BERAT • Memiliki atau menghisap rokok atau dadah. • Memeras ugut. • Merosakkan harta benda sekolah, guru atau kawan. • Mencuri dan berjudi. • Memukul guru, pekerja atau murid lain. • Meniru tandatangan ibubapa, waris atau penjaga. • Mencaci guru,pekerja sekolah serta mengeluarkan kata-kata lucah dan seumpamanya. • Membawa benda tajam ke sekolah kecuali dengan arahan guru. • Berpuak-puak serta mengganggu murid lain. • Menganggotai pertubuhan atau kumpulan haram. • Mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan berkaitan dengan politik seperti berkempen, mengedar risalah atau dokumen parti dan menyertai perarakan yang berbau politik.


KAEDAH MEREKOD KES PONTENG KAEDAH MENJANA SURAT AMARAN Tindakan Bilangan hari tidak hadir berturut-turut Bilangan hari tidak hadir tidak berturut-turut Surat Amaran Pertama Pada hari ke-3 Pada hari ke-10 Surat Amaran Kedua 7 hari selepas Amaran Pertama 10 hari selepas Amaran Pertama Surat Amaran Terakhir 7 hari selepas Amaran Kedua 20 hari selepas Amaran Kedua Surat Buang Sekolah 14 hari selepas Amaran Terakhir 20 hari selepas Amaran Terakhir Jumlah hari tidak hadir 31 hari berturut-turut 60 hari bukan berturutturut


HUKUMAN Terdapat tiga jenis hukuman yang akan diambil oleh guru besar dan lembaga disiplin keatas murid yang telah melakukan kesalahan-kesalahan diatas iaitu : 1.HUKUMAN BERAT • Buang sekolah • Gantung sekolah • Merotan • Merotan di perhimpunan 2.HUKUMAN SEDERHANA • Gantung persekolahan seminggu • Merotan • Melaporkan kepada ibu bapa, waris atau penjaga 3.HUKUMAN RINGAN • Merotan • Kelas tahanan • Amaran keras atau amaran sahaja • Teguran dan nasihat *Kesemua kesalahan bersabit akan direkod ke dalam : • SSDM • Rekod peribadi murid • Sijil berhenti sekolah Apa-apa jua kesalahan yang diklasifikasikan sebagai kesalahan jenayah, pihak sekolah akan membuat laporan kepada pihak polis, PPD, JPN, PIBG serta ibubapa/waris murid berkenaan.


CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG • Mempunyai matlamat yang jelas. • Mempunyai cita-cita tinggi. • Tidak mudah diresapi rasa bosan apabila menghadapi sesuatu kerja. • Mempunyai sikap keras dan tidak akan mudah menyerah kalah apabila menghadapi masalah. • Mempunyai falsafah ‘tidak ada kejayaan tanpa usaha yang bersungguh-sungguh’ • Suka berunding dan berkeinginan tinggi untuk sentiasa mengatasi keupayaan orang lain. • Tidak suka menangguh kerja yang perlu diselesaikan sehingga saat-saat akhir. • Mempunyai aturcara pembelajaran yang tersusun dan kemas setiap hari. • Sentiasa memberi perhatian terhadap penggunaan masa. • Belajar berdasarkan jadual waktu yang disediakan. • Merancang segala aktiviti yang akan dijalankan dengan lebih awal lagi. • Memang suka belajar dan membuat ulangkaji meskipun tiada ujian atau peperiksaan. • Suka membuat ulangan ringkas setiap kali selesai kelas belajar tanpa dipaksa. • Membuat ulangan ringkas dan bacaan awal sebelum menghadiri kelas. • Mengelakan diri dari ponteng kelas (fizikal dan mental). • Tidak mengabaikan pelajaran yang kurang diminati. • Lebih tumpuan diberikan kepada pelajaran lebih susah. • Kerap belajar serta diselang selikan dengan rehat yang singkat.


SURAT AKU JANJI PELAJAR Nama Murid :__________________________________________________________ Kelas :_________________________________________________________ No Surat Beranak/ : _____________________________________________________ Kad Pengenalan Alamat :__________________________________________________________ __________________________________________________________ Bahawa saya ________________________________________________Kelas:__________ berjanji akan berkelakuan baik dan mematuhi segala undang-undang dan peraturan sekolah yang telah ditetapkan. Saya juga berjanji akan menjaga disiplin serta menunjukkan tingkah laku yang baik sebagai seorang murid. Sekiranya saya melanggar mana-mana peraturan yang telah ditetapkan, saya sanggup dan bersedia menerima sebarang bentuk hukuman yang berkaitan dan setimpal dengan kesalahan yang telah saya lakukan berdasarkan Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1995 : Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah. ……………………………………………….. ( ) Tanda tangan dan nama murid JAMINAN IBU BAPA/ PENJAGA Bahawa saya__________________________________________K/P:__________________ Ibu bapa/Penjaga kepada murid di atas memberi jaminan akan menjaga tingkah laku anak saya sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Peraturan (Disiplin) sekolah. …………………………………… Tarikh:…………………….. ( ) Tanda tangan dan nama ibu bapa/penjaga


LAGU SEKOLAH Megah gagah kau berdiri Lambang jaya kebanggaan kami Kau cahaya gedung ilmu Menyinari hidup masa depan Jasa guru sungguh mulia Kau disanjung dan juga dikenang Janji kami kan berbakti Pada agama bangsa dan nusa SK Malau, SK Malau Lambang kejayaan anak desa SK Malau, SK Malau Kau tetap hidup subur di jiwa


Click to View FlipBook Version