The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku skrap ini mengisahkan tentang sejarah Dato' Jaafar Bin Hj Muhammad sebagai Menteri Besar Johor yang pertama.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitisalwamail, 2021-04-23 05:33:47

BUKU SKRAP DIGITAL :TOKOH JOHOR: DATO' JAAFAR BIN HJ MUHAMMAD

Buku skrap ini mengisahkan tentang sejarah Dato' Jaafar Bin Hj Muhammad sebagai Menteri Besar Johor yang pertama.

NUR UMAIRAH SYAHMINA
SK (FELDA) PEMANIS 2

BUKU SKRAP DIGITAL
TOKOH JOHOR

DATO' JAAFAR BIN
HJ MUHAMMAD

ISI KANDUNGAN

1. PENDAHULUAN ...................................... 1

2. BIODATA MURID ....................................... 2

3. BIODATA TOKOH ............…....................... 3-4

4. PENDIDIKAN ....................................... 5

5. KERJAYA ........................................ 6

6. SUMBANGAN ...................................... 7

7. NILAI KEPIMPINAN ........................................ 8

8. DARJAH KURNIAAN ...................................... 9

8. PENUTUP ........................................ 10

9. SUMBER RUJUKAN ......................................... 11

PENDAHULUAN

Kenal bunga dari harumnya, kenal manusia dari asalnya.Adab dan santun
manusia ini terbentuk daripada keluarganya. Betapa penting asalnya dalam
menghasilkan insan yang berjiwa besar. Begitu juga Dato' Jaafar Bin Haji
Muhammad yang berasal daripada keluarga yang baik dan dikenali ramai.
Buku skrap ini akan menyingkap sejarah kehidupan beliau. Kita
seharusnya mengetahui susur galur warisan Johor ini agar kita dapat
mengenali dan menyimpan sejarah ini. Selain itu, buku skrap digital ini
dihasilkan bagi membantu generasi baru mengetahui asal-usul dan sejarah
Negeri Johor.

1

BIODATA MURID

Nur Umairah Syahmina Bt Mohd Khanafi

[email protected]
SK (FELDA) Pemanis 2
Peti Surat 105,
85007,Segamat,Johor

2

BIODATA TOKOH

Nama : Dato' Jaafar bin Hj Muhammad

Tempat lahir : Teluk Belanga, Singapura

Tahun lahir : 1838

Keturunan : Bendahara Paduka Raja Johor dan Bendahara Kerajaan
Melaka

Beliau mempunyai lima isteri . Maimunah, Esah bte Ibrahim, Wan Emon
bte Abu Talib, Datin Selamah Ambak dan Roqayah Hanim

Anak : 14 orang daripada 5 orang isteri.
4 anaknya menjadi Menteri Besar Johor. Seorang anak daripada isterinya
iaitu Roqayah (Hanim).

Anaknya, Dato' Abdullah Jaafar juga menjadi Menteri Besar Johor ke-3.
(September 1923 - 1928). Dato Abdullah adalah anak Wan Emon. Dato
Abdullah 'berbeza pendapat' dengan Sultan lalu mengundurkan diri dan
tinggal di Singapura.

Dato' Mustapha Jaafar menjadi Menteri Besar Johor dari 16 September
1928 - 23 November 1931. Mustapha adalah anak Jaafar dengan isteri
pertamanya Esah bte Ibrahim.

Menteri Besar ke-6 ialah Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Majid anak
Dato’ Jaafar dengan isteri asal Turki, Rogayah Hanim. Rogayah Hanim
adalah janda Ungku Majid, adik Sultan Abu Bakar.

Beliau meninggal dunia pada tahun 3 Julai 1919 dan telah dikebumikan
dengan penuh istiadat di Makam Mahmoodiah ,Johor Bahru, Johor.

3

BIODATA TOKOH

4

PENDIDIKAN

Beliau mendapat pendidikan Melayu di Sekolah Melayu Telok Belanga.
Kehidupan keluarganya agak susah; ayahnya Haji Muhammad, seorang
penenun kain. Untuk menampung kehidupannya, Dato’ Ja’afar menjaja
kuih, sebelum diterima bekerja sebagai kerani di pejabat Temenggung
Ibrahim di Telok Belanga, Singapura pada tahun 1854.

5

KERJAYA

Memulakan kerjaya sebagai Pelatih Kerani di Pejabat Menteri
kepada Temenggung Ibrahim ketika berusia 16 tahun.
Pada tahun 1856 beliau telah dilantik sebagai Kerani Besar di Pejabat
Menteri.

Beliau dilantik sebagai Penasihat dan Setiausaha Negeri Johor
menggantikan bapa saudaranya Encik Abdullah, di bawah
pentadbiran Sultan Abu Bakar, pada tahun 1860-an.

Pada tahun 1873, beliau dilantik sebagai Dato' Bentara yang
setara jawatannya dengan Menteri Besar kini.
Beliau terus memangku jawatan Dato' Menteri sehingga tahun
1882, dan kemudian terus dilantik sebagai Menteri Besar Johor
oleh Maharaja Abu Bakar.

Beliau adalah pengiring Maharaja Abu Bakar dalam lawatan
pertamanya ke Eropah pada tahun 1866

Ketika memegang tugas sebagai Menteri Besar, beliau pernah
memangku tugas Sultan Johor untuk menjalankan pentadbiran
negeri, ketika baginda keluar negeri. Pada tahun 1904 beliau
telah dilantik oleh Sultan sebagai Pemangku Raja.
Tugasnya yang terpenting ialah memimpin negeri serta
menjalankan pentadbiran negeri.

6

SUMBANGAN

Pada 1868,menubuhkan Majlis Mesyuarat Negeri Johor.
Pada 1873, pelbagai jabatan diwujudkan, antaranya Jabatan
Perbendaharaan & Pesuruhjaya Polis.
1882-1919
Semua pegawai British yang bertugas di Johor diwajibkan memakai pakaian
rasmi Kerajaan negeri Johor.
Bendera Union Jack dikibarkan lebih rendah daripada bendera Negeri Johor.
Semua surat-menyurat mestilah ditulis dalam Bahasa Melayu
Pada 1889,Duke Sutherland mengadap sultan Johor dan perbualan itu
dirakamkan oleh Florence Caddy
1904
Dilantik menjadi pemangku raja dan meraikan lawatan Putera Arthur dari
Connaught yang datang ke Tanah Melayu.
1910
Bersama-sama Datuk Seri Amar Diraja menentang hasrat Inggeris mahu
menguasai kerajaan.

7

NILAI KEPIMPINAN

Beliau adalah seorang yang berani dan bersemangat waja dalam menjalankan
tugasnya.
Dato Jaafar mementingkan pelajaran terutama pendidikan barat,agama
islam,dan kebudayaan melayu
Pegawai British di Negeri Selat berpejabat di Singapura menganggap beliau
sebagai seorang yang tegas dan "straight forward man".
Seorang yang berani mempertahankan Negeri Johor walaupun terpaksa
berdepan dengan Sultan.

8

DARJAH KURNIAAN

Dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Johor(S. P. M. J) oleh Sultan
Abu Bakar pada 31 Julai 1886.
Dikurniakan Darjah Kerabat(D. K) yang pertama oleh Sultan Ibrahim
pada 9 Oktober 1903
Dikurniakan Darjah Ketiga Bintang ST. Michael dan ST. George oleh
Queen Victoria England

9

PENUTUP

Era pemerintahan moden Negeri Johor bermula daripada Dato' Jaafar
Bin Hj Muhammad. Bermula pelantikannya sebagai Menteri Besar
Johor telah menyebabkan banyak perubahan yang besar pada Negeri
Johor. Dengan semangat patriotik yang tinggi menjadikan sifat
kepimpinan beliau terserlah sehingga menyelesaikan banyak perkara.
Beliau turut digeruni oleh Pegawai British. Di samping Sultan yang
sangat berjiwa rakyat menjadikan pemerintahan Negeri Johor "bersih"
dan masalah mampu diselesaikan dengan baik hingga keyakinan
British amat tinggi terhadap kebolehan Negeri Johor memerintah dengan baik.
Berkat pimpinan Sultan yang berjiwa rakyat, Johor terus unggul dengan
pemerintahan yang berkaliber daripada pemerintah yang berkarisma.

10

SUMBER RUJUKAN

Info Johor: Dato’ Jaafar bin Haji Muhammad. (2007, September 22). Info
Johor.https://infojohor.blogspot.com/2007/09/datuk-jaafar-bin-haji-
muhammad.html
IWANA ADLINA BINTI EDIZAFRI, INAYATUS SYAHIRA BINTI
SALIM, NUR SYAHIRA BINTI SHAR, & MOHAMAD SAIFUDIN BIN
ABDUL RANI. (2017, August 23). Dato’ Jaafar bin Haji Muhammad.
Datojaafar.blogspot.com. https://datojaafar.blogspot.com/
PANEL PENULIS JAWATAN AGAMA JOHOR. (n.d.). KESULTANAN
ISLAM JOHOR (DARJAH 6) (CETAKAN PERTAMA, p. 34). JAWATAN
AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR.
WIKIPEDIA. (2021, January 1). Jaafar bin Haji Muhammad. Wikipedia.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Jaafar_bin_Haji_Muhammad
Salasilah Tok Abdul Jabbar 2013. Retrieved April 22, 2021, from
http://www.siapamoyanganda.com/salasilah/fam00002.html
Zulkarnain, I. (2017, October 6). DATO JAAFAR BIN HAJI MUHAMMAD.
http://iskandarzulkarnain04.blogspot.com/2017/09/dato-jaafar-bin-haji-
muhammad.html?m=1.

11


Click to View FlipBook Version