The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Penyakit dan Serangann perosak terhadap tumbuhan tanaman.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shauqimaslim, 2023-06-13 03:25:27

Serangga dan Patogen Tanaman

Penyakit dan Serangann perosak terhadap tumbuhan tanaman.

Keywords: Tanaman

CRP 6043 ASAS PERLINDUNGAN TUMBUHAN TAJUK: PENGENALAN KEPADA 15 JENIS SERANGGA DAN 15 JENIS PATOGEN NAMA: MUHAMMAD SHAUQI BIN MASLIM NO. MATRIK: I21105323 SEMESTER: EMPAT PROGRAM: SARJANA MUDA INDUSTRI PERTANIAN (KEPUJIAN) NAMA PENSYARAH: DR NUR ADIBAH BINTI MOHD ISHADI


BAHAGIAN A Jenis serangga perosak


KUMBANG JALUR MERAH (Rhynchophorus ferrugineus). Pengenalan Jenis mulut: Mengunyah Kumbang jalur merah atau Red Palm Weevil (RPW) merupakan serangga perosak yang kini telah digazetkan sebagai perosak merbahaya dibawah Akta Kuarantin 1976. Jenis tanaman yang diserang Serangga ini dikenalpasti oleh Jabatan Pertanian sebagai ancaman kepada industri tanaman kelapa dan kelapa sawit. Kini serangan terhadap kelapa dilaporkan sangat serius terutama di Terengganu dan Kelantan dan beberapa negeri yang lain sedang membuat pemantauan secara agressif. Bahagian yang diserang Pada peringkat larva, larva akan mengorek ke dalam batang sambil memakan tisu pokok. Larva boleh mengorek tisu lembut seperti pucuk pokok, umbut pokok atau pangkal pelepah daun pada pokok matang atau batang pokok kelapa muda. Simptom serangan Pokok yang diserang menunjukkan lubang pada bahagian pucuk atau batang dan juga mengeluarkan cairan perang busuk atau masam serta sabut yang dimakan. Selain itu, pada peringkat serangan yang sudah teruk pada pokok itu menyebabkan batang pokok patah atau ‘crown’ pokok mula jatuh. Kaedah kawalan atau pengurusan serangga perosak a- Kaedah kawalan kimia i- Untuk pokok rendah atau anak pokok menggunakan racun cypermethrin atau dimethoate iaitu dengan menyiram atau menyembur pada pucuk, batang dan daun. ii- Pada pokok besar atau tinggi menggunakan racun imidacloprid atau dinotefuran iaitu dengan menyembur pada batang pokok tersebut. b- Kaedah kawalan kultura i- Tebang dan musnahkan pokok dengan menanam atau membakar keseluruhan bahagian pokok yang ditebang, Cara jangkitan Melalui induk betina yang terbang dan bertelur dari satu pokok ke satu pokok yang lain.


BELALANG KUNYIT (Valanga nigriconis) Pengenalan Jenis mulut: Mengunyah Merupakan serangga dari order Anthropod yang terdapat di negara Malaysia dan serangga ini sejenis serangga perosak tanaman. Belalang kunyi berwarna kuning kehijauan dikeseluruhan badan dan nampak nyata tompok hitam pada kaki belakang. Belalang ini mempunyai sepasang sesungut yang bergerak-gerak. Belalang kunyit aktif pada cuaca panas kering dan mampu membiak dengan cepat. Jenis tanaman yang diserang Antara jenis tanaman yang diserang oleh belalang ini ialah pucuk ubi kayu, pucuk pisang, tanaman ornamental (tanaman hiasan) dan juga tanaman getah serta tanaman sawit Bahagian yang diserang Belalang ini akan makan pucuk muda pada tanaman Simptom serangan Daun atau pucuk muda pada pokok itu kelihatan berlubang-lubang kerana telah dimakan oleh belalang dewasa. Kaedah kawalan atau pengurusan serangga perosak a- Kaedah kawalan kimia i- Menggunakan racun kimia seperti Tamaron 600 iaitu 1 mil dicampurkan dengan 1 liter air dan disembur pada pokok tersebut. selain itu racun jenis orthene 75s dan malathion LV. b- Kaedah kawalan fizikal i- Iaitu menggunakan alat menangkap untuk menangkap belalang tersebut kerana belalang ini boleh dimakan. Cara jangkitan Belalang kunyit dewasa akan terbang mencari pucuk muda pada pokok tertentu dan akan memakan pucuk muda itu.


KUTU TRIP (Thysanoptera) Pengenalan Jenis mulut: Mencucuk Saiz bagi kutu trip ini sangat halus iaitu sekitar 1mm dan ianya merupakan sejenis serangga yang tidak boleh terbang. Tabiat semulajadi adalah mempunyai organ untuk menyedut cairan dalam tumbuhan dengan mencucuk dan kesan cucukan akan merosakan sel tisu. Terdapat beberapa spesies trip antaranya ialah Thrips palmi dan Frankliniella occidentalis. Jenis tanaman yang diserang Jenis tanaman yang diserang ialah pokok cili, pokok hiasan, tomato, melon dan tomato chery. Bahagian yang diserang Kutu trip sering menyerang bahagian bunga dengan memakan debungan dan menghisap cecair sap pada bahagian permukaan daun. Simptom serangan Simptom serangan yang dapat dilihat pada pokok ialah daun keras dan melengkung ke atas, bawah daun berwarna perang, daun menjadi tirus dan kerinting. Serangan pada bunga rockmelon menyebabkan bunga gugur dan sekaligus mengurangkan penghasilan buah. Kaedah kawalan atau pengurusan serangga perosak a- Kawalan kimia i- Kawalan boleh dibuat menggunakan racun serangga seperti malathion,mesurol, mospilan, regent dan confidor. b- Kawalan kultura i- Membuang bahagian yang diserang trip adalah digalakkan c- Kawalan biologi i- Menggunakan musuh semulajadi seperti beberapa jenis kumbang (bugs) dalam usaha mengurangkan populasi serangga trip tersebut. d- Kawalan mekanikal i- Menggunakan perangkap lekit yang berwarna kuning untuk menarik perhatian serangga tersebut. Cara jangkitan Serangga kutu trip ini mempunyai kaki dimana ia mampu bergerak perlahan kerana saiznya amat kecil menyebabkan ia boleh diterbangkan oleh tiupan angin daripada satu pokok ke pokok yang lain.


ULAT RATUS (Spodoptera litura) Pengenalan Jenis mulut: Mengunyah Ulat ratus juga dikenali sebagai ulat tentera oleh masyarakat tempatan dan disenarai sebagai serangga perosak utama tanaman padi di Malaysia. Terdapat beberapa jenis spesies ulat ratus lain yang juga menyerang padi iaitu Mythimna separate, S.mauritia dan S. exempta. Populasinya meningkat semasa musim hujan kerana banyak perumah pilihan terutamanya rumpai. Jenis tanaman yang diserang Antaranya ialah tanaman padi. Akan tetapi ada tanaman lain yang diserang ulat ratus iaitu kobis, cili, bendi dan jagung. Bahagian yang diserang Ulat ini memakan daun dan memotong tangkai sehingga ke pangkal pokok. Simptom serangan Simptom serangan yang dapat dilihat pada pokok ialah daun akan mengalami kekuningan. Kaedah kawalan atau pengurusan serangga perosak a- Kawalan kimia b- Kawalan kultura i- Amalkan kebersihan kawasan sawah ii- Meninggikan paras air di dalam sawah c- Kawalan biologi i- Menggunakan parasitoid. Antaranya ialah Tachinid dan Braconid ii- Menggunakan haiwan seperti belalang, semut, burung dan katak d- Kawalan mekanikal i- Memasang perangkap serangga di sawah Cara jangkitan Cara jangkitan ialah apabila ulat ini telah bertukar kepada kupu-kupu dewasa. Maka kupu-kupu itu akan berpindah dari satu pokok ke pokok yang lain dan akan bertelur maka pembiakkan berlaku.


KOYA (Planococcus citri) Pengenalan Jenis mulut: Menghisap Koya merupakan sejenis serangga yang berwarna putih yang menyerang daun dan buah pada semua peringkat pertumbuhan pokok. Koya mempunyai mulut berbentuk kon yang membantu menghisap bahagian tumbuhan untuk mendapatkan makanan. Bahagian putih pada tubuh koya merupakan sistem perlindungan kepada koya daripada semburan racun serangga. Kajian mendapati pembiakkan koya adalah tinggi pada musim panas berbanding musim sejuk atau musim tengkujuh. Jenis tanaman yang diserang Hampir keseluruhan tanaman mudah diserang koya. Antara contoh tanaman ialah pokok manga, pokok durian, pokok rambutan dan pokok nanas. Bahagian yang diserang Koya akan menyerang pada bahagian daun, bahagian batang, bahagian bunga mangga dan pada buah tersebut. Simptom serangan Simptom yang dapat dilihat bagi serangan pada buah iaitu buah kelihatan mula rosak dan menjadi buruk. Kaedah kawalan atau pengurusan serangga perosak a- kawalan kimia i- Menggunakan bahan kimia iaitu minyak putih (white oil) pada koloni koya atau racun serangga jenis Dimethoate pada buah yang dijangkiti koya. b- kawalan fizikal/kultura i- Membuat pangkasan pada dahan pokok yang diserang koya c- Kawalan mekanikal Cara jangkitan Koya disebarkan ke pokok yang lain melalui bantuan semut dan kerengga.


TERITIP (Diapsis bromeliae) Pengenalan Teritip merupakan serangga perosak yang menghisap sel tisu daun yang akan menyebabkan daun mengalami bintik- bintik berklorosis atau kuning Jenis tanaman yang diserang Nanas Bahagian yang diserang Bahagian daun, buah dan batang tumbuhan. Simptom serangan Permukaan daun berbintik klorosis atau kuning, pertumbuhan pokok terbantut, pokok kelihatan layu jika populasi perosak tinggi. Kaedah kawalan atau pengurusan serangga perosak a- Kawalan kimia i- Kawalan boleh dibuat menggunakan racun serangga seperti malathion,mesurol, mospilan, regent dan confidor. b- Kawalan kultura i- Membuang bahagian yang diserang teritip adalah digalakkan c- Kawalan biologi i- Menggunakan musuh semulajadi seperti beberapa jenis burung untuk memakan dan memusnahkannya. Cara jangkitan Serangga teritip ini akan menghisap pada bahgian kulit kayu untuk menghisap nutrient


HAMAMA MERAH (Tetranychus sp) Pengenalan Hamama merah kerjanya lebih kurang sama dengan kutu trip iaitu menghisap dan berumah dibelakang daun dan pucuk. Serangga ini suka berada di bawah daun kerana tempat yang redup dari sinaran matahari dan juga sumber makanan banyak berkumpul disitu. Jenis tanaman yang diserang Cili, tomato, terung dan timun. Bahagian yang diserang Nimfa dan dewasa menyucuk dan menghisap cairan pada daun, pucuk, bunga dan buah. Simptom serangan Daun berkerekot, berkerinting, melengkung ke bawah. Bagi buah pula akan menjadi warna keperangan dan terdapat bekas tusukan. Selain itu juga bunga pada pokok itu juga boleh gugur. Kaedah kawalan atau pengurusan serangga perosak a- Kawalan kimia i- Kaedah kawalan hamama merah yang disyorkan ialah dengan menyembur racun serangga seperti armitraz, dicofol, malathion dan prothiophos. b- Kawalan kultura i- Buang dan musnahkan bahagian yang diserang pada peringkat awal ii- Musnahkan hamama pada semua peringkat (telur, larva, nimfa dan dewasa). Cara jangkitan Memakan daun untuk mendapatkan nutrein.


ULAT BUNGKUS (Metisa plana) Pengenalan Tiga jenis ulat bungkus yang biasa menyerang tanaman sawit di Malaysia ialah Mahasena corbetti dan Pteroma pendula dan Metisa plana. Peringkat di mana ulat bungkus ini aktif memakan daun sawit adalah peringkat larva dimana peringkat larva ulat bungkus ini akan membesar di dalam sarung atau ianya seakan dalam 'bungkusan' yang juga diperbuat daripada cebisan daun sawit. Selalunya sebelum peringkat dewasa atau matang maka larva ulat bungkus ini akan bertukar pula menjadi pupa atau kepompong. Semasa status kitaran pada peringkat kepompong, ulat bungkus ini berehat dan tidak lagi memakan daun sawit. Kepompong betina akan matang dan ia berada di dalam bungkusnya manakala kepompong jantan akan matang menjadi rama-rama kecil yang bebas terbang meninggalkan bungkusannya. Jenis tanaman yang diserang Tanaman sawit Bahagian yang diserang Peringkat larva ulat bungkus akan memakan daun sawit. Simptom serangan Daun atau pelepah sawit kelihatan berwarna coklat dan terdapat juga daun pada pelepah itu berlubang-lubang dimakan oleh serangga itu. Selain itu, pelepah-pelepah sawit mula jatuh kerana pokok tidak dapat menghasilkan proses fotosintesis iaitu membuat makanan untuk pokok tersebut. Kaedah kawalan atau pengurusan serangga perosak a- Kawalan kimia. i- Racun serangga yang digunakan untuk teknik ini adalah jenis Monocrotophos atau Methamidophos. Kesan boleh dilihat selepas 24 jam. Walaupun itu Teknik ini menjejaskan serangga yang bermanfaat kepada sawit. b- Kawalan kultura i- Menanam pokok turner sp dan Cassia cobanesis bagi membantu pembiakkan musuh semulajadi c- Kawalan biologi i- Parasitoid seperti spesies Brachymeria lugubris, Elasmus sp, pediobius varius dan P. imbrues merupakan serangga kecil yang boleh menyuntik telur ke dalam ulat bungkus. Cara jangkitan Ulat bungkus mudah merebak dari pokok ke pokok melalui pertindihan pelepah, jentera ladang dan dibawa angina.


ULAT PLUTELLA (Plutella xylostella) Pengenalan Ulat plutella akan menyerang sayur yang menyebabkan bekalan sayuran terutama berdaun terjejas, ketika cuaca panas melampau melanda. Jenis tanaman yang diserang Sawi, kalian, kobis, brokoli. Bahagian yang diserang Daun dan buah tanaman tersebut. Simptom serangan Daun yang berlubang-lubang dan buah menjadi rosak. Kaedah kawalan atau pengurusan serangga perosak a- Kawalan kultura i- Menanam ‘Cruciferous weeds’ bertujuan sebagai tempat musuh semulajadi membiak kerana terdapatnya madu pada pokok itu. b- Kawalan biologi i- Menggunakan musuh semulajadi seperti diadegma (Diadegma semiclausum) dan cotesia (Cotesia vestalis) Cara jangkitan Ulat ini akan memakan buah dan daun tanaman.


ULAT PENGOREK BATANG (Leucinodes orbonalis) Pengenalan Ulat Pengorek Batang merupakan sejenis serangga yang dianggap perosak. Nama saintifik adalah (Ostrinia salentiales Snell). Serangga ulat ini boleh dilihat pada daun apabila ulat-ulat yang baru menetas memakan lapisan luar (epidermis) daun pokok jagung. Satu lagi tanda ialah deretan lubang melintang pada daun. Jenis tanaman yang diserang Tanaman padi, jagung, terung dan manga. Bahagian yang diserang Bahagian tisu batang tanaman. Simptom serangan Batang padi yang diserang mudah dicabut dengan tangan. Batang padi yang rosak ini dinamakan ‘mati anak’ atau ‘mati pucuk’ dimana warna pucuk padi berubah kepada warna perang dan daunnya kering dan mati. Jika serangan berlaku ketika peringkat berbunga atau , kerosakan dinama ‘buah putih’ atau ‘bulu ayam’ kerana tangkai padi berubah warna menjadi putih dan tidak berisi. Kaedah kawalan atau pengurusan serangga perosak a- Kawalan kultura i- Penanaman pokok bunga hiasan seperti Lantana camara dan Turnera sp sebagai langkah alternatif bagi organisma berfaedah ini berlindung, membiak dan menambahkan populasi. b- Kawalan biologi i- Menggunakan musuh semulajdi iaitu kekabuh kura (Micrapis discolor), Trichogramma chilonis, Trichogramma japonicum dan kumbang tanah yang merupakan pemangsa kepada larva ulat pengorek batang padi. Cara jangkitan Serangan ulat pengorek batang padi bermula apabila ramarama pengorek batang padi bertelur pada permukaan daun dan batang padi. Telur kemudiannya akan menetas dan larva (ulat) pengorek batang padi akan mula memakan permukaan daun padi seterusnya mengorek batang padi dan bersembunyi di dalamnya.


LALAT PUTIH (Bemisia tabaci) Pengenalan Jenis mulut: Kitaran hidup lalat putih ialah adalah 16-27 hari. Lalat putih merupakan vektor kepada penyakit virus (Geminiviridae). Jenis tanaman yang diserang Tanaman tomato, cili, kentang dan rock melon. Bahagian yang diserang Bahagian daun, batang dan bahagian pokok yang lembut. Simptom serangan Daun berjelaga kerana lalat putih mengeluarkan manisan. Selain itu, pokok terbantut, terdapat bitnik-bintik klorosis, kehijauan yang tidak sekata, daun menjadi tirus serta keras. Kaedah kawalan atau pengurusan serangga perosak a- Kawalan kimia i- Menggunakan racun seperti malathion (EC), selectron (EC), tokuthion (EC), Confidor (SL/SC) dan mospilan (EC) b- Kawalan kultura i- Sentiasa mencuci rumput dan rumpai di kawasan ladang bagi mengelakkan menjadi tempat pembiakkan perosak c- Kawalan biologi i- ladybugs dan larva lacewing merupakan musuh semulajadi yang akan mengatasi masalah lalat putih dengan memakan telur dan larva lalat putih. d- Kawalan mekanikal i- Menggunakan pelekat kuning untuk memerangkap lalat putih. ii- Semburan air yang kuat yang kuat menggunakan system micro-jet sprinkler pada tanaman tersebut bagi mengurangkan populasi lalat putih. Cara jangkitan Terbang dari satu pokok ke pokok yang lain.


BENA PERANG (Nilaparvata lugens stal) Pengenalan Jenis mulut: Mencucuk Jenis tanaman yang diserang Tanaman padi Bahagian yang diserang Menyerang pangkal rumpun padi di permukaan air. Selain itu, menghisap cairan batang padi dan kelopoknya serta merosakkan seluruh makanan. Serangan berlaku di peringkat semaian sehingga ke peringkat padi terbit. Simptom serangan Pokok menjadi kuning dan mati. Keadaan ini dikenali sebagai ‘hopperburn’. Kaedah kawalan atau pengurusan serangga perosak a- Kawalan kimia b- Kawalan kultura c- Kawalan biologi d- Kawalan mekanikal Cara jangkitan Sesuatu serangan merebak bena perang yang terjadi bermula dari pembiakan serangga dewasa betina bersayap panjang yang telah berhijrah ke kawasan tersebut. Telur-telur yang menetas akan menjadi anakanak jelmaan yang kemudian akan membesar dengan menghisap cairan pokokpokok padi. Selain itu juga, bena perang juga dibawa melalui angin.


PIANGGANG (Leptocorisa varicornis) Pengenalan Jenis mulut: Mencucuk Serangga ini apabila dipicit akan mengeluarkan bau yang amat busuk dan ini merupakan ciri khusus pada serangga ini. Serangga Kesing Dewasa berbentuk panjang, mempunyai kaki dan sesungut panjang dan berwarna hijau keperangan. Kesing aktif pada awal pagi dan petang dan ia akan berlindung pada rumput atau didalam rumpun padi di waktu panas terik. Jenis tanaman yang diserang Kebiasaannya serangga ini menyerang tanaman padi. Bahagian yang diserang Menghisap cairan susu semasa pembentukkan padi dari biji padi yang mula terbit menyebabkan padi kecil atau separuh berisi. Simptom serangan Simptom serangan ialah Padi bertukar menjadi perang dan berbintik hitam, kesan serangan sekunder kulat atau bakteria. Selain itu, padi menjadi kering dan hampa. Kaedah kawalan atau pengurusan serangga perosak a- Kawalan kimia i- Menggunakan racun serangga yang sesuai seperti racun yang mengandungi perawis aktif. Contohnya Dimethoate, Alpha-cypermethrin dan Fipronil. b- Kawalan kultura i- Kebersihan ladang dengan membersihkan rumputrumput di kawasan sawah. Cara jangkitan Serangga ini akan terbang ke tanaman lain dan ia akan bertelur dan membiak.


SIPUT BABI (Archatina fulica) Pengenalan Jenis mulut: Mengunyah Siput babi berasal dari benua afrika dan telah merebak ke kawasan tropika lain sejak ia dibawa masuk ke india pada kurun ke – 20. Terdapat sepasang sesungut yang boleh memanjang dan memendekkannya dibahagian kepala. Keseluruhan bahan lembut iaitu badan, kepala, perut dan ekor boleh masuk ke dalam cengkerang apabila siput babi terancam atau untuk mempertahankan diri. Siput babi aktif pada waktu malam untuk makan bahagian pokok. Jenis tanaman yang diserang Siput babi kebiasaannya menyerang hampir kesemua jenis pokok antaranya pokok jambu batu, pokok. Bahagian yang diserang Siput babi sejenis haiwan yang makan banyak jenis bahagian tumbuhan seperti daun, buah dan sayur-sayuran terutama pada bahagian lembut seperti pucuk dan daun muda. Simptom serangan Simptom serangan siput babi ialah daun berlubang-lubang dan pucuk muda kelihatan telah rosak. Kaedah kawalan atau pengurusan serangga perosak a- Kawalan kimia i- Menggunakan racun SIPUTOX iaitu dengan menabur 10gram pada sekeliling pokok dan jika siput melalui racun itu maka tubuhnya terkena pada racun dan menyebabkan kematian siput itu. b- Kawalan fizikal/kultura i- Cara kawalan kaedah ini ialah dengan mengutip siput babi pada pokok itu dan membuangnya. c- kawalan biologi i- menggunakan haiwan pemangsa seperti itik yang akan makan siput babi itu. Cara jangkitan Cara jangkitan ialah siput babi tersebut akan bergerak dari satu pokok ke satu pokok dan memakan daundaun pada pokok tersebut.


BELALANG KUNYIT (Valanga nigriconis) Pengenalan Jenis mulut: Mengunyah Merupakan serangga dari order Anthropod yang terdapat di negara Malaysia dan serangga ini sejenis serangga perosak tanaman. Belalang kunyi berwarna kuning kehijauan dikeseluruhan badan dan nampak nyata tompok hitam pada kaki belakang. Belalang ini mempunyai sepasang sesungut yang bergerak-gerak. Belalang kunyit aktif pada cuaca panas kering dan mampu membiak dengan cepat. Jenis tanaman yang diserang Antara jenis tanaman yang diserang oleh belalang ini ialah pucuk ubi kayu, pucuk pisang, tanaman ornamental (tanaman hiasan) dan juga tanaman getah serta tanaman sawit. Bahagian yang diserang Belalang ini akan makan pucuk muda pada tanaman. Simptom serangan Daun atau pucuk muda pada pokok itu kelihatan berlubang-lubang kerana telah dimakan oleh belalang dewasa. Kaedah kawalan atau pengurusan serangga perosak a- Kaedah kawalan kimia ii- Menggunakan racun kimia seperti Tamaron 600 iaitu 1 mil dicampurkan dengan 1 liter air dan disembur pada pokok tersebut. selain itu racun jenis orthene 75s dan malathion LV. b- Kaedah kawalan fizikal ii- Iaitu menggunakan alat menangkap untuk menangkap belalang tersebut kerana belalang ini boleh dimakan. Cara jangkitan Belalang kunyit dewasa akan terbang mencari pucuk muda pada pokok tertentu dan akan memakan pucuk muda itu.


BAHAGIAN B Jenis Patogen


ANTRAKNOS / BINTIK BERPUSAR (ANTHRACNOSE) Pengenalan Ianya dikelaskan kepada penyakit yang disebakan kulat. Jenis tanaman yang diserang Melon, Cili, Timun Bahagian yang diserang Serangan pada bahagian kulit buah tanaman. Simptom serangan • Bintik berpusar keperangan pada buah dan daun. • Simptom bintik-bintik menjadi kehitaman dan nekrotik. • Buah menjadi nyahwarna (discoloration), mereput, berkerekot dan bintik berpusar. Kaedah kawalan atau pengurusan serangga perosak a- Biologi Musuh Semula Jadi (MSJ)/ agen biologi kepada perosak (pemangsa, parasitoid dan patogen). b- Kultural Pengubahsuaian terhadap amalan pengeluaran dan persekitaran tanaman. Cara jangkitan Menyerang pada bahagian permukaan kulit tumbuhan.


Click to View FlipBook Version