The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pusat Sumber IPGKR, 2022-07-14 00:51:13

SAJAK KEMERDEKAAN

SAJAK KEMERDEKAAN

Keywords: Terbitan PSIPGKR,Flipbook,2021

SAJAK

KEMERDEKAAN




PUSAT SUMBER
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG

BINTANGOR, SARAWAK



SAJAK
KEMERDEKAAN













Pusat Sumber
Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang

Bintangor, Sarawak
2022

© Pusat Sumber, Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang,
Bintangor, Sarawak 2022

Hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian buku
ini boleh diterbitkan semula, dicetak, disalin dan disiar
bagi tujuan komersial dalam apa-apa bentuk sekalipun
tanpa mendapat kebenaran secara bertulis daripada
pemegang hak cipta.

Diterbitkan oleh:
Pusat Sumber
Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang
Jalan KJD
96509 Bintangor, Sarawak

Tel: 084-691910
Faks: 084-691913

ISBN 978-967-0003-01-6

SIDANG REDAKSI

PENAUNG
YBrs. Dr. Abang Ismail Bin Hj. Abang Julhi

(Pengarah, IPG Kampus Rajang)



PENASIHAT 1
En. Salahuddin Bin Mohamed Nor @ Nor
(Timbalan Pengarah, IPG Kampus Rajang)



PENYELARAS
Pn. Madiah Anak Ansi
(Ketua Unit Pusat Sumber, IPG Kampus Rajang)



KETUA EDITOR
Pn. Madiah Anak Ansi



REKA BENTUK DAN SUSUN ATUR BUKU

Cik Mavis Viviena Anak Alvin Morris



EDITOR
Cik Mavis Viviena Anak Alvin Morris

Pn. Juliana Meda Anak Seman
Pn. Siti Malisa Binti Piee

Cik Hasniza Binti Mohtada
Pn. Lizawati Buro

KANDUNGAN

Kata Alu-Aluan v
Pengarah

vi
Kata Alu-Aluan
Timbalan Pengarah



Dari Meja Sidang Redaksi vii
Satu Perjalanan Usia 1
Anak Watan 8
Tanah Airku 10
Laungan Kemerdekaan 12
Pelandai Merdeka 16
Pejuang Negara 18
Suara Anak Merdeka 19
Malaysia Merdeka 20
Malaysiaku 21
Sembuhlah Malaysiaku 22
Aku anak Malaysia 23
Malaysia 24
Sembuhlah Malaysiaku 25

KATA ALU-ALUAN

PENGARAH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG

Bismillahirrahmahnirrahim
Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan
Selamat Sejahtera.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang dan selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin, rahmat dan inayah-Nya penerbitan
Buku Sajak Kemerdekaan berjaya disempurnakan untuk direalisasikan.

Terlebih dahulu sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan
kepada Jawatankuasa Buku Sajak Kemerdekaan Siswa atas kejayaan
menyiapkan wadah buat julung kalinya ini. Di kesempatan ini, izinkan saya
mengambil peluang ini untuk mengucapkan sepatah dua kata dalam buku sajak
ini.

Sajak-sajak yang dihasilkan oleh para siswa pendidik IPGK Rajang ini adalah
bersempena dengan Pameran Bertema Hari Kebangsaan yang diadakan oleh
Pusat Sumber yang merupakan salah satu aktiviti tahunan oleh Pusat Sumber
IPG Kampus Rajang yang bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme dan
cintakan negara dalam kalangan siswa pendidik.

Akhir kalam, sekali lagi saya mengucapkan jutaan tahniah kepada Pusat
Sumber IPG Kampus Rajang yang terlibat dalam menyediakan Buku Sajak
Kemerdekaan ini yang saya pasti bukanlah sesuatu yang mudah untuk dihasilkan
dan seterusnya dihimpun menjadi satu buku.

Saya mengharapkan agar budaya penulisan ini dapat dilaksanakan secara
berterusan dengan percambahan idea untuk terus menjunjung tradisi
kecemerlangan ilmu seluruh warga. Selamat membaca.

Sekian, terima kasih.

Dr. ABANG ISMAIL BIN HAJI ABANG JULHI

v

KATA ALU-ALUAN TIMBALAN PENGARAH

Bismillahirrahmahnirrahim
Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan
Selamat Sejahtera.

Ucapan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa Buku Sajak Kemerdekaan
kerana sudi memberi ruang kepada saya untuk mencoretkan sepatah dua kata
dalam buku ini. Syabas dah tahniah kepada Jawatankuasa Buku Sajak
Kemerdekaan ini yang telah berusaha untuk menyiapkan, menyusun dan
menerbitkan Buku Sajak Kemerdekaan ini.

Bersempena dengan aktiviti Pameran Bertema Hari Kebangsaan oleh Unit
Pusat Sumber IPGK Rajang yang diadakan dari 02 Ogos - 16 September 2021,
pertandingan mengarang sajak kemerdekaan ini bertujuan untuk menyemai
semangat cintakan negara dalam diri siswa pendidik walaupun dunia bergerak
pantas dek kemajuan teknologi. Kejayaan menerbitkan Buku Sajak
Kemerdekaan ini membuktikan kesungguhan bahawa siswa pendidik menulis
dan mengarang sajak demi menggalakkan penzahiran idea dalam kalangan
mereka. Ucapan tahniah dan terima kasih ditujukan kepada semua kakitangan
Pusat Sumber IPGK Rajang telah berusaha gigih menghasilkan buku Sajak
Kemerdekaan ini yang pertama kali diterbitkan.

Adalah diharapkan dengan penghasilan ‘Sajak Kemerdekaan’ dapat menjadi
pemangkin kepada semua siswa pendidik IPGK Rajang dalam menjadikan
penulisan kreatif ini sebagai budaya bagi menyumbang kepada pembentukan
masyarakat yang berjiwa patriotik dan cintakan negara.

Sekian, terima kasih.

EN. SALAHUDDIN BIN MOHAMED NOR @ NOR

vi

DARI MEJA SIDANG REDAKSI

Salam Sejahtera.

Syukur dengan izin-Nya Buku Sajak Kemerdekaan ini berjaya diterbitkan.
Bersempena dengan aktiviti Pameran Bertema Hari Kebangsaan oleh Pusat
Sumber IPGK Rajang yang diadakan dari 02 Ogos - 16 September 2021 yang lalu,
pertandingan menulis sajak kemerdekaan ini bertujuan membentuk siswa pendidik
untuk menyemai semangat cintakan negara dalam diri.

Sesungguhnya tanpa semangat juang yang jitu daripada pejuang-pejuang dan
tokoh-tokoh kemerdekaan pada masa dahulu, kita tidak akan merasai keamanan
dan kedamaian yang kita kecapi sekarang. Janganlah kita lupa kepada pejuang-
pejuang yang telah terkorban dalam mempertahankan tanahair kita yang tercinta
ini.

Kemerdekaan bukan hanya membawa erti bebas dari belenggu penjajah,
namun pada masa kini, minda kita juga harus bebas dari anasir-anasir luar yang
akan menganggu keamanan di negara kita. Semangat cintakan negara perlu
disemai dalam diri kita sepanjang masa kerana di mana bumi dipijak, di situ langit
dijunjung.

Oleh yang demikian, ucapan tahniah dan terima kasih ditujukan kepada semua
kakitangan Pusat Sumber IPGK Rajang yang telah berusaha gigih dalam
menyediakan buku Sajak Kemerdekaan ini. Semoga usaha ini akan diteruskan
pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

PN. MADIAH ANAK ANSI

vii

Satu Perjalanan Usia

oleh: Elwee binti Fred
PISMP AMB. JUN 2021 (BMMB2)

Di gubuk kemelaratan ini
Dia berdiri menatap mata-mata sayu
Mengharap mentari kembali tersenyum
Saat harapan mulai terhapus
Cahaya suram dipancarkan
Mengharap huluran insani
Dia bangkit ketika hari masih suram
Usai dada melafaz syukur
Diberi nafas untuk hari yang baharu

Reruntuhan marhaen berbalut sengsara
Terpampang mega disana sini
Ditutup debu hitam itu
Ketika kiri dan kanan jatuh tersungkur
Dia tahu perjuangan itu tidak sedetik cuma
Bah kesedihan menggenang dipelupuk mata
Untuk tangis yang tidak pernah tertangis

Darat dibanjiri nestapa
Laut dikuasai replika kapal
Udara – dia sudah lama tinggalkan dirimu

1

“Gold, Gospel, Glory”
“Gold, Gospel, Glory”
“Gold, Gospel, Glory”

“Asia untuk Asia”
“Asia Timur Raya”
“Pan Asia”

“What you have, Abdullah”
“Oh copper!”

Doom! Bunyi disana
Doom! Bunyi disini
Hentaman meriam Eropah
Das tembakan Jepun
Tidak cukup dengan satu, dihancur lumat badan itu

Bingit pagi yang telah tersemat mesra
Dalam alur pendengaran warga marhaen
Telinganya dipekakkan
Tapi matanya terlalu jujur, selalu tercelik saat tidak ingin
melihat raungan itu
Begitu juga langkah kaki yang tidak seiring dengan minda
Kejujuran kakinya yang terlalu degil
Membawa padah pada dirinya yang malang

Kalau sahaja dia tidak pincang
Di pertengahan jalan lututnya mulai goyah
Hati yang tidak seiring dengan minda
Mahu tapi takut

2

Demi segenggam tanah dan jiwa yang meruntun
Bunyi meriam sahut-menyahut
Bunyi keris berdenting
Tidak alah seperti Tuah menentang Jebat
Disambut sayu oleh bunyi tangisan
“Anakku”
Saat Si ibu terpisah kasih.

Seperti pepatah,
“Empat gasal, lima genap,
Dikendur berdenting-denting,
Ditegang berjela-jela”
Manipulasi bangsawan Eropah, penuh dengan tipu helah
“Siakap, senohong, ikan tenggiri
Bercakap bohong, lama-lama mencuri”
Tamak serakah orang kita, siapa makan cili, dia rasa pedasnya

Eropah bangga mengibar bendera
Membina negara bangsa melalui perang
Menuding jari pada warga petani
Kamilah tuan pada kuda itu

Si petani terbongkok-bongkok memberi roti
Untuk tanah gersing itu, dia curah keringat bersama darah
Demi sesuap nasi dan perlindungan kulit putih
Dia sanggup menjadi kuli

3

Penuh lantang bersuara
Kebebasan, kemakmuran, kesaksamaan kami punya
Hidup warga yang dirampas dengan kekejaman
Itulah erti kebebasan, kemakmuran baginya
Warga penjajah tidak kisah pada raungan itu
Cahaya mata yang penuh harapan, telepati kasihanilah kami
Diperlakukan seperti manusia yang tidak bernyawa, dia
hanya mampu apa
Melutut disudut mengharap akan ada insan membawa
dirinya

Kerana reformasi, kita juga terkena – kezaliman dan
kebuasan raja-raja dunia
Mendabik dada jadi penguasa dunia, demi memenuhi
revolusi perindustrian abad ke-19
Tanah Melayu juga ingin digenggam, hasil bumi yang tidak
ternilai, Copper?
Menipu Raja Melayu untuk kepentingannya, penuh muslihat
dan licik, bermain catur dengan institusi beraja Melayu,
Raja Melayu digerak-gerak seperti catur, sehingga Queen
berjaya menaiki takhta,
Seperti Pawn, Raja-Raja Melayu tunduk akur pada
kekuasaan Queen.

4

Siapa kata tamadun Melaka jatuh, kalau tidak kerana ada api
dalam sekam
Tidak dinafikan itu tabiat manusia, tidak ingin merelakan
mati, lebih rela disimbah pidana
Ilmu-ilmu baharu pula dibentuk, berakar tunjang dari
materialisme dan imperialisme
Eropah terus unggul bercahaya, Melayu tersungkur penuh
alpa
Hilang sudah Melayu yang kita banggakan
Kerana sengketa dan tamak, siapa yang menanggung rugi?

Itu cerita dahulu, bagaimana kita yang sekarang?
Kau seperti lupa pada mimpi ngeri itu
4 kurun lebih hidup dalam kegelapan, diselubungi ketakutan,
mungkin bernafas juga terasa sesak
Kau tidak tahu korban itu, sakit dan derita yang dirasai
Oleh nenek kepada nenek dan moyang kepada moyang
Generasi demi generasi
Patriotisme semakin menipis, tidak ada Anak Malaysia
Semua tertunduk pada kemewahan dunia, mendabik dada
pada dunia komputer

Benih yang ditabur dicelah deduri tidak akan berhasil
Tetapi mati ditusuk duri
Benih di tepi jalan, habis dimakan burung
Benih di bebatuan, mati kepanasan
Tetapi benih di tanah subur, akan tumbuh menjadi akar dan
mengeluarkan tunas harapan untuk negara

5

Jadilah seperti benih itu
Terus tumbuh menjadi tunas yang sihat, seterusnya menjadi
satu-satunya tiang yang tidak akan goyah
Mungkin bah mengganas, ditiup angin kemewahan,
dilemaskan air kecanduan
Tetap gah menjadi tunas harapan

Jangan mudah melatah ditusuk duri mulut-mulut manusia
Jangan mudah menyerah pada suara sumbang menghasut
kebobrokan
Jangan sekali mengalah andai disuap emas permata
Jangan sekali menyimpang dari jalan yang benar
Jangan ikut pada gelombang kecacatan dunia
Jangan mudah jatuh sayang pada budaya fotostat
Jangan mudah digoda cahaya kemajuan bandar-bandar kaca

Kita juga berbudaya, berbangsa, berbahasa
Sesekali lihatlah kiri dan kananmu
Teruslah tegak menjadi tiang negara
Yang lantang menyuarakan

“Merdeka!”
“Merdeka!”
“Merdeka!”
“Merdeka!”
“Merdeka!”
“Merdeka!”
“Merdeka!”

6

Jangan menjadi gunting dalam lipatan
Biar kita berdua muka, tetapi bijak mengatur langkah
Usah diundang musuh dalam selimut
Kerana itu akan menikam belakangmu nanti
Jangan hanya menjadi seperti murai tercabut ekor
Mulut sahaja becok tetapi akal membusuk
Kerana rakus jangan kita menjadi anak ayam yang kehilangan
ibu
Terus terputus setelah mendapat harta
Bercakap biar memandang, silap lidah, jiwa jua hilang
Alang-alang berminyak, biar sampai licin,
Alang-alang bara api digenggam, biar menjadi arang
Teruslah begitu,
Kerana kami memerlukanmu
Malaysia memerlukanmu.

7

anak watan

oleh: Cheryl Saban Danur
PISMP AMB. JUN 2021 (BMMB1)

Hening mendiami suara hati,
suara membisu bagai mulut terkunci,
diam seribu bahasa lantang tak berbunyi,
begitulah suasana hati anak watan,
hidup terpencil menanti pertolongan,
hati kecut bak nyawa tak berdegup,
ke mana pergi semangat api membaramu,
ke mana hilang kata-kata berbisamu,
yang menghunus badai ribut,
yang menikam hati penjajah jahil.

Bangkit anak watan,
lawanlah gelora hati yang kian menyepi,
buanglah gentar yang menyelubungi diri,
usah keder akan anasir yang menyesatkan fikiranmu,
mari kembalikan sinar cahaya di wajahmu,
beraraklah semarakkan tarikh bersejarah,
berdirilah mencabar kuasa gah,
bersatulah dengan bangsamu dalam satu sukma,
rundumkan cengkaman penjajah,
laungkan merdeka di wajah dunia.

8

Bangkit anak watan,
terbitkan sinar harapan,
mekarkan bunga-bunga kebangsaan,
dirikan tiang panji jalur gemilang,
belalah nasib negara tercinta,
tiupkan angin riuh kemenangan,
berjanjilah dengan hajat tekad,
untuk mengagungkan negara Malaysia,
di seantero dunia penuh pancaroba,

Bersatulah anak watan,
ikatkan jalinan kepercayaan,
bersepadulah menjunjung tanah air,
relakan diri tanpa khuatir,
kuatkan batin tanpa gentar,
demi mencapai mercu negara,
yang menjadi tunjang kekuatan rakyat,
yang menguatkan tulang belakang pemimpin,
untuk memerintah negara penuh keteguhan.

Anak watan,
tulislah inti-inti impian negara,
ciptakan sejarah bersama negara,
sebutkan butir-butir kata pemberani,
yang gagah menolak semburan perosak,
kutiplah permata indah benua,
eloklah pemandangan negara,
jadilah kebanggaan wilayahmu,
untuk menyeru nama negara,
Malaysia tanah airku.

9

Tanah Air ku

oleh: Vellyriana Dinda anak Nelty
PISMP AMB. JUN 2021 (BMMB3)

Aku berdiri di bentala yang nyata,
pemilik nyawa yang berbudi makmur,
mewah dan subur tercipta seribu teromba yang menjadi
ingatan selamanya.

31 Ogos 1957 bumi ku merdeka perasaan cinta disemai di
dalam atma mendorong kita berdiri dan berbakti untuk terus
mara ke hadapan tetap semangatmeniti arus yang penuh
dengan likuan.

Kasih dan harapan balam mendaki puncak yang jauh
merintangi gelora dan taufan tetap semangat bersuara dalam
menentang munsuh kerana masih tekad di dalam jiwa hari ini
negara ku merdeka.

Anak-anak kita bakal datang membawa perisai
untuk berbakti dalam alaf baru atas nama bentala ku yang
tercinta maju dan terus maju bersama-sama satukan hati
tekadkan jiwa demi benua ku yang ku sanjungi.

Airmata dan darah berterjunan dari selatan hingga utara atas
hak dan kebebasan tidak luntur sukma di dada akan tetap
diperjuangkan demi bangun untuk maruah pertiwi.

10

Di sinilah halaman mesra semua bentala pusaka pejuang
terbilang bentala merdeka rakyat jelata bentala setia diukir
melangkah maju hingga penamat alam moga kekal
selamanya.
Bangkitlah anak bangsa!
inilah sangkala mengibar panji-panji dengan semangat
membara seperti api menegakkan kebebasan
bediri megah di setiap sudut
dengan bangga mengibarkan jalur gemilang melaungkan
keramat penuh semangat
‘Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Terima kasih bumiku terima kasih pejuangku bangkit di bumi
merdeka ini menjulang wawasan gemilang 64 tahun tanpa
lelah tanpa alasan demi tanah airku yang tercinta terima kasih
Malaysia
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

11

Laungan Kemerdekaan

oleh: Rolin Dellin anak Lus
PISMP AMB. JUN 2021 (TSLB2)

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Anak kecil bersorak,
Yang tua dan muda turut bersorak,
Bersorak meraikan hari bermakna,
Hari yang menandakan kemenangan,
Hari yang dicipta dari sebuah perjuangan.

Tumpah darah perjuangan,
Disambut dengan penghargaan,
Terima kasih para anak bangsa,
Yang menaikkan jalur gemilang,
Sehingga berkibar indah di udara.
Terima kasih para pejuang negara,
Yang berkorban nyawa demi sebuah sorakan,
Sebuah laungan,
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!

12

Melayu, Cina, India, bersatu hati,
Menggenggam sebuah janji,
Berkongsi keperitan dan kemanisan,
Berkongsi satu semangat,
Demi bersama melaungkan kemerdekaan.
Maka sorakkanlah kemerdekaan, merdeka!

31 Bulan lapan,
Tanggal 57,
Mustahil ada rakyat Malaysia yang lupa,
Akan hari bersejarah,
Peristiwa bersejarah,
Yang menjanjikan keamanan,
Yang menjanjikan kebebasan,
Yang menjanjikan perpaduan,
Yang melambangkan kemerdekaan.
Maka sorakkanlah kemerdekaan, merdeka!

Bendera jalur gemilang berkibar megah,
Jalur biru menyatukan rakyat berbilang kaum,
Jalur merah membawa erti keberaniaan dalam mengharungi
segala cabaran,
Jalur putih membawa erti kesucian hati rakyat dalam
mengangkat nama negara,
Sabit dan bintang kuning melambangkan warna Diraja,
mewakili kedaulatan Raja-Raja
Melayu yang Beperlembagaan.
Alangkah indahnya Jalur Gemilang kebanggaan Malaysia.
Maka sorakkanlah kemerdekaan, merdeka!

13

Tibanya Ogos yang dinanti,
Semangat mula membara,
Jiwa mula berkobar,
Bendera jalur gemilang mula dipacakkan,
Demi mengingati nostalgia berharga,
Laungan merdeka sentiasa berulang,
Saban tahun ia datang,
Kini ia telah mencapai kali ke-64,
Siapa sangka perjuangan yang dicipta anak bangsa,
Yang berkerah tenaga, membanting nyawa demi keamanan
generasi baru,
Kini dapat dinikmati hasilnya, Terima kasih para pejuang
bangsa,
Maka sorakkanlah merdeka, merdeka!

Di bawah mentari terik, rakyat Malaysia berkumpul,
Melayu, Cina, India, berkumpul bersama memenuhi Dataran
Merdeka,
Bersama menikmati warna warna perarakan kemerdekaan,
Bersama menantikan kedatangan yang berhormat,
Bersama mengibarkan jalur gemilang,
Menyatukan padukan semangat dalam melaungkan
kemerdekaan,
Sorakkanlah kemerdekaan, merdeka!

14

Anak kecil keriangan, menikmati keindahan perarakan,
Yang tua menikmati nostalgia kemerdekaan,
Yang muda bersama memeriahkan perarakan,
Para maskot melambai-lambai, menceriakan hari kemerdekaan,
Semua rakyat menguntum senyuman,

Menyaksikan keindahan hari kemerdekaan,
Pada saban tahunnya,
Namun tiba pada kemerdekaan kali yang ke-63,
Kemerdekaan hanya mampu disambut sama sendiri,
Melalui skrin kecil yang kita miliki,
Laungan kemerdekaan hanya mucul di kaca tv,
Masih tiada siapa yang lupa,
Akan pentingnya berkongsi kemeriahan kemerdekaan,
Maka sorakkanlah kemerdekaan, merdeka!

Para burung berkicauan indah,
Mentari indah berpancaran,
Awan di langit yang cerah menari di udara,
Menandakan hari kemerdekaan yang penuh kesyukuran,
Semua rakyat Malaysia menyambut syukur,
Menggengam jalur gemilang di tangan,
Mengibarkannya dengan bangga ke udara,
Mengumpulkan semangat yang berkobar-kobar,
Dan melaungkan kemerdekaan dengan penuh semangat,
Merdeka,
Merdeka, Merdeka!

15

Pelandai Merdeka

oleh: Gabriela Gumba anak Brindine Nari
PISMP AMB. JUN 2021 (BIBB2)

Terais panjung leka merdeka,
Tanda kitai lepas ari penusah dunya,
Chukup sinu ngenang nasit kita semua,
Belaban idup ketegal deka merdeka.

Teritik darah terutu naya ga ai mata,
Ngenang sida bebadi nadai pulai nyawa.
Enda disagi ga nuan lelang nadai didinga rita,
Pungka deka ngenanka pengawa numbuhka menua.

Biar ga darah nyadika ganti tanda merdeka,
31 hari bulan 8 panjung bela didinga,
Dia mih kitai bela begempung,
Bisi Iban Melayu, Cina enggau India.

Pemayuh bansa, adat, enggau agama,
nyadika malin kitai idup begulai sama,
penyerakup bansa patut ditanka belama,
ngambika kitai idup nyamai meruan nguan menua.

16

Nya alai patut kitai saum seati nyaga menua,
Ngichaka likun datai ke jemah ila,
Pengawa bingking sereta bechiping,
Patut dijauhka ari runding,
Laban kitai udah nanggam semaya tanda merdeka.
Merdeka
Merdeka
Merdeka

17

Pejuang Negara

oleh: Cecilya anak Usin
PISMP AMB. JUN 2021 (BIBB2)

Aku pejuang negara,
Maju melangkah tiada mundurnya,
Kukorbankan jiwa dan raga,
Demi nusa dan negara.
Aku pejuang negara,
Kesetiaanku tiada ragunya,
Sedia bertempur gentarnya tiada,
Demi mempertahankan laungan merdeka.
Aku pejuang negara,
Berkobar rasa di dalam dada,
Seribu janji bakal ku kota,
Demi membela tanah pusaka.

18

SUARA ANAK MERDEKA

oleh: Julianna Lennie anak Jannis
PISMP AMB. JUN 2021 (BIBB)

Enam puluh empat tahun usianya,
Negara kecilku bebas merdeka,
Setelah meniti ranjau kehidupan,
Penuh dengan onak dan duri yang berbisa,
Laungan merdeka indah sekali,
Tarikh keramat tersemat di hati.

Ku sangkakan panas sampai ke petang,
Rupa-rupanya hujan di tengah hari,
Begitulah kehidupanku pada era globalisasi ini,
Tidak seindah alam fantasi,
Tanpaku sedari negara kecilku kacau sekali,
Kepada siapakah harusku tundingkan jari ini?

Keringat pahlawan akan ku ingat sampai ke mati,
Semangat juangnya terusku sanjungi,
Akanku pertahankan merdeka ini,
Demi negara yang ku cintai,
Demi merdeka yang suci ini.

19

Malaysia Merdeka

oleh: Elisa Alice anak Jobli
PISMP AMB. JUN 2021 (BIBB)

Merdeka, merdeka, merdeka,
Laungan keramat buat rakyat Malaysia,
Laungan penantian rakyat Malaysia,
Laungan harapan yang setia dinanti,
Laungan sempurna yang menjadi sandaran rakyat Malaysia,
Laungan yang akhirnya terlerai di hari yang indah,
31 Ogos menyentik nostalgia,
Tarikh keramat Malaysia Gemilang.

Bebas, bebas, bebas
Hela nafas semakin lega,
Penjajah gerun mulai mengundur diri,
Semangat rakyat semakin berkobar-kobar,
Seirama bersama laungan “Merdeka” “Merdeka”,
Derita rakyat berakhir sudah,
Ibarat debu halus ditiup angin,
Kesulitan rakyat terlerai sudah,
Rayuan rakyat terjawab sudah.

20

Malaysiaku

oleh: Viviana Lynner anak Nervyn
PISMP AMB. JUN 2021 (BIBB)

Malaysiaku,
Indah sungguh suasana Malaysiaku,
Rakyatmu berbilang bangsa,
Berdiri megah di mata dunia,
Pelbagai bangunan tersergam indah,
Menara Berkembar Petronas,
Menara Kuala Lumpur, kau namakanlah.

Malaysiaku,
Walau pernah dijajah,
Kau tak pernah menyerah,
Lihatlah dirimu kini,
Pelosok dunia sudah tahu,
Kau hebat tiada tandingan,

Awal pandemik kau berjaya kawal,
Status darjat tak rakyat kau indahkan,
Saling membantu amalan mereka,
Lelahnya barisan hadapan tak mereka keluhkan,

Wahai rakyat,
Usahla alpa dengan dunia,
Teruskan berbakti kepada negara,
Ceburkan diri di segala bidang,
Sekecil apa pun usahamu,
Percayalah, negara ini pasti terus kehadapan.

Terima kasih Malaysia,
Beruntunglah rakyatmu bersyukur tak terhingga.

21

Sembuhlah Malaysiaku

oleh: Patricia Kelinah anak Edwin
PISMP AMB. JUN 2021 (BIBB)

Wahai Tanah Airku,
Dikala covid melanda dunia,
Semua rakyat merasa sengsara,
Kebimbangan yang tiada hentinya.

Wabak penyakit semakin berleluasa,
Kesihatan rakyat agenda utama negara,
Rakyat sebaya kian derita,
Makin ramai yang hilang kerja.

Kembalikanlah sinarmu wahai tanah airku.

Dari tanah utara ke lautan selatan,
Rakyat bergembira melancong tanpa sekatan,
Namun kini hanya tinggal kerinduan,
Harapan yang tidak pasti kapan pengakhiran.

Gunungmu belum habis ku daki,
Lautanmu belum sempat ku seberangi,
Tiupan angin senja mengundang sayu di hati,
Hujanmu tiada lagi disusuri pelangi.

Sembuhlah tanah airku.

22

Merdekalah tanah airku,
Kembalikan jati diri seluruh umatmu,
Jadikan kami menjadi satu,
Demi membentuk negara yang jitu.

Damailah tanah airku,
Seluruh rakyatmu inginkan keamanan,
Jadikan rukun negara menjadi pegangan,
Perlembagaan tetap dipertahankan.

Demimu, tanah airku.

Sembuhlah Malaysiaku,
Kami rindu dikau yang dulu,
Negara yang bebas merdeka,
Khazanahmu yang dikagumi seluruh dunia.

Jika ingin menuju ke puncak,
Pemimpin dan rakyat harus jangan bertekak,
Jika ingin menggapai kejayaan,
Sentiasalah berdamai sesama insan,
Nescaya kemenangan pasti di tangan.

23

Aku anak Malaysia

oleh: Kornelia Mawaz anak Kudie
PISMP AMB. JUN 2021 (BIBB)

Pena ku menari-nari di atas kertas,
Luluh hatiku meluah perasaan,
Anak bangsa mengagungkan negara Barat,
Ingin ku bela nasib bangsa, akan ku julang nama negara.

Tanah air,
Siapakah yang berani merobek negara tercinta?
Pejuang-pejuang bertumpah darah,
Berpecikan setia,
Demi mu Malaysia.

Aku anak Malaysia,
Aku anak Merdeka,
Berkobar-kobar jiwaku mengibarkannya,
Bendera Malaysia melambai-lambai, terpacak kaki ku berdiri
tegak hatiku megah kerana mu.

Anak Malaysia,
Harapan nusa dan bangsa tercinta,
Tegarkan hatimu,
Agungkan negaramu,
Dalami ilmu sedasarnya,
Majukan tanah air,
Demi lilin kehidupan.

24

Malaysia

oleh: Natasha binti Kennedy & Ermila anak Benjie
PISMP AMB. JUN 2021 (BIBB)

Aku seorang anak Malaysia
Rasa bangga sentiasa tersemat di jiwa
Sentiasaku berasa megah setiap masa
Kerana di mana jua ku berada,
Nama Malaysia tak lekang dibicara.

Kuala Lumpur menjadi ibu kota,
Semakin maju di mata dunia,
Rakyatnya semua sama berusaha,
Mengharumkan nama negara,
Agar dipandang selamanya.

Pencapaian Malaysia tidak terkira,
Kejayaan sentiasa mengagumkan semua,
Menara tertinggi,kereta berjenama,
Sebut sahaja semuanya ada,
Menjadikan Malaysia dikenali semua.

Rakyat Malaysia berbilang kaumnya,
Melayu, India, Cina hidup bersama,
Tanpa mengira perbezaan yang ada,
Tetap jua harmoni hidup mereka,
Kerana semuanya anak Malaysia.

25

sembuhlah malaysiaku

oleh: Emillia anak Slanjat
PISMP AMB. JUN 2021 (BIBB)

Wahai Tanah Airku,
Dikala covid melanda dunia,
Semua rakyat merasa sengsara,
Kebimbangan yang tiada hentinya.

Wabak penyakit semakin berleluasa,
Kesihatan rakyat agenda utama negara,
Rakyat sebaya kian derita,
Makin ramai yang hilang kerja.

Kembalikanlah sinarmu wahai tanah airku.

Dari tanah utara ke lautan selatan,
Rakyat bergembira melancong tanpa sekatan,
Namun kini hanya tinggal kerinduan,
Harapan yang tidak pasti kapan pengakhiran.

Gunungmu belum habis ku daki,
Lautanmu belum sempat ku seberangi,
Tiupan angin senja mengundang sayu di hati,
Hujanmu tiada lagi disusuri pelangi.

Sembuhlah tanah airku.

28

Merdekalah tanah airku,
Kembalikan jati diri seluruh umatmu,
Jadikan kami menjadi satu,
Demi membentuk negara yang jitu.

Damailah tanah airku,
Seluruh rakyatmu inginkan keamanan,
Jadikan rukun negara menjadi pegangan,
Perlembagaan tetap dipertahankan.

Demimu, tanah airku.

Sembuhlah Malaysiaku,
Kami rindu dikau yang dulu,
Negara yang bebas merdeka,
Khazanahmu yang dikagumi seluruh dunia.

Jika ingin menuju ke puncak,
Pemimpin dan rakyat harus jangan bertekak,
Jika ingin menggapai kejayaan,
Sentiasalah berdamai sesama insan,
Nescaya kemenangan pasti di tangan.

29

Merdekalah tanah airku,
Kembalikan jati diri seluruh umatmu,
Jadikan kami menjadi satu,
Demi membentuk negara yang jitu.

Damailah tanah airku,
Seluruh rakyatmu inginkan keamanan,
Jadikan rukun negara menjadi pegangan,
Perlembagaan tetap dipertahankan.

Demimu, tanah airku.

Sembuhlah Malaysiaku,
Kami rindu dikau yang dulu,
Negara yang bebas merdeka,
Khazanahmu yang dikagumi seluruh dunia.

Jika ingin menuju ke puncak,
Pemimpin dan rakyat harus jangan bertekak,
Jika ingin menggapai kejayaan,
Sentiasalah berdamai sesama insan,
Nescaya kemenangan pasti di tangan.

30



PUSAT SUMBER
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG

JALAN KJD
96509 BINTANGOR, SARAWAK


Click to View FlipBook Version