The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syafiqahmansor15, 2022-04-29 10:00:18

KELEBIHAN KURMA

EBOOK PERCUMA

KELEBIHAN
KURMA

syafiqah mansor

PENGENALAN

Kurma atau nama saintifiknya Phoenix
dactylifera L. banyak ditanam di negara-
negara Arab atau Timur Tengah seperti
Arab Saudi, Mesir, Oman, Iraq, Iran,
Magribi (Morocco) dan Sudan. Buah kurma
telah menjadi sumber makanan sejak
berabad lamanya dan ia mempunyai
pelbagai jenis mengikut nutrisi, saiz atau
tempat tanamannya. Antara jenis kurma
yang terkenal termasuklah kurma Ajwa,
Medjool, Rotab, Maktoom, Safawi, Zahidi
dan Khadrawi.

Secara amnya, buah kurma mempunyai
rasa yang manis dan bergantung kepada
jenis dan peringkat kematangannya. Di
Malaysia, buah kurma biasanya banyak
dijual apabila menjelang bulan Ramadhan
memandangkan ia diambil sebagai
makanan pelengkap ketika berbuka puasa
atau bersahur.

5 KHASIAT KURMA KEPADA KESIHATAN

1. Sumber tenaga yang bagus dan cepat

Kurma boleh menjadi sumber tenaga yang
bagus dan cepat. Hal ini kerana kurma
tinggi dengan sumber karbohidrat ringkas
seperti glukosa, sukrosa dan fruktosa yang
merangkumi sehingga 70% daripada buah
kurma tersebut. Karbohidrat ringkas yang
ada di dalam kurma ini adalah mudah
terurai dan bertukar menjadi sumber
tenaga, sekaligus mampu membekalkan
dan mengembalikan tenaga dengan cepat.
Oleh itu, ia sesuai untuk diambil setelah
bersenam atau ketika badan terasa letih
bagi mengembalikan semula tenaga yang
telah hilang dan menguatkan kembali
badan. Jadi, tidak hairanlah ia bagus untuk
diambil oleh para atlet atau bagi umat
Islam ketika berbuka puasa setelah
seharian berpuasa.

2. Berpotensi mencegah kanser

Selain itu, kurma juga berpotensi untuk
mencegah penyakit kanser. Kajian
menggunakan ekstrak kurma Ajwa pada
kadar 100µg/mL mendapati bahawa
ekstrak kurma Ajwa berpotensi
menghalang pembentukan sel kanser/tidak
normal di perut, payu dara, paru-paru dan
usus yang boleh menyebabkan kanser di
organ-organ tersebut. Aktiviti antitumor ini
adalah disebabkan oleh kehadiran
antioksidan seperti flavonoid, quercetin,
steroids dan polifenol yang ada di dalam
buah kurma tersebut.

Aktiviti antioksidan ini meningkatkan
aktiviti enzim antioksidan seperti
superoxide dismutase (SOD) dan
glutathione-S-transferase (GST) yang boleh
menghalang penambahan sel rosak/tidak
normal dengan mengurangkan peluang
mutagenesis iaitu aktiviti mutasi DNA yang
boleh meningkatkan pertumbuhan sel
tersebut. Oleh itu, dapat dilihat bahawa
kurma dapat mencegah penyakit kanser
melalui kawalan genetik.

3. Baik untuk sistem penghadaman

Kurma juga baik untuk sistem

penghadaman sekaligus mampu

mengelakkan masalah berkaitan sistem

penghadaman seperti sembelit. Hal ini

kerana kurma juga mengandungi serat di

mana terdapat kira-kira 3.57-10.9g serat di

dalam 100g kurma. Kurma mengandungi

serat larut dan serat tidak larut yang

mampu meningkatkan saiz najis dan

melembutkannya, meningkatkan kadar

pergerakan usus dan memudahkan najis

untuk melalui usus sekaligus melancarkan

sistem penghadaman makanan.

Kajian yand dijalankan mendapati bahawa
pengambilan kurma sebanyak tujuh biji
(kira-kira 50g) oleh 21 orang dewasa
selama 21 hari telah meningkatkan
pergerakan usus dan meningkatkan
kekerapan najis walaupun tidak
meningkatkan jumlah mikroorganisma
baik di dalam usus. Oleh itu, ini
menunjukkan bahawa pengambilan kurma
juga baik untuk sistem penghadaman
sekaligus mampu mengurangkan risiko
kanser usus tanpa mengubah
mirkroorganisma di dalam usus.

4. Baik untuk fungsi otak

Kurma juga baik untuk fungsi otak. Kajian
makmal mendapati bahawa kurma
mempunyai potensi terapeutik terhadap
penyakit Alzheimer yang boleh
menunjukkan simptom seperti gangguan
ingatan yang teruk sehingga boleh
mengganggu kehidupan seharian. Kajian
mendapati bahawa kurma mempunyai
perlindungan terhadap keradangan dan
oksidatif stres di otak yang boleh
menyebabkan penyakit seperti Alzheimer.

Hal ini kerana aktiviti antioksidan yang
terdapat di dalam kurma seperti asid
fenolik, asid ferulik dan asid caffeic. Kajian
lain terhadap tikus juga mendapati bahawa
tikus yang diberi makanan yang dicampur
dengan kurma mempunyai daya ingatan
dan kemampuan belajar yang jauh lebih
baik dan juga tingkah laku yang kurang
berkaitan dengan kegelisahan berbanding
dengan yang tidak diberi kurma.

5. Menurunkan paras kolesterol dalam
darah

Di samping itu, kurma juga boleh
membantu menurunkan paras kolesterol
dalam darah. Kajian yang dijalankan telah
menunjukkan bahawa biji kurma (Ajwa dan
Sukkari) mempunyai aktiviti hypolipidimik
yang mampu menurunkan kadar kolesterol
di dalam tikus yang mempunyai masalah
diabetes atau masalah kolestrol tinggi.
Kajian ke atas tikus albino juga mendapati
bahawa ekstrak buah kurma mampu
menurunkan paras kolesterol dan
trigliceride tikus tersebut.


Click to View FlipBook Version