44..33 CCIIRRII--CCIIRRII TAMADUN 4. PENGKHUSUSAN PEKERJAAN Disediakan oleh Cikgu Yasmin@2023 SEJARAH TINGKATAN 1 1.PERTANIAN & PERDAGANGAN Penciptaan banyak alat, pembinaan saliran, penciptaan kincir angin dan pembinaan teres di tanah tinggi telah mengembangkan pertanian. Perdagangan tempatan dilakukan dengan cara menukarkan barangan kraf tangan dan perkhidmatan termasuklah kegiatan keagmaan. Perdagangan jarak jauh, masyarakat tamadun dari kawasan berlainan bertukar barangan dengan penduduk yang ada bahan mentah, seperti logam, emas dan besi. Cth: Masyarakat Sumer dengan Mesir, Sumer dengan Mohenjo-Daro. 2. SISTEM PEMERINTAHAN Peringkat awal, pemerintahan negara-kota diketuai pendeta tapi kemudiannya dikeruai raja. Raja dibantu oleh pegawai golongan bangsawan dan pendeta memerintah negara-kota. Undang-undang juga dibentuk. 3. PEMBENTUKAN BANDAR Petempatan kekal bermula di kampung, kerana pertanian giat dilakukan. Berlaku pertambahan penduduk, kawasan kampung berkembang dan disatukan menyebabkan bandar dibentuk. Ciri-ciri bandar masyarakat Tamadun: -Ada pelan susun atur bangunan dan petempatan tersusun. (Rumah ada perigi, kamar) -Kemudahan prasarana teratur dan tersusun seperti pasar, rumah ibadat dan kawasan kediaman). -Ada sistem perparitan dan pembentungan. -Pembinaan kota untuk berlindung. Bandar pertama dibina pada 4000 SM. 5. TEKNOLOGI Masyarakat tamadun menghasilkan ciptaan barangan dan monumen dan hasil pertukangan. Contoh: Tamadun Mesopotamia terkenal Taman Tergantung Babylon, Tamadun Mesir Purba terkenal dengan pembinaan piramid dan sfinks, Tamadun Indus dengan pembinaan negara-kota Mohenjo-Daro. Teknologi dalam pembuatan logam tembaga, gangsa dan besi menghasilkan alat spt bajak untuk pertanian, roda untuk bantu kereta kuda dan kereta lembu mengangkut hasil pertanian dan perhubungan penduduk. Perkembangan pesat di bandar menyebabkan pertambahan jumlah penduduk dan perlunya perngkuhsusuan bidang pekerjaan. Pekerjaan baharu, pengutip cukai, jurutera mengawal saliran sungai. tentera, petani di sawah dan mereka bekerja dalam pentadbiran. Kumpulan artisan mengukir, menempa besi dan tembikar. Saudagar dan pedagang bertukar barangan dihasilkan oleh golongan artisan.
44..33 CCIIRRII--CCIIRRII TAMADUN 9. KESENIAN & KESUSASTERAAN Disediakan oleh Cikgu Yasmin@2023 SEJARAH TINGKATAN 1 6.ORGANISASI SOSIAL 7. AGAMA DAN KEPERCAYAAN Masyarakat tamadun awal mempercayai banyak tuhan. Anatar tuhan disembah, tuhan bulan, matahari, ibu dan sungai. Ada institusi agama mengurus upacara keagamaan seperti korban binatang atau mempersembahkan makanan kepada kuasa roh. Tempat beribadat besar sebagai tanda hormat Tuhan. Cth: di Mesir, penduduk mempercayai kehidupan selepas kematian. 8. TULISAN & PENYIMPANAN REKOD Mula 5000 tahun lalu. Penciptaan tulisan penting utnuk membezakan kehidupn zaman prasejarah dan sejarah. Manusia mencipta sistem tulisan lebih baik guna abstrak simbol mewakili banyak bentuk idea. Tulisan boleh menyimpan rekod dan perkara penting tentang masyarakat dan diri mereka. Tulisan pertama guna sistem piktograf atau simbol gambar. Ciri-ciri tamadun awal dunia menunjukkan pencapaian hebat tamadun-tamadun dalam semua bidang kehidupan. Pemikiran yang maju dapat menjadikan masyarakat mencipta idea membina tamadun lebih tinggi. Hasil cipta membantu manusia membina kehidupan lebih baik terutamanya dalam pembinaan banguna dan teknologi pertanian. Wujudnya tamadun awal dunia menjadikan idea inovasi kepada masyarakat hari ini. 1. 2. 3. Masyarakat Mesir Purba, muncul institusi dan golongan pekerja mewujudkan kelas sosial. Kelas sosial berasaskan jenis pekerjaan, kekayaan dan pengaruh. Tamadun awal, firaun (pemerintah),, golongan agama, dan bangsawan kedudukan tertinggi. Artisan dan saudagar kelas kedua. Petani dan pekerja tidak mahir di kelas ketiga. Golongan hamba kedudukan paling rendah yang terdiri dua kumpulan (hamba perang dan hamba dijual). BENTUK PIKTOGRAF DALAM TULISAN KUNEIFORM SEMASA TAMADUN MESOPOTAMIA Gaya dan teknik digunakan artis menunjukkan setiap budaya tamadun masing-masing. Artis menghasilkan ciptaan patng dan lukisan tuhan dan dewa, pahlawan dan pemerintah. Apabila penggunaan tembaga meluas, patung-patung dicipta guna tembaga.