The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by saloth86, 2020-10-23 05:34:44

minit mesyuarat kesihatan kali pertama

MINIT_MESYUARAT_kesihatan_1 skba

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU ANAM,
85100 BATU ANAM, JOHOR.

MINIT MESYUARAT UNIT KESIHATAN
BILANGAN 1 TAHUN 2020

Tarikh : 15 JANUARI 2020

Masa : 1:30 tengah hari- 3.00 petang

Tempat : BILIK MESYUARAT

Kehadiran :

Bil Nama Jawatan
1. Puan Noor Salwaani binti Othman Penyelaras Unit Kesihatan ( Pengerusi )
2. Puan Fakizah binti Yaacob Setiausaha Unit Kesihatan
3. Encik Mohd Shukeri Bin Taib Ahli Jawatankuasa Unit Kesihatan
4. Puan Afarizan binti Mohd Ali Penyelaras Unit Susu Sekolah

Turut Hadir
Puan Roainis binti Mohamed Ali

Tidak Hadir
Tiada

Urus Setia Mesyuarat : Setiausaha Unit Kesihatan
1. Puan Fakizah binti Yaacob

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1. Bacaan doa
1.2. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua jawatankuasa Unit Kesihatan dan Unit
Susu Sekolah dan mengucapkan terima kasih kepada semua kerana dapat hadir
dalam mesyuarat Pengurusan Unit Kesihatan Sekolah bil.1 /2020.
1.3. Pengerusi memohon semua ahli jawatankuasa memberikan kerjasama dan
komitmen dalam Unit Kesihatan.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Tiada

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT:
3.1 Tiada

4 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ ISU/ LAPORAN

4.1 Program Rekod Kesihatan Murid ( RKM )

*RUJUK PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991
PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT DAN URUSAN JAWATANKUASAJAWATANKUASA KERAJAAN

4.1.1 Semua murid tahap 2 wajib ada buku RKM. Guru-guru kelas mestilah
memastikan setiap murid yang berada di dalam kelas mereka mempunyai buku
RKM ini. Manakala murid tahap 1 tidak lagi menggunakan buku RKM. Sesuai
dengan perubahan masa dan teknologi RKM telah disediakan secara dalam
talian sebagai submodul dalam Modul Pengurusan Murid bagi memudahkan
rekod dicatat dan disimpan serta memudahkan pihak yang berkepentingan
membuat rujukan. Ia dipanggil sebagai e-rkm.

.
Tindakan: Semua guru kelas

.. 4.2. Program Kerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri.

4.2.1 Jawatankuasa Kesihatan Sekolah
Puan Nazirah memaklumkan Jawatankuasa Kesihatan Sekolah melibatkan
Kelab Doktor Muda dan Unit Susu Sekolah untuk membantu Unit Kesihatan
Sekolah.

Tindakan : Makluman

4.2.2 Lawatan Kesihatan Sekolah
Pengerusi memaklumkan pihak Klinik Kesihatan Batu Anam akan membuat
lawatan kesihatan ke sekolah pada 19, 20 dan 21 Januari 2020. Pihak KK
Batu Anam akan menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas murid-murid Pra
Sekolah, Tahun 1 dan Tahun 6. Suntikan untuk murid-murid Tahun 1 juga
akan diberikan.

.
Tindakan : Makluman

4.2.3 Pengerusi juga memberitahu supaya mengemaskini laporan seperti Borang
Kesihatan Murid dan Borang Imunisasi Murid Tahun 1. Guru-guru kelas
Tahun 1 dan Tahun 6 juga diminta untuk menimbang berat dan mengukur
ketinggian murid seperti yang diminta oleh pihak Klinik Kesihatan. Perkara ini
akan dimaklumkan kepada guru-guru kelas tersebut.

Tindakan : Penyelaras Kesihatan

4.2.4 Bilik/ Ruang Sakit
Bilik sakit di sekolah tidak digunakan kerana kekurangan masa cikgu untuk
memantau murid yang sakit. Oleh itu, murid yang sakit ditempatkan di
pejabat sementara menunggu waris atau penjaga menjemput murid tersebut.

.

Tindakan : Makluman

4.2.5 Pengerusi menasihatkan agar guru-guru yang menggunakan bilik sakit
menjaga kebersihan bilik sakit. Apabila masuk ke bilik sakit hendaklah
menanggalkan kasut.

Tindakan : Makluman

*RUJUK PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991
PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT DAN URUSAN JAWATANKUASAJAWATANKUASA KERAJAAN

Tindakan : Penyelaras Kesihatan
4.2.6 Buku Rekod Penggunaan Bilik Kesihatan

Pengerusi memberitahu guru-guru yang ingin menggunakan bilik kesihatan
perlu menulis nama mereka dalam buku tersebut sebagai rekod. Begitu juga
dengan ubat-ubat yang terdapat dalam bilik kesihatan atau dalam first aid perlu
direkodkan. Beliau juga menyatakan tentang kemudahan peralatan di bilik
kesihatan juga perlu direkodkan.

Tindakan : Makluman

5 HAL-HAL LAIN

5.1 Pengerusi memohon kepada ajk unit untuk sama- sama bergotong-royong bagi
menceriakan lagi bilik kesihatan.
Tindakan : AJK Unit Kesihatan

5.2 Pengerusi berharap agar guru-guru untuk mengambil tindakan segera jika
terdapat murid yang sakit semasa berada di sekolah.
Tindakan : makluman

Tindakan : SU HEM

6. PENUTUP
1.1. Pengerusi sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama semua
guru dan berharap pengurusan Unit Kesihatan akan bertambah
cemerlang pada masa-masa akan datang.
1.2. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Urus Setia
Unit Kesihatan
SK Batu Anam
Tarikh : 17 Januari 2020

*RUJUK PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991
PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT DAN URUSAN JAWATANKUASAJAWATANKUASA KERAJAAN


Click to View FlipBook Version