IR 4.0
REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.0
NILAI MASYARAKAT MALYSIA DISEDIAKAN OLEH:
MPU23042 KUMPULAN 2
NAMA PENSYARAH: KIRUTHIHA A/P VENGADASAMY
PUAN FADZILAH BINTI ABD RAHMAN 16DAT21F1045
SUBHASHINI A/P THANABALAN
16DAT21F1071
NAGESWARY A/P SINGAROVELLOO
16DAT21F1049
ISI KANDUNGAN
PERKARA M/S
PENGHARGAAN 3
APA ITU IR 4.0? 4
PENDAHULUAN 5
FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA IR 4.0 6
KEBAIKAN-KEBAIKAN IR 4.0 7-8
KEBURUKAN-KEBURUKAN IR 4.0 9
CABARAN DAN RISIKO IR 4.0 10-12
LANGKAH-LANGKAH PERSEDIAAN IR 4.0 13-15
DATA-DATA NEGARA YANG MAJU DALAM IR 4.0 16
SYARIKAT-SYARIKAT YANG MENAPLIKASIKAN TEKNOLOGI IR 4.0 17
KESIMPULAN 18
RUJUKAN 19
PANDANGAN AHLI KUMPULAN TENTANG IR 4.0 20
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan
terima kasih kepada Pensyarah Kursus
MPU23042 Nilai Masyarakat Malaysia,
Puan Fadzilah Binti Abd Rahman kerana
telah memberikan bimbingan dan
dorongan untuk menyempurnakan
tugasan mengenai IR 4.0. Kami berharap
agar tugasan ini mampu menjadi
panduan kepada masyarakat untuk
memahami IR 4.0. Akhir kata, semoga
tugasan ini berterusan untuk menjadi
rujukan golongan belia pada masa
hadapan.
MAKSUD
REVOLUSI
INDUSTRI
4.0
Revolusi Industri Keempat ialah automasi
berterusan dalam sektor pembuatan dan
perindustrian tradisional, menggunakan
teknologi pintar yang moden.
Revolusi Perindustrian 4.0 dikenal sebagai Revolusi Industri Keempat
melibatkan Internet of Things IOT sejak 2016 sehingga sekarang.
Revolusi Perindustrian berkenaan langkah- langkah yang akan diambil
negara, dalam menyediakan prasaranan serta fasiliti yang lebih mampan
di masa depan. Revolusi Perindustria 4.0 ini adalah satu visi matlamat
jangka panjang melibatkan bukan saja pihak kerajaan, malahan
melibatkan kerjasama semua kerajaan dan syarikat- syarikat di dunia
dalam membangunkan satu acuan atau rujukan yang jelas sebagai
panduan untuk menjalinkan aset-aset berbentuk fizikal yang digunakan
dalam industri, digabungkan dengan bersifat digital. Sistem pentadbiran
revolusi industri pada masa akan datang diukur melalui empat tahap dan
peringkat iaitu Tengok, Fahami, Persediaan dan Laksana Automasi.
Revolusi Industri Keempat ini ditandai dengan kemunculan
superkomputer, robot pintar, kenderaan tanpa pengemudi, suntingan
genetik dan perkembangan neuroteknologi yang memungkinkan manusia
untuk lebih mengoptimalkan fungsi otak. Kehidupan Manusia menjadi
lebih permudahkan dengan bantuan robot yang akan menguruskan hal-
ehwal dan tugasan harian.
FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA IR 4.0
Perkembangan Teknologi Internet
Daripada faktor di atas teknologi
internet semakin berkembang dari
masa ke semasa. Dengan cara ini
Negara Malaysia tidak akan
ketinggalan zaman dan tidak akan
dipandang remeh dengan sebelah
mata. Oleh itu, sudah terang lagi
bersuluh teknologi internet amat
memberikan impak yang tinggi
kepada negara untuk lebih
berkembang.
Teknologi Pembuatan Robot
Dengan adanya pembuatan robot ia dapat
memajukan industri agar dapat menandingi
industri yang maju. Hal ini dapat
menjadikan negara lebih maju. Seterusnya,
dapat melahirkan kemampuan untuk
merancang dan mengatur robot bukan lagi
ilmu yang perlu difahami oleh seseorang
yang terlibat dalam bidang jurutera.
Peneilitian Sumber Maklumat
Dapat meneliti sumber maklumat dengan
lebih jelas daripada sumber sahih yang
boleh dipercayai. Setiap maklumat yang
diperoleh mestilah diselidik dahulu sebelum
mengamalkannya atau menyebarkannya
kepada orang lain. Dengan cara ini, lebih
ramai orang dapat mempercayai maklumat
industri. Sekaligus, akan tercetusnya
pendapatan yang tinggi.
KEBAIKAN-KEBAIKAN IR 4.0
Pencarian maklumat yang mudah dan tanpa had menggunakan
rangkaian internet dan hanya memerlukan peralatan seperti telefon
pintar, laptop, komputer dan alat-alat yang mempunyai capaian
internet.
Memaksimakan proses pembuatan terutamanya di dalam
kilang dengan bantuan mesin automatik untuk
memudahkan proses kerja.
Penambahbaikan dalam bidang perubatan yang sedikit
sebanyak telah menggunakan mesin robotik dalam melakukan
pembedahan.
Capaian komunikasi menjadi lebih mudah seperti Facebook,
Whatsapp, Telegram dan media sosial yang lain.
Memudahkan urusan pemasaran secara online untuk
pernigaan besar mahupun kecil-kecilan
Membantu pertumbuhan ekonomi ke arah digital
Urusan pengangkutan yang semakin mudah seperti
Grab, Foodpanda,Uber,ShopeeFood dan lain-lain
KEBURUKAN-KEBURUKAN IR 4.0
- Penukaran 70% tenaga manusia kepada tenaga robotik dan mesin.
- Masalah pengangguran yang meningkat.
- Peningkatan jenayah siber seperti scammer dan pencuri data.
- Penggunaan gajet yang berlebihan terutamanya pada golongan muda.
CABARAN DAN RISIKO IR 4.0
Perubahan
Perubahan bukan suatu perkara yang mudah. Untuk berubah, ia memakan
masa dan kos yang tinggi. Pekerja dalam organisasi tersebut perlu berubah
dari segi skill dan attitude. Organisasi mungkin enggan berubah kearah
Revolusi Industri 4.0. Ini kerana mereka perlu mengeluarkan perbelanjaan
yang agak tinggi dalam infrastruktur teknologi baru yang mungkin menelan
belanja jutaan ringgit. Mereka juga perlu berbelanja untuk memberi latihan
kepada pekerja mereka untuk mempersiapkan pekerja dengan teknologi
baru. Semua perkara diatas bergantung kepada CEO atau pemimpin sesbuah
syarikat.
Kerajaan
Dari perskpektif kerajaan, revolusi teknologi bermakna perlu
juga ada revolusi dalam perundagan yang melibatkan syarikat
dan teknologi. Kerajaan mungkin gagal untuk mengatur
teknologi baru seperti teknologi pengecaman wajah. Kerajaan
harus berfikir bagaimana caranya untuk melindungi privasi
rakyat pada masa yang sama, masih menyokong inovasi dan
pembagunan teknologi.
Peluang Pekerjaan
Perkara yang paling dibimbangkan rakyat ialah peluang
pekerjaan mereka dalam era Revolusi Industri 4.0 ini.
Dengan adanya teknologi robot, pekerjaan pengendali
di dalam kilang akan berkurangan. Kalau hari ini kita
dapat lihat banyak orang bekerja dalam servis
penghantaran makanan. Mungkin pada masa akan
datang, pekerja ini akan diganti dengan kenderaan
robot autonomi. Situasi ini dalam fasa percubaan di
negara Maju seperti Amerika Syarikat dan Sebahagian
negara Eropah. Dalam situasi ini, peluang pekerjaan
bukanlah berkurangan. Tetapi, akan berlakunya
anjakan dalam sektor pekerjaan.
Dalam erti kata lain, permintaan pekerja berkemahiran
tinggi akan meningkat manakala permintaan untuk
pekerjaan berkemahiran rendah akan berkurang. Hal ini
akan memberi kesan yang pahit kepada pekerja
berkemahiran rendah. Walaubagaimanapun, dalam
setiap revolusi industri yang terdahulu, perkara ini tidak
asing lagi. Ianya memberi kesan pada awal revolusi dan
akan pulih setelah berlaku dalam kematangan pihak
kerjaan, swasta dan masyarakat.
Dari sudut pandang yang positif, masyarakat dalam
sesebuah negara akan berganjak daripada masyarakat
yang berkemahiran rendah kepada masyarakat
berkemahiran tinggi. Tekanan yang berlaku dalam
sistem pekerjaan membuatkan masyarakat perlu dalam
apa jua sekalipun menjadi seorang pekerja yang mahir.
LANGKAH-LANGKAH PERSEDIAAN
REVOLUSI PERINSUSTRIAN 4.0
Strategi utama yang boleh dilaksanakan adalah melatih tenaga kerja mahir dalam
kemahiran yang diperlukan untuk Revolusi Perindustrian 4.0. Kebergantungan
industri terhadap sumber manusia akan digantikan dengan sumber teknologi yang
lebih produktif dan berkesan berbanding sumber manusia. Peluang pekerjaan
tradisi bakal digantikan dengan jenis pekerjaan baru umpamanya keperluan
kepada pembangun aplikasi pintar, jurutera program mudah alih dan pakar
teknologi. Pada tahun 2019, kerajaan mengumumkan peruntukkan RM206 juta
disediakan untuk membangun dan menyediakan program latihan di politeknik
dan kolej komuniti. Kerajaan juga memperkenal Dana Wibawa TVET berjumlah
RM30 juta bagi menggalakkan institusi latihan awam bersaing untuk
menawarkan program latihan lebih kompetitif dan memenuhi keperluan industri.
Justeru, melengkapkan tenaga kerja tempatan dengan latihan kemahiran yang
sesuai dengan kehendak Revolusi Industri 4.0 bakal membantu tenaga
professional mengadaptasi dan tidak hilang punca pendapatan masing-masing.
Selain itu, pihak kerajaan juga berperanan penting
dalam langkah untuk menghadapi Revolusi Industri 4.0.
Pendekatan pelan ekonomi yang baik dan sejajar dengan
penggunaan teknologi bagi penggiat ekonomi negara
harus dilaksana. Misalnya, potongan dua kali ganda
dilaksanakan ke atas perbelanjaan yang dilakukan
syarikat bagi membangun dan meningkatkan kemahiran
pekerja dalam TVET. Tambahan pula, potongan cukai
juga akan diberikan kepada sumbangan peralatan dan
mesin oleh mana-mana syarikat kepada Pusat
Pembangunan Kemahiran, Politeknik atau Kolej
Vokasional. Terangkaan undang-undang dan polisi yang
mendukung industri dan juga tenaga kerja dalam
mendepani revolusi ini harus dilaksanakan oleh pihak
kerajaan agar kebajikan rakyat dan kepentingan pemain
industri dan juga negara terjamin dan mencapai
simbiosis. Secara tidak langsung, strategi ini bakal
menarik minat pelabur asing untuk melabur dalam
negara atas kemampuan kita untuk bersaing dan
mengadaptasi Revolusi industri 4.0.
Akhir sekali, perkara utama sebelum menghadapi
Revolusi Industri 4.0 adalah dengan menyediakan
infrastruktur teknologi yang serba lengkap dan
diselenggara dengan baik di seluruh negara.
Kemudahan telekomunikasi dan rangkaian jalur lebar
perlu dikembangkan dan diselenggara dengan baik
supaya pelabur atau pemain industri dapat
memanfaatkan kemudahan tersebut dalam
pelaksanaan Revolusi Industi 4.0. Capaian jalur lebar
yang terkini iaitu dari 3G ke 4G atau 5G akan
membantu keberkesanan teknologi. Infrastruktur ini
bukan sahaja perlu diimplementasikan di kawasan
bandar sahaja tetapi kawasan perdagangan seperti
pelabuhan dan lapangan terbang juga wajar untuk
dibangunkan dengan kebolehan capaian teknologi
terkini. Dasar monopoli dalam sumber pembekalan
infrastruktur ini harus dimusnahkan supaya semua
syarikat yang layak dan berkemahiran boleh bersaing
secara sihat sekaligus memberikan impak positif
kepada pembangunan dan ekonomi negara.
DATA-DATA TENTANG
IR 4.0
Negara yang maju dalam penggunaan IR 4.0
SYARIKAT ANTARABANGSA YANG TELAH MENGAPLIKASI TEKNOLOGI IR 4.0
Mencipta Automotive Cloud untuk memberi nilai
tambah kepada perkhidmatan yang ditawarkan
iaitu penyambungan kepada smart home,
pembantu digital peribadi, perkhidmatan ramalan
penyelenggaraan dan lain-lain.
Menggabungkan IoT dan Big Data untuk Syarikat yang berpangkalan di Chicago,
memacu transformasi Sistem Digital Singapura dan UPS Worldport, Kentucky telah
mengaplikasi Digital Additive Manufacturing
Automotif Diesel di kilang Wuxi,China. atau 3D printing untuk mencari penyelesaian
kepada model baru perniagaan.
Menggunakan Fetch Autonomus Mobile Robots Mengaplikasi IoT untuk pengurusan inventori
untuk mencari, menjejak dan menggerakkan dan rantaian bekalan di 15 hospital di Missouri
inventori di gudang penyimpanan.
dan Illinois
KESIMPULAN
Kehadiran Revolusi Industri 4.0 yang menekankan
pembinaan teknologi realiti maya tanpa sempadan pasti
memberikan kesan terhadap pelbagai aspek kehidupan.
Daripada penghasilan wap sehingga kewujudan internet dan
komputer, taraf hidup kebanyakan masyarakat seluruh dunia
telah bertambah baik.
Tanpa ragu-ragu, perkembangan teknologi yang lebih maju
dan fleksibel pada Industri 4.0 ini berpotensi untuk
meningkatkan aspek perubahan kehidupan masyarakat ke arah
yang lebih sistematik dan berkualiti berbanding ketiga-tiga
revolusi sebelum ini. Perubahan teknologi yang berlaku
dengan pantas ini memerlukan pelan perancangan yang
mampan dan menyeluruh oleh semua pihak terlibat
termasuklah penggubal dasar negara supaya perkembangan
ekonomi berasaskan Revolusi Industri dapat dimanfaatkan
sebaiknya.
RUJUKAN
Maisarah Mohamed Pauzi (2017). Revolusi Perindustrian 4.0: Satu Pengenalan. (Ahmad
Fahmi Mokhtar, Ed.) PAMI Resources.
Abdul Rahman Embong (2000). Wacana Globalisasi,Bangi,Selangor: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.Alec,R (2016).
https://id.quora.com/Apa-penyebab-terjadinya-revolusi-industri-4-0
https://seribuombak.wordpress.com/2018/08/21/sejauh-mana-industri-4-0-akan-
mempengaruhi-aspek-ekonomi-dan-sosial-negara/
http://mohdfairuzmohdyusof.blogspot.com/2017/11/industri-40-ir-40-revolusi.html
Pandangan ahli kumpulan tentang IR 4.0
KIRUTHIHA Kesimpulannya kehadiran IR 4.0 ini memberikan penekanan
kepada sistem pemprosesan pintar, simulator maya, dunia tanpa
sempadan yang semestinya memberi kesan kepada kesemua
lapisan masyarakat dari segi perubahan cara hidup dan
sebagainya. Bermula daripada pengguna sumber tenaga manusia
semata-mata kepada penggunaan sistem automatik dan robot,
taraf hidup masyarakat di seluruh dunia menjadi semakin baik.
Oleh itu, perkembangan teknologi IR 4.0 yang serba maju ini
tidak boleh tidak perlu diimplementasikan oleh pihak kerajaan
untuk memastikan negara sentiasa berdaya saing searas dengan
perkembangan teknologi dan digital. Namun begitu, pelbagai
aspek dan cabaran perlu diatasi oleh pihak kerajaan dengan
kerjasama rakyat Malaysia untuk memastikan manfaat yang
didapati hasil daripada teknologi IR 4.0 ini dapat dinikmati oleh
semua orang.
SUBHASHINI Tuntasnya, IR 4.0 adalah satu revolusi baharu yang akan
memberikan lebih banyak kemudahan kepada kehidupan
manusia sekaligus meningkat produktiviti ekonomi. Ia
mempunyai keupayaan untuk merubah gaya hidup, cara bekerja
dan berkomunikasi. Perubahan kehidupan moden yang
ditawarkan dalam era IR4.0 telah menjadikan kehidupan
manusia lebih mudah, canggih dan pantas. Kemajuan yang
ditawarkan ini tetap didatangkan bersama dengan kelemahan
jika manusia itu sendiri tidak mampu menyeimbangkan antara
kemajuan dan fitrah semulajadi manusia dan alam. Justeru, hasil
daripada kajian ini menunjukkan, kemajuan teknologi era IR4.0
merupakan petunjuk kepintaran manusia yang sentiasa bersaing
dan ingin berkembang dalam dunia teknologi.
NAGESWARY Pada pendapat saya, Revolusi Perindustrian 4.0 memberi banyak
pengetahuan kepada kami. Seperti yang boleh kita lihat, kita
dapat mengetahui faktor tercetusnya revolusi perindustrian 4.0,
kami juga dapat mengetahui kesan, cabaran dan langkah-langkah
untuk mengembangkan industri dalam negara semakin maju serta
dapat mengetahui sumbangan terhadap revolusi perindustrian 4.0.
Justeru, semua pihak mestilah berganding bahu mengekalkan
revolusi perindustrian 4.0 supaya negara kita sama maju dengan
negara lain. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa duduk
sama rendah, berdiri sama tinggi.