The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pejabatpendaftar, 2024-01-04 02:20:06

Senarai Tugas Pentadbir Akademik - Full

Senarai Tugas Pentadbir Akademik - Full

Jawatan Muka Surat Dekan 1-3 Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) 4-5 Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi dan Pembangunan) 6-7 Pengerusi Sekolah 8-9 Naib Pengerusi Sekolah 10-11 Pengarah Jabatan 12-14 Pengurus Akademik Pasca Siswazah 15-16 Pengurus Akademik Program Luar 17-18 Pengurus Penyelidikan 19-20 Penolong Dekan (Hubungan Luar Global) 21-22 Penolong Dekan (Kualiti dan Strategi) 23-24 Penolong Dekan (Pendidikan Lanjutan dan Transnasional) 25-26 Pengurus MyLine 27-28 Pengurus Fasiliti 29-30 Pengerusi Sekolah Pengajian Siswazah 31-34 Timbalan Pengerusi, Sekolah Pengajian Siswazah 35-37 Timbalan Pengerusi BPPK, Sekolah Pengajian Siswazah 38-39 Timbalan Pengerusi, Sekolah Pengajian Siswazah UTMKL 40-43 Pengarah, Pusat Pemajuan Dalam Pendidikan Fleksibel dan Digital (UTMCDEX) 44-48 Timbalan Pengarah, Pusat Pemajuan Dalam Pendidikan Fleksibel dan Digital (UTMCDEX) 49-50 Pengurus Multimedia, UTMCDEX 51-52 Pengurus Kurikulum dan Inovasi Pembelajaran 53-54 Pengurus Teknologi Maklumat, UTMCDEX 55-56 Pengerusi Penyelidikan Bersekutu 57-59 Pengarah HiCoE 60-61 Pengarah Institut 62-63 Pengarah Pusat Kecemerlangan 64-65 Pengarah, Pusat Pengurusan Penyelidikan 66-67 Timbalan Pengarah, Strategik dan Universiti Penyelidikan 68-69 SENARAI TERMA RUJUKAN PENTADBIR AKADEMIK UNIVERSITI Pentadbir Akademik Fakulti Pentadbir Akademik Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Pentadbir Akademik Jabatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)


Jawatan Muka Surat Timbalan Pengarah, Jaringan Industri dan Korporat 70-71 Pengarah, Pusat Inovasi dan Pengkomersialan 72-75 Timbalan Pengarah, Pusat Inovasi dan Pengkomersialan 76-78 Pengarah, Pusat Jaringan Komuniti dan Industri 79-81 Timbalan Pengarah, Pusat Jaringan Komuniti dan Industri 82-85 Pengurus, Technovation Park 86-87 Pengarah, Pusat Pengurusan Makmal Universiti 88-90 Pengarah, Penerbit UTM Press 91-92 Pengarah Pentadbiran, Pejabat Pentadbiran TNC(P&I) UTM Kuala Lumpur 93-94 Pengerusi Bahagian Pengurusan Aset 95-98 Pengarah Endowmen 99-101 Pengarah, Pejabat Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE) 102-104 Timbalan Pengarah, Unit Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE) 105-107 Timbalan Pengarah, Alam Sekitar, OSHE 108-112 Timbalan Pengarah, Biokeselamatan dan Sinaran), OSHE 113-114 Timbalan Pengarah, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, OSHE 115-117 Pengarah Hal Ehwal Pelajar UTM Kuala Lumpur 118-120 Pengarah, Pusat Kerjaya UTM 121-122 Pengarah, Pembangunan Aktiviti Pelajar 123-127 Pengetua Kolej Kediaman 128-130 Pengarah, Seksyen Hal Ehwal Korporat 131-132 Eksekutif Penyelidik 133-134 Pengarah, Pelestarian Kampus 135-136 Timbalan Pengarah, Pelestarian Kampus 137-138 Timbalan Pengarah, UTM International, UTM Kuala Lumpur 139-140 Pentadbir Akademik Jabatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Pentadbir Akademik Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Pentadbir Akademik Jabatan Canseleri


DISKRIPSI TUGAS PENTADBIR AKADEMIK FAKULTI UTM NAMA JAWATAN : DEKAN BERTANGGUNGJAWAB KEPADA : TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA), TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN DAN INOVASI) DAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR) BIL AKAUNTABILITI TUGAS UTAMA 1 Pembangunan strategi fakulti selari dengan pelan strategik Universiti untuk mencapai Strategik Objektif Universiti 1.1 Mengetuai pembangunan pelan strategik fakulti 1.2 Menterjemah strategi universiti kepada warga fakulti samada staf maupun pelajar. 1.3 Memantau dan mengambil tindakan bersesuaian bagi memastikan pencapaian fakulti dan KPI seperti yang ditetapkan oleh Universiti 1.4 Merancang, melaksana dan memantau pelan mitigasi risiko fakulti 2. Pemerkasaan dan penambahbaikan kurikulum dan perlaksanaan program akademik dan bidang tujahan fakulti supaya sentiasa kekal releven dengan keperluan pasaran semasa dan masa hadapan. 2.1 Merancang dan melaksanakan langkah pemerkasaaan kedudukan (positioning) bidang kepakaran fakulti dalam subject ranking. 2.2 Menambah baik kualiti kurikulum dan perlaksanaan program akademik ditawarkan di fakulti secara berterusan supaya ianya sentiasa releven dengan keperluan pasaran pekerjaan dan industri. 2.3 Mengenal pasti keutamaan untuk pelaburan strategik dan memenuhi keperluan pendidikan dan penyelidikan perniagaan, badan amal, industri dan perkhidmatan awam 3 Perancangan dan pengurusan sumber fakulti dengan baik dan berkesan bagi menjamin kualiti dan kelestarian program akademik, budaya kerja efisyen dan ekosistem perkhidmatan yang kondusif di kalangan warga fakulti 3.1 Merancang dan melaksanakan tindakan (reaktif, preventif dan proaktif) bagi mengurus dan memastikan kemudahan pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan mencukupi, berfungsi dengan baik dan memenuhi keperluan kurikulum program akademik. 3.2 Memimpin, mengurus dan memastikan pembangunan semua staf Fakulti, termasuk laluan kerjaya dan pemantauan, perkembangan staf dan semakan prestasi. 1


3.3 Merancang dan melaksanakan pelan penggantian kepakaran bidang tujahan fakulti secara lestari. 3.4 Memupuk pemimpin akademik masa depan untuk menerajui pasukan pentadbiran fakulti serta peringkat universiti 3.5 Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan seimbang untuk kesajahteraan staf 3.6 Memastikan sumber kewangan fakulti lestari dan boleh beroperasi dengan baik. 3.7 Mencari dan mendapatkan dana tambahan yang mencukupi dan mampan untuk membantu membiayai projek dan aktiviti fakulti 4 Pencetus kolaborasi dan jaringan kerjasama dengan industri, agensi, Alumni di dalam dan luar negara untuk memastikan bidang kepakaran fakulti releven dan menjadi rujukan 4.1 Menggerakkan inisiatif bagi menjalinkan jaringan kerjasama dengan pihak luar untuk pembangunan fakulti dari segi P&P, penyelidikan, kebolehpasaran graduan serta pengkomersilan. 4.2 Memanfaatkan jaringan kerjasama untuk meningkatkan kemudahan, kepakaran, kompetensi dan penajaan untuk pelajar dan staf. 4.3 Menjalin kerjasama dengan entiti berkenaan (dalam dan luar universiti) bagi memperkasakan program pembangunan pelajar (character building, people skills, etc) 5 Pemantauan governan dan tadbir urus fakulti supaya sentiasa mematuhi prosedur dan peraturan yang ditetapkan oleh Universiti 5.1 Mengamal dan memantau pengurusan sumber fakulti secara berkala 5.2 Mewujudkan budaya akademik yang kondusif dan ekosistem tempat kerja yang cekap di dalam dan di seluruh 5.3 Memastikan pengurusan program, sumber manusia dan kewangan serta sumber di bawah kawalan adalah mematuhi peraturan dan polisi Universiti dan Kementerian. 2


PENGALAMAN 1. Berpengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun sebagai Timbalan Dekan atau setara 2. Berpengalaman menjadi Ketua Jabatan DIMENSI 1. Peruntukan kewangan fakulti 2. Semua Staf di fakulti 3. Semua Program di fakulti 4. Semua pelajar di fakulti TARIKH KEMASKINI 01 OKTOBER 2022 3


DESKRIPSI TUGAS PENTADBIR AKADEMIK NAMA JAWATAN: TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK DAN HAL EHWAL PELAJAR) TUJUAN PENGWUJUDAN JAWATAN Bertanggungjawab bagi Pengurusan Program Akademik dan Hal Ehwal Pelajar di Fakulti JAWATAN PENYELIA: DEKAN BIL AKAUNTABILITI TUGAS UTAMA 1. Perancangan pembangunan program akademik fakulti yang lestari untuk mencapai objektif Universiti . 1.1 Menilai program sedia ada dan potensi pasaran program masa hadapan 1.2 Menyelaras pembangunan program akademik termasuk untuk tujuan penjumudan maupun pengwujudan program akademik baharu. 1.3 Memastikan semua program melalui semakan kurikulum yang memenuhi keperluan pemegang taruh 1.4 Merancang dan menyelaras jaringan dan jangkauan dengan industri, badan profesional berkaitan, stakeholder, komuniti, alumni dan antarabangsa untuk memperkasakan program akademik. 2. Perancangan dan pengurusan kualiti akademik untuk menjamin pengiktirafan program akademik. 2.1 Memastikan semua program mematuhi kualiti akademik dan pelaksanaan akreditasi di peringkat Fakulti. 2.2 Memastikan kualiti pengajaran & pembelajaran, dan penilaian adalah memenuhi ketetapan Universiti. 2.3 Memastikan maklumat yang relevan dikumpul, dianalisis dan digunakan untuk tujuan pengurusan program akademik yang berkesan seperti maklumat fail kursus. 2.4 Memastikan laporan APAR, IAP, laporan pemeriksa luar, kajiselidik alumni, kajiselidik majikan lengkap. 2.5 Menyediakan laporan APAER, AKA dan lain-lain yang berkaitan. 3. Perancangan latihan staf akademik berkaitan aspek pengajaran dan pembelajaran untuk melahirkan graduan holistik. 3.1 Menyelia dan memantau perancangan pembangunan kompetensi staf dalam pengajaran dan pembelajaran supaya selari dengan keperluan kaedah pengajaran dan teknologi masa kini. 3.2 Membangun program sahsiah dan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran. 3.3 Memantau pencapaian Penilaian Pengajaran Pensyarah fakulti. 3.4 Menyelia Ketua Jabatan bagi memastikan kelestarian bidang tujahan fakulti 4


4. Perancangan pengambilan pelajar selaras dengan sumber akademik dan prasarana yang selari dengan sasaran fakulti dan universiti. 4.1 Menetapkan unjuran pengambilan, enrolmen dan memastikan pengijazahan pelajar disediakan mengikut keperluan semasa Universiti. 4.2 Memastikan kualiti pengambilan pelajar. 4.3 Menyelaras pemasaran program fakulti melalui pelbagai platform. 4.4 Menyelaras keperluan baharu dan keperluan semasa bilik kuliah dan makmal pengajaran telah diselenggara dengan baik sebelum semester bermula. 4.5 Merancang dan memantau keperluan fasiliti terkini bagi pengajaran dan pembelajaran. 5. Pemantauan prestasi dan pencapaian pelajar bagi memulihara kualiti pelajar dan graduan. 5.1 Memantau pencapaian akademik pelajar secara berterusan. 5.2 Merancang program dan aktiviti bagi memupuk semangat jati diri, inovasi, kreativiti dan keusahawanan di kalangan pelajar. 5.3 Menyelaras program kebajikan untuk pelajar. 5.4 Memantau program orientasi pelajar baharu. 5.5 Merancang program kebolehpasaran graduan. 5.6 Merancang dan menyelaras program mobiliti pelajar. PENGALAMAN Berpengalaman sebagai Pengarah Jabatan/Pengarah Program/Ketua Jabatan atau yang setara dengannya sekurang-kurangnya 2 tahun. DIMENSI 1. Jawatankuasa Tetap Senat (Kualiti dan Kurikulum Akademik). 2. Jawatankuasa Tetap Senat (Peperiksaan & Pengijazahan). 3. Jawatankuasa Kurikulum Universiti. 4. Jawatankuasa Pengajian Siswazah Universiti. 5. Jawatankuasa Pengurusan Akademik Prasiswazah Universiti. 6. Jawatankuasa Akademik Fakulti. 7. Jawatankuasa Siasatan Salahlaku Akademik. 8. Jawatankuasa Pengurusan Fakulti. TARIKH KEMASKINI 01 OKTOBER 2022 5


DESKRIPSI TUGAS PENTADBIR AKADEMIK NAMA JAWATAN: TIMBALAN DEKAN (PENYELIDIKAN, INOVASI DAN PEMBANGUNAN) TUJUAN PENGWUJUDAN JAWATAN Bertanggungjawab dalam pengurusan penyelidikan di fakulti. JAWATAN PENYELIA: DEKAN BIL AKAUNTABILITI TUGAS UTAMA 1. Pemerkasaan strategi meningkatkan keterlihatan bidang tujahan fakulti agar kekal releven bagi menyokong RDCI Blue Print dan envision 2025 1.1Membangunkan strategi / pelan meningkatkan keterlihatan bidang tujahan / dan kepakaran bidang fakulti. 1.2Menyusun strategi dan memantau Research Group di fakulti adalah selari dengan hala tuju penyelidikan fakulti dan universiti 1.3Mengerakkan strategi bagi meningkatkan aktiviti penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan di peringkat fakulti dengan kerjasama pusat kecemerlangan yang berkaitan dengan bidang fakulti 2. Perancangan pembangunan eko sistem penyelidikan dan inovasi di fakulti 2.1 Menyusun strategi bagi sistem mentor mentee dan pelan penggantian yang lebih komprehensif bagi mengekalkan bidang tujahan fakulti 2.2 Meningkatkan kerjasama dan libatsama ahli di fakulti dengan dengan pusat-pusat kecemerlangan di UTM berkaitan dengan bidang fakulti 2.3 Megurangkan jurang kompetensi dalam penyelidikan di kalangan staf akademik di fakulti melalui latihan dan pembangunan di peringkat Universiti maupun fakulti termasuk badan profesional 2.4 Memantau pencapaian setiap RG dan ahli di fakulti 2.5 Merancang dan memantau program bagi meningkatkan kemudahan dan prasarana penyelidikan dan inovasi di peringkat fakulti 6


3. Perancangan strategi bagi meningkatkan kerjasama jaringan di peringkat fakulti 3.1 Merancang strategi dan memantau program jaringan dan jangkauan dengan pihak industri, komuniti, alumni dan antarabangsa secara sinergi bersama Timb. Dekan (Akademik dan Pembangunan Pelajar). 3.2 Meningkatkan pemasaran bidang kepakaran fakulti untuk aktiviti perundingan, pemerolehan geran penyelidikan, penajaan dsb. 3.3 Merancang keterlihatan (visibility) fakulti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa melalui MoU/ MoA dsb. 3.4 Meningkatkan program bagi penjanaan fakulti melalui pelbagai saluran bagi meningkatkan dana kewangan fakulti samada penajaan, wakaf, endowmen dsb. 3.5 Merancang dan memantau program transfer knowledge kepada masyarakat dan komuniti 4. Pemerkasaan strategi meningkatkan budaya penyelidikan dan penerbitan di fakulti 4.1 Memantau pelaksanaan program dan aktiviti Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan (OSHE) di peringkat Fakulti. 4.2 Merancang perolehan prasarana, fasiliti dan sumber penyelidikan untuk membolehkan semua aktiviti penyelidikan Fakulti dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. 4.3 Menggerakkan strategi bagi meningkatkan bilangan dan kualiti penerbitan, inovasi dan pengkomersilan serta perkhidmatan professional. 4.4 Merancang dan membangun strategi untuk meningkatkan pencapaian penyelidikan, penerbitan, inovasi dan pengkomersilan serta perkhidmatan professional PENGALAMAN 1. Berpengalaman sebagai jawatan Ketua Jabatan di peringkat Fakulti sekurang-kurangnya 2 tahun; atau Berpengalaman sebagai Pengurus Penyelidikan sekurang-kurangnya 2 tahun. DIMENSI ● Jawatankuasa Tetap Senat (Penyelidikan Inovasi). ● Jawatankuasa Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JTNCP). ● Jawatankuasa Penyelidikan Inovasi Fakulti. ● Jawatankuasa Pengurusan Fakulti. Bilangan makmal penyelidikan di fakulti. TARIKH KEMASKINI 01 Oktober 2022 7


DESKRIPSI TUGAS PENTADBIR AKADEMIK NAMA JAWATAN: PENGERUSI SEKOLAH TUJUAN PENGWUJUDAN JAWATAN Bertanggungjawab kepada Dekan Fakulti JAWATAN PENYELIA: DEKAN BIL AKAUNTABILITI TUGAS UTAMA 1. Pembangunan strategi Sekolah/Akademi selari dengan pelan strategik Fakulti dan Universiti 1.1 Menyokong perancangan strategik Fakulti dan Universiti; 1.2 Mengetuai pelaksanaan perancangan strategik Sekolah/Akademi; 1.3 Memantau pelaksanaan perancangan strategik Sekolah/Akademi supaya selari dengan pelan strategik Fakulti dan Universiti 2. Menyokong dan memastikan pencapaian portfolio akademik dan penyelidikan Fakulti di peringkat Sekolah/Akademi. 2.1 Mempengerusikan Jawatankuasa Akademik dan Jawatankuasa Pengurusan Sekolah/Akademi serta menjalankan tugas lain seperti yang termaktub dalam Akta, Perlembagaan, Statut, atau Peraturan; 2.2 Memastikan pencapaian portfolio akademik dan penyelidikan yang termasuk pengajaran, penyelidikan dan inovasi, komersialisasi, jaringan industri dan masyarakat, kewangan, kebajikan pelajar, kualiti, pemasaran & penjenamaan, perancangan prasarana, pembangunan modal insan dan penjanaan pendapatan; 2.3 Memastikan pematuhan polisi dan peraturan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan (OSHE) di Sekolah/Akademik. 3. Mengembangkan ilmu bidang tujahan Sekolah/Akademi dan memastikan keterlihatannya di persada dunia. 3.1 Mengetuai pengurusan program akademik dan bidang tujahan sekolah. 3.2 Merancang strategi pengembangan ilmu bidang tujahan di peringkat Sekolah/Akademi dalam program akademik, pembangunan bakat staf akademik dan pelajar; 3.3 Memastikan penarafan bidang dan jenama Sekolah unggul di persada dunia; 3.4 Menjayakan hubungan dan kerjasama strategik dengan universiti luar, agensi kerajaan, pihak industri dan komuniti; 4. Perancangan strategik dan kawalan kualti pengurusan program akademik pra dan pasca siswazah di Sekolah ke arah kecemerlangan. 4.1 Merancang dan menyelaras program jaringan dan jangkauan dengan stakeholder, komuniti, alumni dan antarabangsa untuk memperkasakan program akademik. 4.2 Memastikan kualiti pengajaran & pembelajaran, dan penilaian adalah memenuhi ketetapan Universiti. 8


5 Perancangan dan pengurusan sumber Sekolah/Akademi (bakat, kewangan dan fasiliti) yang strategik bagi menjamin kualiti serta kecemerlangan, kelestarian Sekolah/Akademi. 5.1 Menguruskan kewangan Sekolah/Akademi secara berhemah dan efisien bagi memastikan setiap perbelanjaan memberikan pulangan yang optimum; 5.2 Membangunkan bakat secara holistik selari dengan nilai dan DNA Fakulti dan UTM; 5.3 Merancang penggunaan serta penyelenggaraan fasiliti dan sumber Sekolah/Akademi secara optimum dan lestari. 6 Melaksanakan semua keputusan Lembaga Pengarah Universiti, Senat, Jawatankuasa Pengurusan Universiti dan Fakulti di peringkat Sekolah. 6.1 Memastikan keputusan yang dibuat di peringkat Sekolah/Akademi selari dengan keputusan Fakulti dan Universiti; 6.2 Membuat keputusan strategik di peringkat Sekolah/Akademi yang berpotensi keberhasilan tinggi dan berisiko rendah; 7 Menguruskan pembangunan pelajar dan staf di Sekolah/Akademi. 7.1 Merancang dan melaksanakan pembangunan pelajar di Sekolah/Akademi selari dengan perancangan Universiti, KPT dan keperluan majikan. 7.2 Menjaga kebajikan pelajar dari aspek pembelajaran, penyelidikan dan pembangunan kerjaya. 7.3 Merancang dan melaksanakan pembangunan bakat, kerjaya dan kebajikan staf akademik Sekolah/Akademi. PENGALAMAN 1. Berpengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun sebagai Penolong Pengerusi, Pengarah Program atau jawatan pentadbir yang setaraf di fakulti atau universiti. 2. Sekurang-kurangnya telah berjawatan Prof. Madya. DIMENSI 1. Jawatankuasa Akademik Sekolah 2. Jawatankuasa Pengurusan Sekolah 3. Jawatankuasa Tetap Senat Universiti (Penyelidikan dan Inovasi) 4. Jawatankuasa Tetap Senat Universiti (Pembangunan Pelajar) 5. Jawatankuasa Pemandu JPU 6. Jawatankuasa Pengurusan Akademik Prasiswazah Universiti 7. Jawatankuasa Eksekutif Fakulti 8. Jawatankuasa Akademik Fakulti 9. Jawatankuasa Kewangan Fakulti 10. Jawatankuasa Pembangunan Bakat dan Pelan Penggantian Fakulti 11. Jawatankuasa Penyelidikan, Penerbitan dan Inovasi Fakulti 12. Jawatankuasa OSHE dan Kelestarian Fakulti 13. Jawatankuasa Pengurusan Risiko Fakulti 14. Jawatankuasa Penjanaan Fakulti TARIKH KEMASKINI 01 OKTOBER 2022 9


DESKRIPSI TUGAS PENTADBIR AKADEMIK NAMA JAWATAN: NAIB PENGERUSI SEKOLAH TUJUAN PENGWUJUDAN JAWATAN Bertanggungjawab kepada Dekan dan Pengerusi Fakulti JAWATAN PENYELIA: PENGERUSI SEKOLAH BIL AKAUNTABILITI TUGAS UTAMA 1. Perancangan untuk pembangunan program akademik yang kekal relevan dengan keperluan holistik untuk mencapai objektif Universiti dan kelestarian program. 1.1. Menyelaras dan memantau pembangunan kurikulum yang memenuhi keperluan pemegang taruh serta mendapat kelulusan peringkat Universiti dan KPT. 1.2. Mencadang keperluan prasarana dan sumber akademik untuk membolehkan aktiviti pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. 1.3. Memantau pengurusan akademik di Akademi. 1.4. Memantau proses penambahbaikan program secara berterusan untuk kelestarian program. 1.5. Merancang dan menyelaras program jaringan dan jangkauan dengan stakeholder, komuniti, alumni dan antarabangsa untuk memperkasakan program akademik. 2. Perancangan dan pengurusan kualiti akademik untuk menjamin pengiktirafan program akademik supaya kekal relevan dengan keperluan pasaran semasa dan masa hadapan. 2.1. Membantu Pengerusi dan Penolong Dekan (Kualiti dan Strategi) dalam urusan kualiti program akademik dan strategi. 2.2. Mencadangkan unjuran pengambilan pelajar sejajar dengan keperluan semasa dan akan datang. 2.3. Menjadi pakar rujuk keperluan akreditasi di peringkat Akademi. 2.4. Menguruskan aktiviti berkaitan jaminan kualiti akademik dan akreditasi program akademik di Akademi. 2.5. Memastikan standard serta pematuhan kualiti akademik. 2.6. Mengemaskini data dan dokumentasi berkaitan jaminan kualiti program akademik. 2.7. Merancang dan melaksanakan program kebolehpasaran graduan. 2.8. Membantu melaksanakan pelan strategik Fakulti berkaitan akademik di peringkat Akademi dan memantau pelaksanaan serta pencapaiannya. 2.9. Menyelaras dan memantau semakan kurikulum yang memenuhi keperluan pemegang taruh serta mendapat kelulusan peringkat Universiti dan KPT. 10


3. Perancangan pembangunan pelajar, pemantauan prestasi dan pencapaian pelajar bagi menjaga kualiti pelajar dan graduan. 3.1. Memantau pencapaian akademik pelajar secara berterusan. 3.2. Merancang dan memantau program atau aktiviti bagi meningkatkan motivasi pelajar. 3.3. Menyelaras program kebajikan untuk pelajar. 3.4. Memantau program orientasi pelajar baharu. 3.5. Merancang program kebolehpasaran graduan. 3.6. Merancang dan menyelaras program mobiliti pelajar. PENGALAMAN 1. Berpengalaman sebagai pengurus akademik atau penyelaras program. 2. Bergred jawatan DS51/DS52 dan berstatus staf siswazah fakulti. DIMENSI 1. Jawatankuasa Akademik Fakulti (JKA) 2. Jawatankuasa Eksekutif Fakulti (JE) 3. Jawatankuasa Panel Akademik/Pengurusan Akademik 4. Jawatankuasa Panel Pasca Siswazah Akademi TARIKH KEMASKINI 01 OKTOBER 2022 11


DESKRIPSI TUGAS PENTADBIR AKADEMIK NAMA JAWATAN: PENGARAH JABATAN TUJUAN PENGWUJUDAN JAWATAN Bertanggungjawab dalam menjayakan program akademik dan pembangunan jabatan JAWATAN PENYELIA: TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK DAN HAL EHWAL PELAJAR BIL AKAUNTABILITI TUGAS UTAMA 1. Perancangan dan Pelaksanaan Program Akademik untuk menghasilkan program yang relevan dengan keperluan semasa dan mencapai objektif universiti. 1.1 Menjadi pemilik program prasiswazah dan pascasiswazah di bawah bidang ilmu. 1.2 Merancang pembangunan program akademik meliputi kurikulum, pengajaran dan pembelajaran. 1.3 Merancang perkhidmatan dan aktiviti yang berkaitan dengan pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran prasiswazah. 1.4 Merancang keperluan belanjawan kewangan jabatan dan membantu Dekan dalam penyediaan belanjawan tahunan untuk menyokong. 1.5 Mencadangkan Penyelaras Program Akademik dan Kursus. 1.6 Menilai permohonan pelajar Prasiswazah Penyelidikan (M3). 1.7 Merancang unjuran pelajar setiap program akademik. 1.8 Memantau penyediaan manual dan peralatan ujikaji serta pelaksanaan kerja amali. 1.9 Merancang keperluan peralatan berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran. 1.10 Melaksanakan jalinan kerjasama melibatkan industri/alumni dalam program akademik. 1.11 Pemudahcara pelaksanaan program pengantarabangsaan. 1.12 Mempromosikan program akademik. 2. Pengekalan kualiti akademik untuk menjamin pengiktirafan program 2.1 Memastikan kualiti program akademik prasiswazah. 2.2 Merancang dan menyediakan dokumentasi bagi tujuan akreditasi dan audit program. 2.3 Melaksanakan semakan kurikulum mengikut ketetapan Universiti dan badan profesional. 12


3. Pemantapan Kualiti Akademik untuk kelestarian program 3.1 Mencalonkan panel IAP dan penilai luar program serta menguruskan penyediaan laporan berkaitan. 3.2 Mencadangkan pelantikan tenaga pelawat akademik seperti professor dan pensyarah pelawat, adjung dan lain-lain. 3.3 Melaksanakan penambahbaikan berterusan program akademik selaras dengan perkembangan ilmu dan teknologi serta keperluan pemegang taruh. 3.4 Memastikan staf melengkapkan fail kursus program yang dikemaskini pada setiap semester. 3.5 Menyediakan dokumen Laporan Tahunan Penilaian Program (APAR). 4. Perancangan Pembangunan Staf Akademik untuk melahirkan staf yang kompeten. 4.1 Menyelaras agihan beban tugas staf akademik. 4.2 Merancang pembangunan bakat staf akademik. 4.3 Merancang pembangunan jabatan, termasuk memantau laluan kerjaya staf jabatan. 4.4 Menyokong permohonan cuti dan pergerakan staf jabatan. 4.5 Menyelaras latihan kakitangan untuk cuti belajar, Latihan Ikhtisas, Cuti Sabatikal, dan Pasca Kedoktoran. 4.6 Merancang keperluan dan pelan penggantian tenaga akademik serta menyediakan perancangan aktiviti bagi menyokong pembangunan dan keperluan staf. 4.7 Memantau dan menilai prestasi kerja staf jabatan serta menyedia laporan sulit/khas bagi staf akademik. 4.8 Merancang dan melaksanakan program latihan untuk staf akademik. 5 Penyelarasan Pembangunan Pelajar untuk melahirkan graduan yang holistik. 5.1 Mencalonkan Penasihat Akademik untuk setiap cohort pelajar. 5.2 Mencalonkan Penasihat Persatuan Pelajar. 5.3 Menyokong dan menasihat aktiviti pembangunan kemahiran insaniah dan sahsiah pelajar. 5.4 Menyelaras program kebajikan untuk pelajar. PENGALAMAN 1. Berpengalaman sebagai Penyelaras Program/Pengurus Akademik/AJK berkaitan Akademik atau yang setara dengannya sekurang-kurangnya 2 tahun. 2. Berpengalaman dalam aktiviti Pengurusan Akademik sekurang-kurangnya 2 tahun. 13


DIMENSI 1. Jawatankuasa Akademik Fakulti. 2. Jawatankuasa Pengurusan Fakulti. 3. Jawatankuasa Siasatan Salahlaku Akademik. 4. Jawatankuasa Kurikulum Fakulti. 5. Jawatankuasa Pengajian Pasca Siswazah. TARIKH KEMASKINI 01 Oktober 2022 14


DESKRIPSI TUGAS PENTADBIR AKADEMIK NAMA JAWATAN: PENGURUS AKADEMIK PASCA SISWAZAH TUJUAN PENGWUJUDAN JAWATAN Bertanggungjawab dalam pengurusan Program Pasca Siswazah dan kualiti akademik di Fakulti. JAWATAN PENYELIA: TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & HAL EHWAL PELAJAR) BIL AKAUNTABILITI TUGAS UTAMA 1. Pelaksanaan urusan program Pasca Siswazah (PG) PERDANA dan PESISIR di peringkat Fakulti agar berjalan dengan cekap dan lancar. 1.1 Menyemak dan mengenal pasti program yang ditawarkan setiap semester. 1.2 Mengurus penawaran kursus, pendaftaran dan pembetulan kursus secara manual dan online. 1.3 Mengurus urusan moderasi/vetting kertas peperiksaan akhir 1.4 Mengurus dan menyemak pencalonan pemeriksa penilaian proposal program penyelidikan. 1.5 Mengurus dan menyemak pencalonan Pemeriksa Dalam dan Pemeriksa Luar tesis dan proses viva berdasarkan bidang kepakaran pemeriksa dan panduan yang ditetapkan oleh SPS 1.6 Menyelia penyediaan dokumen keputusan peperiksaan sebelum mesyuarat JKTS 1.7 Menyelia proses naik taraf Sarjana Penyelidikan ke Doktor Falsafah. 1.8 Mengemaskini handbook program pasca siswazah. 1.9 Memastikan urusan akademik berkaitan mengikut peraturan akademik. 2. Pengurusan kualiti program Pasca Siswazah (PG) PERDANA dan PESISIR dan di peringkat Fakulti untuk pengekalan akreditasi program. 2.1 Menyemak penyediaan fail kursus yang lengkap merujuk kepada garis panduan oleh QRIM dan CDex pada setiap semester. 2.2 Menyemak APAR (Annual Programme Assessment) yang disediakan oleh penyelaras program PG. 2.3 Menyediakan APAER (Annual Programme Assessment Executive Report) pada setiap sesi. 2.4 Menyelaras penyediaan dokumen akreditasi program selaras dengan prosedur dan garis panduan MQA. 2.5 Membantu dalam kaji selidik kebolehpasaran graduan (GE) bersama task force Universiti yang diselaraskan oleh UTMCC. 15


3. Pemantauan kualiti program Pra Siswazah di peringkat Fakulti dengan bantuan Jawatankuasa Kualiti Fakulti untuk pengekalan akreditasi program.. 3.1 Memantau penyediaan fail kursus yang lengkap oleh PIC Jabatan dengan merujuk kepada garis panduan oleh QRIM dan CDex pada setiap semester. 3.2 Memantau APAR (Annual Programme Assessment) disediakan oleh penyelaras program UG pada setiap semester. 3.3 Memantau APAER (Annual Programme Assessment Executive Report) disediakan pada setiap tahun. 3.4 Memantau secara berkala penyediaan data dan dokumen akreditasi program selaras dengan prosedur dan garis panduan MQA. 4. Pembangunan Sahsiah Pelajar Pasca siswazah PERDANA & PESISIR untuk melahirkan graduan yang holistik. 4.1Memantau perancangan dan pelaksanaan aktiviti PGSS fakulti melalui kolaborasi bersama SPS.Memastikan kualiti pengambilan pelajar. PENGALAMAN Berpengalaman sebagai Penyelaras Program Pasca Siswazah sekurang-kurangnya 2 tahun. DIMENSI 1. Jawatankuasa Akademik Fakulti. 2. Jawatankuasa Pengurusan Fakulti. 3. Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti. 4. Pengerusi, Jawatankuasa Kualiti Fakulti. 5. Jawatankuasa Kualiti Dalaman Universiti (JKDU). 6. Penasihat Persatuan Pelajar Pasca Siswazah (PGSS) TARIKH KEMASKINI 01 OKTOBER 2022 16


DESKRIPSI TUGAS PENTADBIR AKADEMIK NAMA JAWATAN: PENGURUS AKADEMIK PROGRAM LUAR TUJUAN PENGWUJUDAN JAWATAN Bertanggungjawab dalam pengurusan Program SPACE dan TNE di Fakulti. JAWATAN PENYELIA: TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & HAL EHWAL PELAJAR) BIL AKAUNTABILITI TUGAS UTAMA 1. Pelaksanaan urusan program SPACE dan TNE di peringkat Fakulti agar berjalan dengan cekap dan lancar. 1.1 Merancang penawaran program akademik SPACE dan Pendidikan Lanjutan dan Transnasional (TNE). 1.2 Membantu Timbalan Dekan (Akademik dan PembangunanPelajar) dalam urusan Program SPACE dan TNE. 1.3 Menyelaras penawaran kursus pendek dan seminar bagi program pembelajaran sepanjang hayat (LLL) seperti program luar, khas dan eksekutif . 1.4 Merancang penawaran kursus, penyediaan jadual waktu dan agihan tenaga pengajar. 1.5 Menyelaras, menyemak dan memantau penyediaan jadual kerja urusan peperiksaan akhir. 1.6 Mengurus penyediaan dokumen keputusan peperiksaan sebelum mesyuarat JKTS. 1.7 Memastikan urusan akademik berkaitan mengikut peraturan akademik. 2. Pelaksanaan urusan kualiti program SPACE dan TNE di peringkat Fakulti bagi pengekalan akreditasi program. 2.1 Menyemak penyediaan fail kursus yang lengkap pada setiap semester. 2.2 Menyediakan APAR & APAER program SPACE dan TNE 2.3 Menyediakan dokumen akreditasi program 2.4 Menyelaras proses audit akreditasi program 3. Perancangan aktiviti promosi program SPACE dan TNE untuk kelestarian program 3.1 Menjalin serta melestari hubungan dengan rakan kerjasama 3.2 Mengenalpasti pasaran baharu dan potensi rakan kerjasama 3.3 Menjalankan aktiviti promosi program 3.4 Menjalankan kaji selidik kebolehpasaran graduan (GE). 17


4. Penyelarasan hubungan kerjasama antara Fakulti, SPACE, SPS dan pemegang taruh bagi memperkukuhkan program pembelajaran berterusan dan pendidikan transnasional 4.1Menjadi pegawai perantara SPACE dan SPS di peringkat Fakulti 4.2Menyampaikan maklumat tadbir urus semasa program ke Fakulti 4.3Menjalinkan hubungan bersama pemegang taruh seperti alumni, pelajar dan industri 4.4Memastikan kesejahteraan pelajar diurus dan dilaksanakan dengan baik termasuk mencadangkan penyelesaian bagi isu akademik pelajar. 4.5Mencadangkan pelantikan penasihat akademik PENGALAMAN Berpengalaman sebagai Penyelaras Program sekurang-kurangnya 2 tahun. DIMENSI 1. Jawatankuasa Akademik Fakulti. 2. Jawatankuasa Pengurusan Fakulti. 3. Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti. 4. Jawatankuasa Akademik SPACE. TARIKH KEMASKINI 01 OKTOBER 2022 18


DESKRIPSI TUGAS PENTADBIR AKADEMIK NAMA JAWATAN: PENGURUS PENYELIDIKAN TUJUAN PENGWUJUDAN JAWATAN Bertanggungjawab dalam pengurusan penyelidikan di Fakulti. JAWATAN PENYELIA: TIMBALAN DEKAN (PENYELIDIKAN, INOVASI DAN PEMBANGUNAN) BIL AKAUNTABILITI TUGAS UTAMA 1. Pelaksanaan pembangunan program penyelidikan yang kekal relevan dengan keperluan industri, universiti dan badan profesional untuk mencapai objektif Universiti 1.1 Mengurus pelaksanaan program penyuburan budaya penyelidikan, penerbitan, inovasi dan pengkomersilan secara sinergi selaras dengan RDCI Blueprint and Envision 2025 1.2 Mengurus pelaksanaan program bagi mendapatkan geran penyelidikan, meningkatkan bilangan dan kualiti penerbitan, inovasi dan pengkomersilan serta perkhidmatan professional. 1.3 Membantu mengurus pembangunan bakat dalam bidang penyelidikan, penerbitan, inovasi dan pengkomersilan serta perkhidmatan professional dilaksanakan. 1.4 Mengurus keperluan prasarana dan ekosistem penyelidikan yang memenuhi keperluan fakulti. 1.5 Mengurus keperluan data penyelidikan bagi memperkasakan penerbitan dan keperluan pengauditan. 1.6 Mengurus aktiviti perancangan dan pembangunan strategi untuk meningkatkan pencapaian penyelidikan, penerbitan, inovasi dan pengkomersilan serta perkhidmatan professional dijalankan untuk pengekalan status Universiti Penyelidikan. 1.7 Mengurus pelaksanaan aktiviti bagi meningkatkan Penjanaan Pendapatan berkaitan penyelidikan dan inovasi Fakulti. 1.8 Melaksanakan program penjenamaan berkaitan penyelidikan fakulti di peringkat tempatan dan global. 1.9 Memastikan penyelarasan program pemerkasaan kumpulan penyelidikan di Fakulti. 1.10 Menyokong perancangan dan aktiviti Penyelidikan Bersekutu (Research Alliance) & RMC. 19


2. Perancangan aktiviti inovasi selaras dengan prasarana dan sumber penyelidikan selari dengan sasaran fakulti dan universiti. 2.1 Mengurus pelaksanaan program jaringan dan jangkauan dengan pihak industri, komuniti, alumni dan antarabangsa dilaksanakan untuk memperkasakan aktiviti RDCI. 2.2 Melaksanakan perancangan dan aktiviti pusat tanggungjawab dibawah JTNCPI berdasarkan fungsi yang berkaitan. 3. Perancangan Pembangunan, Infrastruktur penyelidikan dan pengurusan dana penyelidikan di peringkat Fakulti. 3.1 Mengurus pelaksanaan program dan aktiviti Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan (OSHE) di peringkat Fakulti. 3.2 Mengurus perolehan prasarana, fasiliti dan sumber penyelidikan untuk membolehkan semua aktiviti penyelidikan Fakulti dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. 3.3 Mengurus perolehan dana penyelidikan di peringkat Fakulti. 4. Perancangan untuk pengurusan industri luar & aktiviti pengantarabangsaan dalam penyelidikan untuk mencapai objektif Universiti. 4.1 Mengurus pelaksanaan program meningkatkan jaringan alumni, industri dan masyarakat peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang berkaitan penyelidikan dan inovasi. 4.2 Mengurus jaringan industri, kerajaan, komuniti dan universiti (GUCI) dalam bidang penyelidikan bagi memastikan kepentingan organisasi dipelihara. 4.3 Mengurus inisiatif aktiviti Mou/ MoA dan LoU bagi aktiviti penyelidikan Fakulti. PENGALAMAN 1. Pernah menjadi Ketua Makmal sekurang-kurangnya 1 tempoh lantikan; atau 2. Pernah menjadi Ketua Kumpulan Penyelidikan sekurang-kurangnya 1 tempoh lantikan; atau 3. Pernah menjadi Penyelaras Program sekurang-kurangnya 1 tempoh lantikan; atau 4. Pernah menjadi Ketua Task Force berkaitan Penyelidikan sekurang-kurangnya 1 tempoh lantikan DIMENSI 1. Jawatankuasa Penyelidikan Inovasi Fakulti 2. Jawatankuasa Pengurusan Fakulti 3. Bilangan makmal penyelidikan di fakulti. TARIKH KEMASKINI 01 OKTOBER 2022 20


DESKRIPSI TUGAS PENTADBIR AKADEMIK NAMA JAWATAN: PENOLONG DEKAN (HUBUNGAN LUAR & GLOBAL) TUJUAN PENGWUJUDAN JAWATAN Bertanggungjawab kepada Dekan Fakulti JAWATAN PENYELIA: DEKAN BIL AKAUNTABILITI TUGAS UTAMA 1. Merancang dan mengurus jaringan industri dan masyarakat peringkat kebangsaan dan antarabangsa; 1.1 Mempengerusikan Jawatankuasa Antarabangsa dan Hubungan Luar peringkat Fakulti. 1.2 Mempunyai tanggungjawab dalam meningkatkan hubungan luar dengan industri, pihak kerajaan dan universiti samada dari dalam dan luar Negara. 1.3 Memastikan segala strategi dalam perancangan dan pengurusan jaringan industri dijalankan dengan jayanya di peringkat fakulti. 2. Menjadi penghubung dengan semua agensi dalam dan luar bagi memastikan kepentingan organisasi terpelihara; 2.1 Mempengerusikan Jawatankuasa Antarabangsa dan Hubungan Luar peringkat Fakulti. 2.2 Mempunyai tanggung jawab dalam menjalankan hubungan strategik dengan pihak luar samada dalam dan luar negara dalam bidang tujahan fakulti. 2.3 Menjalankan perancangan strategik di peringkat fakulti bagi memastikan hubungan semua agensi dalam dan luar negara berjaya dijalankan. 3. Merancang dan melaksana program penjenamaan fakulti di peringkat global; 3.1 Mempengerusikan Jawatankuasa Penjenamaan peringkat Fakulti. 3.2 Mempunyai tanggungjawab dalam penjenamaan melalui media digital, bercetak dan media sosial dalam meningkatkan visibiliti fakulti dengan lebih luas bagi pihak dalam dan luar. 3.3 Memastikan segala bentuk aktiviti penjenamaan Fakulti berjalan lancar dan mencapai objektifnya. 21


4 Melaksanakan pemasaran program akademik dan perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh Fakulti; 4.1 Mempengerusikan Jawatankuasa Pemasaran peringkat Fakulti. 4.2 Mempunyai tanggungjawab dalam memasarkan program dan perkhidmatan fakulti melalui pelbagai media serta dapat meningkatkan kebolehpasaran program dan perkhidmatan fakulti. 4.3 Memastikan bahawa segala bentuk aktiviti pemasaran mengikut perancangan dan masa yang ditetapkan. 5 Membantu Fakulti dalam meningkatkan ranking universiti kepada yang lebih tinggi terutama dalam bidang tujahan Fakulti selaras dengan Envision 2025. 5.1 Mempengerusikan Jawatankuasa Ranking peringkat Fakulti. 5.2 Bertanggung Jawab dalam merancang, membuat dan menjalankan strategi dalam meningkatkan ranking fakulti di mata dunia. 5.3 Memastikan segala bentuk penarafan dan ranking di Fakulti mencapai objektif yang disasarkan mengikut masa yang ditetapkan. 6 Merancang dan menguruskan segala bentuk aktiviti dan hubungan berkaitan dengan Alumni Fakulti. 6.1 Menjadi perantara di antara Jawatankuasa Alumni Fakulti dan Universiti 6.2 Mempengerusikan Jawatankuasa Alumni di peringkat Fakulti. 6.3 Bertanggung Jawab dalam merancang dan menguruskan segala bentuk aktiviti yang berkaitan alumni dari segi perkhidmatan pelanggan berkaitan alumni. 6.4 Membantu ahli jawatankuasa dalam melaksana segala aktiviti berkaitan alumni fakulti PENGALAMAN 1. Berpengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun sebagai Timb. Pengerusi Jawatankuasa di bawah ADEGE DIMENSI 1. Jawatankuasa Penjenamaan Fakulti 2. Jawatankuasa Pemasaran Fakulti 3. Jawatankuasa Ranking 4. Jawatankuasa Pengantarabangsaan 5. Jawatankuasa Jaringan Komuniti dan Industri 6. Jawatankuasa Pembangunan Web dan Komunikasi Digital 7. Jawatankuasa Eksekutif Fakulti 8. Jawatankuasa Ranking Universiti 9. Jawatankuasa Tetap Senat Penyelidikan & Inovasi Universiti 10. Jawatankuasa Penyelidikan, Penerbitan dan Inovasi Fakulti TARIKH KEMASKINI 01 OKTOBER 2022 22


DESKRIPSI TUGAS PENTADBIR AKADEMIK NAMA JAWATAN: PENOLONG DEKAN (KUALITI DAN STRATEGI) TUJUAN PENGWUJUDAN JAWATAN Bertanggungjawab kepada Dekan Fakulti JAWATAN PENYELIA: DEKAN BIL AKAUNTABILITI TUGAS UTAMA 1. Pematuhan standard dan akreditasi program akademik mengikut bidang tujahan fakulti supaya sentiasa kekal relevan dengan keperluan pasaran semasa dan masa hadapan. 1.1 Menyelaras dan memastikan standard serta pematuhan kualiti akademik 1.2 Menyelaras aktiviti berkaitan dengan jaminan kualiti akademik dan akreditasi bagi program prasiswazah dan pascasiswazah di semua sekolah dalam fakulti 1.3 Menyelaras keperluan akreditasi dan penghubung dengan badan akreditasi dalam dan luar universiti 1.4 Memantau secara berterusan penambahbaikan kualiti kurikulum dan pelaksanaan program akademik supaya relevan dengan keperluan pasaran. 2. Memantau pelaksanaan Sistem pengurusan kualiti dan audit dalaman bagi memastikan jaminan kualiti berterusan 2.1 Memantau secara berterusan penambahbaikan kualiti kurikulum dan pelaksanaan program akademik supaya relevan dengan keperluan pasaran. 2.2 Memastikan pengemaskinian data dan dokumentasi berkaitan kualiti dan strategi 3. Membantu membangunkan pelan strategik fakulti berdasarkan pelan strategik universiti, pelataan inisiatif dan sasaran, dan memantau pelaksanaan serta pencapaiannya 3.1 Membantu Dekan membangunkan pelan strategik fakulti berdasarkan pelan strategik universiti, pelataan inisiatif dan sasaran, dan memantau pelaksanaan serta pencapaiannya 3.2 Memastikan pematuhan polisi pengurusan risiko PENGALAMAN 1. Berpengalaman sebagai pentadbir akademik di sekolah/akademi sekurang-kurangnya 1 penggal ATAU 2. Berpengalaman sebagai Penyelaras Program Akademik minimum 4 tahun ATAU 3. Berpengalaman sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa di bawah AD(QS) sekurang-kurangnya 1 tahun DAN 4. Bergred jawatan DS51/DS52 dan berstatus staf siswazah fakulti. 23


DIMENSI 1. Jawatankuasa Kualiti dan Kurikulum Akademik Fakulti 2. Jawatankuasa Akreditasi Fakulti 3. Jawatankuasa Pengurusan Risiko Fakulti 4. Jawatankuasa Eksekutif Fakulti 5. Jawatankuasa Akademik Fakulti 6. Jawatankuasa Kurikulum Universiti 7. Jawatankuasa Kualiti Dalaman Universiti TARIKH KEMASKINI 01 OKTOBER 2022 24


DESKRIPSI TUGAS PENTADBIR AKADEMIK NAMA JAWATAN: PENOLONG DEKAN (PENDIDIKAN LANJUTAN DAN TRANSNASIONAL) TUJUAN PENGWUJUDAN JAWATAN Bertanggungjawab kepada Dekan Fakulti JAWATAN PENYELIA: DEKAN DAN PENGERUSI UTMSPACE BIL AKAUNTABILITI TUGAS UTAMA 1. Pengurusan program akademik universiti yang melibatkan kerjasama antara SPACE, fakulti/sekolah. dan rakan kerjasama tempatan dan antarabangsa 1.1 Menjadi pegawai penghubung perantara komunikasi antara SPACE dengan fakulti/sekolah dan rakan kerjasama tempatan dan antarabangsa 1.2 Menyelaras perancangan dan pelaksanaan urusan yang berkaitan dengan program akademik UTM yang melibatkan jalinan kerjasama pihak SPACE dengan pihak fakulti/sekolah dan rakan kerjasama tempatan dan antarabangsa 1.3 Memastikan kelancaran pelaksanaan program akademik mengikut prosedur yang ditetapkan 1.4 Menguruskan jaminan kualiti terhadap program akademik yang ditawarkan 1.5 Memastikan program akademik berupaya untuk menjana pendapatan kepada UTM 2. Perancangan dan pengurusan program pembelajaran sepanjang hayat yang berdaya saing dan lestari 2.1 Meneroka, merancang dan menggerakkan inisiatif penawaran program akademik pembelajaran sepanjang hayat (program khas, program pesisir, program microcredential, ODL, kursus pendek dll) merentas fakulti/sekolah yang mempunyai daya saing dan kelestarian yang mampan 2.2 Menyelaras penawaran kursus program akademik pembelajaran sepanjang hayat merentas fakulti/sekolah 2.3 Menguruskan jaminan kualiti terhadap program akademik akademik pembelajaran sepanjang hayat merentas fakulti/sekolah 2.4 Merancang, menyelaras, dan menggerakkan inisiatif program latihan untuk staf bagi pembangunan program akademik pembelajaran sepanjang hayat merentas fakulti/sekolah 2.5 Memastikan program akademik berupaya untuk menjana pendapatan kepada UTM 3. Pemantauan pencapaian program akademik universiti, pendidikan lanjutan dan transnasional 3.1 Melaksanakan pelan strategik fakulti dan memantau pelaksanaan serta pencapaiannya 3.2 Memantau pencapaian program akademik universiti dan program pembelajaran sepanjang hayat 3.3 Melaksanakan penambahbaikan berterusan bagi memperkasa jalinan kerjasama antara SPACE, fakulti/sekolah. dan rakan kerjasama tempatan dan antarabangsa 3.4 Menjalin kerjasama dengan Penolong Dekan (Kualiti dan Strategi) bagi pengurusan jaminan kualiti program akademik 25


3.5 Menjalin kerjasama dengan Penolong Dekan (Hubungan Luar & Global) bagi pengurusan pemasaran program akademik universiti, pendidikan lanjutan dan transnasional PENGALAMAN 1. Berpengalaman sebagai pentadbir akademik di sekolah/akademi sekurang-kurangnya 1 penggal ATAU 2. Berpengalaman sebagai Penyelaras Program Akademik minimum 4 tahun ATAU 3. Berpengalaman sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa di bawah AD(QS) sekurang-kurangnya 1 tahun DAN 4. Bergred jawatan DS51/DS52 dan berstatus staf siswazah fakulti. DIMENSI 1. Jawatankuasa Kualiti dan Kurikulum Akademik Fakulti 2. Jawatankuasa Akreditasi Fakulti 3. Jawatankuasa Pengurusan Risiko Fakulti 4. Jawatankuasa Eksekutif Fakulti 5. Jawatankuasa Akademik Fakulti 6. Jawatankuasa Kurikulum Universiti 7. Jawatankuasa Kualiti Dalaman Universiti TARIKH KEMASKINI 01 OKTOBER 2022 26


DESKRIPSI TUGAS PENTADBIR AKADEMIK NAMA JAWATAN: PENGURUS MYLINE TUJUAN PENGWUJUDAN JAWATAN Bertanggungjawab dalam pengurusan sumber dan pembangunan MyLINE di Fakulti. JAWATAN PENYELIA: DEKAN BIL AKAUNTABILITI TUGAS UTAMA 1. Perancangan dan pengurusan sumber MyLinE (bakat, kewangan dan fasiliti) yang strategik bagi menjamin kualiti serta kecemerlangan, kelestarian organisasi 1.1 Menguruskan kewangan MyLinE secara berhemah dan efisien bagi memastikan setiap perbelanjaan memberikan pulangan yang optimum; 1.2 Merancang keperluan, mengurus pembelian dan menyelenggara aset, fasiliti, prasarana dan peralatan di MyLinE 1.3 Membangunkan bakat secara holistik selari dengan ISES dan DNA UTM; 1.4 Memastikan pematuhan polisi dan peraturan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan (OSHE) 2. Pengurusan dan pentadbiran sumber manusia 2.1 Memantau tugas Penolong Pendaftar, Penolong Pegawai IT, Penerbit Rancangan dan Pembantu Tadbir di MyLinE. 2.2 Memantau tugas Guru Bahasa di MyLinE (Ketua Hak Cipta, Ketua Laman Mikro dan Ketua Penyelidikan). 2.3 Membuat penilaian kompetensi staf 3. Merancang pembangunan bahan MyLinE 3.1 Menyelia proses kerja pembangunan bahan pengajaran & pembelajaran (P&P) di MyLinE. o Kursus umum bahasa Inggeris o HRD o MUET o MUET CEFR 3.2 Menyelia perancangan aktiviti dan program MyLinE contohnya Easy whizzy 3.3 Membuat hebahan berkala mengenai MyLinE di media sosial 4. Merancang dan menguruskan pelaksanaan Ujian English for Communication Skills for Graduating Student (ECS) 4.1 Merancang proses kerja bagi pengendalian Ujian ECS menggunakan platform MyLinE. 4.2 Menguruskan tenaga kerja untuk memastikan proses ujian berjalan lancar. 4.3 Menguruskan kewangan dan bajet pengurusan ECS 27


5. Mengurus dan mempromosi aktiviti MyLinE kepada semua pengguna dan pelanggan MyLinE melalui penyediaan bahan promosi. 5.1 Memantau penyediaan e-panduan pengajar dan ‘resources’ dalam penggunaan MyLinE sebagai bahan tambahan dalam P&P bahasa Inggeris. 5.2 Memantau permohonan dan urusan hakcipta bagi modul P&P di MyLinE. 5.3 Memantau penyediaan bahan serta laman mikro bagi kegunaan pihak luar seperti Universiti Awam, Institusi Pengajian Tinggi Swasta, badan kerajaan dan juga industri. 5.4 Menganjurkan program usahasama dengan pihak luar (sekolah, kolej matrikulasi) dengan libatsama pelajar UTM sebagai aktiviti promosi MyLinE dan pembangunan bakat pelajar. 6. Merancang program penjanaan pendapatan MyLinE 6.1 Melaksanakan program yang mampu menjana pendapatan (licensing, bengkel berbayar dan modul pembelajaran). PENGALAMAN 1. Mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi pendidikan 2. Bergred sekurang-kurangnya pensyarah kanan. DIMENSI 1. Jawatankuasa Eksekutif Fakulti 2. Jawatankuasa Kewangan Fakulti 3. Jawatankuasa OSHE dan Kelestarian 4. Jawatankuasa Pembangunan Bakat dan Pelan Penggantian 5. Jawatankuasa Teknikal MyLinE 6. Audit Dalaman Fakulti 7. Task Force Anugerah Kualiti Akademik Fakulti TARIKH KEMASKINI 01 OKTOBER 2022 28


DESKRIPSI TUGAS PENTADBIR AKADEMIK NAMA JAWATAN: PENGURUS FASILITI TUJUAN PENGWUJUDAN JAWATAN Bertanggungjawab dalam pengurusan infrasruktur di Fakulti. JAWATAN PENYELIA: TIMBALAN DEKAN (PENYELIDIKAN, INOVASI DAN PEMBANGUNAN) BIL AKAUNTABILITI TUGAS UTAMA 1. Melaksanakan perancangan keperluan makmal dan bengkel 1.1 Menyusun keperluan alatan yang diperlukan bagi tujuan pengajaran dan penyelidikan di makmal dan bengkel. 1.2 Mengkoordinasi urusan penyelenggaraan alatan bagi tujuan pengajaran dan penyelidikan di makmal dan bengkel. 1.3 Menyelia pembelian alatan dan aset bagi tujuan pengajaran dan penyelidikan di makmal dan bengkel.Mengurus keperluan prasarana dan ekosistem penyelidikan yang memenuhi keperluan fakulti. 2. Menyelia penggunaan makmal dan IT bagi tujuan pengajaran dan penyelidikan secara berkesan 2.1 Menyelia alatan makmal dan IT yang diperlukan bagi tujuan pengajaran dan penyelidikan di makmal dan bengkel. 3. Terlibat dengan program Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan (OSHE) 3.1 Menyelia perancangan program Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan (OSHE) bagi makmal dan bengkel 3.2 Memudah cara aktiviti yang dirancang oleh Jawatankuasa Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan (OSHE) bagi makmal dan bengkel 4. Memantau ketua makmal, dan menyelia penolong jurutera, pengajar, dan penolong pegawai latihan vokasional 4.1 Mengkoordinasi program yang dilaksanakan oleh ketua makmal bagi tujuan pengajaran dan penyelidikan di makmal dan bengkel. 4.2 Meneliti proses kerja penolong jurutera, pengajar dan penolong pegawai latihan vokasional. PENGALAMAN 1. Berpengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun sebagai Ketua Makmal. 2. Bergred jawatan sekurang-kurangnya Pensyarah Kanan. 29


DIMENSI 1. Jawatankuasa Makmal dan Bengkel 2. Jawatankuasa Eksekutif Fakulti 3. Jawatankuasa Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan (OSHE) Fakulti 4. Jawatankuasa Kewangan Fakulti 5. Jawatankuasa Pengurusan Makmal Pusat Pengurusan Makmal Universiti TARIKH KEMASKINI 01 OKTOBER 2022 30


DISKRIPSI TUGAS PENTADBIR AKADEMIK NAMA JAWATAN : PENGERUSI, SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH BERTANGGUNGJAWAB KEPADA : NAIB CANSELOR; TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA). BIL AKAUNTABILITI TUGAS UTAMA 1 Mengendalikan pengurusan pasca siswazah akademik dan penyeliaan. 1.1 Memastikan segala urusan hal ehwal yang berkaitan pengajian siswazah di UTM berjalan dengan lancar. 1.2 Bertanggungjawab dalam memastikan dokumen rujukan seperti Peraturan Akademik, Prosedur Pengajian Siswazah dan SOP dikemaskini secara berkala mengikut perkembangan semasa. 1.3 Memastikan urusan pelantikan penyelia UTM dan penyelia luar berjalan dengan lancar. 1.4 Memastikan sistem penilaian pelajar penyelidikan selaras dengan attribut graduan pasca siswazah UTM. 1.5 Bertanggungjawab memastikan polisi dan peraturan akademik pelajar pasca siswazah dilaksanakan di Fakulti dan PTJ pusat yang berkaitan seperti AMD 1.6 Menyemak dokumentasi, laporan graduan pelajar pascasiswazah penyelidikan dan sistem maklumat pengajian siswazah UTM untuk JKTS 1.7 Mempengerusikan Jawatankuasa Akademik Pengajian Siswazah Universiti (JAPSU). 1.8 Memastikan isu-isu pelajar pasca siswazah dikendalikan dengan baik bersama PTJ lain. 2 Mengendalikan pengurusan dan pentadbiran jabatan 2.1 Membuat perancangan dan menguruskan pembangunan kemahiran di kalangan staf termasuk latihan, kursus dan bengkel. 2.2 Memantau kebajikan staf di jabatan. 2.3 Menguruskan fasiliti pelajar pasca siswazah di ruang yang disediakan berada dalam keadaan baik. (cth: workspace di C09 dan P23). 2.4 Menguruskan dan 31


membuat perancangan kewangan untuk PTJ. 2.5 Membuat perancangan bagi proses kenaikan pangkat dan penempatan staf. 2.6 Memantau dan memastikan pencapaian KAI Jabatan yang diberikan oleh pihak Universiti dan KAI yang ditetapkan 3 Memastikan kualiti dan pengurusan program akademik mencapai standard mengikut hasrat Universiti 3.1 Bertanggungjawab memantau dan memastikan program Pasca Siswazah di UTM yang ditawarkan kekal berdaya saing. 3.2 Membuat perancangan hala tuju jangka panjang dan jangka pendek program pasca siswazah di UTM. 3.3 Bertanggungjawab dalam memastikan kualiti pengurusan program pengajian siswazah penyelidikan di UTM memenuhi Standard Umum dan Standard Program yang telah ditetapkan oleh badan akreditasi dan professional. 3.4 Memastikan proses semakan kurikulum dibuat pada masa yang ditetapkan dan mengikut standard yang telah ditetapkan oleh badan akreditasi dan profesional. 3.5 Bekerjasama dengan pihak QRiM untuk memastikan program pasca siswazah yang ditawarkan mendapat kelulusan KPT dan didaftarkan di MQR apabila ditawarkan. 3.6 Membuat perancangan pelaksanaan program pembangunan penyeliaan seperti AS 101, AS102, AS103 dan kursus-kursus yang relevan dari masa ke semasa. 3.7 Membuat perancangan dan menawarkan program yang menyokong pembelajaran pelajar penyelidikan di UTM menerusi program PGSS, PGSC , PGCS dan pertandingan yang meningkatkan kemahiran generik pelajar seperti 3MT, Famelab dan sebagainya. 3.8 Memperkenalkan, mempromosi dan melaksanakan program akademik yang menyokong pembelajaran fleksibel dan pembelajaran sepanjang hayat seperti Micro Credential, APEL, Stackable Degree dan MOOC. 32


4 Memastikan pengurusan sistem akademik sentiasa boleh diakses dan dikemaskini 4.1 Memastikan sistem yang berkaitan pengurusan pelajar Pasca Siswazah (GSMS, ODL, AIMS) dan penyelia (GSMS, Supervisory System) dalam keadaan yang baik. 4.2 Membuat perancangan pembelian kelengkapan IT untuk keperluan jabatan dan pengurusan pasca siswazah 5 Memantau dan menguruskan pengendalian pengurusan program Pesisir 5.1 Menguruskan pelaksanaan program khas dan pesisir termasuk penetapan yuran, jadual kelas dan urusan peperiksaan. 5.2 Bertanggungjawab dalam urusan kewangan Program Khas dan Pesisir yang ditempatkan di SPS. 5.3 Merancang dan memantau pelaksanaan program remote supervision. 5.4 Merancang dan menguruskan pelaksanaan program ODL di UTM termasuk penglibatan dalam menghasilkan COPPA-ODL dan struktur yuran 6 Memantau pengendalian pengurusan biasiswa 6.1 Memantau pelaksanaan biasiswa Zamalah, IDF dan NPF 6.2 Memantau pelaksanaan geran dan insentif di SPS 6.3 Menjadi Pengerusi Mesyuarat JK Biasiswa. 7 Menjalankan tugas-tugas mengikut keperluan Jabatan/ Universiti. 7.1 Menjadi ahli jawatankuasa seperti Mesyuarat Senat Universiti, J/K Tetap Senat Pengajian Siswazah (JKTS) Peperiksaan dan Pengijazahan, J/K Tetap Senat (Penyelidikan dan Inovasi), J/K Tetap Senat Kurikulum dan Kualiti Akademik, Mesyuarat Panel Perjanjian, Memorandum Persefahaman dan Surat Cara UTM, Mesyuarat Panel Latihan Pembangunan & Pecah Kontrak UTM, JKTS Pembangunan Pelajar dan JKTS Perpustakaan & Sumber Pendidikan. 7.2 Membuat cadangan penambahbaikan yang strategik untuk ekosistem pengajian siswazah di UTM. 7.3 Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh TNCAA dan Naib Canselor dari semasa ke semasa PENGALAMAN 1. Pengurus Akademik (Penyelidikan & Biasiswa) SPS 2. Timbalan Dekan (Penyelidikan & Biasiswa) SPS. 33


DIMENSI • 45 orang staf di SPS Johor Bahru dan Kuala Lumpur • Empat (4) bahagian di Sekolah Pengajian Siswazah (Johor Bahru & Kuala Lumpur) • Lapan (8) fakulti di UTM • 8,918 orang pelajar pasca siswazah TARIKH KEMASKINI 34


DISKRIPSI TUGAS PENTADBIR AKADEMIK NAMA JAWATAN : TIMBALAN PENGERUSI, SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH BERTANGGUNGJAWAB KEPADA : PENGERUSI, SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH BIL AKAUNTABILITI TUGAS UTAMA 1 Merancang dan menguruskan strategi sekolah siswazah untuk menyediakan ekosistem akademik yang mampan melalui program pasca siswazah yang berkualiti dan cemerlang. Unit Pembangunan Sistem dan Profesional 1.1 Bertanggungjawab terhadap Unit Pembangunan Program, Profesional & Sistem di SPS. 1.2 Membangunkan Polisi, Prosedur dan Garis Panduan berkaitan pembangunan profesional pelajar pascasiswazah dan penyelia pelajar penyelidikan Pascasiswazah. 1.3 Merancang, mengurus dan memantau Latihan serta program Pembangunan Profesional Pelajar Pascasiswazah di UTM. 1.4 Merancang, mengurus dan memantau program dan latihan Pembangunan kemahiran generik pelajar Pascasiswazah di UTM. 1.5 Merancang, mengurus dan memantau proses lantikan dan latihan bagi Jaminan Kualiti Penyelia pelajar penyelidikan Pascasiswazah. 1.6 Memantau kualiti pengurusan program pengajian siswazah penyelidikan di UTM supaya memenuhi Standard Umum dan Standard Program yang telah ditetapkan oleh badan akreditasi dan professional. 1.7 Memantau proses semakan kurikulum dibuat pada masa yang ditetapkan dan mengikut standard yang telah ditetapkan oleh badan akreditasi dan profesional. 1.8 Bekerjasama dengan pihak QRiM untuk memastikan program pasca siswazah yang ditawarkan mendapat kelulusan KPT dan didaftarkan di MQR apabila ditawarkan. 1.9 Memudahcara urusan semakan kurikulum dan audit kualiti program pengajian siswazah merangkumi penyediaan dokumen spesifikasi program kertas kerja diantara fakulti/sekolah dengan QRIM 35


Unit Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) 2.1 Bertanggungjawab terhadap Unit Teknologi Maklumat & Komunikasi di SPS 2.2 Memudahcara urusan diantara SPS, Jabatan TNCAA dan UTM Digital bagi tujuan yang berkaitan Teknologi 2.3 Merancang, mengurus dan memantau proses Rekabentuk, Pembangunan, sokongan dan penyelenggaraan sistem dan laman web di SPS untuk keperluan pengajian siswazah 2.4 Bekerjasama dengan UTM Digital berkaitan dengan masalah keperluan Teknologi Maklumat pelajar dan program pascasiswazah UTM 2.5 Memastikan sistem yang berkaitan pengurusan pelajar Pasca Siswazah seperti (GSMS, VIVA, AIMS), pengajaran dan pembelajaran (ODL, elearning@UTM), dan penyelia (GSMS, Supervisory System) dalam keadaan yang baik. 2.6 Membuat perancangan pembelian kelengkapan ICT untuk keperluan jabatan dan pengurusan pasca siswazah 2 Membantu Pengerusi menguruskan segala hal ehwal yang berkaitan pengajian siswazah di UTM. 3.1 Membantu Pengerusi menyediakan rancangan jangka panjang dan jangka pendek pembangunan Pengajian Siswazah bersama Fakulti dan Pusat Kecemerlangan di UTM. 3.2 Membantu Pengerusi memperkenalkan, mempromosi dan melaksanakan program akademik yang menyokong pembelajaran fleksibel dan pembelajaran 3.3 Menjadi Wakil Pengerusi dalam jawatankuasa seperti Mesyuarat Senat Universiti, J/K Tetap Senat Pengajian Siswazah (JKTS) Peperiksaan dan Pengijazahan, J/K Tetap Senat (Penyelidikan dan Inovasi), J/K Tetap Senat Kurikulum dan Kualiti Akademik, Mesyuarat Panel Perjanjian, Memorandum Persefahaman dan Surat Cara UTM, Mesyuarat Panel Latihan Pembangunan & Pecah Kontrak UTM, JKTS Pembangunan Pelajar dan JKTS Perpustakaan & Sumber Pendidikan. 36


3.4 Membuat cadangan penambahbaikan yang strategik untuk ekosistem pengajian siswazah di UTM. 3.5 Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi dari semasa ke semasa. PENGALAMAN 1. Timbalan Pengurus Fasiliti 2. Pengurus Teknologi Maklumat DIMENSI 1. Bilangan Pegawai di bawah seliaan ( Unit IT : 4 orang, Unit PSPP : 5 orang) 2. Program Pascasiswazah ( > 200 program) 3. Pelanggan dalaman ( > 1000 orang) (pensyarah dan pelajar) TARIKH KEMASKINI 37


DISKRIPSI TUGAS PENTADBIR AKADEMIK NAMA JAWATAN : TIMBALAN PENGERUSI BPPK, SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH BERTANGGUNGJAWAB KEPADA : PENGERUSI, SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH BIL AKAUNTABILITI TUGAS UTAMA 1 Menyelaras dan memantau urusan pengwujudan program baharu bagi memastikan kelancaran program pesisir yang bersistematik dan berkualiti 1.1 Menyelaraskan aktiviti prebiu program baharu 1.2 Memudahcara urusan pengwujudan program baharu melalui fakulti 1.3 Mengesahkan maklumat bagi perbincangan pewujudan program baharu 1.4 Mengesahkan senarai penawaran program baharu 2 Menyelaras dan memantau urusan pendaftaran dan taklimat program baharu bagi memastikan kelancaran proses pendaftaran pelajar baharu 2.1 Menyelaraskan aktiviti pendaftaran program baharu 2.2 Menyemak slaid taklimat pelajar baharu 2.3 Menyemak data dan merangka laporan berkaitan program baharu pada setiap semester 2.4 Menyelaras dan memantau rekod program baharu dan pusat pembelajaran rekod 3 Menyelaras dan memantau urusan pelaksanaan program pesisir bagi memastikan kelancaran program pesisir yang bersistematik dan berkualiti 3.1 Menyemak template jadual kuliah program pesisir pada setiap semester 3.2 Melaksanakan aktiviti penambahbaikan secara berterusan (CQI) program pesisir 3.3 Menyelaras dokumen kualiti dan borang program pesisir 4 Merancang dan memantau urusan pembentangan projek sarjana dan peperiksaan akhir bagi memastikan kelancaran proses penilaian dan peperiksaan pelajar pesisir 4.1 Mengurus data dan merangka laporan berkaitan perjalanan peperiksaan akhir pada setiap semester 4.2 Menyelaras dan memantau rekod jadual pembentangan / peperiksaan akhir program pesisir 5 Memantau dan menguruskan pengendalian pengurusan program Pesisir 5.1 Menguruskan pelaksanaan program khas dan pesisir termasuk penetapan yuran, jadual kelas dan urusan peperiksaan. 5.2 Bertanggungjawab dalam urusan kewangan Program Khas dan Pesisir yang ditempatkan di SPS. 38


5.3 Merancang dan memantau pelaksanaan program remote supervision. 5.4 Merancang dan menguruskan pelaksanaan program ODL di UTM termasuk penglibatan dalam menghasilkan COPPA-ODL dan struktur yuran. 6 Menyelaras dan memantau urusan pelaksanaan program ODL bagi memastikan kelancaran program yang bersistematik dan berkualiti 6.1 Menyelaraskan aktiviti pelajar baharu dan memberikan taklimat program ODL 6.2 Merancang dan menyemak template pelan pembelajaran (Study Plan) Program ODL 6.3 Menyelaras dokumen kualiti program ODL 6.4 Melaksanakan aktiviti penambahbaikan secara berterusan (CQI) program ODL 7 Menyelaras dan memantau pelaksanaan kursus kaedah penyelidikan dan kursus umum universiti kepada pelajar Remote Supervision untuk memastikan kursus dijalankan dengan berstruktur dan bersistematik 7.1 Menyelaras dan memantau lantikan pakar rujuk kursus kaedah penyelidikan dan kursus umum universiti 7.2 Melaksanakan kursus kaedah penyelidikan dan kursus umum universiti 7.3 Meluluskan cadangan bagi kes rayuan pelajar Remote Supervision PENGALAMAN 1. Berpengalaman 3 tahun menggalas jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Bahagian Pesisir & Program Khas DIMENSI 1. 5 orang staf di Bahagian Pesisir & Program Khas, SPS Johor Bahru 2. 50 Program Pesisir 3. 10 Program Khas 4. 200 orang pelajar 5. 6 Program ODL 6. 4 Kursus Kaedah Penyelidikan 7. 4 Kursus Umum Universiti TARIKH KEMASKINI 39


DISKRIPSI TUGAS PENTADBIR AKADEMIK NAMA JAWATAN : TIMBALAN PENGERUSI, SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH UTMKL BERTANGGUNGJAWAB KEPADA : PENGERUSI, SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH BIL AKAUNTABILITI TUGAS UTAMA 1 Mengendalikan pengurusan akademik dan penyeliaan pelajar pasca siswazah di UTM KL 1.1 Bertanggungjawab menjalankan fungsi Pengerusi SPS di UTM Kuala Lumpur. 1.2 Memantau pelaksanaan pengurusan akademik pasca siswazah di UTM KL agar berjalan lancar. 1.3 Membantu Pengerusi dalam memantapkan dokumen rujukan seperti Polisi, Peraturan Akademik Pelajar Pasca Siswazah, Prosedur Pengajian Siswazah dan SOP. 1.4 Bertanggungjawab memastikan polisi dan peraturan akademik pelajar pasca siswazah dirujuk dan dilaksanakan di Fakulti dan PTJ pusat yang berkaitan seperti AMD dan SRAD di UTM KL. 1.5 Bertanggungjawab dalam memantau fakulti di UTM KL dalam pelaksanaan pengurusan pelajar penyelidikan termasuk peperiksaan lisan. 1.6 Bertanggungjawab memastikan urusan pelantikan semua pemeriksa dalam dan luar bagi. 1.7 Bertanggungjawab memastikan perakuan graduan pelajar penyelidikan untuk mesyuarat JKTS (P&P) dari fakulti di UTM KL dibuat mengikut peraturan dan tempoh yang ditetapkan. 1.8 Bertanggungjawab terhadap kelulusan pelantikan dan pertukaran penyelia utama / penyelia bersama / penyelia bersama luar (external co-supervisor) bagi fakulti di UTM KL. 1.9 Bertanggungjawab dalam hal ehwal akademik program pesisir seperti pelantikan pensyarah, penyelaras dan pembantu penyelaras, keperluan logistik serta keperluan audit akreditasi program pesisir di UTM KL berjalan lancar . 40


1.10 Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal akademik pelajar Pesisir, khas, remote supervision dan TNE di UTM Kuala Lumpur. 2 Memastikan kualiti dan pengurusan program akademik mencapai standard mengikut hasrat Universiti. 2.1 Merancang pelaksanaan program pembangunan penyeliaan seperti AS 101, AS104, AS201 dan kursus-kursus yang relevan dari masa ke semasa dengan kerjasama SPS JB dan CDex. 2.2 Merancang bersama SPS JB melaksanakan 2.3 Mempromosi dan melaksanakan program akademik yang menyokong pembelajaran fleksibel dan pembelajaran sepanjang hayat seperti ODL, Micro Credential, APEL, Stackable Degree dan MOOC. 2.4 Membantu Pengerusi dalam penubuhan Pusat APEL UTM, kelulusan dan pelaksanaan APEL C dan APEL Q di UTM termasuk pembangunan sistem APEL C dan Q. 3 Memantau dan menguruskan pengendalian pengurusan program PhD Industri dan PhD Program Khas (Pelajar MARA). 3.1 Bertanggungjawab merancang pelan jangka panjang dan jangka pendek pembangunan program pengajian siswazah PhD Industri di UTM. 3.2 Bertanggungjawab merancang pengurusan, merangka dasar, kod amalan dan polisi program PhD Industri di UTM. 3.3 Bertanggungjawab merancang penambahbaikan dan pelaksanaan program PhD Industri UTM. 3.4 Bertanggungjawab dalam urusan berkaitan dengan MoU/MoA/LoC antara UTM dengan pihak industri bagi program PhD Industri. 3.5 Bertanggungjawab dalam merancang program pemantapan pembangunan profesional / latihan kepada penyelia dan pelajar Program PhD Industri serta pelajar MARA. 3.6 Bertanggungjawab dalam penyediaan pelaporan perkembangan prestasi pelajar MARA pada setiap semester. 3.7 Bertanggungjawab dalam urusan pemasaran program PhD Industri bersama pelajar potensi. 41


4 Pengurusan Student Lounge UTM KL 4.1 Bertanggungjawab dalam menguruskan Student Lounge di UTMKL. 4.2 Bertanggungjawab dalam pembangunan sistem tempahan ruang Student Lounge UTM KL. 4.3 Bertanggungjawab dalam penambahbaikan fasiliti di Student Lounge UTM KL 5 Menyelaras urusan pendaftaran pelajar baharu dan taklimat pelajar baharu di UTM KL 5.1 Menyelaraskan proses pendaftaran pelajar baharu pasca siswazah di UTM KL bersama Pejabat TNC (A&A) UTM KL. 5.2 Mewakili Pengerusi untuk menyampaikan taklimat pelajar baharu di UTM KL dan taklimat bagi pelajar program pesisir (di pusat pesisir lain). 6 Mengendalikan pengurusan dan pentadbiran jabatan 6.1 Bertanggungjawab dalam urusan pentadbiran SPS KL. 6.2 Merancang pembangunan kemahiran, latihan, kursus dan bengkel untuk staf. 6.3 Bertanggungjawab terhadap urusan modal insan staf termasuk kebajikan staf, penempatan, personel dan lain-lain. 6.4 Menguruskan dan membuat perancangan kewangan untuk PTJ. 6.5 Memantau dan memastikan pencapaian KAI Jabatan yang diberikan oleh pihak Universiti dan KAI yang ditetapkan kepada setiap unit dilaksanakan. 6.6 Memastikan urusan fasiliti dan pentadbiran jabatan berjalan lancar 7 Menjalankan tugas-tugas mengikut keperluan Jabatan / Universiti 7.1 Menjadi ahli Jawatankuasa bagi mesyuarat akademik Universiti seperti Jawatankuasa Tetap Senat Pengajian Siswazah (JKTS) Peperiksaan dan Pengijazahan, Jawatankuasa Kurikulum Universiti (JKKU) dan Jawatankuasa Akademik Pengajian Siswazah Universiti (JAPSU). 7.2 Menjadi ahli Jawatankuasa bagi mesyuarat pengurusan UTM KL seperti Mesyuarat 7.3 Menjadi ahli Jawatankuasa Eksekutif JTNCAA, SPS Kewangan SPS. 7.4 Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi dari semasa ke semasa. PENGALAMAN 1. Timbalan Dekan (Akademik) 42


DIMENSI TARIKH KEMASKINI 43


DISKRIPSI TUGAS PENTADBIR AKADEMIK NAMA JAWATAN : PENGARAH, PUSAT PEMAJUAN DALAM PENDIDIKAN FLEKSIBEL DAN DIGITAL (UTM CDEX) BERTANGGUNGJAWAB KEPADA : TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) BIL AKAUNTABILITI TUGAS UTAMA 1. Membangun, melaksana dan menilai pelaksanaan pelan strategik UTM CDex selari dengan pelan strategik Universiti untuk mencapai Objektif Strategik Universiti. 1.1 Mengetuai pembangunan pelan strategik UTM CDex selaras dengan 5 objektif strategik TNCAA bagi menyokong pelan ENVISION UTM 2025 dan 8 keutamaan strategik universiti. 1.2 Merangka, menggerak, memantau dan menilai keberkesanan strategi jangka masa panjang bagi mencapai matlamat objektif strategik 2 dan 3 yang merangkumi 7 program dan 12 HIR. 2. Menjangka, menerima dan memandu perubahan yang berterusan dan relevan bagi mengekalkan daya saing perkhidmatan UTM Cdex. 2.1 Merangka, membimbing dan memantau pelan perubahan hala tuju program akademik universiti, reka bentuk pembangunan dan inovasi kurikulum yang fleksibel berdasarkan NALI (Inovasi Pembelajaran Akademia Baharu) dan kerangka EXCEL Jabatan Pengajian Tinggi, KPT selaras dengan keperluan pembelajaran Abad Ke-21 menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) (PPPM (PT)) (2015-2025). 2.2 Merangka, membimbing dan memantau pelan perubahan hala tuju pembelajaran digital universiti selaras dengan keperluan pelaksanaan UTM Online. 2.3 Merancang, memantau dan menilai keberkesanan program pembangunan dan pemerkasaan kompetensi berkaitan Pengajaran & Pembelajaran (P&P) secara sistematik dan relevan di kalangan staf akademik universiti meliputi: - Sijil Kompetensi Asas Kerjaya Pelbagai Trek (BC4DCP) bagi Modul P&P - Amalan P&P berasaskan model NALI UTM dan kerangka Future Ready Educators (FREE) 44


Click to View FlipBook Version