INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
BMMB1144
Nama : WAN MUHAMAD FAKHRULLAH BIN WAN HANAFI
Angka Giliran : 2021252310241
No. K/P : 030114-03-0177
Program : PPISMP
Ambilan : JUN 2021
Kumpulan/Unit : F2L BAHASA MELAYU
Nama Pensyarah : CIK ASNIZA BINTI ZAKARIA
Tarikh Hantar : 12 APRIL 2022
PENDAHULUAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), santun merupakan
kehalusan atau kelembutan budi bahasa dan budi pekerti serta beradab
dan sopan. Kesantunan berbahasa pula merujuk kepada kesopanan dan
kehalusan seseorang dalam menggunakan sesuatu bahasa untuk tujuan
berkomunikasi antara satu sama lain sama ada melalui komunikasi lisan
mahupun tulisan serta menonjolkan perlakuan, tingkah laku, memek
muka dan sebagainya dalam keadaan yang positif mengikut situasi
tertentu. Menurut Rusdi Room (2013), konsep kesantunan merupakan
nilai-nilai yang boleh menentukan sama ada interaksi seseorang itu
berjaya atau tidak dari segi pemilihan kata agar tidak mengundang
kepada kesalahfahaman dalam pertuturan.
Dalam era globalisasi, dunia hari ini merentasi arus teknologi yang
semakin canggih sehingga menyebabkan isu-isu kesantunan dalam
masyarakat Malaysia semakin berleluasa dan menunjukkan belang
(Nazariyah Sani, 2015). Sikap positif dalam yang terdapat dalam diri setiap
masyarakat Malaysia saban hari boleh dikatakan semakin luntur. Senario
ini berlaku berpunca daripada ketidakprihatinan yang ditunjukkan oleh
masyarakat yang dilihat menjadi semakin runcing kerana kesantunan
dalam berbahasa semakin rapuh dan ampuh.
Oleh yang demikian, aspek kesantunan merupakan elemen yang
signifikan dan perlu dititikberatkan oleh setiap masyarakat dalam
kehidupan seharian kerana kesantunan inilah yang melambangkan
keperibadian atau imej seseorang individu itu. Masyarakat perlu sedar
bahawa nilai kesantunan dalam kehidupan tidak seharusnya dianggap
sebagai perkara yang remeh-temeh, sebaliknya nilai kesantunan ini
seharusnya dijadikan sebagai amalan dalam menghadapi pelbagai situasi
dalam kehidupan.
Poster filem berunsur keganasan
PENGGUNAAN BAHASA KURANG SANTUN YANG DILONTARKAN OLEH
MASYARAKAT TERUTAMANYA DI MEDIA SOSIAL.
Dunia pada hari ini menghadapai perkembangan teknologi yang sangat
pesat. Media sosial memainkan peranan yang amat penting dalam
menerapkan nilai kesantunan dalam diri setiap masyarakat, namun
kesantunan berbahasa dilihat semakin luntur adalah berpunca daripada
penggunaan media sosial yang tidak terkawal dengan memaparkan
pelbagai adegan-adegan yang jelas bertentangan dengan konsep sebenar
kesantunan.
Filem "KL GANGSTER 2" yang dilakonlah oleh pelakon tersohor tanah air
seperti Adi Putra, Syamsul Yusof, Rosyam Nor, Zizan Razak, Aaron Aziz
dan lain-lain banyak memaparkan aksi-aksi yang berbahaya di samping
penggunaan bahasa yang tidak elok dan kesat. Bagi mendapatkan
sambutan hangat di pasaran, pelbagai pendekatan diambil oleh pihak
produksi untuk mempromosikan filem ini termasuklah melalui media
sosial seperti Instagram, TikTok, Facebook dan sebagainya yang disiarkan
sama ada dalam bentuk rakaman video mahupun poster. Antara
perkataan tidak elok yang jelas digunakan dalam filem tersebut ialah
seperti perkataan sakai, langsi, kencing dan lain-lain.
Filem tersebut boleh mendatangkan impak negatif kepada masyarakat
kerana menunjukkan contoh yang tidak baik serta melambangkan betapa
rendahnya nilai kesantunan nonverbal. Situasi ini amatlah
membimbangkan kerana boleh mempengaruhi seseorang terutamanya
buat generasi muda pada masa kini yang suka meniru dan mempelajari
perkara-perkara baharu. Isu gangsterisme merupakan salah satu isu
sosial dalam kesantunan. Justeru, masyarakat digalakkan untuk tidak
menonton filem-filem yang berunsurkan gangsterisme sama ada melalui
YouTube dan sebagainya bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian
hidup.
Menurut Sandra L. Calvert (1999), dalam bukunya “Children’s Journeys
Through the Information Age” telah menjelaskan bahawa dalam
rancangan televisyen yang dipaparkan semasa waktu kemuncak, 70%
daripada rancangan televisyen tersebut mengandungi unsur-unsur
keganasan. Aksi-aksi ganas ini dipamerkan sebanyak lima kali dalam satu
jam dan hampir kesemua watak dalam rancangan televisyen melibatkan
diri dalam kegiatan yang ganas, malah melibatkan adegan seperti
pergaduhan malahan pembunuhan.
Majoriti filem pada masa kini baik filem tempatan mahupun filem
antarabangsa banyak memaparkan aksi-aksi yang tidak sewajarkan
ditunjukkan dan penggunaan kata-kata yang kotor dan kesat yang tidak
sesuai untuk dijadikan tontanan umum khususnya dalam kalangan
masyarkat Malaysia. Senario ini jelas menunjukkan hilangnya nilai
kesantunan nonverbal yang berlaku adalah berpunca daripada
pengiklanan filem-filem yang memaparkan aksi-aksi yang tidak
sepatutnya melalui media massa termasuklah media sosial.
Pada dasarnya, masyarakat tidak menyedari bahawa media dan teknologi
ini semakin hari semakin menghakis nilai kesantunan nonverbal dalam
diri masyarakat termasuklah generasi kini dan secara tidak langsung
mampu mengikis nilai kesantunan berbahasa dalam pergaulan seharian
mereka. Kesannya, generasi kini dan akan datang akan hilang nilai
kesantunan dalam komunikasi seharian mereka dan banyak memberi
impak negatif berbanding positif. Situasi ini akan melahirkan lebih ramai
masyarakat dan golongan yang tidak beradab terutamanya dalam
berinteraksi antara satu sama lain.
Kajian yang telah dibuat oleh oleh Maslinda Yusof dan Karim Harun (2015)
yang bertajuk Analisis Lakuan Tutur dalam Ruangan Status Facebook telah
mengulas mengenai isu pengguna media sosial Facebook melalui ruangan
aktiviti kemaskini status (update status). Dapatan kajian mendapati setiap
ungkapan status yang dimuat naik bukan sekadar struktur bahasa yang
diperhatikan, namun perlakuan atau tindakan yang dipaparkan di media
sosial juga turut dipersembahkan. Media sosial merupakan platform yang
menjadi pilihan masyarakat kini untuk berkomunikasi. Walau
bagaimanapun, terdapat masyarakat yang lupa menitikberatkan aspek
kesantunan dalam berkomunikasi di media sosial.
Berdasarkan berita dalam Utusan Online yang bertajuk Pemecatan
Muhyiddin, Mukhriz bukti UMNO tidak ‘double standard’ yang dimuat naik
di Facebook, berita tersebut telah mendapat 52 komen daripada netizen
yang masing-masing meluahkan pandangan dan perasaan hati mereka
terhadap isu tersebut. Daripada 52 komen tersebut, terdapat
penggunaan bahasa kurang santun yang dilontarkan oleh masyarakat
termasuklah dari segi penggunaan kata panggilan, nama gelaran dan
ujaran yang tidak sopan. Berikut merupakan contoh-contoh
ketidaksantunan yang ditonjolkan oleh masyarakat berdasarkan kajian
yang telah dibuat Maslida Yusof dan Karim Harun:
Jadual
Merujuk kepada jadual hasil dapatan kajian jelas menunjukkan masalah
kesantunan dari segi isu bahasa yang dipaparkan oleh masyarakat
dengan menggunakan kata-kata yang tidak sopan semasa memberi
komen di laman sosial tersebut. Netizen memanggil YB Encik Ahmad Razif
Abdul Rahman sebagai ko, lu, hampa, ang, Razif dan u. Perkara ini jelas
bertentangan dengan konsep sebenar kesantunan kerana Ahmad Razif
Abdul Rahman sepatutnya dipanggil dengan panggilan yang lebih sopan
kerana beliau merupakan salah seorang Menteri Besar Terengganu iaitu
dengan panggilan Yang Berhormat (YB), Encik ataupun beliau. Senario ini
akan turut mempengaruhi generasi muda untuk turut sama
menggunakan bahasa yang kurang santun sekiranya tidak dicegah
daripada awal kerana komen yang ditinggalkan dapat dilihat oleh seluruh
masyarakat di dunia.
Dari segi gelaran, netizen menggelarkan YB Encik Ahmad Razif Abdul
Rahman sebagai orang orang yang dilihat amat tidak sesuai kerana orang
tua merujuk kepada mereka yang telah berumur atau dalam kategori
warga emas, namun YB Encik Ahmad Razif Abdul Rahman tidak seperti
yang digambarkan oleh mereka. Dari segi ujaran, netizen banyak
melontarkan kata-kata yang berbentuk penghinaan seperti hidung tak
mancung,pipi tersorong-sorong, bongok bangsatnya, haprak sub
standard dan gila babi. Jika ditinjau dari perspektif yang lebih holistik,
perkataan-perkataan tersebut jelas memaparkan budaya kesantunan
dalam kalangan masyarakat telah diketepikan.
Status berbentuk penghinaan
Status yang dimuat naik oleh seseorang individu dalam akaun Instagram
peribadinya hasil tangkap layar daripada Twitter jelas menunjukkan
penghinaan yang diberikan kepada guru-guru yang mengandung.
Penggunaan bahasa yang berbentuk penghinaan adalah amat tidak wajar
apatah lagi kata-kata tersebut dilontarkan kepada insan mulia yang
bergelar sebagai seorang guru. Penghinaan sebegi akan mengakibatkan
persepsi buruk masyarakat terhadap sesuatu bangsa terutamanya
apabila penghinaan yang dilakukan menyentuh sensitiviti agama, kaum
dan bangsa. Hal ini akan menyebabkan tanggapan negatif terhadap
sesuatu bangsa akan muncul kerana bahasa melambangkan jiwa sesuatu
bangsa.
Poster hina agama
Penghinaan terhadap agama merupakan perkara yang amat
membimbangkan. Berdasarkan kenyataan Pemangku Timbalan Ketua
Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, tangkapan ke atas suspek
berhubung dengan kes penghinaan terhadap agama Hindu dilakukan
susulan lebih 800 laporan polis yang diterima di seluruh negara terhadap
satu klip video yang dianggap mempunyai unsur penghinaan terhadap
agama Hindu oleh suspek. Siasatan ke atas suspek berusia 34 tahun itu
dilakukan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Seribu Ombak, 2019).
Penghinaan dalam konteks isu budaya
Isu kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan isu budaya. Terdapat
segelintir masyarakat menggunakan medium media sosial untuk
membuat perkara yang jelas bertentangan dengan nilai kesantunan.
Mereka menghina budaya masyarakat yang terdapat di Malaysia. Seperti
yang sedia maklum, sememangnya Malaysia terdiri daripada pelbagai
kaum dan budaya yang menarik dan unik seperti Melayu, Cina, India dan
lain-lain. Perbezaan agama, adat, budaya dan pendapat masing-masing
seharusnya dihormati agar dapat mewujudkan suasana negara yang
aman dan harmoni.
Merujuk kepada gambar di atas, jelas telah melanggar aspek yang
seharusnya dititikberatkan dalam kesantunan. Masyarakat tidak
sewajarnya melontarkan kata-kata yang menyentuh sensitiviti budaya dan
agama sehingga wujudnya rasis atau diskriminasi terhadap bangsa lain.
Menghina budaya masyarakat lain bukanlah perkara baru yang berlaku
dalam dunia realiti, tetapi perkara ini telah lama berlaku. Namun,
sekiranya tiada usaha dilakukan, nescaya isu penghinaan budaya ini tiada
titik noktahnya.
Isu kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan isu budaya. Terdapat
segelintir masyarakat menggunakan medium media sosial untuk
membuat perkara yang jelas bertentangan dengan nilai kesantunan.
Mereka menghina budaya masyarakat yang terdapat di Malaysia. Seperti
yang sedia maklum, sememangnya Malaysia terdiri daripada pelbagai
kaum dan budaya yang menarik dan unik seperti Melayu, Cina, India dan
lain-lain. Perbezaan agama, adat, budaya dan pendapat masing-masing
seharusnya dihormati agar dapat mewujudkan suasana negara yang
aman dan harmoni.
Merujuk kepada gambar di atas, jelas telah melanggar aspek yang
seharusnya dititikberatkan dalam kesantunan. Masyarakat tidak
sewajarnya melontarkan kata-kata yang menyentuh sensitiviti budaya dan
agama sehingga wujudnya rasis atau diskriminasi terhadap bangsa lain.
Menghina budaya masyarakat lain bukanlah perkara baru yang berlaku
dalam dunia realiti, tetapi perkara ini telah lama berlaku. Namun,
sekiranya tiada usaha dilakukan, nescaya isu penghinaan budaya ini tiada
titik noktahnya.
Sumber Harian Metro tentang penghinaan seorang pelajar kepada guru
Baru-baru ini tular berkenaan dengan seorang pelajar yang dirotan oleh
seorang guru kerana pelajar perempuan berusia 13 tahun itu telah
mengeluarkan perkataan kurang ajar iaitu dengan menggelarkan gurunya
sebagai "pondan". Rata-rata warganet melalui ruangan komen di
Facebook Berita Harian telah mengeluarkan perkataan-perkataan
berbentuk makian, cacian dan hinaan terhadap pelajar dan guru tersebut
kerana telah bertindak sedemikian.
Masyarakat masing-masing mempunyai sebab yang tersendiri baik di
sebelah pihak pelajar mahupun guru tersebut. Namun, tindakan
masyarakat yang memberi komen negatif itu sedikit sebanyak telah
meruntuhkan nilai kesantunan diri yang sepatutnya dipelihara sebagai
masyarakat yang mempunyai tamadun. Perkara tersebut akan
mempengaruhi generasi muda pada masa hadapan sekiranya budaya
yang tidak baik ini terus menghantui dunia media sosial.
Pensyarah hina pelajar miskin dan golongan B40
Satu rakaman video baru-baru ini telah tular melalui saluran aplikasi
TikTok yang menunjukkan reaksi seorang pensyarah Universiti Teknologi
Mara (UiTM) terhadap seorang pelajar berstatus B40. Menerusi rakaman
video tersebut jelas menunjukkan pensyarah tersebut mengeluarkan
kata-kata yang berbaur penghinaan terhadap golongan B40. Tindakan
pensyarah terbabit dianggap sebagai tindakan yang tidak sepatutnya
berlaku dalam kalangan kumpulan profesional, namun peribahasa
Melayu ada mengatakan bahawa "terlajak perahu boleh diundur, terlajar
kata buruk padahnya".
Tidak terhenti dengan penghinaan pensyarah terbabit kepada pelajar itu,
masyarakat juga turut mengambil kesempatan untuk melanggar konsep
kesantunan dengan mengeluarkan bahasa-bahasa yang tidak sepatutnya
kepada pensyarah UiTM itu sehingga memberi implikasi yang buruk
terhadap nama baik universiti terkemuka itu. Justeru konsep kesantunan
seharusnya dijaga dan dipelihara dengan sepenuhnya supaya jelas
memaparkan kebudayaan masyarakat Melayu yang sebenar.
CARA MENANGANI ISU KESANTUNAN BERBAHASA
Disebalik isu kesantunan berbahasa yang berlaku dalam kalangan
masyarakat Malaysia dari segi penggunaan bahasa kurang santun di
media sosial, terdapat pelbagai pendekatan yang boleh dilakukan untuk
menangani isu kesantunan berbahasa agar masyarakat di negara ini
dikenali sebagai masyarakat yang mempunyai kesantunan berbahasa dan
mempunyai jati diri yang tinggi. Cara untuk menangani isu kesantunan
berbahasa ialah melalui peranan ibu bapa, peranan institusi pendidikan,
peranan kerajaan dan peranan media massa.
Ibu bapa merupakan elemen yang signifikan dalam usaha menangani isu
kesantunan dalam kalangan anak-anak. Ibu bapa berperanan penting
untuk mendidik anak-anak mengenai disiplin dan peraturan dalam
menggunakan bahasa yang santun tidak kira di mana mereka berada dan
termasuklah dalam dunia maya. Ibu bapa seharusnya menjadi suri
teladan buat anak-anak kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Oleh
itu, ibu bapalah yang membentuk nilai atau keperibadian baik terhadap
diri anak-anak mereka. Misalnya, semasa berinteraksi bersama anak-
anak, ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh yang baik buat anak-
anak dengan menggunakan bahasa yang sopan agar mereka dapat
mempengaruhi budaya baik dan nilai murni tersebut untuk diaplikasikan
dalam kehidupan seharian terutamanya apabila mereka besar nanti.
Selain itu, institusi pendidikan juga memainkan peranan penting dalam
usaha menangani isu kesantunan berbahasa dalam kalangan pelajar-
pelajar. Di peringkat sekolah, pihak sekolah iaitu guru-guru
bertangggungjawab untuk memantau para pelajar baik dari segi tingkah
laku mahupun tutur kata serta peradaban mereka terutamanya dari segi
pertuturan yang diungkapkan sama ada semasa mereka berada di dalam
atau di luar kawasan sekolah. Konsep kesantunan berbahasa juga boleh
dijelaskan kepada para pelajar sama melalui mata pelajaran Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) atau Bahasa Melayu (BM) supaya para
pelajar dapat memahami konsep sebenar kesantunan untuk diterapkan
dalam jiwa mereka. Usaha ini mampu memberi impak yang positif kepada
para pelajar untuk sentiasa berhati-hati semasa berkomunikasi iaitu
dengan menggunakan bahasa yang santun atau sopan apabila hendak
berkomunikasi dengan seseorang.
Kaunselor di Unit Bimbingan dan Kaunseling seharusnya menjelaskan
kepada para pelajar yang bermasalah akan impak negatif yang akan
menimpa pada diri mereka sendiri jika tidak berbicara atau berkata-kata
dalam bahasa yang tidak beradab terhadap warga pendidik atau guru-
guru. Para pelajar sewajarnya mengetahui bahawa adab dan sikap
hormat-menghormati terhadap guru atau orang yang lebih tua
merupakan kunci kepada kejayaan hidup. Oleh itu, Unit Bimbingan dan
Kaunseling hendaklah mengadakan ceramah atau forum yang berkaitan
dengan kesantunan berbahasa bersama dengan mereka yang pakar
dalam bidang tersebut.
Di peringkat pengajian tinggi pula seperti Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) juga seharusnya
bertindak sepertimana yang dilakukan di peringkat sekolah. Penerapan
nilai kesantunan ini dapat mengingatkan mereka supaya lebih berjaga-
jaga dengan kata-kata dan tingkah laku serta menjaga etika dengan
sebaik-baiknya kerana generasi inilah yang bakal menjadi pewaris yang
bakal memimpin negara untuk terus maju kehadapan setanding dengan
negara-negara maju yang lain. Contohnya, Institut Pendidikan Guru (IPG)
menawarkan kursus elektif Kesantunan Berbahasa kepada para pelajar
untuk mempelajari dan menghayati konsep kesantunan dalam hidup.
Usaha ini mampu mengekang budaya yang bertentangan dengan konsep
kesantunan sekiranya para pelajar dapat menjiwai makna kesantunan
dengan lebih mendalam.
Seterusnya, kerajaan juga memainkan peranan penting dalam menangani
isu kesantunan berbahasa. Misalnya, Kementerian Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (KKMM) seharusnya mengambil tindakan tegas ke
atas mana-mana individu yang memuat naik status berbentuk
penghinaan, penggunaan bahasa-bahasa kesat dan sebagainya di media
sosial. Hal ini akan menyebabkan masyarakat lebih berhati-hati semaga
menggunakan platform media sosial tanpa melontarkan kata-kata yang
tidak sopan untuk dijadikan tontonan umum. Secara tidak langsung,
situasi ini mampu menerapkan nilai kesantunan dalam diri masyarakat
supaya berhati-hati ketika menulis komen di media sosial iaitu dengan
menggunakan ayat-ayat yang lebih baik.
Kerajaan berperanan penting dalam usaha menangani masalah
gengsterisme terutamanya yang berlaku di media sosial. Oleh itu,
tindakan yang sewajarnya perlu diambil bagi memastikan gejala ini dapat
dibendung dari awal. Tindakan yang radikal boleh dilakukan oleh kerajaan
dengan secara perlahan-lahan iaitu dengan mengurangkan atau
mengehadkan penyiaran filem berunsurkan keganasan dan jenayah.
Undang-undang yang ketat melalui tindakan kerajaan akan mampu
memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa bahayanya pembabitan
dalam aktiviti gengsterisme kerana boleh merosakkan kesantunan verbal
dan nonverbal seseorang.
Pihak kerajaan juga seharusnya mengambil akauntabiliti untuk menapis
filem-filem di televisyen atau di panggung wayang yang memaparkan
adegan-adegan yang tidak sepatutnya seperti adegan-adegan yang
mempunyai unsur-unsur carutan, keganasan, seks dan sebagainya.
Apabila kerajaan menghalang filem tersebut daripada dijadikan tontonan
umum, maka pengaruh buruk baik dari segi tutur kata mahupun tingkah
laku dapat dielakkan. Hal ini kerana masyarakat Malaysia mudah untuk
mengikuti jejak artis-artis, pelakon serta penyanyi dan sekiranya mereka
menonjolkan perkara yang baik, maka baiklah pengaruhnya dan begitulah
juga sebaliknya.
Media massa memainkan peranan penting dalam menangani isu
kesantunan berbahasa. Media massa seharusnya memperiklankan atau
menyiarkan seribu satu kebaikan kesantunan berbahasa yang dapat
diperolehi oleh generasi muda sekiranya diamalkan dalam kehidupan
seharian. Sebagai bukti yang konklusif, setelah selesai program atau
cerita atau rancangan televisyen yang disiarkan, amalan murni yang
berkaitan dengan kesantunan berbahasa sama ada dalam bentuk animasi
atau tulisan boleh dilakukan supaya generasi kini dan akan datang mudah
untuk memahami makna kesantunan dan mampu mempraktikkannya
dalam kehidupan seharian.
Media massa perlu bijak memaparkan iklan-iklan yang jelas mempunyai
unsur kesantunan berbahasa yang boleh menjadi ikutan masyarakat
umum. Sememangnya masyarakat Malaysia kaya dengan adat dan juga
adab. Namun, sekiranya tidak disemai dan dijaga dengan baik, nescaya
akan luntur dek pengaruh pelbagai perkara yang tidak baik. Justeru,
sekiranya media massa memperuntukkan masa seketika untuk
mengiklankan kesantunan berbahasa kepada masyarakat, maka secara
tidak langsung masyarakat dapat menghayatinya dan menjadikan perkara
itu sebagai suatu amalan dan pegangan dalam hidup terutamanya dalam
berdepan dengan pelbagai cabaran yang mencabar pada masa hadapan
kerana bahasa jiwa bangsa. Bahasalah yang melambangkan sesuatu
bangsa.
Media massa juga boleh menyiarkan iklan berkaitan kesantunan
berbahasa melalui media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram,
TikTok, WhatsApp, Telegram dan sebagainya. Platform tersebut merupakan
platform yang popular dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, pihak media
massa seharusnya mengambil peluang keemasan ini dengan mencelah
bagi menyiarkan iklan berkaitan kesantunan berbahasa agar mesej
sebenar kesantunan ini dapat menyentuh jiwa pengguna media sosial.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, penggunaan bahasa kurang santun dalam kalangan
masyarakat Malaysia masih lagi berlaku terutamanya di media sosial.
Situasi ini didorongi oleh beberapa faktor yang melibatkan isu bahasa, isu
budaya dan isu sosial sehingga amalan budi bahasa dan kesantunan
berbahasa semakin sirna. Kesantunan berbahasa sepatutnya perlu
dititikberatkan dalam kehidupan seharian masyarakat Malaysia dan
sentiasa menjadi pegangan tidak mengira umur, kaum, persekitaran
sosial dan apa-apa situasi. Oleh itu, sudah tiba masanya masyarakat
Malaysia memperkasakan kesantunan berbahasa dalam kehidupan
seharian sama ada melalui peranan ibu bapa, institusi pendidikan,
kerajaan mahupun media massa kerana kesantunan berbahasa dapat
menggambarkan keperibadian seseorang.
.
Semua pihak seharusnya bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk
menyemai amalan berbudi bahasa dalam diri setiap individu kerana
usaha ini merupakan usaha bersama kerana tanpa usaha bersama tidak
mungkin masalah ini dapat diatasi. Mengharapkan sebelah pihak sahaja
untuk memupuk amalan murni ini dalam setiap jiwa rakyat Malaysia
amatlah mustahil kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.
Profesor DiRaja, Ungku Aziz pernah berkata, “Malaysia yang aman dan
damai akan lenyap dalam sedikit masa jika rakyatnya tidak bermoral dan
nilai budi bahasa yang kian terhakis dari jiwa mereka”. Justeru, marilah
sama-sama menghayati nilai kesantunan dalam diri dan biarlah pepohon
terus bergoyang, biarlah matahari terus bersinar dan biarlah negara
Malaysia terus disegani kerana ketinggian budi bahasa rakyatnya. Berikut
merupakan sebuah pantun yang menjelaskan betapa tingginya
kedudukan mereka yang berbudi bahasa:
Tenang-tenang air dilaut,
Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut;
Budi yang baik rasa nak junjung.
Rujukan
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Khidhir Uzair. (n.d.). Kesantunan masyarakat. Academia.edu.
https://www.academia.edu/34520305/kesantunan_masyarakat
Maslinda Yusof & Karim Harun. (2015). Analisis lakuan tutur dalam ruangan
status Facebook. Malaysian Jurnal Of Communication, 31 (2), 151-168.
Nazariyah Sani. (2015). Kesantunan Masyarakat Malaysia. Sasbadi Sdn Bhd.
Petaling Jaya.
Rusdi Room. (2013). Konsep Kesantunan Berbahasa Dalam Islam. Jurnal
Adabiyah, 13(2), 223-231.
Sandra L. Calvert. (1999). Children's journeys through the information age.
McGraw-Hill.
Seribu Ombak. (2019, April 30). Isu Hina Agama: Kesensitifan Penganut dan
Perpaduan Masyarakat Perlu Dijaga.
https://seribuombak.wordpress.com/2019/04/30/isu-hina-agama-
kesensitifan-penganut-dan-perpaduan-masyarakat-perlu-dijaga/