The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU DAN ISU KESALAHAN KATA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 895-3-wan, 2023-04-04 11:32:21

PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU DAN ISU KESALAHAN KATA

PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU DAN ISU KESALAHAN KATA

PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU DALAM BAHASA MELAYU DAN ISU KESALAHAN KATA BMMB3203 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


AHLI KUMPULAN TASNIM AULIA BINTI ZAKARIA WAN MUHAMAD FAKHRULLAH BIN WAN HANAFI WAN NASIHAH SALIHAN BINTI WAN MUSTAPHA


PROSES PEMBENTUKAN KATA Bahasa Melayu sudah mempunyai sistem imbuhan yang lengkap. Pertambahan bidang ilmu dan ikhtisas yang baharu menyebabkan sistem imbuhan asing dipinjam untuk menampung kemasukan bentuk-bentuk kata pinjaman. Berlakunya proses penambahan bentuk imbuhan dalam bahasa Melayu dengan meminjam imbuhan daripada bahasa asing. Imbuhan asing diterima sepenuhnya (mempertahankan bentuk asalnya) atau diubah suai mengikut sistem tatabahasa bahasa Melayu.


Pembentukan Perkataan Baharu IMBUHAN DARIPADA SANSKRIT IMBUHAN DARIPADA ARABPARSI IMBUHAN DARIPADA YUNANI-LATININGGERIS


IMBUHAN DARIPADA SANSKRIT


Imbuhan daripada Sanskrit merupakan jenis imbuhan yang telah lama terserap ke dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu. Imbuhan daripada Sanskrit terbahagi kepada dua jenis iaitu imbuhan awalan dan akhiran. IMBUHAN DARIPADA SANSKRIT Awalan -----> maha-, tata-, pra-, swa-, tuna-, eka-, dwi-, pancaAkhiran -----> -man, -wan, -wati, -nita


Berfungsi melahirkan bentuk kata adjektif dan kata nama. Membawa pengertian paling atau tahap terbesar, tertinggi dan teragung. AWALAN MAHA - maha- + guru ----> mahaguru maha- + siswa ----> mahasiswa maha- + raja ----> maharaja


Secara lazimnya, ejaan bentuk terbitan daripada jenis maha- + kata adjektif dieja berasingan. Perkataan maha dalam binaan ini tidak bertaraf imbuhan tetapi satu perkataan yang utuh. AWALAN MAHA - maha- + mulia ----> maha mulia maha- + besar ----> maha besar maha- + agung ----> maha agung


Awalan tata- digunakan khusus untuk menerbitkan kata nama, yang membawa pengertian suatu susunan atau peraturan. AWALAN TATAtata- + tertib ----> tatatertib tata- + bahasa ----> tatabahasa tata- + susila ----> tatasusila tata- + cara ----> tatacara tata- + hukum ----> tatahukum tata- + nama ----> tatanama tata- + kerja ----> tatakerja


Awalan pra- ialah awalan yang produktif yang menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya. AWALAN PRApra- + kata ----> prakata pra- + syarat ----> prasyarat pra- + sejaraj ----> prasejarah pra- + siswazah ----> prasiswazah pra- + sangka ----> prasangka pra- + wacana ----> prawacana pra- + sarana ----> prasarana pra- + universiti ----> prauniversiti pra- + saran ----> prasaran


Awalan swa- digunakan untuk menerbitkan kata nama yang memberi makna sendiri. Awalan ini mempunyai potensi untuk menjadi awalan yang produktif, walaupun penggunaannya agak terbatas. AWALAN PRAswa- + daya ----> swadaya (kekuatan sendiri) swa- + asta ----> swasta (berdiri sendiri) swa- + sambada ----> swasambada (keperluan sendiri) swa- + tantra ----> swatantra (pemerintahan sendiri) swa- + tenaga ----> swatenaga (tenaga sendiri) swa- + layan ----> swalayan (layan sendiri)


Penggunaan kedua-dua akhiran -wan dan -man akan menerbitkan kata nama yang membawa pengertian pelaku sesuatu perbuatan, pekerjaan atau tugas atau pemilik sesuatu sifat atau keupayaan. -man digunakan bagi bentuk kata dasar yang berakhir dengan huruf i, manakala -wan digunakan untuk bentuk kata dasar yang berakhir dengan huruf a. AKHIRAN -WAN, -MAN seni + -man ----> seniman budi + -man ----> budiman cendekia + -wan ----> cendekiawan harta + -wan ----> hartawan angkasa + -wan ----> angkasawan


Kedua-dua akhiran ini digunakan sebagai usaha menimbulkan padanan kepada akhiran -man dan -wan. Tujuannya untuk menunjukkan kategori jantina, iaitu -man dan -wan bagi lelaki dan -wati dan -nita bagi wanita. AKHIRAN -WATI, -NITA seni + -wati ----> seniwati angkasa + -wati ----> angkasawati sukarela + -wati ----> sukarelawati biduan + -nita ----> biduanita karyawan + -nita ----> karyawanita


IMBUHAN DARIPADA ARAB-PARSI


IMBUHAN DARIPADA ARAB-PARSI Bahasa Melayu mula mendapat pengaruh daripada bahasa Arab-Parsi sejak kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Bahasa Arab mula digunakan oleh masyarakat Melayu disebabkan bahasa Arab merupakan bahasa rasmi untuk agama Islam. Hal ini memudahkan proses asimilasi unsur bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu, terutamanya dari segi pengambilan bentuk-bentuk katanya. Penyerapan unsur imbuhan Arab Parsi dalam bahasa Melayu amat terbatas. Terdapat dua jenis imbuhan pinjaman Arab-Parsi iaitu imbuhan awalan dan imbuhan akhiran.


IMBUHAN AWALAN DARIPADA ARAB-PARSI Terdapat hanya satu imbuhan awalan yang berasal daripada bahasa Parsi iaitu bi-. Imbuhan bi- bermaksud tidak dan digunakan untuk menerbitkan bentuk kata adjektif, tetapi penggunaanya amat terbatas. Pembentukan istilah sains dan teknologi dengan menggunakan imbuhan ini pernah dilakukan tetapi hasilnya agak terhdad. bi- + lazim ---> bilazim (tidak lazim) bi- + adab ---> biadab (tidak berada) bi- + normal ---> binormal (tidak normal)


IMBUHAN AKHIRAN DARIPADA ARAB-PARSI Imbuhan akhiran -wi dan -i digunakan untuk membentuk kata adjektif iaitu mencirikan sifat yang terkandung dalam kata dasar. Imbuhan -wi digunakan apabila kata dasar berakhir dengan vokal. Imbuhan -i digunakan apabila kata dasar berakhir dengan konsonan. i) Akhiran -wi, -i sejara(h) + -wi ----> sejarawi dunia + -wi ----> duniawi bahar + -i ----> bahari manusia + -wi ----> manusiawi azal + -i ----> azali


IMBUHAN AKHIRAN DARIPADA ARAB-PARSI Imbuhan akhiran -iah digunakan untuk membentuk kata adjektif yang membawa maksud sifat atau ciri yang terkandung dalam kata dasar. ii) Akhiran -iah alam + -iah ----> alamiah lahir + -iah ----> lahiriah ilm(u) + -iah ----> ilmiah batin + -iah ----> batiniah


IMBUHAN AKHIRAN DARIPADA ARAB-PARSI Mukminin/mukminat, muslimin/muslimat, musyrikin/musyrikat, ustaz/ustazah dan sultan/sultanah merupakan bentuk kata bahasa Arab yang tidak asing lagi bagi orang Melayu. Imbuhan -in, -at, dan -ah digunakan untuk menunjukkan kata nama lelaki dan perempuan. iii) Akhiran -in, -at, -ah hadir + -in ----> hadirin munafik + -in ----> munafikin hadir + -at ----> hadirat munafik + -at ----> munafikat salih + -ah ----> salihah qari + -ah ----> qariah


IMBUHAN DARIPADA YUNANIINGGERIS-LATIN


IMBUHAN DARIPADA YUNANI-INGGERIS-LATIN Bahasa Yunani-Latin-Inggeris merupakan bahasa yang paling banyak diserap masuk ke dalam bahasa Melayu. Kebanyakan imbuhan daripada bahasa Yunani-Latin-Inggeris adalah bentuk imbuhan awalan. Bagi bentuk imbuhan yang lain pula hanya sekadar diserap sebagai sebahagian kata pinjaman untuk bahasa Melayu. Dalam imbuhan awalan Yunani-Latin-Inggeris, terdapat beberapa daripadanya yang bersifat produktif. Bentuk-bentuk produktif yang dimaksudkan ialah pembentukan kata untuk peristilahan. Terdapat juga bentuk awalan yang lain namun tidak digunakan sebagai imbuhan tetapi sebagai kata pinjaman. Imbuhan akhiran Yunani-Inggeris-Latin masih tidak diserap sebagai imbuhan pembentukan kata dalam bahasa Melayu. Kebanyakan daripada bentuk ini diserap masuk untuk menjadi kata pinjam dalam bahasa Melayu.


Awalan proTujuannya digunakan untuk menunjukkan bersetuju, memihak atau menyebelahi sesuatu pihak. IMBUHAN AWALAN DARIPADA YUNANI-INGGERIS-LATIN pro- + aktif ----> proaktif pro- + kerajaan ----> prokerajaan pro- + barat ----> probarat Awalan poliTujuannya untuk pengertian banyak. poli- + klinik ----> poliklinik poli- + semi ----> polisemi poli- + fasa ----> polifasa


Awalan antiTujuannya berlawanan dengan awalan proTujuannya untuk melawan, membantah, menentang, atau tidak bersetuju dengan sesuatu pihak. IMBUHAN AWALAN DARIPADA YUNANI-INGGERIS-LATIN anti- + sosial ----> antisosial anti- + kerajaan ----> antikerajaan anti- + penjajah ----> antipenjajah Awalan autoTujuannya untuk memberi pengertian secara bersendirian. auto- + graf ----> autograf auto- + carta ----> autocarta auto- + glutinasi ----> autoglutinasi


Awalan supraTujuannya berfokus kepada melebihi, mengatasi atau merentas. IMBUHAN AWALAN DARIPADA YUNANI-INGGERIS-LATIN supra- + nasional ----> supranasional supra- + kategori ----> suprakategori supra- + sistem ----> suprahidrat Awalan subTujuannya untuk pengertian sebahagian daripada keseluruhan. sub- + bidang ----> subbidang sub- + kelas ----> subkelas sub- + sistem ----> subsistem


Imbuhan pinjaman infraIMBUHAN PINJAMAN DARIPADA YUNANI-INGGERIS-LATIN infra- + orbit ----> infraorbit infra- + struktur ----> infrastruktur infra- + merah ----> inframerah Imbuhan pinjaman kilokilo- + gram ----> kilogram kilo- + meter ----> kilometer kilo- + watt ----> kilowatt


Imbuhan pinjaman miliIMBUHAN PINJAMAN DARIPADA YUNANI-INGGERIS-LATIN mili- + meter ----> milimeter mili- + gram ----> miligram mili- + liter ----> mililiter Imbuhan pinjaman teletele- + graf ----> telegraf tele- + komunikasi ----> telekomunikasi tele- + gram ----> telegram


Imbuhan pinjaman multiIMBUHAN PINJAMAN DARIPADA YUNANI-INGGERIS-LATIN multi- + sel ----> multisel multi- + butiran ----> multibutiran multi- + aras ----> multiaras Imbuhan pinjaman supersuper- + larut ----> superlarut super- + set ----> superset super- + sonik ----> supersonik


Akhiran -isme IMBUHAN AKHIRAN DARIPADA YUNANI-INGGERIS-LATIN sosial + -isme ----> sosialisme nasional + -isme ----> nasionalisme ideal + -isme ----> idealisme Akhiran -ik fonem + -ik ----> fonemik logis(t) + -ik ----> logistik linguis(t) + -ik ----> linguistik


Akhiran -al IMBUHAN AKHIRAN DARIPADA YUNANI-INGGERIS-LATIN klinik + -al ----> klinikal praktik + -al ----> praktikal kritik + -al ----> kritikal Akhiran -si klasifikasi revolusi sensasi Akhiran -is ekonomis sistematis kritis


ISU KESALAHAN KATA DALAM BAHASA MELAYU


KESALAHAN DALAM PENGGUNAAN KATA GANTI DIRI Kata ganti diri ialah kata ganti nama diri yang digunakan untuk menggantikan nama orang. Kata ganti diri terbahagi kepada 3 jenis, iaitu kata ganti pertama (penutur), kata ganti kedua (pendengar), dan kata ganti ketiga (pihak atau orang yang diceritakan). Berdasarkan gambar rajah yang diberikan, terdapat kesalahan dalam penggunaan kata ganti diri yang dinyatakan oleh salah seorang watak iaitu perkataan kata ganti diri 'kami'. Dalam situasi yang diberikan, watak tersebut telah menggunakan perkataan 'kami' untuk memaksudkan dirinya beserta 2 orang lagi rakannya. Namun begitu, walaupun istilah 'kami' termasuk dalam kata ganti diri pertama dalam bilangan majmuk, tetapi pengertiannya tidak menyertakan orang kedua sekali. Penggunaan kata ganti diri yang sesuai dalam hal ini ialah 'kita'. Penggunaan kata ganti diri 'kita' adalah lebih sesuai kerana turut menyertakan orang kedua sekali dalam perbualan. kami kita Sumber: Majalah Komik Study Bahasa Malaysia


KESALAHAN DALAM PENGGUNAAN KATA BILANGAN Kata bilangan menunjukkan perkataan yang menerangkan bilangan atau jumlah subjek atau objek. Dalam kata erti lainnya, kata bilangan merupakan sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama. Berdasarkan ciapan oleh pengguna Twitter itu, terdapat kesalahan tatabahasa mengenai kata bilangan yang dapat dikenal pasti iaitu 'para pelajar-pelajar'. Istilah 'para pelajar-pelajar' merupakan satu kesalahan tatabahasa kerana perkataan 'para' telah merujuk kepada jumlah bilangan yang banyak atau jamak. Penggunaan kata bilangan yang tepat dan betul ialah 'para pelajar' atau 'pelajar-pelajar'. para pelajar-pelajar para pelajar / pelajar-pelajar Sumber: Twitter


KESALAHAN DALAM PENJODOH BILANGAN Sumber: Akhbar Kosmo, 20 November 2010 Penjodoh bilangan ialah perkataan yang digunakan secara berpasangan dengan sesuatu kata nama atau mendahului kata nama bagi menerangkan jenis dan bilangan kata nama itu. Suatu kesalahan penggunaan penjodoh bilangan telah dikenal pasti dalam sebuah akhbar bertarikh 20 November 2010. Penjodoh bilangan buah merujuk kepada benda padu yang bentuk atau jenisnya tidak tentu. Penjodoh bilangan yang sesuai digunakan ialah batang kerana penjodoh bilangan batang merujuk kepada sesuatu benda yang lurus, panjang atau pendek serta keras. Oleh itu, imbuhan yang betul dan lebih tepat digunakan ialah beberapa batang pokok. beberapa buah pokok beberapa batang pokok


KESALAHAN DALAM KATA SENDI Kata sendi nama merupakan perkataan yang terletak di hadapan frasa nama. Dalam sebuah hantaran di Facebook mendapati, terdapat kesalahan penggunaan kata sendi nama iaitu 'di kalangan'. Kata sendi nama yang betul adalah 'dalam kalangan'. Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi dalam berfungsi sebagai kata arah yang hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. di kalangan dalam kalangan Sumber: Facebook


KESALAHAN DALAM KATA KERJA Kata kerja merupakan kata yang berfungsi untuk menunjukkan sesuatu perbuatan. Kata kerja terbahagi kepada dua kategori iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Dalam ciapan di Twitter itu, terdapat satu kesalahan bahasa yang dapat dikesan iaitu 'membincangkan tentang'. Kata kerja transitif ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja transitif serta frasa nama sebagai objek kepada kata kerja transitif itu. Perkataan lain tidak boleh disisipkan di antara kata kerja transitif dan frasa nama yang berfungsi sebagai objek itu. Penggunaan kata kerja yang sepatutnya ditulis adalah 'membincangkan' Sumber: Twitter membincangkan tentang membincangkan


Kata hubung merupakan perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan yang lain untuk membentuk ayat majmuk. Berdasarkan gambar pertama, satu kesalahan tatabahasa telah dikenal pasti oleh seorang pengguna aplikasi media sosial. Kesalahan yang berlaku ialah tidak menggunakan kata hubung gabungan iaitu 'dan' untuk menghubungkan dua ayat tersebut. Ayat yang betul ialah "Kakak saya pun rajin dan suka mengemas rumah". Berdasarkan gambar kedua pula, terdapat kesalahan pengulangan kata hubung gabungan iaitu 'dan' sebanyak dua kali. Kata hubung gabungan iaitu 'dan' hanya boleh digunakan sekali sahaja dalam satu ayat. Ayat yang betul ialah "Adik saya suka makan ayam goreng, ikan bakar dan air laici". Ayat "Adik saya suka makan ayam goreng dan ikan bakar serta air laici." juga boleh digunakan. KESALAHAN DALAM KATA HUBUNG Sumber: TikTok


KESALAHAN DALAM PERBENDAHARAAN KATA Perbendaharaan kata merupakan keseluruhan kata dalam bahasa Melayu. Kesalahan yang sering dilakukan dalam perbendaharaan kata adalah kesalahan ejaan. Terdapat satu kesalahan yang telah dikesan dalam gambar yang dilampirkan iaitu penggunaan perkataan 'kerinting' untuk menunjukkan jenis rambut. Ejaan yang betul bagi jenis rambut itu ialah 'keriting'. kerinting Sumber: Facebook keriting


Hukum D-M merujuk kepada unsur yang diterangkan perlu mendahului unsur yang diterangkan. Gambar di sebelah menunjukkan kesalahan penggunaan hukum D-M pada sebuah papan tanda yang bertulis "Hunghin Pasar Raya". Pasar raya merupakan unsur yang ingin diterangkan sementara Hunghin merupakan unsur yang menerangkan bagi pasar raya. Perkataan yang menerangkan iaitu Pasar Raya dieja mendahului perkataan yang diterangkan iaitu Hunghin. Perkataan yang sepatutnya ditulis ialah "Pasar Raya Hunghin". KESALAHAN DALAM PENGGUNAAN HUKUM D-M Sumber: Facebook Hunghin Pasar Raya, Jalan Dato' Mohd Musa, 94300, Kota Samarahan, Sarawak. Hunghin Pasar Raya Pasar Raya Hunghin


PERCAMPURAN BAHASA MELAYU DENGAN BAHASA INGGERIS Perkataan online merupakan perkataan yang diterjemahkan terus daripada perkataan bahasa Inggeris. Percampuran bahasa dalam keratan akhbar tersebut merupakan kesalahan ketara yang dapat dilihat. Dalam bahasa Melayu, perkataan online bermaksud dalam talian. Terdapat masyarakat yang masih keliru sama ada online merupakan dalam talian atau atas talian. Masyarakat Malaysia menterjemahkan perkataan online daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu iaitu atas talian. Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat, dalam talian merupakan sesuatu yang berada di bawah kawalan langsung unit pemprosesan komputer. Istilah online atau atas talian sebenarnya tidak wujud dalam istilah bahasa Melayu. Istilah yang betul dan tepat ialah 'dalam talian'. Online / atas talian dalam talian Sumber: Keratan akhbar


SEKIAN, TERIMA KASIH. Dari Kedah ke Pekan Sari; Beli suasa di Kota Tinggi; Selesai sudah tugas diberi; Di lain masa bersua lagi.


Click to View FlipBook Version