INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
KESUSASTERAAN DAN
KEBUDAYAAN
MELAYU / BMMB1104
Nama 23 APRIL 2022
: WAN MUHAMAD FAKHRULLAH BIN WAN HANAFI
Angka Giliran : 2021252310241
No. K/P : 030114-03-0177
Program : PPISMP
Ambilan : JUN 2021
Kumpulan/Unit : F2L BAHASA MELAYU
Nama Pensyarah : PN. HJH. NORMI BINTI MOHD DALI
Tarikh Hantar : 26 MAC 2022
INSTITUT PENDIDIKAN GURU Isi Kandungan
KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
3 Takrif kesusasteraan Melayu
5 Ciri-ciri kesusasteraan Melayu
7 Jenis dan bentuk kesusasteraan
Melayu
23 Manifestasi Akal Budi dalam Puisi
Tradisional
41 Rujukan
Takrif kesusasteraan Melayu
Kesusasteraan merupakan
hasil karya dan ciptaan seni
berrharga yang dimiliki oleh
masyarakat Melayu. Menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat,
kesusasteraan ialah seni
menggambarkan keindahan
dengan bahasa yang terdapat
dalam karya kesusasteraan
Melayu seperti novel, pantun,
seloka, syair dan lain-lain.
Kesusasteraan Melayu merujuk
kepada suatu bentuk ciptaan seni
yang disamapaikan melalui
bahasa.
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), perkataan kesusasteraan berasal
daripada perkataan Sanskrit iaitu susastera yang membawa maksud huruf
atau buku indah. Dari segi makna, secara umumnya sastera bermaksud
bahasa yang digunakan dalam pelbagai jenis kitab. Menurut kamus,
kesusasteraan merupakan hasil seni atau hasil karya tulisan yang
diterjemahkan dalam betuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri yang
istimewa.
Dalam bahasa Inggeris, iaitu literature juga mempunyai persamaan maksud
dengan kesusasteraan dalam bahasa Melayu. Perkataan literature berasal
daripada perkataan literate yang membawa maksud huruf atau abjad. Dalam
bentuk asalnya, perkataan literature digunakan untuk tatabahasa dan puisi.
Dalam bahasa Melayu, perkataan atau istilah kesusasteraan yang digunakan
berasal daripada perkataan Sasnskrit iaitu sastra. Kata dasar sas- membawa
maksud mengarah, mengajar atau memberi petunjuk, manakala kata dasar -
tra pula merujuk kepada alat. Oleh hal demikian, sastra boleh dijelaskan
sebagai alat untuk mengajar. Imbuhan awalan su- pula bererti baik atau indah,
3
manakala imbuhan ke- dan imbuhan -an pula membawa maksud secara
holistik atau menyeluruh iaitu segala yang tertulis, yang bernilai dan estetika
serta dengan maksud memberikan panduan, petunjuk dan pengajaran
(Hashim Awang, 1988).
Kesusasteraan Melayu dalam konteks pendidikan membawa maksud karya
yang tertulis dalam bahasa Melayu yang mempunyai unsur keindahan dan
kehalusan sama ada dalam bentuk novel, cerpen, sajak, prosa tradisional
atau puisi tradisional untuk mengimbangi keempat-empat aspek penting
iaitu aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek serta mempamerkan nilai
kemanusiaan dan citra masyarakat.
Kesimpulannya, kesusasteraan Melayu merupakan hasil karya masyarakat
Melayu yang mempunyai kata-kata yang indah, memberi mesej dan
menggambarkan sesuatu perasaan dan keadaan yang tertentu sama ada
mengenai diri sendiri ataupun sekelompok masyarakata. Sastera juga
dianggap sebagai gambaran peribadi yang berupa pengalaman, pemikiran,
perasaan, idea, semangat ataupun keyakinan dalam bentuk gambaran
konkrit yang membangkitkan keperibadian melalui pengantara bahasa tidak
kira sama ada bermutu atau sebaliknya (Azman Rahmat et. al., 2022)
4
Ciri-ciri kesusasteraan Melayu
Kesusasteraan Melayu mempunyai perbezaan dengan seni yang lain
kerana ciptaan sastera menggunakan bahasa sebagai medium
penyampaiannya. Kesusasteraan Melayu tidak akan mempunyai maksud
sekiranya tidak mempunyai matlamat dan tidak ditujukan kepada
seseorang ataupun sekumpulan pembaca. Oleh itu, kesusasteraan Melayu
seharusnya bersifat positif dan mempunyai ciri-ciri yang tertentu yang
menggambarkan keunikannya yang tersendiri.
Keindahan merupakan salah satu daripada ciri kesusasteraan Melayu.
Keindahan merupakan gaya dan lenggok bahasa yang digunakan dalam
karya sastera sehingga dapat menyerlahkan keindahan sesebuah hasil
karya itu. Keindahan hasil sastera bergantung kepada kesatuan unsur
yang membentuk suatu susunan atau struktur karya sehingga menjadi
sesuatu yang bulat dan utuh. Sebuah karya seni akan menjadi indah dan
menarik sekiranya memiliki unsur-unsur yang terkandung di dalamnya
iaitu keutuhan, keselarasan, keseimbangan dan penekanan. Unsur- unsur
yang berbeza mempunyai cara tersendiri dalam membentuk kesatuan
yang utuh bagi memperlihatkan keutuhan sesebuah karya. Contohnya,
bentuk penulisan novel berbeza dengan penghasilan puisi kerana kedua-
dua hasil karya tersebut mempunyai unsur yang berbeza.
Karya kesusasteraan Melayu juga mempunyai ciri yang mencerminkan
pengalaman pengkarya tersebut. Dalam konteks ini, pengalaman merujuk
kepada tindak balas yang utuh daripada jiwa manusia yang digambarkan
secara realiti. Perkataan utuh merujuk kepada fikiran, imaginasi dan
perasaan, manakala perkataan realiti pula merujuk kepada sesuatu yang
dapat memberi kesedaran kepada manusia. Dalam sastera, pengalaman
diceritakan melalui bahasa kerana bahasa merupakan peranti yang dapat
meneruskan fikiran, perasaan dan imaginasi pengkarya bagi
membolehkan pembaca menghayati, memikirkan dan merasakan perkara
yang ingin disampaikan oleh pengkarya.
5
Karya seni terbahagi kepada dua kategori, iaitu karya sastera dan karya
bukan sastera. Dalam situasi ini, terdapat tiga perkara yang dapat
membezakan antara karya sastera dan karya bukan sastera iaitu bersifat
fiksyen, nilai-nilai estetik dan gaya bahasa yang khusus. Karya sastera yang
bersifat fiksyen dihasilkan melalui imaginasi pengkarya berdasarkan
pengalaman atau tindak balasnya terhadap alam realiti. Daya imaginasi
merupakan elemen yang signifikan dalam penghasilan sesebuah karya
fiksyen kerana melalui dunia khalayan dan imaginasi inilah pembaca dapat
menghayati kenyataan dan masalah sesebuah karya ke dalam bentuk
konkrit. Nilai-nilai estetik membolehkan pengkarya mengungkapkan isi
hati dengan jelas dan mendalam. Dari segi penggunaan bahasa dalam
karya sastera adalah berbeza dengan karya bukan sastera kerana bahasa
yang digunakan dalam karya sastera lebih kompleks danpuitis bagi
menarik perhatian pembaca membaca dan menghayati karya sastera
tersebut melalui jiwa mereka.
Dalam konteks pengalaman seni, pembaca dapat memahami hasil karya
melalui peristiwa sastera yang dialami. Demikian juga sebaliknya.
Seseorang pengkarya mendapat kepuasan atas karyanya jika pembaca
dapat memahami dan merasai perasaan pengkarya serta menerima hasil
karya-karyanya. Namun, pembaca harus sedar bahawa memahami dan
merasai fikiran tidak cukup. Malah, pembaca harus sedar akan nilai-nilai
yang terkandung dalam hasil sastera tersebut.
6
Jenis dan bentuk kesusasteraan Melayu
Jenis dan bentuk kesusasteraan Melayu mempunyai pelbagai ragam
kerana jenis dan bentuk kesusasteraan Melayu ini masing-masing
mempunyai unsur-unsur khusus yang dapat membentuk pola secara
berbeza untuk tujuan tertentu. Kesusasteraan Melayu dari segi jenis dan
bentuknya terbahagi kepada prosa tradisional, prosa moden, puisi tradisonal
dan puisi moden.
Prosa Tradisional
Tradisional bererti serius dan abadi nilainya, tertinggi mutunya dan menjadi
standard kepada orang lain, mempunyai gaya sederhana, memiliki ciri-ciri
yang lazim dan tidak berubah-rubah walaupun mengikut peredaran zaman
(Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Dalam konteks ini prosa tradisional merujuk
kepada bentuk kesusasteraan yang masih kekal sehingga ke hari ini dan
dijadikan sebagai sumber pengetahuan, pengajaran, sempadan tingkah laku
atau sumber atau pengenalan masyarakat Melayu kepada masyarakat luar.
Secara umumnya, sastera lama mempunyai sedikit perbezaan berbanding
prosa tradisional kerana sastera lam lebih bersifat sementara sahaja. Hal ini
dikatakan demikian kerana apabila datang sastera yang baru, maka akan
hilanglah yang lama. Namun begitu, prosa tradisional merupakan sastera
yang mempunyai sifat diwarisi secara turun-temurun walaupun dari segi
jangka masa sastera itu telah lama dihasilkan.
Pada awalnya, prosa tradisional
mendapat pengaruh daripada Hindu dan
Buddha. Walau bagaimanapun, pengaruh
daripada Hindu dan Buddha kurang
menyumbang ke arah perkembangan
prosa tradisional kerana bahasa yang
digunakan agak sukar difahami serta
jalan ceritanya yang kurang jelas. Bahasa
yang digunakan adalah bahasa Sanskrit
dan Melayu Kuno. Cerita dewa-dewa
yang digambarkan pula jauh dengan cara
hidup masyrakat Melayu.
7
Kedatangan Islam pada abad ke-
14 sehingga abad ke-16 telah
menyebabkan kesusasteraan
prosa tradisional mengalami
perkembangan yang positif
sehingga munculnya tulisan Jawi
yang merupakan tulisan penting
bagi penganut agama Ilsam.
Agama Islam mula bertapak di
istana dan mengambil alih
peranan agama Hindu dan Buddha. Istana berperanan sebagai pusat
perkembangan kesusasteraan Melayu klasik yang utama. Penulis
mengarang pelbagai jenis karya baharu berdasarkan arahan daripada
pemerintah iaitu raja. Hikayat yang dihasilkan adalah tidak terikat kepada
bidang kesusasteraan semata-mata malahan meliputi bidang agama,
perubatan, sejarah dan lain-lain. Pertambahan keperluan terhadap karya
telah berjaya mewujudkan pusat penyalinan dan penerbitan hasil
kesusasteraan.
Hasil karya seni yang disampaikan melalui bahasa disebut sebagai prosa
tradisional yang berperanan untuk menyatukan falsafah pencipta dan
penerimanya pada masa itu. Prosa tradsional terbahagi kepada dua genre
iaitu sastera rakyat (lisan) dan sastera istana (tulisan).
1. Sastera Rakyat (Lisan)
Sastera rakyat merupakan hasil karya yang diinspirasikan dan disampaikan
secara lisan. Menurut Zaidan et. al., 2000), sastera lisan atau sastera rakyat
merupakan ujaran dari mulut ke mulut, hasil kebudayaan lisan dalam
masyrakat tradisional yang isinya dapat disejajarkan dengan sastera tulisan
dalam masyarakat mode, Dengan erti kata lain, sastera yang diwariskan
secara lisan seperti pantun, nyanyian rakyat dan cerita rakyat. Sastera lisan
juga disebut sebagai sastera rakyat. Rakyat membawa maksud orang biasa
yang hidup kolektif untuk membentuk satu sistem keluarga besar dan
hidup dalam kumpulan untuk mengamalkan nilai kemasyarakatan yang
tebal dan berpegang teguh kepada corak budaya tradisional.
8
Terdapat beberapa ciri sastera rakyat. Antaranya ialah sastera rakyat
diseebar dan diwariskan secara lisan. Seterusnya, sastera rakyat bersifat
tradisional dan lama. Sastera rakyat wujud dalam jenis yang berlainan serta
bersifat anonimi iaitu nama samaran atau langsung tiada nama pencipta.
Selain itu, sastera rakyat menjadi hak milik semua masyarakat yang
menciptanya. Akhir sekali, sastera rakyat juga mempunyai fungsi tertentu
seeprti memberi pengajaran serta penulisannya yang bersifat sederhana,
sponpan dan kadangkala agak kasar.
Sastera rakyat terbahagi kepada dua kategori iaitu naratif dan bukan naratif.
Sastera naratif boleh dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu mitos, legenda
dan cerita rakyat, manakala sastera bukan naratif terdiri daripada puisi
rakyat.
i) Mitos
Mitos bermaksud cerita yang dianggap benar-benar terjadi dalam dunia
realiti dan suci oleh empunya cerita dan masyarakat yang mendukungnya.
Mitos dikaitkan dengan kejadian alam semesta, manusia, binatang, tumbuh-
tumbuhan, bentuk muka bumi dan kejadian alam. Antara watak yang terlibat
ialah seperti makhlus halus, dewa atau separuh dewa yang berlaku suatu
ketika dahulu.
Antara ciri mitos ialah dianggap benar-benar berlaku, peristiwa yang aneh,
tetapi penting, dianggap keramat dan memberi impak kepada masyarakat
serta berlaku pada zaman dahulu iaitu zaman lampau.
Terdapat tiga jenis mitos dalam sastera Melayu iaitu mitos asal usul, mitos
institusi sosial dan mitos politik. Mitos asal usul terjadi sewaktu masa lampau
dan dianggap keramat oleh masyarakat yang mendukungnya kerana mitos ini
mempengaruhi kehidupan masyarakat Melayu terutamanya dari segi cara
pemikiran yang bersifat mistik dan mempunyai kaitan dengan sesuatu rahsia
serta magus. Contohnya ialah asal usul kejadian alam, kejadian bentuk-
bentuk binatang dan asal kejadian bentuk topografi seperti kisah Tasik Cini.
9
Mitos institusi sosial bermaksud cerita yang mengisahkan asal usul sesebuah
institusi sosial dalam masyarakat Melayu. Misalnya, mitos kedatangan Islam,
institusi adat, institusi bomoh yang melibatkan perubatan pemulihan,
pendinding diri, adat berandam dan semah pantai. Mitos politik pula
merupakan cerita yang mempunyai kaitan dengan struktur pentadbiran dan
kerajaan. Sebagai contoh, dalam cerita keturunan raja-raja Melayu, mitos
penubuhan sesebuah kerjaan seperti Pasai, Melaka dan Samudera.
ii) Legenda
Legenda ialah cerita yang dipercayai benar-benar terjadi tetapi tidak dianggap
suci kerana wujudnya tokok tambah dalam cerita tersebut. Wataknya terdiri
daripada manusia yang dikatakan mempunyai sifat luar biasa. Antara ciri
legenda ialah sejenis komunikasi lisan yang bercorak cerita berasaskan kisah-
kisah tokoh atau pahlawan. Latar masa dan sejarah tidak semestinya masa
lampau, namun terdapat hubung kait dengan masa silam. Kisahnya juga
mempunyai kaitan dengan zaman sekarang disebabkan oleh kepercayaan
terhadapat keramat seperti Perigi Hang Tuah.
Legenda terdiri daripada beberapa jenis. Pertama sekali, legenda keagamaan
yang merupakan cerita mengenai orang alim dan penyebar agama. Tokoh
tersebut memang wujud dan menjadi perbualan masyarakat, misalnyanya
Habib Noh dan Tok Kenali. Seterusnya, legenda alam ghaib atau lebih dikenali
memorat merupakan cerita yang dianggap benar-benar berlaku. Legenda ini
berperanan untuk menegakkan kebenaran tentang sesuatu kepercayaan
yang biasanya dikaitkan dengan pengalaman peribadi seseorang tetapi
mempunyai unsur tradisional seperti pengalaman menziahi alam ghain iaitu
dunia hidup orang bunian.
Selain itu, legenda perseorangan pula mempunyai kaitan dengan tokoh-tokoh
tertentu dan segala peristiwa berkaitan tokoh tersebut dianggap benar-benar
berlaku. Contohnya ialah tokoh kepimpinan iaitu Hang Tuah dan Tun Perak,
tokoh keagamaan iaitu Sheikh Omar Bashyir dan Pawang Langkat, tokoh
perniagaan iaitu Si Tanggang dan Awang Tunggal serta tokoh pelbagai bidang
iaitu Puteri Saadong.
10
Di samping itu, legenda tempat juga merupakan salah satu jenis legenda yang
mempunyai kaitan dengan cerita mengenai asal usul sesuatu tempat yang
biasanya nama tempat itu diambil bersempena nama tokoh atau binatang.
Legenda ini mempunyai unsur historigrafi yang berkait rapat dengan fakta
sejarah tempatan. Contohnya seperti nama tempat Pekan Langgar di Kedah
diambil bersempenan dengan kisah perlanggaran Siam ke atas Kedah. Akhir
sekali, terdapat juga legenda tokoh sepertimana dalam cerita Mahsuri yang
dianggap benar kerana ruang dan masa berkaitan cerita tersebut dipercayai
betul-betul wujud seperti makam Mahsuri di Pulau Langkawi
iii) Cerita rakyat
Cerita rakyat merujuk kepada sumber hiburan, menegakkan kebernaran dan
mengandungi moral atau sindiran. Cerita rakyat terdiri daripada beberapa
jenis. Antaranya ialah cerita binatang. Cerita ini ditokohi oleh binatang yang
digambarkan dalam kisah ini dengan memiliki sikap dan perlakuan seperti
manusia. Antara ciri cerita binatang ialah watak utama binatang bersaiz kecil
tetapi cerdik, manakala watak antagonis dipegang oleh binatang bersaiz
besar tetapi kurang cerdik dan dianggap bodoh. Contohnya melalui cerita
Sang Kancil menipu Gergasi yang memaparkan kebijaksaan Sang Kancil
menggunakan helah untuk menghalau Gergasi yang mengganggu
ketenteraman.
Seterusnya, cerita panglipur lara merupakan cerita yang dituturkan oleh para
panglipur lara seperti Tok Selampit, Awang Belanga dan Awang Batil. Antara
ciri cerita panglipur lara ialah dituturkan secara lisan dari satu generasi ke
generasi lain dengan tokok tambah dan menjadi milik masyarakat. Cerita ini
berperanan sebagai hiburan dan pendidikan serta citra sistem masyarakat
Melayu tradisional di samping mengandungi amanat dan panduan iaitu
berbuat baik dibalas baik. Cerita panglipr lara biasanya diselitkan dengan
puisi tradisonal dengan tema berkaitan peperangan, percintaan dan
pengembaraan.
11
Selain itu, cerita jenaka merupakan cerita yang menimbulkan rasa geli hati
dan gembira bagi orang yang mendengarnya. Antara ciri cerita jenaka ialah
adanya unsur kebetulan dengan situasi sebenar sebagai ragam kehidupan
manusia. Unsur kelucuan atau jenaka ditunjukkan melalui jalan cerita yang
disampaikan dan melalui dialog yang diujarkan. Watak-wataknya juga
mempunyai sifat-sifat tertentu seperti watak bodoh iaitu melalui watak Pak
Pandir,watak bodoh sial ialah watak Lebai Malang dan Pak Kaduk serta watak
pintar iaitu Pak Belalang. Contoh karyanya ialah seperti Pak Pandir, Pak
Belalang, Pak Kaduk dan Lebai Malang.
Akhir sekali, cerita teladan mempunyai unsur didaktif serta sarat dengan
unsur moral dan pendidikanyang biasanya disasarkan kepada golongan
kanak-kanak. Antara ciri cerita teladan ialah wataknya terdiri daripada
manusia biasa yang mengalami suka duka pada awalnya tetapi berakhir
dengan kegembiraan. Watak utama diberikan kepada watak yang baik, murni
dan jujur. Antara contoh cerita ialah seperti Bang Putih Bawang Merah dan
Batu Belah Batu Bertangkup.
2. Sastera Istana (Tulisan)
Sastera tulisan diperkenalkan setelah penerimaan Islam pada abad ke-15 dan
berkembang dalam istana. Terdapat tiga jenis sastera hikayat berdasarkan
unsur-unsur yang terkandung di dalamnya iaitu unsur Hindu, Islam dan
Hindu-Islam. Contoh sastera hikayat ialah Hikayat Gul Bakawali, Hikayat Seri
Rama dan Hikayat Raja Pasai.
Satera undang-undang digunakan sebagai bahan kajian tentang sistem
pemerintahan, sistem pentadbiran dan susun lapis masyarakat lama. Genre
ini boleh dipecahkan kepada Adat Temenggung dan Adat Perpatih. Contoh
sastera undnag-undang ialah seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-
undnag Pahang, manakala sastera undang-undang Adat Perpatih pula hanya
diamalkan di Negeri Sembilan.
Sastera epik juga dipanggil sebagai sastera pahlawan dan bersifat sejagat.
Sastera ini lebih mementingkat kepada ciri kepahlawanan dan kewiraan yang
ungguh. Watak atau tokoh dalam sastera ini diberi gambaran yang berlebihan
dan disanjung tinggi oleh masyarakat. Genere ini terbahagi kepada epik
kebangsaan iaitu Hikayat Hang Tuah dan epik berunsur Islam iaitu Hikayat
Amir Hamzah.
12
Sastera panji merujuk kepada karya yang kandungannya berkisar tentang
kisah pengembaraan, percintaan dan peperangan. Watak utamya bergelar
Panji. Selama berkelana, Panji menghadapi pelbagai peristiwa sehingga
akhirnya bertemu dengan kekasihnya. Misalnya, Hikayat Cendawan Putih.
Selain itu, sastera agama pula kebiasaannya berfokus kepada cerita-cerita
yang memaparkan kehebatan Nabi Muhammad SAW dalam menyebarkan
dakwah tentang agama Islam ke seluruh dunia walaupun menghadapi
pelbagai cabaran dan tentangan. Contohnya dalam Hikayat Bulan Berbelah.
Prosa Moden
Menurut Annas Ahmad (1988), hasil karya sastera selepas tahun 1800 Masihi
digolongkan dalam sastera moden. Pembahagian dari segi masa ini semata-
mata untuk memudahkan seseorang memahami bentuk dan unsur
perbezaan dalam sastera Melayu. Buktinya, sajak bebas pada hari ini
merupakan suatu penyimpangan daripada bentuk lama seperti pantun dan
syair. Pengkarya sastera Melayu Moden iaitu Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi
telah menghasilkan pelbagai karya yang terkenal seperti Hikayat Abdullah
dan Kisah Pelayaran Abdullah.
Cerpen merupakan gabungan dua perkataan iaitu cerita dan pendek telah
berkembang sejak kegiatan persuratkhabaran Melayu mencapai zaman
kegemilangan pada tahun 1930-an. Cerpen berperanan sebagai alat yang
menggambarkan sikap, perasaan, pendapat, fikiran pengarang serta
memberi gambaran tentang suatu zaman sama ada berhubung masalah
sosial, politik dan ekonomi. Cerpen berkisah tentang sesuatu kejadian atau
peristiwa yang menjadi fokus utama dan membawa satu tema sahaja serta
beberapa persoalan bagi menghasilkan kesan yang mendalam kepada
pembaca.
Perwatakan dalam cerpen lebih berpaksikan kepada beberapa orang tertentu
sahaja dan watak-watak yang lain bertujuan untuk memperkukuhkan
kewibawaan watak utama. Pertentangan antara watak antagonis dan
antagonis mencetuskan konflil yang dianggap mempunyai unsur dramatik.
Terdapat satu plot sahaja dalam cerpen yang dikembangkan dengan rapi dan
teliti serta tidak rumit. Pencetusan perasaan dan penyemarakan emosi dalam
cerpen menimbulkan ketegangan dan dapat menarik perhatian pembaca.
13
Novel merupakan prosa rekaan
yang panjang dan di dalamnya
terisi dengan sebahagian
daripada sebuah kehidupan.
Novel berasal daripada istilah
bahasa Itali iaitu novella yang
membawa maksud satu benda
kecil yang baharu. Novel
mengisahkan tentang kejadian yang dipusatkan sebagai sebahagian
daripada kehidpuan manusia pada suatu masa dan temoat yang tertentu.
Novel ialah suatu bentuk pentafsiran rencam hidup manusia yang terbina
dalam bentuk sastera cereka. Novel merangkumi tiga faktor utama yang
saling bersangkut-paut iaitu pengalaman peribadi, realiti rencam hidup dan
imaginasi.
Harun Aminurrashid telah menghasil novel yang bercorak kemasyarakatan
seperti Cinta Gadis Rimba (1947), Darh Kedayan (1947) dan Minah Joget
Moden (1949). Novel Minah Joget Moden dikatakan menarik kerana
mamaparkan sikap negatif masyarakat terhadap penari-penari joget yang
seharusnya diperbetukan melalui watak anak mayang iaitu Minah yang
petah berkata-kata dan bersyarah tentang kesucian para seniman dan
seniwati Melayu.
Pada pertengahan tahun 1940-an, lahirnya novel yang bercorak semangat
kebangsaan iaitu novel Pahlawan Rimba Malaya (1946) yang memberi
persoalan tentang semangat kebangsaan pejuang gerila Melayu menentang
penjajahan Jepun. Novel Siapakah Yang Bersalah karya Harun Aminurrashid
menceritakan mengenai pengalaman sendiri yang terpaksa bekerjasama
dengan Jepun dan melalui pengalaman inilah beliau dapat memajukan
bangsanya sendiri.
14
Drama juga digolongkan dalam genre prosa moden. Drama ialah salah satu
bentuk karya sastera yang penulisnya menyampaikan mesej atau pemikiran
melalui lakonan serta dialog. Drama merujuk kepada jenis karya sastera yang
dibangunkan oleh unsur intrinsik iaitu satu kesatuan yang membentuk karysa
secara keseluruhan ( Erwan Juhara, 2014). Antara unsur yang mendukung
drama ialah skrip drama itu sendiri yang menjadi panduan kepada pengarah.
Pengarah memainkan peranan penting untuk menyelaraskan pementasan
drama tersebut.
Dalam melakonkan drama, pelakon atau watak yang memegang setiap
peranan yang ditulis dalam skrip juga dianggap penting dalam unsur
pementasan drama. Pentas atau panggung untuk tujuan pementasan juga
merupakan elemen signifikan dalam sesuatu pementasan drama. Terdapat
beberapa unsur penting dalam melakukan pementasan drama seperti
cahaya, bunyi, pakaian atau kostum, tata rias dan penonton.
Puisi Tradisional
Puisi merupakan genre sastera yang paling awal bagi semua bangsa di dunia.
Masyarakat Eropah menggunakan puisi untuk menghasilkan dua buah epik
berjudul Iliad dan Odyssey. Puisi juga digunakan oleh masyarakat Hindu
untuk melahirkan Mahabharata dan Ramayana. Kesusasteraan awal bangsa
Arab tertulis dalam bentuk puisi dan puisi yang terbaik akan digantung pada
Kaabah semasa zaman jahiliah. Orang Melayu berbangga dengan puisi milik
mereka yang dinamakan pantun. Genre dalam puisi tradisional terbahagi
kepada pantun, syair, gurindam, seloka, talibun, mantera, adat perbilangan,
teka-teki, peribahasa, rubai, masnawi dan sebagainya, namun fokus pada kali
ini lebih menekankan kepada pantun, gurindam, syair dan seloka (Harun Mat
Piah, 1989).
i) Pantun
Pantun merupakan kaedah rangkapan yang tertua dan memang asal
kepunyaan masyarakat Melayu. Semenjak orang Melayu belum tahu surat
menyurat pun mereka telah pandai berpantun dan biasa berbalas-balas
pantun antara mereka (Za'abaa, 1978). Penciptaannya terkandung dalam dua
15
rangkap, empat rangkap, enam rangkap, lapan rangkap, dua belas rangkap
dan pantun. Pantun juga merupakan pengungkapan yang mengandungi
unsur pembayang maksud dan maksud.
Menurut Harun Mat Piah (1989), definisi pantun berdasarkan aspek dalaman
dan aspek luaran struktur visualnya. Aspek dalaman pantun meliputi unsur
estetik dan isi iaitu tema serta persoalan. Unsur estetik pantun dapat dilihat
berdasarkan dua aspek. Pertama sekali berkaitan dengan penggunaan
lambang-lambang tertentu yang terdapat dalam pantun mengikut tanggapan
dan pandangan dunia masyarakat Melayu. Kedua, berdasarkan hubungan
makna antara pasangan pembayang-pembayang sama ada secara konkrit
atau abstarak. Berdasarkan aspek isi iaitu tema dan persoalan, pantun
biasanya menyentuh hampir keseluruhan kehidupan masyarakat.
Bentuk pantun berdasarkan bilangan baris dalam rangkap pantun iaitu
pantun dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat, lapan kerat, dua
belas kerat dan pantun berkait. Pantun yang popular ialah pantun empat
kerat dan dua kerat. Ciri-ciri pantun ialah berdasarkan bilangan baris dalam
rangkap. Bagi pantun empat kerat, baris satu dan dua merupakan
pembayang, manakala baris tiga dan empat ialah maksud. Bilangan
perkataan bagi setiap baris ialah empat sehingga enam patah perkataan dan
bilangan suku kata ialah antara lapan sehingga dua belas. Rima atau bunyi
akhir adalah sejajar iaitu bagi pantun dua kerat 'a', 'a', manakala bagi pantun
empat kerat pula rima akhir berbentuk 'a', 'b', 'a', 'b'.
Pantun boleh dibahagikan kepada beberapa jenis
bergantung pada fungsi dan kandungan pantun
itu sendiri seperti menghibur, nasihat, menduga
akal, meluahkan perasaan, menyampaikan hasrat
seni, menyedapkan cakap, menyampaikan hasrat
tersembunyi, agama, budi, jenaka, percintaan,
perpisahan.
16
ii) Gurindam
Gurindam berasal daripada bahasa Tamil iaitu 'iradam atau 'kiradam' yang
membawa maksud puisi secara terbuka. Maksud gurindam menurut Za'aaba
pula ialah sejenis syair yang melarat yang tetap sukatan atau rangkapannya.
Isinya mengandungi fikiran yang bernas dengan bahasa yang riang dan suka
sebagai nyanyian.
Gurindam merupakan satu bentuk puisi Melayu tradisional sepertimana yang
diperkenalkan oleh Raja Ali Haji melalui Gurindam Dua Belas yang dikarang
sekitar tahun 1846. Bentuk gurindam adalah terikat iaitu terdiri daripada dua
baris serangkap yang mempunyai tiga hingga enam patah perkataan dengan
rima akhirnya 'a', 'a'. Suku kata gurindam memerlukan beberapa rangkap
untuk melengkapkan keseluruhan idea. Bahasanya bernas dan serius,
manakala isinya mengandungi unsur nasihat, pengajaran, kebenaran serta
pernyataan perasaan cinta.
17
iii) Syair
Syair merujuk kepada sejenis puisi berlagu yang berasal dari Parsi dan telah
bertapak di Nusantara bersama-sama kedatangan Islam. Syair telah
diubahsuai mengikut kesesuaian dalam bahasa Melayu Klasik. Syair juga
merupakan puisi Melayu lama yang telah sedia wujud tetapi namanya telah
ditukar.
Syair berasal daripada puisi Arab iaitu
'sy'ir' tetapi bentuk syair Melayu
mempunyai perbezaan yang amat ketara
dengan bentuk syair dalam kesusasteraan
Arab (Mohd Yusof ,1985). Menurut Harun
Mat Piah (1989), keseluruhan pengkaji
sependapat bahawa istilah syair berasal
daripada bahasa Arab yang membawa
maksud satu istilah yang khusus. Syair
Melayu tidak beracuankan syair daripada
tradisi Arab atau mana-mana puisi Arab-
Parsi teta[i dalam bentuk dan acuan asli
masyarakat Melayu.
Syair Melayu mempunyai bentuk konvensionalnya yang tersendiri iaitu
mempunyai empat baris serangkap dengan rima akhir 'a', 'a', 'a', 'a'. Setiap
baris mempunyai empat sehingga lima patah perkataan dan lapan sehingga
dua belas suku kata bagi setiap baris. Pada setiap baris, terdapat suatu
hentian dan setiap rangkap memerlukan beberapa rangkap yang berturutan
untuk memberi idea yang lengkap. Syair merupakan suatu pernyataan yang
berlarutan seperti untuk mengemukan cerita, kisah, buah fikiran, nasihat dan
pujian. Setiap untai syair mempunyai awalan dan akhiran.
18
iv) Seloka
Seloka berasal daripada berperkataan Sanskrit 'shloka' yang membawa
maksud berseloroh, berjenaka atau menyindir. Seloka dikenali di alam
Melayu ketika perkembamgan agama Hidu di Asia Tenggara. Teks
Mahabharata yang mempunyai 100,000 rangkap dan Ramayana yang
mempunyai 24,00 rangkap merupakan naskhah terwal tertulis dalam bentuk
seloka.
Seloka meupakan puisi tradisional yang bercorak karangan berangkap atau
bahasa berirama dan lebih merupakan pepatah, bidalan atau perumpamaan
yang mempunyai unsur jenaka, gurau senda, olokan, ejekan dan sindiran. Isi
dan mesej dalam seloka sarat dengan sindiran yang berguna sebagai
pengajaran dan teladan kepada pendengar atau pembaca. Seloka sebahagian
besarnya ditutis dalam bentuk terikat iaitu empat baris serangkap seperti
pantun seloka, namun binaannya lebih mirip kepada bentuk pantun atau
syair. Seloka juga ditulis dalam bentuk bebas iaitu setiap baris menjadi isi
puisi berkenaan. Contoh seloka ialah seperti Seloka Pak Kaduk, Seloka Pandai
Pak Pandir dan Seloka Emak Si Ranang.
19
Puisi Moden
Genre yan
g terdapat dalam puisi moden ialah sajak. Sajak merupakan puisi
moden yang lebih bebas dan terikat pada sesuatu pola khusus walaupun ada
ketikanya memerikan ciri matra, rima dan rentak. Sajak lebih mengutamakan
keberkesanan pengucapan perasaan melalui pemilihan dan pemakaian kata-
katanya yang saling menumpang dan terjalin menurut erti irama. Sajak juga
bermaksud puisi baharu yang terkenal dan lahir sebagai pusi pilihan kepada
puisi tradisional (Hashim Awang, 1984).
Menurt H. B. Jassin (1983), sajak merujuk kepada pengucapan perasaan
dengan perasaan yang didalamnya mengandungi fikiran dan tanggapan. Hal
ini bermaksud, sajak adalah suara hati atau luahan perasaan penyairnya.
Sajak lahir daripada jiwa dan perasaan tetapi sajak yang baik bukan mainan
kata semata-mata. Sajak yang baik membawa gagasan serta pemikiran yang
menjadi renungan masyarakat. Sajak tercipta daripada kata-kata yang terbaik
dalam susunan terbaik. Kata-kata terbaik merujuk kepada lahirnya nilai rasa
dan nilai erti yang seimbang serta bersifat harmonis antara kata dan maksud.
Sajak tidak terikat pada peraturan seperti pemilihan kata atau diksi,
pembentukan rangkap, baris serta pematuhan skima rima akhir seperti
dalam puisi tradsional. Ciri puisi Melayu moden yang lain ialah adanya nama
penulis sebagai pengakuan hak ke atas sesebuah karya walaupun
menggunakan nama samaran atau nama pena. Situasi ini dilihat berbeza
dengan puisi Me;ayu tradisional yang bersifat kolektif iaitu milik bersama
Puisi moden merupakan karya kreatif
yang mempunyai bentuk yang bebas dan
tersendiri mengikut kreativiti penyair
atau penulis. Sajak tidak terikat kepada
norma-norma tertentu sepertimana puisi
tradisional.Rentak dan perjalanan baris
serta bait atau rangkap puisi Melayu
moden lebih mengikut nafas, fikiran dan
cara bertutur tidak disekat dan
ditentukan panjangnya oleh peraturan
lama seperti dalam pantun dan syair
(Muhammad Salleh, 1991).
20
Fungsi Sastera Melayu
i) Medium Protes dan Kritik Sosial
Sastera merupakan rakaman kehidupan yang menyelongkar kehidupan
manusia daripada pelbagai sudut pandang yang berbeza-beza. Apa sahaja
yang dipamerkan dalam sastera merupakan perkara yang terjadi dalam dunia
realiti manusia kerana sastera merupakan gambaran kehidupan sepertimana
yang dikatakan oleh Usman Awang, A. Samad Said dan Dharmawijaya. Karya
sastera bukan sahaja merakamkan sesuatu yang luar biasa malah perkara
biasa juga turut dirakamkan dan diolah ke dalam bentuk karya kreatif yang
memiliki sifat indah.
Karya sastera lebih memfokuskan kepada masyarakat, kehidupan, manusia
dan sudah tentunya hubungan pertalian antara ketiga-tiga entiti ini saling
berkaitan. Dalam konteks masyarakat yang pelbagai lapisan dan kehidupan
yang melatari menjadikan wujudnya jurang dalam kalangan mereka. Situasi
ini boleh mempengaruhi tindakan dan susila adab sama ada untuk tujuan
menegur, mengkritik dan menyampaikan mesej. Terdapat pelbagai watak
dalam masyarakat yang mempunyai peranan tertentu, namun dalam
keadaan tertentu mereka tidak boleh melaksanakan tanggungjawab
sepertimana yang diamanahkan.
ii) Dakwah
Dakwah merupakan proses penyampaian pesanan suci daripadaTuhan
kepada manusia yang disampaikan melalui medium atau saranan yang
difahami sebagai objek dakwah (Mad’u) yang dipanggil bahasa. Bahasa
sebagai saranan komunikasi dakwah yang ternyata efektif akan
keberkesanannya.
Fungsi bahasa kesusasteraan dalam dakwah dapat menyembunyikan pesan-
pesan yang hendak dikomunkasikan kepada khalayak pembacanya melalui
pelbagai bentuk dan ragam estetika, metafora, simbol-simbol, subjek dan
objek yang ada dalam kehidupan. Ia juga dapat menjelmakan eksistensi
dirinya sebagai medium yang lebih neutral untuk menjelajahi medan makna
disebalik ruang dan waktu yang tidak terbatas. Oleh sebab itu, bahasa
dakwah dalam kesusasteraan dapat menghibur dan menyatu metamorfosa
rohmanusia dalam jangkauan trensendensi, spiritualitsadan religiusitas.
21
iii) Pendidikan atau Pengajaran
Karya sastera merupakan medium untuk memberi pengajaran, nasihat atau
pesanan kepada masyarakat di samping menjadi suatu bahan yang dapat
membawa kesedaran kepada masyarakat, mengubah pemikiran, serta
memberi ruangu ntuk masyarakat menyerap nilai-nilai moral yan gdibawa
dalam karya sastera. Buktinya, Cerita Sang Kancil dengan Buaya cukup
terkenal bukan semata-mata kerana ceritanya menghiburkan tetapi
keupayaannya untuk memasyarakatkan nilai, unsur moral dan pengajaran
yang berguna kepada masyarakat. Tanpa kita sedari kita dibesarkan dalam
asuhan moral yang dibawa dari cerita tersebut. Tanpa sedar kita diserapkan
dengan kepentingan nilai tolong-menolong dan kita pula diperingatkan
betapa buruknya sikap tidak mengenang budi.
iv) Hiburan
Karya sastera juga boleh membawa keseronokan yang indah kepada
seseorang. Hiburan karya sastera lahir daripada keindahan kata-kata yang
diungkapkan, irama atau rentak yang yang tersusun dengan begitu baik,
kemampuan karya sastera untuk membelai emosi pembaca atau pendengar,
unsur kelucuan dan sebagainya. Kemaslahatan fungsi hiburan menjadikan
karya sastera seperti cerita penglipur lara dilihat dapat diterima oleh
masyarakat sebagai karya yang diminati dan digilai serta disanjung tinggi oleh
masyakarakat pada suatu ketika.
Sebagai bukti yang konklusif, pantun merupakan karya sastera yang cukup
popular kerana keupayaannya membawa keindahan yang menghiburkan.
Pantun mempunyai kualiti menghiburkan yang cukup banyak. Rentak dan
rima yang bersukat membentuk irama dalam pantun. Malah pantun
mempunyai struktur bacaan tersendiri yang menghasilkan keindahan dalam
pembacaan. Selain itu, pantun disampaikan dalam pelbagai variasi yang
semakin menambahkan fungsi menghiburkan seperti dijadikan lirik dikir
barat di Kelantan, lirik lagu popular, dan pelbagai bentuk lagi. Kemampuan
pantun untuk bertahan sebagai karya sastera yang popular menunjukkan
bahawa unsur hiburan ini amat banyak dalam pantun (Shamsudin Abu Bakar,
n.d.)
22
Manifestasi Akal Budi dalam Puisi Tradisional
i) Pantun
Puas sudah menaman ubi,
Nanas juga dipandang orang;
Puas sudah menanam budi,
Emas juga dipandang orang.
Aspek pemikiran yang terdapat dalam pantun empat kerat di atas dapat
dilihat melalui aspek tersirat iaitu pemilihan perbendaharaan dan
penggunaan kata yang tepat dan berkesan bagi pembayang yang berkaitan
iaitu buah nanas dan ubi. Buah nanas berwarna kuning setelah masak dan
berbau sangat harum. Nanas dilihat dibandingkan dengan emas yang boleh
memberi daya tarikan yang amat kuat kepada masyarakat untuk
memilikinya. Situasi ini dilihat amat berbeza dengan ubi yang dikaitkan
dengan sifat orang yang berbudi dan tidak suka menunjukkan kehebatan
diri sepertimana ubi yang berisi tetapi tetap berada di dalam tanah. Akal
budi dalam pantun ini mendidik masyarakat agar tidak mengejar sesuatu
benda yang kelihatan berharga daripada luaran semata-mata seperti harta
benda tetapi lebih mengutamakan dan mementingkan sifat orang yang
berbudi dan sentiasa merendah diri dalam apa jua situasi sekalipun.
Ketinggian akal budi dalam pantun tersebut jelas memaparkan kaedah
menasihati masyarakat yang memandang tinggi akan nilai kerana jika
dibandingkan dengan nilai budi jauh lebih berharga nilainya berbanding
emas, tetapi pemahaman konsep itulah yang dijelmakan dalam pembayang
yang membuat perbandingan antara nanas dan ubi. Nanas dan ubi
merupakan sejenis makanan yang berasal daripada tumbuhan. Nanas
merupakan makan ringan yang bersifat seperti pencuci mulut, manakala
ubu pula merupakan makanan ruji yang mengenyangkan. Walaupun
demikian, nanas mempunyai tarikan yang lebih tinggi berbanding ubi
disebabkan warna dan rasanya yang manis. Dalam konteks keperluan hidup,
ubi lebih mendatangkan manfaat berbanding nanas kerana boleh
mengenyangkan seseorang dan begitulah perumpamaan yang boleh
dikatakan antara emas dan budi.
23
ii) Syair
Syair Perahu
Inilah gerangan suatu madah
mengarangkan syair terlalu indah,
membetuli jalan tempat berpindah,
di sanalah i’tikat diperbetuli sudah
Wahai muda kenali dirimu,
ialah perahu tamsil tubuhmu,
tiadalah berapa lama hidupmu,
ke akhirat jua kekal diammu.
Hai muda arif-budiman,
hasilkan kemudi dengan pedoman,
alat perahumu jua kerjakan,
itulah jalan membetuli insan.
Perteguh jua alat perahumu,
hasilkan bekal air dan kayu,
dayung pengayuh taruh di situ,
supaya laju perahumu itu
Sudahlah hasil kayu dan ayar,
angkatlah pula sauh dan layar,
pada beras bekal jantanlah taksir,
niscaya sempurna jalan yang kabir.
Perteguh jua alat perahumu,
muaranya sempit tempatmu lalu,
banyaklah di sana ikan dan hiu,
menanti perahumu lalu dari situ.
Muaranya dalam, ikanpun banyak,
di sanalah perahu karam dan rusak,
karangnya tajam seperti tombak
ke atas pasir kamu tersesak.
Ketahui olehmu hai anak dagang
riaknya rencam ombaknya karang
ikanpun banyak datang menyarang
hendak membawa ke tengah sawang.
Muaranya itu terlalu sempit,
di manakan lalu sampan dan rakit
jikalau ada pedoman dikapit,
sempurnalah jalan terlalu ba’id.
24
Baiklah perahu engkau perteguh,
hasilkan pendapat dengan tali sauh,
anginnya keras ombaknya cabuh,
pulaunya jauh tempat berlabuh.
Lengkapkan pendarat dan tali sauh,
derasmu banyak bertemu musuh,
selebu rencam ombaknya cabuh,
La ilaha illallahu akan tali yang teguh.
Barang siapa bergantung di situ,
teduhlah selebu yang rencam itu
pedoman betuli perahumu laju,
selamat engkau ke pulau itu.
La ilaha illallahu jua yang engkau ikut,
di laut keras dan topan ribut,
hiu dan paus di belakang menurut,
pertetaplah kemudi jangan terkejut.
Laut Silan terlalu dalam,
di sanalah perahu rusak dan karam,
sungguhpun banyak di sana menyelam,
larang mendapat permata nilam.
Laut Silan wahid al kahhar,
riaknya rencam ombaknya besar,
anginnya songsongan membelok sengkar
perbaik kemudi jangan berkisar.
Itulah laut yang maha indah,
ke sanalah kita semuanya berpindah,
hasilkan bekal kayu dan juadah
selamatlah engkau sempurna musyahadah.
Silan itu ombaknya kisah,
banyaklah akan ke sana berpindah,
topan dan ribut terlalu ‘azamah,
perbetuli pedoman jangan berubah.
Laut Kulzum terlalu dalam,
ombaknya muhit pada sekalian alam
banyaklah di sana rusak dan karam,
perbaiki na’am, siang dan malam.
25
Ingati sungguh siang dan malam,
lautnya deras bertambah dalam,
anginpun keras, ombaknya rencam,
ingati perahu jangan tenggelam.
Jikalau engkau ingati sungguh,
angin yang keras menjadi teduh
tambahan selalu tetap yang cabuh
selamat engkau ke pulau itu berlabuh.
Sampailah ahad dengan masanya,
datanglah angin dengan paksanya,
belajar perahu sidang budimannya,
berlayar itu dengan kelengkapannya.
Wujud Allah nama perahunya,
ilmu Allah akan [dayungnya]
iman Allah nama kemudinya,
“yakin akan Allah” nama pawangnya.
“Taharat dan istinja’” nama lantainya,
“kufur dan masiat” air ruangnya,
tawakkul akan Allah jurubatunya
tauhid itu akan sauhnya.
Salat akan nabi tali bubutannya,
istigfar Allah akan layarnya,
“Allahu Akbar” nama anginnya,
subhan Allah akan lajunya.
“Wallahu a’lam” nama rantaunya,
“iradat Allah” nama bandarnya,
“kudrat Allah” nama labuhannya,
“surga jannat an naim nama negerinya.
Karangan ini suatu madah,
mengarangkan syair tempat berpindah,
di dalam dunia janganlah tam’ah,
di dalam kubur berkhalwat sudah.
Kenali dirimu di dalam kubur,
badan seorang hanya tersungkur
dengan siapa lawan bertutur?
di balik papan badan terhancur.
26
Di dalam dunia banyaklah mamang,
ke akhirat jua tempatmu pulang,
janganlah disusahi emas dan uang,
itulah membawa badan terbuang.
Tuntuti ilmu jangan kepalang,
di dalam kubur terbaring seorang,
Munkar wa Nakir ke sana datang,
menanyakan jikalau ada engkau sembahyang.
Tongkatnya lekat tiada terhisab,
badanmu remuk siksa dan azab,
akalmu itu hilang dan lenyap,
(baris terakhir tidak dibaca)
Munkar wa Nakir bukan kepalang,
suaranya merdu bertambah garang,
tongkatnya besar terlalu panjang,
cabuknya banyak tiada terbilang.
Kenali dirimu, hai anak dagang!
di balik papan tidur telentang,
kelam dan dingin bukan kepalang,
dengan siapa lawan berbincang?
La ilaha illallahu itulah firman,
Tuhan itulah pergantungan alam sekalian,
iman tersurat pada hati insap,
siang dan malam jangan dilalaikan.
La ilaha illallahu itu terlalu nyata,
tauhid ma’rifat semata-mata,
memandang yang gaib semuanya rata,
lenyapkan ke sana sekalian kita.
La ilaha illallahu itu janganlah kaupermudah-mudah,
sekalian makhluk ke sana berpindah,
da’im dan ka’im jangan berubah,
khalak di sana dengan La ilaha illallahu.
La ilaha illallahu itu jangan kaulalaikan,
siang dan malam jangan kau sunyikan,
selama hidup juga engkau pakaikan,
Allah dan rasul juga yang menyampaikan.
27
La ilaha illallahu itu kata yang teguh,
memadamkan cahaya sekalian rusuh,
jin dan syaitan sekalian musuh,
hendak membawa dia bersungguh-sungguh.
La ilaha illallahu itu kesudahan kata,
tauhid ma’rifat semata-mata.
hapuskan hendak sekalian perkara,
hamba dan Tuhan tiada berbeda.
La ilaha illallahu itu tempat mengintai,
medan yang kadim tempat berdamai,
wujud Allah terlalu bitai,
siang dan malam jangan bercerai.
La ilaha illallahu itu tempat musyahadah,
menyatakan tauhid jangan berubah,
sempurnalah jalan iman yang mudah,
pertemuan Tuhan terlalu susah.
~ Hamzah Fansuri~
Berpandukan aspek akal budi yang terdapat dalam rangkap pertama,
penulis iaitu Hamzah Fansuri mencipta syair ini bertujuan untuk
membetulkan perjalanan hidup manusia bagi menjamin kesejahteraan
hidup di dunia dan juga di akhirat. Penyair menganjurkan agar setiap
individu sentiasa berfikir dalam memperbaiki setiap kelemahan yang dimiliki
dan untuk membetulkan iman. Bagi menjamin kejayaan hidup di dunia dan
juga di negeri abadi, keimanan yang mantap dan jalan tauhid yang betul
mampu mengubah segala perjalanan seseorang untuk bertemu dengan
Sang Pencipta kelak.
Penyair juga memohon pembaca untuk mengenali diri sendiri sepertimana
yang terdapat dalam rangkap kedua. Sekiranya seseorang itu sudah
mengenal hakikat diri, barulah seseorang itu mampu mengenali Tuhan iaitu
Allah SWT yang telah mencipta segala-galanya termasuklah manusia.
Kehidupan manusia umpama sebuah sepertimana yang diibaratkan oleh
penyair kerana terpaksa melayari kehidupan dunia yang bersifat sementara
ini dengan penuh cabaran serta dengan pelbagai ujian, bak perahu yang
dipukul ombak.
25
Dalam rangkap ketiga, golongan muda dipanggil sebagai arif-budiman kyang
menggambarkan generasi masa depan yang akan menjadi pemuda atau
pemudi yang bijaksana serta berbudi. Dalam menjalani kehidupan di dunia,
manusia seharusnya mempunyai pegangan hidup yang berpandukan al-
Quran dan as-Sunnah agar tidak mudah terpengaruh dengan perkara-
perkara buruk. Nilai sosial merupakan antara nilai yang terdapat dalam
rangkap ini.
Rangkap keempat memaparkan kemaslahatan bekalan sekiranya ingin ke
lautan. Hal ini bermakna, setiap manusia seharusnya menyediakan bekalan
pahala sewaktu berada di dunia untuk tiba ke destinasi yang ditujui dengan
selamat iaitu di akhirat nanti. Justeru, pendidikan merupakan elemen yang
signifikan dalam situasi ini.
Kehidupan manusia dalam rangkap kelima memerlukan amalan tambahan
untuk membantu seseorang dalam kehidupan di akhirat nanti. Amalan yang
dimaksudkan itu adalah meliputi amal kebajikan untuk menjadikan
seseorang manusia itu lebih bertakwa kepada Allah SWT.
Merujuk rangkap keenam, dalam seseorang itu berusaha memantapkan
iman dengan menumpukan usaha untuk menambahkan bekalan akhirat
seperti melakukan kebaikan, sudah pasti akan berhadapan dengan pelbagai
ujian dan dugaan yang akan membawa kepada kehancuran diri sekiranya
tidak dapat mengawal situasi tersebut.
Dalam rangkap ketujuh, semasa manusia menjaga keimana dengan baik dan
kuat, ujian dan dugaan yang dihapi juga akan semakin bertambah. Situasi ini
bakal menjadikan manusia itu semakin lemah termasuklah akan
melemahkan pengangan agama mereka.
Hidup manusia ibarat perantau. Dalam rangkap lapan, sekiranya manusia
tidak mampu mengharungi segala ujian yang diberi dengan baik, maka
manusia akan manjadi semakin lalai dengan melakukan pelbagai
kemungkaran. Justeru, manusia seharusnya memperbanyakkan amalan
sebagai bekalan akhirat agar tidak lalai dalam kehidupan.
29
Dalam rangkap sembilan, manusia seharusnya sedar bahawa kehidupan di
dunia hanyalah sementara dan bersifat tidak kekal. Dunia ini hanyalah
tempat persinggahan untuk mencari seberapa banyak amal kebaiakan untuk
keperluan di negeri abadi nanti.
Dalam rangkap sepuluh, manusia hendaklah sentiasa memantapkan
keimanan dengan melakukan amal kebaikan dengan sebanyak mungkin
kerana untuk memperoleh amal tersebut bukan mudah sekiranya tidak
dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Perjalanan yang jauh haruslah
ditempuh dengan dugaan yang lebih banyak serta mencabar.
Merujuk rangkap kesebelas, setiap umat manusia sewajarnya
memperbanyakkan amalan kerana kehidupan bakal menjadi sukar tanpa
pegangan agama yang mantap. Oleh yang demikan, berselawat merupkan
pendekatan terbaik dalam usaha memantapkan keimanan seseorang.
Dalam rangkap kedua belas, manusia yang berpegang kepada amalan
selawat akan menjadikan perjalanan hidup lebih mudah. Mereka akan
merasakan dunia hanyalah tempat persinggahan sementara dan hari
akhiratlah yang menjadi sasaran terakhir dan tujuan utama dalam hidup
setiap manusia.
Dalam rangkap ketiga belas, berpegang teguh dengan selawat mampu
melindungi manusia daripada sebarang bentuk ujian dalam hidup. Maka,
setiap manusia seharusnya tetap berjalan di landasan yang betul dan tidak
menyimpang ke arah kemurkaan Allah SWT.
Dalam rangkap keempat belas, perjalanan hidup manusia ada kalanya
menghadapi ujian yang besar dan hebat. Walaupun begitu, kekuatan iman
kepada Allah SWT akan sentiasa diuji terutamanya semasa menghadapi
ujian yang banyak sehingga mengakibatkan manusia gagal dalam mengurus
segala bentuk ujian tersebut.
30
Dalam rangkap kelima belas, Allah SWT memberikan ujian kepada hamba-
Nya yang sedang berusaha gigil mengumpalkan segala amal kebaikan. Ujian
tersebut mampu mengakibatkan manusia gagal mengatasinyamsehingga
akidah kan menjadi rosak sekiranya tidak berpegang teguh. Namun,
keikhlasan hati dalam menghadapi ujian ini mampu memantapkan
keimanan seseorang agar tidak hanyut ke lembah kemurkaan Allah SWT.
Rangkap keenam belas menunjukkan bahawa destinasi terakhir manusia
adalah di syurga dan sebagai hamba Allah SWT di muka bumi berdasarkan
jangka hayat yang telah ditetapkan oleh-Nya. Setelah ajal tiba, manusia akan
beralih ke alam akhirat yang menjadi tempat kekal untuk manusia. Sekiranya
banyak amalan yang dilakukan semasa hidup, maka balasan baik bakal
diterima dan begitulah juga sebaliknya.
Dalam rangkap ketujuh belas, dugaan bagi setiap manusia dalam kehidupan
merupakan elemen yang saling melengkapi. Walaupun sukar untuk
ditempuhi, setiap manusia tetap akan menuju kejalan yang benar dan
sentiasa berpegang teguh kepada syariat Allah SWT.
Dalam rangkap kelapan belas, laut Kulzum ialah dugaan hidup yang lain
yang sukar jika dibandingkan dengan ujian sebelumnya. Manusia akan
menjadi lalai dengan meninggalkan akidah syariat Tuhan kerana lebih
mementingkan keduniaan ketika menghadapi dugaan.
Dalam rangkap kesembilan belas, manusia sewajarnya mengingatiu Allah
SWT dan berpegang kepada akidah-Nya supaya tidak mudah lalai dalam
kehidupan yang akan menjadikan akidah semakin lemah dan hancur.
Dalam rangkap kedua puluh, manusia yang berpegang teguh dengan
selawat akan mengakibatkan dugaan yang dihadpinya tidak berasa begitu
terbeban kerana Allah SWT akan meringankan beban itu.
Dalam rangkap kedua puluh satu menjelaskan tentang Wahdatul Wujud.
Sekiranya tiba waktu manusia dan Allah SWT bersatu iaitu manusia yang
bertakwa dengan sebenar-benarnya akan berjaya tiba di negeri akhirat
dengan segala amal kebaikan yang menjadi pelengkap.
31
Dalam rangkap kedua puluh dua menjelaskan bahawa manusia sebagai
perahu yang mengakui kewujudan Allah SWT dan menjadikan ilmu Allah SWT
sebagai petunjuk dan iman sebagai pegangan kekuatan menuju kepada Allah.
Merujuk rangkap kedua puluh tiga yang menjelaskan kewujudan Allah SWT
dengan manusia serta pelbagai bentuk kebesaran-Nya yang lain. Terdapat
pelbagai cabaran dan rintangan serta perkara yang berkaitan dengan
perjalanan manusia mencapai akhirat.
Dalam rangkap kedua puluh empat menerangkan mengenai kewujudan Allah
SWT dengan alam semesta iaitu Kamal Allah sebagai tiang agama, memberi
salam untuk mengeratkan hubungan silaturahum sera taat dan ibadah
sebagai penguat kepada akidah.
Dalam rangkap kedua puluh lima menjelaskan tentang ibadah yang menjadi
petunjuk jalan kepada manusia semasa berada dalam keadaan buntu dan
semasa menuju ke arah kebaikan untuk mencari dan mengumpulkan
seberapa banyak amal kebaikan sebagai bekalan untuk akhirat kelak.
Dalam rangkap kedua puluh enam menunjukkan sifat Allah SWT yang
diibaratkan seperti tempat persinggahan manusia semasa mengharungi
lautan iaitu dugaan. Turut dijelaskan dalam rangkap ini ialah mengenai
Wahdatul Wujud.
Rangkap kedua puluh tujuh menjelaskan mengenai perjalanan hidup
manusia dan akan bersatu dengan Allah SWT bagi mereka yang beriman dan
meberikan penerangan baru mengenai alam kubur. Manusia akan melalui
fasa kehidupan di dunia dan kemudiannya fasa kehidupan di alam kubur.
Rangkap ini juga turut memaparkan unsur nasihat iaitu supaya manusia tidak
terlalu mengejar dunia ketika hidup kerana amalan sahaja yang bakal dibawa
bersama semasa di alam kubur.
Dalam rangkap kedua puluh lapan menjelaskan tentang alam kubur yang
menyeru manusia untuk mengenali diri sendiri serta menerangkan mengenai
keadaan manusia semasa sudah berada di alam tersebut yang kelihatan
hanya tersungkur dan sendirian dengan ditemani segala amal kebaikan yang
dilakukan sewaktu hidup di dunia.
32
Dalam rangkap kedua puluh sembilan menjelaskan bahawa kehidupan
manusia di dunia ada yang diberikan kekayaan dan kemiskinan, namun di
akhirat nanti perbezaan dua darjat ini tidak ada kerana mereka akan tetap
berada di dalam kubur. Oleh sebab itu, ketika berada di dunia janganlah
terlalu alpa dengan harta yang banyak sehingga sirna perasaan takwa
kepada Allah SWT.
Merujuk rangkap ketiga puluh, setelah pengebumian selesai, malaikat
Mungkar dan Nakir akan mendatangi roh bagi melaksanakan
tanggungjawab menanyakan amal perbuatan yang telah dilakukan semasa
hidup di dunia. Soalan pertama yang ditanya ilah berkaitan dengan solat
kerana solat merupakan tiang agama.
Dalam rangkap ketiga puluh satu, hisab Allah SWT tidak dapat disangkal
serta seksa dan azab Allah amat perih sehingga tubuh akan menjadi hancur
dan remuk apabila terkenanya. Baris terakhir tidak dapat dibaca kerana
dalam naskah asli tulisan baris ini telah hilang.
Dalam rangkap ketiga puluh dua, malaikat yang akan menyeksa roh apabila
tiba di alam kubur. Roh itu disambut oleh malaikat Mungkar dan Nakir
dengan suara yang sangat keras dan membawa tongkat panjang dan
cambuk yang mengerikan.
Dalam rangkap ketiga puluh tiga, penulis memerincikan situasi di alam
kubur iaitu sunyi, sepi dan gelap gelita. Kehidupan di dunia mengalami dua
keadaan iaitu siang dan malam, namun kehidupan di alam kubur hanya
akan ada gelap dan tiada perbezaan antara siang dan malam.
Dalam rangkap ketiga puluh empat, gambaran manusia semasa di alam
kubur sangat mengerikan kerana hanya terbujur kaku disebalik papan,
dingin dan kegelapan. Tidak ada seorang pun yang dapat menemani
manusia di alam kubur melainkan diri mereka sendiri.
33
Dalam rangkap ketiga puluh lima, kalimah syahadah merupakan kalam Allah
SWT dan sesiapa yang berpegang dengan kalimah tersebut, maka hanya
Allah SWT yang seharusnya berhak diminta pertolongan kerana manusia
pada masa lalu sering berharap dan bergantung kepada makhluk lain selain
daripada Allah SWT. Iman sebenarnya terletak di setiap hati yang insaf dan
beriman kerana iman tidak boleh dinampakkan dan jangan samapai dunia
menjadikan seseorang itu lalai daripada mengingati Allah SWT.
Dalam rangkap ketiga puluh enam, nasihat rohani telah disampaikan iaitu
kegunaan dan fungsi kalimah syahadah yang sangat besar makna dan amat
penting dalam kehidupan sehingga mampu memandang perkara-perkara
ghaib. Namun, sekiranya salah dalam memandangnya, maka kelak akan
binasa.
Dalam rangkap ketiga puluh tujuh, manusia tidak sewajarnya menganggap
remeh dalam beriman kepada Allah SWT kerana tiada tempat yang
selayaknya dituju melainkan Allah. Justeru, berpegang teguh pada kalimah
syahadah seharusnya diamalkan kerana manusia yang beriman akan
bersama-sama Allah SWT di akhirat nanti.
Merujuk rangkap ketiga puluh lapan, manusia tidak sewajarnya lalai
terhadap perintah Allah, sebaliknya sentiasa berzikir, mengingati-Nya dan
mejalankan ibadah siang dan malam kerana ibadah merupakan keperluan
sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT dan rasul-Nya kerana
ibadah tanpa ilmu adalah sia-sia dan ilmu tanpa ibadah tidak ada gunanya.
Berpandukan rangkap ketiga puluh sembilan, syahadah merupakan kalimah
yang kuat kerana mampu menenagkan jiwa dan memadamkan api
kemarahan dan emosi yang disebabkan oleh godaan jin dan syaitan. Jin dan
syaitan akan menyerang jiwa-jiwa yang berpegang teguh dengan imannya,
maka manusia seharusnya benar-benar beriman kepada Allah SWT.
34
Dalam rangkap keempat puluh, kalimah syahadah merupakan kalimah
terakhir yang diucapkan manusiakan semasa meninggal dunia dan kata
makrifah selalu digandingkan dengan kata-kata tauhid. Hal ini dikatakan
demikian kerana setiap hamba yang bertauhid dengan sebenar-benarnya,
maka pada puncaknya akan berada pada sebuah makam yang tinggi
makrifah. Makrifah merupakan seseorang hamba yang benar-benar
mengenali Allah SWT dan mampu merasakan bahawa Allah SWT selalu
berada di sampingnya.
Rangkap terakhir sekali iaitu rangkap keempat puluh satu menjelaskan
bahawa Allah SWT merupakan satu-satunya tempat manusia mencari
jawaoan dan pertolongan . Manusia juga perlu menadah tangan memohon
doa.
35
iii) Seloka
SELOKA PAK PANDIR
Anak dipijak dagang dijinjing
Kucing dibunuh tikus dibela
Harta habis badan tergadai
Mendengar gelagak dagang
Tak sedar bertelanjang
Mendengar guruh dilangit
Air di tempayan dicurahkan
Mulut kena suap pisang
Buntut kena cangkuk onak,
Gunting makan di hujung
Pak pandir juga menanggung.
Apa didengar gelagak dagang
Gelagak rambutan jantan:
Orang berbunga, dia berbunga
Orang berbuah, dia haram
Kilat memancar hujan tak jadi
Awak juga berkecundangan.
Seloka Pak Pandir bertujuan untuk berhibur atau berjenaka tetapi diselitkan
dengan unsur sindiran. Pak Pandir mewakili sikap sebahagian daripada
masyarakat Melayu yang dianggap memiliki sifat-sifat yang buruk dan sifat
itu dijadikan sebagai senda gurauan dan sindiran dalam selola ini. Sikap
orang Melayu diwakili oleh watak Pak Pandir yang dikatakan seorang yang
kurang bernasib baik dalam kehidupannya.
Manifestasi akal budi masyarakat Melayu yang terdapat dalam seloka Pak
Pandir ialah menyindir individu yang bersikap mementingkan diri sendiri
tanpa mempedulikan nasib orang lain. Sikap buruk sebegini sewajarnya
ditinggalkan kerana dapat merugikan diri sendiri dan keluarga terdekat.
Sikap negatif ini seharusnya ditukar kepada sikap yang mendahului keluarga
terdekat dan bukannya pihak luar yang tidak mempedulikan nasib orang lain
yang tiada hubungan atau pertalian darah antara satu sama lain. Sebagai
contoh, Pak Pandir bukan sahaja mengabaikan tanggungjawab terhadap
anaknya, malah dia juga sering menyakiti dan mencederakan anaknya
sepertimana yang terdapat dalam frasa 'anak dipijak'. Pihak yang tidak
mempunyai hubungan dengan Pak Pandir pula diberi layanan yang baik
melebihi layanan yang seharusnya diberikan kepada keluarganya
sepertimana yang terdapat dalam frasa 'dagang dijinjing'.
36
Dalam baris 'hartanya habis tergadai' memaparkan gambaran situasi yang
berlaku ke atas Pak Pandir yang tidak pandai mengurus hartanya denga bijak.
Watak Pak Pandir berkemungkinan seorang yang boros berbelanja,
mempunyai banyak hutang sehingga terpaksa menggadaikan hartanya.
Watak Pak Pandir juga berkemungkinan besar suka berjudi atau bertaruh
dengan menggunakan hartanya dan sekiranya kalah dalam berjudi, dia perlu
menyerahkan hartanya kepada pihak yang menang. Justeru, setiap individu
seharusnya bijak dalam menguruskan harta agar tidak mengundang
permasalahan ke atas diri sendiri serta harta tidak akan habis tergadai dan
menanggung hutang sepertimana maksud dalam baris, 'hartanya habis
tergadai'.
Baris 'tak sedar bertelanjang' merupakan suatu kritikan halus yang dikenakan
tentang sikap tidak sedar akan kelemahan diri yang dimiliki. Sekiranya Pak
Pandir sedar dirinya tidak berpakaian, sudah tentu dia akan bertindak untuk
menutup segala bahagian badannya yang terdedah. Disebabkan dia tidak
sedar akan situasi ini, Pak Pandir membiarkan dirinya tidak berpakaian.
Situasi ini jelas memaparkan gambaran bahawa Pak Pandir seolah-olah tidak
mengetahui kelemahan dan kekurangan yang ada pada dirinya sehingga dia
tidak mampu memperbaiki kelemahan dirinya sendiri.
Pangarang juga mengkritik sikap individu yang terlalu mendengar kata pihak
lain sehingga mudah terpengaruh dengan mereka sepertimana dalam baris
'Mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan'. Selain itu, hidup
seseorang akan terikat dan terseksa sekiranya tidak tahu tipu daya seseorang
musuh yang hanya berpura-pura baik dihadapan, namun sebaliknya individu
terbabitlah yang akan mengawal kehidupan seseorang itu nanti sepertimana
dalam baris, 'Mulut kena suap pisang", "Buntut kena cangkuk onak". Hal ini
akan mengakibatkan seseorang itu akan menanggung derita tanpa
kesudahan kerana masalah yang muncul disebabkan kelemahan diri sendiri
sepertimana yang diungkapkan dapam baris "Awak juga kecundangan".
Aspek akal budi juga dapat dinilai apabila pengarang mengkritiknsikap yang
tidak mendatangkan manfaat kepada orang lain seperti dalam baris "Gelagak
rambutan jantan" yang tidak mengeluarkan buah walaupun telah tiba
musimnya. Kelemahan ini sama dengan sikap melakukan sesuatu perkara
secara tidak bersungguh-sungguh sehingga mengakibatkan kerja yang
dilakukan tidak mendatangkan hasil seperti "Kilat memancar hujan tak jadi".
37
Keseluruhan isi seloka Pak Pandir menyindir dengan sinis tentang sikap
sebahagian masyarakat Melayu yang bersikap negatif kerana banyak
kelemahan yang wujud dalam kehidupan seharian mereka. Pak Pandir
merupakan watak yang hanya mewakili sikap keturunan Melayu yang
seharusnya diberi tegerus supaya mengubah sikap sedemikian menjadi
lebih baik.
iv) Gurindam
Gurindam Dua Belas
Ini gurindam pasal yang pertama:
Barang siapa tiada memegang agama,
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
maka ia itulah orang yang ma'rifat
Barang siapa mengenal Allah,
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri,
maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri.
Barang siapa mengenal dunia,
tahulah ia barang yang teperdaya.
Barang siapa mengenal akhirat,
tahulah Ia dunia mudarat.
Akal budi pada fasal satu yang diingin dijelaskan ialah pengarang ingin
menerangkan kepada pembaca bahawa sekiranya hidup tanpa mengenal
agama iaitu Tuhan atau Allah SWT, maka hidup akan sia-sia tanpa tujuan.
Situasi ini akan mengakibatkan seseorang sentiasa berada dalam kecelaruan
dan kegelisahan hidup. Empat elemen mengenal dengan ajaran tasawuf
ialah syariat, makrifat, tarikat dan hakikat. Kehidupan seseorag manusia
akan menjadi lebih terang tanpa ada sedikit perasaan was-was sekiranya
mereka mengenal keempat-empat elemen.
38
Seterusnya, sekiranya seseorang itu mengenali Allah SWT, maka adalah
menjadi kewajipan kepada mereka untuk mentaati segala perintah Allah SWT
dan menjauhi segala larangan-Nya kerana Allah SWT telah mencipta dunia
sebagai tempat untuk manusia mengumpulkan seberapa banyak pahala
untuk dijadikan bekalan menuju ke negeri abadi dan di masukkan ke dalam
syurga kelak. Namun, hakikatnya ramai manusia terpedaya dengan nikmat
dunia sehingga leka dengan pelbagai perkara. Sebagai hamba Allah SWT
seharusnya mempunyai matlamat hidup yang jelas kerana kehidupan di
dunia adalah bersifat sementara sedangkan alam akhiratlah menjadi tempat
yang kekal dihuni apabila tiba masanya nanti
Selain itu, sebagai seorang hamba, kehidupan di dunia seharusnya
mengetahui hakikat diri kerana sesiapayang mengetahui dirimya yang
memiliki serba kelemahan, maka seseorang itu akan memerlukan Allah SWT
yang bersifat maha kuasa dalam mengatur kehidupan di dunia dan
membawa kejayaan di akhirat. Dunia yang dihuni oleh manusia bersifat
sementara atau fana. Sekiranya manusia dapat mengatur segala kehidupan
mereka dengan baik bersama-sama dengan pertolongan Allah SWT, maka
mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan godaan dunia. Oleh yang
demikian, hakikat sebenar kehidupan menjadikan dunia sebagai jambatan
kehidupan menuju ke alam akhirat yang kekal abadi buat selama-lamanya.
Berpandukan gurindam tersebut, perbincangan akal budi masyarakat Melayu
dalam konteks falsafah dan pemikiran juga dapat dilihat dalam puisi tersebut.
Falsafah bererti cinta kepada ilmu dan kebenaran. Menurut Kamus Dewan
Edisi Keempat (2010), falsafah merujuk kepada pengetahuan tentang
pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar
kepada ilmu-ilmu yang lain. Menurut Mana Sikana (1986), falsafah ialah suatu
kesenian berfikir yang waras, bernas dan mendalam. Karya sastera yang
dihasilkan membincangkan sesuatu subjek yang biasanya bersifat artistik dan
estetik, maka disitulah tersimpannya mutiara falsafahnya. Dengan erti kata
lain, falsafah ialah memikirkan sesuatu perkara dengan sangat mendalam dan
membincangkannya dengan sangat terperinci bagi memperoleh jawapan
yang betul dan benar terhadap sesuatu perkara.
39
Dalam karya Gurindam Dua Belas, falsafah yang terkandung membincangkan
mengenai pelbagai persoalan kehidupan manusia sama ada meliputi
kehidupan di dunia mahupun di akhirat. Antara persoalan yang terdapat
dalam gurindam tersebut ialah mengenai akidah dan tasawuf, syariat rukun
Islam dan kepentingan menjaga akhlak serts konsep pemerintahan. Setiap
fasal yang ditulis oleh Raja Ali Haji berupaya menyentuh kesedaran dalam
jiwa masyarakat serta memainkan peranan penting dalam usaha
pembentukan nilai keperibadian insan yang mulia berlandaskan syariat Islam.
Nilai-nilai Islam yang diatur dan digarap dalam gurindam ini secara tidak
langsung menggambarkan diri setiap insan sebagai contoh insan yang
mempunyai kualiti serta jati diri yang indah dan sempurna (Azman Rahmat et.
al., 2022).
Merujuk kepada gurindam tersebut, falsafah yang ingin disampaikan oleh
penulis ialah falsafah yang sebenar-benarnya falsafah kerana isi kandungan
atau maksud yang terdapat dalam gurindam tersebut merupakan ilmu yang
hadir daripada sumber yang benar dan sahih iaitu ilmu yang berpandukan
kepada agama yang meliputi Rukun Iman, hadis-hadis Nabi SAW dan bait-bait
yang diambil daripada ayat-ayat al-Quran. Tiada sumber yang boleh
dipercayai dan dijadikan panduan selain daripada sumber-sumber tadi
kerana sumber-sumber tersebut datangnya daripada pencipta alam semesta
iaitu Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW sebagai perutusan.
Ketinggian pemikiran Raja Ali Haji dalam Gurindam Dua Belas jelas
memaparkan perwatakan beliau yang sangat bijak dalam menyampaikan
sesuatu ilmu atau kebenaran dengan pendakatan atau kaedah yang indah
dan sempurna. Beliau juga menyentuh beberapa ilmu falsafah yang berkaitan
dengan etika, metafizik, sosial politik dan logik.
40
Rujukan
Azman Rahmat et. al.. (2022). Pengenalan Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu.
Pustaka Al-Ehsan.
Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Hashim Awang. (1988). Kritikan Kesusasteraan Teori dan Penulisan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mana Sikana. (1986). Kritik Sastera: Pendekatan dan Kaedah. Petaling Jaya: Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Shamsudin Abu Bakar. (n.d.). Tajuk 8 Fungsi Sastera Melayu.pptx. (2022). Scribd.
https://www.scribd.com/presentation/447276356/Tajuk-8-Fungsi-Sastera-Melayu-
pptx
41