1. PENGURUSAN PBD SEKOLAH
• CARTA ORGANISASI
• TAKWIM
• MINIT MESYUARAT
CARTA ORGANISASI PBS/PBD
PN. FAZLIYATON BINTI MOHAMED SHARIF
(GURU BESAR)
EN. ABD RAZAK BIN ABDUL PN. AMINAH BINTI ADAM EN. MOHD HANAFI BIN HAMZAH
(PK HEM) (PK PENTADBIRAN) (PK KOKURIKULUM)
PN. SYAHEELA ATIKAH BT HASHMI PN. AMIRAH NAZIHAH BT ZULKIPLI PN. ANI BT IBRAHIM
(S/U PEPERIKSAAN DALAMAN) (PENYELARAS PBS/PBD) (S/U PEPERIKSAAN UPSR)
KETUA-KETUA PANITIA
SEKOLAH KEBANGSAAN (2) PETALING JAYA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) & PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
TAKWIM AKTIVITI KSSR&PBD TAHUN 2021
BULAN / JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGOS SEP OKT NOV
AKTIVITI
1. Pelantikan AJK KSSR
& PBD
2. Mesyuarat KSSR &
PBD
3. Menyediakan DSKP
(Tahun 1 - 6)
4. Menyediakan
Perekodan Offline
(Tahun 1-6)
5. Muat Turun Buku
Panduan KSSR&PBD
6. Pentaksiran Bilik
Darjah (PBD)
7. Pelaksanaan & Penggal 1 T.6 T.3
Pelaporan PPsi
(Ujian Aptitud Am) Penggal 2
8. Pelaksanaan &
Perekodan UJIAN
SEGAK & BMI (Tahun
4-6)
9. Pelaporan UJIAN
SEGAK & BMI (Tahun
4-6)
10. Pelaksanaan &
Perekodan bagi
SUKAN, KO-
KURIKULUM &
EKSTRAKURIKULUM
(Tahun 4-6)
11. Pelaporan SUKAN &
KO-KURIKULUM
(Tahun 4-6)
12. Pengurusan
Instrumen
Pentaksiran
13. Pelaporan PBD & Penggal Penggal
Dialog Prestasi 1 2
14. Aktiviti PEMANTAUAN Penggal Penggal
DALAMAN 1 2
15. Aktiviti PEMENTORAN Penggal Penggal
1 2
16. Aktiviti
PENYELARASAN
PENSKORAN
17. Aktiviti PENGESANAN
INSTRUMEN
PENTAKSIRAN
18. LAPORAN
PENJAMINAN KUALITI
19. Penambahbaikan /
Tindakan Susulan
SEKOLAH KEBANGSAAN (2) PETALING JAYA JALAN 1/10
46000 PETALING JAYA SELANGOR
MINIT MESYUARAT PENTAKSIRAN BERASASKAN BILIK DARJAH (PBD)
BIL 1/2021
Tarikh : 12 April 2020
Hari
Masa : Isnin
Tempat : 2.00 petang – 3.00 petang
: Bilik Gerakan SK(2) Petaling Jaya
Kehadiran :
1. Pn. Hjh Fazliyaton Bt Mohamed Sharif ( Guru Besar )
2. Pn. Aminah Bt Adam (PK Kurikulum)
3. En. Abd Razak Bin Abdul ( PK HEM)
4. En. Mohd Hanafi Bin Hamzah (PK KOKU)
5. Pn. Amirah Nazihah Bt Zulkipli
6. Pn. Jauharatuddini bt Yaacob
7. Pn. Siti Nurulatina bt Ibrahim
8. Pn. Ani Bt Ibrahim
9. Pn. Nor Sharifah bt Sha’ari
10. En. Muhammad Qusairee bin Yaakob
11. Cik Nur Hazirah Bt Mohd Ibrahim
12. En. Abdul Fadhil Bin Awin
13. Cik Thenmoze a/p Ramachandran
14. En. Mohd Hamizan Bin Mohd Hatta
15. En. Mohammad Faqirrul Bin Mohd Zailan
16. Cik Nur Syahirah Binti Mohamed Shaharuddin
17. Pn. Nur Anis Farhana Binti Mohd Nor
18. Cik Pinky Tang Pink Kyi
Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul` Kitab ( Al-Fatihah ).
1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1. Pengerusi mengucapkan terima kasih dan selamat kepada semua guru-guru yang dapat hadir
ke mesyuarat hari ini.
1.2. Pengerusi menjemput Puan Guru Besar untuk memberi kata alu-aluan:
- Pn. Fazliyaton menerangkan secara umum tentang PBS dan PBD yang perlu
dilaksanakan dengan sistematik oleh semua guru. Guru besar juga turut berkongsi
kepentingan PBD iaitu untuk melihat perkembangan murid, kemajuan murid, kebolehan
murid dan pencapaian murid. PBD terdiri daripada kurikulum, kandungan, pedagogi dan
kaedah PdP dan ia merupakan sebahagian daripada PdPC guru.
2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
Cadangan : En. Muhammad Hamizan bin Mohd Hatta
Sokongan : Cik Nur Hazirah binti Mohd Ibrahim
3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT:
Tiada
4. PERKARA-PERKARA BAHARU
4.1 KONSEP ASAS DAN OBJEKTIF PBD
4.1.1 – Penyelaras menerangkan konsep PBD dan pengurusan data PBD. Ia dilaksanakan
untuk
mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di samping memberi
maklum
balas tentang pengajaran guru.
Tindakan: makluman
4.1.2-Melalui PBD, guru dapat:
mengesan pengetahuan sedia ada murid
mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran
dari semasa ke semasa.
mengetahui keberkesanan PdP
merancang, mengubah suai dan menambah baik kaedah PdP
menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.
Tindakan: makluman
4.1.3-Melalui PBD, murid dapat:
mengesan perkembangan diri
mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran
meningkatkan pencapaian pembelajaran
Tindakan: makluman
4.14 9 ciri PBD
Dirancang oleh guru.
Bersistem
Formatif dan Sumatif
Pelbagai kaedah
Berasaskan Kriteria
Menekankan Perkembangan Individu
Mengesan Perkembangan Pembelajaran Secara Menyeluruh
Membolehkan Tindakan Susulan
Menggalakkan Pentaksiran Kendiri dan Pentaksiran Rakan Sebaya
Tindakan: makluman
4.1.4 Aspek yang ditaksir
- Pelbagai aspek boleh ditaksir melalui PBD yang meliputi pelbagai
kecerdasan serta perkembangan emosi dan sahsiah murid. Aspek yang
ditaksir ini termasuklah aspek nilai dan kompetensi yang diperlukan dalam
dunia hari ini, di samping perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor
seperti dinyatakan dalam DSKP setiap mata pelajaran.
Contoh aspek yang ditaksir ialah:
Pengetahuan
Kemahiran berfikir
Kemahiran berbahasa
Kemahiran mengira
Kemahiran belajar
Kemahiran bersosial
Kemahiran manipulatif
Kemahiran amali
Kemahiran kinestatik
Kreativiti
Kesihatan dan kecergasan
Amalan nilai murni
Sikap
Bakat
.
Tindakan: makluman
4.1.5 Pertimbangan Profesional
(a) Pengetahuan
Guru perlu berpengetahuan luas dalam mata pelajaran yang diajar meliputi Ilmu,
kandungan, strategi pengajaran serta berkebolehan mentaksir murid (dengan pelbagai
kaedah pentaksiran) secara adil, telus dan konsisten.
(b) Tanggungjawab profesional
Guru melaksanakan pentaksiran secara bertanggungjawab dan beretika berdasarkan
pengetahuan, input murid serta pengalaman yang ada dengan cekap, adil, telus,
sistematik dan holistik.
(c) Input murid
Guru menganalisis dan membuat pertimbangan berdasarkan pemerhatian, perbincangan
dua hala, soal jawab, lembaran kerja murid, buku log, portfolio, jurnal harian, kuiz, esei,
puisi, slaid pembentangan, hasil projek dan lain-lain yang bersesuaian. Guru juga
membuat pertimbangan berdasarkan prestasi murid dalam aktiviti PdP, ujian atau latihan
yang diberikan.
(d) Pengalaman
Guru menggunakan pengalaman mengajar dalam interaksi dengan murid. Berdasarkan
pengalaman, guru dapat mengenal pasti kekuatan dan potensi murid. Walau
bagaimanapun, guru harus mentaksir murid secara profesional.
Tindakan: makluman
4.1.6 Merancang PdP dan Kaedah Pentaksiran
- Dalam merancang PpP dan kaedah pentaksiran, guru perlu:
Meneliti dan memahami kandungan setiap tajuk dalam DSKP.
Menentukan objektif pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dan yang
hendak ditaksir oleh guru. Objektif pembelajaran hendaklah selari dengan
Standard Kandungan.
Tindakan: makluman
4.1.7 Mengenal Pasti Kaedah Pentaksiran yang Sesuai
- Kaedah pentaksiran secara pemerhatian, lisan dan penulisan boleh
dilaksanakan secara berasingan atau digabungkan Pentaksiran ini dijalankan
secara berterusan untuk mendapatkan maklumat pentaksiran yang lebih jelas
dan tepat berkaitan dengan keupayaan, perkembangan dan kemajuan murid.
- Penentuan kaedah pentaksiran ini bergantung kepada objektif pembelajaran
yang hendak ditaksir dan bersesuaian dengan keupayaan murid.
- Instrumen pentaksiran yang digunakan bergantung kepada aktiviti PdP yang
dirancang dan kaedah pentaksiran yang dipilih.
Tindakan: makluman
4.1.7.1 Kaedah Pentaksiran Aktiviti Instrumen pentaksiran
Bil. Jenis pentaksiran
1 Lisan Soal jawab - Soalan, penyataan,
Bacaan kuat ilustrasi dan bahan
Kefahaman konsep Syarahan ransangan perlu jelas dan
Pengetahuan fakta Perbahasan mudah
Kemahiran mendengar Bercerita difahami
Penggunaan bahasa yang tepat Perbincangan - Aktiviti atau bahan boleh
Kefasihan menghafaz Hafazan meransang murid
Sebutan dalam berbahasa Temu bual mengeluarkan idea
Kecekapan mencongak Soal jawab - Pelbagai bentuk soalan
Gaya persembahan Nyanyian seperti soalan bertumpu
Pertuturan dan sikap Deklamasi sajak dan bercapah digunakan
Mendengar dan memberi untuk meransang murid
Bertulis respons secara lisan berfikir dan menaakul
Karangan
Laporan projek/ eksperimen/ kerja Kertas Soalan Ujian -Merekod boleh dibuat
Anekdot dalam bentuk berikut:
kursus/ folio Soal-selidik
Latihan bertulis Lembaran Kerja Membuat pernyataan
Ujian bertulis Rekod berterusan Menanda dengan
Huraian atau tafsiran statistik, peta, Skala kadar menggunakan simbol
Senarai semak Memberi markah
jadual, graf atau carta Memberi gred
- Instrumen dalam pentaksiran secara - Rekod boleh dilakukan
dalam rekod mengajar,
bertulis digunakan untuk mengesan buku catatan guru,
senarai semak dan
perkembangan intelek dan kemahiran templat pelaporan
(Excel)
murid dari aspek:
Menulis
Menyusun idea
Mengaplikasi
Mentafsir
Menilai
Mencipta
Pemerhatian
Sikap
Perlakuan/ amalan
Amali
Kemahiran manipulatif
Kemahiran bersosial
Kemahiran belajar
Kemahiran kinestetik
Kemahiran literasi komputer
Kemahiran mereka cipta
4.1.7.2 Aktiviti PBD
*Kuiz
*Permainan
*Bercerita
*Main Peranan
*Projek Mudah
* dan lain-lain
Tindakan: Makluman
4.2 Pengurusan Data PBD
- Semua guru perlu menguasai konsep asas PBD terlebih dahulu supaya pentaksiran bilik darjah
yang akan dilaksanakan berkualiti. Guru perlu sentiasa merujuk DSKP untuk menentukan tahap
penguasaan murid.
- Guru juga perlu memuat naik templat pelaporan dalam bentuk fail Microsoft Excel dan digunakan
oleh guru secara luar talian.
- Guru menggunakan Templat Pelaporan PBD bagi KSSR (Semakan 2017).
- Templat Pelaporan PBD Kelas ( Gabungan Mata Pelajaran ) perlu dihantar dua kali setahun.
Tindakan: Makluman
4.2.1 Proses mengurus data PBD
Setelah membuat pentaksiran yang berterusan, data akan dikumpul secara pukal sebanyak 2
kali setahun .
Proses yang perlu guru ikuti untuk mengurus data PBD adalah seperti berikut:
A. PELAPORAN.
Guru MP Guru Kelas Penyelaras PBD
B. INTERVENSI.
Guru MP Ketua Panitia (kumpul data dan adakan PLC untuk bincang Isu dan
intervensi) Penyelaras PBD akan kumpul semua data , isu dan intervensi daripada KP
dan mengadakan Dialog Prestasi di peringkat sekolah.
Tindakan: Makluman
4.2.2 Pelaporan PBD
4.2.3 Analisis Data
Tindakan: Makluman
4.2.4 Semua guru perlu menganalisis data dan kenal pasti murid yang belum mencapai TP
3. Sediakan senarai nama dan dibincangkan di dialog prestasi untuk tindakan susulan dan
intervensi. Guru juga perlu menganalisis kemahiran atau bidang yang lemah dikuasai
majoriti murid.
Tindakan: makluman
4.2.5 Semua guru perlu menyelesaikan analisis PBD subjek dan keseluruhan serta
perlu dihantar kepada guru besar untuk disahkan.
Tindakan: Semua guru kelas dan guru subjek
4.2.6 Tindakan Susulan/ Intervensi
- Tindakan susulan boleh dijalankan secara serta-merta atau dirancang.
Kemampuan setiap murid untuk memahami atau menguasai pelajaran
masing-masing adalah berbeza. Semasa menjalankan pentaksiran guru boleh
mengenal pasti murid yang belum atau telah menguasai perkara yang telah
dipelajari. Seterusnya guru boleh menjalankan tindakan susulan yang sesuai
untuk meningkatkan tahap penguasaan setiap murid.
- Dalam mengendalikan tindakan susulan bagi meningkatkan penguasaan murid, guru boleh:
Menggunakan pelbagai teknik PdP yang berkesan bersesuaian dengan
tahap keupayaan murid yang berkenaan
Menggunakan bahan PdP yang menarik dan bersesuaian
Menggunakan bahasa yang sesuai dengan tahap penguasaan murid
Memberi perhatian dan bimbingan yang rapi secara individu atau
berkumpulan
Memberi peluang kepada murid untuk mengukuhkan penguasaan dalam
pengetahuan, kemahiran dan nilai
Tindakan: makluman
4.3 Penjaminan Kualiti 4P PBD di Sekolah
- Penjaminan kualiti PBD adalah tanggungjawab sekolah.
- Penjaminan kualiti PBD di sekolah boleh dilakukan oleh:
Pengetua/ Guru Besar
Penolong Kanan Pentadbiran
Guru Kanan Mata Pelajaran
Ketua Panitia
Rekod berterusan: Terdapat beberapa borang yang perlu diisi sebagai evidens penjaminan
kualiti terhadap pelaksanaan PBD di sekolah. Setiap komponen mempunyai borang yang
berbeza yang akan diuruskan oleh penyelaras PBD.
Tindakan: makluman
HAL-HAL LAIN
5.1 Guru perlu bersedia dengan evidens pentaksiran yang dilaksanakan.
Tindakan: semua guru
6. PENUTUP
- PBD merupakan satu komponen dalam PBS yang dilaksanakan berterusan dalam PdP untuk
mengukuhkan pembelajaran dan penguasaan murid di samping meningkatkan keberkesanan
pengajaran guru.
- Pembudayaan PBD dalam kalangan guru berupaya menghasilkan anjakan kepada pendidikan
yang tidak berorientasikan peperiksaan.
- Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada
semua guru yang hadir.
Disediakan oleh,
Penyelaras PBS/PBD
SK (2) Petaling Jaya.
2. PELAKSANAAN PBD
• KAEDAH PENTAKSIRAN :
- Lisan
Guru menggunakan pelbagai medium dengan memberi tugasan yang memerlukan
murid bertutur melalui aplikasi atau platform seperti Whatsapp audio, video,
Google Meet, TikTok dan lain-lain.
- Pemerhatian
Guru menggunakan platform Google Meet untuk memerhatikan murid dari segi
tingkah laku atau pelaksanaan aktiviti PBD dan merekod atau mencatat
pemerhatian yang dilakukan.
Guru membuat pemerhatian melalui video tugasan murid.
- Penulisan
Guru mentaksir murid dengan tugasan yang melibatkan penulisan seperti kuiz
bertulis atau kuiz dalam talian,
CONTOH EVIDENS PBD SUBJEK BI
CONTOH EVIDENS PBD SUBJEK
PENDIDIKAN ISLAM
CONTOH EVIDENS PBD MATEMATIK
EVIDENS PBD PEND. SENI VISUAL
3. PENGURUSAN DATA PBD
A. PROSES MENGUMPUL DATA
B. PELAPORAN
A. GURU MP:
- Muat turun templat Rekod Perkembangan Murid (RPM) .
- Mentaksir murid dan rekod. Offline/ Online
- Kenal pasti murid di bawah TP3.
- Sediakan senarai nama beserta TP.
- Guru muat naik RPM yang lengkap di WEBSITE PBD sekolah- 2 kali
setahun.
B. GURU KELAS
- Muat turun Templat Pelaporan Gabungan Kelas
- Pastikan data TP untuk setiap subjek lengkap.
- Muat naik di WEBSITE PBD sekolah. -2 kali setahun-
- Cetak pelaporan murid (individu), masuk dalam fail murid.
C. Penyelaras PBD menyelia Dialog Prestasi
CONTOH PELAPORAN : REKOD PERKEMBANGAN MURID (RPM)
CONTOH PELAPORAN TEMPLAT GABUNGAN KELAS
CONTOH PELAPORAN INDIVIDU
C. ANALISIS DATA
1. GURU MP:
- Buat analisis data. Lihat di RPM. Rujuk graf yang terjana.
- Kenal pasti murid di bawah TP3. Sediakan senarai nama beserta TP.
- Lengkapkan borang post-mortem mengikut MP. Serahkan kepada KP.
- Isi analisis data dalam Data Analisis Sekolah (Google Sheets)
https://docs.google.com/spreadsheets/d/13Vo96n4EhbEB6K95qgjdcAbJ
mrWkFbmJ45AnqTMQbf0/edit#gid=1125932229
2. KETUA PANITIA:
- Kumpul borang post-mortem.
- Isi laporan PBD panitia. (analisis data, isu, intervensi, dll)
- Serahkan laporan kepada penyelaras PBD.
- Simpan semua evidens analisis data dalam fail panitia.
3. PENYELARAS PBD – menyelia Dialog Prestasi
CONTOH ANALISIS DATA RPM SUBJEK
CONTOH ANALISIS PBD KESELURUHAN MENGIKUT SUBJEK
CONTOH ANALISIS PBD KESELURUHAN MENGIKUT KELAS
D. POST-MORTEM
- Guru menganalisa data dan mengenal pasti isu, punca dan intervensi untuk tujuan
post-mortem menggunakan borang di bawah.
SEKOLAH KEBANGSAAN (2) PETALING JAYA
JALAN 1/10, PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
NO TEL / FAX : 03-77829287
BORANG POST MORTEM/INTERVENSI PBD
SUBJEK:____BAHASA INGGERIS_____________________________________
NAMA GURU : AMIRAH NAZIHAH BINTI ZULKIPLI KELAS: 2 CERDAS
ISU 1. Seramai 7 orang murid masih belum mencapai TP 3.
PUNCA 2. Majoriti murid berada di TP 4 bagi kemahiran mendengar, bertutur dan
INTERVENSI menulis.
3. Bilangan murid mencapai TP 5 & 6 masih kurang daripada 10.
4. Majoriti murid TP 1 & 2 lemah menguasai kemahiran membaca.
1. Murid kurang latihan membaca.
2. Murid kurang kosa kata dan lemah dalam membina ayat.
3. Kehadiran dan penyertaan murid sepanjang PdPR kurang
memberangsangkan.
4. Kurang pendedahan dan kekangan waktu untuk berlatih bertutur.
1. Bimbingan kelompok kecil akan dilaksanakan bagi murid yang belum
menguasai TP 3 terutama sekali bagi kemahiran membaca dan bertutur.
2. Perbanyakkan pengajaran fonik dan ejaan serta kosa kata.
3. Murid ditekankan supaya membaca lebih banyak bahan bacaan dan
memahami isinya.
4. Menggunakan modul PdPR sebagai medium alternatif.
Disediakan oleh: Disemak oleh:
………………………………… …………………………………………………
(AMIRAH NAZIHAH BINTI ZULKIPLI ) ( PUAN FAZLIYATON BT MOHAMED SHARIF)
GURU BAHASA INGGERIS TAHUN 2 GURU BESAR SK 2 PETALING JAYA
E. PENJAMINAN KUALITI
o Pementoran
o Pemantauan
o Penyelarasan
o Pengesanan
WEBSITE SEKOLAH
Website PBD SK (2) Petaling Jaya