The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fara ridzuan, 2025-03-06 03:15:35

Buku Mesyuarat Agung Kali Ke - 12 (2025)

KAFAI Manbaeil Ulum, Taman Cheras Jaya

ISI KANDUNGANBIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT1 Visi dan Misi Sekolah Agama Rakyat (KAFAI) Manbaeil Ulum 12 Tentatif Program 23 Jawatankuasa Pelaksana 34 Notis Mesyurat Agung Jemaah Pengurusan Sekolah Agama Rakyat (Kafa Integrasi) Manbaeil Ulum, Kali Ke-12 4 - 55 Agenda Mesyuarat Agung Jemaah Pengurusan Sekolah Agama Rakyat (Kafa Integrasi) Manbaeil Ulum, Kali Ke-12 66 Kehadiran Mesyuarat Bulanan Jemaah Pengurusan Sekolah Agama Rakyat (Kafa Integrasi) Manbaeil Ulum 2022/2024 77 Serungkai Kata Semurni Bicara Dari Ketua Guru 88 Selautan Tinta Seindah Bicara Dari Pengerusi SARKIMU 99 Carta Organisasi Jawatankuasa Jemaah Pengurusan SARKIMU Sesi 2024/2026 1010 Organisasi Sekolah Agama Rakyat (Kafa Integrasi) Manbaeil UlumSesi 2024/2026 1111 Catatan Kehadiran Ibubapa Dan Guru 12 - 1712 Minit Mesyuarat Agung Kali Ke - 11 18 -2313 Laporan Aktiviti 24 - 2714 Jumlah Murid Serta Pencapaian UPKK, PSRA Dan MPKAFA 28 - 3115 Laporan Kewangan Tahunan 2023 Dan 2024 32 - 3916 Cadangan Dan Usul 40 - 4117 Catatan 43


1 VISI Menjadikan Sek Agama Rakyat Kafa Integrasi Manbaeil Ulum (SARKIMU) sebagaiinstitusi pendidikan yang cemerlang dalam melahirkan murid yang berilmu, beriman danbertaqwa. MISI Pentadbir, guru dan seluruh warga di SARKIMU bertekad serta bersatu hati dan tenagauntuk: I. Membentuk organisasi yang mantap dan berpegang kepada prinsip iman, Islamdan ihsan. II. Sentiasa memupuk kerjasama dan kesungguhan dalam melaksanakantanggungjawab yang diamanahkan. III. Melahirkan pelajar yang berilmu serta beramal dengan tuntutan agama Islam. SASARAN/ OBJEKTIF I. Semua murid menguasai penulisan dan bacaan jawi selepas 3 tahun belajarsebelum memasuki tahun 4. II. Semua murid boleh membaca Al-Quran dengan betul (bertajwid) selepas 5 tahunbelajar sebelum menamatkan tahun 6. III. Semua murid memahami kesempurnaan tuntutan ibadah solat dan dapatmelaksanakan solat dengan sempurna apabila menamatkan pendidikan diSARKIMU. IV. Mencapai 85% lulus dalam peperiksaan UPKK dan PSRA dengan sekurangkurangnya 10% mencapai tahap cemerlang (mumtaz) V. Mencapai tahap kepuasan pelanggan dalam kalangan ibu bapa atau penjagamelebihi 70%.


2 8.00 pagi : Pendaftaran 8.30 pagi : Kehadiran Perasmi Jemputan 8.45 pagi : Ucapan Pengerusi Majlis : Bacaan Doa  USTAZ SHAHRUL FADZLI BIN MOHAMAD ADAMAZMI : Ucapan Ketua Guru SARKIMU  USTAZ MOHAMAD ASRI BIN JUSOH9.00 pagi : Pencerahan Hala Tuju Murid Tahun 5 & 6 serta ucapan perasmianmajlis  USTAZ MAHAYUNIZAM BIN MOHAMED YUSOF(PENYELIA KAFA, UNIT PENDIDIKAN ISLAM, PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH SEPANG) 10.00 pagi : Sesi berehat 10.30 pagi : Mesyuarat Agung Jemaah Pengurusan Kali Ke - 12(Dewan SARKIMU) : Cabutan Bertuah 12.00 Tengah hari : Bersurai TENTATIF PROGRAM


3 Penasihat : Encik Ahmad Hasni Bin Mohamed JalilahTimbalan Penasihat : Ustaz Mohamad Asri B Jusoh Penyelaras Program : Ustaz Jum’ari B. BahrumTimbalan Penyelaras : Ustazah Mariana Bt. MuhammadSetiausaha : Ustaz Shahrul Fadzli B. Mohamad Adamazmi Timbalan Setiausaha : Ustazah Nuramalina Bt Zakaria Bendahari : Puan Farah Munirah Bt Ahmad RidzuanTimbalan Bendahari : Puan Siti Salina Bt Dirak Persiapan Dewan/Pentas : Ustaz Abdul Hamid Bin Mohd Idris : Encik Asari B Tulos : Encik Ahmad Habil B. Mohd Khatib: Puan Hilaliyah Bt. Mohd Hanif : Ustazah Amalina Bt. Zakaria : Ustazah Nur Aini Bt. Saad : Ustazah Nurul Hidayah Bt. Ahmad: Ustazah Azura Bt. Abdullah : Ustazah Nor Azmah Bt. Mat NayanJamuan : Ustazah Noor Aida Bt. Ismail : Ustazah Noreswani Bt. Kastar : Ustazah Ummy Qarihah Bt. Jaafar : Puan Noor Waznati Bt. Rakeb : Puan Isma Amita Bt. Ismail Hadiah & Cenderahati : Ustazah Mariana Bt. Muhammad: Ustazah Mahnun Bt. Abdullah : Ustazah Rodiah Bt. Talif : Puan Selasawati Bt. Ismail : Ustaz Zainal Abidin B. Bahrum: Encik Hassan B. Ramlan Keselamatan & : Ustazah Zuhaira Bt. Muhamad ZainKebersihan/ Kawalan : Ustazah Wan Zahira Bt. Wan Omar Murid : Ustazah Zaleena Bt. Zama Huri : Ustaz Muhammad Zuhaili B. Ishak : Encik Ahmad Shairi B. Suhaimi Pengacara Majlis & : Ustaz Jum’ari B. BahrumBacaan Doa : Ustaz Shahrul Fadzli B. Mohamad Adamazmi Penyambut Tetamu : Semua Guru & AJK Pengurusan SAR KIMUJAWATANKUASA PELAKSANA AKTIVITI TAHUNAN SARKIMU2024 - 2026


4 سكوࠀ اІامرعيت (كافا اي̱˗Їراسي) م̲بع العلوم SEKOLAH AGAMA RAKYAT (KAFA INTEGRASI) MANBAEIL ULUMJALAN 9C TAMAN CHERAS JAYA, BATU 11 JALAN CHERAS, 43200 KAJANG, SELANGOR DARUL EHSAN. TEL: 03 - 90813748 Ibu Bapa/Penjaga Murid-murid, SAR (Kafa Integrasi) Manbaeil Ulum, Taman Cheras Jaya. Tuan/Puan, MAJLIS PERMUAFAKATAN IBU BAPA MURID DARJAH 5 & 6 SERTA MESYUARATAGUNG JEMAAH PENGURUSAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT (KAFA INTEGRASI)MANBAEIL ULUM KALI KE – 12 (2025) Dengan segala hormatnya, merujuk perkara di atas. 2. Adalah dimaklumkan bahawa Sekolah Agama Rakyat (Kafa Integrasi) Manbaeil Ulumakan mengadakan program di atas pada ketetapan berikut: Tarikh : 08 Mac 2025M / 07 Ramadhan 1446H Hari : Sabtu Masa : 8.00 Pagi Tempat : Dewan SAR (KAFAI) Manbaeil Ulum. 3. Sehubungan dengan itu pihak sekolah ingin menjemput Tuan/Puan untuk menghadiriprogram di atas demi manfaat bersama antara murid, ibu bapa dan juga guru. 4. Oleh yang demikian, pihak Tuan/Puan boleh mengisi borang usul melalui link berikuthttps://forms.gle/AognviygAkk2fZGz5 . Borang usul tersebut akan di tutup pada 04 Mac 2025.Segala kerjasama dan keprihatinan tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapanterima kasih. Sekian, Wassalamualaikum. “#KITA SELANGOR MAJU BERSAMA” “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, _________________ (SHAHRUL FADZLI BIN MOHAMAD ADAMAZMI) Setiausaha Jemaah Pengurusan Sekolah SAR (Kafa Integrasi) Manbaeil Ulum, Taman Cheras Jaya. Ruj. Kami : dlm. SAR KIMU/BYT4017/25( )Tarikh : 24 Februari 2025M25 Syaaban 1446H


5 Sk : - Fail SAR (KAFAI) Manbaeil Ulum - Fail Jemaah Pengurusan * BORANG INI TELAH DI HANTAR MELALUI GROUP KELAS MASING - MASINGPADA 24/02/2025 (ISNIN).


6 1. Ucapan Pengerusi. 2. Pembentangan dan pengesahan minit Mesyuarat Agung Jemaah Pengurusan SekolahAgama Rakyat (Kafa Integrasi) Manbaeil Ulum kali ke-11 yang telah berlangsungpada 01 Mei 2024. 3. Pembentangan dan pengesahan laporan aktiviti 2024. 4. Pembentangan dan pengesahan laporan kewangan berakhir 31 Disember 2024. 5. Pembentangan dan perbincangan usul/cadangan. 6. Penyampaian cabutan bertuah. 7. Ucapan penangguhan. AGENDA MESYUARAT AGUNG JEMAAH PENGURUSANSEKOLAH AGAMA RAKYAT (KAFA INTEGRASI) MANBAEIL ULUM KALI KE - 12


7 SENARAI KEHADIRAN JAWATANKUASA JEMAAH PENGURUSAN SEKOLAHAGAMA RAKYAT (KAFA INTEGRASI) MANBAEIL ULUM 2024/2026 THB – Tidak hadir bersebab BIL NAMA TARIKH25/01/24 26/04/24 22/05/24 16/11/241 En. Ahmad Hasni B. Mohamed Jalilah √ THB √ √2 Ustaz Mohamad Asri B. Jusoh √ √ √ √3 Puan Selasawati Bt. Ismail √ √ √ √4 Ustaz Shahrul Fadzli B. Mohamad Adamazmi √ √ √ √5 Puan Siti Salina Bt. Dirak √ √ THB√6 Puan Noor Waznati Bt. Rakeb √ √ √ √7 Puan Isma Anita Bt. Ismail √ √ √ √8 Encik Hassan B. Ramlan √ √ √ √9 Encik Asari B. Tulos √ √ √ √10 Ustazah Mariana Bt. Haji Muhammad √ THB √ √11 Ustazah Rodiah Bt. Talif √ √ THB√12 Ustaz Jum’ari B. Bahrum √ √ THB√13 Encik Habil B. Mohd Khatib √ THB √ √14 Puan Hilaliyah Bt. Mohd Hanif - - √ √15 Encik Ahmad Shairi B. Suhaimi - - √ √


8 SERUNGKAI KATA SEMURNI BICARAKETUA GURUSEKOLAH AGAMA RAKYAT (KAFAI) MANBAEIL ULUMBismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Segala puji bagi Allah yang telah mencipta alam serta melimpahkan rahmat dan taufikhidayahnya, selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga dansahabat baginda, alhamdulillah Mesyuarat Agung Tahunan Jawatankuasa Jemaah PengurusanSekolah Agama Rakyat (KAFAI) Manbaeil Ulum Kali ke-12 tahun 2025 masih dapat dilaksanakan. Adalah menjadi matlamat utama untuk membangunkan sistem pendidikan yang berkualitibagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara khusunyadalam bidang agama. Bidang pendidikan kini yang kian mencabar memerlukan setiap sekolahmembina perancangan yang rapi dan sistematik. Justeru, saya menyeru semua pihak bekerjasamaagar sama-sama memainkan peranan mengambil tindakan dalam mendukung cita-cita tersebutdan seterusnya menjadikan sistem pendidikan ini sebagai yang terbaik dan menjadi terasperjalanan sekolah. Usaha kolaboratif setiap pihak, terutamanya warga sekolah ini yang sentiasaberkesanggupan untuk menggembeleng tenaga tanpa mengira masa untuk menjayakan setiapaktiviti dan program yang dirancang berjalan lancar serta diperkemas untuk memantapkan lagipelaksanaannya. Proses pembinaan modal insan secara menyeluruh dan berterusan juga amatperlu agar berupaya menghasilkan pengeluaran yang memenuhi kehendak Jabatan Agama IslamSelangor (JAIS) dan selaras dengan hasrat Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).Walaupun ianya mengambil masa yang agak lama untuk menampakkan hasil, namun sistempendidikan yang berwibawa akan menjadikan insan berminda kelas pertama yang bakal dijanabermula dari peringkat rendah sehinggalah menenggah dan seterusnya. Ucapan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa/penjaga yanghadir kerana sudi meluang serta melapangkan masa untuk bersama-sama pada majlis ini. Tidaklupa kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Jemaah Pengurusan sesi 2024-2026 yang banyakmembantu dan memberikan buah fikiran terutama dari segi pentadbiran dan pengurusan. Ucapanterima kasih tidak terhingga diucapkan kepada semua guru serta kakitangan sokongan yangbertungkus lumus menjaya dan memastikan Mesyuarat Agung pada hari ini berjalan denganlancar. Akhir kata saya amat berharap semoga kerjasama antara dua pihak akan berterusanterjalin erat dan sentiasa sepakat demi kecemerlangan anak-anak murid sekolah ini. SemogaSekolah Agama Rakyat (KAFAI) Manbaeil Ulum akan terus unggul dan cemerlang dalam semuaaspek dari segi pelajaran mahupun sahsiah peribadi diri. Dikesempatan ini juga saya memohonmaaf sekiranya selama mana dibawah pimpinan ini terdapat kelemahan dan kekurangan yangtidak disengajakan. Sekian, Terima Kasih. Wassalamualaikum. Yang Menjalankan Tugas,


9 SECANGKIR KATA SEINDAH BICARAPENGERUSI JEMAAH PENGURUSANSEKOLAH AGAMA RAKYAT (KAFAI) MANBAEIL ULUMAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Terlebih dahulu marilah kita sama-sama mengungkapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepadaAllah S.W.T. kerana diberi kesihatan dan kelapangan untuk kita menghadiri MesyuaratAgung Tahunan Jawatankuasa Jemaah Pengurusan Sekolah Agama Rakyat (KAFAI)Manbaeil Ulum bagi sesi 2024/2026 ini. Mudah-mudahan keikhlasan dan insiatif kita untukhadir menjayakan majlis ini dikira sebagai satu ibadah yang layak menerima sebesarganjaran daripadaNya. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepadajawatankuasa pelaksana yang telah bertungkus lumus membuat persediaan bagimenjayakan mailis pada hari ini. Saya juga mengucapkan syabas dan terima kasih kepadasemua ibu bapa atau penjaga yang sudi meluangkan masa untuk hadir pada hari ini.Kehadiran tuan puan adalah satu pengorbanan berharga yang secara jelas membuktikankesungguhan dan komitmen untuk bersama menyumbang masa, tenaga dan buah fikirandemi merealisasikan hasrat mencapai kecemerlangan dan memberi manafaat kepadaseluruh warga SARKIMU khususnya kepada anak-anak yang kita kasihi. Peranan utama yang diharapkan daripada jemaah pengurusan ini ialah bagi menyediakansatu forum atau wadah di mana ibu bapa dapat bersama dengan pihak sekolah membentuksatu pasukan yang kuat dan berkesan bagi mencapai matlamat atau sasaran yang telahditetapkan. Kecemerlangan yang ditagih bukan sahaja dalam aspek pencapaian akedemik,malah juga dalam usaha membina generasi akan datang yang mempunyai jatidiri danketerampilan terpuji yang menepati akidah dan syariah Islam. Alhamdulillah, dengan berkat kerjasama dan muafakat semua pihak, SARKIMU telah berjayamencatat beberapa kejayaan di peringkat sekolah mahupun daerah. Namun kejayaankejayaan itu bukanlah hanya semata-mata untuk mencipta rekod yang akan dikenang dandisanjung tetapi hendaklah sentiasa dijadikan asas dan panduan untuk mencipta kejayaanyang lebih cemerlang di masa-masa akan datang. Sehubungan dengan itu, saya menyeruagar kita dapat mempertingkatkan usaha dan kerjasama untuk memperbaiki sebarangkelemahan bagi memastikan pengurusan yang lebih berkesan dan pencapaian yang lebihcemerlang. Akhir kata saya memohon maaf diatas segala kekurangan, kesilapan serta keterlanjuran danamat berharap semoga kerjasama antara dua pihak akan berterusan terjalin erat dansentiasa sepakat demi kecemerlangan murid sekolah ini. Semoga Sekolah Agama Rakyat(KAFAI) Manbaeil Ulum akan terus unggul dan cemerlang dalam semua aspek dari segipelajaran mahupun sahsiah peribadi diri. Dikesempatan ini juga saya memohon maafsekiranya selama mana dibawah pimpinan ini terdapat kelemahan dan kekurangan yangtidak disengajakan. Sekian dan Selamat Maju Jaya.


10 AJK PN. NOOR WAZNATI BT RAKEB AJKEN. ASARIBIN TULOSAJK PN. ISMA ANITA BT ISMAIL AJK USTAZAH RODIAH BT TALIF AJK EN. HASSAN BINRAMLAN PENGERUSI EN. AHMAD HASNI BIN MOHAMED JALILAH SETIAUSAHA USTAZ SHAHRUL FADZLI BIN MOHAMAD ADAMAZMI NAIBSETIAUSAHAPN. SITI SALINA BT DIRAKPENASIHAT USTAZ ISMAIL SABRI BIN NORIHAN (Penolong Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Langat) AJK USTAZAH MARIANA BT HAJI MUHAMMAD JAWATANKUASA JEMAAH PENGURUSAN2024/2026 SEKOLAH AGAMA RAKYAT (KAFA INTEGRASI) MANBAEIL ULUMPEMERIKSA KIRA-KIRA 1. EN. HABIL BIN MOHD KHATIB 2. USTAZ JUM’ARI BIN BAHRUM BENDAHARI USTAZ MOHAMAD ASRI BIN JUSOH AJK PN.HILALIYAHBT MOHD HANIF AJKEN. AHMADSHAIRI BINSUHAIMI TIMBALAN PENGERUSI PN. SELASAWATI BT ISMAIL


11 Ketua Guru : Ustaz Mohamad Asri B Jusoh Guru Penolong Kanan : Ustazah Mariana Bt MuhammadGPK HEM (Penyelia Petang) : Ustaz Jum’ari B BahrumGPK KOKO : Ustaz Shahrul Fadzli B Mohamad Adamazmi Timbalan GPK KOKO : Ustazah Nor Azmah Bt Mat NayanGURU-GURU SESI PAGI BIL NAMA GURU DARJAH1 Ustazah Noor Aida Bt Ismail 1 Jannatul Firdaus2 Ustazah Noreswani Bt Kastar 1 Jannatun Naim3 Ustazah Zuhaira Bt Muhamad Zain 1 Jannatu Darussalam4 Ustaz Zainal Abidin B Bahrum 2 Jannatul Firdaus5 Ustazah Nor Azmah Bt Mat Nayan 2 Jannatun Naim6 Ustaz Muhammad Zuhaili B Ishak 2 Jannatu Darussalam7 Ustazah Nurul Hidayah Bt Ahmad 3 Jannatul Firdaus8 Ustazah Ummy Qarihah Bt Jaafar 3 Jannatun Naim9 Ustazah Wan Zahira Bt Wan Omar 3 Jannatu DarussalamGURU-GURU SESI PETANG BIL NAMA GURU DARJAH1 Ustazah Nuramalina Bt Zakaria 4 Jannatul Firdaus2 Ustaz Abdul Hamid B Mohd Idris 4 Jannatun Naim3 Ustaz Shahrul Fadzli B Mohamad Adamazmi 4 Jannatu Darussalam4 Ustazah Nur Aini Bt Saad 5 Jannatul Firdaus5 Ustazah Rodiah Bt Talif 5 Jannatun Naim6 Ustazah Zaleena Bt Zama Huri 5 Jannatu Darussalam7 Ustazah Azura Bt. Abdullah 6 Jannatul Firdaus8 Ustazah Mahnun Bt Abdullah 6 Jannatun Naim9 Ustaz Jum’ari B Bahrum 6 Jannatu DarussalamPembantu Tadbir : Pn. Farah Munirah Bt Ahmad RidzuanPembantu Am : Pn. Rossydah Bt Sahar ORGANISASI SEKOLAH AGAMA RAKYAT(KAFA INTEGRASI) MANBAEIL ULUM, TAMAN CHERAS JAYATAHUN 2025


12


13


14


15


16


17


18


19


20


21 SEKOLAH AGAMA RAKYAT (KAFA INTEGRASI) MANBAEIL ULUMTAMAN CHERAS JAYA SELANGOR DARUL EHSANMINIT MESYUARAT AGUNGJAWATANKUASA JEMAAH PENGURUSANKALI KE-11 (TAHUN 2024 - 2026) DIRASMIKAN OLEH : USTAZ MAHAYUNIZAM BIN MOHAMED YUSOF(Penyelia KAFA) Unit Pendidikan Islam, Pejabat Agama Islam Daerah Sepang. TARIKH : 01 MEI 2024M / 22 SYAWAL 1445HMASA : 10.40 PAGI HARI : RABU TEMPAT : DEWAN SAR (KAFAI) MANBAEIL ULUM


22 MINIT MESYUARAT AGUNGJEMAAH PENGURUSAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT(KAFA INTEGRASI) MANBAEIL ULUMKALI KE-11 TAHUN (2024/2026) TARIKH : 01 MEI 2024M / 22 SYAWAL 1445H (RABU) MASA : 10.40 PAGI TEMPAT : DEWAN, SEKOLAH AGAMA RAKYAT (KAFA INTEGRASI)MANBAEIL ULUM PERASMIAN OLEH : USTAZ MAHAYUNIZAM BIN MOHAMED YUSOFKEHADIRAN : 1. AHMAD HASNI BIN MOHAMED JALILAH (PEMANGKU PENGERUSI) 2. USTAZ SHAHRUL FADZLI BIN MOHAMAD ADAMAZMI (SETIAUSAHA) 3. PUAN SITI SALINA BINTI DIRAK (NAIB SETIAUSAHA) 4. USTAZ MOHAMAD ASRI BIN JUSOH (BENDAHARI) 5. USTAZAH MARIANA BINTI HAJI MUHAMMAD (AJK GURU) 6. USTAZAH RODIAH BINTI TALIF (AJK GURU) 7. PUAN SELASAWATI BINTI ISMAIL (AJK IBUBAPA) 8. PUAN NOOR WAZNATI BINTI RAKEB (AJK IBUBAPA) 9. PUAN ISMA ANITA BINTI ISMAIL (AJK IBUBAPA) 10. EN. HASSAN BIN RAMLAN (AJK IBUBAPA) 11. EN. ASARI BIN TULOS (AJK IBUBAPA) 12. USTAZ JUM’ARI BIN BAHRUM (PENYATA KIRA-KIRA) 13. EN. AHMAD HABIL BIN MOHD KHATIB (PENYATA KIRA-KIRA)


23 AGENDA MESYUARAT : BIL PERKARA TINDAKAN1 UCAPAN ALUAN KETUA GURU 1.1 Ustaz Mohamad Asri Bin Jusoh memulakan majlis dengan salam danbacaan Umul Kitab Al-Fatihah. 1.2 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran ibubapa, Ahli Jawatankuasa Jemaah Pengurusan dan semua guru yang sudi meluangkan masa untuk hadir. 1.3 Mesyuarat bersetuju untuk melantik Ustazah Nor Azmah Binti Mat Nayan dan Puan Farah Munirah Binti Ahmad Ridzuan sebagai pencatat minit mesyuarat. 2 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 2.1 Ustaz Mohamad Asri Bin Jusoh membentangkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-10. 2.2 Beliau meminta semua yang hadir untuk menyemak Minit Mesyuarat sebelum disahkan. 2.3 Encik Mohd Anwar Bin Mohd Radzi mencadangkan agar minit mesyuarat kali ke-10 disahkan. Ahli mesyuarat sebulat suara menyokong minit mesyuarat kali ke-10disahkan. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN LAPORAN AKTIVITI 2022/20243.1 Ustaz Mohamad Asri Bin Jusoh memberi ucapan kata aluan sebelumpembentangan dan pengesahan aktiviti 2022/2024. 3.2 Mesyuarat sebulat suara menerima laporan aktiviti sepanjang tahun2022/2024. 4 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN LAPORAN KEWANGANBERAKHIR 31 DISEMBER 2022 4.1 Ustaz Mohamad Asri Bin Jusoh selaku Bendahari Sekolah AgamaRakyat (Kafa Integrasi) Manbaeil Ulum membentangkan laporankewangan yang berakhir 31 Disember 2023.


24 4.2 En. Mohd Anwar ingin mengetahui adakah akaun kewangan disemakoleh pihak ke-3 (yang bertauliah). Ustaz Mohamad Asri Bin Jusoh menjelaskan bahawa penyata akandihantar setiap bulan ke Pejabat Agama Islam Daerah Bangi (PAID) bagi menyemak dan mengesahkan setiap transaksi pengeluarandan kemasukan dalam buku SUWA dan KWK. 4.3 Baki di bank pada 31 Disember 2022 adalah sebanyak RM96,731.80(Maybank), RM40,315.06 (Bank Islam) dan RM70,001.34 (RHBBank). 4.4 En. Anwar ingin mengetahui tentang akaun bank sekolah sertapembayaran yang dilakukan bagi setiap bank tersebut. Ustaz Mohamad Asri Bin Jusoh memaklumkan bahawa sekolahmempunyai 3 akaun yang terdiri dari Maybank, Bank Islam dan RHBbank. Akaun Maybank melibatkan yuran pelajar, ahli persatuan, elaun guru serta bil utiliti. Akaun Bank Islam pula melibatkansebarang bentuk bantuan samada bantuan Zakat dan KerajaanNegeri maupun bantuan dari pihak JAKIM. Bantuan tersebut perludisalu rkan mengi kut tempoh yang telah ditetapkan untu kpengelua ran. Mana kala bagi akaun RHB Bank melibatkansumbangan individu dan infak. Untuk makluman, akaun ini hanyadiaudit dalaman sahaja. 4.5 En. Anwar mencadangkan agar akaun sekolah di audit oleh pihakketiga (bertauliah) supaya sumber yang diterima akan dikembalikankepada murid - murid. Ustaz Mohamad Asri Bin Jusoh ambil maklum tentang cadangantersebut. 4.6 En. Mohd Anwar mencadangkan agar laporan kewangan 2022disahkan. Ahli mesyuarat sebulat suara menyokong agar laporan kewangan2022 disahkan. 5 PEMBUBARAN JAWATANKUASA JEMAAH PENGURUSAN SESI 2022/2024 5.1 Encik Ahmad Hasni Bin Mohamed Jalilah (Pemangku Pengerusi) dengan rasminya membubarkan Jemaah Pengurusan SAR (KAFAI) Manbaeil Ulum sesi 2022/2024.


25 6 PEMILIHAN JAWATANKUASA JEMAAH PENGURUSAN SARKIMU SESI 2024/2026 6.1 Ustaz Mohamad Asri Bin Jusoh memaklumkan bahawa pemilihanAJK PIBG akan dilakukan secara pengundian dan dipersetujui olehsemua pihak. 6.2 Ahli mesyua rat sebulat sua ra be rsetuju mengekalkan Ahli Jawatankuasa Pengurusan lama dikekalkan. 6.3 Ustaz Mohamad Asri Bin Jusoh mencadangkan agar PemangkuPengerusi diangkat sebagai Pengerusi. Ahli mesyuarat Sebulat suara setuju dengan cadangan yangdikemukakan. 6.4 Ustaz Mohamad Asri Bin Jusoh mencadangkan agar AJK Unit Pendidikan dan Unit Pembangunan diwujudkan. Encik Hasni mencadangkan agar Puan Selasawati dilantik sebagai Timbalan Pengerusi serta Puan Hilaliyah dan Encik Ahmad Shairi dilantik sebagai AJK Ibubapa. 6.4 Senarai AJK PIBG sesi 2024/2026 adalah seperti berikut: Penasihat : Ustaz Ismail Sabri Bin Norihan (Penolong Pegawai Tadbir Agama DaerahHulu Langat) Pengerusi : En. Ahmad Hasni Bin Mohamad Jalilah Tim. Pengerusi : Puan Selasawati Binti Ismail Setiausaha : Ustaz Shahrul Fadzli Bin Mohamad Adamazmi Naib Setiausaha : Puan Siti Salina Binti Dirak Bendahari : Ustaz Mohamad Asri Bin Jusoh (Ketua Guru SAR (KAFAI) Manbaeil Ulum) AJK Ibubapa : 1) Puan Noor Waznati Binti Rakeb 2) Puan Isma Anita Binti Ismail 3) Puan Hilaliyah Binti Mohamed Hanif 4) En. Hassan Bin Ramlan 5) En. Asari Bin Tulos 6) En. Ahmad Shairi Bin Suhaimi AJK Guru : 1) Ustazah Mariana Binti Haji Muhammad 2) Ustazah Rodiah Binti Talif Penyata Kira-kira : 1) Ustaz Jum’ari Bin Bahrum2) En. Ahmad Habil Bin Mohd Khatib


26 7. PEMBENTANGAN USUL 7.1 Puan Suhailah Binti Badri mencadangkan menu makanan di kantinsekolah dipelbagaikan tetapi mengurangkan makanan ringan sertamakanan segera. Ustaz Mohamad Asri Bin Jusoh memaklumkan bahawa pihak kantinbaru dilantik pada tahun 2022. GPK Hal Ehwal Murid (HEM) akanmelakukan pemantauan berkala bagi memastikan makanan yangdisediakan dan dijual kepada murid mengikut prosedur yangdibenarkan sekolah. Beliau juga menasihatkan agar murid-murid tidak membawamakanan ringan dari luar ke dalam sekolah. Perkara ini adalah di luar kawalan guru - guru dan memohon pantauan daripada ibu bapa. 7.2 Puan Norisma Aiza mencadangkan agar sistem pendaftaran tahun 1dilakukan secara online mengikut zaman teknologi terkini. Ustaz Mohamad Asri Bin Jusoh memaklumkan bahawa pihakJabatan Agama Islam Selangor (JAIS) belum memberi kebenaranuntuk pendaftaran secara online. 7.3 Puan Norisma Aiza mencadangkan sistem pembayaran yurandijalankan secara online. Ustaz Mohamad Asri Bin Jusoh memaklumkan sistem pembayaransecara online pernah dilakukan semasa musim Covid yang lalu. Selepas Covid, pembayaran bersemuka dijalankan semula keranalebih memudahkan pihak sekolah untuk mengumpul sertamemastikan yuran di bayar mengikut sesi masing-masingmemandangkan pembayaran secara online perlu lebih terperinci dari segi amaun dan info. Selain itu juga ada kekangan dari sesetengahibu bapa yang kurang arif berkenaan pindahan secara talian. 7.4 Puan Norisma Aiza mencadangkan sumbangan Al - Quran daripadapihak ibu bapa samaada dalam bentuk wang atau wakaf naskah Al - Quran. Ustaz Mohamad Asri Bin Jusoh memaklumkan sebanyak 100 biji Al - Quran telah di infak pada tahun lalu. Setiap kelas jugamempunyai sudut Al - Quran sendi ri. Ketua Guru memohonsekiranya ibu bapa ada saluran atau kaedah bagi menyelesaikanmasalah berkenaan pelupusan Al - Quran yang rosak dan koyak.


27 7.5 Puan Norzanah mencadangkan tandas duduk dibuat serta paipgetah disediakan di dalam tandas murid. Ustaz Mohamad Asri Bin Jusoh memaklumkan bahawa terdapat tandas duduk didalam tandas murid manakala paip getah jugadisediakan di dalam tandas murid - murid. 7.6 Encik Anwar mencadangkan agar kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di pintu pagar sekolah untuk keselamatan murid - murid. Encik Hasni memaklumkan bahawa pihak sekolah akanmempertimbangkan serta mengambil tindakan mengenai hal tersebut. 7.7 Encik Anwar mencadangkan agar tandas murid dapat diselenggaradengan baik . Ustaz Mohamad Asri Bin Jusoh memaklumkan bahawa usul ini dalam pemerhatian sekolah dari semasa ke semasa. 7.8 Encik Anwar mencadangkan pihak kantin dapat menjual makananyang seimbang dan berkhasiat. Ustaz Mohamad Asri Bin Jusoh memaklumkan bahawa jawapantelah dinyatakan di 7.1. Bahagian ini juga di bawah selian UstazJum’ari dan ia adalah instrumen berkala. Surat amaran juga akandikeluarkan sekiranya makanan dan mutu tidak bersesuaian. 7.9 Puan Siti Mujaimatun mencadangkan supaya dapat memberi kerjasekolah setiap hari bagi menambahbaik keputusan murid supayatidak merosot. Ustaz Mohamad Asri Bin Jusoh memaklumkan beliau faham tentangcadangan tersebut tetapi program KAMIL sedang berlangsungketika ini. Beliau juga memohon ke rjasama ibubapa untukmemastikan anak- anak membuat latihan serta hadir ke sekolah. Tugasan ini akan dipantau oleh guru - guru. 7.10 Puan Noor Ain mencadangkan kutipan bulanan serendah RM15 - RM20 bagi menampung program sekolah (kelas tambahan) ataubarang kegunaan sekolah (kertas A4). Selain itu, beliau jugamencadangkan agar dana tersebut boleh digunakan sebagai tambahan untuk pembelian makanan bagi kelas tambahan tahun 5dan 6. Encik Anwar menyokong dan bersetuju dengan cadangan yangdikemukakan malah mengalakkan agar kutipan diadakan lebihawal dari supaya dapat mengurangkan kos semasa program tahun5 & 6 diadakan.


28 Encik Hasni memaklumkan usul yang dicadangkan sangat bagus. Beliau mencadangkan agar kutipan tersebut dikurangkan sehinggaRM5 untuk satu keluarga. Sebulat suara bersetuju dengancadangan yang dikemukan. Ustaz Mohamad Asri Bin Jusoh memaklumkan setiap tahundiadakan kutipan sebanyak RM60 (duit program) untuk pelajar tahun 5 & 6. Beliau memohon persetujuan dari pihak ibubapapelajar tahun 5 & 6 untuk meneruskan kutipan tersebut untuk 2tahun akan akan datang bagi melancarkan sebarang program yangakan dilaksanakan. Duit tersebut digunakan untuk pelbagai aktiviti termasuklah program pengurusan jenazah, program sembelihandan kelas pecutan terakhir untuk murid - murid tahun 5 & 6. Beliaumemohon jasa baik ibu bapa sekiranya dapat menginfak makananuntuk ditambah dalam program tersebut. Cadangan tersebut dipersetujui oleh semua ibu bapa tahun 5 dan tahun 6. 7.11 Encik Mohd Lokman mencadangkan agar bilik darjah dapat diselenggara dengan baik seperti kipas, tingkap dan pintu. Ustaz Mohamad Asri Bin Jusoh memaklumkan beliau telahmemohon untuk naiktaraf dari suis “single face” ke “three face”. Beliau juga memaklumkan telah memohon bantuan peruntukan dari JAKIM untuk menukar bumbung serta pendawaian elektrik. 8. UCAPAN PENANGGUHAN 8.1 Encik Hasni memohon maaf sekiranya terdapat kekurangans e p a n j a n g b e l i a u m e m p e n g e r u s i k a n m e s y u a r a t . 8 . 2 B e l i a u m e n g u c a p k a n r i b u a n t e r i m a k a s i h k e p a d asemua ibubapa, barisan Jawatankuasa Jemaah Pengurusan danguru-guru yang hadir untuk Mesyuarat Jemaah Pengurusan Kali ke - 11. 8.3 Majlis ditutup dengan Surah Al - Asr dan tasbih kafarah. Makluman


29 LAPORANAKTIVITI


30 BIL AKTIVITI CATATAN1 TEKNIK MENJAWAB UPKK (6 JANUARI 2024) MURID TAHUN 52 PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN (8-12 JANUARI 2024) SEMUA MURID3 PEPERIKSAAN UPKK (16,18,22-24 JANUARI 2024) MURID TAHUN 54 KEMBARA ILMU SARKIMU (27 JANUARI 2024) MURID TERLIBAT5 JAMUAN AKHIR TAHUN (31 JANUARI 2024) SEMUA MURID6 MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGAWAS (5 FEBRUARI 2024) PENGAWAS7 MAJILS APRESIASI (6 FEBRUARI 2024) MURID TERLIBAT8 PENYERAHAN SUMBANGAN INFAQ RAMADAN (3 APRIL 2024) MURID TERLIBAT9 UJIAN PRESTASI 1 (5 - 8 OGOS 2024) SEMUA MURID10 KEMAHIRAN AMAL ISLAMI PERINGKATSEKOLAH (24 - 26 FEBRUARI 2024) SEMUA MURID11 KEMAHIRAN AMAL ISLAMI PERINGKAT ZON (18 MEI 2024) MURID TERLIBAT12 KEMAHIRAN AMAL ISLAMI PERINGKAT DAERAH (8 JUN 2024) MURID TERLIBAT13 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN (7 - 11 OKTOBER 2024 ) SEMUA MURID14 PEPERIKSAAN PERCUBAAN PSRA (7 - 11 OKTOBER 2024) MURID TAHUN 615 TEKNIK MENJAWAB SOALAN PSRA (5 - 6 OKTOBER 2024) MURID TAHUN 616 SOLAT HAJAT & BACAAN YAASIN UPKK & PSRA (17 OKTOBER 2024) MURID TAHUN5 & 617 SAMBUTAN MAULIDUR RASUL (4 OKTOBER 2024) SEMUA MURID18 PEPERIKSAAN PSRA (21 - 25 OKTOBER 2024) MURID TAHUN 6LAPORAN AKTIVITI 2024


31 BIL AKTIVITI CATATAN19 TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPKK (5 - 6 OKTOBER 2024) MURID TAHUN 520 MAJLIS KHATAM AL-QURAN (7 NOVEMBER 2024) MURID TAHUN 621 UJIAN PRESTASI 2 (4 - 8 NOVEMBER 2024) SEMUA MURID22 PEPERIKSAAN UPKK (6 - 9 JANUARI 2024) MURID TAHUN 523 PENGURUSAN JENAZAH (12 DISEMBER 2024) MURID TAHUN 624 PROGRAM HAJI CILIK (7 DISEMBER 2024) MURID TAHUN 625 PROGRAM PENYEMBELIHAN (28 NOVEMBER 2024) MURID TAHUN 626 PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN (2 - 6 DISEMBER 2024) SEMUA MURID27 HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN (17 JANUARI 2025) PENERIMA HADIAH28 JAMUAN RAYA (8 JUN 2024) SEMUA MURID29 SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH (14 JUN 2024) SEMUA MURID30 SAMBUTAN HARI GURU (8 JUN 2024) GURU31 SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAAN (6 SEPTEMBER 2024) SEMUA MURID32 PROGRAM ZAKAT SELANGOR (1 DISEMBER 2023) MURID TAHUN4, 5 & 6


32 SESI 2024 LELAKI PEREMPUANPAGI 176 150 PETANG 149 120 JUMLAH 325 270 JUMLAH KESELURUHAN 595 ORANG JUMLAH MURID TAHUN 2024


33 PENCAPAIAN PEPERIKSAAN UPKK2023


34 PENCAPAIAN PEPERIKSAAN PSRASARKIMU TAHUN 2023 - 2024


35 PENCAPAIAN PSRA BERDASARKAN JUMLAHMURID TAHUN 2023-2024


36 LAPORANKEWANGANBERAKHIR31 DISEMBER2024


37


38


39


40 USUL YANG INGIN DIBAHASKANBil Ibubapa / Penjaga Usul 1. PUAN NUR JANATUL NAJWA (Nur Marha Fathiah) 6 JFirdaus Hadiah bagi tempat pertamahingga ke 3 ditukarkan kepada sijilataupun piala kecil supaya bolehjadi penambah semangat dankenangan buat anak2. 2. PUAN FARRAH WAHIDA BT MOHAMAD NASIR (Faqihah Raihanah) 5 JFirdaus 1) Hadiah digantikan dengan sijilsupaya boleh disimpan lama dandijadikan kenangan. 2) Diadakan anugerah untuksemua subjek matapelajaran. 3. PUAN MARDZIAH (Adam Asyraf) 1 JNaim Membenarkan pelajar hadir kesekolah melalui pintu masukkereta guru. Jalan terlalu sesakdengan kereta dari dua arah dihadapan pintu masuk surau. 4. NURSYAZANA BT MOHD ALI* (Muhammad Harraz Iskandar) 3 JFirdaus 1) Mohon untuk menambah baikmakanan kantin sekolah. 2) Mengecat sekolah. 5. SHAZLIN BT ZAINUDDIN (Nik Areefa Adrena) 3 JFirdaus 1) Pembayaran yuran melalui online. 2) Mengadakan hari sukan sekolah6. SUHANA BT ZOLKEFLE* (Eryka Maisarah) 6 JSalam Memasang pembalut meja sekolah


41 7. AHMAD SHUKRI BIN WATEH* (Muhammad Qaleef Al-Juri) 5 JNaim 1) Penyediaan makanan di kantin(sebut harga makanan untukmemudahkan murid) 2) Penambahan kipas angin dalamkelas. 3) pemasangan bumbung sewaktuperhimpunan pagi. 8. SUHAILE BT CHE SULAIMAN (Muhammad Adam Arjuna Arsyad) Diharap pihak kantin dapatmenyediakan makanan sihatdengan mengurangkan makanansegera seperti nugget dan sosej.9. NOOR SYAKILA BT AMIR (Muhammad Anas Mikail) 1 JNaim 1) Pendidikan anak2) Kecerian sekolah perludiwujudkan terutama bahagiankantin. 10. MOHD HAMDAN BIN OTHMAN* (Muhammad Aqil Harraz) 3 JSalam Pemakanan yang sihat di kantinsekolah 11. AMIRA PUTRI BT MOHAMMAD* (Mohamad Haziq Haikal) 6 JFirdaus Mengadakan kelas berbayar untukpengukuhan jawi / belajar jawi 12. MOHD HARRIZ BIN AHMAD* (Nur Medina Sofea) 3 JSalam Kelas tambahan bagi pelajaryang lemah (bagi ibubapa yang inginkan fokuspada anak)


42 13. NIK ROSHEILA BT NIK PAR (Ammar Amsyar) 2 JFirdaus Mengadakaan program @ kemsemasa cuti sekolah14. SAIDARUZA BT SHAMSUDDIN (Muhammad Nur Imran) 6 JSalam Mohon pihak sekolah dan MajlisAgama Islam membuat hebahanawal tentang tarikh peperiksaanUPKK dan PSRA bagi memudahkan urusan ibubapa.15. MAT NASIR BIN MAT ZIN (Muhammad Ammar Yazid) 6 JNaim Baikpulih tandas sekolah16. SUHAILLA SAHARANI (Rizq Batricia) 6 JNaim 1) Mengadakan kelas tambahan2) Baikpulih tandas sekolah17. NOOR ZIANA (Noor Adylia) 6 JFirdaus Sistem pengiliran pakaian uniformsekolah 18. MUHAMAD ISHAMDEEL BIN SHARIFF* (Fidelia Kiandra Aufa) 6 JNaim Memakai pakaian sukan selainhari Isnin 19. SUHAILAH BT BADRI (Ainul Munirah) 6 JFirdaus Pemakaian baju t-shirt SARKIMUpada waktu persekolahan(setiap hari) 20. NUR FARIZZA BT MOHD GHAZALI (Nur Qayra Darnia) 6 JFirdaus 1) Pakaian sukan kerap digunakansemasa musim panas. 2) Memastikan kipas di kelasberfungsi dengan baik.


43 CATATAN


Click to View FlipBook Version