Kod Kertas IKBN/DLC 2642/KP (2/3) Muka surat : 1 drpd 37
INSTITUSI LATIHAN
KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN
KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA DLC 02 DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK (PENJAGA JENTERA
KURSUS/COURSE ELEKTRIK A1)
CODE AND NAME 6
SEMESTER
KOD DAN NAMA DLC 2642 – PENGATURCARAAN KAWALAN LOGIK - PLC
SUBJEK / SUBJECT’S
CODE & NAME
BAB 02: PENGATURCARAAN PERISIAN PLC
OBJEKTIF /OBJECTIVE MEMBERI PENGETAHUAN BERKAITAN KAEDAH DAN TEKNIK
MEMBUAT PROGRAM PLC DENGAN MENGGUNAKAN KOMPUTER
DAN PROGRAMMING CONCOLE DAN SETERUSNYA DAPAT
MEMAHAMI KEPERLUAN-KEPERLUAN BAGI MENJALANKAN PLC.
TAJUK/TITLE ASAS MEMPROGRAM PLC
TUJUAN/PURPOSE KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN ;
1. Asas Program
2. Ladder Diagram
3. Statement List (Instruction List)
4. Function Chart
DLC 2642 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod kertas IKBN/DLC 2642/KP (2/3) Muka surat : 2 drpd 37
Pengenalan Kepada Program
Program merupakan sambungan siri-siri arahan yang ditulis dalam bahasa yang
difahami oleh PLC. Pada asasnya terdapat 3 bentuk format bagi program PLC iaitu :-
i. Instruction List (Statement List)
ii. Ladder Diagram (LAD)
iii. Structure Function Chart (SFC)
iv. Structure Text (ST)
Tidak semua alatan memprogram dapat bekerja dalam semua bentuk format program
tersebut. Pada umumnya terdapat 2 alatan untuk membuat program iaitu dengan
menggunakan ‘programming console’ dan komputer. Bagi alatan program yang menggunakan
‘programming console’, ia hanya boleh digunakan bagi membuat program dalam format
instruction list sahaja. Ini bermakna programmer mestilah memahami kaedah bagi menukar
format-format program lain sebelum dapat membuat program dengan menggunakan
‘programming console’. Bagi alatan program yang menggunakan komputer, kebanyakannya
boleh menggunakan semua jenis format memprogram tersebut. Setiap komputer yang
digunakan bagi membuat program mestilah dibekalkan atau dipasang ‘software’ yang berkaitan
bagi setiap format yang hendak digunakan.
Gambarajah di atas menunjukkan tiga format asas bagi memprogram PLC di mana
setiap satunya mempunyai alamat-alamat (addreses) yang piawai yang perlu difahami oleh
setiap programmer. Format Instruction kebiasaannya berbeza antara satu PLC dengan PLC
yang lain di mana memerlukan setiap programmer memahami dengan jelas sebelum membuat
sesuatu program. Kesilapan semasa memasukkan alamat-alamat tersebut akan menyebabkan
program tidak akan berfungsi.
DLC 2642 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod kertas IKBN/DLC 2642/KP (2/3) Muka surat : 3 drpd 37
Bagi program yang menggunakan format Ladder dan SFC, kebanyakannya adalah
hampir sama antara satu PLC dengan lain kecuali bahagian alamat bagi masukan (input) dan
keluaran (output) serta beberapa alamat yang lain. Seseorang programmer mestilah mahir
menggunakan ketiga-tiga format asas ini kerana setiap program yang hendak dibuat
bergantung kepada alatan program yang ada serta jenis program yang hendak dibuat samada
ianya satu program mudah atau program yang kompleks.
Peralatan Programming
Pengkalan pengaturcaraan ialah peralatan yang digunakan untuk memasukkan kod
arahan atau rajah tangga ke dalam PLC. Dua contoh pengkalan pengaturcaraan ialah konsol
pengaturcaraan dan komputer . Kod arahan dimasukkan melalui konsol pengaturcaraan
sementara sistem komputer boleh digunakan untuk membina rajah tangga. Satu konsol
pengaturcaraan adalah memadai bagi sesebuah kilang kerana ia boleh dikongsi oleh sistem
PLC jenama yang sama.
Data programming yang hendak disimpan pada memori perlu ditulis dan dimasukkan
kedalam PLC.Terdapat berbagai cara untuk melakukan perkara tersebut saperti:
a) Melalui Komputer Peribadi-PC.
Software PLC perlu dimasukkan terlebih dahulu kedalam komputer untuk membolehkan
komputer tadi berinteraksi dengan sistem PLC yang digunakan. Selepas itu barulah data
programming boleh ditaipkan kedalam komputer.
b) Hand-Held Programming Console.
Ia adalah berupa satu panel kecil dimana terdapat segala catitan informasi bahasa
programming serta data programming jenis instruction list tercatat diatas.
c) G.P.C- Graphic Programming Console.
d) F.I.T- Factory Programming Console.
e) PROM writer.
PROGRAMMING CONSOLE
Programming console yang piawai mengandungi bahagian paparan, pemilih mod dan papan
kekunci seperti yang ditunjukkan dalam rajah 4.0 dibawah :
Paparan akan memaparkan program iaitu data dan arahan yang telah dimasukkan ke
dalam unit pemprosesan pusat. Pemilih mod digunakan untuk memilih mod yang akan
dikendalikan oleh PLC. Terdapat 3 jenis mod iaitu RUN, MONITOR dan PROGRAM. Huraian
tentang fungsi setiap mod ditunjukkan dalam jadual 4.2. Papan kekunci console seperti yang
DLC 2642 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod kertas IKBN/DLC 2642/KP (2/3) Muka surat : 4 drpd 37
ditunjukkan dalam rajah 4.1 mempunyai kekunci arahan, kekunci angka dan kekunci kendalian.
Kekunci perlu ditekan mengikut urutan bagi menghasilkan sesuatu atur cara.
Rajah 4.0 : Programming console
Rajah 4.1 : Papan kekunci console
DLC 2642 Jadual 4.2 : Contoh Fungsi Mod Versi 2.0 (2016)
Cawangan Kurikulum & Pentauliahan
Kod kertas IKBN/DLC 2642/KP (2/3) Muka surat : 5 drpd 37
i. Instruction /Statement List (STL).
Tidak seperti Ladder Diagram. Statement List tidak menunjukkan program secara
grafik, tetapi diterangkan secara perkataan (verbally). Statement List dibuat dengan talian
keterangan secara individu. Adalah mudah untuk menulis ulasan di sebelah kanan pada setiap
talian, untuk memberi penerangan yang lebih tepat bagi elemen suis. Talian keterangan dalam
Statement List dinomborkan secara jujukan (consecutively). Satu set keterangan mengandungi
berbagai keadaan dan keterangan pelaksanaan.
Keterangan disenaraikan dalam bentuk abjad. ‘LD’ atau ‘IF’ menandakan permulaan
bagi sesuatu keterangan. Elemen-elemen logic AND, OR dan NOT kadangkala ditandakan
dengan singkatan A, O dan N. Lain-lain elemen penting ialah THEN, SET, OTHERWISE,
RESET, OUT, JUMP, LDI dan sebagainya.
Piawaian DIN bagi Statement List tidak mengecam sebarang langkah tetapi perlu bagi
kes program turutan dengan internal relay (flag). Namun, terdapat program STL yang mana
menyenaraikan langkah individu di dalam program dan menghubungkan kenyataan secara
perkataan. Dengan STL, masalah pengawalan dapat ditunjukkan dengan jelas.
DLC 2642 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod kertas IKBN/DLC 2642/KP (2/3) Muka surat : 6 drpd 37
Kanan: Contoh program menggunakan format STL
ii. Ladder Diagram (LAD).
Ia kelihatan seperti tangga, ladder diagram dibuat dari dua garisan tegak. Garisan kiri
disambungkan kepada sumber bekalan positif bekalan voltan dan garisan kanan disambungkan
kepada sumber bekalan negative atau dibumikan. Beberapa bahagian arus ( current path/
rungs) dilukis mendatar dari kiri ke kanan antara dua garisan tegak.
Pada garisan mendatar ( current path/ rungs) terdapat beberapa sempadan yang
dikenali sebagai ‘coulomb’. Pada setiap ‘coulomb’ boleh diletakkan sesentuh (contact) bagi
isyarat masukan (input signal) atau isyarat keluran (output signal). Bagi setiap coulomb, hanya
dibenarkan satu sesentuh sahaja. Input ditunjukkan oleh simbol berikut;
: Contact, Normally Open Contact.
: Negated Contact, Normally Closed Contact.
DLC 2642 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod kertas IKBN/DLC 2642/KP (2/3) Muka surat : 7 drpd 37
Gambarajah di atas menunjukkan sambungan bagi input dan output serta hubungan
antara keduanya dengan PLC.
24 V 0V
suis beban
Element AND dari input dibuat dengan menyambungkan sambungan suis secara siri
dan element OR pula dengan sambungan selari. Dalam Ladder Diagram, non-contact input
ditunjukkan dalam normaly closed contact.
Simbol output adalah seperti berikut:
DLC 2642 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod kertas IKBN/DLC 2642/KP (2/3) Muka surat : 8 drpd 37
Ia terletak di sebelah kanan bahagian laluan arus (current path) dan dikenali sebagai “coil”.
Semasa membuat programming, setiap simbol yang digunakan adalah berpandukan alamat
PLC atau istilah pendek.
Current path 1 Ladder Diagram.
X Y3
3
CurrentXp4ath 2 X5 Y4
S
X6
Current path 3 X7 Y5
R
DLC 2642 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod kertas IKBN/DLC 2642/KP (2/3) Muka surat : 9 drpd 37
Kiri : Contoh program yang menggunakan Ladder Diagram dengan PLC Fuji.
ii. Structure Function Chart (SFC).
Structure Function Chart (SFC) atau sesetengah PLC boleh dikenali sebagai
Function Chart (FUC) digunakan untuk program imbasan (scanning) yang mudah dan
untuk menerangkan program turutan. Dalam versi skematiknya ia boleh digunakan sebagai
carta aliran. Jika penyelesaian masalah disertakan dengan carta aliran, maka program
boleh dibuat dalam bentuk Structure Function Chart.
Elemen-elemen logik ditunjukkan dengan simbol segi empat asas (basic rectangular
symbol) dan fungsi rangkaian ( function designation) atau dalam bentuk structure
(sequencial or flow chart). Input ditunjukkan oleh bulatan di hadapan simbol asas. Terdapat
elemen-elemen logik yang biasa digunakan iaitu OR, AND dan NOT. Simbol-simbol yang
digunakan ialah seperti berikut ;
DLC 2642 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod kertas IKBN/DLC 2642/KP (2/3) Muka surat : 10 drpd 37
>1 LOGIC OR
& LOGIC AND
LOGIC NOT
Jika carta aliran dengan beberapa langkah diperlukan, function chart hendaklah
dibahagikan kepada ruang-ruang langkah (step area - kotak). Ruang langkah tersebut
mengandungi nombor langkah (bermula dengan ‘0’) dan boleh dipilih dengan bebas. Ruang
langkah disambungkan ke setiap input yang dipunyainya kepada elemen pelaksana sepadan.
Apabila langkah dijalankan oleh PLC iaitu apabila keadaan suis terus dipenuhi, ia melepasi
secara automatik kepada langkah berikutnya.
Program Function Chart dihasilkan dari rajah logik elektronik seperti di atas. Namun, ini
bukanlah penerangan terus bagi langkah turutan (sequence step). Maka, untuk programn PLC
bagi program turutan, adalah perlu memperkenalkan turutan Chronological setiap langkah.
DLC 2642 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod kertas IKBN/DLC 2642/KP (2/3) Muka surat : 11 drpd 37
FUNCTION CHART ( SEQUENCE )
Gambarajah di atas menunjukkan STL yang menggunakan flow diagram yang kompleks.
Statement List (STL)
LD S1
AND S2
OR S3
OUT H1
DLC 2642 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod kertas IKBN/DLC 2642/KP (2/3) Muka surat : 12 drpd 37
Ladder Digram (LAD)
S1 S2 H1
S3
Function Chart (FUC)
S2 > & H1
S3 =
S1
DLC 2642 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod kertas IKBN/DLC 2642/KP (2/3) Muka surat : 13 drpd 37
Start S Open Gripper arm
0
Counter Start
>1 Automatic mode
Initial Position
1
S Compressed air supply on
Clamp
S Magnetic cyl to advance B2
2
B2 : Magnetic cyl advance completed B4
Drill
S Drilling cyl to advance
3
Drilling cyl overtravel
Drill retract max t= 1.5s
4 B4 : Drilling cyl. Advance completed
Unclamp SD Drilling cyl to retract t = 0.8s B3
5 B3 : Drilling cyl rectracted B1
S Magnetic cyl to retract
Eject
B1 : Magnetic cyl return completed B6
S Ejection cyl to advance
DLC 2642 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod kertas IKBN/DLC 2642/KP (2/3) Muka surat : 14 drpd 37
Setiap program yang hendak dibuat mestilah mengambil kira berbagai aspek penting
antaranya ialah ;-
i. Jenis PLC
ii. Alatan Program seperti ‘programming console” atau komputer
iii. Tahap program samada senang atau susah
iv. Format program yang biasa atau mahir
v. ‘Trouble shooting’
Control Task
Prior considerations description
of the problem.
Allocation List
Programming
STL, LAD, FUC
Transmission to the control
system
DLC 2642 PLC - Versi 2.0 (2016)
Program
Cawangan Kurikulum & Pentauliahan
Kod kertas IKBN/DLC 2642/KP (2/3) Muka surat : 15 drpd 37
Alamat-Alamat Asas Bagi Memprogram PLC (PLC Addresses)
Terdapat enam peranti program asas yang biasa digunakan dalam PLC di mana
alamatnya adalah bergantung kepada jenis PLC tersebut. Setiap peranti tersebut mempunyai
keunikan tersendiri dan bagi memudahkan pengenalan kepada programmer ia kebiasaanya
menggunakan huruf tunggal atau satu abjad sahaja. Setiap peranti atau simbol yang digunakan
adalah di dalam bahasa pengantar bahasa inggeris. Contoh peranti atau alamat tersebut yang
digunakan di dalam PLC jenis Fuji ialah ;
X- Simbol alamat bagi ‘input signal’ kepada PLC
Y- Simbol alamat bagi ‘output signal’ daripada PLC
T- Simbol alamat bagi ‘timer’ di dalam PLC
C- Simbol alamat bagi ‘counter’ di dalam PLC
M&S - Simbol alamat bagi ‘internal flag’ di dalam PLC atau ‘internal relay’
Semua peranti di atas dikenali sebagai ‘bit devices’ di mana ia berfungsi pada dua
situasi sahaja samada pada ‘On’ atau ‘Off” ( 1 atau 0 ). Jika terdapat isyarat masuk ke bahagian
‘input’ PLC ia akan berada pada ‘1 state’ dan jika tiada isyarat masuk maka ia berada pada ‘0
state’.
DLC 2642 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod kertas IKBN/DLC 2642/KP (2/3) Muka surat : 16 drpd 37
Bagaimana Membaca Ladder Diagram
Ladder Diagram adalah litar elektrik yang hampir sama seperti litar yang dikawal oleh
‘relay’. Kedua-duanya terdiri daripada sesentu dan gelung (coil) yang boleh dibebankan dan
dipacu dalam berbagai bentuk susunan. Walaubagaimanapun prinsip operasinya adalah sama
di mana penggunaan sesentuh yang terdiri daripada ‘relay’ dan komponen-komponen lain bagi
mengawal sesuatu sistem.
Gelung akan menggerakkan isyarat keluaran PLC secara terus (contoh : peranti Y) atau
‘internal timer’, ‘counter’ atau ‘internal relay-flag’. Setiap gelung akan mempunyai sesentuh
sendiri yangn tidak mempunyai limit di mana terdapat dua jenis sesentuh asas iaitu ‘normally
open contact’(NO) dan ‘normally closed contact’(NC). Perkataan “normally” bagi sesentuh
merujuk kepada status sesentuh tersebut semasa gelung tidak ditenagakan (energized).
Dengan merujuk kepada analogi relay, bila gelung dalam keadaan OFF, sesentuh NO tidak
akan membenarkan arus melaluinya dan dengan ini beban yang disambung melaluinya tidak
akan beroperasi. Manakala sesentuh NC akan membenarkan arus melaluinya dan
menyebabkan beban yang tersambung padanya akan beroperasi.
Apabila gelung diaktifkan (energized), keadaan sesentuh akan bertukar iaitu ‘normally
open’ akan menjadi ‘closed’ dan ‘normally closed’ akan menjadi ‘open’. Keadaan beban juga
akan berubah secara selari dengan keadaan pengaliran arus dalam litar.
Terdapat beberapa peranti yang boleh diprogramkan seperti ‘internal relay’, ‘timer’,
‘counter’ dan ‘shift register’ yang beroperasi dengan prinsip yang sama sepertimana gelung dan
sesentuh.
ASAS MEMPROGRAM PLC
Proses untuk memprogram PLC mengikut alamat-alamat yang telah ditetapkan supaya
ianya dapat difahami oleh PLC. Jika terdapat kesilapan alamat atau arahan (instruction) yang
ditetapkan, maka PLC tidak dapat memproses program tersebut atau program tersebut tidak
dapat dimuat turun (download) kedalam PLC dan seterusnya program tersebut tidak berfungsi.
Oleh yang demikian setiap programmer mestilah merujuk kepada alamat-alamat asas
pada sesuatu PLC di mana ianya berbeza di antara satu PLC dengan PLC yang
lain.Penerangan di bawah akan menunjukkan kaedah bagi membuat program yang
menggunakan PLC jenis Mitsubhishi di mana ianya adalah sama seperti PLC jenis Fuji.
Jadual di bawah menunjukkan perbezaan bagi alamat-alamat yang digunakan bagi PLC
Fuji, Mitsubishi, Festo dan Omron.
DLC 2642 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod kertas IKBN/DLC 2642/KP (2/3) Muka surat : 17 drpd 37
ALAMAT JENIS PLC OMRON
INPUT 00000~00015
FUJI MITSUBISHI FESTO
X0 ~X7
X1.0~x1.7 X0~X7 I0.0~I0.7
X1.0~x1.7 I1.0~I1.7
OUTPUT Y0~Y7 Y0~Y7 O0.0~O0.7 00100~00115
Y1.0~Y1.7 Y1.0~Y1.7 O1.0~O1.7
INTERNAL RELAY M0~M7 M0~M7 F0.0~F0.7 IR001~IR015
M1.0~M1.7 M1.0~M1.7 F1.0~F1.7
TIMER T0~T7 T0~T7 T0~T7 TIM001~TIM007
COUNTER C0~C7 C0~C7 C0~C7 CNT001~CNT007
Catatan:
Input Device :- Peranti yang disambung ke PLC yang mana menghantar isyarat ke PLC.
Input Signals :- Isyarat yang dihantar oleh peranti masukan ke PLC.
Input Point :- Lokasi isyarat masukan masuk ke PLC. Ia merupakan terminal atau pin
pada unit penyambuung (connector).
Input Bits :- Lokasi memori pada Input point untuk memberrikan status samada ON
atau OFF
Output Bit :- Lokasi memori pada Output point untuk memberikan status samada ON
atau OFF
Output Point :- Point yang mana daripada isyarat keluaran dihantar ke peranti luaran.
Output Signal:- Isyarat yang dihantar oleh PLC ke peranti keluaran.
Output Device :- Peranti yang disambung ke PLC yang mana menerima isyarat daripada
PLC.
Apabila memprogram, I/O bits adalah dirujuk berdasarkan maklumat yang terdapat
dalam memori. Had penyambungan PLC kepada sistem kawalan dan unit lokasi di mana
isyarat masuk dan keluar dari PLC adalah bergantung kepada I/O points.
Semasa membuat pendawaian I/O points, pin sambungan atau terminal dirujuk
berdasarkan fizikal I/O points. Untuk isyarat masukan atau keluaran pada PLC, ia merujuk
kepada input signal atau output signal atau pada masukan dan keluaran.
DLC 2642 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod kertas IKBN/DLC 2642/KP (2/3) Muka surat : 18 drpd 37
Contoh Penomboran I/O Bagi PLC Omron
Dalam PLC, terdapat 2 ciri pernomboran I/O yang penting untuk dikenalpasti iaitu :
Channel Number
Address Number
Channel Number
ID212 OC225
CPU
CH0 CH1 CH2 CH3 CH4
Address Number
O/P
OC225 00 01 02 03 04 05 06 07 08 09 10 11 12 13 14 15 COM
CPU C200HE
I/P 00 01 02 03 04 05 06 07 08 09 10 11 12 13 14 15 COM
ID212 00015
00000
* PLC biasanya menggunakan data 5 bit
00XXX
ADDRESS
CHANNEL
DLC 2642 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod kertas IKBN/DLC 2642/KP (2/3) Muka surat : 19 drpd 37
ASAS PENGGUNAAN KONSOL
Password
Password digunakan untuk mengawal / menghalang program yang tidak sah (unauthorized
access).
<PROGRAM>
PASSWORD!
<PROGRAM>
CLR MONTR CLR
FORCE OUTPUT
Untuk memeriksa samada sambungan keluaran (output) pada PLC sempurna atau tidak.
CLR OUT ----- MONTR SET / RESET
INSERT INSTRUCTION
Untuk memasukkan tambahan data.
INS
DELETE INSTRUCTION
Untuk memadam data yang tidak digunakan.
DEL
CLEARING ALL PROGRAMME
DLC 2642 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod kertas IKBN/DLC 2642/KP (2/3) Muka surat : 20 drpd 37
Untuk memadam kesemua program yang telah ada dalam memori RAM pada CPU. Operasi
memadam kesemua program ini adalah dengan menukar suis Mode Selection kepada
PROGRAM mode.
RUN MONITOR PROGRAM
<PROGRAM>
Tekan kekunci CLR sehingga menunjukkan 00000 pada display konsol.
CLR 00000 CLR
SET NOT RESET
MONTR 00000READ
(NOP)
PERHATIAN :
Untuk menukarkan mode selection daripada mod PROGRAM ke mod RUN, untuk keselamatan
peralatan langkah di bawah perlu dititikberatkan :
Mod Mod SHIFT Mod
PROGRAM MONITOR RUN
Sekiranya terdapat ERROR pada program, lampu penunjuk PLC menunjukkan ERR dan
buzzer berbunyi atau display konsol menunjukkan ‘error’ sehingga dibetulkan.
DLC 2642 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod kertas IKBN/DLC 2642/KP (2/3) Muka surat : 21 drpd 37
1.0 Load, Load Inverse
Sambungkan arahan LD dan LDI secara terus kepada bahagian kiri busbar bagi menjalankan
atau mengoperasikan ‘output’. Penggunaan arahan LD dan LDI juga boleh dibuat bagi
mengenalpasti blok program baru bila menggunakan arahan ORB dan ANB yang akan
diterangkan dalam bab berkaitan.
Arahan ini digunakan untuk program yang memerlukan sesentuh yang disambung terus
kepada punca keluaran (output) atau dengan kata lain sesentuh yang memberi isyarat terus
kepada gelung.
DLC 2642 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod kertas IKBN/DLC 2642/KP (2/3) Muka surat : 22 drpd 37
2.0 OUTPUT (OUT) dan OUTPUT NOT (OUT NOT)
OUTPUT (OUT) dan OUTPUT NOT (OUT NOT)
Arahan OUTPUT – bit untuk operand akan menyala (ON) selagi PLC bagi ‘execution
condition’ ON dan akan OFF apabila ‘execution condition’ OFF.
LADDER DIAGRAM MNEMONIC CODE
00005 Address Instruction Operands
00000 LD 00005
00100
00001 OUT 00100
Arahan OUTPUT NOT – bit untuk operand akan menyala (ON) bila ‘execution condition’
PLC OFF manakala ia akan OFF bila ‘execution condition’ ON.
LADDER DIAGRAM MNEMONIC CODE
00006 Address Instruction Operands
00000 LD 00006
00101
00001
OUT NOT 00101
DLC 2642 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod kertas IKBN/DLC 2642/KP (2/3) Muka surat : 23 drpd 37
3.0 AND dan AND NOT
Apabila 2 atau lebih instruction dalam keadaan siri dengan instruction line,
yang mana instruction yang pertama adalah bersambung dengan LOAD atau LOAD
NOT instruction; Instruction yang lain dikenali sebagai AND atau AND NOT
instruiction.
LADDER DIAGRAM
00000 00004 00003
Instruction
LOAD AND NOT AND
MNEMONIC CODE
Address Instruction Operands
00000 LD 00000
00001 AND NOT 00004
00002 AND 00003
00003 Instruction
DLC 2642 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod kertas IKBN/DLC 2642/KP (2/3) Muka surat : 24 drpd 37
4.0 OR atau OR NOT
Apabila 2 atau lebih instruction terpisah secara selari dan instruction line
bersambung yang mana arahan pertama disambung ke LOAD atau LOAD NOT
instruction; Instruction yang lain dikenali sebagai OR atau OR NOT instruction.
LADDER DIAGRAM Instruction
00000
LOAD NOT
00002
OR
00010
OR NOT
DLC 2642 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod kertas IKBN/DLC 2642/KP (2/3) Muka surat : 25 drpd 37
MNEMONIC C
Address Instruction Operands
00000 LD NOT 00000
00001 OR 00002
00002 OR NOT 00010
00003 Instruction
DLC 2642 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod kertas IKBN/DLC 2642/KP (2/3) Muka surat : 26 drpd 37
5.0 MULTIPLE OUTPUT
Menghasilkan banyak keluaran pada satu masa.
Contoh :
Input : Start : 00000 Output : LED A: 00100
Proses : Tekan Start A, ketiga-tiga LED on. LED B : 00101
LED C : 00102
LADDER DIAGRAM
start
Led A
Led B
Led C
END (01)
MNEMONIC CODE
Address Instruction Operands
00000 LD 00000
00001 OUT 00100
00002 OUT 00101
00003 OUT 00102
00004 END (01)
-
DLC 2642 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod kertas IKBN/DLC 2642/KP (2/3) Muka surat : 27 drpd 37
Jika terdapat dua alamat gelung yang mempunyai alamat yang sama seperti
gambarajah di atas, program tersebut tidak dapat berfungsi atau program akan berfungsi
secara tidak sepertimana yang dikehendaki. Merujuk kepada gambarajah di atas terdapat 2
gelung keluaran yang sama iaitu Y3. Apabila X1 dalam keadaan ON dan X2 OFF, gelung Y3
akan mempunyai 2 arahan iaitu satu arahan daripada X1 supaya Y3 mentenaga dan arahan
daripada X2 supaya Y3 tidak bertenaga (energized).
Dalam keadaan berikutnya apabila X1 OFF dan X2 ON, gelung Y3 mendapat arahan
yang berlawanan dengan situasi yang pertama tadi iaitu Y3 akan mentenaga apabila X2 ON
dan tidak bertenaga apabila X1 OFF. Keadaan ini akan menyebabkan PLC tidak dapat
memproses data masukan bagi menjana isyarat keluaran.
Oleh yang demikian penggunaan ‘double coil’ tidak digalakkan atau dibenarkan oleh
sesetengah PLC. Bagi isyarat keluaran, jumlah sesentuh yang mempunyai alamat yang sama
adalah tiada limit. Selagi isyarat daripada peranti masukan tersebut menghantar isyarat, maka
CPU akan memproses isyarat tersebut dan seterusnya mengatur isyarat keluaran sepertimana
program yang dibuat.
DLC 2642 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod kertas IKBN/DLC 2642/KP (2/3) Muka surat : 28 drpd 37
6.0 SELF HOLDING
Tindakan untuk mengekalkan keluaran dalam keadaan aktif (ON).
a) Direct
b) Indirect
Direct Self Holding
Contoh :
Input : Start : 00001
Output : LED : 00101
Operasi : Tekan start (ON), LED ON
Lepaskan start (OFF), LED kekal ON.
LADDER DIAGRAM LED
start
00001 00101
LED END (01)
00101
MNEMONIC CODE
Address Instruction Operands
00000 LD 00001
00001 OR 00101
00002 OUT 00101
00003 END (01) -
DLC 2642 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod kertas IKBN/DLC 2642/KP (2/3) Muka surat : 29 drpd 37
Indirect Self Holding
start LADDER DIAGRAM
00001
M01 M01
01M00010 01000
Contoh : LE
D
00101
END (01)
MNEMONIC CODE
Address Instruction Operands
00000 LD 00001
00001 OR 01000
00002 OUT 01000
00003 LD 01000
00004 OUT 00101
00005 END (01)
-
DLC 2642 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod kertas IKBN/DLC 2642/KP (2/3) Muka surat : 30 drpd 37
Indirect Self Holding LADDER DIAGRAM
Contoh : IR
start 01000
00001
IR
01IR000
Led
00101
END (01)
MNEMONIC CODE
Address Instruction Operands
00000 LD 00001
00001 OR 01000
00002 OUT 01000
00003 LD 01000
00004 OUT 00101
00005 END (01) -
DLC 2642 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod kertas IKBN/DLC 2642/KP (2/3) Muka surat : 31 drpd 37
7.0 Load Pulse, load Trailling Pulse
Sambungkan arahan LDP dan LDF secara terus kepada bahagian kiri pada busbar
atau gunakan LDP dan LDF untuk mengenalpasti blok baru bagi program bila menggunakan
arahan ORB and ANB (AND BLOK and OR BLOK).
LDP akan beroperasi untuk satu tempoh imbasan program (program scan) selepas
peranti masukan seperti X0 diaktifkan dari OFF kepada ON. LDF pula akan beroperasi untuk
satu tempoh imbasan program selepas peranti masukan seperti X0 diaktifkan dari ON kepada
OFF.
8.0 And Pulse, And Trailling Pulse
Arahan ANDP dan ANDF digunakan apabila terdapat sambungan sesentuh secara siri
dengan satu sesentuh lain atau sesentuh denyut (pulse contact). Kegunaannya adalah sama
dengan arahan AND dan ANI sebelum ini. ANP akan diaktifkan untuk satu tempoh imbasan
selepas peranti masukan beroperasi dari OFF kepada ON manakala ANF akan aktif untuk satu
tempoh imbasan selepas peranti masukan beroperasi dari ON kepada OFF.
DLC 2642 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod kertas IKBN/DLC 2642/KP (2/3) Muka surat : 32 drpd 37
9.0 OR Pulse, OR Trailing Pulse
DLC 2642 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod kertas IKBN/DLC 2642/KP (2/3) Muka surat : 33 drpd 37
Arahan ORP dan ORF digunakan apabila terdapat sambungan sesentuh secara selari
dengan satu sesentuh lain atau sesentuh denyut (pulse contact). Kegunaannya adalah sama
dengan arahan OR dan ORI sebelum ini. ORP akan diaktifkan untuk satu tempoh imbasan
selepas peranti masukan beroperasi dari OFF kepada ON manakala ORF akan aktif untuk satu
tempoh imbasan selepas peranti masukan beroperasi dari ON kepada OFF.
10.0OR Block
Arahan ORB adalah arahan bebas dan tidak terikat dengan mana-mana nombor
peranti. Kegunaan arahan ORB ialah untuk menyambung litar yang mempunyai berbilang
sesentuh (multi-contact) yang kebiasaanya blok litar siri untuk mendahului litar selari. Blok litar
siri yang mana mempunyai lebih daripada satu sesentuh yang disambung secara siri atau
menggunakan arahan ANB.
11.0 And Block
Arahan ANB adalah arahan bebas dan tidak terikat dengan mana-mana nombor peranti.
Kegunaan arahan ANB ialah untuk menyambung litar yang mempunyai berbilang sesentuh
(multi-contact) yang kebiasaanya blok litar selari untuk mendahului litar siri. Blok litar selari
yang mana mempunyai lebih daripada satu sesentuh yang disambung secara selari atau
menggunakan arahan ORB.
DLC 2642 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod kertas IKBN/DLC 2642/KP (2/3) Muka surat : 34 drpd 37
12.0 SET and RESET
DLC 2642 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod kertas IKBN/DLC 2642/KP (2/3) Muka surat : 35 drpd 37
Berpandukan gambarajah di atas, bila X0 dalam di ON akan menyebabkan Y0 akan ON. Y0
akan terus ON walaupun selepas X0 dalam keadaan OFF.
Apabila X1 di ON akan menyebabkan Y0 berada dalam keadaan OFF. Y0 akan terus OFF
walaupun selepas X1 dalam keadaan OFF.
Arahan SET dan RST boleh digunakan untuk peranti atau alamat yang sama untuk beberapa
kali yang diperlukan.Walau bagaimanapun hanya arahan yang terakhir akan menentukan
status arus dalam litar. Arahan RST juga boleh digunakan untuk reset data peranti seperti ‘data
register’, ‘index register’ dan lain-lain lagi.
13.0 Timer, Counter (Out & Reset)
DLC 2642 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod kertas IKBN/DLC 2642/KP (2/3) Muka surat : 36 drpd 37
Peranti Timer digunakan untuk memprogram sesuatu proses yang memerlukan ‘delay
time’. Timer boleh dilaraskan kepada satu julat masa sehingga millisecond sepertimana contoh
di atas di mana T246 dilaraskan pada nilai masa dengan preset value “ K” pada nilai 1234.
Apabila timer T246 mencapai nilai “K” yang telah ditetapkan (1234), timer tersebut akan
diaktifkan. Ini menyebabkan sesentuh NO akan beroperasi dan pada masa yang sama Y0 akan
ON. Peranti input X0 digunakan untuk reset timer T246. Setiap PLC mempunyai arahan yang
berbeza untuk timer dan counter. Sila rujuk arahan tersebut bagi memastikan program yang
dibuat beroperasi dengan baik.
DLC 2642 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod kertas IKBN/DLC 2642/KP (2/3) Muka surat : 37 drpd 37
DLC 2642 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)