Kod WIM IKBN/DLC2222/KP(2/6) Muka surat : 1 drpd 10
INSTITUSI LATIHAN
KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN
KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK
KURSUS/COURSE (PENJAGA JENTERA ELEKTRIK A1)
CODE AND NAME 2
SEMESTER DLC 2222 SISTEM PAPAN SUIS UTAMA VOLTAN RENDAH
KOD DAN NAMA 02: KOMPONEN-KOMPONEN PAPAN SUIS UTAMA
SUBJEK / SUBJECT’S
CODE & NAME
BAB
OBJEKTIF /OBJECTIVE MENGENALI SEMUA KOMPONEN-KOMPONEN PAPAN SUIS
DAN MEMAHAMI FUNGSI SETIAP SATUNYA SUPAYA MUDAH
DIKENDALIKAN.
TAJUK/TITLE KOMPONEN PAPAN SUIS UTAMA VOLTAN RENDAH
TUJUAN/PURPOSE
KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN :
KOMPONEN ASAS PADA PAPAN SUIS UTAMA VOLTAN
RENDAH DAN FUNGSI SETIAP KOMPONEN DAN BAHAGIAN
DLC 2222 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM IKBN/DLC2222/KP(2/6) Muka surat : 2 drpd 10
PENGENALAN
Alat Pengukuran (Permeteran)
Alat ukur di Papan suis utama yang dimaksudkan adalah alat untuk mengukur arus, voltan,
faktor kuasa dan KWH meter. Ianya adalah berguna dalam kerja-kerja penyenggaraan.
Semua yang dinyatakan adalah panduan dalam kerja-kerja seharian.
1.1 Meter Arus.
Mengukur penggunaan arus di Papan Suis Utama. Untuk mengukur arus yang besar
C.T akan digunakan bagi menukar nilai arus. Suis pemilih (A/S/S) digunakan bagi
mengurangkan penggunaan ammeter, sekiranya suis pemilih tidak digunakan maka
hendaklah menggunakan tiga ammeter. Bagi sesetengah PSU permintaan arus
maksima (MD) ditunjukkan oleh jarum berwarna merah yang dipasang bersama-
sama di dalam meter arus.
Gambarajah 3 Meter Ampiar.
DLC 2222 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM IKBN/DLC2222/KP(2/6) Muka surat : 3 drpd 10
Jangka Ampiar digunakan untuk mengukur nilai arus bagi sesuatu litar pada unit
miliampiar (mA) dan kiloampiar (kA).
Gambarajah 1 Meter Ampiar bersama selector suis.
1.2 Meter Voltan.
Alat mengukur Voltan pada pepasangan di Papan Suis Utama. Bersambung terus
pada basbar melalui suis pemilih. Fius yang digunakan berkadar 6 A bagi mengawal
arus yang masuk pada meter. Lampu Penunjuk Fasa (Merah, Kuning dan Biru)
dipasangkan selari dengan meter voltan.
DLC 2222 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM IKBN/DLC2222/KP(2/6) Muka surat : 4 drpd 10
1.3. Meter Faktor Kuasa.
Menunjukkan faktor kuasa untuk beban semasa. Biasanya penyambungan dibuat
satu fasa diambil pada arus dan dua fasa lagi diambil dari voltan.
Kuasa ketara (VA) dan Kuasa Sebenar (Watt). Nisbah Watt (W) kepada Volt-Ampere
(VA) dikenali sebagai Faktor kuasa Cos Ø.
Jangka ini digunakan untuk mengukur Sudut Fasa atau Faktor Kuasa yang
disebabkan oleh Beban Aruhan (inductive load) atau Beban Kapasitif (capacitive
load).
1.4. Meter KWH.
Dipasangkan dengan tujuan untuk mengukur jumlah tenaga yang digunakan oleh
pengguna.
1.5. Meter KVARH.
Dipasangkan dengan tujuan untuk mengukur dan mendapatkan nilai purata faktor
kuasa, nilai KHW diperlukan bersama bagi tujuan ini.
DLC 2222 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM IKBN/DLC2222/KP(2/6) Muka surat : 5 drpd 10
Komponen-komponen Perlindungan Pada PSU.
Suis Fius (low current).
Suis Fius adalah sesuatu unit tunggal terdiri daripada pengasing bersiri dengan fius HRC. Ianya
tidak terasing dari litar apabila suis diOFFkan, ia berbentuk SP&N dan TP&N dengan ukuran piawai
15 A, 20 A, 30 A, 45 A dan 60 A.
Fius Suis (high current).
Fius Suis merupakan Pengasing dan juga sebagai alat perlindungan di mana fius HRC
ditumpangkan di dalam pengasing membentuk sebagai daripada jalan pengalir pengasing. Apabila
di OFF kan fius terpisah dari palang basbar. Keutamaannya digunakan bagi mengawal beban yang
berbentuk TP&N dengan ukuran piawai 60 A, 100 A, 160 A, 200 A, 300A, 400 A, 500 A, 600 A, 800
A dan 1200 A.
Fius.
Fius merupakan perlindungan arus berlebihan yang paling senang digunakan. Fius-fius yang biasa
digunakan adalah:-
a. Fius Rewireable iaitu sejenis fius yang paling ringkas dan murah yang masih digunakan
secara meluas di samping banyak keburukannya.
b. Fius cartridge adalah lebih berkemajuan dimana sukatan bagi penukaran elemen fius yang
telah ditetapkan oleh pihak Pengeluar. Dengan itu sukatan fius boleh diketahui dengan tepat
dan elemen fius susah luntur.
c. Fius H.R.C. merupakan fius yang berkebolehan menghindar arus-arus kerosakan yang
berat dengan selamat. Sifat-sifatnya boleh direka untuk disesuaikan dengan keadaan beban
yang digunakan. Fius-fius jenis ini biasanya digunakan bagi melindungi beban-beban industri
yang besar, kabel-kabel utama dan keadaan lain dimana kerosakan-kerosakan arus yang
besar berlaku.
DLC 2222 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM IKBN/DLC2222/KP(2/6) Muka surat : 6 drpd 10
Residual Circuit Breaker / Earth Leakage Circuit Breaker (ELCB).
Residual Circuit Breaker membawa maksud perbezaan di dalam arus. Ini bermakna alat ini
bergantung terus kepada keadaan dimana terdapat perbezaan di antara arus (ketidak-seimbangan)
yang masuk melalui sesuatu beban dan arus yang keluar dari beban yang sama. Dalam ertikata
yang lain alat ini hanya akan bertindak apabila mengalami keadaan yang tersebut di atas.
Sebelum alat dikenali dengan nama Earth Leakage Circuit Breaker (ELCB) dan sekarang ianya telah
dikenali dengan nama Residual Current Device (RCD).
Contoh:
Sekiranya kita bekalkan arus sebanyak 5 A kepada sesuatu litar elektrik yang mempunyai beban
(gelung) dan didapati arus yang mengalir keluar ke bumi melalui bingkai alat (earth leakage)
keadaan ini dapat dikesan (detect) dengan menggunakan satu gelung berpandukan prinsip dimana
arus yang masuk ke dalam sesuatu sistem elektrik adalah sama dengan arus yang keluar dari
sistem yang sama.
Gelung ini dinamakan gelung pengesan (search coil) dimana sekiranya arus yang masuk adalah
tidak sama dengan arus yang keluar, gelung pengesan ini akan dapat mengesan arus beza
(Residual Current) untuk membuka sambungan ke beban.
Miniature Circuit Breaker (MCB).
MCB digunakan sebagai gentian fius, bagi mengawal pemasangan domestic dan
beban-beban kecil. Sifat-sifat MCB ialah:-
a. Nilai terpelantik beban lebih di tetapkan oleh pihak pengeluar dan tidak boleh
ditukar.
b. Ia akan terpelantik bila berlaku beban lebih (overload). Tidak perlu ditukar,
hanya perlu diONkan semula.
c. Litar-litar yang rosak senang dikesan.
d. Bekalan boleh dipulihkan dengan cepat dan mudah.
DLC 2222 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM IKBN/DLC2222/KP(2/6) Muka surat : 7 drpd 10
Pemutus Litar Kotak Teracu (MCCB – Moulded Case Circuit Breaker).
Dengan perubahan teknologi MCCB direka untuk pengguna dengan kadaran arus
sehingga 400 A, dan dimasa akan datang kemungkinan ianya mampu membawa arus
yang lebih tinggi lagi.
Dari segi penggunaan MCCB adalah pengganti kepada fius, mempunyai beberapa
kebaikan jika dibandingkan dengan fius, seperti MCCB hanya perlu di ON kan sahaja
sekiranya ia memutus. Ketiga-tiga fasa akan memutus apabila berlaku beban lebih
pada salah satu fasa maka masalah ‘single phasing’ tidak berlaku. MCCB boleh
melindungi arus bocor ke bumi dengan disambungkan pada CT dan geganti E/F
(bergantung kepada binaan sesuatu MCCB), dengan itu masa senggaraan dapat
dikurangkan dan kos dapat dijimatkan.
Kebanyakkan MCCB menggunakan prinsip medan magnet pada sebuah gelung.
Gelung ini bersiri serta sebahagian dari litar utama. Medan magnet akan bertambah
kuat apabila arus masuk pada MCCB sehingga melebihi had yang tertentu dan
menyebabkan MCCB ‘trip’.
MCCB juga menggunakan kaedah ‘bimetal strip’ yang akan membengkok apabila
panas berlebihan disebabkan arus lebih yang masuk ke MCCB. Kaedah ini adalah
untuk perlindungan beban lebih dimana tindakannya agak perlahan dan terkandung
unsur lewat masa.
Namun begitu ada juga MCCB yang menggunakan prinsip tekanan ‘arcing gas’.
Tekanan yang berlebihan akan menyebabkan mekanisma tertentu bergerak dan
menyebabkan MCCB terpelantik. Keadaan sebegitu sesuai untuk perlindungan arus
lebih.
Bahagian bingkai MCCB diperbuat dari bahan bukan logam (polyester resin) dan ia
dipasang tetap serta tidak boleh ditarik keluar dengan mudah seperti ACB.
DLC 2222 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM IKBN/DLC2222/KP(2/6) Muka surat : 8 drpd 10
Pemutus Litar Udara (ACB).
Sekiranya Pemutus Litar Udara digunakan bersendirian tidak boleh memberi apa-apa
perlindungan kerana pemutus litar akan berfungsi sebagai pengasing sahaja. Ia
hendaklah dilengkapkan dengan geganti beban lampau (O/C) dan geganti kerosakan
bumi (E/F) dan dibantu oleh alatubah arus (Current Transfomer (C.T).
Saiz Pemutus Litar Udara yang paling kecil adalah berkadar 630 A., biarpun saiznya
630 A tetapi ia boleh ditatah untuk 300 A asalkan alatubah arus (C.T) yang digunakan
ialah 300/5 A atau penatahan dilakukan pada geganti beban lampau.
Pemutus Litar Udara hendaklah berfungsi apabila berlakunya arus lebih seperti yang
telah ditetapkan seperti berikut:-
100 % terus menerus. (to carry).
120 % Selama lima (5) minit. (to trip with in 5 minit)
150 % terpelantik serta merta. (to trip in 1 second).
Ujian menentukan penatahan ini dikendalikan oleh TNBD Bahagian Perlindungan
atau Jurutera Perkhidmatan yang diiktiraf. Ujian dibuat pada tiga peringkat:-
a. Alatubah arus (C.T) di uji nisbah-nisbahnya.
b. Primary Injection.
c. Secondary Injection.
Kerosakkan ke bumi dikesan oleh geganti dengan menggunakan turutan
kosong/zero. Peraturan tatah kebocoran ke bumi boleh dipilih dari 10%, 20%
hinggalah 100%. Kebiasaannya tatah kebocoran ke bumi ditatah pada 10 %. Jika
semasa pemasangan itu bebannya terdiri dari motor-motor maka tatah kebocoran
ditetapkan pada 20% atau 30%.
DLC 2222 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM IKBN/DLC2222/KP(2/6) Muka surat : 9 drpd 10
Memahami Operasi Pemutus Litar Udara.
F= Time Lag Fuse T = Tripping Coil.
Gambarajah di atas menunjukkan litar Pemutus Udara yang menggunakan
‘Time Lag Fuse’ (buat masa sekarang Oil Dashpot digunakan dalam ACB). ‘Time Lag
Fuse’ menggunakan fius 5A yang khas ia tidak sama dengan fius biasa. Fius ini
mempunyai ciri-ciri yang sama dengan penentuan tatah.
5A - Terus menerus (100%)
6A - 5 minit (120%)
7.5A - Serta Merta (150%).
Jadi dengan sebab inilah nisbah alatubah arus sentiasa 100/5A, 400/5A, 1600/5A dan
sebagainya. Apabila arus 100% atau kurang pada gelung utama, alatubah arus (C.T)
akan menyebabkan arus 5A atau kurang pada gelung sekunder (secondary) dan arus
ini akan mengikut laluan yang kurang rintangan. Tripping coil adalah dari jenis
Aruhan, jadi ia merupakan rintangan baru arus ulangalik dan fius kelihatan sebagai
DLC 2222 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
Kod WIM IKBN/DLC2222/KP(2/6) Muka surat : 10 drpd 10
litar. Apabila arus lebih daripada 100% mengalir ke busbar dan menyebabkan arus
lebih daripada 5A di gelung sekunder, fius akan cair dan arus terpaksa melalui
tripping coil dan menyebabkan Pemutus Litar terpelantik.
Geganti (Relay).
Geganti digunakan untuk menentukan tahap kerosakkan bagaimana yang
memerlukan pemutus litar bertindak memutuskan bekalan. Secara amnya geganti
yang terdapat pada PSU voltan rendah digunakan untuk perlindungan arus lebih,
beban lebih dan rosak ke bumi.
Terdapat dua (2) jenis geganti utama dalam PSU.
a. Instantaneous (sertamerta).
Memutuskan bekalan sebaik sahaja nilai kerosakkan mencapai tahap yang
ditentukan (set value). Oleh itu ia tidak penatah masa.
b. Lewat masa (time delay).
Mempunyai penatah masa oleh itu walaupun nilai kerosakkan telah mencapai
tahap tertentu (set value) ia masih boleh berada dalam keadaan yang tidak
memutuskan litar dalam beberapa jangka masa yang tertentu.
Namun begitu ada geganti yang boleh memberikan kedua-dua ciri di atas. Geganti tersebut
adalah Geganti Bocor Ke bumi (Earth Leakage Relay). ELR memberikan perlindungan
kepada bocor ke bumi untuk nilai yang kecil (maksima 300 miliampiar) dan lewat masa yang
terhad (0.1 saat) dan digunakan pada Papan Suis kecil (Sub-Switchboard) atau Papan Suis
Utama bersaiz kecil (sehingga 300 A)
DLC 2222 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)