The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dau4692, 2020-03-31 23:14:47

KP REKABENTUK PSU

KP REKABENTUK PSU

Kod WIM IKBN/DLC2222/KP(4/6) Muka surat : 1 drpd 28

INSTITUSI LATIHAN
KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK
KURSUS/COURSE (PENJAGA JENTERA ELEKTRIK A1)
CODE AND NAME
SEMESTER 2

KOD DAN NAMA DLC 2222 SISTEM PAPAN SUIS UTAMA VOLTAN RENDAH
SUBJEK / SUBJECT’S
CODE & NAME 04 : REKABENTUK PAPAN SUIS UTAMA
MEMBERI PENGETAHUAN MENGENAI REKABENTUK
BAB PAPAN SUSI UTAMA DAN JUGA PENGOPERASIAN
SECARA TERPEINCI SERTA PENGENDALIAN PSU
OBJEKTIF /OBJECTIVE SECARA SELAMAT DAN TERATUR.

TAJUK/TITLE REKABENTUK PAPAN SUIS UTAMA VOLTAN RENDAH

TUJUAN/PURPOSE KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN :
1. ASAS REKABENTUK SEBUAH PSU
2. KEPERLUAN PEPASANGAN PSU
3. RAJAH SATU GARISAN (SINGLE LINE DIAGRAM)
4. SISTEM PERLINDUNGAN PSU

DLC 2222 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)

Kod WIM IKBN/DLC2222/KP(4/6) Muka surat : 2 drpd 28

Asas Rekabentuk Papan Suis Utama Jenis Voltan Rendah

Papan Suis Utama (Main Switch Board) adalah antara merupakan komponen penting
dan utama di dalam sistem agihan bekalan elektrik terutamanya di dalam sesuatu premis
dalaman bangunan komersial, industri perkilangan dan sebagainya.

Ianya berfungsi dan berperanan untuk menerima bekalan elektrik dari sumber luaran
infrastruktur elektrik seperti Pencawang Elektrik dan kemudiannya mengagihkan bekalan
elektrik tersebut kepada rangkaian Papan-Papan Suis Perantaraan Elektrik (Sub Switch
Boards) dan Kotak-Kotak Agihan Elektrik (Distribution Boards) yang lebih kecil di seluruh
bangunan.

Papan Suis Utama ini terdapat di dalam dua (2) jenis dengan ciri-ciri rekabentuk
seperti berikut :-

1. Jenis Lekapan Dinding (Wall Mounted)

 • Digunakan sekiranya rekabentuk binaan fizikal adalah kecil
 • Mempunyai bilangan pemutus litar keluaran yang sedikit
 • Kapasiti Amp antara 100A hingga 400A
 • Jenis operasi kendalian dan penyelenggaraan dari bukaan pintu hadapan sahaja.
 • Tidak memerlukan Bilik Papan Suis yang besar

1. Jenis Dirian Lantai (Floor Standing)

 Digunakan sekiranya rekabentuk binaan fizikal adalah besar
 Mempunyai bilangan pemutus litar keluaran yang banyak
 Kapasiti Amp antara 400A dan ke atas.
 Jenis operasi kendalian dari bukaan hadapan dan penyelenggaraan dari bukaan pintu

belakang
 Memerlukan Bilik Papan Suis yang besar

Perlu diingatkan ialah kedua-dua jenis Papan Suis Utama yang dinyatakan di atas mestilah
direkabentuk dengan mempunyai parameter keselamatan dan perlindungan litar serta
dilengkapi dengan aksessori-aksessori berikut :-

1. Pemutus Litar Utama
 Jenis Air Circuit Breaker (ACB), Moulded Case Circuit Brealer (MCCB)

DLC 2222 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)

Kod WIM IKBN/DLC2222/KP(4/6) Muka surat : 3 drpd 28

1. Perlindungan Arus & Bumi
 Jenis Earth Fault dan Over Current

1. Meter Pengukuran Arus, Voltan dan Faktor Kuasa
 Voltmeter, Ammeter, Power Factor

1. Lampu Penunjuk Setiap Fasa (Merah, Kuning & Biru)
 Phases Indicating Light jenis LED
 Seelok-eloknya disediakan di dua peringkat iaitu bekalan elektrik masukkan sebelum

dan selepas Pemutus Litar Utama

1. Ditentukan jenis masukan kabel bekalan elektrik dari arah bawah atau atas papan
suis.

 Papan Suis Utama Jenis Dirian Lantai kebiasaannya menggunakan jenis masukan
kabel elektrik dari arah bawah.

 Papan Suis Utama Jenis Lekapan Dinding pula kebiasaannya menggunakan jenis
masukan kabek elektrik dari arah bawah dan atas bergantung kesesuaian sesalur
bekalan elektrik.

1. Penggunaan pengalir elektrik antara Pemutus Litar Utama dan Pemutus-Pemutus
Litar Keluaran dari jenis tembaga dengan kadar lebihan kapasiti sebanyak 25%
sehingga 50% dari saiz arus masukkkan.

 Pengalir tembaga adalah lebih kecil berbanding aluminum
 Lebihan kapasiti arus adalah untuk memastikan ketahanan pengalir dari segi

pengaliran arus beban penuh dan kesan haba.

DLC 2222 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)

Kod WIM IKBN/DLC2222/KP(4/6) Muka surat : 4 drpd 28

1. Bentuk Pengasingan (Partitioning Forms) Papan Suis Utama Jenis Dirian Lantai
ditentukan.•

 Bentuk 1 (Form 1)
 Bentuk 2 (Form 2a dan 2b)
 Bentuk 3 (Form 3a dan 3b)
 Bentuk 4 (Form 4a dan 4b)
 Pematuhan kepada piawaian IEC 61439-2.

Papan Suis - Pengenalan Kepada Papan Suis (MSB/SSB)

Papan suis atau switch board yang biasa kita dengar adalah Main Switch Board (MSB) atau
Sub-Switch Board (SSB). Kedua-duanya secara asasnya mempunyai fungsi yang sama.
Fungsi utama Papan Suis adalah untuk memutuskan litar sama seperti fungsi suis-suis yang
lain. Selain dari itu fungsi Papan Suis adalah untuk mengawal kemasukan dan pengagihan
kepada beban.

Di Malaysia, kebiasaannya pengeluar papan suis akan menggunakan/mengikut standard

DLC 2222 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)

Kod WIM IKBN/DLC2222/KP(4/6) Muka surat : 5 drpd 28

yang di keluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana JKR merupakan pelanggan yang
paling utama dan paling cerewet bagi produk Papan Suis ini.

Rekabentuk papan suis biasanya ada dua iaitu (i) Wall mounted, (ii) Cubical.
Jenis Wall mounted biasanya untuk ampiar yang kecil, kurang 150A.

contoh wall-mounted;

contoh cubical :
Jenis-jenis kemasukan Papan Suis Utama biasanya ada 3 jenis,
(1) 1 kemasukan (1 Incoming)

DLC 2222 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)

Kod WIM IKBN/DLC2222/KP(4/6) Muka surat : 6 drpd 28

(2) 2 kemasukan (2 Incoming) berserta bus-tie

(3) 2 kemasukan (1 dari TNB & 1 dari EMS board)

Terdapat tiga klas PSU;
(1) Tiada kompartmen iaitu tiada dinding pemisah di antara bahagian-bahagian dalam PSU.
(2) Sebahagian berkompartmen iaitu sebahagian sahaja dipisahkan daripada yang lainnya.
(3) Sepenuhnya berkompartmen iaitu semua bahagian diasingkan dari yang lain.

DLC 2222 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)

Kod WIM IKBN/DLC2222/KP(4/6) Muka surat : 7 drpd 28

Di antara keperluan bilik suis adalah;
(1) Berhampiran dengan penempatan beban yang tinggi bagi mengurangkan

perbelanjaan submains dan kabel.

(2) Terhindar daripada banjir atau dekat dengan punca-punca air.

(3) Tidak terlindung atau terhalang oleh sesuatu supaya kerja-kerja operasi dan
senggaraan mudah dijalankan.

(4) Ditempatkan didalam bilik khas dan mempunyai pintu yang berkunci.

(5) Bilik suis hendaklah menerima pengedaran udara yang baik.

(6) Semua pintu dan lubang udara dipasang dengan anti vermin proff netting supaya
serangga tidak dapat masuk.

(7) Ruang kosong berukuran minima 2.5kaki dibahagian belakang dan minima 4.5 kaki
dibahagian hadapan PSU untuk kerja-kerja senggaraan.

(8) Mempunyaisaluran-saluran yang mencukupi untuk kemasukan dan keluar kabel.

(9) Bilik suis hendaklah dilengkapkan dengan alat pemadam api jenis gas yang
dibenarkan seperti CO2.

(10) Lampu biasa,lampu kecemasan dan soket alir keluar dengan jumlah yang mencukupi
hendaklah disediakan di dalam bilik suis.

(11) Rajah skema dan tikar getah dengan saiz yang sesuai hendaklah dipaparkan didalam
bilik PSU.

DLC 2222 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)

Kod WIM IKBN/DLC2222/KP(4/6) Muka surat : 8 drpd 28

Bas-bar kuprum

Basbar adalah pengalir yang digunakan untuk mengagihkan bekalan elektrik dari pemutus
litar utama kepada pemutus litar yang lain. Bas-bar digunakan bagi menggantikan kabel
kerana lebih tahan, stabil dan pemasangan yang kemas.

Saiz Bus-Bar Kuprum Voltan Rendah Kadaran Arus Pemutus Litar
6.3 mm x 25 mm 250 Amp
6.3 mm x 31.5 mm 300 Amp
6.3 mm x 40 mm 400 Amp
6.3 mm x 50 mm 500 Amp
6.3 mm x 60 mm 600 Amp
6.3 mm x 80 mm 800 Amp
6.3 mm x 100 mm 1000 Amp
2 x 6.3 mm x 60 mm 1200 Amp
2 x 6.3 mm x 80 mm 1600 Amp

Pemutus Litar Udara – PLU (Air Circuit Breaker - ACB)

ACB biasanya digunakan untuk papan suis sederhana dan sederhana besar. Biasanya untuk
beban yang lebih dari 600A dan kurang dari 2000A. Jika lebih lebih besar adalah lebih baik
untuk gunakan pemutus litar jenis lain seperti Pemutus Litar Hampagas (Vacuum Circuit
Breaker - VCB) dan lain-lain lagi. ACB perlu disenggara/servis mengikut jadual bagi
memastikan keadaan dan performancesentiasa baik.

Pemutus Litar Bekas Beracuan ( Moulded Case Circuit Breaker - MCCB)

MCCB digunakan untuk memutuskan litar bersaiz sederhana kecil. Biasanya 40A hingga
400A. Funginya hanya untuk memutus litar. Tidak perlu diservis.

DLC 2222 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)

Kod WIM IKBN/DLC2222/KP(4/6) Muka surat : 9 drpd 28

Alatubah arus (Current transfomer - CT)
CT digunakan untuk menurunkan arus utama yang tinggi kepada arus skunder yang lebih
rendah.Kebiasaannya dipasang untuk alat pengukur (metering) atau perlindungan. CT tidak
dipasang secara direct dengan litar utama, tetapi menggunakan konsep aruhan untuk
menghasilkan arus sekunder yang kecil samada 5A, 10A, dan sebagainya. Kebiasaannya
adalah 5A.

Geganti Perlindungan (Protection Relay)
Relay digunakan untuk tujuan menghantar isyarat kepada breaker untuk memutuskan litar
secara automatik.
Terdapat 2 jenis Relay;
(1) Earth Leakage/Fault Relay
(2) Overcurrent Relay

Relay perlu ditatah (setting) mengikut keperluan bergantung pada beban (% amp) dan
masa untuk trip.

Bank Kapasitor

Bank Kapasitor digunakan untuk memperbetul atau membaiki faktor kuasa (power factor).
Faktor kuasa yang sebaik-baiknya adalah 1 tetapi adalah mustahil untuk mendapatkan pf=1.
TNB membenarkan pf dalam lingkungan 0.85 hingga 1, TNB akan mengenakan caj penalti
jika kurang dari itu.
Faktor kuasa boleh berubah-ubah bergantung pada kegunaan kita; jika kerap dan banyak
menggunakan barang bermotor, power factor akan berubah.
Operasi bank Kapasitor ini dikawal oleh power factor regulator. Tidak semestinya semua
papan suis akan ada capasitor bank. Ianya bergantung kepada rekabentuk sesebuah papan
suis tersebut.

Mungkin ada lagi komponen-komponen yang lain yang terdapat pada papan suis yang saya
tidak sebut kerana setiap papan suis adalah direka mengikut keperluan pelanggan.

DLC 2222 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)

Kod WIM IKBN/DLC2222/KP(4/6) Muka surat : 10 drpd 28

Semuanya adalah unik. Boleh saja tambah dan buang aksesori pada papan suis bergantung
pada kehendak dan kos pemasangan.

PENERANGAN

Gambarajah litar sketmatik dibawah menunjukkan gambarajah lukisan sketmatik
papan suis untuk satu Kemasukan ( single feeder).

SINGLELINEDIAGRAMMSBLV

RYB

V/S

V 0-500V
IF3x6A

PF

3 x 1200/5AL1im5 VdAesigner A/S
CL 3 CTS
A 0-1200A

4 x 1200/5A15 VA
CL 10P10 CTS

STF6A

IDMT IDMT
O/C E/F

ST Lim designer 1200A
TPNACB

DLC 2222 FROMTNBINCOMINGNO. 1 Versi 2.0 (2016)
Cawangan Kurikulum & Pentauliahan

Kod WIM IKBN/DLC2222/KP(4/6) Muka surat : 11 drpd 28

PENGENALAN
Gambarajah sketmatik di bawah menunjukkan dua punca kemasukan bagi papan suis
voltan rendah.
Gambarajah sketmatik dua punca kemasukan membawa maksud terdapat dua punca
kemasukan dari TNB dengan NIlai Voltan kemasukan 415 Volt dari bekalan feeder pillar.

SINGLE LINE DIAGRAM MSB LV

1200A 4 POLE TINNED COPPER
ISOLATOR BUSBAR

(BUSBAR COUPLER)

RYB RYB 1 x 1200/5A 15 VA
CL 3 CTS
100A
V/S V/S TPN
MCCB
V 0-500V 0-500V V
IF 3x6A IF 3x6A

PF PF IF 3X6A

3 x 1200/5A 15 VA A/S A/S 3 x 1200/5A 15 VA N 6 X 15A
CL 3 CTS CL 3 CTS TP FUSE
A 0-1200A 0-1200A A P.F.R
6 X 15A
4 x 1200/5A 15 VA 4 x 1200/5A 15 VA 6 STEPS TP CONT
CL 10P10 CTS CL 10P10 CTS

STF 6A STF 6A

IDMT IDMT IDMT IDMT
O/C E/F E/F O/C

1250A 1250A ST
TPN ACB TPN ACB
ST C/W S/TRIP C/W S/TRIP
& KEY LOCK & KEY LOCK

M & E CASTLE KEY INTERLOCK 6 X 5 KVAR
CAPACITOR BANK

FROM TNB INCOMING NO. 1 FROM TNB INCOMING NO. 2

DLC 2222 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)

Kod WIM IKBN/DLC2222/KP(4/6) Muka surat : 12 drpd 28

JENIS-JENIS PERLINDUNGAN
i. Arus lebih

Arus lebih disini bermaksud nilai arus dalam kiloampiar (kA-fault level current) dan
sebabnya ialah litar pintas antara fasa ke fasa atau ke neutaral atau ke bumi

Arus yang lebih tidak boleh ditanggung oleh pemasangan walaupun seketika kerana
nilai arusnya tersangat tinggi dan pemutus litar mestilah bertindak segera iaitu dalam masa
kurang satu saat.kalau tidak dengan arus yang begitu tinggi pemasangan akan mengalami
kerosakan.

Diantara alat-alat perlindungan yang digunakan ialah pemutus litar udara
(ACB),pemutus litar teracu (MCCB),fius suis,suis fius,fius dan MCB (miniature circuit
breaker).ACB dan MCCB memerlukan alatubah arus dan geganti serta gelong shunt trip
untuk melaksanakan tugasnya.

ii. Beban lebih

Beban lebih akan menghasilkan kesan yang sama iaitu arus lebih tetapi nilai arus
disini tidaklah setinggi seperti arus lebih yang menyebabka oleh litar pintas.

Punca beban lebih adalah beban elektrik (kilowatt atau KVA) yang berlebihan dari
sepatutnya ditanggung oleh sesuatu pemasangan.beban makanikal yang berlebihan juga
boleh menyebabkan beban lebih elektrik.

Beban yang lebih tidak berapa tinggi selalunya boleh ditanggung oleh pemasangan
untuk beberapa ketika,hingga beberapa minit.ia bergantung kepada berapa tinggi arus
tersebut.

DLC 2222 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)

Kod WIM IKBN/DLC2222/KP(4/6) Muka surat : 13 drpd 28

Selalunya kita hadkan arus beban lebih kepada maksima 150 peratus sahaja
daripada arus beban penuhnya.ia pun untuk selama satu saat sahaja.manakala beban lebih
banyak sebanyak 120 peratus secara berterusan dihadkan selama maksima 5 minit sahaja.

Alat-alat perlindungan yang digunakan adalah sama seperti untuk perlindungan arus
lebih iaitu pemutus litar udara (ACB),pemutus litar teracu(MCCB),fius suis,suis fius,fius dan
MCB.

iii. Rosak kebumi

Rosak kebumi bermaksud telah berlaku sentuhan diantara pengalir hidup dengan pengalir
bumi atau bahagian-bahagian logam yang dibumikan.ini disebabkan sentuhan pengalir
hidup dengan bahagian-bahagian yang dibumikan iaitu bahagian-bahagian yang boleh
mengalirkan elektrik terutamanya logam.

Sentuhan ini ada yang secara terus tanpa bahan penebat (direct contact).ini boleh dipanggil
litar pintas.kerosakan begini menghasilkan arus tinggi (dalam kiloampiar)

Ada juga sentuhan secara tidak terus (indirect contact) dan ini selalunya disebabkan
penebatan telah rosak atau lemah.kerosakan ini dipanggil bocor kebumi (earth leakage).arus
kerosaka begini selalunya kecil,samaada dalam miliampiar atau beberapa ampiar sahaja.

Alat-alat perlindungan yang digunakan ialah ACB,MCCB dan
RCCB/ELCB.walaubagaimanapun penggunaan ACB dan MCB adalah dengan bantuan geganti
bocor ke bumi.manakala RCCB dan ELCB tidak memerlukan alat tambahan sebab ia telah
terbina didalamnya.

iv. Lampu panas

Alatan elektrik akan menghasilkan haba bila beroperasi.bila tahap kepanasan melebihi
daripada tahap normalnya ini akan merosakkan alatan tersebut dan kemungkinan berlaku
kebakaran.

DLC 2222 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)

Kod WIM IKBN/DLC2222/KP(4/6) Muka surat : 14 drpd 28

Geganti lampu panas selalunya menggunakan prinsip bi metal strip dimana ia akan
membengkok bila sampai kepada suhu tertentu.selalunya digunakan apabila nilai arus tidak
begitu tinggi seperti thermal overload relay yang digunakan didalam pemula motor.

Ada juga menggunakan prinsip perubahan rintangan terhadap haba.apabila rintangan
berubah arus yang mengalir juga akan berubah dan apabila sampai tahap tertentu geganti
akan bertindak.

Penggunaan alat perlindungan lampu panas adalah terhad kepada peralatan yang banyak
mengeluarkan haba serta mahal sahaja.contohnya motor,alatubah yang besar dan
janakuasa.

v. Single phasing

Single phasing bermakna bekalan tiga fasa kehilangan satu atau dua fasa.contohnya motor
tiga fasa hanya mendapat bekalan dua fasa sahaja.samaada motor tersebut tidak boleh
hidup atau berjalan dengan tidak sepenuh kuasa bergantung kepada beberapa fasa yang
tiada bekalan.jika litar kawalan dan pemula diambil dari fasa yang tiada bekalan tentulah
motor tidak dapat dihidupkan.

Alat perlindungan yang digunakan ialah single phasing relay yang akan melepaskan
penyentuh pemula motor apabila keadaan tersebut terjadi.

ALAT PERLINDUNGAN

Fius
 Alat perlindungan yang paling mudah,murah dan baik adalah fius.ia mempunyai elemen

fius yang akan putus apabila arus yang melebihi dari kadarannya mengalir didalamnya.

 walaupun ia baik tetapi dari segi senggeraan ianya mahal dan mengambil masa yang
lama untuk menukarnya terutama fius yang besar kadaran ampiarnya.tambahan pula
ianya rigid iaitu kadaran arusnya tidak boleh diubah-ubah.

DLC 2222 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)

Kod WIM IKBN/DLC2222/KP(4/6) Muka surat : 15 drpd 28

 Untuk satu pemasangan yang besar memerlukan berbagai-bagai kadaran fius,oleh itu
menimbulkan masalah simpanan alat ganti.

 Fius tidak mempunyai ciri lewat masa,oleh itu apabila nilai arus melebihi nilai kadarannya
ia akan terbakar.

Jenis-jenis fius

a) Fius HRC (High Rapturing Capacity)

Paling baik dan banyak digunakan selalunya untuk kadaran 5 ampiar dan keatas.bahagian
elemen fiusnya berada didalam serbuk pasir yang akan menyerap arka dan percikan api
yang terhasil.bahagian badan diperbuat daripada porcelain.kedua-dua hujungnya diperbuat
dari logam sebagai pengalir dan disediakan tag untuk memudahkan penyambungan
menggunakan nut skrew.

b) Fius catridge

Fius catridge mempunyai elemen fius tetapi tidak berada didalam serbuk fius dan sarungnya
diperbuat daripada glass dimana elemen fius boleh dilihat dari luar.

Fius jenis ini selalunya untuk kadaran yang kecil iaitu kurang dari 5A untuk pemasangan
domestic.

Untuk pemasangan DC 12V seperti didalam motokar fius jenis ini sering digunakan.ini
disebabkan voltannya rendah jadi arka yang terhasil tidaklah begitu tinggi.

c) Fius dawai

Fius dawai adalah gelungan dawai yang telah diperbuat untuk lebur apabila nilai arus
tertentu mengalir melaluinya.ia tidak mempunyai melting point,oleh itu ia boleh lebur
dimana-mana bahagian.kesan percikan api akan merosakkan tapak dan pembawa fius
apabila berlaku arus lebih.kelebihan fius ini ialah harganya murah.

DLC 2222 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)

Kod WIM IKBN/DLC2222/KP(4/6) Muka surat : 16 drpd 28

Pemutus Litar Udara (Air Circuit Breaker-ACB)

 Pemutus litar udara yang asas adalah satu alat untuk memutus dan menyambungkan
bekalan atai disebut juga sebagai pengasing sahaja.tetapi apabila ianya dilengkapkan
dengan komponen perlindungan seperti alatubah arus,geganti,shunt trip coil ianya dapat
perlindungan yang diperlukan secara automatic.

 perlindungan yang boleh diberikan oleh ACB ialah arus lebih,beban lebih dan rosak
kebumi.perkataan udara bermakna sesentuh utamanya berada didalam udara biasa
ACB selalunya digunakan untuk pemasangan yang melebihi 400A.

 Saiz ACB yang kecil yang terdapat dipasaran ialah 600A.dengan penatahan (setting)
kepada alat perlindungan dan bersesuaian dengan kadaran arus pemasangan ianya boleh
ditatah kepada kepada kadaran arus kurang daripada 600A,contohnya 200A,400A dan
sebagainya.

 Saiz ACB yang besar pula ada yang mencapai 2500 A dan lebih.

 Nilai arus kerosakan (fault level) ACB bagi pemasangan JKR ialah 45KA untuk 3 saat.ini
bermakna dengan arus sebanyak 45KA ACB ini boleh bertindak tanpa ianya mengalami
kerosakan.

Pemutus Litar Teracu (Moulded Case Circuit Breaker-MCCB)

 Dengan perubahan teknologi terciptalah MCCB dimana ianya oleh menggantikan tugas
ACB untuk kadaran arus sehingga 600A.kemungkinan ianya juga boleh membawa arus
yang lebih tinggi dimasa akan datang.

 Sama juga seperti pemutus litar udara,MCCB yang asas adalah satu alat untuk memutus
dan menyambungkan bekalan tetapi tidak sebagai pengasing,ini kerana ianya

dilengkapkan dengan perlindungan arus lebih dan beban lebih yang telah terbina
didalamnya.

 Untuk perlindungan bocor kebumi MCCB memerlukan alatubah arus,geganti dan gelung
shunt trip sama seperti ACB.ia tidak terbina didalam MCCB.

 Dari segi penggunaan MCCB adalah pengganti kepada fius suis atau suis fius.apabila
berlaku arus lebih atau beban lebih daripada kadaran sesuatu fius ia akan terbakar dan

DLC 2222 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)

Kod WIM IKBN/DLC2222/KP(4/6) Muka surat : 17 drpd 28

terpaksa diganti dengan baru.apabila MCCB digunakan dalam kes ini ia akan hanya
terpelantik.apabila kerosakan telah dibaiki MCCB hanya perlu di on kan sahaja,tiada apa-
apa yang perlu digantikan.dengan itu kos senggeraan dapat dijimatkan dan masa
gangguan bekalan dapat dikurangkan.

 Kebanyakkan MCCB menggunakan prinsip medan magnet pada sebuah gelung.gelung ini
bersiri serta sebahagian dari litar utama.medan magnet akan bertambah kuat dengan
bertambahnya arus yang mengalir dalam MCCB.apabila tahap tertentu seperti yang ianya
telah direkabentuk tercapai maka ini akan terpelantik.

 Ada juga MCCB menggunakan kaedah bimetal strip yang akan membengkok apabila
panas yang disebabkan arus lebih dan seterusnya memutuskan bekalan.ada juga MCCB
yang menggunakan gabungan kedua-dua prinsip ini.

 Selalunya prinsip medan magnet digunakan untuk perlindungan arus lebih dimana MCCB
akan terpelantik serta merta apabila nilai arus telah melebihi had tertentu.manakala
prinsip bimetal strip adalah untuk perlindungan beban lebih dimana tindakannya agak
perlahan dan terkandung unsure lewat masa.

 Namun begitu ada juga MCCB terbaharu yang menggunakan prinsip tekanan arcing
gas.tekanan yang melebihi akan menyebabkan mekanisme tertentu bergerak untuk
menyebabkan MCCB terpelantik.ini sesuai untuk perlindungan arus lebih.

 Berbeza dengan ACB bahagian badan dan bingkai MCCB diperbuat daripada bahan bukan
logam (polyester resin) manakala ACB diperbuat dari logam.operating handlenya juga
diperbuat daripada bahan yang sama.oleh itu ia tidak mempunyai fault level yang tinggi
seperti ACB

 MCCB hanya sesuai untuk dipasang tetap dan tidak boleh dikeluarkan dengan mudah
seperti ACB

 Kebaikan lain MCCB berbanding fius ialah apabila berlaku masalah pada mana-mana
fasa,ketiga-tiga fasa akan terputus bekalan.tetapi fius akan memutuskan bekalan kepada
fasa yang bermasalah sahaja.oleh itu masalah single phasing boleh berlaku.

DLC 2222 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)

Kod WIM IKBN/DLC2222/KP(4/6) Muka surat : 18 drpd 28

Fius Suis (F/S)

 Fius suis satu alat untuk on dan off bekalan tetapi mempunyai fius dan bertindak sebagai
pengasing dan juga member perlindungan arus lebih dan beban lebih.

 fius bertindak untuk member perlindungan,manakala suis sebagai pengasing.fius
ditempatkan didalam alat tersebut.apabila dalam keadaan off fius suis terpisah dari
palang bus.

 Fius suis digunakan untuk beban tiga fasa (TPN).kadaran standard ialah
60A,100A,160A,200A,300A,400A,500A,600A,800A dan 1200A.

 Jenis fius yang digunakan ialah HRC dengan centre tag atau off tag dan mestilah diikat
dengan screw nut kepada alat tersebut.ikatan yang kuat dan ketat adalah perlu
disebabkan arus yang akan dibawa adalah tinggi.

MCB (Miniature Circuit Breaker)
 MCB lebih kurang sama dengan MCCB tetapi ianya kecil,setakat 60A sahaja.selalunya

untuk kegunaan satu fasa walaupun ada juga untuk tiga fasa.

 Ianya menggunakan prinsip medan magnet.terdapat gelung bersiri dengan litar utama
yang akan menarik bahagian pelantik untuk memutus litar apabila arus melebihi tahap
tertentu yang telah dihadkan untuk sesuatu MCB.

RCCB (Residual Current Circuit Breaker)
 Untuk pemasangan yang kecil selalunya sehingga 60 A satu fasa atau tiga fasa

perlindungan bocor kebumi akan menggunakan RCCB atau dahulunya dikenali sebagai
ELCB.

 Untuk pemasangan tiga fasa kepekaannya ialah 300 miliampiar dan pemasangan satu
fasa kepekaan 100 miliampiar.

 Untuk litar soket alir keluar kepekaannya ialah 30 miliampiar.

DLC 2222 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)

Kod WIM IKBN/DLC2222/KP(4/6) Muka surat : 19 drpd 28

 Untuk perlindungan arus lebih dan beban lebih fius atau MCB akan digunakan

 RCCB untuk satu fasa berfungsi menggunakan prinsip medan magnet seimbang dimana
arus masuk (line) sama dengan arus keluar (neutral).oleh itu medan magnetnya sama
kuat atau seimbang.

 Apabila berlaku kerosakan kebumi sebahagian arus akan mengalir kebumi.oleh itu arus
pada pengalir neutral tidak seimbang dengan arus pada pengalir fasa.medan magnetnya
pun menjadi tidak seimbang.terdapat satu gelung kecil yang dipanggil search coil didalam
RCCB tersebut yang akan mengesan ketidak seimbangan medan magnet tadi.ia akan
teraruh dan menyebabkan RCCB terpelantik.

Sumber-sumber Tenaga - Pelbagai Sumber Tenaga

Tenaga didefinisikan sebagai keupayaan untuk melakukan kerja.
Sebagai contoh, tenaga diperlukan untuk berlari, memanjat pokok, menyalakan mentol,
menunggang basikal, dan mendayung sampan. Semua hidupan memerlukan tenaga bagi
melakukan aktiviti harian mereka. Manusia dan haiwan mendapatkan tenaga daripada
makanan yang diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan atau haiwan-haiwan lain.
Tumbuhan mendapatkan tenaga daripada makanan yang dihasilkan semasa proses
fotosintesis . Tenaga diukur dalam unit Joule (J).

Tenaga didapati dalam pelbagai bentuk:

Tenaga kinetik. Tenaga bunyi.
Tenaga keupayaan. Tenaga kimia.
Tenaga Haba . Tenaga elektrik.
Tenaga cahaya. Tenaga nuklear.
Tenaga mekanikal.

DLC 2222 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)

Kod WIM IKBN/DLC2222/KP(4/6) Muka surat : 20 drpd 28

Tenaga Kinetik

Tenaga kinetik adalah tenaga yang dimiliki oleh jasad yang bergerak. Tenaga kinetik
sesuatu objek adalah bergantung kepada jisim dan halaju. Tenaga kinetik akan meningkat
jika:

 Jisim sesuatu objek itu bertambah.
 Halaju sesuatu objek itu meningkat
 Tenaga kinetik bagi sesuatu objek pegun adalah sifar.

Contoh-contoh bagi jasad dengan tenaga kinetik:

 Sistem aliran.  Kipas yang berputar.
 Gerakan jarum jam.  Kenderaan yang bergerak.
 Angin.
 Guli yang bergolek.

Kegunaan tenaga kinetik
Angin adalah berguna untuk mengubah gerakan/layar sesebuah kincir angin. Air yang
mengalir boleh digunakan untuk mengangkut kayu balak di dalam industri pembalakan.
Jarum jam yang bergerak dengan setiap tandaan (saat/minit/jam) membolehkan kita untuk
mengetahui masa/waktu pada bila-bila masa sahaja. Air sungai yang mengalir deras boleh
digunakan untuk menjana kuasa elektrik.

Berlari - Salah satu contoh tenaga kinetik.

DLC 2222 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)

Kod WIM IKBN/DLC2222/KP(4/6) Muka surat : 21 drpd 28

Tenaga Keupayaan

Tenaga keupayaan adalah tenaga yang tersimpan di dalam badan/jasad kerana
kedudukannya (tenaga keupayaan graviti) atau keadaan fizikalnya (tenaga keupayaan
elastik).
Tenaga keupayaan sesuatu objek bergantung kepada:

 Jisim objek.
 Jarak objek dari permukaan bumi.
 Kuasa tarikan graviti ke atas objek itu.

Tenaga keupayaan graviti sesuatu objek meningkat jika:

 Jisim objek bertambah.
 Semakin tinggi jarak objek dari permukaan tanah.
 Daya tarikan graviti pada objek bertambah.

Tenaga keupayaan graviti sesuatu objek yang berada betul-betul di atas permukaan bumi
adalah sifar. Sesuatu objek yang sedang jatuh boleh mendapat tenaga kinetik dan
kehilangan tenaga keupayaan. Sebaliknya, sesuatu objek yang dilemparkan ke atas boleh
mendapat tenaga keupayaan dan kehilangan tenaga kinetik. Contoh-contoh objek yang
mempunyai tenaga keupayaan graviti:

 Buah kelapa yang tergantung di atas pokok.
 Seorang penyelam/penerjun berdiri di atas papan anjal.
 Buku-buku yang terletal di atas rak dinding.
 Kipas yang tergantung pada siling.

Kegunaan tenaga keupayaan graviti:
Seorang penyelam/penerjun boleh terjun menjunam ke dalam air dari papan
menyelam/anjal.

DLC 2222 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)

Kod WIM IKBN/DLC2222/KP(4/6) Muka surat : 22 drpd 28

Kanak-kanak boleh meluncur dengan mudah menuruni papan gelongsor. Air di empangan
boleh digunakan untuk menjana tenaga elektrik di stesen hidroelektrik.

Penerjun di papan anjal ini memiliki tenaga keupayaan kerana kedudukannya yang tinggi
dari permukaan bumi.

Tenaga keupayaan elastik hanya wujud dalam bahan-bahan yang kenyal sahaja, seperti
spring atau getah. Contoh-contoh objek yang mempunyai tenaga keupayaan elastik:

 Segulung spring kereta mainan.
 Gelang/gelung getah yang diregangkan.
 Spring yang dimampatkan.

Kegunaan tenaga keupayaan elastik:

 Tenaga keupayaan yang tersimpan di dalam spring sebuah kereta mainan boleh
membuatkan kereta tersebut bergerak.

 Spring digunakan untuk menggoncang/menghayun buaian. Spring yang diregangkan
dan dimampatkan boleh menghasilkan pergerakan yang berterusan.

 Gelung getah yang diregangkan boleh mengikat barangan dengan ketat.
 Tali getah lastik boleh melontarkan batu apabila ditarik dan dilepaskan.
 Anak panah bergerak ke arah sasarannya apabila dilepaskan dari busur pemanah.

DLC 2222 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)

Kod WIM IKBN/DLC2222/KP(4/6) Muka surat : 23 drpd 28

Contoh tenaga keupayaan elastik yang terdapat di dalam spring kereta.

Tenaga Haba

Tenaga haba adalah tenaga yang tersimpan di dalam objek panas. Tenaga haba sesuatu
badan/jasad adalah bergantung kepada suhu dan isipadu badan/jasad tersebut. Tenaga
haba mengalir dari kawasan panas ke kawasan sejuk oleh konduksi, perolakan dan
sinaran/radiasi.
Kulit manusia memantau haba melalui reseptor deria panas.

Contoh-contoh sumber tenaga haba:
 Api.
 Matahari.
 Kolam air panas.
 Air yang mendidih.
 Pemanas elektrik.
 Badan manusia dan haiwan.

Kegunaan tenaga haba:

 Haba daripada pembakaran bahan api digunakan untuk menukarkan airkepada stim .
Stim tersebut kemudiannya digunakan untuk mengendalikan enjin stim.

 Untuk memanaskan air dan memasak makanan.
 Untuk membuat unggun api bagi memanaskan badan.
 Untuk menghasilkan garam melalui proses penyejatan air laut di bawah matahari.
 Untuk mengeringkan pakaian yang basah.

Tenaga Cahaya Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)

DLC 2222

Kod WIM IKBN/DLC2222/KP(4/6) Muka surat : 24 drpd 28

Tenaga cahaya adalah tenaga yang dihasilkan oleh objek yang memancarkan cahaya.
Tenaga cahaya boleh dikesan oleh mata. Tanpa cahaya, mata tidak dapat melihat objek
sekeliling. Tenaga cahaya boleh bergerak didalam vakum dan didalam satu garis lurus dalam
bentuk gelombang Objek bercahaya merupakan suatu objek yang mengeluarkan tenaga
bahayanya tersendiri. Contohnya, bintang dan matahari. Objek tidak bercahaya merupakan
suatu objek yang tidak dapat menghasilkan tenaga cahaya sendiri tetapi ia hanya boleh
memantulkan cahaya. Contohnya, cermin dan logam.

Sumber-sumber tenaga cahaya:

 Matahari.
 Api.
 Kilat.
 Lampu / mentol.

Kegunaan tenaga cahaya:

 Membolehkan mata melihat dalam keadaan gelap.
 Membolehkan tumbuh-tumbuhan hijau untuk menjalankan proses fotosintesis.
 Membekalkan tenaga kepada sel-sel solar.
 Menayangkan filem.

Tenaga Bunyi

Tenaga bunyi tenaga yang dihasilkan oleh objek yang bergetar. Sesuatu objek yang
bergetar menghasilkan pergerakan yang berulang. Apabila sesuatu objek bergetar, udara
disekelilingnya juga turut bergetar. Udara yang bergetar membentuk gelombang bunyi.
Gelombang bunyi akan didengar oleh telinga manusia sebagai bunyi. Tenaga bunyi boleh
dipindahkan melalui medium seperti udara, air, dan pepejal. Ia tidak boleh
dipindahkan/bergerak di dalam vakum.

Contoh-contoh objek yang boleh menghasilkan tenaga bunyi:

DLC 2222 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)

Kod WIM IKBN/DLC2222/KP(4/6) Muka surat : 25 drpd 28

 Wisel yang ditiup.
 Dram/gendang yang dipukul.
 Gitar yang dipetik talinya.
 Tali biola (violin string) yang digesek.
 Loceng yang dibunyikan.
 Siren kereta polis.

Tenaga Kimia

Tenaga kimia adalah tenaga yang tersimpan didalam bahan-bahan kimia. Apabila sesuatu
bahan mengalami tindak balas kimia, tenaga kimia yang tersimpan akan dibebaskan dan
ditukarkan kepada bentuk tenaga. Tenaga kimia didapati pada bahan api seperti petroleum,
gas metana, lilin, arang batu dan kayu; makanan seperti beras, daging, buah-buahan dan
jagung;sel-sel elektrokimia seperti bateri sel kering dan akumulator. Semasa pembakaran,
tenaga kimia yang tersimpan di dalam bahan api akan dibebaskan dalam bentuk haba dan
cahaya. Dalam pengoksidaan makanan, tenaga kimia yang tersimpan di dalam makanan
akan ditukarkan kepada tenaga haba untuk memanaskan badan. Apabila sesuatu sel kimia
digunakan, tenaga kimia akan ditukarkan kepada tenaga cahaya, tenaga elektrik, tenaga
haba, dan lain-lain.

Kegunaan tenaga kimia:

 Bahan api seperti kayu api dan gas asli dibakar untuk memasak makanan dan
mendidihkan air.

 Bahan api seperti petroleum dibakar untuk menjalankan/mengendalikan motor/enjin.
 Makanan yang dioksidakan semasa respirasi sel akan menghasilkan tenaga haba

untuk memanaskan badan serta mengawal suhu badan.
 Bateri digunakan untuk menyalakan mentol lampu.

DLC 2222 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)

Kod WIM IKBN/DLC2222/KP(4/6) Muka surat : 26 drpd 28

Tenaga Elektrik

Tenaga elektrik ialah tenaga yang dihasilkan oleh aliran cas elektrik. Tenaga elektrik
dibekalkan dalam bentuk kuasa elektrik, yang kemudiannya ditukar kepada bentuk tenaga
yang lain untuk melaksanakan kerja.

Contoh-contoh tenaga elektrik:
 Dinamo.
 Bateri/sel kering.
 Sel solar.
 Penjana-kuasa elektrik.

Kegunaan tenaga elektrik dalam kehidupan seharian:

 Untuk menyalakan lampu.
 Untuk membolehkan kita menggunakan perkakas elektrik seperti periuk nasi, cerek

elektrik, dan pengekstrak jus.
 Untuk memisah/mengasingkan air kepada hidrogen dan oksigen dalam proses

elektrolisis air.
 Untuk mengendalikan motor dan enjin elektrik.

DLC 2222 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)

Kod WIM IKBN/DLC2222/KP(4/6) Muka surat : 27 drpd 28

Tenaga Nuklear

Tenaga nuklear adalah tenaga yang tersimpan dalam nukleus atom. Tenaga nuklear juga
dikenali sebagai tenaga atom . Contoh-contoh tindak-balas yang menghasilkan tenaga
nuklear:

 Pembelahan nuklear
Satu proses di mana atom yang besar dipecahkan kepada dua atau lebih atom yang
lebih kecil dan ringan, yang mana tenaga juga dibebaskan.

 Pelakuran nuklear
Satu proses di mana unsur-unsur yang lebih kecil dan ringan bergabung dengan
satu sama lain untuk membentuk elemen baru dan lebih besar. Tenaga juga
dibebaskan semasa proses tersebut.

Kegunaan tenaga nuklear dalam kehidupan seharian:

 Untuk menjana tenaga bagi mengendalikan mesin dan kapal selam.
 Untuk menjana tenaga elektrik, seperti di stesen-stesen kuasa nuklear.
 Untuk menghasilkan senjata seperti bom atom.

DLC 2222 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)

Kod WIM IKBN/DLC2222/KP(4/6) Muka surat : 28 drpd 28

Tenaga Mekanikal

Tenaga mekanikal dihasilkan apabila sesuatu mesin atau objek berubah kedudukannya.
Tenaga mekanikal juga dikenali sebagai tenaga gerakan. Tenaga
mekanikal terdiri daripada tenaga kinetic dan tenaga keupayaan.

Contoh-contoh tenaga mekanikal:

 Sebiji bola yang dilontar ke udara/atas.
 Ayunan bandul ringkas
 Pergerakan gergaji yang sedang digunakan.
 Menunggang basikal.

Kegunaan tenaga mekanikal:

 Menunggang basikal.
 Permainan yo yo.
 Permainan buaian.

Tenaga Solar

Tenaga solar adalah tenaga yang dihasilkan semasa proses pelakuran nuklear di dalam
teras matahari. Hampir kesemua tenaga yang wujud adalah berasal daripada matahari.

Kegunaan tenaga solar:

 Untuk membolehkan sel-sel solar menjana tenaga elektrik.
 Untuk membolehkan tumbuh-tumbuhan hijau menjalankan proses fotosintesis .
 Untuk membolehkan air menyejat dan kemudiannya membentuk awan.
 Untuk mengeringkan pakaian.

DLC 2222 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)


Click to View FlipBook Version