The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KEDUDUKAN ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syafiqahrodzi12, 2022-04-18 10:30:41

KEDUDUKAN ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

KEDUDUKAN ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

KEDUDUKAN ISLAM
DALAM

PERLEMBAGAAN
MALAYSIA

PENGENALAN Latar belakang sejarah kedudukan islam dalam
perlembagaan
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai
penduduk berbilang kaum, agama dan budaya. Agama
Islam mendapat tempat yang istimewa dalam
perlembagaan negara kita ini. Hukum Islam merupakan
undang-undang asal negara ini. Orang Melayu yang
merupakan penduduk asal negara ini telah
menggunakan undang-undang Islam yang sesuai
dengan adat-istiadat tempatan semenjak dahulu lagi:
Kedatangan penjajah telah membawa kepada
pengenalan pentadbiran yang bercorak keduniaan.
Stamford Raffles merupakan pelopor sistem
pentadbiran Barat di negara ini telah memisahkan
pentadbiran negara dengan agama Islam. Pemisahan itu
jelas kelihatan dalam Perjanjian Pangkor yang telah
termaktub dalam tahun 1874. Mengikut perjanjian itu,
semua urusan pentadbiran diserahkan kepada Penasihat
Inggeris, kecuali soal-soal yang berkaitan dengan
agama Islam dan adat-istiadat orang-orang Melayu.
Walaupun raja-raja Melayu telah diberikan kebebasan
dalam soal-soal agama di negeri masing-masing,
mereka sebenarnya hanya berkuasa menasihatkan
pentadbir Inggeris. Dari segi praktik, Inggeris telah
turut campur tangan dalam kedua-dua perkara tersebut

Islam agama persekutuan
Perkara paling utama dalam menunjukkan identiti
negara Islam Malaysia adalah Perkara 3(1)
Perlembagaan Persekutuan yang menyebut “Islam
adalah agama bagi Persekutuan;” atau dalam teks
asalnya “Islam is the religion of the federation”.

Orang Islam tidak boleh didakyah
Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan telah
meletakkan peruntukan khas bagi umat Islam iaitu
larangan menyebarkan agama bukan Islam kepada
umat Islam.
Fasal ini memberikan hak kepada negeri-negeri dan
Persekutuan untuk menggubal undang-undang bagi
mengawal dan melindungi akidah orang-orang yang
menganut dan mengamalkan agama Islam.
Dengan itu, ia dianggap sebagai mengawal dan
menyekat hak-hak yang telah diberikan kepada tiap-
tiap seorang dalam negara ini untuk mengembangkan
agamanya (jika bukan Islam) kepada orang lain dalam
negara ini (yang beragama Islam). Ini memberi
kedudukan yang istimewa kepada agama Islam
sebagai agama negara.

Sumpah ketua utama negara
Bersandar kepada ketinggian kedudukan Islam sebagai agama
negara ini, Perkara 37(1) Perlembagaan Persekutuan
mewajibkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
untuk membuat satu komitmen atas nama suci Allah dengan
melafazkan sumpah – wallahi; wabillahi; watallahi untuk
memelihara agama Islam pada semua masa. Lafaz sumpah ini
dilakarkan secara khusus dalam Jadual Keempat Perlembagaan
Persekutuan.

Penubuhan institusi-institusi Islam
Kerajaan telah menubuhkan pelbagai institusi berkaitan Islam
dalam usaha mengembangkan pengamalan Islam dalam aspek
pendidikan, ekonomi, sosial, pentadbiran dan sebagainya.
Pada 1 Januari 1997 selaras dengan pembangunan dan
kemajuan Islam yang bertambah mantap di negara ini, Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ditubuhkan oleh kerajaan
sebagai mengambil alih peranan Baheis.
Objektif Jakim adalah untuk memastikan ajaran Islam tersebar
luas kepada masyarakat, membentuk kepimpinan yang
berwibawa dan melahirkan tenaga pengurusan yang terlatih,
berketrampilan, dedikasi dan berhikmah serta menghasilkan
sistem pengurusan yang berteraskan nilai dan etika Islam.
Selain Jakim terdapat banyak lagi institusi Islam yang telah
ditubuhkan kerajaan seperti Pertubuhan Kebajikan Islam
Malaysia (Perkim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
(Yadim), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM),
Lembaga Tabung Haji, Institut Kefahaman Islam Malaysia
(Ikim), Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar), Yayasan
Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM), Yayasan
Waqaf Malaysia, Al-Hijrah Media Corporation dan Institut
Kajian Strategik Islam Malaysia (Iksim).

PENGARUH ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN NEGERI

Undang-undang Pertubuhan Negeri ada menyatakan bahawa undang-
undang negeri hendaklah agama islam. Agama lain boleh diamalkan
dengan aman dan sempurna di mana jua bahagian negeri. Ia merupakan
satu prinsip yang mana memberikan kebebasan kepada individu atau
komuniti untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing.
Kebebasan beragama ini dikira sebagai salah satu hak asasi yang
fundamental kepada manusia sejagat.

Undang - undang Pertubuhan Negeri juga ada menyebut bahawa Ketua
Negeri adalah Yang di - Pertua Negeri. Baginda mewujudkan Majlis
Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu. Majlis tersebut sentiasa menasihati
baginda Sultan dalam perkara yang berhubung dengan agama Islam dan
adat istiadat dan adat resam orang orang Melayu.

Dalam Undang - undang Pertubuhan Kerajaan Negeri juga menegaskan
bahawa baginda hendaklah sentiasa mendampingi rakyat dan
melaksanakan pemerintahan negeri dengan adil dan saksama. Rakyat tidak
boleh hilang kemerdekaan dan kebebasan, ditahan dipenjarakan melainkan
mengikut undang – undang. Hak yang samarata juga datang dengan
tanggungjawab yang sama rata. Jika sekalipun terdapat perbezaan di dalam
mendapatkan hak, ianya adalah berdasarkan keperluan individu kerana
faktor fizikal, keupayaan, sosio-ekonomi dan juga suasana geografi.
Namun, kelebihan yang diberikan mestilah tidak mengambil hak warga
yang lain.

Berdasarkan Undang - undang Pertubuhan Negeri ada memperuntukkan
bahawa sultan yang dipilih hendaklah cukup umur , sempurna akal bangsa
Melayu , beragama Islam mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah boleh
membaca dan menulis bahasa Melayu , waras, berbudi pekerti dan
bertingkah laku baik dan terpuji. Jika tidak memenuhi syarat tersebut,
maka seseorang itu tidak layak untuk menjadi sultan kerana semua syarat-
syarat tersebut sangat penting dalam sesebuah organisasi.

ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH SELANGOR
TELAH MEMBENTUK BEBERAPA KATEGORI JENAYAH
YANG TERTENTU IAITU:

Kesalahan berkaitan akidah seperti menyebarkan doktrin palsu. Mana-mana
orang yang mengajar atau menjelaskan apa-apa doktrin atau melaksanakan
apa-apa upacara atau perbuatan yang berhubungan dengan agama Islam di
mana-mana tempat, sama ada tempat persendirian atau tempat awam, adalah
melakukan suatu kesalahan jika doktrin atau upacara atau perbuatan itu
bertentangan dengan Hukum Syara' atau mana-mana fatwa yang sedang
berkuatkuasa di Negeri ini dan apabila disabitkan boleh didenda tidak
melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan
mana-mana kombinasi hukuman itu.

Berhubung dengan kesusilaan seperti sumbang
mahram, pelacuran, hubungan jenis, khalwat,
lelaki berlagak seperti pondan dan perlakuan tidak
sopan di khalayak awam. Perkara sebegini perlu
dititikberatkan kerana akan mencemarkan kesucian
islam itu sendiri dan perkara tersebut dilihat jijik
serta masyarakat luar akan pandang enteng jika
dibiarkan tanpa ada apa-apa tindakan dari pihak
berwajib.

Kesalahan pelbagai seperti membawa lari wanita
yang sudah bersuami, menghalang pasangan yang
telah bernikah daripada menjalani kehidupan
sebagai suami isteri, menghasut suami isteri
supaya bercerai atau meninggalkan kewajipan,
menjual atau memberi anak kepada bukan Islam,
qazaf (menuduh zina), mengutip zakat tanpa
kebenaran dan menyalahgunakan tanda halal.

BIDANGKUASA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

Antara bidangkuasa Majlis Agama Isalm Negeri ialah memberi bimbingan
dan pendidikan Islam kepada saudara kita (Muallaf) dan orang Islam yang
memerlukan pemulihan dan pemantapan aqidah secara terancang, bersepadu
dan inovatif iaitu dengan membuat program bersama mereka iaitu dengan
mengutamakan pandangan serta pndapat peibadi mereka sendiri. Di samping
itu, memberi sumbangan kepada mereka serta menitikberatkan perihal mereka
sama ada masih mempunyai tempat tinggai dan sebagainya.

Selain itu, memperkasa akidah ummah Islam secara istiqamah dan
kompeten melalui program-program dakwah dan hikmat nasihat mengikut
ajaran Islam. Dakwah sinonim dengan seruan atau ajakan kepada orang ramai
untuk mengetahui dan memahami agama Islam, dan seterusnya diharapkan
jawapan atau sahutan menerima dakwah tersebut iaitu dengan menerima
ajaran Islam. Seperti program ceramah-ceramah agama, majlis berbuka puasa,
membuat program kuiz berkaitan akidah dan sebagainya.

Seterusnya, mengawal kutipan zakat harta dan
zakat fitrah serta mengagihkannya kepada
golongan yang berhak dan membangunkan asnaf
bagi meninggikan syiar Islam dan sosio-ekonomi
umat Islam. Hal ini kerana, islam sangat
mementingkan zakat kerana zakat boleh
menguatkan hubungan persaudaraan dan kasih
sayang antara pengeluar zakat dengan orang lain.
Apabila kesedaran ini wujud dalam masyarakat,
setiap orang Islam mampu menunaikan kewajipan
mengeluarkan zakat kepada pihak yang berhak
menerimanya. Ianya dapat dilihat betapa eratnya
jalinan kasih sayang sesama individu di kalangan
orang Islam dan masyarakat keseluruhannya.

ISLAM PERUNTUKAN

PERUNTUKKAN

DALAM PERLEMBAGAAN

MALAYSIA

1- Perkara 3
Agama Islam tidak menjadi agama
rasmi sesuatu negeri itu, walaupun
agama islam merupakan agama
persekutuan, seperti di dalam Perkara 3
Islam merupakan agama bagi
Persekutuan, tetapi agama-agama lain
boleh diamalkan dengan aman dan
damai di mana-mana Bahagian
Persekutuan.

Kes Meor Atiqurahman bin Ishak
lawan Fatimah bt Shihi, Hakim
Mahkamah Tinggi menyatakan dengan
jelas bahawa Islam dalam
perlembagaan bermaksud satu cara
hidup yang lengkap dan bukanlah
hanya perkara atau soal upacara
keagamaan. Hakim juga menegaskan
bahawa kedudukan Islam adalah tinggi
dan mengatasi agama-agama lain.
Hakim Mohd Noor Abdullah
berpendapat bahawa Perkara 3 dalam
perlembagaan patut diberi terjemahan
yang betul dan kerajaan adalah
bertanggungjawab untuk memelihara
dan menegakkan agama Islam.

ISLAM 2- Perkara 121 (1A)
Mahkamah Syariah di Malaysia telah
diberikan bidang kuasa eksklusif dan
mutlak sejak tahun 1988 melalui Akta
Perlembagaan (Pindaan) 1988 [Akta
A704]. Antara pindaan itu melibatkan
pindaan kepada Perkara 121. Pindaan
Perlembagaan Persekutuan Perkara 121
itu adalah dengan memasukkan Fasal
(1A) kepada Perkara 121 tersebut. Fasal
(1A) tersebut adalah seperti berikut:

-(1A) Mahkamah yang disebut dalam
Fasal (1) tidaklah mempunyai bidang
kuasa berkenaan dengan apa-apa
perkara dalam bidang kuasa Mahkamah
Syariah.

Mahkamah yang dirujuk sebagai dalam
Fasal (1) adalah Mahkamah Tinggi
(Sivil). Oleh itu, Mahkamah Sivil tidak
boleh membicarakan sesuatu kes yang
terletak di bawah bidang kuasa
Mahkamah Syariah. Tanpa pindaan
sedemikan, membolehkan Mahkamah
Sivil mempunyai bidang kuasa yang
sama sebagaimana bidang kuasa yang
dimiliki oleh Mahkamah Syariah.

3- Perkara 4 4- Kebebasan Beragama adalah

Perkara 4 yang menyebut bahawa tertakluk kepada Perkara 11(4)

perlembagaan Malaysia dan Perkara 3

merupakan undang- undang Perkara 11 Fasal 1 jelas menyatakan

tertinggi di Malaysia tidak bahawa setiap orang mempunyai hak

menyebabkan sebarang untuk menganut dan mengamalkan

kekurangan kepada agama Islam agamanya dan adalah tertakluk

sebagai agama Persekutuan. kepada Fasal 4 untuk menyebarkan

Kedudukan perlembagaan sebagai agamanya.

undang-undang tertinggi negara Fasal 4 pula menyatakan dalam

hanyalah merujuk kepada punca perkara 11 ini undang-undang negeri

kuasa bagi penggubalan sesuatu dan bagi Wilayah-wilayah

undang-undang supaya wujud satu Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan

sistem pentadbiran undang- dan Putrajaya adalah undang-undang

undang yang berdasarkan Persekutuan boleh mengawal dan

perlembagaan dan bukanlah menyekat penyebaran apa sahaja

bermaksud mengatasi kedudukan doktrin agama atau kepercayaan ke

al-Quran dan al-Sunah sebagai atas mereka yang menganut agama

sumber utama agama Islam. Islam.

Berdasarkan perkara dan Fasal di

atas, adalah jelas bahawa

Perlembagaan Persekutuan

menjamin kesucian Islam dengan

melindungi para penganutnya

daripada pengaruh penyebaran

doktrin dan kepercayaan agama yang

lain selain agama Islam. Sehubungan

itu, adalah jelas bahawa kebebasan

seorang yang beragama Islam di

Malaysia adalah tertakluk kepada

Perkara 11 Fasal 4 dan Perkara 3

Perlembagaan Persekutuan.

5- Yang Di-Pertuan Agong Sebagai Ketua Agama
Islam
Raja di setiap negeri selain negeri yang berkecuali
adalah sebagai Ketua agama Islam di negerinya.
Sepertimana di dalam Perkara 3 (2) di dalam tiap-tiap
negeri selain negeri-negeri yang tidak mempunyai
Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di
negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan
ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan tertakluk
kepada Perlembagan itu, segala hak, keistimewaan,
prerogative dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai
Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat
tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara
yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah
bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu
patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain
hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam
membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.

Agama Islam sebagai agama negeri kecuali bagi negeri
Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak. Negeri-
negeri yang tidak menjadikan agama Islam sebagai
agama negeri ia akan menjadikan Yang di-Pertuan
Agong sebagai ketua agama di negeri tersebut. Hal ini
bertetapan dengan Perkara 3 (3) di mana
perlembagaan-perlembagaan negeri Melaka, Pulau
Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing
membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan
Agong kedudukan sebagai Ketua agama Islam di
negeri itu.

KESIMPULAN

Islam adalah agama yang dianuti oleh pelbagai kaum, bangsa dan
keturunan. Islam juga menitikberatkan sifat toleransi, kerjasama dan kasih
sayang sesama manusia juga kepada makhluk lain. Perkara 3(1) dalam
perlembagaan menyatakan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan,
tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di
mana-mana bahagian Persekutuan. Hal ini bertujuan bagi menjamin
kedudukan orang bukan Islam serta menjamin perpaduan rakyat berbilang
kaum dan agama di Malaysia. Hal ini juga menunjukkan adanya konsep
toleransi beragama antara kaum di Malaysia. Masyarakat bukan Islam
perlu menghormati kedudukan Islam di Malaysia kerana undang-undang
di Malaysia memberikan kebebasan kepada orang bukan Islam untuk
mengamalkan agama mereka dalam keadaan aman dan damai. Sikap
toleransi beragama sangat penting dalam kehidupan masyarakat berbilang
kaum dan agama di Malaysia.

RUJUKAN

Adil, M. A. (2000). Bidangkuasa dan Kedudukan Mahkamah Syariah di
Malaysia Pasca Alaf 20: Ke Arah Mana? Jurnal Syariah, 103-122.
Ahmad, N. M. (2020). Pengantar Pentadbiran Undang-Undang Islam Di
Malaysia. Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia.
Aminuddin Yahaya. (2019, February 2). Malaysia negara Islam.
Malaysiakini; Malaysiakini. https://m.malaysiakini.com/columns/462587
KUASA DAN FUNGSI. (2016). Portal Diraja Pahang.
http://www.dirajapahang.my/portaldiraja/?page_id=267
Mohd Zuhdi Ahmad Khasasi, A. D. (2019). Kedudukan dan Implikasi
Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan Ke Arah Memartabatkan
Kedaulatan Islam. Journal of Contemporary Islamic Law, 34-45.


Click to View FlipBook Version