14. VIDEO TUTORIAL PEMBINAAN BAHAN KUIZ AR & VR DENGAN MENGGUNAKAN APLIKASI MAKAR - 2022 Untuk mengaplikasikan elemen PAK 21 dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, saya telah membangunkan video tutorial penggunaan aplikasi MAKAR tentang cara membina kuiz AR dau VR. Aplikasi online ini adalah percuma dan dengan harapan guru dapat idea yang baru untuk mengajar subjek masing-masing secara kreatif. Pada masa yang sama ia dapat menarik minat murid untuk belajar. Sebaran bahan : https://youtube.com/playlist?list=PLUq4HNE86giu2aAoEuYt6PGCUgiWl_sbh&feature=shares
15. VIDEO DEMOSTRASI PENGAJARAN KREATIF MENGGUNAKAN MYVIEWBOARD - 2022 Terdapat 7 video demonstrasi pengajaran kreatif menggunakan aplikasi Myviewboard telah dibangunkan oleh saya dalam format MP4 dan dimuat naik dalam channel youtube Cikgu Ruth. Video ini memberi pendedahan kepada para guru cara pengajaran kreatif menggunakan Myviewboard Sebaran bahan : https://youtube.com/playlist?list=PLUq4HNE86git9iIrKKnJDn6Cw81- gWMmb&feature=shares
16. VIDEO PENGAJARAN SCRATCH – 2020 - 2021 Pada tahun 2020, saya telah merakam video pengajaran untuk subjek TMK. Ini adalah kerana ramai murid kurang mengguasai kemahiran pengaturcaraan semasa menggunakan aplikasi Scratch. Video ini dapat dikongsikan dengan murid secara mudah dan dijadikan bahan untuk ulangkaji apabila mereka ingin menghasilkan projek menggunakan aplikasi Scratch. Sebaran bahan : https://youtube.com/playlist?list=PLUq4HNE86gis6pAHiPOGWFKujtVTQbRxu&feature=shares
17. VIDEO TUTORIAL PENGGUNAAN KUMOSPACE DALAM PDPR - 2021 Kumospace merupakan satu lagi platform pembelajaran secara online yang dibangunkan oleh saya dalam channel youtube saya. Ia dapat dijadikan tambahan platform pengajaran dan pembelajaran kerana ia menarik dan seronok dengan ruang 3D yang mempunyai bilik-bilik tertentu. Guru dan murid dapat bergerak di dalam ruang tersebut dan melakukan pembelajaran yang interaktif bersama kawan dan guru. Sebaran bahan : https://youtube.com/playlist?list=PLUq4HNE86givvTaJ00kNqx2KdGLJdWCtD&feature=shares
18. VIDEO TUTORIAL PENGGUNAAN APLIKASI CLASSDOJO DALAM PDPC & PDPR - 2021 ClassDojo merupakan satu aplikasi untuk meningkatkan keseronokan kelas anda dengan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif di dalam kelas online anda. Guru boleh menggunakan kemudahan sistem ganjaran mata yang disediakan oleh ClassDojo untuk memberi mata kepada murid apabila murid menunjukkan sebarang kemahiran atau nilai - sama ada bekerja keras, baik, menolong orang lain atau yang lain. Secara langsung, ini akan meningkat penglibatan dan keseronokan murid dalam pembelajaran. Sebaran bahan : https://youtube.com/playlist?list=PLUq4HNE86gislk4sqrQFnSoVcF61RgvwB&feature=shares
19. YOUTUBE LIVE STREAMING TUTORIAL CHROME - 2021 Youtube live streaming “Unbox Chrome Extension” telah dirancang dan dilaksanakan semasa PKP. Program ini dibawah Akademi Youtuber Malaysia dengan tujuan untuk memberi pendedahan kepada para guru di Malaysia dan juga di luar negara untuk mengetahui kegunaan dan penguasan tentang Add On Google Chrome dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebanyak 10 siri Unbox Chrome Extension telah dilaksanakan. Sebaran bahan : https://youtube.com/playlist?list=PLUq4HNE86givZLLbPzw1iFwgKp7AJOITt&feature=shares
20 VIDEO TUTORIAL PENGGUNAAN APLIKASI RAKAMAN DAN SUNTINGAN UNTUK MENGHASILKAN VIDEO PENGAJARAN - 2020 Untuk memberi pendedahan kepada para guru cara mudah untuk menghasilkan video pengajaran, saya telah mengambil inisiatif untuk membangun video tutorial penggunaan aplikasi untuk membina video-video pengajaran dan pembelajaran. Terdapat 6 video tutorial telah dimuatnaik dalam channel Cikgu Ruth. Sebaran bahan : https://youtube.com/playlist?list=PLUq4HNE86gitHMWZ1sy7k92Illio_FeJ0&feature=shares
21.YOUTUBE LIVE STREAMING PENGAJARAN MATEMATIK TAHUN 4 – 2020- 2021 Semasa PKP, saya telah mengambil inisiatif untuk menyertai program Pusat Tuition Percuma AYU yang dikendali oleh Akademi Youtuber Malaysia untuk memberi pengajaran matematik kepada semua murid di Malaysia secara dalam talian. Selain itu, saya telah menubuhkan kelas online matematik bersama panitia mateamtik di sekolah untuk mengadakan kelas online matematik setiap minggu secara live streaming melalui channel youtube. Kelas ini diajar bersama beberapa rakan guru matematik dan dihadiri oleh semua murid tahun 4 di sekolah. Link video : https://youtu.be/9MWzi5ddpm8
1. PERTANDINGAN #CIKGU JUARA DIGITAL PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022 ANJURAN MDEC - 2022 SUMBANGAN KEBANGSAAN
2. PENYERTAAN COMPUTATIONAL THINKING EDUCATOR CHAMPIONSHIP (CTEC) 2022
3. PUSAT TUTION AYU AKADEMIK YOUTUBER MALAYSIA - 2022 https://youtu.be/Gh8_1VzNByk https://youtu.be/Gh8_1VzNByk https://youtu.be/9MWzi5ddpm8 https://youtu.be/as3PJkcPM6c Saya terlibat dalam Program Pusat Kelas Tuisyen AYU yang dianjur oleh Akademik Youtuber Malaysiadengan kerjasama Edidik Malaysia untuk semua murid di Malaysia
4. TEMUBUAL OLEH MAJALAH BUSINESS TODAY TENTANG PELAKSANAAN PENGAJARAN KREATIF - 2022 Pada 27hb September 2022, pelaksanaan pengajaran kreatif saya telah diterbit oleh Majalah Business Today. Saya telah ditemubual oleh wartawan majalah tersebut tentang kaedah penggunaan alat teknologi dari ViewSonic (Aplikasi Myviewboard) untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran kreatif. Link Artikel di FB : https://www.facebook.com/photo/?fbid=5417976341573471&set=a.215665665137924 Link Artikel di Majalah Business Today : https://www.businesstoday.com.my/2022/09/27/transformingeducation-into-an-interactive-and-fun-experience-for-students/?fbclid=IwAR3AiiPDBfyEgAx9WAd7o4V1ODpZhI1RTHx5TClnpqW1BgvxX2IGcluHdA
5. PERTANDINGAN UNIVERSAL ROBOTICS CHALLENGE MALAYSIA 2022 KATEGORI IDEA CHALLENGE (GURU PEMBIMBING) - 2022 Pada tahun 2022, SKSB telah menghantar 2 pasukan (6 orang murid tahap 2) untuk bertanding dalam Pertandingan Universal Robotics Challenge Malaysia 2022 Kategori Idea Challenge. Tema pertandingan adalah “Keselamatan di Jalan Raya”. Robot yang berjaya dihasilkan adalah “ Traffic Robot Cop” dan “ Cleaner Accident Bot”. Pasukan sekolah berjaya mendapat kedudukan 3 & 4 daripada 15 pasukan di Malaysia.
6. PERTANDINGAN UNIVERSAL ROBOTICS CHALLENGE MALAYSIA 2022 KATEGORI JUNIOR ROBOTICS GAME CHALLENGE (GURU PEMBIMBING) - 2022 Pada tahun 2022, SKSB telah menghantar 3 orang murid untuk bertanding dalam Pertandingan Universal Robotics Challenge Malaysia 2022 Kategori Junoir Robotics Games. Team pasukan sekolah berjaya mendapat ranking kedudukan 3, 4 dan 5 di Malaysia dalam Autonomous Mobility (SDG11 – Traffic Control)
7. SEGMEN KHAS @AYU : UNBOX CHROME EXTENSION AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA - 2021 Pada tahun 2021, saya telah terlibat dalam segmen khas yang dianjurkan oleh Akademik Youtube Malaysia untuk memberi pendedahan tentang penggunaan add on extension Google Chrome dalam pendidikan. Segmen khas ini dituju kepada semua guru di Malaysia.
8. PERTANDINGAN FROGASIA TEACHER AWARD PERINGKAT KEBANGSAAN - 2021
9. PERTANDINGAN UNIVERSAL ROBOTICS CHALLENGE MALAYSIA (GURU PEMBIMBING) - 2021
10.PERTANDINGAN MINECRAF CHALLENGE 2020 #FIGHTCOVID-19 KATEGORI SEKOLAH RENDAH (GURU PEMBIMBING) - 2020
11.PERTANDINGAN NATIONAL ROBOTICS LEAGUE (GURU PEMBIMBING) - 2020 Pada tahun 2020, 3 orang murid telah menyertai Pertandingan National Robotics League 2020 yang dianjur oleh Zenius Tech Sdn. Bhd. Beriku adalah pautan hasil kerja murid. Ziad Rushidi : https://www.facebook.com/101994934526849/videos/210918143697173/?__so__=channel_tab& __rv__=playlists_card Nur Damia Syuhada : https://www.facebook.com/watch/?v=855462158316521 Haiyzul Arsyad : https://www.facebook.com/watch/?v=710581949797075
12.PERTANDINGAN VIRTUAL NATIONAL ROBOTICS COMPETITION 2020 (GURU PEMBIMBING) - 2021 Pada tahun 2020, 4 orang murid telah menyertai Pertandingan Virtual National Robotics Challenge 2020 yang dianjur oleh Sasbadi Malaysia. Antaranya murid yang terlibat adalah Ziad Rushaidi b Ruzman, Nur Damia Syuhada bt Syukry, Nik Khalif Aydin b Nik Hassanuddin dan Muhammad Iman Yusuf b Farizan.
1. PERTANDINGAN ANUGERAH PENCIPTA KANDUNGAN DIGITAL PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2022 SUMBANGAN NEGERI
2. PERTANDINGAN ANUGERAH PENCIPTA KANDUNGAN DIGITAL PERINGKAT DAERAH MANJUNG TAHUN 2022
3.PAMERAN ROBOTIK SEMPERNA PROGRAM SEKOLAH AMANAH NEGERI PERAK 2022 Pada 16hb Jun 2022, 3 orang murid tahun 6 dari kelab Robotik SKSB iaitu Izz Jad, Nik Khalif dan Iman terlibat Pameran Robotik yang telah diadakan di SMK Seri Samudera Semperna Lawatan Program Sekolah Amanah yang dihadiri oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim. Antara robot yang dipamer adalah seperti Traffic RobotCop, Battle Bot, Colisui Line Tracer, Target Launcher dan Collision Avoidance Systems.
4. PAMERAN ROBOTIK SEMPERNA PROGRAM HARI TERBUKA PPD DAERAH MANJUNG TAHUN 2022 Pada 26hb Ogos 2022, 6 orang murid tahun 6 dari kelab Robotik SKSB iaitu Izz Jad, Nik Khalif, Iman Isyraf, Ameer Hakim serta Hafiy Syakir terlibat Pameran Robotik yang telah diadakan di PPD Daerah Manjung Semperna Hari Terbuka PPD Daerah Manjung 2022. Antara robot yang dipamer adalah seperti Traffic RobotCop, Battle Bot, Colisui Line Tracer, Target Launcher dan Collision Avoidance Systems.
5. LAWATAN PENANDA ARAS DARI MGB BATANG PADANG UNTUK PEMBELAJARAN DIGITAL – TAHUN 2022 Pada 22hb November 2022 sekumpulan guru besar dan pegawai PPD yang terdiri daripada 70 orang telah datang ke SK Seri Bayu untuk melihat pembelajaran digital di SK Seri Bayu. Saya telah memberi pendedahan dan penerangan penggunaan Viewboard dan aplikasi Myviewboard kepada para guru besar.
5. PERTANDINGAN ANUGERAH HARI GURU PERINGKAT NEGERI PERAK “ANUGERAH PDP KREATIF & INOVATIF” TAHUN 2022
1. JURULATIH WEBINAR & BENGKEL MYVIEWBOARD VIEWSONIC INTERNATIONAL MAYSIA – 2020 SEHINGGA KINI Pada tahun 2020, saya telah dilantik sebagai certified trainer oleh Syarikat ViewSonic Malaysia untuk menjadi pakar rujukan serta bertanggungjawab untuk memberi kursus atau bengkel tentang penggunaan Myviewboard kepada para guru di Malaysia. SUMBANGAN KOMUNITI
2. JURULATIH WEBINAR & BENGKEL CLASSPOINT INKNOE PTE. LTD. SINGAPORE – 2020 SEHINGGA KINI Pada tahun 2020, saya telah dilantik sebagai certified trainer oleh Syarikat Inknoe Singapora untuk menjadi pakar rujukan serta bertanggungjawab untuk memberi kursus atau bengkel tentang penggunaan ClassPoint kepada para guru di Malaysia
3. PERKONGSIAN DI SEGMEN KHAS AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA (PENCERAMAH JEMPUTAN) - 2021 Pada tahun 2021, saya telah dijemput sebagai penceramah jemputan dalam segmen khas yang dianjurkan oleh Akademik Youtube Malaysia untuk memberi pendedahan tentang penggunaan aplikasi pengajaran seperti Myviewboard. Segmen khas ini dituju kepada semua guru di Malaysia dan disiar secara live melalui channel AYU dan channel Cikgu Ruth.
4. PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK PENGAJARAN DI DALAM KOMUNITI MEDIA SOSIAL FACEBOOK & TELEGRAM – 2020 SEHINGGA KINI Pada tahun 2020, saya menyertai komunit guru Malaysia, teachers collection, Pembelajaran PAK 21 dan sebagainya melalui media sosial seperti Facebook dan Telegram. Saya selalu berkongsi amalan terbaik pengajaran saya dan juga memperkenalkan kaedah pengajaran yang baru dan kreatif kepada para guru di dalam komuniti tersebut. Tujuannya adalah untuk memberi idea baru kepada para guru tentang pelaksanaan PdPc yang kreatif dan menarik.
1. BENGKEL ROBOTIK 3.0 PERINGKAT DAERAH MANJUNG – TAHUN 2022 Pada tahun 2022, SKSB telah menganjur bengkel robotic sekali lagi pada bulan Jun. Seramai 186 orang murid dari tahun 1 hingga tahun 6 terlibat dalam bengkel robotik yang telah dikendali oleh Syarikat TechUp. SUMBANGAN INSTITUSI / SEKOLAH
2. CPD DIGITAL LEARNING MENGGUNAKAN VIEWSONIC SMARTBOARD PERINGKAT SEKOLAH (PANEL PENCERAMAH) – TAHUN 2022 CPD Digital Learning menggunakan Viewsonic Smartboard telah dijalankan pada 23hb Jun 2022 bertempat di SK Seri Bayu. Guru-guru diberi pendedahan cara menggunakan smartboard untuk PdPc dan membina akaun Myviewboard serta memasang aplikasi ini di komputer mereka untuk pengajaran.
3. PENGHASILAN ROBOT UNTUK PAMERAN ROBOTIK DI PERINGKAT SEKOLAH DAN DAERAH (GURU PENYELARAS) - 2022 Di bawah pimpinan saya, pasukan murid kelab robotik telah berjaya untuk menghasilkan 8 jenis buah robot untuk dipamerkan dalam Pameran Robotik sama ada di Peringkat Sekolah mahupun di Peringkat Daerah. Antara jenis robot yang telah dihasilkan adalah seperti Traffic Robocop, Battle Bot, Forklift Control, Line Tracer, Sensor Controlled Robot, Biped Walking Robot, Target Shooting dan Arm Robot.
4. PLC DIGITAL LEARNING MENGGUNAKAN VIEWSONIC SMARTBOARD PERINGKAT SEKOLAH (PENCERAMAH) – TAHUN 2022
5. CPD PEMBELAJARAN DIGITAL PERINGKAT SEKOLAH (PANEL PENCERAMAH) – TAHUN 2021 Pada 24hb Jun 2021, saya bersama ahli pasukan ICT SK Seri Bayu telah mengendali CPD 3 Pembelajaran Digital untuk semua guru di sekolah. Dalam sesi perkongsian secara atas talian, kami telah memberi pendedahan dalam penggunaan aplikasi Myviewboard, Microsoft Whiteboard dan Google Meet
6. PLC PEMBELAJARAN DIGITAL PERINGKAT SEKOLAH (PENCERAMAH) – TAHUN 2020
7. PROGRAM MENGHASILKAN e-POSTER KEMERDEKAAN (GURU PENYELARAS) PERINGKAT SEKOLAH - 2021 Kelab Robotik telah menganjurkan Program Menghasilkan e- Poster Kemerdekaan secara atas talian untuk menggalakkan murid menggunakan teknologi secara kreatif. Murid-murid kelab robotik telah menggunakan aplikasi seperti Canva untuk menghasilkan poster tersebut dan menghantarkannya di dalam group telegram kelab robotik.
8. PROGRAM MENGHASILKAN e-KAD HARI GURU (GURU PENYELARAS) PERINGKAT SEKOLAH - 2021 Kelab Robotik telah menganjurkan Program Menghasilkan e-kad hari guru secara atas talian untuk memberi pendedahan kepada murid penggunaan aplikasi Canva. Murid-murid telah menggunakan aplikasi Canva untuk menghasilkan e-kad dan menghantarkannya di dalam group telegram kelab robotik.
9. BENGKEL ROBOTIK 2.0 PERINGKAT DAERAH MANJUNG – TAHUN 2020 Pada tahun 2020, SKSB telah menganjur bengkel robotic sekali lagi pada bulan Mac. Seramai 142 orang murid dari 4 buah sekolah di Daerah Manjung (SKSB, SKSE, SKS, SJKTLH) terlibat dalam bengkel robotik yang telah dikendali oleh Syarikat TechUp.
DOKUJMEN SOKONGAN PENGANUGERAHAN & PENGHARGAAN BERKAITAN DENGAN PENCIPTAAN BAHAN KANDUNGAN DIGITAL
1. ANUGERAH PENCIPTA KANDUNGAN DIGITAL PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2022 DARIPADA JPN PERAK
2. ANUGERAH PENCIPTA KANDUNGAN DIGITAL PERINGKAT DAERAH MANJUNG TAHUN 2022 DARIPADA PPD DAERAH MANJUNG
3. ANUGERAH #CIKGU JUARA DIGITAL PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022 PERINGKAT KEBANGSAAN DARIPADA MDEC
4. SIJIL PERHARGAAN PERTANDINGAN COMPUTATIONAL THINKING EDUCATOR CHAMPIONSHIP 2022 PERINGKAT KEBANGSAAN
5. ANUGERAH FROGASIA TEACHER AWARD ”THINK AHEAD & OUT OF THE BOX” PERINGKAT KEBANGSAAN DARIPADA FROGASIA - 2021
6. SIJIL PENGHARGAAN PENCIPTA KANDUNGAN APLIKASI MYVIEWBOARD PERINGKAT KEBANGSAAN DARI VIEWSONIC INTERNATIONAL MALAYSIA SDN. BHD.
7. ANUGERAH YOUTUBER PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN DARIPADA AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA - 2022
8. ANUGERAH PLAY BUTTON AYU DARIPADA AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA - 2022
9. ANUGERAH PDP KREATIF DAN INOVATIF GURU SEMASA PKP PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2020 DARIPADA JPN PERAK
10. GURU PEMBIMBING PERTANDINGAN VIRTUAL NATIONAL ROBOTICS COMPETITION 2020 PERINGKAT KEBANGSAAN