ISI KANDUNGAN: Pengenalan Hak kebebas Mengundi Sukan Kebudayaan
Bahasa Melayu Penutup Pendahuluan Assalamualaikum, pertama sekali syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat juga kami menyiapkan tugasan e-folio ini. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada tenaga pengajar pelajaran Penghayatan Etika & Peradaban Encik Nahrawi Bin Kassim kerana telah banyak memberi sokongan dan galakan serta bimbingan sepanjang-panjang tugasan ini disiapkan. Tak lupa juga kepada ahli ahli kumpulan saya yang telah bertungkus lumus dalam menyiapkan tugasan ini secara tidak langsung telah memberi sedikit sebanyak idea bagi memperbaiki lagi hasil tugasan kami ini. Perpaduan adalah sesuatu proses yang menyatupadukan setiap masyarakat dan negara keseluruhannya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama berserta satu perasaan kebangsaan di kalangan mereka. Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan dan kemajuan negara. Sejak merdeka lagi, kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita. Tanpa perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan. Kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ialah dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita sudah tidak asing lagi
dengan wujudnya masyarakat berbilang kaum di negara kita seperti Cina, Melayu, India, Kadazan dan sebagainya. Seperti peribahasa “rambut sama hitam, hati lain-lain” jelas menunjukkan walaupun manusia mempunyai warna rambut yang sama tetapi sukma dan keinginan manusia adalah berbeza. Dengan mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat barulah dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni yang mempunyai aspirasi yang sama dapat tercapai. Oleh hal yang demikian, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita hendaklah mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia seperti kata peribahasa, “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.” HAK KEBEBASAN MENGUNDI Warganegara Malaysia memiliki hak untuk memilih siapa sahaja calon daripada mana-mana parti yang mereka percayai yang akan mewakili kepentingan mereka dengan baik di peringkat kerajaan. Hak kebebasan mengundi ini merupakan asas kepada sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini dan dianggap sebagai satu keistimewaan yang penting dalam proses berdemokrasi. Inisiatif ini amat berfungsi demi mengelakkan perusuhan kaum atau isu berat sebelah dalam negara Malaysia. Hal ini dapat dibuktikan kerana calon yang dipilih hendaklah bertanggungjawab untuk mewakili pelbagai kepentingan yang disuarakan daripada pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia. Hak mengundi memberi kesempatan kepada setiap individu untuk berpartisipasi dalam proses politik negara sendiri. Ini memberdayakan warganegara untuk menjadi bagian dari pengambilan keputusan yang mempengaruhi kehidupan mereka. Terdapat pelbagai parti yang ada di Malaysia, seperti PAS, Perikatan Nasional, Pakatan Harapan dan sebagainya. Namun tiada paksaan dalam kaum dan agama yang pelbagai ini untuk mengundi mana-mana parti yang boleh dipercayai dan mampu mengetengahkan suara rakyat. Misalnya, Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (PAS). Walaupun nama parti ini sebegini, namun tiada sekatan dan halangan kepada kaum
lain untuk mengundi parti ini. Buktinya, pada 3 Ogos 2023, Berita Harian telah melaporkan bahawa rakyat berbangsa Cina dan India amat bersemangat menggantung bendera serta menghias markas PAS di Kota Bharu. Seorang individu berbangsa Cina bernama Guan Seng telah berkata “Mereka tidak pernah menganggap PAS sebuah parti yang mementingkan orang Melayu sahaja, sebaliknya kaum Cina dan India di negeri Kelantan tidak pernah diabaikan sama sekali”. Pilihan raya yang bebas, adil dan telus memastikan bahawa semua calon dan semua parti bersaing berasaskan layanan yang saksama dan berpandukan undang-undang.Tidak ada sesiapa pun yang boleh menghalang hak asasi warganegara ini bagi menunaikan tanggungjawab mengundi. Hak untuk mengundi dianggap sebagai hak asasi manusia yang mendasar. Hal ini bagi memastikan setiap individu memiliki akses yang sama dan tidak diskriminatif terhadap proses politik merupakan prinsip dasar dalam menghormati martabat manusia. Pemerintah yang dipilih melalui proses pemilihan umum yang adil dan bebas cenderung memiliki lebih banyak legitimasi di mata rakyat. Ini dapat membantu untuk menjaga stabilitas politik dan sosial negara.
SUKAN Dalam konteks sukan, perpaduan matlamat yang diidamkan merangkumi penggabungan matlamat individu dan pasukan untuk mencapai kecemerlangan dalam permainan. Berikut adalah beberapa aspek yang penting dalam perpaduan matlamat di arena sukan: Semangat Persaudaraan dan Kesetiaan kepada Pasukan: Atlet perlu mempunyai semangat persaudaraan dan kesetiaan kepada pasukan mereka. Ini bermaksud mereka bersedia untuk mengorbankan kepentingan peribadi untuk kepentingan pasukan dan sentiasa memberikan sokongan kepada rakan sepasukan. Komunikasi dan Kolaborasi: Pasukan sukan yang berjaya adalah yang mampu berkomunikasi dengan baik dan bekerjasama sebagai satu entiti. Perpaduan matlamat memerlukan komunikasi yang jelas di antara ahli pasukan, serta kesediaan untuk bekerjasama dalam mencapai matlamat bersama. Komitmen kepada Latihan dan Pembangunan: Perpaduan matlamat dalam sukan juga merangkumi komitmen kepada latihan dan pembangunan. Atlet perlu bersedia untuk mengorbankan dan bekerja keras demi mencapai matlamat peribadi mereka, sambil juga berusaha untuk menyumbang kepada matlamat pasukan.
Pengurusan Masa dan Kecekapan: Atlet perlu mempunyai keseimbangan yang baik antara komitmen kepada latihan, perlawanan, dan kehidupan peribadi. Pengurusan masa yang baik adalah penting dalam memastikan perpaduan matlamat individu dan pasukan dapat dicapai tanpa mengorbankan aspek penting lain dalam kehidupan mereka.
Kebudayaan Kebudayaan atau budaya adalah tingkah laku sosial dan norma yang terdapat dalam masyarakat manusia. Budaya dianggap sebagai konsep utama dalam antropologi, merangkumi pelbagai fenomena yang dihantar melalui pembelajaran sosial dalam masyarakat manusia. Kesejagatan budaya ditemui di semua masyarakat manusia; ini termasuk bentuk ekspresif seperti seni, muzik, tarian, ritual, agama, dan teknologi seperti penggunaan alat, memasak, tempat berteduh dan pakaian. Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Oleh itu kepelbagaian budaya dan adat resam perlu diraikan oleh setiap masyarakat,Hal ini kerana dapat mengeratkan hubungan antara kaum dan masyarakat di Malaysia .Masyarakat perlu menginsafi dan menghormati setiap kepelbagaian budaya dan adat resam supaya tidak berlaku pertengkaran antara satu sama lain.Setiap budaya dan adat resam mempunyai keindahan dan keunikan yang perlu dipelihara oleh setiap kaum dan bangsa.Ia dapat melalui: Tarian tradisional:
Tarian Zapin dahulunya, tarian ini ditarikan oleh kaum lelaki. Namun begitu, kini turut ditarikan secara berpasangan, lelaki dan wanita.Alat muzik utama yang mengiringi zapin ialah gambus, gendang, rebana dan marakas.Zapin ditarikan bertujuan untuk hiburan semasa pesta dan majlis perkahwinan Tarian Singa ini dipersembahkan antaranya untuk merayakan Tahun Baharu Cina, pembukaan kedai baharu dan majlis menyambut tetamu kehormat.Antara alat muzik yang mengiringinya termasuklah bo, gendang besar dan gong.Tarian ini ditarikan sebagai lambang keharmonian, keamanan dan kebahagiaan. Tarian bharata natyam Tarian ini ditarikan oleh masyarakat India sejak zaman dahulu.Ia berkaitan dengan alam semesta yang dizahirkan melalui gerak tubuh yang membawa maksud tertentu.Tarian bharata natyam ditarikan sebagai pembuka tirai dalam persembahan kebudayaan masyarakat India. Permainan:bagi kaum Melayu ialah congkak,sepak takraw,wau dan gasing.Bagi kaum cina pula go,Xianggi (catur cina) dan yoyo cina.Serta india pula kabadi dan chaturang
Makanan Di Malaysia terdapat pelbagai jenis makanan dan minuman daripada pelbagai jenis tradisi, antaranya nasi lemak, panipuri, char kuey teow dan sebagainya. Semua jenis makanan ini tidak asing jika dimakan oleh pelbagai bangsa yang terdapat di Malaysia tanpa mengira bangsa dan kaum. Hal ini amat baik untuk mengukuhkan penyatuan pelbagai bangsa di Malaysia kerana perbezaan yang pelbagai ini dapat dimanfaatkan secara tidak langsung tanpa melihat ianya sebagai batasan atau halangan. Menu Nasi lemak sudah menjadi makanan kebiasaan untuk dinikmati oleh pelbagai bangsa walaupun ianya makanan ruji kaum Melayu. Begitu juga dengan makanan kaum Cina contohnya masakan char kuey teow dan Maruku yang terkenal dikalangan bangsa India. Inilah yang menjadi keunikan negara Malaysia dan rakyat Malaysia patut berbangga kerana makanan daripada pelbagai tradisi ini boleh menjadi alat perpaduan kita semua.
Kepelbagian menu makanan Perbezaan budaya setiap kaum dan etnik saling mempengaruhi antara satu sama lain, menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang unik. Ini turut mempengaruhi aneka pilihan makanan yang boleh dinikmati penduduk tempatan dan pelancong asing. Kepelbagaian makanan tidak terhad kepada menu asli sesuatu kaum atau etnik sahaja. Pilihan makanan semakin bertambah apabila berlakunya gabungan menu masakan yang diubah suai daripada satu kaum kepada satu kaum yang lain. Bermula dari zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, telah wujud makanan gabungan seperti masakan Cina Peranakan (Nyonya-Baba), India Peranakan (Chetti Melaka) dan sebagainya. Hal ini terus berlaku dan berkembang mengikut peredaran semasa. Deria rasa dan selera telah diasimilasikan oleh kepelbagaian pilihan makanan menjadikan penduduk Malaysia bersikap terbuka dalam menikmati makanan daripada pelbagai kaum lain. Boleh dikatakan peminat makanan di negara ini tanpa mengira kaum atau etnik bercita rasa antarabangsa dan berani mencuba sesuatu di luar daripada kebiasaan mereka. Jenis restoran di bandar-bandar utama wujud dengan pelbagai pilihan makanan yang memenuhi pelbagai selera sama ada menu asli, gabungan atau antarabangsa demi memenuhi selera penduduk dan pelancong dari luar negara yang melancong ke negara ini. Tidak lupa juga makanan jalanan yang tidak terkecuali dengan pelbagai rasa, aspek ini menyumbang kepada keunikan identiti negara. Perpaduan Melalui Makanan Setiap kaum mempunyai budaya persekitaran dalam pembentukan identiti diri seperti bahasa atau loghat, pakaian, cara hidup dan pemakanan. Proses penciptaan dan penghasilan aneka jenis, warna dan rasa makanan dipengaruhi oleh ketamadunan kaum adalah sesuatu yang menarik untuk mengetahui dan mempelajari sejarah setiap jenis makanan. Sifat majmuk dan keterbukaan masyarakat Malaysia, membolehkan suatu kaum menikmati atau menghasilkan menu makanan yang datang dari kaum lain. Situasi ini boleh dilihat apabila ada kaum Cina yang memasak Nasi Lemak, kaum Melayu yang memasak Tosai dan kaum India memasak kuih bulan. Dengan tolerasi dan keterbukaan seperti ini membolehkan pilihan makanan diperluaskan melangkaui budaya kaum itu sendiri. Asimilasi pelbagai cita rasa melalui makanan yang diwarisi oleh penduduk Malaysia melalui perjalanan sejarah unik adalah sesuatu yang istimewa dan tidak terdapat di mana-mana negara di dunia ini. Justeru itu, melalui kepelbagaian makanan ia boleh menyemarakkan dan memperkukuhkan perpaduan antara kaum di tanah air. Sambutan perayaan setiap kaum yang mengamalkan budaya rumah terbuka sambil menghidangkan makanan perayaan dapat mengeratkan lagi hubungan antara kaum. Acara festival makanan yang diadakan secara berkala saban tahun boleh dijadikan wadah untuk mengumpul penduduk pelbagai kaum untuk berinteraksi dan menikmati makanan. Kesimpulannya, makanan bukan sahaja diambil untuk tenaga dan kelangsungan hidup, namun aspek makanan ini juga mampu menjalinkan perpaduan kaum dalam kehidupan seharian oleh penduduk di tanah air ini.
Bahasa Melayu Bahasa mainkan perana penting dalam kehidupan Masyarakat.Bahasa yang baik dan mudah difahami serta boleh dituturkan oleh masyarakat seperti bahasa Melayu mampu menjadi bahasa perpaduan negara.Hal ini dapat dilihat sejak negara mencapai kemerdekaan dan hingga kini peranan ini telah dilaksanakan oleh Bahasa Melayu dengan berkesan dan berjaya. Pembangunan dan kemajuan yang sempurna dalam kehidupan masyarakat semuanya bermula daripada penggunaan bahasa Melayu di negara ini.Paduan antara pembangunan dengan kemajuan kerohanian dan kebendaan mestilah bermula dengan penggunaan bahasa yang betul,tepat dan berkesan. Sesunggunya bahsa merupakan satu daripada pencapaian terawal dalam tamasun manusia. Sejarah juga telah membutikkan bahawa bahasa Melayu telah memainkan peranan yang penting dan berkesan dalam kebudayaan bagi mengeratkan perpaduan masyarakat.Sebagai bahsa Kebangsaan,bahasa Melayu yang berdaulat
telah berjaya memupuk perpaduan murid di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi.Semua hal itu telah dilaksanakan secara berperingkat oleh bahasa Melayu sejak tahun 1957. Selain itu,bahasa Melayu turut melalui proses perancangan bahasa,iaitu melalui perancangan,pelaksanaan masyarakat bahasa dan penilaian.Melalui proses ini,bahasa Melayu telah melalui aspek pengekodan,pemupukan dan penilaian bagi memajukan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam kalangan masyarakat. Seterusnya,peranan bahasa sangat penting dalam mengeratkan kaum.Bahasa yang baik dan berilmu akan menjadi bahasa pengantar,bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan seperti bahasa Melayu kepada sesebuah negara seperti Malaysia.Peranan masyarakat mendaulat bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan. Sehubungan itu,bahasa Melayu sebernanya sudah lama mampu dan berfungsi dengan perananya dalam menyatupadukan pelbagai kaum di negara ini.Di sekolah mjrid diajarkan bahasa dan mereka dapat berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Melayu,di samping bahasa inggeris yang digunakan sebagai bahasa penerokaan ilmu. KESIMPULAN Kesimpulannya , perpaduan dan integrasi dalam kalangan rakyat Malaysia adalah satu perkara penting.Dan sebagai rakyat Malaysia perlulah Menjaga keharmonian negara dan menjalinkan hubungan yang kukuh dan erat sesama masyarakat,tidak kira warna kulit,agama dan bangsa seseorang. Hal ini dikatakan demikian Kerana, perkara itu mampu merealisasikan matlamat yang diidamkan oleh semua orang iaitu jalinan perpaduan yang baik antara kaum yang pelbagai dalam negara kita. Oleh itu,Peribahasa dalam kamus dewan Pustaka ada mengatakan bulat air kerana pembetung , bulat manusia kerana muafakat yang memberi maksud , sentiasa saling membantu antara satu sama yang lain tanpa mengira bangsa.
SUMBER Hak kebebasan mengundi: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/08/1135201/penyokong-bukanmelayu-pas-setia-bantu-berkempen#google_vignette https://www.sinarharian.com.my/article/193930/berita/nasional/spr-perlu-setiap-masaberkecuali-untuk-pilihan-raya-bebas-adil#google_vignette
https://umno-online.my/2019/01/24/tolak-budaya-ugut-mengugut-tiada-siapa-bolehhalang-hak-rakyat-untuk-mengundi/ Sukan: https://matlamatperpaduanyangdiidamkan.blogspot.com/2020/10/matlamat-perpaduan-yang-diidamkan.htm Kebudayaan: https://matlamatperpaduanyangdiidamkan.blogspot.com/2020/10/matlamat-perpaduan-yang-diidamkan.html https://images.app.goo.gl/iZ5axddFyHt9C56 Makanan: https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=2226843 Bahasa Melayu: